kertas kerja nk hantar
DESCRIPTION
freeTRANSCRIPT
Isi Kandungan
1.0 NAMA PROGRAM ..............................................1
2.0 PENGENALAN PROGRAM ...............................1
3.0 RASIONAL PROGRAM........................................2
4.0 OBJEKTIF PROGRAM.........................................3
5.0 PENGANJUR.........................................................4
6.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM..............4
7.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM.............4
8.0 KUMPULAN SASAR.............................................5
9.0 PENSYARAH ........................................................5
10.0 AHLI-AHLI JAWATANKUASA............................5
11.0 CARTA ALIRAN KERJA......................................5
12.0 PERATURAN PERMAINAN.................................5
13.0 JADUAL PERTANDINGAN..................................5
14.0 BORANG PENDAFTARAN PESERTA...............5
15.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN...................6
16.0 HADIAH .................................................................6
17.0 PENUTUP..............................................................7
18.0 LAPORAN
19.0 REFLEKSI
1
KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2015
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, S.PETANI, KEDAH
1.0 NAMA PROGRAM
Karnival Sukan Tradisional 2015
2.0 PENGENALAN PROGRAM
Karnival ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru
pelatih daripada kumpulan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Pengajian
Sains Ambilan Khas Semester 6 / 2015. Program ini dirancang bersama
pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Karnival ini dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu
pada 10 April 2015 (Jumaat). Karnival ini bertujuan bagi memenuhi sukatan
pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Karnival ini juga dapat
memberi kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan
perlaksanaan sesuatu pertandingan disamping memberi peluang kepada
guru-guru pelatih menimba ilmu dan pengalaman.
2
3.0 RASIONAL PROGRAM
3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti
wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.
3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan
pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan,
persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan
dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa
dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.
3.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting
dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang
keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang
mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu
menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui
aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang
memerlukan persediaan fizikal dan mental.
3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha
untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional
yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat
malaysia sejak sekian lamanya.
3
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Karnival ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu :
4.1 Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam proforma kursus
Pendidikan Jasmani (PJM 3112) yang berkaitan dengan Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
4.2 Memahami dengan lebih mendalam tentang Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan secara amali.
4.3 Memenuhi tugasan mata pelajaran elektif yang membawa kepada
markah akhir kursus.
4.4 Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan
dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.
4.5 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan menganalisis masalah
dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.
4.6 Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.
4.7 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
4.8 Melahirkan bakal guru yang berbakat serta berkebolehan dalam
pelbagai hal.
4.9 Mempromosikan dan memelihara budaya serta warisan Melayu.
4.10 Memperkenalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara
pelajar Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Sultan.
5.0 PENGANJUR
Guru pelatih Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pengajian Sains
Ambilan Khas Semester 6 / 2015 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.
4
6.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM
Tempat pelaksanaan adalah sekitar padang IPG Kampus Sultan
Mizan dan gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG
Kampus Sultan Mizan.
7.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM
Butiran-butiran karnival adalah seperti berikut :
Tarikh : 10 April 2015.
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 Pagi - !2.00 Tengah Hari.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Guru-guru pelatih Program Pensiswazahan Guru Semester 6 / 2015 dan
semester 8 / 2015.
9.0 PENSYARAH
Pensyarah penasihat bagi karnival ini ialah:
1. Tn Syed Ezahar B.
2. En Khairuddin bin Mat Hassan
3. En Zarizi bin Ab. Rahman
10.0 AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A
11.0 CARTA ALIRAN KERJA
Rujuk Lampiran B
12.0 PERATURAN PERMAINAN
Rujuk Lampiran C
5
13.0 JADUAL PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran D
14.0 BORANG PENDAFTARAN PESERTA
Borang disediakan seperti di Lampiran E
15.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITIHARGA SEUNIT
(RM)JUMLAH
1. Minuman 1 balang RM 5.00 RM 5.00
2. Hadiah 4 unit RM6 & RM4 RM20.00
Jumlah Perbelanjaan = RM25.00
JADUAL 1.1
BIL. ALATAN KUANTITI
1. Kertas Mahjung 10 helai
2. Kertas A4 2 set
3. Pen marker 2 kotak
4. Kertas warna 2 set
JADUAL 1.2
16.0 HADIAH
Lelaki / Perempuan
Tempat Pertama :Food Pack bernilai RM6
Tempat Kedua :Food Pack bernilai RM4
17.0 PENUTUP
6
Karnival Sukan Tradisional ini diharapkan dapat meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam dalam mengurus dan
mentadbir sesuatu karnival dengan berkesan dan bersistematik. Karnival ini
amat berguna dan bermanfaat kepada para guru pelatih kerana dapat
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari secara teori semasa sesi kuliah.
Secara tidak langsung, karnival ini dapat memberi peneguhan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping dapat dijadikan
bekalan dan panduan buat para guru pelatih di sekolah kelak.
Saya yang menurut perintah,
..........................................
(NOORASYIIKIN ISHAK )
Pengerusi,
Karnival Sukan Tradisional,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Terengganu.
Melalui,
..........................................
( HJ YAACOB BIN MAMAT )
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Terengganu.
Disahkan oleh,
..........................................
( KAMARUDDIN BIN HASHIM )
Pengarah,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Terengganu.
Lampiran A
7
JAWATANKUASA PENGURUSANKARNIVAL SUKAN TRADISIONAL,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG),KAMPUS SULTAN MIZAN, TERENGGANU.
JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG :EN KAMARUDDIN BIN HASHIM
Pengarah,Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan
KETUA PENASIHAT :TN HJ YAACOB BIN MAMAT
Ketua Jabatan,Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu
PENSYARAH PENASIHAT :
EN. KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN
EN. ZARIZI BIN AB. RAHMAN
JAWATANKUASA KERJA PERINGKAT GURU PELATIH
8
PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 5/2013
PENGERUSI :MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN
TIMBALAN PENGERUSI :MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI
SETIAUSAHA :TUAN MOHD NORFIRDAUS BIN TUAN ZAKARIA
NAIB SETIAUSAHA :AHMAD SYAKIR BIN MAKHTARUDDIN
BENDAHARI :MUHAMMAD IRFAN FAKHRULLAH BIN MUHD NOR
AHLI – AHLI JAWATANKUASA :
1. PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPATMOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI
2. URUSETIAMUHAMMAD FAIZ SYARAFUDDIN BIN ASOHAN
3. KEBERSIHAN DAN PERSEGARANMOHAMAD FATHI BIN MOHAMAD YUSOFF
4. TEKNIKMUHAMMAD AFIQ B. MOHD MUSTAFA
5. HADIAHABDUL RAHIM BIN MOHAMAD
6. KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMASAHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN
7. TUGAS-TUGAS KHASAHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR
9. PELAPORAN DAN DOKUMENTASI
MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN
Lampiran B
9
CARTA ALIRAN KERJA
17 Februari 2013
3 MAC 2013
10 Mac 2013
10
Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta membentuk
jawatankuasa.
