nota kebudayaan

33
BAB 1 & 2: KONSEP BUDAYA DAN ELEMEN BUDAYA Konsep budaya Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan. 1 cara hidup yg diamalkn oleh kump tertentu & meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap & nilai. Budaya Material & Bukan Material Material Objek fizikal / artifak, peralatan/ kelengkapan hidup spt rumah, kereta. Keris : alat kebesaran bg raja/lambang kekuasaan/kedaulatan. Lambang kehebatan org Mel yg bijak mcmpurkn bhn logam hgga tbntuk senjata Bukan Material Unsur yg tidak wujud scr fizikal: adat, kepercayaan, bahasa & nilai. Adat Istiadat : Sistem nilai yg bhubung dgn cara bfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu msyrkt. Tgkh laku yg ditrima olh msyrkt disebut kebiasaan, kebiasaan mjadi adat yg diterima scr bersama olh msyrkt Adat mjadi peraturan yg dipatuhi & dihormati oleh msyrkt yg mendukungnya tnpa paksaan Adat: peraturan yg sudah diamalkn scr turun-temurun dlm msyrkt sehingga mjadi hukum & peraturan yg harus dipatuhi. Istiadat: cara2 / peraturan utk melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan/resam, Dlm msykt Melayu ada adat pepatih & adat temenggung. Konsep Akulturasi Perpaduan 2 budaya. 2 kebudayaan bertemu dpt hidup bdampingan & saling mgisi ttg x hilang unsur asli kedua-dua kebudayaan. Konsep Akomodasi Proses menyebabkn seiap kump etnik menyedari & hormat norma& nilai kump etnik lain. Tetap mempertahankn budaya hidup masing2 A + B + C = A + B + C Meluas diamalkan di Malaysia, Switzerland Konsep Asimilasi

Upload: rakhazam-saiiya

Post on 15-Dec-2015

86 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kebudayaan

BAB 1 & 2: KONSEP BUDAYA DAN ELEMEN BUDAYA

Konsep budaya

Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan.

1 cara hidup yg diamalkn oleh kump tertentu & meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap & nilai.

Budaya Material & Bukan Material

Material

Objek fizikal / artifak, peralatan/ kelengkapan hidup spt rumah, kereta.

Keris : alat kebesaran bg raja/lambang kekuasaan/kedaulatan.

Lambang kehebatan org Mel yg bijak mcmpurkn bhn logam hgga tbntuk senjata

Bukan Material

Unsur yg tidak wujud scr fizikal: adat, kepercayaan, bahasa & nilai.

Adat Istiadat :

Sistem nilai yg bhubung dgn cara bfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu msyrkt.

Tgkh laku yg ditrima olh msyrkt disebut kebiasaan, kebiasaan mjadi adat yg diterima scr bersama olh msyrkt

Adat mjadi peraturan yg dipatuhi & dihormati oleh msyrkt yg mendukungnya tnpa paksaan

Adat: peraturan yg sudah diamalkn scr turun-temurun dlm msyrkt sehingga mjadi hukum & peraturan yg harus dipatuhi.

Istiadat: cara2 / peraturan utk melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan/resam,

Dlm msykt Melayu ada adat pepatih & adat temenggung.

Konsep Akulturasi

Perpaduan 2 budaya. 2 kebudayaan bertemu dpt hidup

bdampingan & saling mgisi ttg x hilang unsur asli kedua-dua kebudayaan.

Konsep Akomodasi

Proses menyebabkn seiap kump etnik menyedari & hormat norma& nilai kump etnik lain.

Tetap mempertahankn budaya hidup masing2

A + B + C = A + B + C Meluas diamalkan di Malaysia,

Switzerland

Konsep Asimilasi

A + B + C = A 1 proses pencantuman & penyatuan

ant kump etnik berlainan budaya shingga membentuk 1 kelompok dgn kebudayaan & identiti yg sama.

Asimilasi mutlak: berlaku pghapusan penuh perbezaan dr segi budaya & identiti.

