kebudayaan kebangsaan

25
BUDAYA DAN FALSAFAH KEBANGSAAN MALAYSIA WIRAMANJA Bahan ini diperolehi daripada Prof. Madya Hj. Inon Shaharudin A. Rahman sewaktu menggantikan beliau memberi ceramah yang dihadiri hampir 1000 pelajar di Dewan Tun Abd. Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia - Jun 1995.

Upload: galeev-george-lajuti

Post on 20-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUDAYA DAN FALSAFAH KEBANGSAAN MALAYSIA

WIRAMANJA

Bahan ini diperolehi daripada Prof. Madya Hj. Inon Shaharudin A. Rahman sewaktu menggantikan beliau memberi ceramah yang dihadiri hampir 1000 pelajar di

Dewan Tun Abd. Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia - Jun 1995.

1. Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran (budi) serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak-kehendak biologi, kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jaswmani dan rohani. Dengan demikian kebudayaan dapat dilihat dari segala hasil pemikiran atau perkara yang berbentuk bukan kebendaan (non-material/spiritual) dan segala hasil ciptaan manusia atau perkara-perkara yang berbentuk kebendaan (material/psysical).

2. Bidang-bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui

a. Fikiran/ide - Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah (ideas)persuratan, metos (myth), legenda,

b. Kesusasteraan kepercayaan dan cerita-Cerita lisan.

c. Kebendaan - Seperti senibina, bangunan, alat-alat mesin,

d. object de art, pakaian, makanan, ubat- ubatan dan perabot.

e. Kesenian - Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon (tarian, teater, muzik, nyanyian) dan seni tampak (ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, tekat dan anyaman)

f. Nilai dan - Seperti peraturan peraturan, undang-undang, adapt resam, ‘folkways,’’mores’, gaya dan perlakuan pantang-larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun.

3. Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan , tetapi juga yang bercorak kebendaan. Hasil-hasil itu lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah). Misalnya pertalian di antara pemikiran dengan perlakuan dan pemikiran dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.

PERANCANGAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah Negara yang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa (yang dalam kertas ini digunakan dalam takrif ‘nation) yang bersatu-padu, kea rah mewujudkan dan mengekalkan identity negara di kalangan lain-lain Negara di dunia dan meningkatkan kehidupan kemanusiaan. Pembangunan kebudayaan harus dilihat bersekali dengan pembangunan ekonomi supaya pembinaan bangsa menjadi seimbang dengan nilai-nilai kerohanian. Sebuah Kebudayaan kebangsaan bagi sesebuah Negara mampu mengelakkan dari berlakunya kesan-kesan negative pengaruh-pengaruh kebudayaan asing yang tidak terkawal dan tidak sesuai.

2. Perancangan kebudayaan bagi sesebuah Negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum seperti Malaysia menjadi sangat penting supaya ciri-ciri Kebudayaan Kebangsaan yang lahir ialah merupakan cara hidup bangsa Malaysia. Perancangan kebudayaan juga akan menentukan sifat-sifat yang terbaik, mulia dan dominant bagi pembinaan bangsa (nation building).

3. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting oleh kerana dasar pembinaan Negara dan bangsa tidak pernah menjadi dasar utama sewaktu penjajahan, apa lagi dasar yang berkaitan yang kebudayaan.

Tujuan di sebalik perancangan dan pengwujudan Kebudayaan Kebangsaan ialah :

a.Menggalak atau memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan dorongan pemupukan bakat dan pemikiran kumpulan atau individu (misalnya meningkatkan taraf dan mutu kesenian di bidang seni muzik, seni lakon, seni tari dan sebagainya).

b.Mengenengahkan cirri-ciri atau nilia-nilai yang terbaik dalam sesuatu bidang, contoh etika kerja, displin, hormat kepada ibubapa dikalangan kanak-kanak.

c. Di dalam masyarakat berbilang kaum, menonjolkan cirri-ciri keperibadian nasional perlu diperkenalkan dan menjadi salah satu matlamat utama.

d. Mengatasi kelemahan dan keburukan sebahagian budaya massa (mass culture), contoh tarian separuh bogel, disko, hippism, rock berat (heavy metal rock)

e. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya perdagangan (culture commercialism) contoh video games yang bermotif perjudian di pasaraya-pasaraya.

f. Mengatasi pengaruh-pengaruh asing yang tidak terkawal dan tidak sesuai yang mungkin membawa unsure-unsur cultural imperialism.

PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1. Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) hendaklah berlandaskan kepada 3 prinsip:-

a. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

b. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan.

c. Islam menjadi unsure penting dalam pembentukan kebudayaan Kebangsaan itu.

2. Dasar ini menjadi dasar Kerajaan. Di antara penegasannya ialah seperti yang telah dibuat oleh kerajaan melalui ucapan Y.A.B. Perdana Meneteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad di Melaka semasa merasmikan Pertemuan Dunia Melayu pada 18hb. Disember 1982, di antara lainnya beliau menyentuh persoalan konsep yakni:

3.Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keuntuahn itu akan kita bina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan. Maka bahasa kebangsaan diasaskan kepada Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan ialah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal peribumi Malaysia. Kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing sebagai kebudayaan kesukuan, dalam rangka dan batas-batas tertentu, adalah terjamin dalam perlembagaan Negara kita.

4. Dengan demikian, persoalan konsep kebudayaan kebangsaan tidak timbul lagi, sama seperti persoalan bahasa kebangsaan juga tidak timbul lagi. Yang menjadi persoalan hanyalah usaha dan tanggungjawab untuk mengisi konsep ini, bagi kepentingan hidup bersama. Jika semua benar-benar inginkan sebuah Negara yang aman makmur, dengan kehidupan rakyatnya yang damai serta bahagian, bahasa dan kebudayaan tidaklah seharusnya lagi dijadikan isu politik yang hanya akan menguntungkan golongan yang anti perpaduan dan yang taat setianya boleh diragukan.

5. “Kebudayaan” adalah merupakan keseluruhan cara hidup kita maka usaha pembentukan warganegara dan pembinaan negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia, adalah merupakan pengemblingan daya dan usahasama di semua pihak di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

PERBEZAAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DAN KEBUDAYAAN KESUKUAN

1. Status dan tahap kebudayaan kebangsaan perlu dibezakan daripada kebudayaan kauman atau kebudayaan kesukuan. Kebudayaan kebangsaan adalah bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di Negara ini agar semua rakyat dapat bersatu-padu bagi membolehkan Negara ini muncul dengan mempunyai identitinya tersendiri di kalangan Negara di dunia. Kebudayaan Kebangsaan dilihat sebagai lambing kebesaran yang dapat membangkitkan emosi, rasa kepunyaan, kebangsaan, kenegaraan serta rasa kebanggaan terhadap Negara bukannya suku kaum masing-masing, manakala kebudayaan kaum atau kesukuan hanya terhad kepada amalan hidup kaum atau adapt resam sukuan kaum tertentu sahaja.

2. Bangsa Malaysia terdiri daripada kaum-kaum ataupun suku-suku kaum bumiputera atau peribumi yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang sama asasnya tetapi berlainan tingkat kemajuan dan kaum-kaum seperti China dan India pula mempunyai cirri-ciri kebudayaan masing-masing yang sebahagian unsure-unsurnya telah diterima dan diserap sebagai kebudayaan masyarakat umum.

3. Kebudayaan kebangsaan merupakan kebudayaan yang mengatasi kebudayaan-kebudayaan kauman dan sukuan dan akan merangkumkan cirri-ciri penting mengenai lambing-lambang serta institusi-institusi kebangsaan yang dapat menimbulkan emosi dan kepunyaan kita bersama seperti Perlembagaan Negara, Rukunegara dan simbol-simbol perpaduan Negara seperti bahasa Kebangsaan, bendera Malaysia, Lagu Negaraku, Kedaulatan Raja-Raja dan kedudukan DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai ketua Negara dan institusi seperti demokrasi berparlimen. liberal.

4. Manakala kebudayaan kauman dan sukuan adalah kebudayaan yang diamalkan oleh suku kaum negara kita dan dimana-mana unsur-unsur yang sesuai dan wajar dari kebudayaan kesukaan itu, atau unsur-unsur asing, apabila tidak bercanggah dengan prinsip. Dasar Kebudayaan Kebangsaan akan mengalir masuk dalam aliran kebangsaan di atas tadi. Ciri-ciri dari kebudayaan kauman dan sukuan yang tidak sesuai akan terus menjadi amalan sukuan atau kauman tadi. Perkara ini sesuai dengan perlembagaan yang menjamin hak asasi rakyat dan Rukunegara yang membolehkan warisan tradisi dan budaya di amal secara

