hmt 505 pemaknaan leksikal k3

69
HMT 321 HMT 321 PEMAKNAAN LEKSIKAL

Upload: mashitohpakirmohamed

Post on 29-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

  • HMT 321PEMAKNAAN LEKSIKAL

  • Pemaknaan leksikalMakna Leksikal

    Definisi konsep asas berkaitan bidang perkamusan biasanya melibatkan leksikal, leksikografi, leksikologi @ leksikon.

    Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) - leksikal ialah makna sesuatu perkataan itu sendiri, iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat.

  • Pemaknaan leksikalLeksikograf - merupakan penyusunan kamus manakala leksikologi pula kajian tentang makna & penggunaan perkataan.

    Leksikon pula ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.

  • Pemaknaan leksikalLeksikografi

    Penyusunan kamus serta hal-hal yang berkaitan dengan kamus (Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar, 1985).

    Cabang leksikografi terapan berkaitan dengan prinsip amalan membuat kamus (penyusunan, perbandingan, penakrifan & penggolongan butir-butir leksikal untuk dibukukan (Kamus Linguistik,1997).

  • LeksikonIstilah leksikon dalam ilmu linguistik -perbendaharaan kata yang sering disebut leksem.

    Leksikologi - cabang linguistik yang berurusan dengan leksikon & istilah. Maslov (1987): makna leksikal - rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang khusus bagi satu perkataan & perbezaan dengan perkataan-perkataan lain.

  • Pemaknaan leksikalMaslov (1987) membezakan makna leksikal kepada tiga komponen:

    i.Hubungan dengan denotasi;ii.Hubungan dengan kategori logik;iii.hubungan dengan makna konseptual &konotatif.

  • Pemaknaan leksikalTikus makna leksikalnya - sejenis binatang yang dapat menyebabkan timbulnya penyakit tifus.

    a)Tikus itu mati diterkam kucing.b)Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.

    Kata tikus pada kedua-dua ayat jelas merujuk kepada binatang tikus & bukan kepada benda yang lain.

  • Pemaknaan leksikal

    Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.

    Tikus bukan makna leksikal kerana tidak merujuk kepada binatang tikus melainkan kepada seorang manusia yang perbuatannya memang mirip dengan perbuatan tikus.

  • Pemaknaan leksikalMemetik

    Ibu memetik sekuntum mawar.

    = makna leksikal

    Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.

    = bukan bermakna leksikal.

    Makna leksikal terangkum dalam beberapa bidang cakupannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

  • Pemaknaan leksikalTatabahasa generatif dibahagikan kepada beberapa komponen yang saling berinteraksi dalam menghasilkan ayat.

    Antara komponennya adalah leksikon, sintaksis, fonologi, semantik @ bentuk logik (Jensen, 1995).

    Aspek leksikal berkait rapat dengan pembentukan & penyebutan kata (fonologi).

  • Pemaknaan leksikalSemantik Leksikal

    Semantik leksikal berkaitan makna leksikal (Verhaar, 1996).

    Bidang yang meneliti semantik leksikal menurut asas-asasnya dinamai leksikologi.

    Penyususunan kamus yang dikenali sebagai leksikografi.

  • Pemaknaan leksikalMakna leksikal pada umumnya dapat dibahagikan kepada 2:

    i.makna denotatif /denotasiii.makna konotatif/konotasi

    Makna denotatif ialah makna konseptual, atau makna kognitif (karena dilihat dari sudut yang lain).

  • Pemaknaan leksikali. Makna denotatif

    Makna denotasi merupakan makna yang sesuai dengan makna yang sebenarnya atau sesuai makna kamus (harfiah),

    disebut makna konseptual yakni makna yang sesuai dengan hasil observasi menurut penglihatan, perabaan, penciuman, pendengaran, perasaan atau pengalaman yang berkaitan dengan informasi faktual dan objektif.

  • Pemaknaan leksikalMakna denotatif (samb)

    Makna denotatif adalah makna yang sebenar yang bersifat fakta.

    Makna denotatif tidak mengalami perubahan makna.

