kajian edit utk hantar 2011 0305

80
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan. Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang harus di pelajari oleh semua murid sama ada di sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan. Tujuannya agar dapat memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar dan bahasa rasmi negara. Namun begitu dalam memartabatkan bahasa ini, masih ada lagi murid-murid dan pelajar-pelajar yang buta huruf dan masalah keciciran menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa selain 1

Upload: zuhril-akmal

Post on 04-Jul-2015

2.591 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang

berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan. Mata pelajaran Bahasa

Melayu merupakan mata pelajaran teras yang harus di pelajari oleh semua murid sama

ada di sekolah kebangsaan ataupun jenis kebangsaan. Tujuannya agar dapat

memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar dan bahasa rasmi

negara. Namun begitu dalam memartabatkan bahasa ini, masih ada lagi murid-murid dan

pelajar-pelajar  yang buta huruf dan masalah keciciran menguasai kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran

bahasa selain kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di

sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa. Kemahiran

membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan

komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.

1

Page 2: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama

pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh

berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca

secara semula jadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun

dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran

peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran

membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai

kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh

membaca dan menulis dengan lancar dan baik.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari tahun satu.

Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika

ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-

murid yang lain di dalam kelas biasa. Oleh itu tindakan  yang sesuai perlu diambil segera

bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke

semasa. Salah satu langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian 

yang tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian

murid-murid. Ujian diagnostik adalah satu ujian yang  boleh digunakan untuk menyaring

murid-murid tersebut.

2

Page 3: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

1.2 Latar belakang kajian

Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali dihadapi oleh guru-

guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Masalah ini juga

merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku di peringkat negara di mana

masalah keciciran pembelajaran ini sekiranya dibiarkan berterusan akan menyebabkan

kepada masalah sosial yang lain.

Senario semasa inilah yang melanda murid-murid dan juga remaja-remaja sekolah pada

masa kini. Kita dapat perhatikan  masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah

rendah atau pun disekolah menengah semuanya adalah terdiri daripada murid-murid yang

mengalami masalah pembelajaran sama ada mereka tidak berminat terhadap pelajaran

tersebut kerana tidak faham atau  mereka memang tidak berminat untuk ke sekolah lagi. 

Masalah tidak tahu membaca merupakan masalah yang utama bagi murid-murid yang

mengalami masalah pembelajaran ini. Hal ini kerana membaca merupakan kunci

kejayaan bagi seseorang murid dalam proses pembelajaran. Membaca bermula daripada

mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca

perkataan,ayat seterusnya petikan ataupun karangan. Sebenarnya apa yang berlaku

kepada murid-murid ataupun pelajar ini adalah disebabkan beberapa faktor yang mana 

pihak tertentu sering menyalahkan atau menuding jari kepada pihak yang lain atas

kegagalan mereka ini.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006,peratus

celik huruf pelajar umur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79%

3

Page 4: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja. Rentetan dari tinjauan dan kajian yang

dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Program KIA2M dan LINUS

diwujudkan. Bagi memperkasakan sekolah kebangsaan. Satu ketetapan telah dibuat

supaya masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis ditangani

dengan segera.

Daripada pemerhatian pengkaji saban tahun, terdapat segelintir murid-murid yang

ketinggalan pelajaran atau tidak dapat mengikuti pembelajaran yang sedia ada sedangkan

sepatutnya mereka ini seharusnya menguasai kemahiran asas sepert membaca, menulis

dan mengira. Banyak faktor yang menyebabkan kemahiran membaca ini tidak dapat

dikuasai oleh murid-murid. Antaranya masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak

secara semula jadi yang mana mereka mempunyai alat artikulasi yang tidak berfungsi

dengan baik. Selain itu faktor fizikal murid dan persekitaran banyak menjadi

penyumbang kepada masalah ini.

Sekolah pengkaji mempunyai murid tahun 1 seramai 100 orang dan terdapat 5 kelas yang

digunakan. Berdasarkan saringan pertama program LINUS jumlah mereka yang tidak

mengenal huruf dan membunyikan sukukata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK mencecah

50% murid keseluruhannya. Ini amat membimbangkan pihak sekolah kerana jumlah

murid  ini dikatakan agak ramai berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

4

Page 5: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

1.3 Penyataan masalah

Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas

(Wikipedia Bahasa Melayu:2000) Ia juga menyumbang kepada kesahan kajian

masyarakat Malaysia yang kurang membaca. Dua helai muka surat setahun adalah

benar (UNESCO:1999). Kaedah membaca yang digunakan oleh guru memerlukan

suatu bentuk pengajaran khas (berbeza daripada kaedah biasa) kerana murid LINUS

adalah murid istimewa yang gagal belajar membaca mengikut kaedah pengajaran murid

normal.

Mulai tahun 2006, semua pihak dalam Kementerian Pelajaran telah digerakkan bagi

membasmi masalah buta huruf dalam kalangan pelajar. Bagi merealisasikan tujuan ini,

KPM telah bertindak dengan menubuhkan program Kelas Intervensi Awal Membaca

dan Menulis (KIA2M). Justeru, melalui program tersebut, semua sekolah telah digesa

mengambil langkah serius bagi menangani masalah murid gagal membaca.

Berdasarkan isu dan fenomena tersebut maka pengkaji merasakan suatu kajian yang

lebih mendalam tentang kegagalan murid Tahun 1 membaca dan menulis serta

membantu guru melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih efektif. Kini, bagi

memantapkan program sedia ada LINUS diperkenalkan dan perlu dijalankan untuk

murid-murid Tahun 1 mulai 2010.

Kajian yang dijalankan adalah bagaimana untuk membantu murid-murid tahun 1 yang

lemah dan lambat ini menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan

menggunakan teknik latih tubi. Murid-murid yang dipilih ini ialah murid-murid yang

tidak lulus ujian pra ataupun ujian saringan yang dijalankan oleh pihak guru.

5

Page 6: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Pemerhatian yang khusus harus diberikan oleh pengkaji terhadap responden yang

dipilih. Semoga maklumat yang dicatatkan adalah tepat dan boleh diterima pakai.

