kajian lapangan: khurafat

16
1.0 PENGENALAN Islam merupakan agama yang syumul yang mana ianya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam juga merupakan agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada ke-Esaan Allah Yang Maha Kuasa, maka ukuran kesempurnaan atau ketidaksempurnaan Islam dan Iman seseorang bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya. Oleh yang demikian, agama Islam sepatutnya menjadi pembimbing kepada adat resam atau budaya Melayu agar berlandaskan syariat agama dan tidak tersasar sehingga mengamalkan kepercayaan-kepercayaan karut, tahyul khurafat dan syirik kepada Allah. Namun demikian, sehingga kini masih ada lagi orang Melayu yang kuat berpegang dan mengamalkan adat resam yang nyata bercangahan dengan agama Islam yang dianuti. Mereka telah mencampur adukkan fahaman khurafat dengan akidah mereka. Perbuatan sedemikian merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T pada sifat Uluhiyyah atau sifat Rububyyah Allah. Sebagaimana yang kita ketahui sifat Uluhiyyah Allah merupakan sifatnya yang berhak disembah, dipatuhi diperintahnya, dicintai, dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan. Ringkasnya, tauhid kepada Allah dari segi perbuatan ibadah manakala sifat Rububiyyah Allah pula ialah sifat Allah dalam mentadbir, mengurus, mendidik, dan mengasuh makhluk ciptaan-Nya. Keimanan kepada Allah merupakan bab yang paling penting dalam Islam. Oleh itu, perbuatan-perbuatan yang menyesatkan seperti khurafat dan tahyul boleh membawa kepada 1

Upload: wilma-no-bias

Post on 03-Jan-2016

436 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian lapangan amalan khurafat adat ber'Embok dalam kalangan suku kaum bajau suluk di Sabah.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian lapangan: Khurafat

1.0 PENGENALAN

Islam merupakan agama yang syumul yang mana ianya meliputi seluruh aspek

kehidupan manusia. Islam juga merupakan agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman

kepada ke-Esaan Allah Yang Maha Kuasa, maka ukuran kesempurnaan atau

ketidaksempurnaan Islam dan Iman seseorang bergantung kepada kesempurnaan tauhidnya.

Oleh yang demikian, agama Islam sepatutnya menjadi pembimbing kepada adat resam atau

budaya Melayu agar berlandaskan syariat agama dan tidak tersasar sehingga mengamalkan

kepercayaan-kepercayaan karut, tahyul khurafat dan syirik kepada Allah.

Namun demikian, sehingga kini masih ada lagi orang Melayu yang kuat berpegang

dan mengamalkan adat resam yang nyata bercangahan dengan agama Islam yang dianuti.

Mereka telah mencampur adukkan fahaman khurafat dengan akidah mereka. Perbuatan

sedemikian merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T pada sifat Uluhiyyah atau

sifat Rububyyah Allah. Sebagaimana yang kita ketahui sifat Uluhiyyah Allah merupakan

sifatnya yang berhak disembah, dipatuhi diperintahnya, dicintai, dipohon untuk mendapat

segala kebaikan dan menolak segala keburukan. Ringkasnya, tauhid kepada Allah dari segi

perbuatan ibadah manakala sifat Rububiyyah Allah pula ialah sifat Allah dalam mentadbir,

mengurus, mendidik, dan mengasuh makhluk ciptaan-Nya. Keimanan kepada Allah

merupakan bab yang paling penting dalam Islam. Oleh itu, perbuatan-perbuatan yang

menyesatkan seperti khurafat dan tahyul boleh membawa kepada syirik seseungguhnya dosa

itu tidak ampunkan oleh Allah.1 Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan

mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguh-Nya ia

telah melakukan dosa yang besar.”

(An-Nisa’: 48)

Berdasarkan ayat tersebut dapat kita perolehi betapa Allah murka kepada mereka

yang melakukan penyekutuan terhadap Allah sehingga tidak diampunkan dosa mereka. Oleh

yang demikian perbuatan dan amalan tahyul dan khurafat yang membawa kepada syirik ini

perlu dibanteras agar dapat diselamatkan pegangan iman manusia daripada terus berada di

dalam kesesatan.

