kebudayaan jadi.doc

67
BMM3142 – KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 – I/C 740102085900. 1.0 Konsep dan Budaya Masyarakat Pengertian Budaya Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan- sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. 1

Upload: shima-pitri

Post on 18-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

BMM3142 KHAZATULSIMA BT KHALID PPG AMBILAN FEB 2012 I/C 740102085900.

1.0Konsep dan Budaya Masyarakat

Pengertian Budaya

Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.

Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.

Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.

Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya.

Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items.

Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.

Perlakuan dan Kawalan Sosial

Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.Fungsi

Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.

Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam.

Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial.

Anika budaya

Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

Pengertian masyarakat

Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.

Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.

Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu.

Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat.

Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama.

Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar.

Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.

Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat.

Masyarakat dan Budaya

Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.

Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya.

Proses perubahan masyarakat dan budaya

Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi.

Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.

Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent.

Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.

Difusi

Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic.

Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.

Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.

Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.

Asimilasi

Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain.

Akulturasi

Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.

Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.

Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.

Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini.Individu yang dikatakan moden, maju dan progresif lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu kolot atau kampungan. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.

Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi

Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung.

Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri.Ethnologi

Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:

(1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi,

(2)Sistem ekonomi,

(3)Sistem sosial,

(4)Bahasa,

(5)Kesenian,

(6)Sistem pengetahuan,

(7)Sistem kepercayaan.

Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya.2.0POLITIK

Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yang kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan

2.1Pada peringkat awal susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti dewasa ini. 2.1Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat bermula dari organisasi desa, suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Dengan itu struktur organisasi politik Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri, menurut Ralph Linton, organissai politik penduduk alam Melayu sebelum dipengaruhi peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketui oleh pemimpin mereka yang beranama penghulu. Seringkali permasalahan pentadbiran pada peringkat desa tersebut dibincangkan melalui mesyuarat dikalangan anggotanya terutaman dikalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada ketika ini unit yang terkecil itu penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau berasal dari suku yang sama.

2.3 Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam melayu, organisasi politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang kcil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan dinakaman raja iaitu istilah yang dipinjam daripada Basa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan. Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi Melayu-Hindu.

2.4Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung2.5 Selepas raja melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh Hindu 3.0KEPERCAYAAN

Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud dikalangan suku-suku primitif 3.1 Dalam kepercayanan rakyat di nusantara terdapat anggapn bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, disebuah Pulau yang terletak dibarat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu orang yang menjadi musuh dimati pada masa hidupnya. Dimana mereka percaya roh simatai akan menjelma kembali ke tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat auatu bai k. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan yang Maha Esa. Kepercayaan yang dapt kita lihat disini adalah kepercayaan kepada keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk tempatan kepada roh dan semangat.Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan orang Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan beramal dengan mengenepaikan kebendaan dan kemewahan dunia 3.2Yang demikian tidaklah menghairankan jika dinegeri-negeri dimana kepercayaan Brahma berkembang pada satu ketika, seperti di kepulauan Melayu, maka kepercayaan kepada keramat yang boleh melakukan sesuatu yang ajaib khususnya mendapat sambutan dikalangan penduduknya. Kerana kepercayaan kepada keramat kebetulan secocok dengan kepercayaan kepada orang-orang sihir dan dukun. Tetapi pemujaan keramat dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur mereka 3.3 Upacara dimakam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang bewarna-warni atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah amalan yang dibawa oleh orang India Islam. Persembahan biasa yang terdiri daripada telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemaelayuan 3.4Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam p emikiran orang Melayu hingga dewasa ini .

3.5Walaupun ada fahaman dan amalan baru, kepercayaan dan upacara peribumi tidak tersingkir, penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang dalam struktur kepercayaan rakyat Melayu yang kompleks itu.

4.0ADAT ISTIADAT

Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian 4.1 Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya 4.2Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa 4.3 Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan lunas Islam 4.4Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan ni kah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.5.0KESENIAN

Dalam bidang kesenian, pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sesab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dindingnya patung dewa Logam yang berupa arca. Terdapat patung dewa trimurti iaitu Siva, Vishnu dan Brahman dalam pelbagai bentuk dan gaya. Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga Teratai. Selain hiasan ini terdapat 'relief' yang menggambarkan sesuatu cerita, antaranya berd asarkan kitab Ramayana. Daripada barang-barang logam pula, terdapat arca dan benda lain seperti lampu, talam pedupan dan sebagainya. Jika dikaji dari segi fungsi pembinaan candi ini, didapati pengaruh peribumi masih kuat pengaruhnya, sebenarnya candi-candi bukanlah kuil tempat pemujaan dewa-dewa seperti di India, tetapi lebih merupakan tempat pertemuan rakyat dengan roh nenek moyangnya terutama roh raja-raja. Contohnya candi Borobodur, sungguhpun bangunannya berbentuk stupa (tempat menyimpan abu mayat Buddha) namun pada hakikatnya adalah makam nenek moyang 10 orang Raja Sailendra. Tafsiran yang paling tepat tentang candi itu ialah pada satu pihak ia mencerminkan nilai tertinggi Buddha-Mahayana, sedangkan pada satu pihak yang lain bermaksud untuk memuja nenek-moyang dinasti Sailendra.Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada sen i Bali yang disebut 'Meru'. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar. Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.6.0KESUSASTERAAN

Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat peribumi sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui car pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan sesuatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan. Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang terdapat pada masyarakat Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kedatangan unsur luar telah memperkayakan lagi unsur peribumi ini.Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan telah diserapi oleh pengaruh ini. Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri Rama, Rama Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisa peribumi masih menebal. Setelah kedatangan pengaruh ini bahasa sanskrit telah dipilih sebagai bahasa pengucapan intelektual, tetapi ia lebih merupakan bahasa golongan elit. Bagi rakyat jelata bahasa ini amat asing, ini menyebabkan pengaruhnya terbatas dalam lingkungan kraton sahaja. Tentang pengaruh epik pula, harus dibezakan di antara sifat-sifat asal epik itu dengan cerita-cerita yang terdapat di Nusantara. Pada hakikatnya, cerota Srirama di Nusantara adalah saduran bebas, bukannya terjemahan asli. Sehingga bersifat indonesia asli, hanya bahannya sahaja yang dipinjam. Seolah-olah Melayu meminjam bahan asing untuk melahirkan diri sendiri.Keperibadian sendiri lebih jelas jika dilihat pada cerita-cerita panji diJawa, bukannya daripada pengaruh Hindu. Pengaruh Hindu pula bukan terb atas di Jawa, bahkan hingga ke Thailand dan Kemboja. Jadi disini bukan sahaja masyarakat Nusantara mempunyai keperibadian sendiri, malah berjaya pula menyebarkan pengaruhnya keluar daerahnya sebagaimana epik-epik India tersebut.Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai segala isi ceritanya, miskipun orang melayu sudah menganut agama Islam selama beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia dan Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di Nusantara, proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam ddan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam. Mengenai kaedah yang pertama, cara yang dilakukan ialah memasukkan unsur Islam ke dalam sastera yang berasaskan epik Hindu yang terkenal iaitu Ramayana dan Mahabrata. Kaedah yang kedua ia dilakukan untuk mengimbangi atau mengambilalih cerita-cerita yang berteraskan kedua-dua epik tersebut.Sesusasteraan dimulakjan dengan cara lisan kemudian diajarkan pula tulisan huruf arab (jawi), dan mulalah ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang berkaitan dengan ugama. Contohnya, seperti kitab-kitab risalat Dua Kalimah shahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya lagi. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah Nabi, kitab fekah, tafsir al-Quran, hikayat Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan islam menyebabkan kesusasteraan masyarakat peribumi semakin berkembang. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke hari ini. Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.7.0 EKONOMI

Ekonomi saradiri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi.

Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas.

Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.8.0 SOSIAL

Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.9.0DUA PERANAN UTAMA BAGI PEMBENTUKAN BUDAYA Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan

Bangsa Melayu, 1992).Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

9.1 Ciri-Ciri Budaya Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia .*Dipelajari Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan

dan sebagainya.

b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.c. Umur seseorang.

d. Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*DikongsiBudaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.*SejagatBudaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

iii. sistem sosial.

iv. bahasav. Kesenian

vi. sistem pengetahuan.

vii. agama dan kepercayaan.(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)*DiwarisiBudaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.*BerubahBudaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.

iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku.

vi. perubahan alamsekitar.*PerlambangganPerlambangan ini ialah sebagai satu lambangdalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan SemestaPandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.9.2

Fungsi Budaya Dalam KehidupanBudaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

1.Memenuhi dan Menyediakan KeperluanSemua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam BertingkahlakuKepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.

ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.

iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.3.Mengatur Hubungan Sesama ManusiaDalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk MenciptaAlam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan IdentitiBudaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.10.

MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untukmencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradabanBangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistempemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan BahasaMelayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diridan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yangprogresif dan tangkas.Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlahperlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbuktiberjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.i.OrangMelayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah diTanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.ii.Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dangerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasaterpanggil untukmempertahankan tanah air mereka.

iii.Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.11.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTAMELAYU

Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negaradan tamadun Malaysia denganberasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh masyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan semestaorang Melayupra-Islam.Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta Melayu mulai berubah dari fahaman animisma dan Hinduisme kepada konsep tauhid. Begitujuga dengan pengaruh sistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagipandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek sepertikonsep Tuhan sebagai matlamat,manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dankhalifah Allah di muka bumi, alam sbagai tempat atau alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan diamalkan oleh orang Melayu.Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah memahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid atau kepercayaan yang teguhkepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkanhal ini, orangMelayu memahami bahawa Tuhan itu adalahTuhanYang Maha Esayang wajib disembah seterusnya sebagai tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain seperti mana dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.Pada asanya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan semesta dan prinsip tamadun berasakan wahyu seperti berikut:i.Alam ini hasil ciptaan dan tadbiranAllah s.w.t yang mancakupialam primordial, alamdunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripadakehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alamdunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.ii.Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din;mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah,muasyarat, akhlakdan ihsan.

iii.Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknyapembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;balasan yang baik di duniaialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah,balasan yang baik di akhiratialah dimasukkan ke dalamsyurgaAllah; malapetaka /kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.iv.Wawasan, objektif,niat, strategi, danoperasi segala bidang kerja hendaklah sahih,benar dan mematuhui segalaespek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram danmakruh, yang halal adalahjelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikankitab Allah.

v.Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyakmemanfaatkan dirinya dan orang lain.vi.Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasaranakehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardukifayah demi membantu terbentuknya insaniMuslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,2004:38-39)Berdasarkan prinsip dan asas di atas, tampak bahawa umat Melayu meletakkan agamaIslam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam pembinaan dan pembentukan tamadunMelayu Islam dari era awal islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama islamlah yangtelah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalamsatu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan Islam itu sendiri.

12.

PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu masyarakat danbangsa. Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semagat Iqra antara aspek social yang mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam Melayu. Islamtelah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam,golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikanpenghormatan yang cukup tinggi oleh semua lapisanmasyarakat. Ada sebahagian daripada mereka yang menjadi rujukan kepada pihak istana dan sekaligus menggantikanperanan pawing dan bomoh yang sebelumnya amatpenting dalam industry pemerintahan.Kedatangan islam juga Berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi keilmuan dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi,kewujudan pusat-pusat keilmuan seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia juga telah kepadapenubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang terpenting ialah istana , masjid , madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam sejarah keagungan Islam di Alam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang cukup besar sebagai pusatperkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan bangsawan dan pembesar.Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh industry madrasahdan pondok dalam memberikanpendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah meunasah, rangkang dan dayahbagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkat-peringkatpendidikan yang diamalkan (Azyumardi,2000:156).System pendidikan Islam yang berintegrasikan keperluanhidup duniawi dan ukhrawi amat relaven dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmupengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaan dalam masyrakat.