Namun sebelum itu haruslah diketahui sejauh mana pengetahuan sedia ada murid,

pengalaman  dan pemahaman mereka tentang kemahiran membaca dan menulis yang

mereka kuasai. Dengan ujian ini kita akan dapat  melihat akan kelemahan dan kesilapan

yang dilakukan oleh murid atau responden dan kita akan dapat memperbetulkan

kelemahan dan kesilapan tersebut lebih awal untuk mengatasi masalah pembelajaran

murid-murid ini.

Mengikut pemerhatian pengkaji serta temubual bersama guru-guru dan murid-murid

tahun 1,  ada di antara mereka ini yang tidak mengikuti kelas prasekolah  semasa

mereka berumur 6 tahun dan mereka ini tidak dapat menyebut abjad-abjad yang

diberikan oleh guru semasa di dalam kelas . Hal ini amat menyukarkan guru-guru

apabila mengajar mereka selepas tamatnya program transisi yang dijalankan oleh pihak

sekolah. Sepatutnya murid-murid ini telah didedahkan terlebih dahulu dengan abjad,

suku kata dan juga perkataan yang sering  diucapkan oleh ibu bapa di rumah sebagai

langkah awal sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenarnya. Maka dengan itu

ada juga di antara murid-murid ini tidak dapat membunyikan suku kata yang diberikan.

Sekiranya masalah keciciran ini tidak dibendung dari awal, masalah ini akan berlarutan

sehinggalah murid tersebut menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kegagalan murid

ini menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menyebabkan mereka lambat

untuk mengikuti pelajaran dan ketinggalan berbanding dengan murid-murid yang lain.

Akhirnya murid-murid ini akan dihantar oleh guru ke kelas pemulihan untuk

6

Page 7: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

pembelajaran seterusnya. Sehubungan dengan itu langkah-langkah awal proaktif

haruslah dijalankan bagi memastikan murid ini tidak tergolong dalam kategori murid

masalah pembelajaran.

1.4 Kerangka konsep

Dalam kerangka konsep ini, kita dapat melihat bagaimana hubungan di antara ujian pra

dengan latih tubi menggunakan kad suku kata ini dapat membantu murid-murid tahun 1

yang  lambat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis ini bergerak seiring

dengan rakan kelas yang lain. Pengkaji akan menggunakan kad suku kata,gambar,kad

imbasan dan juga benda maujud sebagai bahan untuk menjalankan aktiviti latih tubi.

Berdasarkan bahan bantuan mengajar ini pengkaji melakukan aktiviti latih tubi.

Dapatan kajian awal diperoleh daripada ujian pra iaitu ujian saringan LINUS. Populasi

Ujian LINUS melibatkan 102 orang murid tahun 1. Ujian saringan pertama dibuat

kepada 102 orang murid Tahun Satu yang belajar daripada 5 kelas. Seramai 50 orang

murid yang melepasi arus perdana mana kala selebihnya ialah murid LINUS. Pengkaji

memilih sampel sebenar ujian seramai 11 orang iaitu daripada kelas pengkaji sendiri.

Setelah data diperoleh murid-murid yang tidak melepasi tahap akan diambil sebagai

menjalani latih tubi khas kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran

membaca dan menulis selepas ujian LINUS dijalankan. Latih tubi dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia iaitu 6 kali seminggu. Pada masa yang

sama murid-murid dimantapkan dengan kemahiran mengenal,mengecam, menyebut

7

Page 8: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

dan menulis huruf. Setelah lebih kurang 3 minggu ujian pasca diadakan untuk menguji

keupayaan murid yang dikaji.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep kajian

1.5 Objektif dan soalan kajian

Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti keupayaan murid-murid mengenal huruf

vokal dan juga huruf konsonan dengan betul tanpa bantuan guru. Murid-murid juga

diharap dapat membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Setelah mengenal dan

membunyikan suku kata diharap murid dapat membunyikan perkataan berdasarkan

gambar yang diberikan. Dengan kata lain kajian ini dijalankan bagi melihat penguasaan

murid terhadap kemahiran membaca mereka.

8

Ujian

Pra

Pengajaran

Dan

Pembelajaran

Aktiviti

-baca

-tulis

Ujian

pasca

Latih tubi

-kad suku kata

-kad

perkataan

-kad imbasan

6 kali

semingg

u

Page 9: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Soalan kajian

i) Adakah murid dapat membaca suku kata terbuka vokal (KV)?

ii) Adakah murid dapat menulis suku kata terbuka vokal (KV)?

iii) Adakah perbezaan membaca dan menulis suku kata terbuka (KV)?

iv) Adakah murid dapat membaca suku kata terbuka vokal (KVKV)?

v) Adakah murid dapat menulis suku kata terbuka vokal (KVKV)?

vi) Adakah perbezaan membaca dan menulis suku kata terbuka (KVKV)?

vii) Perbandingan pencapaian murid dengan teknik latih tubi.

1.6 Kepentingan kajian

 Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang

terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa

Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pentadbir sekolah

menggariskan kriteria tertentu sebelum menyusun dan menentukan guru-guru mata

pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu

Kajian ini juga mempunyai hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan

persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-

kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca

walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang

9

Page 10: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang

mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan,

Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh

mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja

dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang

berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya

mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta

meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran Kajian ini juga diharapkan dapat

membantu ibu bapa untuk menilai kesediaan diri anak-anak meraka sebelum masuk

belajar ke tahun satu. Ibu bapa juga dapat memberi motivasi dan galakan kepada anak-

anak.

Selain itu, guru-guru juga diharap dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan murid-murid mereka. Aspek-aspek kekuatan dan kelemahan ini diharap

dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih baik. Guru-guru diharap dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan murid-

murid tahun satu.

Kajian yang akan dijalankan ini dapat mencapai objektif seperti mana yang dikehendaki

kerana membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata

pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu.

10

Page 11: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

1.7 Batasan kajian

Kajian ini dibataskan kepada 11 orang murid tahun 1 Bestari di salah sebuah sekolah di

Zon Pudu, Kuala Lumpur. Batasan kajian ini hanya murid yang tersenarai di dalam

kelas 1 Bestari sahaja. Murid tersebut terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang

murid perempuan. Kajian ini hanya dilakukan terhadap murid yang tidak lulus dalam

ujian saringan pertama LINUS. Ujian saringan pertama LINUS telah dijalankan oleh

pihak sekolah pada 5 April 2010. Ujian ini diduduki oleh semua murid tahun Satu.

