khurafat 130420025512-phpapp02

22
A1001 Pendidikan Islam “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak menerima hukum-hukum Islam ), maka hapuslah amalanya ( yang baik ) dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ( Surah Al-Maidah : 5 ) “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Upload: institut-pendidikan-guru-kampus-tawau

Post on 05-Aug-2015

57 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaMengasihani”

".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak menerima hukum-hukum Islam ), maka hapuslah amalanya ( yang baik ) dan ia di akhirat

termasuk orang-orang yang rugi."

( Surah Al-Maidah : 5 )

“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Page 2: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MASA KINI

Page 3: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH.

Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-

kharfan- khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada

"superstition".

Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang

membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya :

kata-katanya itu banyak bida’ah dan ~. Ia merupakan amalan hidup yang

pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu.

Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai

semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber

daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah

bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu

penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal

atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar.

Akan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti

mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan

berlaku tuntutan syariat padanya.

Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat

akan perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di

dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia

telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri.

Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan

oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan

kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada

dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan

itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan

dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat.

Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka

khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak

langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia

cenderung pula untuk menyempitkannya.

Page 4: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT

Dinaisme - Animisme

Lipatan sejarah telah memaparkan bahawa manusia yang menduduki

rantau ini memulakan keagamaan mereka dengan fahaman dinaisme-animisme.

Fahaman dinamisme ialah satu faham yang merujuk suatu kepercayaan

yang meyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi

pada tumbuh- tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri.

Contohnya ia berupa pretasi luar biasa yang dimilik. Maka itu, lelaki yang

sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih besar atau banyak

buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya.

Manakala fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya

jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kepercayan akan kewujudan jiwa dan

roh yang dapat mempengaruhi alam manusia.

Seperti yang dapat kita lihat, animisme biasanya akan menonjolkan

sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu

kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau

pertolongan bagi daripada kuasa tersebut di mana pertolongan makhluk halus

berkenaan sebenarnya adalah jin.

Pengatuh Hinduisme – Buddhaisme

Sebelum kedatangan Islam, Hinduisme dan Buddhaisme telah terlebih

dahulu tersebar di alam melayu. Disebabkan kedua-dua agama ini membawa

unsur-unsur dinaisme dan anamisme yang tersendiri maka ini telah

menyuburkankan lagi fahaman anisme dalam kalangan masyarakat.

Kedatangan Islam

Walaupun Islam agama yang cukup ketat dan tegas amalan tauhidnya,

namun cara dan pendekatan yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh dari arab

dalam proses penyebaran agama tauhid ini ialah dalam bentuk penuh

toleransi, At-tadarruj atau beransur-ansur dan tidak mengubah, bahkan

menyesuaikan sebahagian. Hal ini bagi

Page 5: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi

Muhammad s.a.w.

Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-

Buddha yang terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk

dengan ajaran Islam sehingga ke hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya

persembahan dan jamuan kepada roh diubah kepada kenduri tahlil dan

makan bersama, adat membakar kemenyan dan becaan mentera kepada roh-

roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil serta dia dengan nada yang

panjang dan sedih.

Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan

ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di

seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.

Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum

Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin

walaupun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih.

Perkara ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni

kerana ia memesongkah akidah yang menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t.

Lebih-lebih lagi jika makhluk tersebut dari golongan jin kafir. Firman Allah :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa

orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta

pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu

mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

( Surah Al-Jin : Ayat 6 )

Page 6: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat

banyak gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu

percayakan hal-hal yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka

tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta

para alim ulama kerana

iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan

mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang

kita yang amat kuat berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang

berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat.”

Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam

budaya masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering

ditakutkan dengan hantu pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut

Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut.

Bahkan ada lagi satu situasi di mana kanak-kanak takutkan dengan hantu

apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan kepada anak

tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan memupuk

semangat takut akan Maha Pencipta.

Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja

oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu,

kelompok dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang

bersangkutan untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud

tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan

besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang dilakukan

dengan sengaja.

Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh

kejahilan pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan

terpesong dari landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan

perbuatan khurafat ini dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih

terbuka untuk mereka asalkan mereka mahu bertaubat.

Page 7: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

BENTUK KHURAFAT.

Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia

juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada

dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah

tertentu, bilangan tertentu, serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu.

Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat mempercayai binatang

seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi

menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.