1 Az-Dzahabi, Dosa-Dosa Besar, m/s 5

1

Page 2: Kajian lapangan: Khurafat

Kajian lapangan tentang tahyul dan khurafat ini bertempat di sebuah perkampungan

yang penuh dengan adat resam sejak bertahun-tahun lamanya iaitu Kampung Simunul

Semporna Sabah. Walaupun majoriti penduduk kampung tersebut merupakan masyarakat

yang beragama Islam namun mereka kebanyakannya masih mengamalkan dan mempercayai

amalan-amalam khurafat. Fokus utama perbuatan tahyul dan khurafat dalam kajian lapangan

ini adalah berkaitan tentang adat berembok.

2.0 KAJIAN KURAFAT TENTANG ADAT BEREMBOK

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang

larang, adat istiadat, ramalan-ramlan, pemujaan atau kepercayaan yang enyimpang dari ajaran

Islam. Ia juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.

Khurafat mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti tidak berdasarkan pada nas-nas syarak

sama ada al-Quran atau al-Hadis, merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau

kepercayaan karut dan bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan karut. Seterusnya,

khurafat juga berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah untuk

tujuan tertentu, melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut dan

juga mempunyai unsur-unsur negatif kepada akidah dan syariah Islam.

Kajian lapangan tentang khurafat ini adalah tentang adat berembok yang masih

diamalkan sehingga kini oleh masyarakat suku kaum Bajau Suluk di Semporna Sabah. Adat

berembok merupakan satu kepercayaan bahawa nenek moyang yang telah lama meninggal

dunia masih ada memperhatikan anak cucunya dan memelihara mereka dari sebarang

malapetaka. Adat ini telah lama diamalkan oleh suku kaum Bajau mahupun Suluk. Namun

begitu tidak semua suku kaum Bajau Suluk memiliki adat ini kerana hanya beberapa keluarga

terpilih yang memilikinya. Adat ini juga berbeza-beza mengikut keturunan sesuatu kaum itu

yang mana ada perbezaan dari segi pelaksanaanya. Antara cabang suku ini adalah Bajau

Ubian, Bajau Simunul, Bajau Sama atau Palahu dan paling tinggi tarafnya adalah Suluk

keturunan Salib. Salib ini bukanlah merujuk kepada agama kristian tetapi merujuk kepada

salah satu cabang keturunan dalam bajau suluk dan beragama Islam. Gambar 1.0 dibawa

merupakan salah satu gambar Tuan Haji yang berketurunan Suluk Salib yang mana sehingga

kini walaupun sudah lama meninggal dunia namun Beliau masih disanjung tinggi oleh

masyarakat Bajau Suluk dan gambarnya juga digunakan sebagai pendiding kepada diri dan

rumah.

2

Page 3: Kajian lapangan: Khurafat

Gambar 1.0 Tuan Haji

2.1. Asal Usul Adat Berembok

Majoriti suku kaum Bajau Suluk di Semporna adalah beragama Islam, mereka pada

asalnya adalah golongan pagan, tidak mepunyai pegangan agama dan dipercayai menganut

agama Islam hasil daripada pengaruh dari seberang iaitu Filipina. Hal ini boleh menjadi satu

dakwaan yang kuat kerana jika dilihat dari segi geografi, jarak diantara Filipina dan

Semporna Sabah tidaklah begitu jauh. Keadaan ini menyebabkan pertembungan agama,

budaya berlaku. Sehingga kini rakyat dari Filipina ada yang mempunyai pertalian darah

dengan masyarakat Bajau Suluk di Semporna yang mana hanya sempadan memisahkan

mereka, oleh itu kebanyakkan adat-adat Bajau Suluk di Semporna Sabah tidak jauh bezanya

dengan adat penduduk di selatan Filipina seperti di Sibutuk, Sitangkai, Basilan, Zamboanga,

Ungus-ungus dan Tawi-tawi malah jika dilihat dari aspek bahasa khususnya tidak jauh beza,

biasanya orang Bajau Suluk ini boleh memahami bahasa dan boleh bertutur bahasa dialek

yang digunakan di Filipina.