Skala markah untuk lulus telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian ini terbatas dengan menggunakan ujian baca dan tulis yang ditetapkan sahaja.

1.8 Definisi Operasional

Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran

membaca,menulis, latih tubi dan suku kata.

1.8.1 Membaca

Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-

lambang bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy (1981) pula

mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual

iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan

bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan

pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).

11

Page 12: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran

membaca adalah satu proses yang kompleks. Membaca adalah  satu keupayaan untuk

membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan

adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis

dengan menggunakan pelbagai teknik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1991), membaca bermaksud memerhatikan isi

sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna

kandungannya. Steinberg (1982) pula mengatakan membaca adalah  satu bentuk

komunikasi dan tujuannya adalah untuk menerima maklumat melalui bentuk-bentuk

tertulis.Smith (1971) pula menyatakan bahawa membaca adalah proses psikolinguistik

yang berlaku apabila seseorang membentuk semula dalam pemikirannya (dengan

sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan

yang kemudian dibaca oleh pembaca tadi. Menurut Goodman (1973) pula membaca

adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan

yang terdapat di dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan

pengamatan yang dilakukan. 

Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya merupakan

proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata.  Membaca

merupakan proses yang saling bertimbal balik antara tulisan huruf dan seterusnya

proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang telah di

terjemahkan tadi.  Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi

melibatkan satu siri proses yang kompleks (Zulkifley Hamid, 2006)

12

Page 13: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

1.8.2 Menulis

Menulis adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan

lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang

bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Tulisan berperanan sebagai asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat

melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Melalui tulisan

kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat

komunikasi dalam kelompok masyarakat. Selain itu menulis juga dapat menyemai,

mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi

kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian

daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kemahiran Menulis terbahagi kepada

tiga peringkat.

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima

oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di

atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda

13

Page 14: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

tersebut. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot,

tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan

boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis

merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai

permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta

membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah

kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan.

Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran

bergaris kecil atau sempit.

1.8.3 Latih tubi

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni

seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony mendefinisikan

teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang

mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa

tertentu. Manakala mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam

bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana

ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

14

Page 15: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran di samping

menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh

digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,

ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan

mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta

tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu.

1.8.4 Suku kata

Suku kata pula adalah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata

ditandai oleh satu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan

konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang

berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata

tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

15

Page 16: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Terdapat beberapa tinjauan literatur yang telah dilakukan oleh para penyelidik

terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca

ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini  hampir sama seperti mana

yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang

berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu guru-guru serta murid-

murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka hadapi.

2.2 Kajian membaca

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Roziah bt Abd Hamid ( 2005 ) dari Sekolah

Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Darul Makmur dalam Kajian Meningkatkan

Kemahirtan Membaca Murid-murid tahun 1 menggunakan kaedah latih tubi 

menyatakan kebanyakan murid-murid ini  tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK

atau KV + KVKK yang terdapat di dalam cerita pendek. Keadaan ini menunjukkan

tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah sangat

lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di dalam petikan

dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.  

16

Page 17: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Mazni bt Othman ( 2007 ) dari Sekolah Kayan, Setiawan, Perak dalam

penyelidikannya   yang bertajuk Program Peningkatan Kemahiran Membaca

menyatakan bahawa masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses

membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan

KV+KV,KV+KVK,VK+VK. Kesukaran mengikut tertib dan faktor penggunaan

instrumen dan murid mempengaruhi kadar membaca murid. Menurut Aspalaila Ramli

dan Maslinda Mahmud dari SK Sawah Dato’ Mersing , Johor Darul Takzim( 2006 )

dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat

yang mengandungi gabungan dua suku kata menyatakan bahawa punca murid tidak

dapat menguasai kemahiran ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai

berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid ini.

2.3 Kajian Membaca Dalam Negara

Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit

demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid

untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan

kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca

pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan,

meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi,

menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik,

meneliti, melihat dan memerhati.

17

Page 18: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Menurut Yahya Othman , proses membaca adalah usaha berterusan yang dilakukan

oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca.

Disamping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca

semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam teks.

Atan Long (1978) , Kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-

lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan

yang disampaikan oleh tulisan itu.

Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan kemahiran-

kemahiran tertentu dalam proses membaca,  pengetahuan dan kemahiran berkenaan

bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan perkataan-

perkataan yang terdapat dalam bahasa itu.  Sebelum kanak-kanak boleh membaca

mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan bahasa yang digunakan, iaitu sistem

bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu disusun untuk

menyampaikan maksud.  Apabila kanak-kanak mula belajar membaca, mereka lebih

senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang mengikut

struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan

mengikut pengetahuan mereka sehari-hari.  Menurut Mangantar Simanjuntak (1985),

Psikolinguistik menganggap membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan

bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti.  Pencarian dan penentuan erti

ini dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang

dibacanya dengan tiga jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah proses

membaca merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan

yang ada pada pembaca.

18

Page 19: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar

Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu

memang wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis

Dalam Kalangan Murid KIA2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa

daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18% ada mengalami masalah

membaca.

Selain itu, dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam

tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang

tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Manakala

dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca

secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun

dan juga Amerika Syarikat.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan

tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,

menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan

kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap

ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka

kelak.

19

Page 20: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula

menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu

masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukan

bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang

perlu diatasi segera.Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan

pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan

mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.

Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J

Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk ”Reading Success In The Intervension

Classroom”. Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca

menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan . Kajiannya mendapati

bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka memerlukan

lebih tumpuan daripada gurunya . Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies (2007),

dalam jurnal yang bertajuk ”Early Intervention In Reading:From Research To

Practice” mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin boleh

membaca jika mereka diberikan kaedah ”rawatan” yang betul.

20

Page 21: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Metodologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang

pengkaji untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi

(2002:123), kaedah merupakan cara atau jalan yang menyelesaikann permasalahan

penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam mengumpul

maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokuskan kepada

keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid tahun 1 melalui teknik latih tubi

dengan menggunakan kad suku kata.

3.2 Latar belakang tempat kajian

Kajian ini dijalankan di salah  buah sekolah bantuan penuh kerajaan di Zon Pudu.

