congkak - hantar

Upload: puteri-nazlina-megat-husain

Post on 06-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    1/25

    PENGHARGAAN

    Bismillahhirahmanirahim

    Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga dilimpahkan

    rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal berpanjangan. Selawat

    dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan pembawa sinar

    kegemerlapan ,sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa kebenaran.

    Ribuan terima kasih dan jutaan penghargaan ditujukan kepada pensyarah

    pembimbing Pn.Kamariah bt Bujang, selaku pembimbing dan murabbi yang

    melimpahkan selautan ilmu untuk penyiapan kerja kursus ini, didikan,bimbingan serta

    teladan ikutan. Sejuta penghargaan juga atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang

    mendewasakan dan mengenal diri selaku insan di bumi bertuah, Kampus Teknik ini.

    Sekalung ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedia berkongsi

    idea. ilmu dan kepakaran.Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan

    pertolongan yang diberikan akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha

    Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.

    Akhir sekali, kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang

    dilakukan. Salam hormat dan ribuan terima kasih.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    2/25

    PENDAHULUAN

    Seperti yang kita sedia maklum, permainan tradisional merupakan sejenis

    permainan warisan nenek moyang kita dahulu. Terdapat pelbagai jenis permainan

    tradisional yang popular di negara kita, dan setiap permainan mempunyai

    nama dan corak permainan yang berbeza. Permainan tradisional mengandungi banyak

    nilai, falsafah, dan unsur pend idikan yang te rsir at dan perlu dihayati serta

    dipraktikkan. Permainan tradisional juga dapat menerapkan kemahiran sosial

    kapada setiap pemainnya. Ini dapat dipraktikkan melalui cara permainannya yang

    melibatkan dua orang dan lebih. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan

    interaksi sosial, toleransi serta semangat kerjasama di antara pemainnya.

    Permainan tradi sional juga di kenali sebagai permainan rakyat . a d a

    diantara permainan ini yang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibubapa

    dan datuk nenek kita sahaja. Akan tetapi, terdapat juga jenis permainan tradisional

    yang masih kekal dimainkan oleh anak-anak kita pada hari ini. Tidak lain dan tidak bukan,

    ialah Congkak.

    Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari

    oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang

    pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah

    congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di

    atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga,

    batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    3/25

    orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".

    Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil

    "rumah".

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    4/25

    LATAR BELAKANG PERMAINAN CONGKAK

    Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung

    kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh

    cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan

    batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM

    di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak

    tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin

    berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan

    pada waktu dahulu.

    Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak

    dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali

    sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di

    Filipina, sungka.

    Congkak berasal dari Timur Tengah, yang menyebar di AsiaTenggara, terutama di kerajaan

    Melaka melalui dunia perdagangan. Congkak berasal dari perkataan congak iaitu mengira dan wujud

    sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini kerana kerajaan Melaka pada zaman keagungannya

    terkenal sebagai pusat perdagangan utama di rantau Asia Tengara. Permainan congkak ini terkenal

    dan hanya dimainkan di istana dan seterusnya berkembang kepada rakyat jelata. Rekabentuk papan

    congkak seperti sampan. Melalui reka bentuk tersebut kita dapat menentukan asal usul permainan

    congkak.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    5/25

    Menurut sumber permainan congkak ini direka oleh seorang nelayan yang tidak dapat turun

    ke laut pada musim tengkujuh. Ini menyebabkan dia kehilangan rezeki dan bagi memenuhi masa

    lapang, beliau telah mendapat ilham membentuk papan congkak berdasarkan sampannya.

    Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Melaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh

    keluarga istana, seperti putri-putri raja. Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di

    daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya

    dimainkan oleh keluarga istana, terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana

    Penyengat.

    Selain kerabat istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas pada

    kelompok sosial tertentu, misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja.Jadi, pada masa ini

    permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang memiliki status sosial yang sama.

    Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan kemudian diganti oleh kekuasaan penjajahan

    Belanda, secara perlahan suasana mulai berubah. Status sosial antara keluarga istana dengan rakyat

    biasa mulai mencair. Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana, terutama dengan putri-putri

    raja.

    Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehingga permainan

    ini bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik masyarakat Melayu,

    yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu. Terdapat juga sumber yang

    mengatakan congkak yang dipercayai berasal daripada ,dunia Afrika atau Arab bergantung kepada

    teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

    dibiayai olehPersatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai

    dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM masa kini Jordan. Dari Timur Tengah,

    permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batu_kapur&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-5_SMhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Batu_kapur&action=edit&redlink=1
  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    6/25

    Pada zaman dahulu,golongan istana bermain congkak dengan menggunakanpapan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar

    dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak

    dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-

    peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet .Dalam laman-laman web ini

    disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh

    dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian. Kita juga dapat bermain congkak

    secara terus dengan mereka. Ini disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan.

    Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan

    seterusnya memenangi permainan.

    Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.

    Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang

    sebaris yang di kenali sebagai kampung dan di kedua-duanya terdapat lubang ibu yang di kenali

    sebagai rumah.

    Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka

    akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke

    dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam,

    sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah'

    kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang

    lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu

    setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan

    meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi

    lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    7/25

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    8/25

    CARA MEMBUAT CONGKAK

    Cara membuat congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing,

    balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu

    rambutan,nangka dan lain-lain lagi dan berantung mengikut kemampuan si tukang

    pembuat congkak. Proses membuat congkak dimulakan dengan kayu ditebang

    menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang

    bergantung kepada lubang rumah yang ingin dihasilkan. Kayu yang masih buah dibelah

    dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

    Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.

    Selepas itu, parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu

    tersebut.Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk

    dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

    Ia ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. Pahat

    bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak

    menggelikan dan melukakan jari-jemari pemain sewaktu bermain. Setelah siap, papan

    tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos,

    geometri dan sebagainya. Papan congkak divarniskan dengan warna perang

    kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

    Congkak juga dihasilkan daripada logam atau pun tanah di kawasan

    pendalaman. Tempurung kelapa digunakan sebagai lapik supaya tangan tidak kotor

    terkena tanah. Dalam hal ini, kita dapat melihat orang Melayu mempunyai kretiviti

    tersendiri. Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat dengan plastik keras atau

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    9/25

    kayu mampat dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubah suai menjadi

    mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah

    congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil dan biji getah. Namun

    demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap apa-apa sahaja yang agak

    bulat dan sesuai boleh digunakan.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    10/25

    CARA BERMAIN DAN PERATURAN PERMAINAN

    Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain untuk mendapatkan

    seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan. Kebiasaannya, permainan

    congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu secara perseorangan dan

    berpasukan. Jumlah maksimum pemain bagi permainan secara perseorangan adalah

    tidak terhad tetapi genap. Manakala jumlah minimum mestilah dua orang. Berikut adalah

    peraturan dan cara bermain congkak secara terperinci:

    1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan

    dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing

    dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan

    pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

    2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

    kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,

    sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh

    menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut

    kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat

    satu pusingan.

    3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

    Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan

    permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung

    sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    11/25

    permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan

    seterusnya hingga mati.

    4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran

    berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah

    kepada pihak lawan.

    5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung

    dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap

    'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang

    kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

    Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah

    yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak,

    maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

    KESALAHAN SEMASA BERMAIN

    a. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan buah/guli ke rumah

    ibu atau rumah anak.

    b. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.

    c. Berfikir melebihi lima (5) saat.

    d. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa buah/guli

    yang baru atau memasukkan buah/guli di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari

    satu (1) butir.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    12/25

    PENENTUAN KEMENANGAN

    a. Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di rumah anak) tiap papan.

    Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan, atau

    b. Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang.

    c. Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan dua/tiga pemain pasukan lawan.

    CABARAN BERMAIN CONGKAK

    Pada pusingan kedua dan seterusnya permainan memberi lebih sedikit cabaran

    kepada pemain. Setiap pemain harus mengira buah masing-masing dan mereka harus

    memiliki biji yang cukup untuk menempatkan tujuh biji buah ke dalam setiap lubang,

    mereka juga perlu mengisi setiap lubang dengan tujuh biji pada setiap lubang kampung.

    Pengisian semula buah congkak bermula pada lubang yang terdekat dengan lubang

    rumah. Jumlah buah yang diletakkan di dalam lubang rumah bergantung pada jumlah

    buah yang tersisa setelah pusingan pertama dimainkan. Lubang yang kosong digelar

    sebagai rumah terbakar. Kebiasannya lubang kampung yang kosong tidak boleh lebih

    daripada tiga lubang. Permainan ini diulang beberapa kali sehingga pemain kehabisan

    buah.

