kajian kes
DESCRIPTION
kajian berkenaan murid bermasalah pendengaranTRANSCRIPT
-
5/25/2018 Kajian Kes
1/11
1.0PengenalanKajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Raja Musa, Telok Intan, Perak. Tujuan kajian ini
dijalankan ialah untuk mengkaji permasalahan yang dialamai oleh murid bermasalah
pendengaran dari segi tahap atau jenis masalah pendengaran yang dialami oleh murid tersebut,
alat bantu (ABD) dengar yang digunakan oleh murid dan seterusnya mencadangkan jenis ujian
yang sesuai digunakan untuk menguji tahap pendengaran murid dan mencadangkan intervensi
awal yang sesuai diberikan kepada murid bagi mengurangkan impak kecacatan pendengaran
yang dialami oleh murid.
2.0Kaedah KajianKaedah kajian yang saya gunakan ialah ddengan cara menggumpul data murid berdasarkan
daripada rekod peribadi murid dan juga bersoal jawab dengan guru yang mengajar murid
berkenaan.
3.0Subjek Kajian (latar belakang respondan)
Nama : Lim Shy Yee
Umur : 15 tahun
Tarikh lahir : 22 Oktober 1999
Jantina : Perempuan
Alamat : No 6, Lot 1357 Taman Pertama Langkap, Telok Intan Perak.
-
5/25/2018 Kajian Kes
2/11
Keturunan : Cina
Agama : Buddha
Nama Penjaga : Lim Shiad Keong
Perkerjaan Penjaga : Mekanik
Warganegara : Malaysia
Bahasa Pertuturan Di Rumah : Bahasa Isyarat dan Bahasa Cina
Lim Shy Yee merupakan seorang murid bermasalah pendengaran dalam ketogori bermasalah
pendengaran sensorinural yang bersekolah di SMK Raja Musa Telok Intan Perak. Berdasarkan
daripada rekod kesihatan Lim Shy Yee, respondan diketegorikan sebagai bermasalah
pendengaran sensorinural dimana darjah pendengaran murid pada bahagian telinga kanan ialah
+130dB dan telinga kiri +130dB. Berdasarkan daripada apa yang terdapat dalam rekod dan
laporan murid, dari segi pertuturan murid ini boleh mengeluarkan bunyi serta berisyarat
menunjuk sahaja, dari segi kebersihan tahu menjaga kebersihan dan dari segi sosial pula murid
ini dapat bergaul biasa dengan murid yang lain.
4.0Jenis Masalah Pendengaran dan Alat Bantu Dengar Yang DigunakanLim Shy Yee mengalami masalah pendengaran ketegori masalah pendengaran sensorineural.
Maklumat ini saya dapat berdasarkan daripada rekod kesihatan murid. Masalah pendengaran
sensorinural merupakan masalah pendengaran kekal yang disebabkan oleh kerosakan atau
kegagalan fungsi bahagian telinga tengah (koklea) atau saraf organ pendengaran dan jarang
sekali melibatkan auditori kortek di bahagian otak. Sebahagian besar masalah ini disebabkan
oleh kerosakan spesifik pada koklea iaitu sel rerambut luar atau sel rerambut dalam atau kedua-
dua sekali. Kadangkala, masalah pendengaran jenis sensorineural boleh dikenal pasti oleh
faktor yang spesifik tetapi tidak diketahui sebabnya. Rawatan rehabilitasi menggunakan alat
bantu pendengaran atau pacakan koklea merupakan kaedah rawatan yang paling baik.
Masalah pendengaran jenis sensorineural ini disebabkan oleh kerosakkan atau jangkitan pada
telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat
dilihat secara fizikal, tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara
menyeluruh. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah
-
5/25/2018 Kajian Kes
3/11
memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walubagaimanapun, ia dapat
dibantu dengan alat bantu mendengar.
Punca berlakunya masalah pendengaran jenis sensorinueral ini ialah disebabkan berlaku
jangkitan kepada janin semasa di dalam kelahiran. Jangkitan virus atau bakteria contohnya ibu
menghidap penakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung. Jangkitan virus oleh penyakit
kelamin seperti herpes simplex, gonorrhea dan siplis yang dialami oleh ibu atau bapa. Kesan
pengambilan dadah seperti alkohol, aspirin, kafein, kortison, kuinin dan trankuiliser dan ubat-
ubatan tertentu seperti pil Thallidomide oleh ibu. Berlaku semasa kelahiran iaitu bayi lahir tidak
cukup bulan atau kurang berat badan, bayi mengalami anoksia (kekurangan oksigen), bayi
menghidap jaundis (demam kuning). Berlaku semasa kelahiran iaitu kemalangan teruk yang
menyebabkan kerosakan koklea, meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yang
meliputi otak dan saraf tunjang), bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan, pengambilan
bahan ototoxic atau bahan beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin, presbyacusis
iaitu kehilangan pendengaran disebabkan faktor ketuaan dan penyakit Meniere yang berlaku
disebabkan kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (bunyi desingan berterusan) dan kesan
pendengaran yang terus berkurangan.
Antara ciri-ciri yang boleh dilihat pada murid yang mengalami masalah pendengaran jenis
sensorinueral ini ialah seperti tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung, merekahanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja, kerap menghasilkan nada suara yang tinggi dan
bunyi-bunyi pertuturan yang tidak difahami, ujian pendengaran melalui tulang dan ujian
pendengaran melalui udara yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran sensori neural tidak menunjukkan banyak perbezaan.
Berdasarkan daripada kajian yang saya lakukan terhadap murid setelah meneliti rekod kesihatan
dan peribadi murid dan seterusnya berjumpa sendiri dengan murid, apa yang dapat saya
kenalpasti ialah murid tidak menggunakan sebarang alat bantu pendengaran. Menerusipembacaan yang telah saya lakukan terdapat dua alat bantu dengar yang boleh digunakan oleh
murid yang bermasalah pendengaran jenis sensorinueral iaitu alat bantu dengar konvensional dan
juga implant pendengaran.
-
5/25/2018 Kajian Kes
4/11
5.0Ujian Yang Sesuai Digunakan Untuk Menguji Tahap Pendengaran MuridAudiometri Konduksi tulang (Bone- Conduction Audiometry)Audiometri Konduksi Tulang adalah ujian yang dilakukan untuk mengetahui tahap sensitiviti
sensorineural pesakit. Terdapat tiga situasi yang berlaku dalam audiometri kondiksi tulang, iaitu
distortional bone conduction, inertial bone conduction dan osseotympanic bone conduction.
Distortional bone conduction iaitu apabila getaran dialirkan, tulang tempurung mengalami
perubahan bentuk. Perubahan ini menyebabkan struktur pendengaran telinga dalam juga
berubah. Inertial bone condition pula berlaku apabila terjadinya perubahan bentuk tulang
tempurung menyebabkan rangkaian tiga tulang dalam telinga dalam bergetar. Pergerakan ini
berlaku di dalam telinga dalam bunyi dialirkan ke otak. Manakala osseotympanic bone
conduction pula ialah perubahan tempurung getaran dan melalui liang telinga luar. Beberapa
getaran akan keluar daripada liang telinga. Sementara selebihnya masuk ke dalam liang dan
menggetarkan membran timpanik di mana bunyi dapat didengari. Ukuran untuk audiometri
tulang selalunya dilakukan di mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Bahagian ini
dijadikan tempat untuk mengukur kerana di bahagian ini nada Bone audiometry konduksi tulang
dapat di dengar dengan kuat serta ia terletak berhampiran dengan telinga.
Sebelum melakukan ujian audiometri tulang, pastikan dahulu rambut dikebelakangkan sekiranyamenggunakan alat getaran jalur aluminium di dahi. Alat getaran perlu diletakkan di bahagian
tengah tempurung. Kedua-dua telinga tidak perlu ditutup. Boleh untuk menguji mana-mana
telinga terlebih dahulu. Prosedur yang lain sama seperti audimetri konduksi udara. Kekeliruan
mungkin berlaku semasa mentafsir keputusan audiometri konduksi tulang kerana audiologis
tidak pasti telinga sebelah mana yang patut diuji. Ini kerana getaran samada di dahi atau mastoid
akan menggetarkan bahagian dalam telinga kiri dan kanan. Sungguhpun begitu terdapat simbol-
simbol yang mewakili telinga kiri dan kanan.
6.0Cadangan Intervensi Awal Untuk Murid Bermasalah PendengaranIntervensi awal adalah proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada
kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau
-
5/25/2018 Kajian Kes
5/11
mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan
atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
dan keluarga berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan iaitu perkembangan fizikal,
kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Scandler, BrazDziunas, Cooley & De pijem
2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi
pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).
Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai
kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang
berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004).Program intervensi awal di
Malaysia disediakan kepada kanak- kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6
tahun. Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas
merujuk kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran.Kanak-kanak autistik merupakan salah satu golongan daripada
kategori bermasalah pembelajaran.
Pertama, intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya
berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.
Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untukmengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas.Individu autistik mengalami tiga jenis ketidakupayaan yang utama, iaitu
ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan
imaginasi.
Antara cadangan intervensi awal utuk murid bermasalah pendengaran ialah selepas sahaja
mendapat pengesanan awal mengalami masalah pendengaran pihak ibu bapa khususnya perlulahmengambil tindakan awal melalui rawatan awal dan juga penggunaan alat bantu dengar. Selain
itu pelbagai cara berkomunikasi boleh dilatih terhadap murid tersebut daripada ekspresi mimik
muka, bacaan bibir, pergerakan badan, sentuhan dan getaran.
-
5/25/2018 Kajian Kes
6/11
Program latihan awal adalah untuk memperkembangkan kemahiran berkomunikasi murid
tersebut. Latihan awal diberikan kepada murid bermasalah pendengaran untuk memberi peluang
kepada mereka untuk belajar berkongsi, bermain bersama-sama rakan serta mengambil bahagian
dalam setiap perbualan. Kaedah ini juga dapat membantu murid bermasalah pendengaran
menggunakan baki pendengaran yang masih ada menerusi latihan auditori dan penggunaan alat
bantu dengar. Kaedah ini dapat membentuk kesediaan untuk belajar kemahiran asas dalam
akademik.
Intervensi awal menggunakan kaedah auditori oral. Kaedah ini menekankan proses mendengar
serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan
diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah
ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak
bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan
kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka
mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.
Intervensi awal menggunakan kaedah bacaan bibir. Kaedah ini menekankan penggunaan
penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir
penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.
Intervensi awal menggunakan kaedah bahasa isyarat. Pada amnya bahasa isyarat digunakan
dengan mudah dengan menggabungkan perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa
isyarat termasuk AmericanSign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di
Malaysia, bahasaisyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).
Intervensi awal menggunakan kaedah komunikasi seluruh. Kaedah ini adalah satu kaedah yang
menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen
penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.
Selain itu intervensi awal seperti terapi pertuturan juga bole dilakukan. Ianya bertujuan untuk
melatih murid bermasalah pendengaran bertutur dan seterusnya membantu murid untuk
mengurangkan impak permasalahan pendengaran mereka yang menghalang mereka untuk
belajar berkomunikasi seperti murid yang biasa.
-
5/25/2018 Kajian Kes
7/11
7.0KesimpulanHasil daripada dapatan tinjauan murid berserta dengan analisis rekod murid yang telah saya
lakukan, apa yang dapat saya simpulkan ialah murid tersebut sangat bermasalah didalam
mendengar bunyi pertuturan. Murid hanya bertindak balas dan memahami bahasa isyarat.
Murid mengalami masalah pendengaran kitegori sensorinural, namun murid tidak menggunakan
sebarang alat bantu dengar untuk membantu dirinya menggurangkan impak masalah
pendengaran yang dihadapinya. Hal ini mungkin disebabkan masalah pendengaran murid yang
terlalu teruk atau ketidakmampuan keluarga murid untuk menanggung kos bagi pemasangan alat
bantu dengar yang diperlukan oleh murid.
Kerjasama antara semua pihak yang terbabit harus dijalankan bagi mengesan sejauh mana
permasalahan yang dihadapi oleh murid dan seterusnya mencari kaedah dan teknik intervensi
yang paling sesuai untuk membantu murid menggurangkan impak permasalahan yang
dihadapinya agar murid mampu untuk belajar seperti murid yang biasa dan mampu untuk
menangani masalah yang dihadapinya.
-
5/25/2018 Kajian Kes
8/11
Rujukan
Che Ismail Che Lah.Kajian Masalah Pendengaran dan Saringan Mutasi A1555G Gen DNA
Mitokondria (mtDNA) di Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Jenis Sensorineural
tidak Bersindromik di Hospital Universiti Sains Malaysia. (18/9/2013 10.00 a.m)
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992).Pendidikan khas Dan pemulihan : Bacaan
Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (21/10/2013 3.34 p.m)
Jamila K.A. Mohamed, 2006. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=28
http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=28http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=28http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=28 -
5/25/2018 Kajian Kes
9/11
LAMPIRAN
-
5/25/2018 Kajian Kes
10/11
-
5/25/2018 Kajian Kes
11/11