    Makna sebenarnya kerusi- tempat duduk yang berkaki empat (makna sebenar).

  • Makna denotatif (samb)Saya sedangmembaca sambil meminum kopi. (membaca maksudnya membaca suatu artikel/buku/akhbar, dsb.).

  • Pemaknaan leksikalii. Makna konotatif

    Makna konotatif adalah makna semua komponen pada kata ditambah beberapa nilai lain yang biasanya berfungsi menandai.

    Harimurti (1982) - aspek makna sebuah atau sekelompok kata yang didasarkan atas perasaan @ fikiran yang timbul @ ditimbulkan pada penyampai & pendengar (pembaca).

  • Pemaknaan leksikalMakna konotatif (samb)

    Sebuah kata disebut mempunyai makna konotatif apabila kata itu mempunyai nilai rasa - positif mahupun negatif.

    Jika tidak memiliki nilai rasa maka dikatakan tidak memiliki konotatif.

    Positif & negatif nilai rasa sebuah kata seringkali disebabkan oleh penggunaan referen sebagai perlambangan.

  • Makna konotasi (samb)

    Makna konotasi positifmerupakan kata yang digunakan dirasa lebih sopan dan lebih baik.

    Contoh: kata "gugur"

    Seribu oranggugurdalam perang melawan kompeni Belanda.

    * Seribu orang mampus dalam perang

  • Makna konotatif (samb)Makna konotasi negatif lebih cenderung kepada perkara yang dianggap kebih kasar.

    Contoh: kata - "kambing hitam"

    Dia dijadikankambing hitamdalam masalah itu.

  • Pemaknaan leksikalMakna konotatif (samb)

    Perkataan: babi

    Di daerah yang majoriti penduduknya beragama islam, memiliki konotasi negatif kerana binatang tersebut menurut hukum Islam adalah haram dan najis.

    Sedangkan di daerah-daerah yang majoriti penduduknya bukan islam kata babi tidak berkonotasi negatif.

  • Pemaknaan leksikalMakna konotatif (samb)

    Makna konotatif sebuah kata berbeza dari satu kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat lain.

    Perbezaan yang wujud sesuai dengan pandangan hidup dan norma-norma penilaian kelompok masyarakat tersebut.

  • Makna konotatif

    1.Saya mudahmenangkappenjelasan guru.

    (kata menangkap bermaksud memahami bukan menangkap dalam maksud sesungguhnya).

    2. Kesulitan akanmenerpabila kita tidak berusaha (menerpa boleh bermaksud datang, bukan bermaksud menerkam, menyerang).

  • Contoh makna denotatif dan konotatif dalam ayat.

    Meluap Denotasi:Banjir yang terjadi kelmarin disebabkan oleh air sungai yangmeluaptak mampu ditahan oleh benteng yang ada disekitarnya.

    Konotasi : Kemarahan Pak Budin makin tambah meluapkerana masalah yang timbulitutidak dapat diselesaikan.

  • Denotatif dan konotatif dalam ayat

    Naik Denotasi : Kita boleh naik bas sahaja pergi ke Jalan Chow Kit.

    Konotasi :Naikturun harga barang sangat dipengaruhi oleh jumlah permintaan pengguna.

  • Denotatif dan konotatif dalam ayat

    Tumbuh Denotasi: Pohon mangga yangtumbuhdi halaman rumah Suhaimi memiliki buah yang besar-besar.

    Konotasi:Keadaan enonomi negara mula tumbuhsejak beralihnya sistem pemerintahan keera reformasi.

  • Denotatif dan konotatif dalam ayatAtas Denotasi : Diataspohon yang rendang itu terdapat beberapa sarang burung hantu.

    Konotasi : Rancangan perhimpunan itu dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

  • Denotatif dan konotatif dalam ayat

    Panas Denotasi: Permukaan kulit budak itu melecet akibat tersiram air panas.

    Konotasi: Suhu dewan itu semakin panas apabilapeserta perbincangan itu salingberbalas-balas hujah.

    (panas = ketegangan)

  • Denotatif dan konotatif dalam ayat

    Hangus Denotasi: Bauhangusitu dihasilkan dari pembakaran sisa-sisa plastik dan kertas yang ada di tepi jalanitu.