Menyediakan kertas kerja dasar
Mengemukakan kertas kerja kepada pensyarah penasihat
Menerima maklum balas dan pemurnian kertas kerja
Memohon kelulusan Pengarah
Tindakan:1. Menempah, menyedia dan
mengambil alatan.2. Mengadakan simulasi.3. Pemurnian kejohanan
Lulus
Pelaksanaan Kejohanan Sukan Tradisional
Post Mortem
Tidak lulus
Lampiran C
TENTATIF PROGRAM
Masa /
Tarikh
02.15 petang –
02.45 petang
03.00 petang
–
05.00 petang
5.30 petang
3.03.201
3
(Ahad)
Para peserta
mendaftarkan
diri
Pertandingan jengket
dan permainan yang
lain dijalankan antara
pelajar IPG.
Majlis penutupan
dan penyampaian
hadiah.
12
Lampiran D
PERATURAN PERMAINAN
1. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil seramai TUJUH orang.
2. Satu kumpulan akan menyerang dan satu kumpulan akan bertahan.
3. Kumpulan menyerang perlu menghantar DUA orang wakil.
4. Pasukan bertahan adalah seramai TUJUH orang.
5. Wakil pasukan menyerang akan mengejar pasukan lawan dengan
BERJENGKET dan perlu mencuit tubuh pihak lawan untuk mematikan
mereka.
6. Sekiranya lima orang ahli pasukan bertahan telah mati, permainan dikira
tamat dan peranan akan bertukar.
7. Wakil kumpulan menyerang hanya boleh menggunakan SEBELAH KAKI
untuk mengejar dan dilarang sama sekali untuk menukar kaki serta dilarang
meletakkan kaki yg diangkat di atas mana mana permukaan.
8. Masa yang diperuntukkan untuk pasukan menyerang adalah selama 2 MINIT.
9. Pasukan menyerang yang dapat mematikan lima pemain lawan dengan masa
yang terpantas dikira sebagai pemenang.
13
Lampiran E
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KSM 2013
BORANG PENYERTAAN PERMAINAN JENGKET
NAMA KUMPULAN : ___________________________________
KETUA KUMPULAN : ___________________________________
BIL NAMA NO I/C
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 5.00 setiap kumpulan.
2. Sila serahkan borang penyertaan sebelum 7 Februari 2013.
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 013-9544940 (Zain)
017-9106834 (Alloy)
Ketua kumpulan,
...................................................
( )
14
LAPORAN JAWATAN KUASA PELAKSANAAN KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL IPGKSM 2013
LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN
Sempena acara Sukan dan Permainan Tradisional, saya diamanahkan untuk
menguruskan persiapan tempat dan peralatan yang ingin digunakan dalam acara
yang kami pertandingkan. Saya selaku AJK persiapan tempat perlulah memastikan
tempat yang dipilih selamat daripada unsur – unsur bahaya yang boleh menggangu
aktiviti kami.
Selain itu, saya perlu menyediakan peralatan untuk pertandingan ( klipbod,
papan skor/meja skorer dan penjaga masa, jam randik,skiter, bangku untuk pemain-
pemain simpanan,dan kelengkapan untuk pertandingan. Saya juga perlu
menyediakan senarai alatan yang diperlukan untuk acara pertandingan
Di samping itu juga, saya menyediakan senarai petugas menjaga
keselamatan dan penggunaan alatan semasa pertandingan.Saya juga perlu
memastikan semua peralatan untuk pertandingan ada disediakan sama ada oleh
jawatankuasa ataupun disediakan oleh peserta pasukan yang bertanding. Saya juga
perlu menyimpan semula semua alatan yang dipinjam dan diambil dari setor atau
mana-mana sumber
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas, 4 MAC 2013
--------------------------------------
15
(MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI)
AJK Persiapan Tempat Dan Peralatan
Laporan Urusetia.
Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional
Sebelum
Sebelum permainan dapat dijalankan, peraturan permainan perlu diadakan dan
dibuat secara jelas. Sebagai ketua bahagian urusetia yang memikul tugas ini, saya
telah melantik 2 orang ahli jawatankuasa kecil untuk berbincang dan menetapkan
apa peraturan yang perlu untuk menjadikan permainan adil dan seronok. Kami
mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas yang
perlu diambil perhatian seperti menyusun dan mengedarkan jadual pertandingan
kepada peserta sebelum hari pertandingan. Ahli jawatankuasa kecil yang telah
dibentuk diminta berkumpul di dalam kumpulan AJK masing-masing bagi
menguruskan hal-hal kepegawaian dan kepengadilan pertandingan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum mengelolakan
pertandingan adalah menyusun dan mengedarkan jadual perlawanan. Pada mulanya
kami bercadang untuk mengedarkan jadual perlawanan bersama dengan borang
penyertaan. Tetapi idea itu diubah dek kerana masa dan tarikh yang terpaksa diubah
atas masalah teknikal yang dialami oleh pihak penganjur. Akhirnya jadual telah
diedarkan semasa taklimat mengenai permainan dijalankan. Ini membolehkan
peserta merangka strategi mereka dan memberi masa kepada ahli jawatankuasa
kecil yang lain melakukan persiapan terakhir.
16
Semasa
Pada waktu acara dijalankan, tempat acara terpaksa ditukar kerana terdapat
beberapa masalah teknikal iaitu kumpulan permainan tradisional sebelumnya telah
menukar tempat acara daripada dalam dewan kepada luar dewan. Tetapi, tiada
banyak perubahan kerana pasukan urusetia telah membuat pelan B dengan
menggunakan kon sebagai penanda sempadan.
Pengadil dan penjaga garisan telah diberi taklimat sebelum permainan
bermula, jadi tiada masalah dengan tugas mereka. Begitu juga dengan penjaga
masa yang turut hadir pada taklimat permainan.
Selepas
Setelah tamat permainan, kami mengumpul keputusan perlawanan dan seterusnya
mengumumkan pemenang. Mujurlah tiada pasukan yang membuat bantahan, jadi
acara pada hari itu boleh dikatakan lancar dan teratur.
Selepas acara penutupan majlis, kami telah memastikan semua peralatan telah
diambil dan padang bersih daripada sampah kerana padang tersebut akan
digunakan oleh ramai guru pelatih lain. Sekiranya padang tersebut kotor dan
peralatan permainan masih tidak dikemaskan lagi ini mungkin akan mendatangkan
17
kecederaan dan masalah lain kepada guru pelatih yang menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di atas padang.