Oleh kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam membinaperadaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)mengariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.Antaranyaialah:

i.Mementingkanilmupengatahuan

ii.Berkekalanya hasil ilmiahiii.Berterusnyausaha keilmuaniv.Proses syurga dannilai-nilai kepimpinanv.Sikaphormat-kritisperluada dalam diri orang yang berilmu bagimerealisasikan budaya keilmuan.vi.Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum manita.Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawakejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahamanyang sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh dalampelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu pengatahuan telah mengakar dansebati di dalamjiwa mereka. Halini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kitsmsmpu menegakkan peradaban moden seperti, pasti mkitaakan mampu membangunperadapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

13.

PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN

Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakatbertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapanyang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekertiperlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukankebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialahnilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi danglobalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapatdiperincikan menerusi:

i.Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepadakehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti salingmenghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.ii.Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yangmenjadikan kekayaan sebagai ukuran dalamkehidupan. Hubungan antara manusiadilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusiatidak lagi bersifatsacral(Zulkiflee &Mohd Nasir, 2005:89).Tegasnya, dalam usaha membentuk identitidan jati diriinsan Melayu ini, sewajarnyaumat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umatMelayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yangsyamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwadan berakhlak mulia.

14.

LAIN-LAIN PERANAN

14.1SISTEMPEMERINTAHAN

Tamadun Malaysia yang wujud hari inimerupakan hasil dari satuproses sejarah yangberkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedaharkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsaMalaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayusebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakankesinambungan dari beberapabuah kerajaan atau pusattamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Linggadan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yangmengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernahmenjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeriMelayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeriSelat.Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasanutama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysiaialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintaholeh raja atausultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahanberaja (skarang ini systempemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepadatamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi berajaiaitu Yangdi-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagaikomponen penting dalampemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.Yang di-Pertua Agongmerupakanketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badanpemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman(judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politikdan pemerintahan negara danbaginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepadasesiapa atausuruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda.Baginda merupakan paying dan paksikepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem rajaberpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindakatas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalamPerlembagaan persekutuan Malaysia.14.2SISTEM PERUNDANGANDalam konteks sejarah, politi-politiMelayu merupakan kamus perundangan sendiri yangberasaskanadat Melayu danundang-undangIslam (hukum syarak

Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalahpada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang,Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaandengan 22 Februari1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang sama ada orangatasan ataurakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan SultanAbdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) dibawah pengaruh Undang-undang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union(Abdul Monir, 2005:68)

14.3SISTEM BAHASA

Bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan olehorang Melayu di kawasan SumateraSelatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah sarjana Inggeris, JohnCrawfurdmengatakan tamadun Melayu bermula di bahagianpendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai yangboleh diharungi (Asmah, 1987:543).Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh parapedagang dan mabaligh Arab,bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi.

Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkatsebagai bahasa

ligua franca dan wahana ilmu.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telahmeningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan carapenhujahan dan penyataan yang baru demimengungkapkan penegasan dan penghujahanyang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu Hassan,2001:179).Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran barudalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar barukepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuaiuntuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekianlama digunakan di Timur Tengah dan di Barat,mengambil alih peranan yang dimainkanoleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkanpenggunaan (Siti Hawa, 2002:6)Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima olehmasyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanyamengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itupada bunyi-bunyi yang terdapatdalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti Hawa,2002:10).Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkanbahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayuyang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponenpenting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajahBelanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaaiintitusi politik,pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masayang sama, mereka tidakpulamenghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang(Wan Hashim, 2001:112). Buktinya ialah StanfordRiffles,merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation,the Malay race,wilayah Melayu dan mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teorisocial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekasNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis,Kelantan, Terenganu dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat menyuratdan penulisan minit(Wan Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan Bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semuaperingkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, Bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hampertiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasaMealayu (Wan Hashim, 200587).Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakanpenghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yangterpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang diwajaibkanoleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaansistem Common Law British dansistem pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,penggubalperlembagaan menerima hakikatsejarah penerimaan bahasaMelayu dinegara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalamPerlembagaan Persekutuan untukmember kedudukan kepada bahasa Melayu ini.Pekara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa Melayumenjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semuamaksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan dipelajari, tetapibagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, baik diperingkat rendah, menegah dan tinggi.Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masihtercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemarmengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan. Iniditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan parapelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjankhususnya badan yangdipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa danPustaka.Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberiKuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap mana-manapihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawakebangsaan ini.

15. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransiyang cukup tinggioleh kaum Melayu terhadapkaum bukan Melayu semasa penubuhan Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan syarat-syaratkewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan peminpin-peminpinbukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu danorang Islam.Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16 September1963,taraf kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum bumiputera di Sabah danSarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera ini telah dimaktubkanmenurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal Abidin, 2001:198).Selain itu, Pelembagaan Persekutuan jugamengiktiraf peranan undang-undangadat yang dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan juga masyarakat bumiputeraatau peribumi di Sabah dan Sarawak. Undang-undang adat yang dapat lama berkembangiaitu semenjak adanya undang-undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segiperlaksanaannya dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (ZainalAbidin, 2001:198).KESIMPULAN

Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang pasti ialahbudaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perludiperkasakan dan dijadikan sebagai teraskepada pembentukan dan pembinaan bangsaMalaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah membuktikan kepadadunia bahawa mereka pernahmengecap zaman kegemilanganlantaran berpegang teguhdan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.Islam sebagai carahidup yang lengkap menyediakan panduan yang sempurnabagi semua dimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era kegemilangan seperti manayang dikecapi oleh umat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini kembali memahami dan menghayati ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islamadalah yang dinamik dan progesif .

Rujukan

Meniti Catatan Sejarah, Koleksi Artikel 2002-2003; Arkib Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia 2005.

Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

http://aisaluddin.multiply.com/journal/item/14/SEJARAH_KEDATANGAN_ISLAM_KE_TANAH_MELAYU

http://zainulfaqar.wordpress.com/2007/10/21/teori-kedatangan-islam-ke-alam-melayu-suatu-analisis/

http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm

PERPUSTAM (Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka)

Mohamad Zahir Zainudin, Nur Hazwani Mohd Fadzil, Nur Akmal Abd Rahman, Nurul Aini Abdullah, Venecia Violette, Zulfika Arsad

TUGASAN 2. PEGURUSAN GRAFIKSEBAHAGIAN daripada amalan budaya orang Melayu sekarang adalah hasil himpunan dan adunan pelbagai amalan luar yang terserap dalam kehidupan orang Melayu sejak begitu lama. Amalan ini kemudiannya menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian dan diperturunkan daripada generasi ke generasi.

Pengaruh ini dapat dilihat contohnya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Sebahagian besar adat yang diamalkan tidak diketahui tujuan atau latar belakang mengapa ia diadakan.

Menurut pengarang bukuIstiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islamini, Dr. Amran Kasimin, pada hakikatnya perkahwinan dalam Islam adalah mudah namun orang Melayu (yang rata-rata beragama Islam) telah mencampuradukkan pelbagai upacara dan istiadat hasil pengaruh Hindu-Buddha dan animisme yang mempengaruhi cara mereka berfikir sejak dahulu.

Masyarakat lebih banyak menggunakan tenaga dan usaha mengumpul wang untuk menjayakan pelbagai adat istiadat yang kurang penting tetapi lupa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan demi menghadapi alam rumah tangga.