Sekolah ini mengamalkan sepenuhnya sistem kurikulum  Kementerian Pendidikan

Malaysia. Murid-murid pula terdiri daripada murid tempatan yang mempunyai latar

belakang yang berbeza. Status sosial sekolah ini agak sederhana dengan lebih 30%

pelajarnya adalah dalam kalangan bangsa Indonesia. Status kehidupan kalangan

bumiputera pula adalah dalam tahap sederhana. Pemilihan sekolah dilakukan secara

rawak dan bersistematik memandangkan sekolah adalah sebagai responden kerajaan.

Sekolah yang terpilih ialah SK Tun Hussein Onn.  

21

Page 22: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

3.3 Reka bentuk kajian

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan

pengumpulan data yang  tertentu  bagi mendapatkan mklumat berhubung dengan

kajian yang dikaji. Maklumat ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait

antara program yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid-murid  sekolah rendah.

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih.

Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada

responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi  ketua Panitia Bahasa Melayu , guru kelas

dan juga guru pemulihan akan dapat membantu pengkaji dalam kajian ini. Guru

pemulihan mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang pemulihan di mana

saranan serta pengetahun dapat digunakan untuk menolong responden-responden ini.

Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji dalam menyempurnakan kajian ini. Melalui

pemerhatian ini, pengkaji akan dapat mengenal serta mengetahui dengan lebih jelas

akan responden atau murid-murid yang dikatakan memang lemah dalam kemahiran

membaca. Semasa penerhatian ini juga, kita akan dapat mengesan kelemahan yang

diahadapi oleh murid-murid semasa mereka membaca akan suku kata mahupun ayat-

ayat mudah.

Sebelum proses dijalankan , ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji

untuk melihat tahap penguasaan responden atau kanak-kanak dalam kemahiran

membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat mengetahui

22

Page 23: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka dalam

membaca suku kata ataupun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji akan

menggunakan ujian pos ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk

menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian pra

tadi.

 3.4 Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan sampel yang terdiri daripada 11 orang murid Tahun 1 Bestari

di sekolah yang telah dipilih. Sampel terdiri daripada murid lelaki dan perempuan.

Bilangan sampel lelaki ialah 6 orang dan bilangan sampel perempuan ialah  5 orang .

23

Page 24: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Jadual 3.1: Bilangan Sampel Kajian

______________________________________________________________________

BIL KOD MURID BANGSA JANTINA

01 001 Melayu Lelaki

02 002 Melayu Lelaki

03 003 India Lelaki

04 004 India Lelaki

05 005 Melayu Lelaki

06 006 Indonesia Lelaki

07 007 Melayu Perempuan

08 008 Melayu Perempuan

09 009 Melayu Perempuan

10 010 Indonesia Perempuan

11 011 Indonesia Perempuan

24

Page 25: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Jadual 3.2: Bilangan Jantina mengikut Peratus

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 6 54.5%

Perempuan 5 45.5%

Jumlah 11 100%

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa bilangan sampel lelaki seramai 6 orang murid

mewakili sebanyak 54.5% sementara bilangan sampel perempuan seramai 5 orang

ataupun mewakili sebanyak 45.5%. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa

sampel lelaki melebihi sampel perempuan sebanyak 9 %.

Jadual 3.3: Bilangan Bangsa Mengikut Peratus

Keturunan Bilangan Peratus

Melayu 6 54.5%

India 2 18.2%

Indonesia 3 27.3%

Jumlah 11 100%

25

Page 26: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

3.5 Pemilihan sampel kajian

Kajian ini menggunakan sampel murid yang terdiri daripada 11 orang murid Tahun

Satu Bestari di sekolah yang dipilih. Murid yang dipilih terdiri daripada murid yang

rendah pencapaian Ujian LINUS yang telah diadakan oleh pihak sekolah berkenaan

pada 5 April 2010. Populasi ujian ini melibatkan 102 orang murid Tahun Satu. Murid

tahun Satu terdiri daripada 5 kelas. Setelah Ujian Linus dijalankan murid yang melepasi

saringan pertama iaitu yang memasuki arus Perdana ialah seramai 50 orang. 52 orang

murid berada pada tahap tidak melepasi saringan pertama LINUS. Sampel kajian

sebenar hanya terbatas kepada kelas pengkaji iaitu 11 orang yang tidak melepasi ujian

saringan tersebut. Sampel terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan. Bilangan

murid lelaki ialah 6 orang dan bilangan murid perempuan ialah  5 orang. Faktor agama

dan bangsa  juga diambil kira sebagai faktor penentu dalam pemilihan sampel kajian.

26

Page 27: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah

rendah (Kohort Pertama). Matlamat program LINUS adalah untuk memastikan semua

murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa

Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah

rendah menjelang 2012.

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara

bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan

serentak secara berperingkat dan memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat.

Melalui kemahiran menulis, guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah

gabungan bunyi dengan fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali

huruf dalam kemahiran menulis .

Jadual 3.5: Data Ujian Pra sampel kajian

BIL KOD MURID BACAAN TULISAN JUMLAH %

Bahagian Bahagian 60 m

A B C A B C

01 001 5 4 2 2 3 2 18 30%

02 002 5 3 3 3 2 2 18 30%

03 003 4 2 3 4 2 2 17 28%

04 004 3 4 2 3 2 3 17 28%

05 005 4 3 1 2 3 2 15 25%

06 006 2 3 3 3 2 4 17 28%

27

Page 28: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

07 007 3 3 3 3 5 5 22 37%

08 008 3 2 3 2 4 4 18 30%

09 009 2 3 4 1 3 3 16 27%

010 010 3 2 3 3 4 4 19 32%

011 011 2 3 3 2 3 4 17 28%

3.6 Alat Pengumpulan Data

Instrumen yang pengkaji  gunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua ujian.