Cth: org Mel di Thai – nama, bhs, cara hidup (kecuali agama) disatukn mjdi amalan & cara hidup org Thai. Malaysia : Baba Nyonya, Orang Cina Kelantan.

Ciri-ciri Budaya

Budaya yg mjdi amalan msyrkt mlmbgkn keperibadian identiti & jati diri.

Bersifat dinamik :

Page 2: Nota Kebudayaan

amalan& cara hiudp msyrkt mengalami perubahan kesan perkmbangan masa & kemajuan msyrkt.

Cth, msykt Mel trima kedatangan Islam dgn senang hati tnpa ada sikap penolakan.

Dr aspek pekerjaan: pertanian bertukar mjd sektor perindustrian & pdagangan.

Menerima & Menolak Unsur Tertentu

Didorong oleh sikap msyrkt yg ingin mempertahankn & mengekalkn nilai &cara hidup lama yg sedia ada.

Perubahan diterima dgn syarat x bcanggah dgn kepercayaan & nilai yg dipegang oleh msyrkt berkenaan (agama).

Diwarisi

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkn kpd generasi baharu & scr x langsung mjadi amalan & perlakuan msyrktnya.

Cth: adat perkahwinan – berandam, malam berinai, khatam Qu’ran, bersanding, beri salam, basuh tangan

Proses kesinambungan

Dlm bentuk seni bina, peralatan & budaya bukan kebendaan spt kepercayaan, nilai & adat resam.

Cth: seni bina dulu sederhana, skrg lbh kreatif. (rumah)

Boleh Dipelajari

Boleh Dikongsi

Bagaimana ciri2 budaya dilaksana, sejauh mana ia diwarisi

Diwarisi dari 1 generasi ke generasi yg lain.

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkn kpd generasi baharu & scr x langsung mjadi amalan & perlakuan msyrktnya.

Bab 3 : KONSEP MASYARAKAT

Definisi Masyarakat :

Sekelompok org yg membentuk sebuah sistem interaksi sosial.

Sbhgn besar interaksi yg brlaku dlm lingkungan sistem sosial itu adalah lahir drpd individu yg berada dlm kelomok tersebut.

Sekumpulan manusia yg hidup bersama di suatu tempat tertentu dlm 1 komuniti yg teratur.

Ciri2 Masyarakat

1 kelompok & tinggal tetap dalam kumpulannya

Komuniti yg saling bergantung & memerlukn ant 1 sama lain

Anggota masyarakat mempunyai peranan tertentu

Ada kebudayaan & kebudayaan boleh terus berkembang

Ada statifikasi iaitu kelas & status Berinteraksi melalui bahasa

BAB 4 : MASYARAKAT MELAYU

Definisi MelayuPemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun

Page 3: Nota Kebudayaan

tersebut. Walau begaimana pun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dll, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.Penyebaran penduduk Melayu di MalaysiaMengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, iaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).

Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampong Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

BAB 5 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG POLITIK)

Sistem Politik

Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional Sblm Campur Tangan British.

3 unit politik yang utama.

NEGERI

paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar.

Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan

mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa. Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.

DAERAH

daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah

kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan

diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah

Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.

diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah

mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

Page 4: Nota Kebudayaan

KAMPUNG

paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.

Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.

merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.

selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.

dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah

menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong

mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan

mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

INSTITUSI SOSIAL

-Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak feudal. Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

-Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama.

-Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba.

-Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.

Isi: (10m gol pemerintah 10 m gol diperintah)

1. Sultan atau raja.

-Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .

-Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.

-Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa.

-Misalnya,penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alat kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah.

-Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung.

-Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.

Page 5: Nota Kebudayaan

2.Pembesar

Kerabat diraja.

-Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja atau tengku.

-Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.

-Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu.

-Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan.

-Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.

-Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik.

-Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan kerabat bukan diraja Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan.

-Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di kwasan atau daerah masing-masing.

-Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil.

-Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.

-Selain itu,terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana,iaitu penghulu dan ulama.

-Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan ,membekalkan tenaga buruh,mengutip cukai dan memastikan rakyat taat setia terhadap Sultan.

-Ulama merupakan golongan cerdik ;pandai dalam bidang agama Islam .

-Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib mahupun guru agama.

-Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam.

-Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat ,India dan Pulau Jawa.

-Mereka menggunakan gelaran seperti maulana.

3. Golongan merdeka.

-Golongan ini terdiri daripda rakyat biasa dan orang asing.

-Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri tertentu .

Page 6: Nota Kebudayaan

-Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga, menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya.

-Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah.

-Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar.

-Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah.

-Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka.

-Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.

-Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.

-Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.

4. Hamba

-Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba.

-Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga kumpulan ,iaitu

hamba biasa,hamba berhutang dan hamba raja.

-Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba. Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.

-Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang.-amba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

-Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan.Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang .

-Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.

BAB 6 :KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

• Seni Suara

• Seni Gerak

• Seni Rupa

• Permainan Tradisional

SENI SUARA

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk

Page 7: Nota Kebudayaan

mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.

- Seni Vokal - Seni Vokal lahir daripada pita suara

yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar.

- Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat.

- Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

a.Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak .

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu.

Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

b.Nazam atau naban

Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka.

Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul.

Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.

c.Marhaban, nasyid dan qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi

Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab.

Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu.

Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

Lagu yang digabungkan dengan muzik

a.Dikir

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak.

Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.

b. Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir.

Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

c.Beduan

Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang.

Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.

d. Dikir barat

Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan.

Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.

e.Ghazal

Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan.

Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

Page 8: Nota Kebudayaan

Seni Muzik

Menurut Kamus Dewan Muzik

didefinisikan sebagai gubahan

bunyi yang menghasilkan bentuk

dan irama yang indah dan

menyenangkan, bunyi-bunyian.

Muzik Tradisi Warisan Istana

Dalam masyarakat terdapat dua

kelompok masyarakat iaitu :

- Tradisi tinggi (great tradition)

- Tradisi rendah (little tardition)

Kumpulan masyarakat tradisi

tinggi terdiri daripada golongan

bangsawan yang merupakan

golongan kelas pemerintah yang

menjadikan istana sebagai pusat

kebudayaan.

Muzik nobat menjadi satu

pasukan muzik istana sejak abab

ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan

dalam upacara pertabalan,

kematian raja dan upacara

mengadap oleh para pembes

ar di hadapan balairung. Selain

nobat muzik yang berkembang

melalui tradisi istana di Malaysia

ialah gamelan.

Gamelan yang terkenal diTanah

Melayu berasal dari kerajaa Riau-

Lingga dan Johor.

Alat-alat muzik yang digunakan

dalam gamelan termasuklah

saron, bonang, kerompong,

gendang dan gong.

Tradisi Muzik Rakyat

Disamping tradisi tinggi yang

berpusat diistana, terdapat

pula tradisi rendah dikalangan

rakyat biasa yang terdir

daripada kaum petani dan

nelayan.

Perkembangan seni muzik

diperingkat masyarakat tradisi

rendah lahir daripada minat

anggota masyarakat itu

sendiri.

Sebahagian daripada mereka

mewarisi

keahlian bermain alat-alat muzik

itu daripada keluarganya.

Alat-alat muzik ini diperbuat

daripada bahan-bahan yang

diperolehi disekeliling mereka

seperti buluh, kayu, kulit

binatang dan lain-lain.

Muzik rebana merupakan sejenis

alat muzik yang berkembang

dalam masyarakat Melayu

tradisional.

Rebana dimainkan dalam

persembahan yang berunsur

keislaman seperti dikir, ratib,

nazam, hadrah, rodat, maulut

dan lain-lain.

Tradisi Muzik Melayu yang lain

Page 9: Nota Kebudayaan

Tradisi muzik melayu yang

lain seperti muzik makyong

dan gendang keling diwarisi

dari zaman praislam.

Gendang keling dan Mek

Mulung di Kedah dan Perlis

menggunakan alat muzik

seperti Gong, rebab, gendang

dan serunai.

Di samping berbagai – bagai

jenis muzik yang

dinyatakan ,muzik wayang

kulit, kuda kepang dan ghazal

juga merupakan muzik

melayu tradisional dari zaman

silam.