Disediakan oleh:
.........................................................
Mohamad Faiz Syarafuddin b Asohan
Urusetia,
Karnival Permainan Tradisional 2013
18
Laporan AJK Kebersihan dan Kesegaran Permainan Tradisional
Sebelum
Sebelum menjalankan pertandingan permainan tradisional, terlebih dahulu
saya telah memaklumkan kepada para pasukan mengenai proses permainan dan
syarat dan peraturan yang perlu diikuti.
Setelah itu saya telah menitikberatkan tentang kebersihan persekitaran per-
mainan tradisional.
Kemudian saya juga telah menetapkankepada setiap pasukanuntuk mem-
bayar RM2 sebagai wang cagaran dan minuman yang akan disediakan.
Saya sebagai ketua jawatan kuasa mengagihkan tugas kepada ahli jawatan
kuasa saya.
Semasa
Pada hari pertandingan Permainan Tradisional, tugas saya adalah untuk me-
mastikan kebersihan dan kesegaran pertandingan berjalan lancar di setiap aktiviti
yang dijalankan.
19
Selain itu juga, saya juga mengarahkan ahli jawatan kuasa kesegaran dan
kebersihan memantau kebersihan dan kesegaran semasa aktiviti dijalanan.
Selepas
Selepas pertandingan Permainan Tradisional dijalankan, sebagai AJK Keber-
sihan dan Kesegaran, saya telah membuat laporan mengenai aktiviti yang telah di-
laksanakan oleh kami.
Kemudian saya memastikan segala tanggungjawab yang dilakukan oleh kami
adalah sempurna bagi memastikan kebersihan dan kesegaran memuaskan hati para
penganjur dan pasukan.
Wang cagaran dipulangkan kepada semua pasukan kerana kebersihan dan
kesegaran yang diinginkan memuaskan dari pihak kami.
Disediakan oleh :
(MUHAMMAD FATHI BIN MOHAMED YUSOFF)
Ketua AJK Kebersihan dan Kesegaran,
Karnival Permainan Tradisional 2013
20
LAPORAN JAWATANKUASA TEKNIK
Bertindak sebagai ahli jawatankuasa teknik, antara tugas yang saya laksanakan
adalah seperti berikut;
Sebelum
Sebelum berlangsungnya pertandingan permainan tradisional, saya telah menyusun
dan mengedarkan jadual acara yang akan dijalankan. Jadual yang dikeluarkan telah
diberi kepada setiap peserta, dan ditampal bagi memudahkan peserta.
Selain itu, pembahagian tugas sebagai pegawai bertugas dilakukan. Ini bagi
mengelakkan kecelaruan semasa pertandingan berlangsung. Begitu juga dengan
pengadil dan penjaga masa, sebelum pertandingan, individu yang tertentu telah
dimaklumkan supaya mereka dapat bersedia.
Taklimat kepegawaian dan kepengadilan turut diberi sebagai untuk
memperjelaskan tugas masing-masing. Tugas-tugas dengan jawatankuasa lain perlu
diselaraskan supaya tidak menimbulkan masalah semasa pertandingan.
Bagi memastikan kelicinan pertandingan, saya telah menyediakan tempat
bagi urusetia pertandingan sebagai pusat kawalan dan informasi. Selain itu, saya
turut memastikan gelanggang telah siap sedia dan sesuai untuk pertandingan.
Semasa
Semasa berlangsungnya pertandingan, tugas saya sebagai jawatankuasa teknik
adalah mengumpulkan keputusan pertandingan dan menyerahkan ke bahagian juri
untuk tujuan pengiraan markah.
Kemudian, keputusan yang telah diperoleh akan dicetak dan ditayangkan
supaya peserta dapat mengetahui tentang kedudukan mereka. Segala maklumat
pertandingan dan keputusan pertandingan akan dikemas kini supaya peserta dapat
mengetahui keputusan.
21
Sekiranya terdapat kemusykilan terhadap keputusan yang dikeluarkan, saya
akan mengatur perjumpaan khas dengan juri rayuan supaya kata putus dapat
dicapai.
Selepas
Selepas tamat pertandingan, saya akan mengumpulkan semua ahli jawatankuasa
teknik bagi mendapatkan komen dan pandangan dari setiap ahli. Selepas selesai,
setiausaha jawatankuasa teknik akan menyediakan laporan dan menyerahkan
kepada jawatankuasa dokumentasi,.
Disediakan oleh,
(MOHAMAD AFIQ BIN MOHD MUSTAFA)
Ketua Ahli Jawatankuasa Teknik,
Karnival Permainan Tradisional 2013.
22
Laporan AJK Dokumentasi Permainan Tradisional
Sebelum
Sebelum menjalankan pertandingan permainan tradisional, terlebih dahulu
saya telah menyediakan fail khas untuk memudahkan proses pengumpulan data dan
maklumat berkaitan program ini.
Setelah itu saya mengumpulkan sebarang kertas kerja dan surat-menyurat
yang berkaitan sama ada dalam bentuk softcopy mahupun hardcopy.
Kemudian saya juga menyediakan sebuah kamera berkuasa tinggi untuk
digunakan pada hari pertandingan nanti.
Semasa
Pada hari pertandingan Permainan Tradisional, tugas saya adalah untuk
mengambil gambar-gambar di setiap aktiviti yang dijalankan. Gambar-gambar yang
diambil akan disimpan untuk proses dokumentasi pada akhir pertandingan nanti
Selain itu juga, kamera tersebut juga digunakan untuk merakam video aktiviti-
aktiviti yang berlangsung.
Selepas
Selepas pertandingan Permainan Tradisional dijalankan, sebagai AJK
Dokumentasi, saya telah membuat laporan mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan
oleh kami.
23
Kemudian saya memastikan segala dokumentasi yang dilakukan adalah
lengkap dan disimpan sama ada dalam bentuk softcopy dan juga hardcopy.
Dokumentasi yang saya lakukan adalah mengikut urutan di dalam kertas kerja
program dan laporan program yang telah ditetapkan.
Segala dokumentasi yang telah dilakukan telah saya susun dan kompilkan
sebelum dihantar untuk simpanan.
Disediakan oleh :
(MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN)
Ketua AJK Dokumentasi,
Karnival Permainan Tradisional 2013
24
Laporan AJK Tugas-tugas Khas
Pada 2Mac 2013, satu pertangdingan tradisional telah dilaksanakan
oleh guru pelatih PISMP Januari 2011. Program ini adalah bertujuan untuk
memenuhi salah satu syarat kelulusan bagi setiap guru pelatih Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu kerja kursus PJM 3112. Pertangdingan
ini bermula pada pukul 2.30 ptg dan tamat pada pukul 5 petang.
