karangan contoh

2
Karangan Contoh ( Rencana Akhbar ) Unsur tahyul dan imaginasi begitu banyak dipaparkan dalam drama, telefilem, dan filem. Hal tersebut akan membantutkan perkembangan minda masyarakat. Tulis suatu rencana tentang hal tersebut. Unsur-Unsur Tahyul Membantutkan Perkembangan Pemikiran Masyarakat . Oleh : Abdul Jalil bin Ibrahim Semakin pesat sains dan teknologi, semakin meluaslah kegunaannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Begitulah halnya dalam dunia perfileman. Pelbagai bentuk kesan khas yang menakjubkan digunakan untuk mempelbagaikan teknik penggambaran dan menentukan sesuatu filem itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Sehubungan dengan itu juga, pelbagai unsur mistik, imaginasi, dan tahyul dipaparkan dalam sesuatu filem atau drama. Unsur-unsur tersebut diterapkan dengan begitu teliti hingga tampaknya seoah-olah suatu realiti dengan bantuan peralatan yang serba canggih. Unsur-unsur imaginasi dan tahyul ini sudah menjadi darah daging dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran masyarakat. Baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa. Saya berpendapat bahawa kesan negatifnya adalah ketara. Cerita-cerita fiksyen sains seperti Star Wars dan Star Trek dipaparkan sebagai cerita yang banyak berunsurkan imaginasi kehidupan pada zaman yang akan datang. Tujuan utamanya adalah untuk hiburan semata-mata dan menguji daya fikir manusia. Walau bagaimanapun, terdapat juga cerita-cerita imaginasi yang pada dasarnya untuk hiburan, namun dapat juga menimbulkan kesan sampingan yang memudaratkan pemikiran. Contohnya, dalam filem Superman, watak utama ditampilkan sebagai manusia yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Selain gagah perkasa, “Superman” ditampilkan sebagai orang yang berupaya terbang. Dalam filem Spiderman pula, watak utama ditampilkan sebagai orang yang berupaya memanjat bangunan atau melompat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Ramai kanak-kanak yang telah meniru gaya “Superman” dan “Spiderman” ini. Sebagai akibatnya meeka terkorban apabila mencuba terbang, terjun, atau melompat dari bangunan tinggi, khususnya mereka yang tinggal di pangsapuri. Banyak juga terdapat cerita yang memaparkan kisah seseorang yang memperoleh kuasa yang luar biasa dengan memiliki sesuatu benda. Cerita begini banyak ditonjolkan dalam kalangan masyarakat Cina. Bagi sesetengah masyarakat Cina, unsur mistik itu memang benar-benar wujud dan berkuasa. Sebagai akibatnya, kita sering terdengar atau terbaca akan berita tentang mereka yang ditipu membeli batu kerikil yang disangka geliga yang berkuasa. Bagi masyarakat Melayu pula, terdapat cerita-cerita yang kaya dengan unsur kekebalan diri dan kehebatan seni silat yang keterlaluan. Ciri ini banyak digambarkan dalam cerita purba khususnya yang dibawa

Upload: hadijah-sebah

Post on 27-Jun-2015

2.921 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Contoh

Karangan Contoh ( Rencana Akhbar )

Unsur tahyul dan imaginasi begitu banyak dipaparkan dalam drama, telefilem, dan filem. Hal tersebut akan membantutkan perkembangan minda masyarakat.

Tulis suatu rencana tentang hal tersebut.

Unsur-Unsur Tahyul Membantutkan Perkembangan Pemikiran Masyarakat .

Oleh : Abdul Jalil bin Ibrahim

Semakin pesat sains dan teknologi, semakin meluaslah kegunaannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Begitulah halnya dalam dunia perfileman. Pelbagai bentuk kesan khas yang menakjubkan digunakan untuk mempelbagaikan teknik penggambaran dan menentukan sesuatu filem itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Sehubungan dengan itu juga, pelbagai unsur mistik, imaginasi, dan tahyul dipaparkan dalam sesuatu filem atau drama.