Muzik wayang kulit

mengandungi alat muzik

seperti gamelan dan

mempunyai hubungan

dengan tradisi dan

kepercayaan masyarakat

pribumi.

Ghazal pula berasal dari

pengaruh Arab Parsi , yang

dibawa melalui India sebelum

berkembang di alam melayu.

Muzik melayu asli ialah muzik

yang menyertai tarian

ronggeng atau joget yang

mempunyai hubungan

dengan dongdang sayang

yang berkembang di Melaka

dan canggung di Perlis.

Dalam Tarian kuda kepang

pula terdapat alat – alat muzik

paluan yang dibunyikan

mengikut rentak kuda berlari.

Tarian kuda kepang ini

berkembang di Johor di

kalangan masyarakat melayu

keturunan Jawa.

SENI GERAK

Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

SENI TARI

Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah.

Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden.

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.

Page 10: Nota Kebudayaan

2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.

3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.

4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang ,tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.

TARIAN ASLI

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu.

Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.

TARIAN ASYIK

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani.

Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.

Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai.

Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

TARIAN AYAM DIDIK

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis

sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.

Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis.

Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN BALAI

Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu.

Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.

Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

CANGGUNG

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari.

Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua

TARIAN SITI WAU BULAN

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

TARIAN CINTA SAYANG

Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan.

Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan

Page 11: Nota Kebudayaan

selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

TARIAN DABUS

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.

TARIAN GAMBUS

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak.

Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

TARIAN INAI

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana.

Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

TARIAN JOGET

Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam.

Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.

TARIAN MAK INANG

Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat

popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

TARIAN ZAPIN

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi .

Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

DRAMA TRADISOANAL

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau.

Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :

MAIN PUTERI

Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan.

Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit.

Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.

MAKYUNG

Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan.

Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek.

Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.

MENORA

Page 12: Nota Kebudayaan

Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber.

SENI RUPA

Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

SENI UKIR

Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.

Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

SENI KRAFTANGAN

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.

Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.

Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika

demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

SENI TEMBIKAR

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.

Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.

Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.

SENI ANYAMAN

Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.

Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

TEKATAN

Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu.

Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon.

Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih.

Page 13: Nota Kebudayaan

Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.

SENI TENUNAN

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket.

Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik.

Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa.

Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja.

Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek.

Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

SENI BATIK

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain.

Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan.

Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.

Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat.

Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

SENI TEMBAGA

Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu.

Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya.

Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain.

Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya

SENI BINA

Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu.

Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza .

Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu.

Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau.

PERMAINAN RAKYAT

Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games".

Page 14: Nota Kebudayaan

Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.

Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu carauntuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.

Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.

Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.

Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.

PERMAINAN GASING

Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu.

Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.

Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1. Permainan untuk bersuka ria

2. Pertandingan gasing

3. Permainan untuk pertunjukkan.

PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi.

Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur.

Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan.

Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.

PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.

Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar.

Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.

Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak.

Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah.

Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. S

etiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Page 15: Nota Kebudayaan

MENYABUNG AYAM

Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam.

Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.

Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian.

Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.

SEPAK RAGA

Sepak raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis.

Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan.

Permainan ini dimulaid engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain.

Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.

BAB 7 DAN 8 KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

Agama dan kepercayaan

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara tersebut.

Perubatan

Page 16: Nota Kebudayaan

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan.

Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan.

Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran.

Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang.

Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

PAKAIAN

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam.

Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.

Baju kurung adalah baju longgar yang labuh, kadang-kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.

BAB 9 KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG EKONOMI)

Pekerjaan

SM memperlihatkan tentang sistem-sistem ekonomi awal masyarakat di Kepualauan Melayu amnya. Pada tahap awal, masyarakat digambarkan dengan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Antara yang diusahakan ialah seperti kegiatan pertanian, nelayan dan berburu. Ini adalah gambaran ekonomi sebelum kedatangan pedagang luar. Selepas itu barulah muncul kegiatan perdagangan sehingga Melaka terkenal sebagai pelabuhan enterport. Dalam SM, Tun Mutakhir dan Tun Tahir adalah golongan bangsawan yang bergiat dalam bidang perdagangan ini.

Pengurusan Harta

-Adat temenggung

-Adat Pepatih

BAB 10- PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Fahaman asal masyarakat Melayu:

ANIMISME

- Animisme merupakan fahaman yang

percaya akan kuasa ghaib. Oleh sebab

masyarakat tersebut tidak dapat

menghuraikan gejala atau fenomena alam

ini seperti hujan, gerhana, sakit dan

sebagainya, maka mereka mengaitkan

gejala tersebut dengan kuasa luar biasa.

- Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar

biasa, antaranya penunggu, hantu,

jembalang, dan sebagainya.

- Mereka turut percaya bahawa tempat-

tempat tertentu seperti di dalam hutan, di

tengah laut, di gunung, terdapat penunggu

yang perlu dihormati. Hingga kini,

Page 17: Nota Kebudayaan

kepercayaan terhadap perkara tersebut

masih wujud walaupun pengaruh Islam

begitu luas.

- Misalnya, masyarakat Melayu percaya

bahawa punca sesuatu penyakit

disebabkan tersampuk, saka, terkena

buatan orang dan sebagainya.

- CONTOH : penggunaan tangkal, mantera

dan tindakan melalui upacara tertentu,

menyemah, ungkapan tertentu contohnya,

“Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi

memujuk penunggu di hutan tersebut agar

tidak mengapa-apakan mereka.

Pengaruh Hindu

- Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu

melalui pedagang dan penyebar agama

lalu kepercayaan Hindu menjadi cara

hidup masyarakat.

- Upacara mandi safar misalnya

merupakan pengaruh Hindu yang

mengambil amalan orang Hindu.

(Penganut agama Hindu mengamalkan

mandi di Sungai Ganges bagi membuang

segala kejahatan. )

- Penyerapan amalan Hindu turut berlaku

dalam majlis perkahwinan. Amalan

menepung tawar, bersiram di

pancapersada, merupakan satu

daripadanya.

- Ketika mengandung, upacara

melenggang perut juga diambil daripada

amalan Hindu.

- Melenggang perut diadakan untuk

mengetahui jantina bayi.

- Buah kelapa akan diletakkan di atas perut

ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan

jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu

dikatakan akan melahirkan anak lelaki

dan sekiranya jatuh ke kanan akan

melahirkan anak perempuan.

- Dari segi bahasa, banyak kosa kata

Sanskrit yang dibawa oleh Hindu

diserapkan dalam bahasa Melayu.

- Hindu juga membawa sastera lisan

mereka, iaitu Cerita penglipur lara

- terdapat dalam kesenian Melayu. Motif-

motif yang berlambangkan haiwan

seperti gajah, ular dan sebagainya

terdapat dalam seni ukiran yang

menghiasi rumah dan barang-barang

perhiasan.

- Muzik tradisional Hindu turut masuk

dalam masyarakat Melayu khususnya di

istana.

Pengaruh Islam

- Selepas Hindu, pengaruh Islam pula

berkembang dengan kedatangan mubaligh

ke rantau ini.

- Mengikut Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob

dalam kertas kerjanya bertajuk Islam

dalam Mempengaruhi Pemikiran Melayu

Page 18: Nota Kebudayaan

(2003), pengaruh agama Islam terhadap

orang Melayu sangat kuat. Hal ini terbukti

apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit

demi sedikit lalu digantikan dengan amalan

Islam.

- Amalan yang bercanggah dengan ajaran

Islam digugurkan walaupun tidak

sepenuhnya. Penyerahan diri kepada Allah

merupakan satu daripada amalan yang

dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.

- Agama Islam telah mengubah cara

pemikiran orang Melayu. Agama Islam

menyuruh umatnya berfikir untuk

menerapkan unsur-unsur rasionalisme

dalam pemikiran mereka.

- Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan

Brunei dianggap sebagai negara Islam

dengan mengambil sempena nama-nama

syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul

Takzim dan lain-lain).

- Antara unsur budaya Arab (Islam) yang

terserap termasuklah bahasa. Banyak kosa

kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu.

Antaranya termasuklah konsep ibadat

seperti fardu, solat, azan dan sebagainya.