Ujian tersebut adalah ujian pra dan ujian pasca bacaan serta tulisan. Instrumen yang

dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan  akan dijalankan

selama tiga minggu. Bagi menilai instrumen ini, markah akan diberikan kepada setiap

murid yang boleh membaca setiap satu perkataan  dengan betul . Ujian terbahagi

kepada dua iaitu :

3.6.1 Ujian pra

Ujian pra diadakan sebelum teknik latih tubi dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi

menilai sejauh mana pencapaian dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran

membaca. Ujian pra dijalankan kepada semua murid Tahun Satu berdasarkan modul

LINUS yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

28

Page 29: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

3.6.2 Ujian pasca

Ujian pasca diadakan selepas kajian dijalankan dengan menggunakan teknik latih

tubi.Teknik ini dijalankan sebanyak 6 kali. Tujuan ujian pasca ini adalah untuk melihat

keberkesanan tindakan dan instrumen yang dijalankan keatas sampel atau murid tadi.

3.7 Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan dapatan Ujian LINUS sebagai sumber untuk mendapatkan

maklumat sampel. Dapatan daripada ujian ini dapat memberi maklumat kepada

pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap sampel yang dipilih. Selepas data

diperoleh pengkaji menggunakan Kaedah Ujian Pra sebagai sumber untuk mendapatkan

maklumat kajian. Ujian Pasca dilaksanakan kepada sampel kajian dalam kumpulan

yang sama selepas guru mengajar murid-murid menggunakan teknik latih tubi ini. Di

sini pengkaji akan mendapat keputusan samada teknik yang diperkenalkan tersebut

berjaya ataupun tidak untuk membantu meningkatkan kefahaman murid-murid ini

dalam kemahiran membaca. Proses menjalankan ujian pasca ini mengambil masa tiga

minggu kerana ingin melihat keberkesanan teknik latih tubi yang dijalankan.

3.8 Pelaksanaan Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang

diajar. Tujuan teknik ini dipilih adalah untuk mencapai tahap kemahiran tersebut atau

untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini amat sesuai

untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti menyebut perkataan dan mengingat fakta-

29

Page 30: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

fakta yang terpenting serta menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul

termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

Selain itu teknik latih tubi digunakan kerana teknik ini dapat mengukuhkan penggunaan

tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa

daripada semua aspek. Kefasihan responden juga dapat dibentuk melalui penggunaan

perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

Jadual 3.6 : Pelaksanaan Latih Tubi

MINGGU TARIKH PELAKSANAAN

MINGGU 1

19 Julai 2010

22 Julai 2010 Latih tubi 1

MINGGU 2

26 Julai 2010

29 Julai 2010 Latih tubi 2

MINGGU 3

2 Ogos 2010

5 Ogos 2010 Latih tubi 3

Minggu pertama

30

Page 31: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Pengkaji akan meminta sampel mengeja suku kata terbuka (KV). Sampel juga diuji

dengan mengeja dan menyebut dua suku kata KV+KV. Akhir sekali pengkaji akan

mengedarkan kad huruf dan meminta sampel menyusun huruf supaya menjadi

perkataan yang bermakna.

Minggu kedua

Pengkaji meminta sampel meneliti semula gambar yang diberi dan kemudian diminta

mengeja perkataan berpandukan gambar. Pengkaji menjalankan latih-tubi mengeja

perkataan berpandukan gambar. Pengkaji juga mengenalkan perkataan-perkataan baru.

Sampel diminta mengeja perkataan sambil menutup mata . 

Minggu ketiga

Pengkaji mengenalkan kepada sampel beberapa ayat mudah daripada perkataan yang

telah dipelajari. Sampel dibimbing untuk membaca ayat mudah. Latih-tubi membaca

ayat mudah diberi kepada sampel.  Pengkaji menjalankan ujian membaca ayat mudah.

Aktiviti ini diteruskan kepada sampel yang masih belum menguasai kemahiran

mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala sampel yang

telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan ayat pendek yang lain. Markah

ujian akan diambil oleh pengkaji untuk pengumpulan data.

3.10 Prosedur menganalisis data

Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada

keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk

31

Page 32: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada

sumber mengikut skor ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data

daripada ujian pra dan ujian pasca itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas.

Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap

pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis.

Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian

tersebut. Huraian lebih lanjut tentang penganalisisan data akan dibincangkan dalam bab

seterusnya.

3.11 Penutup

Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan

data-data yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik.

Prosedur kajian yang betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta

menyusun data dengan betul dan tepat. Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji

membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan. Dalam bab seterusnya akan

dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah dikumpulkan dalam

kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data dalam bab seterusnya

akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini.

32

Page 33: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah

dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data

dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian

ini.Responden kajian yang dijalankan ini adalah seramai 11 orang murid daripada

33

Page 34: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Tahun 1 Bestari yang telah menduduki ujian LINUS. Tujuan ujian saringan ini adalah

untuk mengenal pasti murid yang boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan

mengira.

4.2 Dapatan kajian

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam data yang hendak dianalisis ini terdapat dua jenis data yang perlu dikira di mana

data ujian pra yang dilakukan pada bulan Julai dan juga data daripada ujian pasca yang

dijalankan pada bulan September 2010. Kedua-dua data ini perlu dianalisis untuk

melihat akan kesan serta tindakan yang berlaku kepada responden atau murid-murid ini

selepas ujian ataupun saringan kedua dijalankan.

Jadual 3.5: Data Ujian Pra sampel kajian

BIL KOD MURID BACAAN TULISAN JUMLAH %

Bahagian Bahagian 60 m

A B C A B C

01 001 5 4 2 2 3 2 18 30%

02 002 5 3 3 3 2 2 18 30%

03 003 4 2 3 4 2 2 17 28%

04 004 3 4 2 3 2 3 17 28%

05 005 4 3 1 2 3 2 15 25%

06 006 2 3 3 3 2 4 17 28%

34

Page 35: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

07 007 3 3 3 3 5 5 22 37%

08 008 3 2 3 2 4 4 18 30%

09 009 2 3 4 1 3 3 16 27%

010 010 3 2 3 3 4 4 19 32%

011 011 2 3 3 2 3 4 17 28%

Ujian pra dijalankan sebelum latih tubi diberikan untuk melihat tahap bacaan murid.

Manakala ujian Pasca pula dijalankan selepas latih tubi diberikan untuk melihat tahap

keberkesanan kaedah dalam kajian tindakan yang dijalankan. Oleh yang demikian,

penggunaan bahan yang sama adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan antara

sebelum dan selepas latih tubi diberikan. Dua kaedah digunakan untuk menguji

responden, iaitu kaedah bacaan dan kaedah tulisan. Bagi kaedah bacaan sampel diminta

membaca kad suku kata terbuka, kad perkataan mengandungi dua suku kata terbuka

dan satu teks petikan pendek di hadapan guru. Guru akan menilai bacaan murid.