    Konotasi: Semua dana yang dianggarkan telahhangusakibat program kerja yang tidak dilaksanakan denganrapi.

  • PERKAITAN

    (HUBUNGAN MAKNA)

  • Perkaitan/hubungan MaknaKata-kata mengandungi makna & kaitannya adalah bergantung pada cara penggunaannya dalam sesuatu bahasa tersebut (Abdullah Hassan,1981).

    Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    Kaitan itu mungkin berdasarkan kesamaan makna (sinonim), pertentanganmakna (antonim), hubungan kekeluargaan (hiponim), serta kesamaambunyi dan bentuk ejaan tetapiberbeza maknanya dalam konteks yang berlainan (polisem).

  • Hubungan makna antara perkataanSinonim

    Sinonim sebagai katayang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain (Kamus Dewan Edisi Keempat , 2005).

    Kamus Luinguistik (1997) sinonim sebagai duakata atau lebihyang mempunyai maknayang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa.

  • Sinonim (samb)

    cantik= indahsuka = gemarcepat=pantasbijak =pintarlaju =deras

    Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik, maka cerdik jugabersinonim dengan bijak.

  • Konteks Perbezaan Makna SinonimMakna perkataan-perkataan yang bersinonim itu lebih kurang sama maksudnya, unsur kesamaan itu tidak seratus-peratus (100%) sama.

    Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks.

  • Konteks Perbezaan Makna Sinonim(a) Konteks yang tidak boleh ditukar gantiContoh: perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidakdapat ditukar menjadi persatuan perempuan.(b) Konteks yang formal dan tidak formalContoh: kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kataaku digunakan dalam situasi tidak formal.

  • Konteks Perbezaan Makna Sinonim(c) Konteks susun lapismasyarakatContoh: kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diribaginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untukmenyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik.(d)Konteks perbezaan penggunaanContoh: kata matidigunakan dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.

  • Jenis-jenis SinonimDalam ilmu semantik terdapat beberapa jenis sinonim, iaitu:

    1.Sinonim Pinjaman2.Sinonim Konteks3.Sinonim Laras Sosial4.Sinonim Kolokasi

  • Jenis-jenis SinonimSinonim Pinjaman

    Sinonim pinjaman datang daripada pinjaman daripada bahasa/dialek asing.

    Contoh:

    politik dan siasah ekonomi dan iktisadPinjaman: Bahasa Inggeris & Bahasa Arab

  • Jenis-jenis SinonimMenurut pengkaji semantik, hal ini terjadi disebabkan oleh pertembungan bahasa Melayu dengan kedua-dua bahasa/dialek secara serentak.

    (a)belalang - patung/pepatung (dialek Melayu) cakcibau(Perak)(b)jalan raya - batas (Kedah)(c)bankrap (Inggeris) - muflis(Arab)(d)munsyi - guru(e)makbul - mustajab

  • Jenis-jenis SinonimSinonim Konteks

    Sinonim mengikut konteks ialah perkataan yang sama makna dalam bahasa Melayu pada awalnya.

    Contoh:

    perkataan jemput dan undang.

    Perkataan jemput, digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam konteks tulisan.

  • Jenis-jenis SinonimKonteks dikatakan boleh mewujudkan perkataan sama makna.

    Contoh: (a)ayah - bapa

    Penggunaannya dalam ayat:

    (i)Bapa ayamitu telah ditangkap polis.(ii)Ayah ayamitu telah ditangkap oleh polis.

  • Jenis-jenis SinonimWalaupun kata ayah sama makna dengan bapa namun pada sesetangah frasa ayat, kata bapa tidak sesuai digantikan dengan ayah.

    Jadi, jika kita menggantikan kata bapa menjadi ayah, bunyi simpulan bahasaini agak janggal dan kurang sesuai.

    Penggunaan sinonim yang melibatkan ayat, pemilihan kata hendaklah sesuai menurut konteks ayat yang dibina dan dipertuturkan.