- Pendidikan turut berkembang dengan

adanya pengaruh Islam. Madrasah dibina

untuk menyebarkan dan meluaskan

pengetahuan tentang ajaran Islam.

( pengajian pondok untuk celik ilmu)

- Bentuk tulisan Arab juga diterima dan

digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat.

Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi

oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah

mengubah suai huruf Arab tersebut

dengan menambahkan titik diakritis pada

huruf yang sedia ada supaya dapat

membunyikan perkataan Melayu yang

tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’

dan ‘g’.

- Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni

bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk

geometri bagi menggantikan bentuk-

bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh

Islam. Reka bentuk ini terdapat pada

rumah Melayu, masjid dan barang-barang

perhiasan.

- Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu

dan animisme tidak terhapus seratus-

peratus. CTH:Doa dicampuradukkan

dengan jampi mantera dan pemujaan

terhadap makhluk halus. (wayang kulit,

kuda kepang )

Pengaruh Barat

- Kedatangan Barat berlaku selepas

kedatangan Islam kerana penjajahan.

Sebelum itu, aktiviti perdagangan berlaku.

Kedatangan mereka turut mempengaruhi

orang Melayu.

- Apabila barat menjajah rantau ini, nilai

barat menular dalam masyarakat yang

kadangkala bertentangan dengan ajaran

Islam.

- Pergaulan terlalu bebas, hiburan

melampaui batas agama merupakan

pengaruh yang negatif.

Page 19: Nota Kebudayaan

- Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh

barat misalnya teknologi moden dalam

bidang pertanian, perindustrian dan

perkomputeran yang dapat

mengembangkan ekonomi masyarakat

Melayu.

- Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang

terserap yang dapat mengungkapkan

pelbagai idea dan maklumat selaras

dengan arus globalisasi.

- Kedatangan Inggeris yang membuka

peluang pendidikan yang lebih luas

kepada masyarakat Melayu, khususnya

golongan bangsawan yang kemudiannya

dibuka kepada orang awam.

- Di sekolah, anak-anak orang Melayu

didedahkan kepada kaedah, idea dan

kosmologi sains. Alam semangat dan alam

rohaniah orang Melayu semakin lama

semakin terpencil terutamanya dalam

kalangan mereka yang telah dididik dengan

alam sekular sains. Ubat-ubatan kimia

menggantikan jampi serapah.

Pengaruh Lain

- Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada

zaman pemerintah Inggeris. Mereka

bekerja di lombong-lombong bijih di

samping menjalankan perniagaan.

- Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum

yang mendiami negara ini. Dalam hal ini,

perhubungan antara masyarakat Melayu

dan masyarakat Cina telah menyebabkan

kosa kata bahasa Cina meresap dalam

bahasa Melayu. Contoh kosa kata yang

terserap dalam bahasa Melayu ialah

tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse,

suun, lobak, tocang, amah, angpau,

capcai, pau, dan taugeh,

- Kebanyakan kata

pinjaman daripada bahasa cina yang

terdapat dalam bahasa Melayu

mengekalkan bunyi dan makna asal dalam

bahasa cina walaupun sesetengahnya

mengalami perubahan makna.

- Dari segi masakan, makanan cina turut

meresap dalam budaya masyarakat

Melayu. Jenis-jenis masakan yang

mengandungi kicap soya, sos tiram, dan

bebola ikan, ayam atau daging merupakan

pengaruh daripada budaya Cina yang kini

menjadi sebahagian daripada makanan

popular masyarakat Melayu.

- Pemberian sampul yang berisi wang

kepada kanak-kanak atau orang muda

pada hari raya merupakan pengaruh yang

kian sebati dalam masyarakat Melayu.

Amalan ini diterima kerana tidak

bercanggah dengan ajaran Islam.

