keagungan karya agung melayu

13
1.0 PENGENALAN Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. . Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat agama Sultan Aceh, telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan terlengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. [1] Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa. Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. 1 malay concordance project

Upload: murni-mohamat

Post on 06-Jul-2015

111 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang hikayat ini tidak hanya datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain seperti Rom, India, China dan Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa dan dewi ataupun makhluk super-manusia.

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,

kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa

orang pengarang Melayu. . Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat

agama Sultan Aceh, telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun

Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab

tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa

dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612

Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan terlengkap yang

menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara. Kebenaran tentang beliau sebagai

penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat

Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah

Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa

Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian

dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini

merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada

1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. [1] Portugis merampas naskhah Sejarah

Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik

ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang

paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah

Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil

Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara

Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal

1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang

Kaya Sogoh dari Goa/Gowa. Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni

Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu

Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja

Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih

China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis

dan disimpan di arkib negara tersebut.

1 malay concordance project

1

2.0 MESEJ DAN ISI

a) Pemikiran

Untuk melayakkan sesebuah karya diangkat sebagai karya agung, hasil karangan tersebut

perlulah mengambil kira beberapa ciri yang penting. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah lambang

atau mesej yang disampaikan oleh karya itu, nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan

hidup bangsa, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa.

Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam

penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas

kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia

lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang

hikayat ini tidak hanya datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain seperti

Rom, India, China dan Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa dan dewi

ataupun makhluk super-manusia. Isi yang terkandung dalam karya ini sarat dengan

kepelbagaian episod, peristiwa dan kejadian. Melaluinya, kita dapat melihat kisah untung nasib

dan gelagat para raja, putera-puteri yang elok rupa parasnya, tiada tolok banding dengan

manusia lain, para hulubalang yang gagah perkasa serta para dewa dan dewi dari kayangan

yang membawa tuah dan kuasa ajaib kepada manusia biasa. Selain itu, kita juga dapat

menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki

dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang

semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada

pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. Dalam erti kata lain, pengarang

mengangkat hal-hal yang berlegar di sekitar kehidupannya untuk dijadikan tema atau fokus

utama penulisan.

Pengarang Sejarah Melayu telah mengangkat kisah kebesaran dan kekuasaan raja atau

kerajaan Melayu. Bagi memastikan pemerintah digeruni oleh raja-raja lain di dunia ini, raja

Melayu itu mesti diberikan kuasa yang luar biasa. Untuk tujuan ini, mitologi digunakan sebagai

sumber kuasa raja. Tidak dapat dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu pada kurun ke-14

hingga ke-19 mempunyai unsur-unsur mitologi. Karya sejarah dalam bentuk babad atau susur

galur biasanya ditulis atas titah sultan, bertujuan untuk memuji pemerintah atau mempromosikan

kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Apabila seorang pengarang babad

2

memasukkan suatu cerita ajaib atau mitos dalam karyanya, sudah tentu ada sesuatu maksud

atau mesej yang cuba disampaikan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pembaca perlu

memahami makna maklumat tersebut dan mesej yang hendak dikemukakan.

Dalam Sejarah Melayu, terdapat juga beberapa cerita mengenai asal usul raja-raja

Melayu. Raja Melayu dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain, raja besar bangsa Yunani,

beragama Islam, iaitu yang beriman dengan agama tauhid Nabi Ibrahim.

“A‟lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata

yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Durab, Rom bangsanya, Makaduniah

nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya...”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 4)

Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini

dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran

rakyat China sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut

dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. Hanya setelah

meminum air basuhan kaki raja Melaka, iaitu menantu raja China, penyakit baginda sembuh. Hal

ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menggambarkan kekuasaan, kebesaran dan

keagungan raja beserta kerajaan yang dinaunginya.

b) Estetika dan Kepengarangan

Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang intelek Melayu

yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu,

pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan

asing yang diterap daripada kesusasteraan Hindu. Misalnya, pengarang dapat menggarap

unsur-unsur sastera Hindu sewaktu mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah

laut dan kisah di Bukit Si Guntang Mahameru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang suci

Hindu iaitu lembu putih.

Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut dibawa

masuk oleh pengarang. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran

peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit dan peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera

Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan

mas kahwin yang luar biasa.

3

Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab.

Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang mempunyai gaya

masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah

juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimah-kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah

Melayu.

Pengarang dilihat sangat kreatif dan berseni kerana dapat menampilkan karya tersebut

dalam bentuk yang menarik dan indah dari segi persembahannya. Tun Seri Lanang berupaya

melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga

berupaya menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik

perasaan pembaca sama ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Misalnya,

peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas.

“Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak menetak, parang-

memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi

lagi. Maka darah di tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang

sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke

dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan

lamanya.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 70)

Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur

dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja,

Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang berjaya

menerapkan gaya bahasa yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu, pengarang

juga turut menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah dialog,

monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab yang secara tidak

langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca karya tersebut.

v. Estetika

Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan berfikir,

kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-teki

dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir.

Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.

4

Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk

memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan

sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya

kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik.

Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan

istilah-istilah klasik. Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam/lisan wujud dalam satu

bentuk budaya yang disebut budaya “rhetorical”, manusianya wujud dalam situasi persaingan

kata-kata (verbal combat) atau pertikaman lidah: pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab,

sindiran dijawab dengan sindiran. Hal ini menuntut kecerdasan berfikir dan kelancaran

mengungkapkan bahasa yang amat tinggi. Bentuk-bentuk peribahasa menjadi cerminan kepada

keintelektualan minda Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia,

abstrak kepada konkrit, peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan

keintelektualan.

Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni

bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di

Temasik/Singapura. Dalam peristiwa ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah

negeri yang tidak pernah aman. Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha

pemerintahnya, Parameswara, untuk memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di

Temasik/Singapura terdapat nilai yang tidak baik. Istilah “Singapura” dikatakan berasal daripada

binatang yang bernama singa dan sikap singa itu pula suka berpura-pura. Sikap berpura-pura

merupakan nilai yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman kerana diperintah oleh raja

yang berhati pura-pura. Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya

juga berhati pura-pura. Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi

kerana mahu merebut nikmat material. Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba

membawa pembaharuan, memajukan Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan.

Terdapat ulama, Tun Jana Khatib, yang boleh membantu, tetapi disebabkan salah

sangka, ulama itu dibunuh. Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang

telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati oleh

pihak pemerintah pada masa itu. Hal ini dibuktikan dalam petikan di bawah,

Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu besar sekali akalnya. Sedang ia

budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 69)

5

Membunuh akal bererti membunuh intelektual. Membunuh budak bererti membunuh generasi

warisan. Lebih-lebih lagi membunuh budak berakal besar, yang bermaksud membunuh

kemajuan yang bakal berlaku. Kezaliman pemerintah yang sedemikian telah melenyapkan

riwayat Singapura dalam Sejarah Melayu. Secara halus, pengarang menyampaikan mesej

bahawa Singapura tidak akan maju kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya.

Mesej tersebut dsampaikan secara amat berseni. Pengarang tidak menyatakan kekejaman

pemerintah, sebaliknya pengarang menggambarkan perlakuan kejam pemerintah. Perlakuan-

perlakuan itu pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat pada

zaman itu. Di sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik golongan pemerintah. Seorang

budak yang berakal besar semasa kecilnya tentunya akan lebih besar apabila ia mnginjak

dewasa.

Disebabkan oleh sistem nilai yang dipegang oleh masyarakat dahulu berpaksikan “siapa kuat dia

berkuasa”, maka kebimbangan raja dan pembesar itu adalah wajar. Pembunuhan terhadap akal

dan budak itu menjadi halal pada mereka. Namun demikian, dalam prinsip “halal” mereka itu,

pengarang sebenarnya ingin menggambarkan kekejaman pemerintah kerana pengarang turut

menggambarkan pembunuhan terhadap ulama dan gundik raja. Penyusunan siri pembunuhan

ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang kebijaksanaan berbahasa yang terdapat pada

pengarang.

Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing

menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap ulama

bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka. Ulama

merupakan lambang yang membawa cahaya kebenaran dan keimanan. Apabila ulama sudah

tiada, ini bererti kerajaan itu berada dalam kegelapan. Kedua, pembunuhan terhadap budak

berakal besar disebabkan kebimbangan terhadap akal budak itu yang dikatakan akan

menggugat kuasa pemerintahan. Budak berakal besar melambangkan keintelektualan,

kesarjanaan dan kemajuan. Oleh sebab digambarkan masih budak, mungkin pengarang

bermaksud Singapura akan menerima kemajuan atau kemajuan masih dalam proses

pembinaan, dan mungkin Singapura maju dari segi pentadbiran keduniaan, bukan kerohanian.

Ketiga, pembunuhan terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik bongsu

raja disebabkan fitnah oleh para gundik. Gundik bongsu dapat difahami sebagai lambang

kelahiran. Yang dimaksudkan di sini, mungkin anak-anak yang bakal dilahirkan lebih berkualiti

berbanding anak-anak gundik yang lain ataupun permaisuri. Dalam ketiga-tiga peristiwa

6

pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa untuk mengkritik raja. Seni

bahasanya terletak pada cara pengarang menggambarkan kekejaman dan kesan baik yang

dapat diteladani daripada tindakan raja.

c) Nilai budaya / Pandangan Hidup

Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya

untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat

Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat

menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.

“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat

dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan

ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung,

tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,

bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris,

sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas

berkepala perak tiada boleh.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 74)

Di samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca

perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.

“Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan

harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang

bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas

gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut,

maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang,

serunai, nafiri...”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)

7

Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat

dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat

tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara

Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang

pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana

tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak jadi

menentang.

Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat

dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak

membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah. Dengan

perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.

Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh

masyarakat ketika itu. Dalam karya Sulalatus Salatin banyak menunjukkan ketinggian ilmu orang

Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan

syair.Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang

diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan

seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur-

unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di

Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh

penduduk setempat.

Kota Pahang dimakan api,

Sampai ke tepi hampir titian,

Bukan kularang kamu berlaki,

Bukan begini perjanjian.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 239)

Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku.

Contohnya seperti pantun di bawah,

Teluk Itik dari Senggora,

Pandan terletak dilangkahi,

Darahnya titik di Singapura,

8

Badannya terhantar di Langkawi.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)

Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib.

Hal ini berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja terhadap beliau yang dituduh

cuba menggoda Raja Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang

sehingga terbelah dua. Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya

menitik setitik manakala badannya ghaib.

Selain itu, turut terselit puisi berbentuk seloka. Seloka ini dihasilkan ekoran peristiwa

Singapura dilanggar todak.

Carek baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)

Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan

pembesar dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk nyanyian. Contohnya:

Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang

nyanyian:

Raja Maluku meninjam kuda,

Meminjam kuda pada Maulana,

Tuanku nyawa orang muda,

Arif bertambah bijaksana.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 180)

Di sebalik pujian, terdapat juga sindiran yang ditujukan kepada golongan pemerintah.

Contohnya pantun dan seloka ini:

“Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;

Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.”

Maka di sahut oleh bunga tanjung, katanya:

9

“Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada,

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada.”

Maka dijawab oleh bunga telipuk:

“kuning Ledang bagai dikarang,

Riang-riang disambar wakab,

Hairan memandang dunia sekarang,

Bayang-bayang hendak ditangkap.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 214)

Seloka dan pantun ini sebenarnya bertujuan untuk menyindir Sultan Mahmud yang ingin

berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa puisi-

puisi yang dihasilkan ini sebenarnya menggambarkan pujian atau sindiran kepada golongan

pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.

Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya

digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat Diraja turut

dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu.

iii. Nilai Ilmu

Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan

penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan

perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan

mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang. Kajian

yang dilakukan ke atas sumber sejarah Melayu, khususnya sejarah Melayu Islam menjelaskan

bahawa di dalamnya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan ilmu. Semua bahan

yang dirakamkan di dalamnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1. Istilah umum

10

2. Bidang ilmu

3. Para ilmuwan, karyawan, pengarang (penyalin), guru dan orang alim yang lain

4. Karya ilmiah dan buku, serta sistem pengajaran dan pelajaran

5. Unsur-unsur ilmiah / tekstologi dalam teks-teks sejarah

Dalam kategori “istilah umum”, pelbagai kata dan definisi berkaitan ilmu, pelajaran, pengajaran,

karangan, daya cipta dan lain-lain dimasukkan ke dalam penulisan karya. Misalnya, ilmu, kitab,

karangan, cerita, buku, membaca, mengajar, guru, mursyid, murid, intiha, konon, kabar (khabar),

kaul dan sebagainya. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang sangat luas dan digunakan

dalam pelbagai bidang kehidupan intelektual. Jika diteliti dalam karya agung Sejarah Melayu,

antara kosa kata yang ditemukan ialah ilmu, alkisah, kitab, cerita (ceritera), kabar (khabar), kaul,

membaca, mengajar (ajar), mengarang (karang, karangan), mengaji, alim, murid dan guru.

Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada

bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu dan

dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu. Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang pelbagai

bentuk dan banyak bilangannya, hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan bahawa

pengarang dan pembaca pada masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa Arab.

Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa

bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah (didaktik,

tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah, ilmu usuludin), ilmu sejarah,

ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa (etimologi, saraf, nahu), ilmu perubatan tradisional

dan pelbagai lagi.

Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara orang

atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed dari tanah

Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana.

“Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa ke istana baginda. Maka

bendahara dan segala orang besar-besar pun masuk agama Islamlah. Maka segala orang

Melaka kecil besar semuanya disuruh raja masuk Islam sekalian. Maka raja pun berguru pada

makhdum Sidi „Abdul Aziz.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 51)

11

“Sebermula pada masa itu kadi di Melaka Kadi Yusuf namanya, cicit pada Makhdum Sayid

„Abdul Aziz yang mengislamkan segala orang Melaka. Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada

Maulana Abu Bakar kerana ia terlalu „alim. Sekali persetua Kadi Yusuf hendak pergi

sembahyang Jumaat maka lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar

ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh

cahaya seperti sumbu dian yang dikelilingi apinya. Demikian rupanya. Maka Kadi Yusuf pun

segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar. ... Maka Kadi Yusuf pun berguru

pada Maulana Abu Bakar. Maka Kadi Yusuf pun jununlah. Maka ia lalu memecat dirinya

daripada kadi.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 100)

“... Maulana Abu Bakar turun dari atas kapal membawa kitab Durr Manzum...Maka Sultan

Mansur pun berguru pada Maulana Abu Bakar...banyak ilmu diperolehlah baginda. Maka Sultan

Mansur Syah Durr Manzum itu disuruh baginda ertikan ke Pasai.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98)

“... bertanyakan suatu masalah Segala isi syurga itu kekallah ia dalam syurga dan bagi isi

neraka itu kekallah ia dalam neraka? ... Maka kata Tun Makhdum Muda “Isi syurga kekallah ia

dalam syurga, isi neraka kekal dalam neraka”... kerana sabit dengan dalil Qur‟an “mereka itu

kekal dalam syurga selama-selamanya.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98-99)

Semua nama yang disebutkan dalam petikan di atas merupakan tokoh Islam. Para

ilmuwan tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam masyarakat Melayu

Islam khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai nasihat kepada raja dan anak-

anaknya, mengajar sultan dan orang besar-besar, mengepalai musyawarah, membantu

mencapai muafakat dalam perdebatan dan konflik dan lain-lain lagi.

Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama

yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan

ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan ialah

al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya,

12

... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri pula

Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke darat

membawa al-Qur‟an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun tiada

dapat membaca dia.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56)

Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu

faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat,

kedua bahasa sifat; dinamainya Duri‟l-mazlum.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 156-157)

Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah

Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak

pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. Melaluinya, pengarang telah berjaya

memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru,

yang dipelajari daripada Islam, untuk menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya. Mantera

mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan berguru kepada syeikh

atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan dengan keadilan menurut hukum

Allah dan pelbagai lagi. Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam Sulalatus

Salatin atau Sejarah Melayu.