  • Jenis-jenis Sinonim(b)Gadis- dara

    (i)Minyak kelapadarasangat sesuai untuk melebatkan rambut.(ii)Minyak kelapagadissangat sesuai untuk melebatkan rambut.

    (c)Murid- pelajar

    (i)Aminah ialahpelajarsemester satu Universiti Sains Malaysia.(ii)Aminah ialahmuridsemester satu Universiti Sains Malaysia. (d)Lelaki jantan

    (i)Ayamjantan itu sedang berkokok di halaman rumah.(ii)Ayamlelakiitu sedang berkokok di halaman rumah.

  • Jenis-jenis SinonimContoh sinonim dalam (b), (c), dan (d) ialah penggunaan kata yang sinonim mengikutkonteks.

    Andainya sinonimsinonim tersebut berbentuk kata tunggal - tidak dimasukkan ke dalam ayat, penggunaannya adalah sesuai.

    Jika digunakan pada sesetengah ayat, makna ayat menjadi tidak gramatis danagak aneh.

  • Jenis-jenis SinonimAyam jantan tidak sesuai diganti dengan ayam lelaki, kelapa dara tidak sesuai ditukar dengan kelapa gadis dan murid tidak sesuai diganti dengan pelajar .

    Kata murid adalahuntuk kanak-kanak sekolah rendah manakala kata pelajar adalah untuk yang lebih berumur.

    tenggelam - karam, kawan - sahabat, dukun -bomoh - antara contoh sinonim mengikut konteks.

  • Jenis-jenis SinonimSinonim Laras Sosial

    Sinonim laras sosial terbentuk kerana wujudnya laras sosial yang berlainan.

    Untuk melihat bentuk sinonim laras sosial, laras bahasa yang digunakan adalah berlainan.

    Beberapa perkataan yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan.

  • Jenis-jenis SinonimContoh:

    Perkataan wafat untuk nabi, mangkat untuk raja, mati untuk orang biasa , kojol, kejang & kerpus adalah bahasa yang tidak sopan (Abdullah Hassan, 2007).

    Penggunaan perkataan-perkataan ini menunjukkan perbezaan darjat & status dalam masyarakat sosial namun mempunyai pengertiaan yang sama iaitu tidak bernyawa lagi.

  • Jenis-jenis SinonimContoh-contoh lain (sinonim laras sosial)

    (a)professor - mahaguru (b)primadona - seri panggung (c)peniaga - penjual (d)beta - saya (e)beradu - tidur (f)nakhoda - juragan (g)inang - pengasuh (h)meminta - memohon (i)gering - uzur - sakit

  • Jenis-jenis SinonimSinonim Kolokasi

    Sinonim kolokasi ialah satu kelompok perkataan yang setiap satunya berlaku dalam konteks penggunaan masing-masing.

    Contoh - perkataan banyak adalah sama makna dengan perkataan ramai.

    Perkataan banyak digunakan dengan pelbagai kata nama manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja.

  • Jenis-jenis SinonimContoh-contoh lain (sinonim kolokasi) (a)renek - rendah (b)tengik - busuk (c)serak - parau - garau (d)kacak - tampan (e)cantik - rupawan (f)sedap - lazat

  • Hubungan makna antara perkataanAntonimPerkataan yang maknanya dianggap berlawanan & kebalikan dari sesuatu perkataan. Contoh:gemuk-kurustinggil-rendahcerdik-bodoh

    Perkataan-perkataan tersebut adalah kata adjektif (berbentuk sifat).

  • Antonim (samb)

    Tidak semua golongan kata boleh dikaji perkataan lawannya, khususnya bagi kata kerja seperti:

    duduk - (berdiri, tidur, baring)masak - (berehat, menonton, berbual)mandi - (rehat, tidur, duduk)

    Namun, ada juga kata kerja yang mempunyai pasangan antonimnya seperti:

    menangis- ketawa keluar - masukmembuka -menutup

  • Antonim (samb)

    Ringkasnya, kita perlu melihat satu pertentangan yang paling sesuai untuk sesuatu kata kerja itu.