Unsur-unsur tersebut diterapkan dengan begitu teliti hingga tampaknya seoah-olah suatu realiti dengan bantuan peralatan yang serba canggih. Unsur-unsur imaginasi dan tahyul ini sudah menjadi darah daging dan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran masyarakat. Baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa. Saya berpendapat bahawa kesan negatifnya adalah ketara. Cerita-cerita fiksyen sains seperti Star Wars dan Star Trek dipaparkan sebagai cerita yang banyak berunsurkan imaginasi kehidupan pada zaman yang akan datang. Tujuan utamanya adalah untuk hiburan semata-mata dan menguji daya fikir manusia.

Walau bagaimanapun, terdapat juga cerita-cerita imaginasi yang pada dasarnya untuk hiburan, namun dapat juga menimbulkan kesan sampingan yang memudaratkan pemikiran. Contohnya, dalam filem Superman, watak utama ditampilkan sebagai manusia yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Selain gagah perkasa, “Superman” ditampilkan sebagai orang yang berupaya terbang. Dalam filem Spiderman pula, watak utama ditampilkan sebagai orang yang berupaya memanjat bangunan atau melompat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Ramai kanak-kanak yang telah meniru gaya “Superman” dan “Spiderman” ini. Sebagai akibatnya meeka terkorban apabila mencuba terbang, terjun, atau melompat dari bangunan tinggi, khususnya mereka yang tinggal di pangsapuri.

Banyak juga terdapat cerita yang memaparkan kisah seseorang yang memperoleh kuasa yang luar biasa dengan memiliki sesuatu benda. Cerita begini banyak ditonjolkan dalam kalangan masyarakat Cina. Bagi sesetengah masyarakat Cina, unsur mistik itu memang benar-benar wujud dan berkuasa. Sebagai akibatnya, kita sering terdengar atau terbaca akan berita tentang mereka yang ditipu membeli batu kerikil yang disangka geliga yang berkuasa.

Bagi masyarakat Melayu pula, terdapat cerita-cerita yang kaya dengan unsur kekebalan diri dan kehebatan seni silat yang keterlaluan. Ciri ini banyak digambarkan dalam cerita purba khususnya yang dibawa masuk dari Indonesia. Ciri-ciri ini begitu kuat mempengaruhi fikiran sesetengah masyarakat Melayu. Sebagai akibatnya, terdapat beberapa pihak yang mengeksploitasinya dengan menetapkan ciri-ciri tersebut dalam seni silat yang diajarkan mereka untuk mempengaruhi orang lain demi kepentingan sendiri.

Tahyul dan mesteri adalah unsur yang masih mendominasi budaya dan pemikiran masyarakat kita. Cerita-cerita seram yang berunsurkan hantu, pontianak, dan “dracula” begitu mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini melambangkan tahap pemikiran masyarakat yang masih dibelenggu dengan amalan dan kepercayaan yang boleh merosakkan pemikiran dan akidah. Hal ini juga menjadi kekangan ke arah merealisasikan matlamat pembangunan negara.

Pemodenan minda perlu dilaksanakan supaya masyarakat tidak lagi tertipu atau terlalu asyik dengan unsur khayalan yang diterapkan kepada mereka secara berterusan tanpa kawalan. Mungkin kesan unsur-unsur tersebut tidaklah sehebat kesan yang diterbitkan oleh ciri-ciri keganasan dan kekerasan yang dipaparkan dalam filem, namun kemungkinan akan berlakunya kesan yang lebih buruk semakin ketara pada hari ini. Oleh hal yang demikian, tindakan kawalan perlu dilaksanakan dengan segera sebelum keadaannya bertambah buruk sesuai dengan pesan peribahasa “ kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan”.

( 470 patah perkataan )

Page 2: Karangan Contoh