keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

20
REKA BENTUK TRADISIONAL CFT 1032 TAJUK : KERIS NAMA AHLI KUMPULAN : ABD HANIFF BIN ZAINOL RASID C13A002

Upload: haniffpotter

Post on 27-Jun-2015

1.759 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

maaf sekiranya slide xjelas.sekadar perkongsian sahaja.

TRANSCRIPT

Page 1: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

REKA BENTUK TRADISIONAL

CFT 1032

TAJUK : KERIS

NAMA AHLI KUMPULAN :ABD HANIFF BIN ZAINOL RASID C13A002

Page 2: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Pengenalan keris• Perkataan Keris dipercayai berasal dari suku kata "kerik"

ringkasan daripada perkataan "Malang Kerik" dari perkataan bahasa jawa kuno yang merujuk kepada senjata awal hulunya berupa orang.

• Keris mula dicipta di jawa dan kemudiannya tersebar di seluruh Nusantara.

• Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.

• Keris digunakan untuk mempertahankan diri misalnya sewaktu bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.

• Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu.

• Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Page 3: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Pengenalan keris• Keris menjadi lambang kekuatan, kedaulatan dan

keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa Melayu. Keris juga adalah lambang kepada ketamadunan satu-satu bangsa dimana tersirat falsafah, nilai estetika dan kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan senjata. Ia juga turut menjadi pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu dari dahulu hingga kini.

• Keris juga merupakan artifak dalam budaya masyarakat Melayu menganjurkan pelbagai rahsia dan falsafah yang berkaitan dengan pembuatan dan penempaannya. Keunikan yang berada pada keris menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan, kegerunan dan kemistikan yang diperjelaskan menerusi aspek fizikal dan non-fizikal.

Page 4: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Definisi keris• Keris merupakan sejenis senjata bermata dua yang tajam yang mana

bilahnya samada lurus atau berkelok-kelok.(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

• simbol kekuatan menurut kepercayaan masayarakat Melayu tradisional.• Keris turut dikaitkan dengan unsur-unsur paranormal dan mistik.• Keris mempunyai lok-lok yang bermaksud lekuk dan bentuknya sangat

tidak simetri. (7 hingga 12 lok-lok bagi tiap-tiap keris)• Keris adalah senjata tikam golongan belati (berhujung runcing dan

tajam pada kedua sisinya) dengan banyak fungsi budaya yang dikenal di kawasan Nusantara bagian barat dan tengah.

• Bambang Harsrinuksmo Matanya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bilah dan ganja Bilahnya membuat suatu sudut pada ganja dan tidak menegak lurus ke

atas seperti sedang tunduk Ukuran panjang bilahnya lazimnya antara 33cm sehingga 38cm. Bilah keris ditempa daripada sekurang-kurangnya daripada dua jenis

logam(besi, bahan nikel yang berwarna keperakan dan besi baja (keluli)

Page 5: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Masyarakat di Kelantan mempunyai definisi mereka yang tersendiri terhadap setiap huruf

jawi yang membentuk perkataan Keris

Kaf-keramat

Ra-rahsia

Ya dan sin –Yang

Satu

Page 6: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Asal-usul keris

• belum sepenuhnya terjelaskan karena tidak ada sumber tertulis yang deskriptif mengenainya dari masa sebelum abad ke-15, meskipun penyebutan istilah "keris" telah tercantum pada prasasti yakni batu bersurat dari abad ke-9 Masihi

• Relief candi di Jawa lebih banyak menunjukkan ksatria-ksatria dengan senjata yang lebih banyak unsur Indianya. Keris Budha dan pengaruh India-Tiongkok Kerajaan-kerajaan awal Indonesia sangat terpengaruh oleh budaya Budha dan Hindu.

Page 7: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Bahagian keris

Page 8: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Bahagian keris

Page 9: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Jenis kerisKeris semenajung-asas kepada segala bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu-Sebilah keris yang berhulu dan bersarungkan kayu. Ekor lipasnya juga diperbuat daripada kayu. Keris ini mempunyai mata lebar lurus. Panjangmya ialah 53cm

Keris panjang-disebut alang, penyalang, terabas dan terapang -tradisi kepada negeri-negeri yang beraja dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong-keris hukum atau lambang perundangan dalam menjamin kedaulatan, keharmonian dan keselamatan negara atau negeri.-bentuk mata yang panjang dan tirus, ada yang lurus dan ada juga yang berlok

Page 10: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Jenis kerisKeris bali-Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni.-sarung keris ini diperbuat daripada dua belah kayu yang dicantumkan

Keris madura-rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading.-Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan Mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.

Page 11: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Jenis kerisKeris jawa-rupa bentuk bahagian hulu dan sarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya

-Hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan menyerupai bentuk Jawa Demam

Keris bugis-kepada rupa bentuk hulu, sampir dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu atau gading.