Berdasarkan data yang diperoleh , jelas kelihatan jumlah murid dan juga peratusan

murid yang menguasai suku kata adalah rendah. Ini adalah berdasarkan ujian pra yang

dijalankan pada bulan Julai yang mana ianya lebih menguji kepada pengetahuan sedia

35

Page 36: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

ada murid semasa berada di alam prasekolah ataupun sekolah tadika. Ilmu pengetahuan

yang ditimba oleh murid pada ketika itu akan dapat dilihat dengan peratusan serta ujian

yang dijalankan oleh guru. Pada ketika ini juga guru-guru tahun 1 baru mula untuk

mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran persekolahan formal. Ini kerana

murid-murid yang masuk alam persekolahan akan mula mengikut program transisi

yang mana memakan masa selama tiga minggu untuk murid-murid ini menyesuaikan

diri dengan alam persekolahan yang baru.

Dalam data ini juga kita dapati bahawa kelemahan yang ketara berlaku kepada murid di

mana mereka tidak menguasai sepenuhnya kemahiran mengeja serta membunyikan

suku kata yang diberikan. Terdapat 37.9 % daripada jumlah 29 orang murid yang tidak

menguasai kemahiran membaca .

Jadual 4.2: Dapatan Ujian Pasca

BIL KOD MURID BACAAN TULISAN JUMLAH

Bahagian Bahagian 60 m

A B C A B C

01 001 7 7 8 6 7 7 42

02 002 7 7 8 7 7 7 43

03 003 6 6 7 7 6 6 38

04 004 7 7 7 6 8 6 41

05 005 7 7 8 7 7 6 42

06 006 7 7 8 6 6 7 41

36

Page 37: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

07 007 8 8 8 7 6 6 43

08 008 6 6 7 6 7 6 38

09 009 7 7 8 7 7 7 43

010 010 6 6 7 6 7 7 39

011 011 6 6 6 7 6 6 37

Soalan Ujian Pra dan ujian Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah

mengeja suku kata yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat

atau belum menguasai kemahiran tersebut.

 Dalam data yang hendak dianalisis ini terdapat dua jenis data yang perlu dikira di mana

data ujian pra yang dilakukan pada bulan Julai dan juga data daripada ujian pasca yang

dijalankan pada bulan September. Kedua-dua data ini perlu dianalisis untuk melihat

akan kesan serta tindakan yang berlaku kepada sampel atau murid-murid ini selepas

ujian ataupun saringan kedua dijalankan.

Jadual 6 : Data Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

KOD MURID UJIAN PRA UJIAN PASCA

BACAAN TULISAN BACAAN TULISAN

001 11 7 22 20

002 11 7 22 21

003 9 8 19 19

37

Page 38: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

004 9 8 21 20

005 8 7 22 20

006 8 9 22 19

007 9 13 24 19

008 8 10 19 19

009 9 7 22 21

010 8 11 19 20

011 8 9 18 19

Graf : Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

38

Page 39: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Berdasarkan data ujian pra yang diperolehi, jelas kelihatan akan jumlah murid dan juga

peratusan murid yang menguasai suku kata adalah rendah. Ini adalah berdasarkan ujian

pra yang dijalankan pada bulan Julai lebih menguji kepada pengetahuan sedia ada

murid semasa berada di alam prasekolah ataupun sekolah tadika. Ilmu pengetahuan

yang ditimba oleh murid pada ketika itu akan dapat dilihat dengan peratusan serta ujian

yang dijalankan oleh guru.

Pada ketika ini juga guru-guru tahun 1 baru mula untuk mengajar murid-murid

mengikut sukatan pelajaran persekolahan formal. Ini adalah kerana murid-murid yang

masuk alam persekolahan akan mula mengikut program transisi yang mana memakan

masa selama tiga minggu untuk murid-murid ini menyesuaikan diri dengan alam

persekolahan yang baru. Dalam data ini juga kita dapati bahawa kelemahan yang ketara

39

Page 40: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

berlaku kepada murid di mana mereka tidak menguasai sepenuhnya kemahiran mengeja

serta membunyikan suku kata yang diberikan.

Terdapat 37.9% daripada jumlah murid 29 orang yang tidak menguasai kemahiran

membaca dimana meletakkan diri mereka sebagai murid-murid Linus tegar. Ini berbeza

pula dengan pancapaian yang diperolehi semasa Ujian pasca di mana kita dapati hanya

tiga orang murid sahaja yang dikira tidak menguasai kemahiran mengeja suku kata

yang dikemukakan oleh pengkaji semasa ujian tersebut. Berdasarkan peratusan serta

jumlah murid yang menduduki Ujian Pasca ini, terdapat peningkatan yang mendadak

telah dicapai oleh murid ini . Peningkatan yang berlaku adalah disebabkan pengkaji

telah menggunakan modul dan teknik latih tubi membaca untuk mengajar murid-murid

tersebut.

Graf : Peratusan murid tidak boleh membaca suku kata mudah

Peratusan yang meningkat ini juga adalah disebabkan murid-murid ini telah mengenal

abjad-abjad semasa di peringkat tadika. Sekiranya murid-murid ini tidak menguasai

abjad-abjad vokal dan konsonan semasa berada di tahun 1, maka proses untuk murid

menguasai kemahiran membunyi serta mengeja suku kata akan menjadi terlalu lama

sedangkan mereka terpaksa belajar mengikut sukatan pelajaran mata pelajaran yang

lain. Ini juga merupakan punca-punca utama yang menyebabkan mereka keciciran

dalam menguasai mata pelajaran tersebut. Sekiranya ianya berterusan maka keciciran

murid akan berlaku sehingga murid ini di tahun 2 nanti.

40

Page 41: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Berdasarkan kepada data ini juga kita dapati bahawa terdapat tiga orang murid yang

kurang menguasai dan seorang murid yang langsung tidak menguasai kemahiran

tersebut. Mengikut pemerhatian pengkaji murid-murid ini agak lemah dalam menguasai

serta mengenal abjad vokal dan konsonan. Murid-murid ini juga sering tidak hadir ke

sekolah terutama murid perempuan yang langsung tidak dapat menguasai kemahiran

ini. Murid ini sering di dapati tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan serta

masalah yang lain. Ini berbeza dengan dua murid yang lain yang masih boleh mengikuti

pelajaran walaupun penguasaannya agak perlahan. Oleh itu faktor-faktor luaran juga

memainkan peranan ke arah perkembangan murid-murid sekolah.