Adat berembok berasal dari Filipina akibat bertembungan budaya yang berlaku

antara Semporna Sabah dan Selatan Filipina dan juga disebabkan pertalian darah yang masih

kuat antara suku kaum Bajau Suluk yang menetap di Semporna dan Selatan Filipina. Dalam

hasil kajian bersama respondan keluarga Bangsil, mereka mendakwa bahawa nenek moyang

mereka berasal daripada Selatan Filipina dan didapati sebahagian keluarga mereka sebelum

kewafatan Haji Bangsil mengamalkan adat Berembok malah upacaranya lebih kompleks

dilaksanakan disana. Keluarga Bangsil hanya melaksanakan adat berembok setelah kewafatan

Haji Bangsil dan beliau bagaimanapun dikebumikan di Sitangkai Filipina kerana ibu bapanya

3

Page 4: Kajian lapangan: Khurafat

juga dikebumikan dan disana. Beliau berasal dari Filipina tetapi sudah penetap di Semporna

sebelum Malaysia merdeka. Setelah dikebumikan, dikatakan rohnya masuk kedalam tubuh

anaknya dan meminta untuk dilakukan upacara seperti upacara yang dilakukan di Filipina

iaitu upacara-upacara dalam berembok seperti memelihara katil tempat tidurnya.

Kemudiannya adat ini diteruskan dari generasi ke generasi yang seterusnya.

Keluarga Bangsil merupakan suku kaum Bajau dan suku Suluk juga mempunyai adat

berembok yang hampir sama dengan apa yang diamalkan oleh suku kaun Bajau, asalnya juga

sama iaitu warisan daripada nenek moyang yang berasal dari Filipina. Majoriti yang

mengamalkan adat ini ada kaitannya dengan Filipina iaitu nenek moyang mereka adalah

orang Filipina dan amalan ini tidak luput dek zaman, walaupun dunia semakin moden namun

mereka sangat kuat berpegang kepada adat ini sehinggakan sekalipun sudah memeluk agama

Islam.

2.2 Ciri-Ciri Adat Berembok

Seperti adat-adat yang lain, adat berembok juga ada bentuk dan cara pelaksanaaannya

yang tersendiri dalam beberapa aspek seperti semasa kedatangannya, menangas, perubatan,

keizinan, pantang larang dan penyerahan pusaka.

2.2.1 Kedatangannya

Gambar 3.0 Alatan musik Kulintangan Gambar 4.0 Tarian Igal-Igal

Dalam adat berembok, embok yang merujuk kepada nenek akan datang semasa

kenduri kendara seperi kenduri kematian ahli keluarga, majlis perkahwinan dan majlis-majlis

4

Page 5: Kajian lapangan: Khurafat

keluarga yang lain. Semasa dalam tempoh berkabung misalnya, embok akan datang biasanya

setelah ahli keluarga yang meninggal itu telah dikebumikan dan datangnya adalah

menceritakan perihal arwah contohnya menceritakan sebab kematiannya. Dalam majlis

perkahwinan pula, embok akan datang dan masuk ke tubuh anak cucunya yang sedang

manarikan tarian tradisonal Bajau Suluk iaitu Igal-Igal asli diringi alat uzik tradisional

mereka yang dinamakan sebagai Kulintangan. Embok sangat menyukai muzik Kulintangan

dan Igal-Igal sehinggakan secara tidak disedari dia sudah memasuki tubuh anak cucunya

yang menarikannya tarian tersebut. Setelah Kulintangan berhenti, anak atau cucu yang

dimasuki itu akan berasa lemah dan pengsan seketika.

2.2.2 Menangas

Gambar 5.0 Upacara Menangas

Katil atau tempat embok beristirehat perlulah sentiasa ditangas pada setiap malam

jumaat. Menangas merupakan upacara member makan kepada embok agar sentiasa dipelihara

oleh embok dan dielakkan dari sebarang malapetaka. Item yang penting semasa menangas ini

adalah kemenyan. Sekiranya upacara menangas ni ditinggalkan makan salah sesorang dala

ahli keluarga terssebut sama ada anaknya atau cucu cicitnya akan jatuh sakit dan hanya akan

sembuh apabila dilakukan kenduri meminta maaf kepada embok dan melaksanakan upacara

menangas setiap malam jumaat. Hal ini ternyata merupakan sesuatu yang boleh membawa

kepada syirik kerana meminta tolong kepada makluk lain selain Allah SWT, ianya sama

seperti meminta tolong kepada tahanan yang meminta tolong kepada tahanan yang lain. Oleh

5

Page 6: Kajian lapangan: Khurafat

itu, para ulama sufi tidak mahu meminta tolong kepada sesama makhluk.2 Firman Allah yang

bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa

orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta

pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan

permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong

dan jahat.”

