karangan cemerlang aktiviti karya sastera

3
Karangan Cemerlang KBAT BM SPM Norliza Mohamad AKTIVITI-AKTIVITI MEMUPUK MINAT MURID TERHADAP KARYA SASTERA Dasawarsa yang lalu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa di Tanah Melayu. Karya sastera boleh dizahirkan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan hal masyarakat dan zamannya. Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri. Di negara kita, terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang menunjukkan karya sastera mempunyai nilainya yang tersendiri. Di negara barat, karya sastera amat diagung-agungkan. Karya William Shakespere tidak pernah hilang dalam ingatan masyarakat Eropah. J.K Rowling yang tampil dengan novel bersiri Harry Potter menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat pada zaman ini. Dari perspektif lain, karya sastera di Malaysia semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden. Meninjau dari sudut yang asas, murid-murid pada zaman ini semakin kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen, drama, sajak atau puisi dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden ini. Antara aktiviti yang perlu dijalankan oleh sekolah untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan murid adalah dengan menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalam kalangan murid di sekolah. Dengan ini, murid-murid akan dapat mengetahui perkara yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri. Sebagai contoh, menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi murid sekolah. Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera. Bagaimana? Ibu bapa hendaklah membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan seperti bengkel mengarang cerpen, puisi dan pelbagai karya sastera yang lain. Izharlah, melalui kursus penulisan karya sastera minat murid terhadap karya-karya ini akan bercambah. Aktiviti yang kedua adalah mengadakan kempen membaca karya sastera secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Justeru, untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, pemupukan minat membaca karya sastera di dalam diri seseorang merupakan satu intensif yang bijak. Dengan wujudnya minat membaca karya sastera, murid dapat memperoleh perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi dan berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, murid akan dapat melihat pelbagai jenis karya

Upload: liza83tintabahasa

Post on 22-Dec-2015

2.381 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

Aktiviti Memupuk Minat Murid Terhadap Karya Sastera

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Cemerlang Aktiviti Karya Sastera

Karangan Cemerlang KBAT BM SPMNorliza Mohamad

AKTIVITI-AKTIVITI MEMUPUK MINAT MURID TERHADAP KARYA SASTERA

Dasawarsa

yang lalu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa di Tanah Melayu. Karya sastera boleh dizahirkan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan hal masyarakat dan zamannya. Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri. Di negara kita, terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang menunjukkan karya sastera mempunyai nilainya yang tersendiri. Di negara barat, karya sastera amat diagung-agungkan. Karya William Shakespere tidak pernah hilang dalam ingatan masyarakat Eropah. J.K Rowling yang tampil dengan novel bersiri Harry Potter menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat pada zaman ini. Dari perspektif lain, karya sastera di Malaysia semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden. Meninjau dari sudut yang asas, murid-murid pada zaman ini semakin kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen, drama, sajak atau puisi dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden ini.

Antara aktiviti yang perlu dijalankan oleh sekolah untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan murid adalah dengan menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalam kalangan murid di sekolah. Dengan ini, murid-murid akan dapat mengetahui perkara yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri. Sebagai contoh, menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi murid sekolah. Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera. Bagaimana? Ibu bapa hendaklah membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan seperti bengkel mengarang cerpen, puisi dan pelbagai karya sastera yang lain. Izharlah, melalui kursus penulisan karya sastera minat murid terhadap karya-karya ini akan bercambah.

Aktiviti yang kedua adalah mengadakan kempen membaca karya sastera secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Justeru, untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, pemupukan minat membaca karya sastera di dalam diri seseorang merupakan satu intensif yang bijak. Dengan wujudnya minat membaca karya sastera, murid dapat memperoleh perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi dan berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, murid akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun

Page 2: Karangan Cemerlang Aktiviti Karya Sastera

Karangan Cemerlang KBAT BM SPMNorliza Mohamad

Sasterawan Negara. Contohnya, kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi. Sudah terang lagi bersuluh melalui kempen membaca karya sastera minat murid terhadap karya ini dapat dipupuk.

Usaha yang seterusnya adalah menjadikan aktiviti membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah .Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan dalam diri murid. Terdapat juga murid yang tidak tahu berkenaan karya sastera. Menjdi tugas sebagai seorang guru, memberikan ilmu kepada murid tentang karya sastera. Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah, secara automatiknya murid akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.P ihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang dari jiwa murid mahupun guru-guru. Contohnya, menambahkan masa mata pelajaran bahasa Melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci serta guru dapat memberi perhatian semasa pengajaran karya sastera. Guru juga perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera. Nyatalah melalui pemupukan karya sastera dalam bilik darjah mampu menarik minat murid terhadap karya sastera.

Aktiviti seterusnya adalah memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah. Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri, namun kadar kemasukan murid ke pusat sumber sangat mengecewakan. Untuk memupuk minat membaca karya sastera, pihak sekolah perlu menaik taraf perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku termasuklah karya sastera yang lama dan baharu agar murid akan terdorong membacanya. Jelaslah melalui usaha perpustakaan memperbanyakkan karya sastera dapat memupuk minat murid terhadap karya sastera.

Aktiviti yang dapat diimplementasikan dalam usaha memupuk minat murid terhadap karya sastera juga adalah mewujudkan pertandingan berbentuk sastera seperti sayembara puisi, pertandingan drama, pertandingan berbalas pantun, mengarang atau menulis cerpen serta novel. Guru-guru boleh mengenal pasti bakat yang ada dalam diri, mengggalakkan murid-murid menyertai pertandingan ini dan membimbing murid dengan cara yang betul. Ganjaran dalam bentuk sijil, hadiah berbentuk wang mahupun plak juga boleh diberi kepada murid yang berjaya manakala murid yang tidak berjaya hendaklah diberi suntikan semangat agar terus berusaha. Contohnya, murid yang berjaya boleh diketengahkan bakat mereka ke peringkat pertandingan yang lebih tinggi. Dapat dilihat, melalui pertandingan berbentuk sastera, murid-murid akan mempunyai minat terhadap karya sastera.

Dengan wujudnya aktiviti-aktiviti sebegini, minat murid terhadap karya sastera dapat dilaksanakan. Pihak sekolah perlu berusaha secara komited denga langkah-langkah yang pragmatik untuk memupuk minat membaca karya

Page 3: Karangan Cemerlang Aktiviti Karya Sastera

Karangan Cemerlang KBAT BM SPMNorliza Mohamad

sastera dalam kalangan para pelajar dari awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini untuk memastikan karya sastera tidak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan.