tip menulis karangan yang cemerlang

Upload: nur-wahedah-abd-rahman

Post on 18-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tips menulis karangan cemerlang untuk peperiksaan pmr dan spm

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU (KERTAS 1)

BAHASA MELAYU (KERTAS 1)PN. HALIZAH BINTI JAUHARI(GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

TIP UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN YANG CEMERLANGBAHAGIAN BMARKAH 100MASA : 1 JAM 30 MINIT

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM PENULISANPastikan menulis karangan berdasarkan kata kunci dalam soalan.3 komponen (pendahuluan, perenggan isi & penutup)Setiap isi dihuraikan dengan contoh konkrit (mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh & ayat penyimpul)

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM PENULISANPerenggan isi dibina tersusun mengikut keutamaan.Masukkan ungkapan menarik yang sesuai (relevan dengan isi).Ayat-ayat yang dibina mestilah gramatis (betul & tepat tatabahasanya).Guna kepelbagaian ayat.Contoh : Akhirkalam, (KKL) : kera sumbang (ungkapan menarik) : masyarakat madani (frasa menarik)

1) Ungkapan menarik: mestilah yang asal & tidak boleh diubah.

Betul : Tepuk dada, tanya seleraSalah : Tepuk dada, tanyalah iman

2) Ayat-ayat gramatis : Alangkah manisnya hidup bersahabat, sekiranya tali persahabatan itu dihubungkan atas dasar iman dan taqwa, pastinya tautan itu mendapat keredaan Allah4

TIP UNTUK CEMERLANG DALAM PENULISANPerancangan masa yang betul.Contoh:> 3 minit : baca, analisis, pilih soalan, kenal pasti tugasan, garis frasa-frasa penting.> 4 minit : buat rangka isi> 78 minit: mengarang> 5 minit : semak karangan

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT :Isi & ideaBahasaPemerengganan

ISI DAN IDEA Tidak menjawab soalan yang diberikan. Isi bercampur aduk (tidak relevan). Tiada huraian isi dengan contoh konkrit. Tidak mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan isu dipilih. Isi tidak matang. Isi kurang faham & berulang-ulang.

BAHASA Pembinaan ayat yang tidak gramatis Penggunaan imbuhan yang salah Pemilihan kosa kata yang salah Tiada variasi ayat (ayat pendek) Kosa kata terhad & tidak luas Tiada ungkapan menarik (peribahasa, pantun) Tiada penanda wacana Permulaan ayat dengan kata hubung Ayat tiada maksud / tergantung

PEMBINAAN AYAT TIDAK GRAMATISSALAHContoh: Oleh kerana itu ramai sukarelawan-sukarelawan telah bertungkus-lumus memerah keringat demi untuk membantu mangsa-mangsa banjir terlalu amat dahsyat di negeri Kelantan.

BETULContoh: Oleh sebab itu, ramai sukarelawan telah bertungkus-lumus memerah keringat untuk membantu mangsa banjir yang amat dahsyat di negeri Kelantan terutamanya Kuala Krai dan Gua Musang.

PENGGUNAAN IMBUHAN YANG SALAH berkerjasama bekerjaya mempastikan mempertahan mengwujudkan mengomersialkan menyariatkan merbahaya mengucar-kacirkan mengenegahkan perlancongan perlantikan perkawanan

Jawapan yang betul: bekerjasama- mensyariatkan- berkawan / persahabatan berkerjaya- berbahaya memastikan- mengucar-ngacirkan mempertahankan- mengetengahkan mewujudkan- pelancongan mengkomersialkan- pelantikan

10

TIADA PENANDA WACANAContoh penanda wacana yang betul:selain itu,sehubungan dengan itu,oleh hal yang demikian,hal ini demikian kerana ..

Intensif:secara bersungguh-sungguh / giat.

Insentif:sesuatu berbentuk kebendaaan atau tidak yang diberikan /ditawarkan sebagai dorongan.

Inisiatif:daya usaha

PEMILIHAN KOSA KATA YANG SALAH(intensif, insentif, inisiatif)

12

Contoh: Dan hidup kita tidak akan bermakna seandainya kita membiarkan diri kita lalai dalam menunaikan suruhan Allah. (SALAH) Tetapi janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri, bantulah golongan yang ditimpa kesusahan berdasarkan tahap kemampuan diri kita. (SALAH) PERMULAAN AYAT DENGAN KATA HUBUNG

Tiada perenggan / hanya 1 perenggan sahaja.Dua isi dalam 1 perenggan.Perenggan tidak seimbang (panjang/pendek).Tiada kesinambunangan antara perenggan.Perenggan isi bercampuk aduk dengan huraian / contoh yang tidak relevan.Ulang isi yang sama dalam perenggan berbeza.PEMERENGGANAN

Teknik Menulis KesimpulanSetiap perenggan yang lengkap mestilah diakhiri dengan perenggan kesimpulan.Perenggan kesimpulan berfungsi sebagai penutup bicara sebagai rumusan kepada idea-idea yang disampaikan melalui perenggan-perenggan isi.Perenggan kesimpulan mengulangi pendirian terhadap idea atau pemikiran sebenar pengarang.

Kesilapan lazim yang menyebabkan karangan anda tidak boleh dikategorikan sebagai karangan cemerlangTiada perenggan kesimpulanPerenggan kesimpulan terlalu ringkas, iaitu hanya satu atau dua ayat sahaja.Menyenaraikan semula kesemua isi yang telah dinyatakan dalam perenggan isiMenulis perenggan kesimpulan yang terlalu panjang dalam perenggan isi.Perenggan kesimpulan yang baik mestilah diolah dengan menarik seperti yang tercatat dalam peta minda di atas.

Contoh 1:Soalan: Huraikan ciri-ciri keluarga bahagia Akhirulkalam, sebagai manusia kitalah yang menentukan untuk hidup dalam keluarga yang saling melengkapi, bantu- membantu dan hidup dengan penuh kerukunan ataupun sebaliknya. Oleh itu, kita sebagai ahli keluarga, seharusnya bijak dalam sebarang tindakan supaya dapat memandu kita ke arah kebaikan. Dalam hal ini, kita hendaklah memainkan peranan secara berhikmah demi kerukunan hidup berkeluarga, bukannya menjadi duri dalam daging iaitu sentiasa mendatangkan masalah kepada keluarga kita.Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah, kerana pada masa itu penyesalan kita terhadap kecuaian kita dalam bertindak sudah tidak berguna lagi Jadikan anggota keluarga kita sebagai permata bernilai supaya kita akan sanggup berkorban apa-apa sahaja untuknya pada bila-bila masa.

Contoh 2: Soalan: Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena Sambutan Hari Keluarga, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajukCara-cara Menghargai Jasa Ibu bapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, Berdasarkan isu-isu ceramah yang saya sampaikan tadi, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa seseorang anak itu seharusnya menghargai jasa kedua-dua orang tua mereka. Anak-anak yang taat kepada ibu bapanya akan mewujudkan keluarga bahagia.Lantaran itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya jangan lupa daratan dan menjadi si Tanggang dengan mengutamakan kemewahan dunia daripada menjaga kebajikan ibu bapa kita. Insaflah akan setiap kesalahan yang telah kita lakukan terhadap kedua-dua ibu bapa kita, jangan biarkan air mata ibu bapa kita mengalir dek kerana tingkah laku kita yang biadap terhadap mereka. Saya aarasa belum terlambat lagi untuk kita bertaubat andai kita pernah menggores hati mereka kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Saya akhiri ceramah saya dengan serangkap pantun:

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada salah dan silap, Jangan simpan di dalam hati.Sekian, terima kasih.

Info BahasaSelalunya murid menuliskedua ibu bapaberatus orang,berbanyak terima kasih yang tepatnya ialahkedua-dua ibu bapa,beratus-ratus orang,.berbanyak-banyak terima kasih Hal ini demikian kerana, berdasarkan hukum tatabahasa, kata bilangan tidak tentu mestilahdigandakan.Perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan perasaan yang terluka ialah mengguris, yang betulnya ialah menggores. Ingatlah! Tiada perkataan mengguris dalam bahasa Melayu

LatihanTajuk: Mencegah rasuah tanggung jawab kita bersama. Bincangkan.Arahan: Perenggan kesimpulan di bawah tidak tersusu dari segi ayatnya. Susun semula ayat-ayat tersebut supaya menjadi perenggan kesimpulan yang cemerlang.

Ucapan ini jelas menggambarkan bahawa betapa perlunya sesebuah jentera pentadbiran itu disokong oleh rakyat negara itu sendiri dengan nilai integriti yang unggul.Sebagai intiha, komitmen daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai tahap sifar rasuah. Oleh sebab itulah, kita perlu bersatu berganding bahu mengatur langkah sederap untuk memerangi jenayah kolar putih ini hingga ke akar umbi. Prakarsa yang proaktif, pragmatik dan jitu perlu dilakukan segera agar negara kita bebas daripada jenayah rasuah. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah mengungkapkan antara lainnya berbunyi Bekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja bukan kerana saya. Marilah kita bangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jawapan Sebagai intiha, komitmen daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai sifar rasuah. Mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pernah mengungkapkan antara lain bunyinyaBekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja kerana saya. Marilah kita bangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Ucapan ini jelas menggambarkan bahawa betapa perlunya sesebuah jentera pentadbiran itu disokong oleh rakyat negara itu sendiri dengan nilai integriti yang unggul. Oleh sebab itulah, kita perlu bersatu, berganding bahu mengatur langkah sederap untuk memerangi jenayah kolar putih ini hingga ke akar umbi. Prakarsa yang proaktif,pragmatik dan jitu perlu dilakukan agar negara kita bebas daripada jenayah rasuah.

TERIMA KASIH

SEMOGA MAJU JAYA