(Al-Jin: 6)

Maka melalui dalil al-Quran ini dapat dijelaskan upacara menangas ini lebih kepada

meminta-minta kepada embok agar selamat dan jauh dari musibah dunia dan mendapat

balasan akibat tidak melaksanakan upacara tersebut kemungkinan hanyalah kebetulan,

mungkin juga akibat terlalu taksub dengan adat berembok ini maka jin dengan sewenangnya

dapat mempengaruhi minda mereka sehinggakan apabila sakit sedikit saja terus dikaitkan

dengan embok. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak

manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja

dan tidak ada yang sekutu dengannya, hanya Allah yang mampu member manfaat dan

kemudaratan.3 Oleh itu tidak perlu lagi menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah

makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah sebagaimana firman Allah SWT yang

bermaksud:

“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat

mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula)

kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafaat

kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan

kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak

2 Dr. Syabrin Jasab, Dosa Tidak Terampun, m/s 813 Muhamma al-Ghazzali, Aqidah Muslim, m/s 80

6

Page 7: Kajian lapangan: Khurafat

(pula) di bumi?” Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang

mereka mempersekutukan (itu)”

(Yunaus: 18)

2.2.3 Aspek Perubatan

Selain datang pada majlis dan kenduri, embok juga datang pada ketika anak cucu

cicitnya jatuh sakit terutamanya jika yang terkena amalan syirik guna-guna. Embok akan

datang dan masuk kedalam tubuh anak cucunya tuk mengubati si pesakit dengan cara

menwarkan air minuman dan memandikan pesakit. Embok akan menilik dan memberitahu

siapa dalang disebalik guna-guna tersebut dan menunjukkan tempat-tempat tertanamnya

guna-guna tersebut. Setelah selesai melakukan proses perubatan, embok akan meminta

habuan berupa rokok ataupun sirih.

Gambar 2.0 Rokok yang diminta setelah selesai mengubati

Setelah selesai mengisap rokok mahupun sirih, embok akan beredar dari badan anak

cucunya dan orang dimasuki embok akan pengsan dan tidak tahu apa-apa tentang apa yang

baru saja berlaku kepada dirinya. Kadang-kala ebok juga diseru untuk datang mengubatai si

pesakit dan biasanya embok hanya akan mengubati orang yang ada pertalian darah dengannya

Jika ada orang lur yang datang ingin berubat anak cucunya tiak bagaimana hendak mengubati

orang yang sakit itu. Kadang kala pula embok jika anak cucnya berdekatan orang sakit,

dengan tiba-tiba embok akan datang dan mengubati orang tersevut. Dalam aspek perubatan ini

tidak dapat dijangka bila embok akan datang merawat. Menjadi syirik apabila menyeru

sesuatu untuk menyembuhkan penyakit sedangkan yang mampu menyembuhkan dan

7

Page 8: Kajian lapangan: Khurafat

memberi penyakit hanyalah Allah SWT.4 Iktihar seharusnya kepada cara perubatan Islam

bukan dengan menyeru nenk moyang mahupun jin untuk menyembuhkan penyakit. Tawakal

kepada Allah amatlah penting dan tidak mudah jatuh kepada hasutan dan pujukan syaitan

menyekutukan Allah SWT dan kesan menyekutukan Allah adalah besar kesannya

sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah maka pasti Allah

mengharamkan kepadanya Syurga dan tempatnya ialah neraka,

tidaklah bagi orang-orang zalim itu mahupun penolongnya:

(Al-Maa’dah: 82)

2.2.4 Pantang Larang

Salah satu pantang larang yang sangat ketara dalam adat berembok ini adalah anak

cucunya perlulah mendapatkan keizinan darinya jika ingin pergi bermusafir ke sesuatu tempat

dengan cara memberitahu dalam katil bilik embok tujuan ke tempat dituju. Hal ini untuk

mendaptkan keredhaan embok dan dilindungi daripada malapetaka semasa dalam perjalanan.

