kebolehfungsian program penasihatan akademik ke … · bilangan responden tersebut adalah merujuk...

22
KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE ATAS PELAJAR TAHUN 4, JABATAN MULTIMEDIA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA WAN NOR SYAHIDA BINTI WAN HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-May-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE ATAS

PELAJAR TAHUN 4, JABATAN MULTIMEDIA, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN NOR SYAHIDA BINTI WAN HUSSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat
Page 3: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat
Page 4: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE ATAS

PELAJAR TAHUN 4, JABATAN MULTIMEDIA, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN NOR SYAHIDA BINTI WAN HUSSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

ii

Page 6: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

iii

DEDIKASI

Segala puji hanya untukMu Ya Allah

Buat ayahanda dan bonda yang tercinta,

Wan Hussin Bin Wan Senik dan Siti Munirah Binti Abu Bakar…

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan

yang dicurahkan selama ini. Restu dari kalian

memudahkan laluan perjuangan ini…

Buat kekanda dan adinda yang tersayang,

Wan Eriani, Wan Nor Shamimi, dan Wan Muhammad Faris…

Segala sokongan dari kalian amat kuhargai

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Nur Farhana Mohd Hama,

Noor Liza Ismail, Nurul Shimaa Othaman,

Ayuni Farhana Ab Kadir, Nurulsyahida Amdam,

Siti Sumaziana Che Ali Mohamad dan

Noor Hidayah Mohd Romli

Terima kasih atas segala pertolongan dan jasa baik yang dihulurkan

Semoga Allah jua membalas segala budi dan jasa yang ditaburkan…

Kepada semua pihak yang terlibat,

Segala pertolongan yang dihulurkan tidak akan kulupakan.

Page 7: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T

kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat penyelia yang dihormati,

Puan Norasykin Mohd Zaid yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk

ajar serta teguran yang membina kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.

Kepada semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan atas sokongan dan galakan yang membina di

samping idea-idea bernas dalam menjayakan tesis ini. Semoga kalian diganjari Allah

di dunia dan akhirat.

Page 8: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat kebolehfungsian Program Penasihatan

Akademik dari dua aspek iaitu sejauhmanakah Program Penasihatan Akademik dapat

membantu meningkatkan motivasi pelajar dan sejauhmanakah pula halangan yang

dihadapi oleh pelajar untuk membuat pertemuan dengan penasihat akademik.

Responden terdiri daripada pelajar tahun empat di Jabatan Multimedia Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik telah digunakan untuk

mendapatkan maklumat daripada responden. Seramai 68 orang responden terlibat

dalam kajian ini di mana kaedah persampelan rawak bertujuan digunakan. Bilangan

responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan

populasi yang terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan (Kimia)-SPK, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Fizik)-SPP dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Matematik)-SPT di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 dengan nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah 0.77. Secara keseluruhannya, kajian mendapati

bahawa kebolehfungsian Program Penasihatan Akademik adalah positif dan berada

pada tahap sederhana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Program Penasihatan

Akademik dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar berada pada tahap

sederhana iaitu dengan nilai min 2.99 manakala halangan yang dihadapi oleh pelajar

untuk membuat pertemuan dengan penasihat akademik juga berada pada tahap

sederhana iaitu dengan nilai min 2.71. Berdasarkan hasil kajian yang telah

diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek

tertentu.

Page 9: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to look at the functional ability of Academic

Advising Program in two aspect; that is how far Academic Advising Program can

improve student’s motivation and the barrier that students face to meet their

academic advisor. Respondens are from fourth year student of Multimedia

Department of Educational Faculty, Universiti Teknologi Malaysia. Questionnaire

was used as the research instrument to know the responden feedback. A sample of 68

students which was selected through random purposely sampling based on Krejcie

and Morgan timetable to different courses of fourth year students from the

programme of Bachelor of Science and Computer with Education (Chemistry)-SPK,

Bachelor of Science and Computer with Education (Physic)-SPP, and Bachelor of

Science and Computer with Education (Mathematics)-SPT Faculty of Education,

Universiti Teknologi Malaysia. Data collected were analyzed by SPSS software

version 10.0 with the realibility for this study is a 0.77. For overall, research shows

that the functional ability of academic advising program are positive and at moderate

level where result show that the min value for Academic Advising Program in

motivating students is 2.99 at moderate level and the min value for the barrier that

students face to meet their academic advisor is 2.71 at moderate level. From this

research, some suggestions had been given to improve the research findings.

Page 10: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Penasihat Akademik 8

1.6.3 Jawatankuasa Panasihat Akademik 8

1.6.4 Ibu bapa atau penjaga pelajar 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Penasihat Akademik 10

1.8.2 Motivasi 10

1.8.3 Halangan 10

1.8.4 Pertemuan 11

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Program Penasihatan Akademik 14

2.2.1 Konsep Program Penasihatan Akademik 14

2.2.2 Matlamat Program Penasihatan Akademik 15

2.2.3 Tujuan Program Penasihatan Akademik 15

2.3 Penasihat Akademik 16

2.3.1 Tugas dan Tanggungjawab Penasihat Akademik 16

2.3.2 Kepentingan Penasihat Akademik Kepada Pelajar 17

2.3.3 Ciri-ciri Penasihat Akademik 18

2.4 Keperluan Penasihat Akademik kepada Pelajar 20

2.5 Peranan Penasihat Akademik Dalam 23

Meningkatkan Motivasi Pelajar

2.6 Peranan pelajar Terhadap Penasihat Akademik 26

2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat Pertemuan 27

dengan Penasihat Akademik

Page 12: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

ix

2.8 Kajian-kajian Lepas 28

2.9 Penutup

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Bahagian A 33

3.4.2 Bahagian B 33

3.4.1 Bahagian C 34

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 35

3.6 Prosedur Kajian 36

3.7 Penganalisaan Data 37

3.8 Penutup 38

BAB 4 ANALISIS DATA

.

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Bahagian A 39

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 40

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Program 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.4 Analisis Data Bahagian C 43

4.4.1 Objektif 1 43

4.4.2 Objektif 2 46

4.4.3 Objektif 3 48

Page 13: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

x

4.4.4 Objektif 4 49

4.5 Penutup 50

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 51

5.2.1 Objektif 1 52

5.2.2 Objektif 2 55

5.2.3 Objektif 3 57

5.2.4 Objektif 4 58

5.3 Rumusan Kajian 58

5.4 Cadangan 60

5.4.1 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 60

5.5 Penutup 61

RUJUKAN 63

LAMPIRAN 67

Page 14: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual Taburan Sampel Mengikut Program 31

3.2 Jadual Ringkasan Skala Likert 34

3.3 Jadual Aras Persetujuan Kajian 35

4.1 Jadual Taburan Kekerapan dan Peratus 41

Responden Mengikut Jantina

4.2 Jadual Taburan Kekerapan dan Peratus 42

Responden Mengikut Bangsa

4.3 Jadual Taburan Kekerapan dan Peratus 42

Responden Mengikut Program

4.4 Jadual Taburan Kekerapan dan Peratus 43

Kekerapan Responden Membuat Pertemuan

dengan Penasihat Akademik

4.5 Jadual Peratus dan Min Mengikut Item 45

bagi Konstruk Program Motivasi

4.6 Jadual Peratus dan Min Mengikut Item 48

dalam Mengkaji Sejauhmanakah Halangan

Pelajar untuk Membuat Pertemuan dengan

Penasihat Akademik

4.7 Jadual ANOVA Sejauhmanakah Program 50

Penasihatan Akademik Membantu

Meningkatkan Motivasi Pelajar Mengikut Program

4.8 Jadual ANOVA Sejauhmanakah Halangan 51

Pelajar untuk Membuat Pertemuan dengan

Penasihat Akademim Mengikut Program

Page 15: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

xii

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variance

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

PA - Penasihat Akademik

SMS - Khidmat Pesanan Ringkas

SPK - program Ijazah Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistical Package for The Social