BAB 11 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN SASTERA

Puisi Melayu Tradisional:

Puisi tradisional bererti puisi lama. Tradisional mengikut Kamus Dewan ialah bersifat tradisi, sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun. Bererti untuk jadi tradisional sesuatu itu mestilah telah lama lahir, oleh itu puisi tradisional dipanggil juga puisi warisan, puisi

Page 20: Nota Kebudayaan

klasik dan puisi lama. Pemisah yang agak mudah ialah tarikh kelahiran karya

Antara ciri penting puisi tradisional ialah ia bersifat lisan. Ini bermakna puisi tradisional diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan, puisi ini bersifat kolektif dan fungsional, iaitu dicipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Kebanyakannya mempunyai bentuk yang terikat seperti pantun dan syair.

Prosa Tradisional:

-ciri-ciri 1. isi cerita tidak tetap kerana berlaku tokok tambah kerana ianya disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain 2. bersifat universal atau sejagat-iaitu prosa tradicional ini adalah hak milik bersama masyarakat 3. mempunyai banyak versi 4. terdapat menyerapan unsur lagenda dan unsur mitos

prosa melayu tradicional / golongan sastera

1. adat istiadat melayu perak ( sastera sejarah) 2. pahlawan terbilang kerajaan gemilang ( sastera epik) 3. Hikayat ali bada syah ( sastera hikayat) 4. tiga negeri semawar ( sastera lipur lara) 5. usul menunjukkan asal(sastera panji) 6. bunga bakawali( sastera hikayat)

Puisi Moden:

Secara etimologis, kata puisi dalam bahasa Yunani berasal dari poesisyang artinya berati penciptaan.

Dalam bahasa Inggris, padanan kata puisi ini adalah poetry yang erat dengan –poet dan -poem.

Dapat disimpulkan bahwa pengertian puisi secara garis besarnya adalah perasaan penyair yang ungkapkan dalam pilihan kata yang cermat, serta mengandung imajinasi, pemikiran, ide, nada, irama, kesan pancaindera, susunan kata, kata kiasan, kepadatan, dan perasaan yang bercampur-baur.

Sedangkan puisi medern adalah puisi yang berkembang di Indonesia setelah masa penjajahan belanda atau setelah kemerdekaan Indonesia.

ciri-ciri puisi modern

- Puisi bersifat bebas, baik bentuk maupun isinya

- Prosa baru dinamis (selalu berubah dengan perkembangan masyarakat)

- Masyarakat sentris (mengambil bahan dan kehidupan sehari-hari)- Karya sastra (puisi, novel, cerpen, drama) berdasarkan dunia nyata.- Dipengaruhi oleh kesusastraan Barat

- Pengarangnya diketahui dengan jelas

BAB 12 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN BUKAN SASTERA

-Kemajuan teknologi barat dalam bentuk hiburan yang dibawa masuk pemerintah kolonial British ke negara ini seperti penggunaan piring hitam, radio dan filem berjaya menyalurkan bahan-bahan budaya seumpama kepada orang ramai. Berasaskan teknologi itu muncul industri berkaitan yang

Page 21: Nota Kebudayaan

memberikan peluang kepada orang Melayu menghasilkan bahan hiburan. Karyawan dan artis atau pelakon Melayu yang popular sejak di pentas bangsawan, memainkan peranan penting membawa pembaharuan kepada unsur-unsur seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan persembahan jenaka. Begitu juga tema dan jalan cerita yang dipersembahkan menerusi kisah-kisah fantasi.

Bahan Bukan Sastera:

Bahan ilmiah Kajian Kertas kerja Rencana

Media komunikasi

Filem Drama Drama radio

Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu menyatakan :

1. Terdapat perpaduan antara Islam dan kebudayaan Melayu contohnya amalan bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak jirandansebagainya.

2. Terdapat hubungan yang neutral, tidak bertentangan dengan norma masyarakat tetapi tidak dianjurkan oleh Islam contohnya upacara persandingan, adat istiadat melayu, pantang larang dan sebagainya.

3. Hubungan yang bertentangan dengan Islam. Sebagai contoh sikap taat buta kepada raja yang tidak patuh kepada ajaran Islam.

(Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah)

Media komunikasi : Filem Terbahagi kepada dua :

- Filem Melayu Klasik- Filem Melayu Moden

Filem Melayu Klasik (Contoh):

Filem-filem Tan Sri P.Ramlee sekitar 1950an

- Hang Tuah- Sri Mersing- TunFatimah- LancangKuning- Chuchu Datok Merah- Sultan Mahmud Mangkat Di Julang- Puteri Gunong Ledang- Semerah Padi- Panglima Besi

BAB 13 : Tasawur dan Kosmologi Masyarakat Melayu

Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.

Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.

Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca

Page 22: Nota Kebudayaan

mentera yang menyebut asal kejadain alam dan makhluknya.

Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu.

Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya.

Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu. 

Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. 

Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. 

Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.

Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu.

Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. 

Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.

Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng. 

BAB 14- KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latar belakang

keseluruhan cara hidup manusia.

berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.

Rasional

adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.

Page 23: Nota Kebudayaan

dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.

Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

3 prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi.

pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

digambarkan oleh persamaan dlm bidang bahasa yang berasaskan

keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.

Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.

2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.

unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

3.Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

Page 24: Nota Kebudayaan

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.

Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Perlaksanaan

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini, seperti Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan

Page 25: Nota Kebudayaan

strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.

Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Bertolak ansur – aspek makanan, rumah terbuka, pemberian angpau

Memupuk – serap melalui didikan & asuhan yg baik

Cabaran Yang Dihadapi

Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.

Jarak sosial anta anggota masyarakat – kurang interaksi ant kaum

Apabila wujud sek vernikular IPTA/TPTS yg dimonopoli satu2 kaum Kecederungan msyrkt utk mgekalkn

identiti masing2

Bahasa yang diamalkan di sekolah Kepercayaan dan agama

Aktiviti Yang Boleh Menggalakkan Perpaduan

Pendidikan 1. Sekolah wawasan 2. Sekolah kluster 3. Sekolah sukan Kesenian 1. Seni suara – Contoh: Marhaban,

Kelab kebudayaan di sekolah,2. Seni tari – Kelab tarian, Kelab rehlah,

pertandingan tarian-contoh KAGUM IPG

3. Seni ukir – Khat Kempen / Karnival Jamuan/Rumah Terbuka 1 Malaysia –

perayaan

BAB 15- KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.

Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, unsur perpaduan sangat penting.

Bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, keharmonian dan kestabilan, yang memungkinkan negara

Page 26: Nota Kebudayaan

mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju dengan mudah.

Jika hal tersebut tercapai, negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Perkara yang menjadi isu pokok dalam hal ini ialah penyatuan budaya. Setiap kaum mempunyai budaya yang berlainan yang melambangkan identiti kaum masing-masing.

Memang sukar untuk melaksanakan penyatuan dalam kepelbagaian ini. Kebersatuan ini dapat wujud jika tunjangnya, iaitu budaya dapat kita satukan tanpa menghilangkan identiti satu-satu kaum. Inilah yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan.

ISU DAN PERMASALAHAN:

- Perkara yang menjadi punca kesukaran dalam pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah jarak sosial antara anggota masyarakat.

- Hal ini menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum. Murid Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah Tamil dan murid Cina di sekolah Cina.

- Kurangnya interaksi ini berlarutan hingga sekolah menengah dan seterusnya di Universiti.

- Banyak Universiti Swasta yang ditubuhkan mempunyai pelajar yang majoritinya didominasi oleh satu-satu kaum.

- Apabila sekolah berdasarkan kaum, soal bahasa menjadi isu penting. Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang mempersatukan kaum tidak dikuasai dengan baik oleh bukan penutur asli bahasa tersebut.

- Masing-masing menggunakan bahasa kaum masing-masing. Inilah yang

menghalang komunikasi antara kaum, sekali gus mengurangkan hubungan.

- Pelbagai usaha dilakukan, misalnya mengadakan pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum, dengan menggunakan bahasa Kebangsaan tetapi belum menampakkan kejayaan yang besar dari segi pelaksanaan dasar ini.

- Kecenderungan anggota masyarakat untuk mengekalkan identiti masing-masing dan keengganan untuk membuka dunia sosial kepada kaum lain juga menjadi penghalang pada pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Setiap kaum mempunyai adat resam yang tersendiri.

HARAP MAAF…SELAMAT STUDY