    Perkara yang harus dititik beratkan dalam permainan ini adalah perhatian dan

    berhati-hati ketika melepasi lubang rumah terbakar tadi mereka harus melewati lubang-

    lubang yang kosong atau rumah terbakar tersebut. Ini kerana pemain tidak boleh

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    13/25

    menjatuhkan buah di dalam rumah terbakar pihak lawan. Jika pemain melakukan

    sedemikian, pihak lawan tersebut boleh mengambil buah dari lubang yang telah

    dijatuhkan tadi. Namun kebaikan rumah terbakar ini juga terlindung dari tembak jika

    lawan berakhir di lubang kosong di seberang mereka.

    Selain itu, pemain yang sekurang-kurangnya mempunyai satu buah di lubang

    paling kanan iaitu paling hampir dengan lubang rumah, pemain dapat meneruskan

    permainan dua kali setelah buah yang pertama terus dimasukkan ke dalam lubang

    rumah. Ini memberi peluang untuk pemain mengumpul buah mereka semula.

    Dalam pusingan kedua dan berturut-turut, orang yang mula bermain adalah

    orang yang mempunyai paling banyak lubang kampung yang diisi oleh buah pada

    pusingan sebelumnya. Perkara ini diteruskan dengan pusingan seterusnya sampai satu

    pemain kehilangan semua buah mereka, atau kedua-dua pemain ingin berhenti

    bermain, yang pada masa anda akan mengira kerang untuk melihat siapa yang paling

    banyak, dan dengan itu diputuskan pemenangnya.

    Sementara permainan ini cukup sederhana, strategi mengembangkan dengan

    amalan dan kemahiran yang membolehkan pemain untuk memaksimumkan peluang

    dengan memiliki sekurang-kurangnya satu buah tersisa dalam kedudukan untuk

    meneruskan perjalanan dan mencipta peluang untuk tuai buah lawan dengan tembak

    pihak lawan.

    Pemain yang mempunyai bakat Matematik yang tinggi dan cekap mengira

    mempunyai kelebihan dalam permainan ini. Mereka dapat mencongak buah untuk diisi

    ke dalam lubang kampung dengan cepat dan dapat melakukan tikam pada pihak

    lawan.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    14/25

    KESAN PERMAINAN TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-

    KANAK SECARA MENYELURUH TERMASUK PERKEMBANGAN

    KESEDARAN NOMBOR.

    Belajar melalui bermain merupakan jalan alternatif kepada pendekatan

    pengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan

    kanak-kanak. Bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek

    perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam aspek pengembangan daya

    kreat i f , f iz ika l , bahasa, sosioemosi dan moral . In i ber tepatan dengan

    konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan Jasmani Emosi, Rohani dan Intelek

    seseorang kanak-kanak itu. Permainan congkak merupakan salah satu

    permainan tradisional yang mampu menggalakkan perkembangan Jasmani, .

    Emosi, Rohani dan Intelek seseorang kanak-kanak itu.

    Ini dapat diapl ikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu

    kesungguhan mereka berfikir bagaimana untuk memenangi permainan dalam

    menewaskan pihak lawan melalui pelbagai percubaan. Belajar melalui pengalaman

    sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya, kanak-kanak akan

    sedaya upayanya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan itu. Perihal ini

    sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thorndike, di manaThorndike menyatakan

    pembelajaran merupakan proses cuba ralat melalui hukum latihan. Ini dimana,

    kanak-kanak semasa bermain secara tidak langsung akan menghubungkaitkan antara

    rangsangan dan gerak balas. Proses ini akan bertambah kukuh lagi jika latihan dan

    pengukuhan diaplikasikan bersama sekerap yang mungkin. Melalui permainan congkak

    ini juga, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi daya kreatif dan memberi peluang

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    15/25

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    16/25

    diberikan adalah sama iaitu mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara

    mengawal segala tekananyang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan

    diri. Hal ini amatlah berkait dengan teori pelaziman Thorndike, di mana

    ikatan rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya individu

    memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak

    balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya

    gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok.. Aspek intelek

    dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan proses

    pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan megira guli yang akan dimasukkan ke

    dalam kampung dan mengira guli yang berada di dalam rumah.

    Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya

    dalam subjek matematik yang melibatkan nombor di kalangan kanak-kanak semasa

    mereka bermain. Sebelum memulakan permainan, pemain congkak akan mengira

    terlebih dahulu biji guli iaitu sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Semasa proses

    mengira guli ini dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran

    mengira. Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi pemikiran logikal

    matematik seseorang kanak-kanak itu.

    Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori

    pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran berlaku

    dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan pemahaman

    murid, amat penting bagi mereka menimba pengalaman secara memegang dan memanipulasi

    objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Kanak-kanak juga berkebolehan

    mengunakan bahan secara grafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    17/25

    itu, amatlah terbukti bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan

    intelek kanak-kanak itu.

    Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran

    Pendidikan Jasmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan otot tangan semasa

    memainkan permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji guli ke dalam lubang kecil dan

    lubang besar secara berulang kali. Melalui proses berulang kali memasukkan biji

    guli ini secara tidak langsung akan dapat menguatkan otot jari dan otot lengan iaitu

    bisep dan trisep. Permainan congkak ini memerlukan pemainnya duduk secara

    bersimpuh ataupun bersila. Duduk secara bersila dan bersimpuh ini sememangnya

    dapat meregangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran

    Pendidikan jasmani yang memerlukan regangan otot-otot untuk kesihatan tubuhbadan

    manusia.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    18/25

    BAHASA MATEMATIK, PENAAKULAN MATEMATIK, PENYELESAIAN

    MASALAH SERTA PERKAITAN MATEMATIK YANG TERDAPAT

    DALAM PERMAINAN (congkak)

    Kanak-kanak sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada permainan kerana

    bermain boleh memberi kegembiraan dan kepuasan kepada mereka. Bermain ialah

    satu pekerjaan bagi mereka walaupun bukan untuk mendapatkan sesuatu hasil atau

    mencapai tujuan tertentu. Tetapi secara tidak disedari mereka akan memperolehi

    pelbagai manfaat melalui bermain. Tahukah kita sebenarnya pelbagai permainan di

    serata dunia termasuklah permainan tradisional terdapat unsur matematik.Salah satu

    permainan yang dapat memberikan pelbagai faedah untuk perkembangan kanak-kanak

    ialah congkak.

    Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan kepada kanak-kanak. Melalui permainan akan mendatangkan keseronokan

    dan kepuasan kepada mereka. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat

    menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa

    matematik.Semasa bermain congkak contohnya, kanak-kanak selalunya bersua

    dengan bahasa-bahasa matematik seperti lebih daripada, kurang daripada, bulat,

    panjang, nombor-nombor dan sebagainya. Proses-proses pembelajaran yang tidak

    formal tentang pengetahuan matematik seperti ukuran, ruang dan bentuk dapat di

    katakan berlaku dalam situasi sedemikian.

    Semasa bermain congkak kanak-kanak terdedah dengan bahan atau peralatan

    yang berbeza bentuk permukaannya. Secara tidak langsung ia merangsang

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    19/25

    penggunaan deria mereka sekaligus membolehkan mereka menemui perkara baru

    sepanjang bermain. Melalui bermain congkak kanak-kanak belajar mengenai warna

    dan bentuk yang berbeza.Contohnya melalui buah yang digunakan seperti guli, buah

    getah, biji saga,kulit kerang, manik, batu-batu kecil dan sebagainya. Ini menggalakkan

    mereka menggunakan psikomotor sekaligus memperkembangkan kemahiran motor

    kasar dan halus.

    Selain itu semasa bermain congkak juga, kanak-kanak akan mengira guli yang

    akan dimasukkan kedalam kampung dan mengira guli yang berada di dala rumah.

    Secara tidak langsung ia akan melibatkan operasi tambah. Hal ini sudah pasti dapat

    meningkatkan lagi penguasaan matematik dikalangan kanak-kanak semasa mereka

    bermain. Sebelum memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih

    dahulu biji guli iaitu sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Semasa proses mengira

    guli ini dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran mengira.Ini

    dapat menegmbangkan lagi pemikiran matematik seseorang kanak-kanak itu.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    20/25

    KESIMPULAN

    Kanak-kanak hari ini bakal mewarisi tempat orang dewasa pada masa akan

    datang. Sehubungan itu mereka perlu diterapkan dengan nilai dan norma dalam budaya

    masyarakat agar mereka dapat mengisi tempat tersebut dan melaksanakan peranan

    yang diharapkan. Mempelajari budaya masyarakat tidak semestinya terbatas dalam

    ruang lingkup sekolah atau institusi pendidikan formal, sebaliknya boleh berlaku melalui

    permainan contohnya congkak. Walaupun nampak seperti membuang masa dan tidak

    memberi faedah tetapi melalui bermain, kanak-kanak dapat mempelajari banyak

    perkara, antara lain berkomunikasi, bekerjasama, keyakinan diri, disamping memberi

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    21/25

    faedah kepada perkembangan fizikal, mental dan kesihatan. Jika selalu disebut otak

    yang cerdas datang dari badan yang sihat maka, bermain boleh menyumbangkan ke

    arah itu.