Sciences

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Matematik)

UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

xiii

SENARAI LAMPIRAN

JADUAL TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 71

B Keputusan Kebolehpercayaan Alpha 76

Cronbach bagi Kajian Rintis

C Keputusan ANOVA 77

D Jadual Krejcie dan Morgan 79

Page 17: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Apabila seseorang pelajar melangkah masuk ke Institut Pengajian Tinggi

(IPT) dan menjadi seorang mahasiswa, pastinya hal ini merupakan suatu langkah

permulaan hidup yang baru bagi mereka. Pelajar yang mula melangkah masuk ke

IPT terutamanya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pastinya akan merasakan

mereka baru sahaja melangkah masuk ke kehidupan yang lebih mencabar sebagai

seorang pelajar. Pelaksanaan pelbagai sistem di universiti adalah jauh berbeza

dengan sistem yang dilaksanakan di sekolah. Meskipun mereka telah lama belajar

di sekolah dan mungkin pernah menuntut di pusat matrikulasi, namun pastinya

mereka tetap merasakan bahawa kehidupan di universiti adalah jauh lebih kompleks

dan berbeza dengan sistem pengajian yang dilaksanakan di sekolah atau pusat

matrikulasi yang pernah mereka lalui sebelum ini. Boleh dikatakan jarang sekali

seseorang pelajar itu terlepas daripada menghadapi sebarang masalah semasa

pengajiannya di universiti sama ada masalah peribadi atau masalah akademik

(Norlaili, 2002).

Antara perubahan hidup yang ketara yang dihadapi oleh pelajar apabila

melangkah masuk ke universiti termasuklah cara belajar, pergaulan sosial dan

Page 18: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

2

kehidupan berdikari. Di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada guru-guru

untuk mendapatkan ilmu dan maklumat. Hal ini jauh berbeza dengan cara

penyampaian ilmu di universiti. Di universiti, pelajar diberi syarahan di dalam bilik

kuliah dan akan mencari maklumat tambahan sendiri. Hal ini memerlukan pelajar

menjadi seorang mahasiswa yang rajin, bersemangat tinggi, berdaya saing dan

berjiwa kental. Selain itu, pelajar juga akan lebih banyak berkomunikasi dan

berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan untuk mendapat ilmu dan maklumat-

maklumat lain. Pelajar yang kurang aktif dan malu untuk berjumpa dan berbincang

dengan pensyarah dan rakan-rakan mereka pastinya akan ketinggalan. Hal ini jauh

berbeza dengan kehidupan pelajar sewaktu menuntut ilmu di sekolah. Di sekolah,

pelajar lebih banyak mendapat maklumat daripada guru dan jarang sekali mencarinya

sendiri. Lagipun, kehidupan mereka di sekolah hanya sekitar enam hingga tujuh jam

sahaja dalam sehari. Masa yang selebihnya adalah di rumah bersama ibu bapa dan

keluarga. Hal ini menyebabkan pelajar lebih bergantung kepada orang lain untuk

mendapatkan sesuatu. Berbeza dengan kehidupan di universiti, kepelbagaian

cabaran hidup di peringkat awal dewasa mendedahkan pelajar dengan tekanan dan

desakan yang menguji keupayaan mereka (Norlaili, 2002). Sama ada mampu

ataupun tidak, mereka tetap perlu meneruskan perjuangan hidup dan mesti menjadi

lebih berdikari dalam menguruskan diri mereka sendiri bagi menghadapi segala

cabaran yang mendatang. Pelajar yang rendah motivasi diri pastinya akan terumbang

ambing dalam menguruskan kehidupannya di universiti.

Selain itu, sistem pelaksanaan pengajian di universiti dan sekolah juga

berbeza. Di universiti, sistem pengajian yang dilaksanakan adalah lebih berbentuk

terbuka. Pelajar boleh memilih dan mengambil mata pelajaran yang dikehendaki

dalam tempoh tertentu. Pelajar boleh menggugurkan mata pelajaran, menambah

mata pelajaran dan boleh memohon menukar program jika perlu berdasarkan syarat

dan peraturan yang telah ditetapkan.

Segala cabaran kehidupan baru bagi seseorang yang bergelar mahasiswa tidak

akan berjaya ditempuhi dengan lancar tanpa bantuan seseorang. Walaupun andaian

mengatakan bahawa pelajar IPT telah dewasa dan matang, mereka sebenarnya adalah

Page 19: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

3

golongan muda yang masih memerlukan bimbingan dan panduan daripada orang

dewasa yang mengambil berat tentang diri mereka (Zuraidah, 2004). Pandangan ini

disokong oleh Noraini Ahmad (1999) dalam Norlaili (2002) yang menyatakan

bahawa remaja memerlukan bimbingan daripada orang dewasa memandangkan

golongan ini sering dikatakan emosional dan tidak mampu membendung perasaan.

Menurut Azhar, Bushrah dan Mohd Ismail (2007) pula, mahasiswa sering mengalami

masalah ketara dalam menguruskan emosi dengan betul dan berkesan.

Selain itu, hal ini juga kerana pada peringkat remaja, mereka sedang

menghadapi krisis dalam diri dan masih tercari-cari identiti diri yang sebenar,

keinginan dalam hidup dan nilai yang menjadi pegangan mereka. Tanpa bimbingan,

kemungkinan mereka akan menghadapi tekanan hidup. Hal ini dikuatkan lagi dengan

pandangan Towbes dan Cohen (1996) dalam Fadilah, Nor Akmar dan Mastura

(2007) yang menyatakan bahawa pelajar universiti amat mudah terdedah kepada

stres pada awal tahun pengajian disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di

universiti. Stres juga boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian

seseorang pelajar terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap tahap kesihatan,

personaliti, interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka (Fadilah, Nor Akmar

dan Mastura, 2007).

Lantaran sedar akan betapa pentingnya peranan penasihat pelajar dalam

membantu mahasiswa, pada tahun 2005, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

mengarahkan setiap jabatan di fakulti atau pusat pengajian di universiti tempatan

mewujudkan program mentor mentee (Berita Harian, 8 Januari 2005). Program ini

bertujuan untuk mentor membantu mentee mengenal pasti potensi dan kemampuan

diri mereka dan juga dapat membantu mentee mengetahui kehendak atau kesesuaian

bidang pekerjaan mereka ketika mencari pekerjaan nanti.

Selaras dengan arahan daripada KPT, program mentor mentee telah

dilaksanakan di semua pusat pengajian tinggi. Program ini telah dikenalpasti sebagai

antara mekanisme yang positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu

Page 20: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

4

seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang

demikian, program mentor dan mentee amat sesuai dijadikan sebagai satu modus

operandi di IPT dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik

dan sahsiah diri (Zuraidah, 2004).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebelum KPT memberi arahan supaya setiap jabatan di fakulti atau pusat

pengajian di universiti tempatan mewujudkan program mentor mentee pada tahun

2005, pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah awal

dengan mewujudkan program mentor mentee sejak di awal penubuhannya. UTM

telah lama melaksanakan Program Penasihatan Akademik di mana setiap pelajar

mempunyai seorang penasihat akademik (PA) sejak mereka berada di tahun pertama

pengajian. Menurut Tuan Baharom (1999), tujuan diwujudkan Program Penasihatan

Akademik adalah untuk mewujudkan satu saluran perhubungan yang sistematik bagi

pelajar mendapatkan bimbingan dan nasihat berkaitan dengan hal ehwal akademik

dan yang berkaitan dengannya dalam usaha untuk melahirkan golongan pelajar yang

cemerlang dan bertanggungjawab.