    Meskipun begitu, terdapat juga perkataan-perkataan kata nama yang sukar dicari perkataan lawannya seperti:

    kertas (pen, pensil, pemadam)meja (kerusi, sofa, kerusi roda)cawan (pinggan, gelas, mangkuk)

  • Pembahagian antonimMenurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim,dan Moh Rain Shaari (2009), antonim boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

    (a)antonim berpasangan;(b)antonim berperingkat;(c)antonim berhubungan.

  • Pembahagian antonim(a) Antonim berpasangan

    Merujuk kepada kata nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan. Juga dipanggil antonim penggenap oleh ahli bahasa @ antonim komplimentari - item-item leksikal saling melengkapi.

    lelaki - perempuantanya - jawabhidup - matipositif - negatifsiang - malam jual - beli

  • Pembahagian antonim(b) Antonim Berperingkat

    Antonim jenis inijuga dikenali sebagai antonim tafsiran & dikaitkan dengan kata adjektif.

    putih- hitamtua - mudatinggi - rendah

    Ada pendapat pertentangan makna bagikata adjektif mempunyai perbezaan berdasarkan konteks.

    Sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar.

    Seluar pendek jauh lebih pendek dari galah yang pendek.

  • Pembahagian antonim(c) Antonim Berhubungan

    Sesuatu perkataanyang mempunyai makna yang berlawan, namun saling berhubungan.

    Antonimberhubungan disebutsebagai pertentangan kemunasabahan (perbandingan, pertalian & perhubungan).

  • Antonim Berhubungan(samb)

    Antonim jenisini menunjukkan pertentangan hubungan dalam kekeluargaan, tugas @ suatu organisasi.

    lelaki - wanitakomandan - perajuritkakak - adik

  • SEKIAN

  • Perkaitan/hubungan MaknaKata-kata mengandungi makna dan kaitannya adalah bergantung pada cara pengguna sesuatu bahasa tersebut (Abdullah Hassan,1981).

    Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    Kaitan itu mungkin berdasarkan kesamaan makna (sinonim), perlawanan makna (antonim), hubungan kekeluargaan (hiponim), serta kesamaambunyi dan bentuk ejaan tetapiberbeza maknanya dalam konteks yang berlainan (polisem).

  • Hubungan makna antara perkataanSinonim

    Sinonim sebagai katayang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain (Kamus Dewan Edisi Keempat , 2005).

    Kamus Luinguistik (1997) sinonim sebagai duakata atau lebihyang mempunyai maknayang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa.

  • Sinonim (samb)

    cantik= indahsuka = gemarcepat=pantasbijak =pintarlaju =deras

    Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik, maka cerdik jugabersinonim dengan bijak.

  • Konteks Perbezaan Makna SinonimMakna perkataan-perkataan yang bersinonim itu lebih kurang sama - maksudnya unsur kesamaan itu tidak seratus-peratus (100%) sama.

    Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks.

  • Konteks Perbezaan Makna Sinonim(a) Konteks yang tidak boleh ditukar gantiContoh: perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidakdapat ditukar menjadi persatuan perempuan.(b) Konteks yang formal dan tidak formalContoh: kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kataaku digunakan dalam situasi tidak formal.

  • Konteks Perbezaan Makna Sinonim(c) Konteks susun lapismasyarakatContoh: kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diribaginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untukmenyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik.(d)Konteks perbezaan penggunaanContoh: kata matidigunakan dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.

  • Ciri-ciri Sinonim(a)Tidak semua kata dalambahasa melayu mempunyai sinonim.

    Contoh: kata hujan, padi, dan batu tidak mempunyai sinonim.

    (b) Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar, tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan.

    kata benarbersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidakbersinonim dengan kata kesungguhan. Senyap diam,

  • Ciri-ciri Sinonim(c)Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan.

    Contoh:

    kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup danmeningkatkan taraf hidup

  • Ciri-ciri Sinonim(d)Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim, tetapi mempunyai sinonim apabila digunakan sebagai kiasan.

    Contoh:Kata hitam tidakbersinonim denganjahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunakan sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama erti dengan watakjahat.