Beliau berpendapat, andainya seseorang itu memahami asal usul adat istiadat dan upacara yang dilakukan, juga latar belakang sejarah dan budaya yang mengikat kehidupan, seseorang itu mungkin berupaya melepaskan diri daripada belenggu pelbagai adat istiadat yang karut dan sia-sia dengan lebih mudah.

Buku ini sesuai dibaca oleh umat Islam yang ingin mendirikan rumah tangga, malah juga ibu bapa yang ingin mengahwinkan anaknya. Segala adat istiadat yang tidak perlu elok ditinggalkan bagi menjimatkan perbelanjaan, terutamanya ketika negara dilanda kegawatan ekonomi.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0430&sec=Rencana&pg=ot_08.htm#ixzz3VMfDQ6Vs Utusan Melayu (M) Bhd

REFLEKSI KERJA KURSUS PROJEK (KKP)KEBUDAYAAN MELAYU (BMM 3114)NAMA: WANNURULHAWANIBINTI ARIFINNO. KP: 890917-03-5684UNIT:PISMPBAHASAMELAYUSEMESTER7

Alhamdulillah,bersyukursayakehadratILLAHIkeranadenganlimpahkurniadariNYA dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah bertungkus-lumus mengikut tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat saya persembahkan. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapimasalah yang besar, hal ini kerana pensyarah Puan Norzaini Binti Yusof telah memberi penerangan dengan jelas mengenai tugasan Kerja Kursus Projek (KKP)pada kali ini.Kerja kursus ini mempunyai dua soalan yang perlu dipilih. soalan dua iaitu kebudayaan Melayu dikatakan banyak dipengaruhi oleh peradapan-peradapan yang pernah mendominasi alamMelayu.Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentudan meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikapdan nilai.Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yangdipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaandan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahamidengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang larang, adatresam, agama dansebagainya.

Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya pelajari.AntaranyaialahpengaruhluaryangmempengaruhikebudayaanMelayu.Terdapatbeberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu iaitu pengaruhanimisme, Hindu, Barat dan Islam. Pengaruh-pengaruh luar ini banyakmempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya ialahpengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding dansebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu dalampantang larang.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah yangbesar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawanguntuk dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalahterhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal inimenyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yangpenting dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi.Apabila bahanrujukan banyak, masauntuk menyiapkan tugasan akanmenjadi lebihsingkat. Tambahan pula, soalan tugasan diberikan awal, jadi saya dapat memulakantugasan dengan lebih awal dan sebelum praktikum bermula.Antaradapatan baharuyang sayaperolehiialahpengetahuan tentangsistemkepercayaan masyarakat, sistem hidup masyarakat Melayu semasa pengaruhanimisme, pengaruh Hindu, pengaruh Barat dan pengaruh Islam Melalui tugasan inijuga,sayamendapatpengetahuanyanglebihmendalamtentangadatresam,pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Saya juga mengetahui sebab apa sesuatu adat resam dan pantang larang ituwujud.Secara kesuluruhannya, saya dapat lebihkefahaman, pengetahuan dan dapat mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerjakursus ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan bahasaibunda kita kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang berbeza berbanding bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah BahasaJiwa Bangsa .

1.0PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan, unsur-unsur asli bermaksud kebudayaan orang yang asal keturunannya, lahir dan tinggal di sebuah negeri ataupun orang asli penduduk asal sesebuah negeri (bukannya orang asing atau mendatang). Menurut G. Coedes penduduk eribumi Nusantara pada zaman prasejarah sudah memilih peradaban mereka sendiri. Dalam bidang ekonomi mereka sudah menjalankan usaha-usaha pertanian padi, menternak binatang, menguasai ilmu pelayaran dan penggunaan. Sementara itu dari segi agama dan kepercayaan, Linton membuat hipotresis bahawa orang melayu pada zaman prasejarah sudah mempunyai sistem kepercayaan kepada kuasa-kuasa luar biasa dan animis me, makhluk alam ghaib yang menguasai alam semesta 1.1. Secara ringkasnya masyarakat asli telah sedia ada mempunyai kepercayaan animisme dan tantrayana yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur lain. Maksud bagi pengaruh luar pula adalah kebudayaan yang berasal atau datang dari daerah atau negeri lain ataupun bukan kepunyaan tempatan.

1.2. Antara unsur luar yang ada di alam Melayu ini seperti Hindu-Buddha dan islam. Hindu dianuti oleh penduduk d situ iaialah aliran Brahmaisme. Menurut catatan Fa-Hsien, penduduk Jawa Barat menyembah berhala dan menganut fahamana agama Hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan Visyanisme. Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kasymir, India bernama Gunaarman telah mengunjung alam Melayu untuk emnyebarkan agama Buddha. Dalam laporan I-Tsing menyatakan bahawa raja-raja di Sumatera menganut agama buddha. Dan Islam mulai tersebar di alam melayu sejak abad ke 13 masihi. Agama ini beratkap di pasai kira-kira sekitar tahun 1297 masihi dan di Terangganu 1303 masihi 1.3. Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini perkembangan dalam masyarakat telah berlaku begitu juga dengan kebudayaan Melayu. Perkembangan ini, meliputi bidang politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Ini adalah hasil dari percampuradukan budaya yang dibawa dari pengaruh Hindu-Buddha dan Islam dengan pengaruh tempatan iaitu animisme dan Tantrayana.2.0POLITIK

Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yangkompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan

2.1Pada peringkat awalk susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti dewasa ini. 2.1Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas kekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koentjaraningrat bermula dari organisasi desa, suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Dengan itu struktur organisasi politik Melayu tradisional itu bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri, menurut Ralph Linton, organissai politik penduduk alam Melayu sebelum dipengaruhi peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketui oleh pemimpin mereka yang beranama penghulu. Seringkali permasalahan pentadbiran pada peringkat desa tersebut dibincangkan melalui mesyuarat dikalangan anggotanya terutaman dikalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada ketika ini unit yang terkecil itu penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau berasal dari suku yang sama.2.3 Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam melayu, organisasi politik pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang kcil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan berbagai penyesuaian,. Ketua negara yang memimpin kerajkaan dinakaman raja iaitu istilah yang dipnjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan. Disamping itu raja juga dikatakan berketurunan dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva, Vishnu atau Brrahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi Melayu-Hindu.2.4Raja-raja seperti yang disebut ddalam hikayat Pedawa Lima karya saduran daripada dewa-dewa atau tuhan yang disebut dewaraja. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdatah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka ditempat yang tinggi seperti kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung2.5 Selepas raja melaka menaganut agama islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang dipakai dalam kerajaan srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan. Seperti raja-raja islam di india dan Asia Barat. Pemikiran Hindu yang menganggap raja sebagai keturunan dewa dihapuskan dan digantikan Sultan sebagai bayangan Tuhan atas muka bumi. Untuk kekalkan sifat keistemewaan sultan, maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa luar biasa disebut daulat. Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh Hindu