Sekiranya tidak meminta izin, maka kecelakaan yang berlaku dikaitkan dengan izin embok

yang konoknya tidak merestui perjalanan mereka kerana tidak meminta izin darinya.

Sesungguhnya, sebarang musibah yang menimpa ke atas diri individu itu datangnya daripada

Allah sebagai ujian dan hanya dengan izin Allah sesorang itu dapat dilindungi dari sebarang

musibah. Hal ini demikian kerana qada dan qadar manusia itu sudah ditentukan oleh Allah

SWT.5 Firman Allah yang bermaksud:

 “Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu

sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (laughul mahfuz)

sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah

bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput

4 Dr. Syabrin Jasb, Dosa yang Tidak Terampun, m/s 1115 Muhammad al-Gazzali, Aqidah Muslim, m/s 125

8

Page 9: Kajian lapangan: Khurafat

dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang

diberikan-Nya kepadamu.”

(surah al-hadid: 22-23)

Gambar 6.0 Katil bilik embok

Selain itu, katil embok tempat yamna upacara menangas silaksanakan perlulah sentiasa

kemas dan dibersihkan setiap hari. Tidak dibenarkan duduk lebih tinggi daripada katilnya

contohnya katil yang lain lebih tinggi daripada katilnya. Seterusnya orang luar tidak

dibenarkan berbuat sesuka hati di dalam bilik tempat tinggalnya seperti berbunyi bising dan

menyelerakkan barang-barang dalam bilik tersebut. Kaki juga tidak boleh menghadap kepala

katil tersebut. Sekiranya pantang larang dalam adat berembok ini dilanggar, orang yang

melanggar pantang tersebut akan mendapat tula seperti tidak boleh berjalan dan sakit teruk

sehingga gila. Adat berembok dan segala ciri-ciri pantang larangnya dapat disimpulkan ianya

lebih kepada pemujaan nenek moyang dan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja

yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu

dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu,

sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu

menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim”

9

Page 10: Kajian lapangan: Khurafat

(SurahYunus: 106) 

3.0 KESIMPULAN

Walaupun adat berembok ini sudah tertanam dengan kukuh dalam kalangan suku

kaum Bajau Suluk, langkah yang progresif dan efektif perlu dilaksanakan untuk

memadamkan sedikit demi sedikit amalan kurafat adat tradisi Bajau Suluk ini. Hal ini

demikian kerana sudah menjadi tanggungjawab bersama umat Islam membanteras apa-apa

kegiatan dan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Pihak berkuasa Negeri melalui Jabatan Agama Islam Malaysia perlu lebih kerap

menghantar alim ulama, para ustaz dan pendakwa menyebarkan dakwa Islam agar mereka

mayarakat mendapat matlumat yang betul tentang akidah Islam dan tidak lagi terjerumus

dalam kancah khurafat. Akidah umat Islam perlulah ditingkatkan dengan membudayakan

hidup sebagai muslim yang berilmu. Berilmu dalam akidah, berilmu dalam stariat dan berilmu

dalam tasauf amatlah penting agar terselamat daripada segala tipu-daya dan pengaruh

khurafat. Semoga ilmu dan dakwa yang disebarkan oleh para ulama khususnya dikawasan

yang kurang liputan tentang keagamaan dapat menyelamatkan akidah umat Islam.

10

Page 11: Kajian lapangan: Khurafat

Bibliografi

Al-Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Al-Dzahabi. Dosa-Dosa Besar. Sinagpura: Pustaka Nasional PTE LTD. 1989.

El-Jazair. Pola Hidup Muslim: Aqidah. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya. 1990.

Ghazzali Muhammad. Aqidah Muslim. Jakarta: Pedoman Ilmu Jaya. 1986.

Khurafat Membawa Sesat. Jabatan Kemajuan Agaman Islam. http://www.islam.gov.my/khutbah-online/khurafat-membawa-sesat

11