Meskipun UTM telah lama melaksanakan Program Penasihatan Akademik,

namun masih lagi terdapat pelajar berpendapat bahawa PA tidaklah penting baginya.

PA dikatakan hanya sekadar untuk menandatangani borang pendaftaran mata

pelajaran sahaja (Norlaili, 2002). Selain itu, menurut Azmahani, Baharin dan

Jamaludin (2006) pula, Program Penasihatan Akademik ini agak kurang berkesan di

dalam memantau prestasi pelajar cemerlang meskipun telah lama dilaksanakan di

semua fakulti di UTM.

Page 21: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

5

Sebenarnya, terdapat beberapa masalah yang timbul dalam pelaksanaan

Program Penasihatan Akademik. Menurut Tuan Baharom (1999), antara masalah

yang dihadapi dalam pelaksanakan program ini ialah PA tidak mempunyai jadual

yang tetap untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar, PA tidak arif dengan sistem

akademik yang dilaksanakan dan PA tidak mempunyai kesungguhan untuk berjumpa

pelajar memandangkan tiada pengiktirafan dan penilaian dilakukan dalam Program

Penasihatan Akademik.

Dalam pelaksanakan Program Penasihatan Akademik, masalah-masalah

bukan sahaja timbul daripada pihak PA, tetapi juga daripada pelajar. Tuan Baharom

(1999) mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul pada pelajar untuk

bertemu PA mereka. Masalah-masalah yang timbul termasuklah sikap mereka yang

tidak suka bertemu PA, tidak faham dan tidak nampak kepentingan PA kepada

mereka dan mereka hanya akan bertemu PA ketika ingin membuat pendaftaran mata

pelajaran sahaja.

Dalam mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam program

mentor mentee, satu kajian berkaitan pelaksanaan program mentor mentee yang telah

dijalankan oleh Nelson (2002) dalam Zuraidah (2004) di Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS). Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar

mengetahui maksud, matlamat dan fungsi program mentor mentee ke atas mereka.

Daripada kajian ini juga, didapati hampir 70.0% pelajar bersetuju bahawa program

mentor mentee banyak memberi kebaikan terhadap diri mereka terutama dalam

pelajaran. Namun, mereka berpendapat bahawa komitmen yang diberikan oleh

pensyarah sebagai mentor dan pelajar sebagai mentee masih belum kukuh. Daripada

kajian ini juga, didapati 76.4% pelajar berpendapat bahawa mentor dan mentee

jarang mengadakan perjumpaan dan 69.1% responden menyatakan mentor dan

mentee tiada masa terluang untuk mengadakan perbincangan. Kajian ini jelas

menunjukkan bahawa masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak

mentor dan mentee dalam menjayakan program ini.

Page 22: KEBOLEHFUNGSIAN PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK KE … · Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan ... 2.7 Halangan Pelajar untuk Membuat

6

1.3 Penyataan Masalah

Memandangkan kebanyakan pelajar yang memasuki universiti menghadapi

pelbagai masalah dari segi akademik dan peribadi, maka Program Penasihatan

Akademik telah diwujudkan bagi membantu pelajar. Meskipun setiap pelajar telah

diberikan seorang mentor sebagai penasihat, namun masih ada di antara mereka yang

masih mempunyai masalah dalam pelaksanaan program ini. Rentetan daripada itu,

kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmanakah Program Penasihatan Akademik

mampu meningkatkan motivasi pelajar dan sejauhmanakah pula halangan yang

timbul untuk diadakan perjumpaan antara PA dan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun empat, program SPP, SPK

dan SPT, Fakulti Pendidikan, UTM. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

i) sejauhmanakah Program Penasihatan Akademik mampu

meningkatkan motivasi pelajar

ii) sejauhmanakah halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk membuat

pertemuan dengan PA mereka

iii) sejauhmanakah Program Penasihatan Akademik mampu

meningkatkan motivasi pelajar merentasi program

iv) sejauhmanakah halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk membuat

pertemuan dengan PA mereka merentasi program.