makna leksikal dalam bahasa melayu

27
MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU Sinonim, Antonim Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon) Polisem DIBENTANGKAN OLEH : NOOR AFIFAH BT ABD WAHAB NURAIN BT MOHAMAD ZEE OPSYEN : PISMP BM/PJ/MU SEMESTER 6 PENSYARAH: PUAN ZALEHA BT MOHD NOOR

Upload: noorafifah14

Post on 25-Jul-2015

1.855 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

Sinonim, Antonim Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)

Polisem

DIBENTANGKAN OLEH :NOOR AFIFAH BT ABD WAHAB

NURAIN BT MOHAMAD ZEE

OPSYEN :PISMP BM/PJ/MU SEMESTER 6

PENSYARAH:PUAN ZALEHA BT MOHD NOOR

Page 2: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

• Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

• Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus.

• Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

Page 3: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

SINONIMI• Sinonimi merujuk kepada hubungan natara sinonim.

• Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

• Disebut juga sebagai perkataan seerti.

• Contoh perkataan : sejuk = dingin

suka = gemar

Page 4: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Pemilihan penggunaan perkataan yang bersinonim bergantung pada penutur itu sendiri.

• Contohnya : Dia sedang menyiapkan kerjanya. Dia sedang menyiapkan tugasnya.

• Persamaan semantik antara perkataan bergantung pada ciri semantik yang dikongsi bersama.

Page 5: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Terdapat perkataan yang tidak bersinonim tetapi berkongsi ciri semantik yang sama.

• Contoh : ‘wanita’, ‘gadis’

• Merujuk kepada manusia yang sama jantina. ‘wanita’ mempunyai ciri semantik ‘dewasa’

‘gadis’ mempunyai ciri semantik ‘muda’

• Sukar menemukan perkataan yang seratus peratus bersinonim.

Page 6: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Terdapat perkataan yang sama makna dan kelihatan bersinonim tetapi mempunyai nilai rasa yng berbeza.

• Perkataan ‘hangat’ dan ‘panas’

- maksud sama jika merujuk air (boleh bertukar ganti) Air itu hangat. = Air itu panas.

- merujuk cuaca (tidak boleh ditukar ganti) Hari ini cuaca panas. / Hari ini cuaca hangat.

• Sesetengah perkataan hanya memberikan makna yang sama dalam konteks tertentu sahaja.

Page 7: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

ANTONIMi• Antonimi mempunyai maksud yang berlawanan daripada

sinonimi yang merujuk hubungan antara antonim.

• Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama.

• Disebut juga sebagai perkataan berlawanan.

• Contoh perkataan : sejuk - panas

baik - jahat

Page 8: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu.

• Kata nafi “tidak” digunakan bagi menunjukkan pertentangn makna tersebut.

• Contohnya : lena – tidak lena

mati – tidak hidup

Page 9: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Jenis antonim :

Jenis Antonim Keterangan Contoh

i. pasangan komplemen

pasangan perkataan berlawanan yang melengkapi antara satu sama lain.

i. tidur – jagaii. hidup – matiiii. tidak tidur - tidur

ii. menunjukkan hubungan darjah

Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan darjah ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.

i. besar – kecilii. tebal – nipis

iii. hubungan bertentangan

Kedua-dua pasangan kata tersebut dari segi semantiknya membawa makna yang setara.

i. jual – beliii. pekerja - majikan

Page 10: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

Hiponi, Homonim

(Homograf, Homofon)

Page 11: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• 1. Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna,iaitu makna sesuatu ungkapan itu merupakan

sebahagian daripada makna ungkapan ini.

Page 12: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

2. Sebagai contoh, kerusi ialah hiponim terhadap perabot kerana kerusi

tergolong dalam makna perabot.

Dalam hal ini, kerusi memang perabot tetapiperabot bukanlah kerusi semata-mata

sebaliknya merangkum perabot lain.

Page 13: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

3. Hal ini dapat difahami daripada rajah yang berikut.

PERABOT(mempunyai makna umum)

Kerusi Meja Almari Katil(mempunyai makna khusus)

Rajah 2 Pembentukan hiponim

Page 14: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

4. Berbeza daripada sinonim dan antonim, hubungan antara dua kata yang

berhiponim adalah satu arah.

Contohnya, kata kerusi berhiponim dengankata perabot tetapi kata perabot tidak berhiponim dengan

kata kerusi.

Hal inidemikian kerana kata perabot meliputi/melingkungi pelbagai jenis perabot yang lain seperti yang terdapat

dalam Rajah 2.

Page 15: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

Homonim, Homofon dan Homograf

1. Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama,

sama ada daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi

mempunyai makna yang berbeza.

Page 16: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

2. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homonim termasuklah kata ketam.

• Kata ini popular dalam bahasa Melayu sehingga dijadikan teka teki oleh orang

Melayu.

Page 17: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

3. Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza (kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka Roman selepas setiap kata masukan)

I. ketam pisau tidak berhulu untuk menuai padiII. ketam alat untuk melicinkan kayuIII. ketam binatang berkulit keras dan berkaki

sepuluh

Page 18: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

4. Contoh lain homonim termasuklah lompang, pasang, rawan, sari, ulas, buku,

batu, dan sebagainya.

Page 19: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• 5. Homofon pula merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya/bunyinya tetapi berbeza daripada segi ejaan dan maknanya.

Page 20: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• 6. Yang berikut ini adalah antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon.

• baka (asal keturunan) dengan baqa (kekal)• bang (seruan azan) dengan bank (institusi kewangan)• duet (nyanyian berpasangan) dengan duit (wang)• jin (makhluk halus) dengan jean (sejenis seluar tebal)• kari (gulai rempah) dengan qari (pembaca Quran lelaki)• kota (bandar/pekan) dengan kuota (had minimum)• masa (waktu) dengan massa (jumlah yang banyak)

Page 21: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

7. Homograf pula merujuk kepada kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang berbeza dan sudah tentulah maknanya juga berbeza.

Page 22: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

8. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homograf termasuklah bela, perang, rendang, selak, semak, dan sepak. Jadual yang berikut memperincikan kata yang disenaraikan itu.

Page 23: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu
Page 24: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

POLISEMI• Polisemi merujuk kepada hubungan antara polisem.

• Polisem perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna.

• Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza.

i. tekanan benda iv. amat sangat, kuat

ii. tidak ringan v. menyebelah, memihak

iii. sukar (dilakukan, diselesaikan) vi. berkenaan dengan novel, drama yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya.)

Page 25: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

• Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim.

• Tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga kelompok kata dan ayat.

• Contoh: Pemenggalan bunyi am/bil/kan/tong

Imbuhan pe+latih Oraang yang melatih atau orang yang dilatih

Kelompok kata makan nasi, makan gaji, makan garam

Page 26: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

Kesimpulannya, setiap perkataan mempunya makna yang tersendiri berdasarkan penggunaanya.

Perkataan adalah berhubung antara satu dengan yang lain melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian.

Istilah untuk menjelaskan hubungan antara perkataan dapat dilihat dalam :

-sinonim - antonim -homonim -hiponim

Page 27: Makna Leksikal Dalam Bahasa Melayu

SEKIANTERIMA KASIH