- Identiti bagi Keris Bugis ini ialah keadaanbuntutnya yang berbentuk mata kapak.

Page 12: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Jenis kerisKeris sundang (keris sulok)-rupa bentuk hulu, mata dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan jenis-jenis keris yang lain-Matanya, sama ada lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan lebar-menetak atau mengibas dan bukannya untuk menikam-juga hulu keris jenis ini mempunyai bentuk ‘Kepala Burung Garuda’ dan dihias dengan susunan logam perak

Keris pekaka (keris Tajong)-rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka-hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan tanduk

Page 13: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Fungsi keris dalam budaya melayu

Simbol Kekuasaan Perantara Perbomohan dan

Perubatan pelengkap adat istiadat Melayu Keris Cenderamata Persilatan Pusaka

Page 14: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Cara penjagaan keris

Menurut Encik Ahmad Nordin

“jika karat berlaku, biasanya cukuplah hanya dengan limau nipis sahaja. Belah limau kepada dua dan sapulah mata menggunakan belahan limau tadi hingga keluar karat. Kemudian bersihkan dengan air bersih/sabun. Lap hingga kering . Kemudian sapukan minyak atau lemak kepada keris . Kemudian biarkan ia betul-betul kering,barulah dimasukkan ke dalam sarung. Jika menggunakan minyak cendana ia tidak perlu lagi menggunakan haruman atau minyak wangi lain. Semasa melihat atau membelek keris elakkan daripada menyentuh bilah/mata keris. Jika perlu satu tangan memegang hulu dan jari telunjuk melapik hujung mata keris sahaja, jangan dilurut mata keris kerana ia akan meninggalkan wap masin peluh pada bilah yang akan menyebabkan keris mudah berkarat”.

Page 15: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

Pantang larang keris• dilarang membuka keris daripada sarung kerana perbuatan tersebut boleh

menyebabkan pemilik dan keris itu dianggap ‘hilang semangat’• keris hendaklah dibungkus dengan kain kuning dan dipegang dengan

kedudukan mata keris tidak mendongak ke langit dan menjunam ke bumi supaya kesaktian yang ada pada keris tersebut tidak terjejas.

• ‘pandai besi’ tidak boleh bercakap sembarangan atau sesedap mulut ketika proses menghasilkan keris

• Wanita pula dilarang masuk ke dalam bangsal atau pondok membuat keris• ‘Pandai besi’ juga perlu berpuasa dan perlu tahu seni membuat keris

ketika pekerjaan ini dilakukan• keris perlu dielak daripada dilanggar atau dipijak.(jatuh maruah)• ‘bertari keris’ Setelah keris dihunus keluar, pantang bagi seseorang pesilat

mengadapkan mata keris pada diri sendiri. Hal ini ditakuti senjata tadi boleh memakan tuannya kembali

Page 16: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

PROSES PENGHASILAN KERIS

• proses penempaan, membentuk ‘belalai gajah’, mengikir, menyepuh dan menghasilkan pamor.

1. logam besi perluu dipanaskan dalam gas atau api yang kuat untuk menjadikan besi itu menjadi lembut.

2. tempa besi berkenaan sehingga menjadi panjang dan padat.(dalam 33cm)

3. tempa nikel menjadi nipis sehingga menjadi 1mm dan nikel tersebut diikat di besi yang telah ditempa dan bakar supaya logam tersebut menjadi lembut dan mudah dicantumkan

4. tempa nikel yang telah dicantumkan dan lipatkan sehingga 33 kali

5. tempa dahulu besi baja yang seberat 1kg sehingga menjadi setebal 5mm

Page 17: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

PROSES PENGHASILAN KERIS6. masukan besi baja tersebut di tengah belahan antara 2

pamor dan selepas itu letakkan dalam api dan tempa supaya loga baja tersebut tercantum

7. membuat lekok pada keris berkenaan, pembuatan lekok mengikut citarasa asalkan dalam keadaan ganjil

8. tempa keris tersebut agar menjadi lebih cantik dan menarik.

9. masukan semula keris tersebut ke dalam api sehingga keris tersebut dalam keadaan kemerahan

10. keluarkan keris daripada dalam api api tersebut dan rendamkan dalam air biasa untuk mematikan urat pada logam keris berkenaan

11. mandikan keris berkenaan dengan limau nipis12. dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir

Page 18: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

PROSES PENGHASILAN KERIS

13. dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan secara berulang kali.

14. direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air15. dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa

Page 19: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan

ALATAN PERTUKANGAN KERIS

• ‘musang’ • andas• lepa• tukul • kikir • penyepit• penyepuh• penangi• jara sila • temin• arang.

Page 20: Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan