karbohidrat(kumpulan 1)-4 bestari

13
KUMPULAN 1

Upload: choo017

Post on 11-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

This is a presentation about carbohydrate-Biology Form 4 in Malay version. Hopefully this presentation will help you!

TRANSCRIPT

Kumpulan 1

Kumpulan 1Karbohidrat

KarbohidratKarbohidrat dibahagi kepada 3 jenis, iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.Karbohidrat merupakan satu sumber tenaga yang boleh digunakan oleh sel.Semua karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam satu molekul karbohidrat adalah 2:1.MonosakaridaMonosakaridaMonosakarida ialah monomer karbohidrat, iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas.Monosakarida dikenali sebagai gula ringkas.Berantai panjang berhubung dengan protien dan lipid untuk membentuk glikoprotein dan glikolipid.Contohnya glukosa, fruktosa dan galaktosa.Monosakarida ialah sejenis gula penurun dan boleh bertindak sebagai agen penurun.Ciri-ciri contoh-contoh monosakaridaNama contoh-contoh monosakaridaCiri-ciriGlukosaDidapati dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti anggur.Formula kimia untuk glukosa ialah C6H12O6.FruktosaSejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan manis dan madu.GalaktosaTerdapat dalam susu.DisakaridaDisakaridaSetiap molekul disakarida terbentu daripada dua molekul monosakarida yang bergabung melalui kondensasi yang melibatkan penyingkiran satu molekul air apabila satu ikatan terbentuk di antara dua molekul monosakarida.Maltosa(gula malt) terbentuk daripada kondensasi dua molekul glukosa.Sukrosa terbentuk daripada kondensasi glukosa dan fruktosa.Latosa(gula susu) terbentuk daripada kondensasi glukosa dan galaktosa.Disakarida boleh diuraikan kepada unit-unit monosakarida melalui hidrolisis yang melibatkan penanmbahan satu molekul air.Maltosa dan latosa ialah gula penurun.Sukrosa ialah gula bukan penurun.Persamaan kondensasi dan hidrolisis maltosa

PolisakaridaPolisakaridaPolimer yang dibentuk melalui kondensasi monomer-monomer glukosa.Tidak boleh larut dalam air kerana saiz molekulnya besar.Tidak mempunyai rasa manis dan tidak menghablur.Contohnya kanji, glikogen dan selulosa.Boleh diuraikan kepada molekul-molekul kecil melalui proses hidrolisis dengan penambahan asid cair atau melalui tindak balas enzim.

Ciri-ciri contoh-contoh polisakaridaContoh-contoh polisakaridaCiri-ciriKanjiKanji terdapat dalam gandum, beras, ubi kentang, roti dan jagung. Kanji ialah karbohidrat simpanan utama dalam tumbuhan.

Glikogen(Kanji haiwan)Glikogen ialah karbohidrat simpanan utama dalam haiwan dan kulat.Rantai polisakarida dalam glikogen adalah bercabang-cabang.

SelulosaSejenis polisakarida yang membina dinding sel tumbuhan.Sekian, terima kasih