Melenggang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat

Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih

dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan

ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan

untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya,

iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin

dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan

dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul

telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah

genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk

melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu

disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan

adalah seperti berikut:

1. Tujuh helai kain yang berlainan warna.

2. Satu gantang beras.

3. Sebiji buah kelapa.

4. Beberapa urat benang.

5. Satu batang damar.

6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

7. Beberapa batang lilin.

8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

Page 8: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

9. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan

adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna

itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan

di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut

dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-

gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah

sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta

dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok

bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau

mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke

atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak

perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain

lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya

hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil

dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan

Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan

ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai

kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah

sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras,

damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih

itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-

kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat.

Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu

akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Temasya Mandi Safar

Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu

khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini

diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam

kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.

Page 9: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya

mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut

anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan

kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada

sakit yang amat berat.

Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan

Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah

banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang

tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika

melakukan sebarang pekerjaan.

Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara

perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut

kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.

Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah

di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat

Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.

Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang

penting. Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada

masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu

akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling

dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari

tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu

mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi

mengiringi mereka nanti.

Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul

gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung

Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak

pantun.

Azimat

Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang

daripada segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada

menimbah diri manusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya.

Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang

tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan

kayu atau untuk

Page 10: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan

syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut

kediaman.

Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal

ilmu hitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta

memilik khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.

Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa

huruf, nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan

tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala

bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran. Itulah sebabnya ada golongan

yang terpedaya sehingga mempercayai ia berkaitan dengan ajaran Islam.

Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si

pemakainya sebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh

ayat-ayat dalam kitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan

apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk

menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan

Allah s.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini “Tidak akan

berlakunya sesuatu perkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t.” Perbuatan

ini ditentang keras di sisi agama islam kerana ia boleh menjerumuskan

seorang individu kepada syirik. Tambahan lagi hadis umumnya melarang

azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya walaupun ada

percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama.

SMS Atau Surat Berantai

Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat

masa kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas

pandang dan tidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini

mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus.

Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya

dimulakan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali

seseorang akan tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau

pun SMS. Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini

:

“Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini

atau mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari.

Manakala

Page 11: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada

Allah s.w.t selama tujuh minggu.”

Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya

dan menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan

kesusahan yang diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.

Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini

mereka yang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada

percaya atau tidak, mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas

sebenar telah meletakkan kekuasaan untuk menentukan takdir hidup mereka

pada SMS atau helaian berkenaan bukannya Allah s.w.t. Susunan ayat seperti

di atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha Pencipta secara

halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah sebahagian rancangan musuh-

musuh Islam tidak boleh diambil ringan.

Page 12: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN

PERBUATAN KHURAFAT.

Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim

dengan mengalihkan pergantungan manusiadaripada Khalik

(Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini

ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik

kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang

menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan

terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak

keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t.

kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu

memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah

mengkehnedaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh

menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu

rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu boleh menahan rahmat

itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-

galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang

bertawakal.”

( Surah Al-Zumar : Ayat 38 )

Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan

menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir

masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal

berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang

muslim kepada syirik. Hadis Nabi :

“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami,

yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu

tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Page 13: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak

krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita

lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman

Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat.

Fikiran pun kolot.

Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat

selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka

walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

Page 14: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

KESIMPULAN

Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan

suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini

sudah lebih matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau

tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa.

Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk

membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia serta Majlis Ugama Islam Sabah maka sudah pasti akan runtuhnya

akidah sebahagian besar umat Islam.

Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat

boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis

agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan

akidah umat Islam. Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop

boleh diwujudkan di negara kita Malaysia.

Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk

melumpuhkan gejala khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua

lapisan masyarakat secara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga

boleh digunakan seperti majalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada

tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan majalah seperti

Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam

masyarakat kita.

Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau

boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi

menjaga agama tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh

mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas

kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam.

Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan

umatnya, jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan

menjaga akidah serta mengamalkan “Amar ma’aruf nahi mungkar” yang

kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. “Allah

tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya

sendiri”. Wallahu’alam.

Page 15: Khurafat 130420025512-phpapp02

A1001 Pendidikan Islam

RUJUKAN

Buku

Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research

Centre. Kamus Dewan Edisi Ke Empat, 2007. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Ensiklopedia Islam, 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Laman Web

h tt p :// www. a sh t ec h. c o m . m y / a d a t/l e n gg a n g _p er u t . h tm l

h tt p ://m s.w i k i p e d i a .o r g / w i k i/ T e m a s y a _M a nd i _ S afa r

h tt p :// nu r j ee h a n.h a d it hun a . c o m/ilm u -a k i d a h - p e r i s a i - u t a m a - e l a k - khu r afa t /

h tt p :// www.s cr i bd. c o m/ do c / 3243947 /P ANDAN G AN - I S L AM - TE R H AD A P -

KHURAFAT