kajian kemahiran membaca

1
Kajian Kemahiran Membaca Siti Rosmah dan Saripah Sarip (2005) telah menjalankan kajian yang bertajuk Ting-Ting Minda Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV+ KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Melalui Teori Kecerdasan Kinestatik . Kajian ini telah dijalankan ke atas lima orang murid pemulihan khas tahun tiga. Hasil dapatan kajian ini adalah penguasaan kemahiran membaca murid pemulihan khas tahun tiga dapat ditingkatkan. Malahan, motivasi belajar dalam diri murid juga dapat dipupuk dengan baik. Begitu juga halnya dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Nor Farizah Yaakob (2011) yang menggunakan teknik Jejak Labah-labah mendapati penguasaan kemahiran membaca suku kata oleh murid-murid sekolah rendah dapat ditingkatkan. Kajian ini juga dijalankan ke atas murid yang mengikuti pemulihan khas. Beliau mendapati bahawa teknik permainan “Jejak Labah-labah” ini telah memberikan respon yang baik daripada murid-murid di samping, telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata oleh murid-muridnya. Hubungan antara guru dan murid juga terjalin erat hasil daripada teknik permainan ini kerana keyakinan diri murid sudah dapat ditingkatkan

Upload: rodzainie-matimpan

Post on 16-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kemahiran Membaca

Kajian Kemahiran Membaca

Siti Rosmah dan Saripah Sarip (2005) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Ting-Ting

Minda Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata

Terbuka Dan Tertutup KV+ KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Melalui Teori

Kecerdasan Kinestatik”. Kajian ini telah dijalankan ke atas lima orang murid pemulihan khas

tahun tiga. Hasil dapatan kajian ini adalah penguasaan kemahiran membaca murid pemulihan

khas tahun tiga dapat ditingkatkan. Malahan, motivasi belajar dalam diri murid juga dapat

dipupuk dengan baik. Begitu juga halnya dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Nor Farizah

Yaakob (2011) yang menggunakan teknik Jejak Labah-labah mendapati penguasaan

kemahiran membaca suku kata oleh murid-murid sekolah rendah dapat ditingkatkan. Kajian

ini juga dijalankan ke atas murid yang mengikuti pemulihan khas. Beliau mendapati bahawa

teknik permainan “Jejak Labah-labah” ini telah memberikan respon yang baik daripada

murid-murid di samping, telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran membaca suku

kata oleh murid-muridnya. Hubungan antara guru dan murid juga terjalin erat hasil daripada

teknik permainan ini kerana keyakinan diri murid sudah dapat ditingkatkan