Sebagai AJK Tugas-tugas Khas, peranan yang dimainkan oleh saya
tidaklah begitu penting namun, saya tetap memberikan sepenuh kerjasama
serta usaha yang gigih untuk memastikan program yang telah dirancang
Berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tanggungjawab yang dipikul oleh
saya meliputi tugas-tugas dalam memastikan segala persiapan, persediaan,
serta pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dari awal
sehinggalah ke akhir. Ini termasuklah penyediaan hadiah, melantik pengerusi
majlis, dan juga menyediakan alatan.
Permainan tradisiaonal yang kami pilih ialah permainan jengket-jengket
yang memerlukan 7 orang pemain setiap kumpulan. Sebelum acara ini
dimulakan, saya sebagai AJK tugas-tugas khas perlulah menyediakan satu
tempat permainan yang agak sederhana keluasannya untuk menjayakan
permainan tradisional ini. Oleh itu, kami telah berbincang dan bersepakat
memilih padang bola baling sebagai tempat untuk menjalankan permainan ini.
Sebelum permainan dijalankan, saya dan rakan-rakan perlu menanda
keluasan kawasan permainan dengan menggunakan 4 biji. Kon-kon ini
diletakkan di setiap penjuru permainan bagi memastikan setiap pemain tidak
melebihi had kawasan permainan. Semasa permainan ini dijalankan pula,
saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk berada di kon-kon yang telah
ditetapkan bagi memastikan tiada unsur penipuan berlaku semasa acara ini
dipertandingkan. Selepas selesai acara ini, saya perlulah memastikan setiap
alatan berada dalam keadaan baik dan memulangkannya kembali ke dalam
stor pj.
25
Secara keseluruhannya, program ini telah banyak memberi
pendedahan serta pengalaman baru yang amat berharga kepada saya
terutama sekali dalam menjalankan tugas-tugas yang dipikul oleh seseorang
individu yang memegang jawatan sebagai AJK Tugas-tugas Khas dalam
sesuatu organisasi dan membuatkan saya menjadi lebih matang untuk
menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan.
Disediakan oleh :
(AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR)
AJK Tugas-tugas Khas
Karnival Permainan Tradisional 2013
26
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
Pada hari Ahad 3hb Mac 2013, unit kami telah menganjurkan Pertandingan
Permainan Tradisional selama 2 hari bertempat di dewan gimnasium IPG
Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. Pertandingan ini
berlangsung bermula dari 3 Mac sehingga 4 Mac 2013. Para peserta adalah
terdiri daripada 64 orang peserta yang terdiri daripada tiga unit pengajian
semester lima IPG KSM iaitu unit Pengajian Melayu, Pengajian Prasekolah
dan unit Pendidikan Jasmani.
Pelbagai pertandingan permainan tradisional telah berjaya kami
laksanakan sepanjang tempoh pelaksanaan tersebut. Ternyata program yang
telah dijalankan mencapai objektif tugasan. Dalam menganjurkan
pertandingan tersebut, pelbagai aspek perlu dikaji dan diambil tindakan oleh
setiap ahli jawatankuasa pengurusan supaya pertandingan dapat berjalan
dengan lancar tanpa sebarang permasalahan yang timbul. Salah satu aspek
yang dianggap penting dalam menganjurkan sesuatu kejohanan dan
permainan ialah melibatkan aspek keselamatan.
Bermula tarikh pertandingan pada 3 Mac iaitu hari Ahad, saya telah
melaksanakan tugas sebagai ketua ahli jawatankuasa keselamatan. Sehari
sebelum pertandingan, ahli jawatankuasa kami telah bersiap siaga khususnya
untuk merancang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa
hari penganjuran pertandingan tersebut. Kami juga tidak terlepas pandang
dalam menyediakan peralatan-peralatan keselamatan contohnya seperti peti
kecemasan, ubat-ubatan, pengusung pesakit dan beberapa lagi alatan yang
perlu.
Dalam dewan tersebut semasa hari pertandingan, kami telah
mengagihkan tugas kepada beberapa kumpulan kecil sebagai langkah siap
sedia jika berlaku sebarang kecemasan. Kami telah disediakan satu sudut
tempat untuk merawat peserta-peserta yang tercedera, malah ahli
27
jawatankuasa kami juga berperanan untuk mengawal keseluruhan
keselamatan semasa hari pertandingan yang meliputi aspek peraturan dan
kawalan perjalanan pertandingan pada hari kejadian. Pada hari pertama
pertandingan, keseluruhannya ahli jawatankuasa kami telah menjalankan
tugas masing-masing dengan baik. Beberapa kemalangan dilaporkan berlaku
tetapi tidak dianggap serius dan kami telah menyalurkan bantuan
keselamatan dengan sepatutnya.
Pada hari kedua pertandingan iaitu 4hb Mac 2013, dua lagi acara
permainan tradisional dijalankan. Saingan semakin sengit, para peserta
begitu bersemangat untuk merebut tempat teratas. Pelbagai kerenah dari
peserta timbul, maka langkah keselamatan semakin kami pertingkatkan
supaya dapat mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Alat-alatan kecemasan telah kami pastikan berada dalam keadaan yang elok
dan berfungsi dengan baik. Pada hari terakhir pertandingan, dilaporkan
suasana tegang sedikit berlaku disebabkan para peserta bersaing sengit
untuk merebut tempat teratas. Kami telah mengawal setiap sesi pertandingan
yang dijalankan dengan menetapkan kepada beberapa anggota keselamatan
di setiap sudut. Pada hari tersebut, dilaporkan terdapat 3 kemalangan dimana
terdapat peserta yang terseliuh kaki, kekejangan otot dan mengalami sedikit
luka di tangan akibat terjatuh. Mereka yang terlibat telah ditempatkan di satu
sudut rawatan untuk dirawat. Walaubagaimanpun kecederaan mereka tidak
begitu serius, dan mereka amat berpuas hati di atas khidmat yang diberikan.
Pada hari tersebut, acara penutup dijalankan dan para peserta berada dalam
keadaan yang baik.
Keseluruhannya, kami melaporkan bahawa ahli jawatankuasa telah
menjalankan tugas dengan baik. Peralatan yang disediakan untuk kecemasan
juga mencukupi dan berfungsi dengan baik. Para peserta tidak menghadapi
sebarang masalah pada hari pertandingan dan mereka sangat berpuas hati
dengan perkhidmatan yang diberikan. Kami sangat bersyukur kehadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya kami dapat menjalankan tugas
dengan baik selain dapat mengawal sebarang kemalangan semasa hari
pertandingan tersebut.
Laporan disediakan oleh: Tarikh:
5hb Mac 2013
28
Ahamad Afnan bin Tajuddin,Ketua AJK Keselamatan,Pertandingan Permainan Tradisional,IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu.
LAPORAN AJK HADIAH
Pada 4 Ogos lalu, sempena acara Sukan dan Permainan Tradisional,
saya diamanahkan untuk menguruskan hadiah kepada para pemenang
dalam acara yang kami pertandingkan. Saya, Abdul Rahim bin Mohamad
selaku AJK hadiah ditugaskan untuk mengendali bahagian penyediaan
hadiah dalam acara ini.
Hadiah yang kami berikan ialah berbentuk hamper mengikut tahap
pencapaian. Sebanyak 2 bungkusa disediakan untuk pemenang di tempat
pertama dan kedua sahaja. Untuk hadiah saguhati tidak disediakan kerana
kos untuk pembelian hadiah adalah terhad . Hadiah ini disampaikan setelah
pemarkahan kepada pemenang diputuskan oleh para hakim yang bertugas.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas, 4 mac
2013
--------------------------------------
(ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD)
AJK Hadiah Sukan dan Permainan Tradisional
29
Laporan Karnival Permainan Tradisional
Keputusan Permainan Jengket
Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pengajian Lima
Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung
pada hari Ahad bersamaan dengan 3 Mac 2013.
Bermula lebih kurang jam 2.30 petang semua guru pelatih semester lima
telah berkumpul di bilik kuliah terbuka bagi mendengar taklimat oleh Tuan Haji
Yakcob bin Mamat. Kelas BM seramai 22 orang digabungkan dengan kelas
Pendidikan Jasmani dan Pra Sekolah sebagai satu kumpulan besar manakala kelas
Kajian Sosial dan Reka Bentuk dan Teknologi 2 dikendalikan En Khairuddin bin Mat
Hassan.
Tn Haji Yakcob bin Mamat memantau perjalanan karnival di gimnasium dan
padang belakang gimnasium. Permainan pertama ialah Jejak Piramid (ubahsuai
daripada bola kaki tiga) oleh kumpulan pertama dari kelas Pra Sekolah diadakan di
gimnasium dan seterusnya permainan tradisional India iaitu Kabaddi oleh kumpulan
kedua kelas Pra Sekolah. Permainan seterusnya iaitu dikendalikan Kaki Gajah
diadakan di luar iaitu di padang belakang gimnasium.
Setelah lama menanti, barulah permainan daripada kumpulan kami dijalankan.
Permainan kami dinamakan secara ringkas, Jengket (Sila rujuk lampiran peraturan
dan cara permainan di Lampiran D). Dan inilah keputusannya.
Masa Diambil oleh
Pasukan Penyerang
Perlawanan
24 saat PJ Lelaki (menyerang) VS PJ+Pra Lelaki (bertahan).
2minit(habis masa) – 2 Pra Perempuan (menyerang) VS PJ Perempuan
30
orang lawan hidup (bertahan).
1 minit PJ Perempuan (menyerang) VS Pra Perempuan
(bertahan)
1minit 25 saat PJ +Pra Lelaki (menyerang) VS PJ Lelaki (bertahan)
Tempat Lelaki Perempuan
Pertama PJ Lelaki( PJ Perempuan
Kedua PJ +Pra Lelaki Pra Perempuan
Senarai Kekuatan dan Kelemahan
Kekuatan
Mengembangkan kemahiran mengimbang badan
Bina stamina dengan berlari sebelah kaki
Ringkas kerana tidak memerlukan alatan yang banyak
Pupuk semangat kerjasama, kreativiti dan sifat sabar
Sepanjang mengelola permainan Jengket ini , beberapa kekuatan telah kami
dapati. Dari aspek fizikal, peserta di posisi penyerang diberi peluang untuk
mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki sambil
mengejar pihak lawan. Stamina peserta juga dapat dibina kerana berlari sebelah kaki
memerlukan kemahiran dan tenaga yang lebih berbanding berlari dua belah kaki.
Permainan ini juga amat ringkas kerana tidak memerlukan alatan yang
banyak melainkan empat skital sebagai penanda kawasan. Dengan ini, permainan ini
tidak memerlukan kos perbelanjaan yang besar untuk dimainkan. Malah, luas
kawasan permainan boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada
kemampuan dan kemahuan pasukan bertanding. Dalam erti kata lain, permainan ini
fleksibel dan mudah dimainkan.
Selain itu, sikap kerjasama,kreatif dan sabar juga dapat dipupuk selain rasa
gembira dan puas bermain. Sebagai contoh, pihak penyerang seramai dua orang
akan bekerjasama untuk memastikan serangan mereka berjaya. Mereka perlu
berfikiran kreatif dalam merencana jentera serangan seramai dua orang bagi
31
mengalahkan pihak lawan seramai tujuh orang. Misalnya, mengepung seorang
peserta lawan secara serentak.
Kelemahan
Kurang sesuai untuk dimainkan di kawasan bertar
Hanya sesuai dimainkan di kawasan luas
Kurang digemari untuk dimainkan oleh peserta lelaki
Memerlukan pengadil ramai
Selain kelebihan dan kekuatan, masih terdapat beberapa kelemahan yang
dikenalpasti. Permainan ini kurang sesuai untuk dimainkan di kawasan bertar kerana
mungkin mendatangkan kecederaan sekiranya terjatuh. Walaupun permainan ini ini
fleksibel dan mudah dimainkan, namun permainan ini hanya sesuai dimainkan di
kawasan luas.
Permainan ini juga didapati kurang digemari untuk dimainkan oleh peserta
lelaki kerana ia kurang memberikan cabaran kepada mereka. Ini dapat dilihat apabila
peserta lelaki PJ dapat menghabiskan permainan dalam masa yang singkat
berbanding dengan peserta perempuan.
Permainan ini juga memerlukan pengadil ramai, sekurangnya-kurang empat
orang di setiap penjuru. Ini perlu supaya permainan bersih dan adil , atau lebih
dikenali dengan istilah “Fair Play” dapat dijalankan. Ketika pertandingan, didapati
penyerang tidak begitu mematuhi arahan supaya mengejar lawan dengan berjengket
sebalik mengejar sambil berlari dua kaki. Hal ini mungkin terjadi kerana penyerang
ini sudah keletihan dan mula bosan untuk mengejar pihak lawan yang lebih ramai.
Senarai Cadangan Penambaikan
Kawasan gelanggang yang digunakan mestilah mempunyai kawasan yang
khusus dan sesuai.
Aspek keselamatan diri haruslah dipertimbangkan,contohnya, kanak-kanak
diwajibkan memakai alas kaki yang bersesuaian sewaktu bermain.
Bilangan pemain haruslah fleksibel dengan gelanggang yang digunakan.
32
Peraturan ditambah baik seperti penyerang boleh menukar kaki sekiranya
letih dan penyerang boleh berganti-ganti dengan penyerang simpanan yang
ditempatkan di luar petak perlawanan.
Lampiran
Pengelola memberi taklimat
33
34
AKtiviti permainan jengket sedang berjalan
Refleksi Sukan Permainan Tradisonal
Pada 3 Mac 2013 yang lalu, pelajar PISMP semester 5 ambilan Januari
2011 telah berjaya menganjurkan sebuah kejohanan sukan tradisional di
peringkat IPG dengan jayanya. Antara objektif utama sukan seperti ini
dilancarkan adalah untuk memenuhi kursus ataupun sukatan pelajaran yang
telah dilengkapkan dalam takwim dalam mata pelajaran Pengurusan Dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan ( PJM 3112).
Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang
lain. Acara yang dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang
dimainkan pada zaman dahulu. Perbincangan telah diadakan antara kami
bagi melaksanakan proses penganjuran dan pengelolaan permainan ini.
Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan
permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Antara
35
permainan yang dipertandingkan ialah kabadi. Walaupun saya tidak berapa
pandai bermain permainan kabadi tetapi pertandingan permainan tradisional
yang diadakan telah menyebabkan saya berasa seronok bermain.
Untuk menganjurkan kejohanan seperti ini, sudah tentu memerlukan
wujudnya sebuah badan organisasi yang kukuh. Hal ini kerana dengan
terbinanya badan organisasi yang mantap, penyediaan kertas kerja bagi
mendapatkan kelulusan lebih mudah. Beberapa kekuatan telah saya kenal
pasti apabila belajar cara menganjurkan kejohanan atau pertandingan
permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan
dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang
bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk
mengelola sesuatu projek pada masa akan datang.
Beberapa perkara yang telah diajar dan ditegur serta dibimbing oleh
En. Yakcob bin mamat dan En. Khairuddin bin Mat Hassan selaku pensyarah
pembimbing telah meninggalkan kesan yang cukup bermakna kepada saya.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan .Kami telah
dibahagikan kepada lima kumpulan.Walaupun kami semua adalah bakal guru
tetapi saya rasa aktviti dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama
yang cukup baik . Namun terdapat beberapa kelemahan dari segi kerjasama.
Hal ini dapat diselesaikan melalui perbincangan secara refleksi diantara ahli
jawatankuasa. Dari sini saya melihat bahawa, kerjasama dalam kumpulan
telah dipraktikkan dengan jayanya.
Sepanjang kejohanan berjalan, saya melihat semangat persaingan
secara sihat berlangsung apabila setiap wakil dari unit masing-masing yang
menyertai pertandingan bermain bersunguh-sungguh tanpa mengenal erti
penat lelah. Kegembiraan dan wajah kekecewaan jelas terpancar kepada
pihak yang menang dan pihak yang tewas. Walaupun agak kebudak-
budakkan, saya melihat perkara ini adalah positif bermaksud apabila
seseorang menghayati perkara yang dilakukan, hal ini bermaksud mereka
betul-betul menghadiri kejohanan bukan sekadar untuk memenuhkan
36
tandatangan sahaja. Semangat seperti ini harus dipraktikkan dalam apa jua
aktiviti yang akan dilaksanakan contohnya mengajar dan sebagainya.
Harapan saya, semangat yang ditunjukkan rakan-rakan sewaktu
menguruskan kejohanan seperti ini terus dilaksanakan dan saya berharap
pengalaman yang diperolehi sewaktu menjalankan pengurusan akan kami
sebatikan di dalam diri agar tidak menjadi guru yang tidak berfungsi sewaktu
berada di sekolah kelak. Sejujurnya walaupun saya bukanlah minor
Pendidikan Jasmani, namun saya merupakan seorang insan yang gemar
bersukan, dan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti ini amat menarik minat saya
untuk menyertai malahan saya berasa amat berbangga dan berpuas hati
sekiranya apa yang saya minat, memberikan hasil yang baik setelah saya dan
rakan-rakan berpenat-lelah mengusaha dan menjayakannya. Akan tetapi
saya amat yakin bahawa, kejayaan seperti ini sebenarnya tidak mampu
diperolehi tanpa wujudnya nilai kerjasama yang kukuh diantara kami semua.
Jika anda seorang jurulatih yang ternama, pasukan anda belum pasti bergelar
juara seandainya pemain anda tidak memberi kerjasama. Moto inilah yang
saya genggam sejak saya kecil lagi.
ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD
900930 -11-5773
REFLEKSI
( MUHAMMAD FATHI BIN MOHAMED YUSOFF)
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya dan rakan-
rakan telah berjaya mengadakan satu Karnival PermainanTradisional. Seperti
tahun-tahun yang lepas, pelajar yang mengambil subjek Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan harus menganjurkan satu
permainan tradisional bagi melengkapkan tugasan subjek ini. Pada tahun ini,
karnival sukan permainan tradisional ini telah dikelolai oleh guru pelatih
ambilan Januari 2011. Karnival ini telah diadakan pada 2 Mac 2013 pada jam
2.30 petang hingga 5.30 petang di gimnasium.
Setiap kelas harus mengadakan sekurang-kurangnya dua permainan
tradisional. Sebelum merancang permainan tradisional ini, kami mengadakan
perjumpaan untuk melantik ahli jawatankuasa pertandingan bagi melancarkan
37
segala aktiviti sebelum dan selepas pertandingan. Setiap ahli jawatankuasa
mempunyai tugas khusus masing-masing. Saya perlu memastikan tempat
yang digunakan untuk permainan tradisional ini berada dalam keadaan yang
bersih agar tidak mengganggu aktiviti pertandingan memandangkan saya
memikul tanggungjawab sebagai ketua kebersihan dan kesegaran. Saya juga
memantau tempat pertandingan selepas pertandingan dijalankan agar tidak
mempunyai apa-apa kekotoran memandangkan pertandingan ini diadakan di
dalam gimnasium.
Pertandingan tradisional banyak mengajar saya tentang erti pasukan.
Hal ini kerana pertandingan ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama
pasukan malah semangat kerjasama antara rakan dari kelas lain. setiap
pasukan bertungkus-lumus berkerjasama bermain pertandingan ini agar
berjaya memenangi pertandingan. Selain itu juga, sorakan dan sokongan
yang diberikan semasa pasukan bertandingan juga berjaya memupuk
semangat kesukanan dalam diri setiap pelajar.
Pertandingan tradisional yang diadakan ini juga berjaya mengimbau
kembali kenangan-kenangan masa lampau saya semasa saya masih kecil.
Perubahan teknologi dalam arus masa kini menyebabkan permainan
tradisional semakin dilupakan. Kanak-kanak masa kini tidak lagi bermain
permainan tradisional ini malah permainan tradisional ini semakin dilupakan.
Dengan mengadakan pertandingan tradisional ini, diharap guru-guru pelatih
tidak akan melupakan permainan tradisional yang merupakan lambang
budaya masing-masing yang disemakin dipinggirkan oleh generasi masa kini.
Dengan pertandingan tradisonal ini juga, saya telah banyak
mempelajari permainan tradisional yang lain. Antara permainan tradisional
yang tidak dapat saya lupakan ialah permainan kabadi. Kabadi merupakan
permainan tradisional kaum India yang merupakan permainan seakan-akan
galah panjang. Dengan bermain permainan ini, saya dapat merasai
bagaimana permainan ini dimainkan. Selain itu juga saya bermain permainan
lumba kaki tempurung. Meskipun permainan-permainan ini kelihatan mudah
38
dan ringkas namun sebenarnya permainan ini memerlukan stamina dan
startegik yang betul agar dapat memenangi pertandingan tersebut.
Secara keseluruhannya, karnival pertandingan tradisional ini berjalan
dengan jayanya. Antara input yang paling penting ialah karnival ini dapat
melatih saya sebagai guru pelatih dalam mengorganisasikan sesebuah
pertandingan. Selain itu juga, karnival ini mendidik saya untuk lebih amanah
dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu tugas memandangkan
saya merupakan salah seorang dari ahli jawatankuasa. Saya juga seharusnya
lebih memberi komitmen dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia dapat
berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Diharap segala ilmu
yang saya pelajari semasa mengendalikan pertandingan tradisional ini dapat
saya gunakan apabila saya menjadi seorang guru kelak.
REFLEKSI
MOHAMAD AFIQ BIN MOHD MUSTAFA
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, dapat saya dan rakan-rakan untuk mengadakan satu Karnival
Permainan Tradisional dengan jayanya. Seperti sebelumnya, tugasan yang
perlu dilaksanakan bagi melengkapkan pembelajaran PJM 3112 ini adalah
dengan mengadakan satu pertandingan permainan tradisional. Aktiviti ini
telah diadakan pada 2 Mac 2013 pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang
bertempat di gymnasium IPG KSM.
Setiap kelas perlu dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap
kumpulan perlu merancang satu permainan tradisional. Bagi unit Pengajian
Melayu, kumpulan telah dibahagikan sama rata iaitu seramai 11 orang bagi
setiap kumpulan. Bagi kumpulan saya, permainan yang dipilih adalah
39
permainan “jingkit”. Manakala kumpulan kedua memilih permainan “kaki
gajah”.
Sebelum melaksanaka pertandingan satu mesyuarat telah diadakan
bagi melantik jawatankuasa tertinggi dan ahli jawatankuasa mengikut tugas.
Tugas saya adalah sebagai Jawatankuasa Teknik di mana antara tugas perlu
saya laksanakan adalah menyediakan jadual pertandingan dan memberi
taklimat kepada peserta dan pegawai pertandingan. Saya amat bersyukur
kerana dapat menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan
sebaiknya. Kesempurnaan pengurusan yang telah dirangka oleh kumpulan
kami telah membantu melicinkan perjalanan pertandingan.
Secara keseluruhannya, dengan berlangsungnya pertandingan
tradisional ini, semangat kerjasama dapat dipupuk. Ini dapat dilihat semasa
kami melaksanakan pertandingan. Semua ahli memberikan kerjasama yang
sebaiknya sesame ahli kumpulan. Kerjasama yang wujud bukan sahaja dapat
dilihat semasa kami menguruskan permainan, bahkan semasa menyertai
permainan yang dianjurkan oleh kumpulan lain. Kami dapat memberikan
cabaran kepada pasukan lain yang jauh lebih hebat dari kami.
Perkara utama dalam Pendidikan Jasmani iaitu mewujudkan semangat
kesukanan dalam kalangan guru pelatih yang terlibat dapat dicapai.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh saya dan rakan-rakan yang lain ternyata
mendapat pujian daripada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Yaakob Bin
Mamat. Melalui pengamatan saya dalam kata-kata beliau sebelum penutup
pertandingan, beliau jelas berpuas hati dengan aktiviti yang kami jalankan
dan komitmen yang diberikan oleh kami semua.
Melalui pertandingan permainan tradisional yang dijalankan, saya
dapat mengenal dan membudayakan permainan dulu-dulu yang dimainkan
semasa kecil yang sememangnya menjadi salah satu budaya yang terdapat
dalam kehidupan kanak-kanak Melayu. antara permainan yang diadakan
ialah “lumba kaki tiga”, “jengket”, “kaki gajah” dan satu permainan tradisional
India iaitu “kabadi”.
40
Permainan “kabadi” yang telah dianjurkan oleh kumpulan dari unit Pra
Sekolah sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan baru saya tentang
permainan tradisional kaum India itu. Saya juga telah mencuba permainan
tersebut dan ianya bukanlah satu permainan yang mudah sebaliknya
memrlukan strategi dan ketangkasan untuk memenanginya.
Kesimpulannya, pada pendapat saya pertandingan ini telah mencapai
objektifnya dan dapat memberikan impak kepada kami semua. Melalui
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, saya yakin dan percaya ianya
sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam profesion perguruan yang
saya ceburi ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian.
REFLEKSI
MOHAMAD FAIZ SYARAFUDDIN B ASOHAN
910108065555
Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Permainan Tradisional 2013 yang mana
salah satu permainannya turut dikelolakan oleh kelas saya, 5 PISMP Bahasa
Melayu. Kami telah memilih permainan Jengket-jengket. Pada mulanya
kumpulan kami hendak memilih peramainan Buaya dan Sang Kancil, tetapi
terpaksa ditukar semasa perbincangan kali ketiga.
Permainan Jengket-jengket ini dimainkan dengan penyertaan 2
pasukan terdiri daripada 7 orang. Permainan dimainkan dengan 2 orang
daripada kumpulan A sebagai penyerang dan 5 orang daripada kumpulan B
sebagai bertahan. Wakil kumpulan A perlu menyerang dan mencuit ahli
41
kumpulan B dalam masa 2 minit dengan berjengket sebelah kaki. Pasukan
yang dapat menyingkirkan pasukan lawan dengan pantas akan dikira sebagai
pemenang.
Daripada pemerhatian saya, saya dapati dengan membuat tugasan ini,
saya lebih memahami konsep permainan tradisional dan perbezaannya
dengan permainan kanak-kanak. Saya juga dapat mengetahui lain-lain
permainan tradisional yang ada di negara kita dengan memerhatikan
kumpulan lain mengelolakan permainan.
Sebagai ketua urusetia permainan jengket-jengket, saya dan ahli
kumpulan lain telah merangka apa yang perlu diadakan dan peraturan yang
perlu diterangkan kepada peserta supaya tidak mempunyai permasalahan
dan bantahan selepas permainan berlangsung.
Antara kekuatan yang dapat saya lihat semasa hari pertandingan
adalah kerjasama diantara semua ahli pasukan saya amat kuat dan ini
memudahkan saya untuk mengarahkan dan bekerjasama dengan mereka.
Cuma terdapat percanggaahan pendapat semasa hendak menentukan
peraturan permainan. Tetapi ianya dapat diselesaikan dengan baik dan kami
mencapai persefahaman yang utuh akhirnya.
Permasalahan yang timbul adalah semasa permainan diajalankan iaitu
peserta tidak menepati masa. Mereka lambat untuk bersedia dan ini telah
melambatkan masa permainan. Mujurlah masa permainan tidak lari jauh dan
permainan berjalan dan berakhir dengan lancar. Tiada peserta yang
membantah keputusan permainan yang kami kelolakan dan ini melegakan
kami.
Saya berpendapat bahawa pada lain waktu pihak penganjur perlu lebih
tegas dalam menentukan masa. Penalti atau dendaan boleh dikenakan
kepada pasukan yang lambat dan menimbulkan masalah kerana dikuatiri
boleh mengganggu kelancaran perjalanan permainan.
42
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dan gembira dapat menjadi
salah seorang pengelola permainan dan selain itu, saya juga gembira kerana
dapat menjadi peserta dalam permainan yang dikelolakan oleh pasukan lain.
Ini menjadikan hubungan dengan kelas lain akrab baik dari segi fizikal
mahupun emosi. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri saya
sendiri, dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T
REFLEKSI
AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan
jayanya. Saya berasa berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri
dan,walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurang-kurangnya saya telah
berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus
ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya tentang konsep
permainan tradisional dan cara-cara mengelolakan permainan tersebut. Tidak
lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu
dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Segala
jasa mereka hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
43
Kerja kursus ini banyak memupuk semangat kerjasama antara kami
ahli kumpulan, dan menyemai sikap bantu-membantu dan bertolak-ansur.
Saya berasa amat bertuah kerana banyak diberi tunjuk oleh rakan
sekumpulan ditambah dengan idea-idea bernas dari semua ahli dan ini
memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini dengan cepat
dan kemas.
Selain itu sekalung penghargaan kepada En. Yakcob bin Mamat
merangkap pensyarah pembimbing saya yang banyak memberi tunjuk ajar
dan panduan serta teguran yang membina kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Banyak yang kami pelajari tentang bagaimana untuk mengawal
keadaan kelas semasa pnp PJ dalam kelas nanti disamping diterapkan ilmu
pedagogi.
Selain itu juga, tugasan ini memerlukan saya dan rakan-rakan untuk
menulis satu laporan mengikut tugas-tugas berkaitan dengan sukan dan
permainan tradisional. Sekali lagi saya menghadapi kesukaran kerana inilah
pertama kali saya perlu menyediakan laporan sebegitu. Namun atas
pertolongan dari kawan-kawan dan pensyarah, akhirnya saya dapat
menyiapkan laporan tersebut.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan
pensyarah yang berkaliber yang mana beliau sanggup meluangkan masa
untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya telah banyak mempelajari dan
melalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini. Walau
bagaimanapun, semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang untuk
menjadikan seorang guru yang baik masa hadapan.
Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini.
Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, saya amat berharap
agar tugasan saya ini memberi manfaat kepada semua dan dapat
diaplikasikan dalam pembelajaran saya dan rakan-rakan.
44
REFLEKSI
( MUHAMAD IRFRAN FAKHRULLAH)
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya akhirnya saya dan rakan-rakan telah berjaya mengadakan satu
Karnival Permainan Tradisional. Sebagaimana semester yang lepas, pelajar
yang mengambil subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
dan Sukan tidak dapat tidak harus menganjurkan satu permainan tradisional
bagi melengkapkan tugasan subjek ini. Pada tahun ini, karnival sukan
permainan tradisional ini telah dikelolai oleh guru pelatih ambilan Januari
2011. Karnival ini telah diadakan pada 2 Mac 2013 pada jam 2.30 petang
hingga 5.30 petang di gymnasium dan padang bola baling.
45
Selain itu, Pertandingan tradisional banyak mengajar saya tentang
kerjasma berpasukan. Hal yang demikian kerana pertandingan ini bukan
sahaja memupuk semangat kerjasama pasukan malah semangat kerjasama
antara rakan dari kelas lain. Tambahan pula, setiap pasukan bertungkus-
lumus berkerjasama bermain pertandingan ini agar berjaya memenangi
pertandingan. Selain itu juga, semanagt dan sokongan yang diberikan
semasa pasukan bertandingan juga berjaya memupuk semangat kesukanan
dalam diri setiap pelajar.
Pertandingan tradisional yang diadakan ini juga berjaya mengimbau
kembali kenangan-kenangan masa lampau saya semasa saya masih kecil.
Perubahan teknologi dalam arus masa kini menyebabkan permainan
tradisional semakin dilupakan. Kanak-kanak masa kini tidak lagi bermain
permainan tradisional ini malah permainan tradisional ini semakin dilupakan.
Dengan pertandingan tradisonal ini juga, saya telah banyak
mempelajari permainan tradisional yang lain.
Tambahan pula, antara permainan tradisional yang tidak dapat saya lupakan
ialah permainan kabadi. Kabadi merupakan permainan tradisional kaum India
yang merupakan permainan seakan-akan galah panjang. Dengan bermain
permainan ini, saya dapat merasai bagaimana permainan ini dimainkan.
Selain itu juga saya bermain permainan lumba kaki tempurung. Meskipun
permainan-permainan ini kelihatan mudah dan ringkas namun sebenarnya
permainan ini memerlukan stamina dan startegik yang betul agar dapat
memenangi pertandingan tersebut.
Secara tuntasnya, karnival pertandingan tradisional ini berjalan
dengan jayanya. Antara input yang paling penting ialah karnival ini dapat
melatih saya sebagai guru pelatih dalam mengorganisasikan sesebuah
pertandingan. Diharap segala ilmu yang saya pelajari semasa mengendalikan
pertandingan tradisional ini dapat saya gunakan apabila saya menjadi
46
seorang guru kelak dan saya yakin dan percaya ianya sedikit sebanyak dapat
membantu saya dalam profesion perguruan yang saya ceburi ini. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekian terima kasih.
47