3.0KEPERCAYAAN

Menurut E.B.Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud dikalangan suku-suku primitif 3.1 Dalam kepercayanan rakyat di nusantara terdapat anggapn bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, disebuah Pulau yang terletak dibarat Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan menganggu orang yang menjadi musuh dimati pada masa hidupnya. Dimana mereka percaya roh simatai akan menjelma kembali ke tubuh makhluk lain. Jikalau roh itu baik akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat auatu bai k. Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan yang Maha Esa. Kepercayaan yang dapt kita lihat disini adalah kepercayaan kepada keramat. Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk tempatan kepada roh dan semangat.Keramat adalah kepercayaan Brahma dikalangan orang Hindu iaitu kuasa untuk melakukan sesuatu yang ajaib boleh dicapai dengan beramal dengan mengenepaikan kebendaan dan kemewahan dunia 3.2Yang demikian tidaklah menghairankan jika dinegeri-negeri dimana kepercayaan Brahma berkembang pada satu ketika, seperti di kepulauan Melayu, maka kepercayaan kepada keramat yang boleh melakukan sesuatu yang ajaib khususnya mendapat sambutan dikalangan penduduknya. Kerana kepercayaan kepada keramat kebetulan secocok dengan kepercayaan kepada orang-orang sihir dan dukun. Tetapi pemujaan keramat dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur mereka 3.3 Upacara dimakam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Mengikat kain serta benang bewarna-warni atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah amalan yang dibawa oleh orang India Islam. Persembahan biasa yang terdiri daripada telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemaelayuan 3.4Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.Walaupun begitu unsur dewa-dewi ini berfungsi sebagai makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih pengaruhi lagi alam p emikiran orang Melayu hingga dewasa ini .3.5Walaupun ada fahaman dan amalan baru, kepercayaan dan upacara peribumi tidak tersingkir, penafsiran baru dan sisa dari kepercayaan lama turut berkembang dalam struktur kepercayaan rakyat Melayu yang kompleks itu.

4.0ADAT ISTIADAT

Adat istiadat dalam masyarakat Melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi, menindik telinga dan beberapa acara perkahwinan dan kematian 4.1 Antaranya adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya 4.2Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa 4.3 Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, bersanding masih dikekalkan namun upacara itu banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan engan lunas Islam 4.4Pernikahan yang dijalankan itu misalnya, hukum dilangsungkan mengikut syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan penerimaan ni kah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, diadakan kenduri-kendara sesuai dengan suruhan Nabi. Akhir sekali apabila seseorang yang meninggal, anak-anaknya akan mengadakan kenduri untuknya mengira hari iaitu seperti 7 hari, 40 hari dan 100 hari. Unsur-unsur ini telah kurang diamalkan kerana peraturan Islam kini lebih dominan tetapi masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat orang Melayu sekarang.5.0KESENIAN

Dalam bidang kesenian, pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sesab itulah tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dindingnya patung dewa Logam yang berupa arca. Terdapat patung dewa trimurti iaitu Siva, Vishnu dan Brahman dalam pelbagai bentuk dan gaya. Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga Teratai. Selain hiasan ini terdapat 'relief' yang menggambarkan sesuatu cerita, antaranya berd asarkan kitab Ramayana. Daripada barang-barang logam pula, terdapat arca dan benda lain seperti lampu, talam pedupan dan sebagainya. Jika dikaji dari segi fungsi pembinaan candi ini, didapati pengaruh peribumi masih kuat pengaruhnya, sebenarnya candi-candi bukanlah kuil tempat pemujaan dewa-dewa seperti di India, tetapi lebih merupakan tempat pertemuan rakyat dengan roh nenek moyangnya terutama roh raja-raja. Contohnya candi Borobodur, sungguhpun bangunannya berbentuk stupa (tempat menyimpan abu mayat Buddha) namun pada hakikatnya adalah makam nenek moyang 10 orang Raja Sailendra. Tafsiran yang paling tepat tentang candi itu ialah pada satu pihak ia mencerminkan nilai tertinggi Buddha-Mahayana, sedangkan pada satu pihak yang lain bermaksud untuk memuja nenek-moyang dinasti Sailendra.Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemu i ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut disamping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi. Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting dinusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18. Masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada sen i Bali yang disebut 'Meru'. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar. Disamping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.6.0KESUSASTERAAN

Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat peribumi sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui car pertuturan sahajalah mereka menyampaikan perasaan atau curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang hingga menggambarkan sesuatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan. Selain itu