5. Oleh hal yang demikian, unsure-unsur kebudayaan kebangsaan akan diamalkan di upacara-upacara peringkat “rasmi” yang harus dibezakan dengan unsure-unsur kebudayaan sukuan atau kauman yang berada di peringkat “tidak rasmi”. Misalnya di upacara istiadat dan acara-acara rasmi Negara, unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan sahaja yang boleh diketengahkan seperti pakaian kebangsaan, jamuan-jamuan yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Kebudayaan Kebangsaan, persembahan kesenian yang bercorak kebangsaan. Demikian juga nilai-nilai positif yang diwarisi bersama oleh semua lapisan rakyat Malaysia harus dipupuk dan dibina bagi pembangunan Negara, misalnya melalui disiplin, etika kerja yang baik, bersih, cekap, amanah, budaya kerja, budaya ilmu, berdikari, budi bahasa, hormat-menghormati , gotong royong, kerjasama, muafakat, sayangkan ibubapa dan sebagainya.

RASIONAL

1. Penggubalan tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) adalah dibuat dengan mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah dan kedudukan Negara kita yang telah menjadikannya pusat pertemuan dunia sebagai pusat tamadun rantau ini dan pusat perdagangan dari Wilayah Kepulauan melayu, India, Cina, Asia Barat dan Timur semenjak lebih dari dua ribu tahun yang lampau. Melalui kegiatan perdagangan ini terjadilah proses pertemuan serta penyerapan pelbagai unsure kebudayaan. Kedudukan geografinya yang strategic telah menjadikan rantau ini sebagai tempat penumpuan dan assimilasi unsure-unsur yang sesuai terhadap kebudayaan asal rantau ini dari pelbagai unsur kebudayaan dunia

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA HENDAKLAH BERTERASKAN KEPADA KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL

RANTAU INI

1. Takrif ‘ rantau ini’ (takrif yang digunakan dalam antropologi, sosiologi, sejarah dan linguistic. Pendekatan ini akan dijadikan takrif dan asas kepada keseluruhan konsep Kebudayaan Kebangsaan ini adalah dimaksudkan Alam Melayu atau Dunia Melayu yang merangkumi kawasan Malaysia , Indonesia, singpura, Filipina, Thailand dan sebahagian Indochina serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania). Rantau ini adalah merupakan sebahagian dari kawasan tamadun atau budaya Melayu atau alam kebudayaan Melayu yang lebih luas yang secara menyeluruhnya meliputi Sri Lanka, Malagasi dan Formosa selatan. Rantau ini adalah merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu. Tamadunnya dikenali sebagai tamadun Melayu-Polynesia.

2. UNESCO telah mentakrifkan kebudayaan Melayu sebagai: “The Foundation of Malay Culture, as used here, is a convenient term to refer to the early generalized culture of the geographical areas in South East Asia and Madagascar inhabited by peoples speaking closely related languages and who stress the unity of region as well as its links with other cultures in Asia and Oceania…” (UNESCO: International Meeting of Experts for the Launching of the Malay Culture Project kuala Lumpur, Malaysia 21 – 29 January, 1973).

3. Semenjak abad ke 15, sewaktu zaman kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka, bahasa melayu telah menjadi bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca) bagi tujuan perdaganan, ilmu pengetahuan, pemerintahan diplomasi dan undang-undang laut. Malahan sebelum itupun, yakni semenjak awal masihi dan zaman-zaman kerajaan melayu Sri Vijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan kecil Wilayah Melayu, bahasa dan kebudayaan Melayu telah lama berkembang. Ini terbukti dalam kajian dunia dan diakui dalam dunia kesarjanaan.

4. Sebagai satu sistem kebudayaan yang ‘sophisticated” dan meliputi segala aspek kehidupan, Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambing identity dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rupa bahasa yang sama, bahasa-bahasa Kepulauan melayu atau Malayo Polynesia.

5. Jelaslah bahawa penduduk asal dan rakyat asal rantau ini terdiri daripada satu rumpun yang sama, iaitu rumpun Melayu-Polynesia/Austronesia. Dari segi perkembangan kebudayaan dan masyarakatnya adalah berasaskan kepada pertumbuhan serta perhatian perhubungan yang terjalin dari perkembangan serantau. Dengan demikian konsep penubuhan kesatuan Negara-negara ASEAN adalah berasaskan pertimbangan dan pertumbuhan kebudayaan dan kehendak-kehendak baru di bidang kerjasama ekonomi, social dan politik. Kesemuanya itu adalah berasaskan fakta perhubungan dan sejarah yang terjalin dari perkembangan kebudayaan dan tamadun di rantau ini masa dulu dan masa kini.