41

Page 42: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

BAB 5

RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kajian ini juga dilakukan bagi meninjau bentuk-bentuk kesukaran membaca yang

dialami dalam kalangan murid. Dapatan juga menunjukkan bahawa antara masalah

yang dominan adalah “kekeliruan” dan “tidak konsisten”. Masalah utama yang

diperolehi daripada kajian telah dapat dikenal pasti antaranya:

i Faktor Luaran

42

Page 43: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Faktor luaran ataupun persekitaran murid merupakan penyebab kegagalan murid

menguasai kemahiran membaca . Kadangkala di dapati terdapat abang atau kakak

murid-murid ini mengalami masalah yang sama semasa berada di tahun 1. Masalah

persekitaran tempat tinggal serta sosio ekonomi murid merupakan salah satu faktor di

mana mereka tidak bersedia untuk menimba ilmu. Ini ditambah mula dengan keadaan

fizikal murid yang datang dengan tidak terurus yang menyebabkan pembelajaran akan

menjadi kurang berkesan.

ii Faktor hafalan dan sifat rendah diri

Murid-murid ini juga didapati lebih mahir dalam “menghafal” sama ada membaca

atau mengeja daripada menguasai kemahiran tersebut dengan memahaminya. Murid-

murid Linus mempunyai sikap yang telalu bergantung “dependent” kepada guru mata

pelajaran dan juga rakan-rakan. Mereka ini seolah-olah mempunyai masalah

“inferiority complex” atau rendah diri yang menjadikan mereka seolah-olah takut

untuk mencuba untuk membaca atau menulis. Namun jika dirujuk kepada kerangka

teori Model Tollman (1996), mengatakan bahawa ada elemen “sifat terpendam”

(kebolehan membaca dan menulis) dalam murid yang mesti dicungkil keluar oleh guru

dalam proses pembelajaran murid-murid ini. Motivasi positif amat perlu diberikan

terlebih dahulu sebelum pengajaran sebenar dilakukan kepada murid lemah membaca

dan menulis ini. Kegagalan murid membaca lebih menumpu kepada menggabung

suku kata kedua tertutup KVKV.

43

Page 44: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

i Masalah Kekeliruan Mengenal Abjad

Apabila membincangkan tentang masalah kekeliruan ini, murid-murid ini didapati

keliru mengenal abjad yang mempunyai bentuk hampir sama bentuk. Huruf ‘a’, ‘c’dan

‘g’ akan mendatangkan kekeliruan bagi murid untuk membezakannya. Begitu juga

dengan bentuk huruf berganding seperti ‘b’ – ‘d’, ‘u’ – ‘w’ dan sebagainya. Kedua-

duanya disebut sebagai ‘s’ sahaja. Begitu juga dengan huruf ‘g’ telah disebut sebagai

huruf ‘j’. Dapatan di atas menunjukkan bahawa memang timbul masalah kesukaran

daripada aspek membunyikan huruf dan suku kata. Perkara ini akan mempengaruhi

kebolehan mengeja murid . Di samping itu, ada dalam kalangan murid ini menghadapi

masalah “telo” atau “pelat” Ada segelintir murid-murid begitu sukar menyebut ‘r’.

Sebagai contoh “lori” disebut “loli”, “jari” disebut “jali”. Faktor ”telo” atau pelat ini ini

akan mempengaruhi kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid ini

5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan dengan menggunakan

kaedah-kaedah serta teknik pengujian, maka di dapati bahawa murid-murid yang

memasuki tahun 1 seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memasuki

alam persekolahan. Ibu bapa seharusnya sedar akan kepentingan murid-murid ini yang

akan memasuki alam persekolahan. Sekiranya mereka tidak bersedia untuk belajar

maka ibu bapa seharusnya sebagai pendorong kepada anak-anak ini untuk menyakinkan

mereka untuk belajar. Smith , 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula

berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh

44

Page 45: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan

peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak

dikenalinya. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap

membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama

yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca adalah jumlah bahan bacaan yang

mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .

Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan

banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat

meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang

berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya

mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta

meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Oleh itu ibu bapa merupakan faktor

utama untuk membimbing anak-anak ini mahir dalam membaca di samping guru yang

akan menambah ilmu perbendaharaan yang sedia ada.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan. Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: BPPDP, 2001. Empat faktor utama yang mempengaruhi masalah

penguasaan 3M ialah faktor diri murid (kehadiran di sekolah, perkembangan kognitif,

kesihatan murid) faktor sekolah (keberkesanan pengajaran guru, sokongan pengurusan

sekolah, persekitaran sekolah, kurang tumpuan kepada murid-murid lemah, guru

memberi ‘label’ kepada murid pemulihan khas) latar belakang keluarga (latar belakang

sosio-ekonomi keluarga, persekitaran tempat tinggal, kerap bertukar sekolah) dan

45

Page 46: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

kesediaan pembelajaran murid (sikap murid pemulihan khas, sokongan pelajaran di

rumah, kehadiran prasekolah). Faktor yang menyebabkan perbezaan kebolehan

membaca murid kajian kemungkinan besar ialah kombinasi pelbagai faktor seperti

kecerdasan, peranan ibu bapa, sikap murid kajian terhadap membaca. Pandangan ini

selaras dengan Seafoss & Readence (1994).

Dalam kajian yang dijalankan bahawa teknik latih tubi menggunakan kad suku kata

yang digunakan banyak membantu murid-murid ini untuk melepasi saringan ke 2 yang

mana daripada 53% orang murid hanya tinggal 3% orang murid yang masih belum

dapat menguasai kemahiran yang diajar. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik latih tubi

ini telah berjaya dilaksanakan oleh. Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil daripada

bantuan pihak pentadbir dan juga ibu bapa yang memberikan sokongan dan galakan

kepada guru-guru ini. Kepelbagaian bahan bantu belajar , kaedah, teknik serta

kreativiti guru juga merupakan penyumbang kearah keberhasilan murid-murid ini.

Guru-guru juga memberikan motivasi serta galakan kepada murid-murid sehingga

mereka benar-benar merasakan bahawa guru-guru mengambil berat tentang

pembelajaran mereka. Sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar buta huruf akan

tercapai sekiranya semua pihak berganding bahu memikul tanggungjawab yang

diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Wan Mohamad Fauzani Abd Jani dari

SJKT Gadong pada 15 Oktober 2008 yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan

Kemahiran Membaca Suku Kata Dalam Bahasa Malaysia dalam Kalangan Murid

Tahun 2 dan Tahun 3 menunjukkan bahawa program celik suku kata banyak membantu

46

Page 47: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.

Ini memberi maklum balas kepada kita bahawa program yang dianjurkan akan memberi

kesan yang baik kepada murid dalam amalan membaca . Oleh yang demikian, guru-

guru yang bijak dan mempunyai kretiviti terhadap pengajaran dan pembelajaran akan

dapat melahirkan murid-murid yang sifar buta huruf dan juga murid yang mempunyai

kecenderungan untuk menimba ilmu.

5.3 IMPLIKASI

Hasil daripada dapatan kajian tindakan yang dijalankan, secara keseluruhanya didapati

bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan

kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 1 di salah sebuah sekolah di pinggir

Kuala Lumpur.

Perubahan positif yang terjadi hasil daripada kajian ini membantu pengkaji menguatkan

semangat untuk meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Pemilihan fokus

kajian ini amat bertepatan memandangkan sampel yang berada dalam aliran tahun Satu

sememangnya bermasalah dalam pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa

kaedah kad bacaan yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubah suai oleh

beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan sampel yang dipilih.

5.4 CADANGAN HASIL KAJIAN

Berdasarkan hasil kajian ini, maka didapati bahawa beberapa usaha positif perlu

dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah : Guru perlu membina

“rappo” yang baik dengan murid -murid. Mereka ini tergolong dalam kelompok “atas

47

Page 48: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

pagar” Mereka berkemampuan membaca dan menulis tetapi dengan bantuan. Hasil

temu bual dengan guru dan murid-murid ini ,di dapati pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih efektif dan berkesan jika guru menggunakan kaedah latih tubi. Kaedah

ini juga dikesan mampu menarik minat murid dalam mata pelajaran lain jika digunakan.

Contohnya dalam Komponen Kognitif, guru boleh menulis perkataan yang ingin diajar

pada kad-kad bacaan yang mudah dilihat, difahami dan menarik minat murid untuk

membaca perkataan berkenaan.

Dorongan dan motivasi yang berterusan juga diperlukan bagi mengatasi masalah

membaca dan menulis . Bahan bantu mengajar (BBM) juga menjadi elemen penting

dalam pengajaran dan pembelajaran murid Linus ini . Mereka juga perlu disediakan

dengan kemudahan sebagaimana yang diberikan kepada bilik P&P pemulihan khas.

Guru yang mengajar juga perlu diberikan cukup masa untuk memberikan lebih

tumpuan kepada penyediaan BBM dan input bagi pengajaran Linus.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga perlu menganjurkan lebih banyak kursus untuk

guru-guru ini . Pihak ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan dorongan dengan

mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka yang terlibat dengan

program Linus. Untuk kajian lanjutan yang akan dilakukan ,penyelidik atau pun guru

boleh menjalankan kajian kegagalan murid dalam peperiksaan akhir tahun dalam mata

bahasa Malaysia untuk murid Tahun 1.Kesilapan ataupun kegagalan murid ini dapat

dijadikan iktibar serta panduan kepada guru untuk menambah baik terhadap pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas.

48

Page 49: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa adalah penting semua pihak

memainkan peranan bagi membantu murid menguasai masalah membaca dan menulis.

Program Linus tidak boleh diserahkan semata-mata kepada guru Linus. Ia merupakan

suatu program yang perlu dilaksanakan secara sistematik oleh semua pihak.

Keberkesanan pengajaran Linus akan dapat menyelamatkan ramai murid yang lemah

membaca dan menulis daripada terus tercicir daripada arus perdana sistem

pembelajaran global.

BIBLIOGRAFI

 

Abdul Rahim Selamat. (1996). Kemahiran belajar dalam kurikulum bersepadu

sekolah  

         rendah (KBSR). Kuala  Lumpur:   Penerbitan Al Azim.

Kamaruddin Hj. Hussin. (1990). Pedagogi. Kuala Lumpur :Longman.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan pelajaran sekolah

         rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995). Bacalah sayang!: panduan untuk ibu bapa

         ke arah  pembacaan awal. Selangor:

Sharida Sharudin. (2001), Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (M)

         Sdn Bhd.

49

Page 50: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca, teori dan aplikasi: Panduan

meningkatkan    

          kemahiran mengajar membaca. Pahang: PTS Publication

http://www.malaysiakini.com/news/51492

http://cikguhalimah.googlepages.com/koleksiartikel1

1) Menamakan huruf vokal dan konsonan

Arahan : Guru - Menunjukkan huruf kepada murid

Murid - Menamakan huruf yang ditunjukan oleh guru

a) Menamakan huruf vokal

Arahan : Guru - Menunjukkan huruf kepada murid Murid - Menamakan huruf yang

ditunjukkan oleh guru.

50

i a o e u

b t l

h k p

Page 51: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

2) Membunyikan suku kata terbuka (satu sukukata )

Arahan : Guru - Menunjukkan suku kata terbuka

kepada murid

Murid - Membunyikan suku kata yang

ditunjukkan oleh guru

51ke bo

mu na ti

Page 52: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

3) Membaca perkataan suku kata terbuka ( dua suku kata )

Arahan : Guru - Menunjukkan perkataan kepada murid

Murid - Membaca perkataan yang ditunjukkan

oleh guru

52

sawibuk

u kaki

bola

raga

Page 53: Kajian Edit Utk Hantar 2011 0305

3) Membaca perkataan suku kata terbuka ( dua suku kata )

Arahan : Guru - Menunjukkan perkataan kepada murid

Murid - Membaca perkataan yang ditunjukkan

oleh guru

53

Kera curi ciku.Kaki saya luka.

Buku saya biru.

Ibu bawa raga.

Mama beli sawi.

Ini buku Raju.

Bayi suka susu.