    Permainan congkak ini merupakan permainan rakyat yang sepatutnya terus

    dikekalkan. Langkah-langkah harus diambil agar permainan ini terus kekal dalam

    masyarakat melayu di seluruh nusantara. Dalam konteks Malaysia pula, permainan ini

    harus diajar pada generasi muda agar permainan ini tidak hilang begitu sahaja, atau

    hanya papan congkak sahaja yang dipamerkan di muzium-muzium.

    Kementerian Pelajaran, khasnya boleh mengambil inisiatif untuk menghidupkan

    atau menggalakan permainan congkak dan lain-lain permainan tradisional di kalangan

    pelajar-pelajar sekolah dengan mengadakan pertandingan-pertandingan sehingga ke

    peringkat kebangsaan, seperti mana olahraga dan lain-lain yang dianjurkan melalui

    Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia agar permainan rakyat ini terus kekal di bumi

    Melayu ini. Dalam permainan congkak nilai-nilai murni tertentu sememangnya wujud

    seperti ketelitian, kecerdasan, kejujuran dan bersemangat kesukanan atau sportif.

    Mempromosi permainan kreatif sangat penting kepada kanak-kanak kerana

    permainan berkenaan boleh menggalakkan perkembangan nilai yang sesuai dengan

    umur serta minat individu serta keperluan kanak-kanak. Selain itu langkah tersebut juga

    dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan pengalaman sendiri melalui

    mainan. Ini kerana, apabila mainan terbit daripada pengalaman kehidupan seharian

    tentulah ia lebih kreatif dan kurang meniru. Orang dewasa juga perlu memerhati kanak-

    kanak bermain dengan melihat apa yangmereka buat dan minat kanak-kanak

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    22/25

    berkenaan. Ini boleh memberikan idea kepada orang dewasa mengenai bahan mainan

    serta input lain untuk membantu perkembangan kanak-kanak seterusnya.

    Pada masa yang sama orang dewasa perlu memilih permainan dengan berhati-

    hati. Barang mainan yang mempunyai nilai yang tinggi adalah barangan yang boleh

    digunakan dengan berbagai cara dan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak

    untuk mencipta kegunaan baru dari masa ke masa. Orang dewasa juga seharusnya

    mencari peluang dan cara untuk berinteraksi dengan kanak-kanak semasa mereka

    bermain yakni dengan bersama melibatkan diri tetapi tidaklah pula mengganggu proses

    mereka bermain. Mesej yang penting di sini ialah untuk memberitahu kanak-kanak

    bahawa orang dewasa juga menghargai aktiviti bermain.

    Sehubungan itu orang dewasa perlulah memperuntukan masa bermain yang

    tetap dan teratur tanpa diganggu agar kanak-kanak merasa bermain adalah aspek

    penting dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama orang dewasa hendaklah

    memerhati dan mengawasi stereotaip daripada segi gender, ras, budaya dan legitimasi

    yang menjadi cirri kebanyakan mainan. Ini kerana stereotaip yang dihasilkan dalam

    permainan bolehmenghadkan perkembangan potensi anak-anak. Turut sama penting

    ialah peranan orang dewasa dalam mengelak kanak-kanak daripada meniru aksi di

    kaca televisyen atau layar perak terutamanya yang bersifat ganas. Justeru, ibu bapa

    dan orang dewasa harus sentiasamemantau pengaruh media dalam aktiviti permainan

    kanak-kanak.

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    23/25

    REFLEKSI

  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    24/25

    BIBLIOGRAFI

    http://ms.wikipedia.org/wiki/congkak

    http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak 22.html

    http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

    http://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-

    manfaat.html

    http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

    http://ms.wikipedia.org/wiki/congkakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/congkakhttp://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak%2022.htmlhttp://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak%2022.htmlhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-manfaat.htmlhttp://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-manfaat.htmlhttp://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-manfaat.htmlhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-manfaat.htmlhttp://www.asaasuh.com/pra-sekolah/117-congkak-permainan-kaya-manfaat.htmlhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak%2022.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/congkak
  • 8/2/2019 CONGKAK - HANTAR

    25/25

    Mok Sok Sang (2008): Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan

    Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.: Puchong Selangor. Nani

    Menon (2008)

    LAMPIRAN

    http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htmhttp://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm