kaedah point cross untuk menghasilkan permandangan lukisan perspektif satu titik lenyap[1]

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 05-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ART

TRANSCRIPT

KAEDAH POINT CROSS UNTUK MENGHASILKAN PERMANDANGAN LUKISAN PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAPOleh : Asyrafuad Bin Mohd KobriSK RTP Bukit Goh, Kuantan1.0PENDAHULUAN Kerjaya pendidik adalah sangat mencabar pada abad ke 21 ini. Selama 12 tahun berkhidmat sebagai guru dan pengalaman yang ada saya dapati permasalahan kepada murid tetap ada terutamanya dalam subjek pendidikan seni visual. Seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran, terdapat empat bidang yang wajib dikuasai oleh murid iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir ialah mengenal kraf tradisional.Salah satu masalah yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian sewaktu mengajar di dalam kelas ialah dalam bidang menggambar. Bidang menggambar adalah bidang yang paling tidak digemari oleh murid terutamanya dalam bentuk lukisan permandangan. Ini kerana lukisan dalam bentuk permandangan alam sekitar terlalu kerap dilukis yang diarahkan oleh guru daripada peringkat pra sekolah hinggalah ke tahun enam. Masalah ini mungkin disebabkan oleh faktor guru yang bukan opsyen dan kurang ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Selain itu teknik dan kaedah yang tidak betul juga membuatkan murid berasa tertekan dan mula tidak mahu meneruskan aktiviti tersebut.Di sekolah Kebangsaan RTP Bukit Goh, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 4 Ibnu Abbas. Dalam kelas ini kebanyakannya ada bakat dan ilham untuk melukis gambar permandangan tetapi didapati susun atur gaya persembahan kurang menarik dan berterabur contohnya dari segi imbangan, penggunaan perspektif satu titik lenyap dan juga lukisan landskap dengan permandangan aras mata contohnya mata manusia, mata katak dan juga permandangan mata burung. Oleh itu saya terpanggil untuk memperkenalkan satu kaedah dan teknik yang dapat meransang dan menarik minat murid tahun empat untuk mengenal dan seterusnya menghasilkan permandangan lukisan perspektif dengan menggunakan satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan.Pertama kali mengajar kelas tahun 4 bagi bidang menggambar, saya berasa amat teruja untuk memperkenalkan aktiviti lukisan perspektif 1 titik lenyap yang akan dijalankan. Ini kerana pada hemat saya murid akan berasa seronok untuk menghasilkan lukisan permandangan 1 titik lenyap. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali apabila terdapat segelintir murid yang tidak menunjukkan minat dan tindakbalas yang baik sewaktu sesi penerangan tajuk, alat dan bahan yang dijalankan. Murid lebih berminat kepada lukisan bebas dalam bentuk objek ataupun figura yang diminati oleh mereka. Saya juga mendapati murid tidak tahu dan menyatakan penggunaan 1 titik lenyap dan tidak dapat mengimaginasinya kerana tidak dapat pendedahan yang sewajarnya dari segi teori dan juga amali. Setelah membuat pemerhatian dan berfikir secara mendalam, saya dapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi. Faktor dalaman pada hemat saya melibatkan guru dan murid itu sendiri. Mungkin juga terdapat kelemahan dan kelompangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kebanyakkan guru yang mengajar pendidikan seni visual adalah bukan opsyen dan tidak menekankan bidang menggambar dengan baik terutamanya dari segi ilmu penyampaian. Ketidaksediaan guru dari segi pengalaman, ilmu penyampaian dari segi teori dan pelaksanaan dari segi amali akan menjejaskan aktiviti menggambar terutama sekali dengan penggunaan satu titik lenyap untuk menghasilkan landskap permandangan dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, aspek kemahiran melukis dan tahap psikomotor halus murid yang lemah mungkin sedikit sebanyak mengakibatkan murid tidak mahu turut serta dan terlibat secara aktif dalam aktiviti ini.Faktor luaran mungkin disebabkan oleh lokasi sekolah yang terletak di kawasan bandar. Sokongan dan galakan yang kurang daripada ibubapa mendorong murid untuk tidak meminati bidang menggambar dalam bentuk lukisan. Ibubapa yang sangat sibuk dan kadangkala kurang memberi perhatian pada matapelajaran seni disebabkan subjek ini tidak termasuk dalam ujian UPSR di sekolah. Setelah sesi pengenalan tajuk, alat dan bahan dilakukan , saya beralih pula kepada penerangan dalam bentuk teori. Sebahagian daripada murid memberi perhatian dan selebihnya terpinga-pinga dan jelas keliru. Saya sehabis baik memberi penerangan dan seterusnya bertindak dari segi amali supaya murid faham dan mudah mengikuti aktiviti tersebut. Dalam penggunaan bahan, kaedah demontrasi sangat sesuai digunakan oleh guru pendidikan seni visual secara lebih berkesan. Dalam buku Arts Education : Strategies of Teaching olah Mark Luca Dan Robert Kents (1968) katanya:Demontration and any information regarding materials and technique usually short precede the motivation of the lesson so that, fired up, the student can launch directly into their workWan Md Hatta (2011) mengatakan demontrasi ialah kaedah pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Melalui kaedah ini murid dapat membuat pemerhatian dan menjana idea bagaimana sesuatu karya itu dihasilkan. Maka aktiviti yang bakal dijalankan dapat dibuat dengan lancar dan murid dapat melakukan aktiviti dengan lebih berkesan, kemas dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Semasa aktiviti murid berlangsung, saya membuat pemerhatian dan penilaian terhadap hasil kerja mereka. Keputusan yang diperolehi agak membimbangkan di mana seramai 23 daripada 32 murid tidak dapat mengaplikasikan penggunaan lukisan perspektif satu titik lenyap. Murid tidak ada idea dan juga tidak boleh mengimaginasikan landskap permandangan dengan baik. Kelemahan murid sangat dibimbangi kerana hasil lukisan murid tiada titik lenyap, tiada imbangan, jarak dan saiz sesuatu objek tidak dilukis mengikut perspektif serta penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan tidak diguna pakai.Justeru itu, saya telah berusaha menggembleng idea dan tenaga untuk mencari satu jalan penyelesaian untuk membantu dan membimbing murid-murid tahun 4 ini untuk mengenal dan seterusnya menghasilkan permandangan lukisan perspektif dengan menggunakan satu titik lenyap.

2.0FOKUS KAJIANKanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Sudah menjadi kebiasaan murid membuat kerja seni tangan dengan kadar kelajuan yang lambat dan kadangkala melebihi masa yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru saya berperanan dan bertanggungjawab untuk mengubah persepsi dan prestasi murid. Lukisan permandangan dengan menggunakan 1 titik lenyap adalah sangat senang untuk dilukis. Tetapi oleh kerana kekangan tertentu aktiviti lukisan ini menjadi bosan, lambat dan tidak menarik minat murid.Ketika pelaksanaan melukis gambar permandangan bagi tahun 4, murid mengalami masalah menentukan titik lenyap dan sebahagiannya hampir tiada titik lenyap. Oleh kerana tiada titik lenyap maka lukisan yang dihasilkan tidak menyeronokkan mata memandang kerana objek yang dilukis tidak mengikut jarak dan saiz yang relevan contohnya objek yang dekat pada mata kelihatan besar dan jelas manakala objek yang jauh kelihatan mengecil dan kurang jelas sehingga kepada titik lenyap. Apa yang telah terjadi dan terhasil agak merunsingkan pengkaji.Mengenai lukisan permandangan 1 titik lenyap ini, pengkaji hanya menfokuskan penggunaan 1 titik lenyap sahaja dimana ianya berada ditengah-tengah kertas lukisan. Ia adalah sebagai asas untuk mengenali dan mempelajari lukisan landskap dangan menggunakan 1 titik lenyap. Pengkaji akan memperkenalkan satu kaedah yang dicipta untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap yang diberi nama POINT CROSS.POINT CROSS bermaksud satu titik di tengah kertas lukisan dan kemudian satu garisan akan merintangi dan berfokus pada titik yang dikatakan sebagai titik tengah. Kaedah ini sangat senang diikuti dan menjadi panduan mudah bagi murid yang ingin membuat lukisan landskap permandangan yang mempunyai satu titik lenyap. Untuk menghasilkan kaedah ini pertamanya pra ujian perlu dilaksanakan. Saya telah membuat persampelan bagi satu kelas untuk melihat permasalahan yang dikaji. Murid akan dibekalkan kertas lukisan dan perlu melukis lukisan permandangan yang mempunyai empat unsur alam yang utama sebagai asas iaitu sungai, sawah padi, bukit dan langit. Hasilnya murid akan melukis empat unsur alam berikut secara bebas dan hampir tiada penggunaan titik lenyap.Untuk mengatasi masalah ini, kaedah point cross difikirkan sesuai terutama murid tahap 2 kerana mereka sudah boleh melukis bentuk alam dengan lebih cermat, konsisten dan teratur. Dengan ini saya telah mengambil keputusan mengambil 5 calon daripada kelas tahun 4 sebagai responden untuk dijadikan sampel pengkajian. Saya akan menjalankan beberapa siri ujian bagi mengenalpasti responden yang bermasalah untuk menghasilkan lukisan permandangan yang menggunakan 1 titik lenyap.Setelah itu, pengkaji akan memberikan responden alat dan bahan untuk melukis gambar permandangan. Langkah pertama ialah untuk menghasilkan garisan titik lenyap, letakkan satu titik di tengah-tengah kertas lukisan. Selepas itu lipat kertas lukisan tersebut secara mendatar dan bersilang merintangi pada titik tengah yang dicipta itu tadi. Setelah dilipat buat garisan halus pada kesan lipatan dan maka dengan itu terhasilah garisan yang mempunyai 1 titik lenyap. Responden akan melukis unsur alam tersebut berdasarkan garisan 1 titik lenyap untuk dijadikan panduan sapaya dapat dilihat dari segi kadar banding, saiz, jarak dan sebagainya subjek yang dilukis.Kaedah ini memudahkan para guru untuk mengajar dan mengawal pergerakan aktiviti murid mereka. Apabila murid berjaya mengenal dan menguasai kemahiran melukis gambar permandangan satu titik lenyap, mereka akan lebih kreatif lagi untuk mengaplikasikannya.

3.0OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian tindakan adalah untuk :1. Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap.2. Meningkatkan kemahiran melukis permandangan perspektif 1 titik lenyap dengan kaedah yang dicadangkan.3. Mengaplikasi kaedah yang dicadangkan untuk menghasilkan lukisan permandangan perspektif 1 titik lenyap dengan betul.

4.0SOALAN KAJIANPersoalan yang terdapat dalam kajian tindakan.1. Apakah kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap?2. Adakah kaedah yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran melukis permandangan perspektif 1 titik lenyap ?3. Bagaimanakah mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan untuk menghasilkan permandangan perspektif 1 titik lenyap?

5.0KUMPULAN SASARANResponden yang dipilih bagi kajian ini ialah seramai 5 orang murid tahun 4 di SK. RTP Bukit Goh. Mereka dipilih berdasarkan pemerhatian, hasil karya serta dapatan dari sesi temubual yang telah dijalankan. Antara murid yang terlibat dalam kajian ini ialah :

BilNama pelajarJantinaJawatanPrestasi akedemik

LP

1Responden A/Pengawas sekolahCemerlang

2Responden B/Pengawas pusat sumberCemerlang

3Responden C/Ketua kelasCemerlang

4Responden D/Murid biasaSederhana

5Responden E/Murid biasaSederhana

JUMLAH32

Jadual 6.1 : Bilangan responden yang mengikuti aktiviti

6.0PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 6.1PERANCANGAN TINDAKANBerdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti, terdapat kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah menghasilkan lukisan permandangan dengan menggunakan 1 titik lenyap. Penyelidikan ini mengaplikasikan model kajian tindakan oleh Kemmis dan Taggart (1992) seperti dalam gambarajah berikut.REFLEKSI Membuat analisis data secara deskriptif terhadap hasil kaedah yang dijalankan.MENGENALPASTI ASPEK AMALAN Memilih 5 murid sebagai responden yang tidak dapat menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap

PERANCANGAN Kaedah point cross.

PENGUMPULAN DATA Ujian Pra dan Pasca Pemerhatian Senarai semak Fotografi Pengumpulan hasil karya murid

TINDAKAN Dalam jangka masa sebulan Menjalankan 1 kaedah dalam 1 minggu

Rajah 7.1 (A): Perancangan Langkah Tindakan KAEDAH POINT CROSS UNTUK MENGHASILKAN PERMANDANGAN LUKISAN PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAP

UJIAN PRA

PEMERHATIAN DAN TEMUBUALPENGUMPULAN DAN PENILAIAN HASIL KERJA

PEMERHATIAN DAN TEMUBUALFOTOGRAFIKAEDAH POINT CROSS

PENGUMPULAN DAN PENILAIAN HASIL KERJA

UJIAN PRA

PENGUMPULAN DAN PENILAIAN HASIL KERJAPEMERHATIAN DAN TEMUBUAL

ANALISIS DATA

REFLEKSI

Rajah 7.1(b): Carta alir perancangan perlaksanaan kajian6.1.1KAEDAH CROSS POINTSelepas menjalani ujian pra, kaedah CROSS POINT ini akan dijalankan secara berperingkat ke atas responden. Kaedah ini diyakini dapat membantu masalah yang dihadapi murid mengenalpasti, meningkatkan kemahiran dan mengaplikasi kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap.BILAKTIVITILANGKAH DAN HASIL KERJA

1. Membuat garisan yang membentuk titik lenyap pada kertas lukisan.a. Kertas lukisan disediakan

b. c. Buat 1 titik ditengah-tengah kertas lukisan

d. e. Lipat kertas secara horizontal, vertical, dan secara menyilang. Pastikan setiap lipatan berpandukan kepada titik tengah

f. g. Gariskan kertas lukisan mengikut garisan lipatan itu tadi dengan menggunakan garisan halus.

2. Melukis unsur / objek pada kertas lukisan ( Unsur asas yang terdapat pada permandangan.)a. Melukis unsur alam semulajadi Bukit Sawah padi Langit Sungai b. Pastikan murid melukis empat unsur alam tersebut dengan kadar banding , keseimbangan, jarak dan saiz serta permandangan lukisan aras mata yang betul.

3. Melukis gambar permandangan berdasarkan penglihatan dan pengalaman murid secara bebas untuk melihat perubahan tingkahlaku.Murid melukis gambar permandangan berdasarkan pengalaman dan penglihatan mereka contohnya permandangan ditepi sungai, di kampung halaman, kotaraya dan sebagainya. Murid akan melukis secara kreatif berpandukan lukisan perspektif 1 titik lenyap

?

6.2PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATADalam kajian ini, terdapat dua jenis ujian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap responden iaitu Ujian Pra dan Pasca. Tujuan utama kedua-dua ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membandingkan jumlah dapatan skor yang bakal diperolehi oleh responden sepanjang menjalani proses kajian yang melibatkan tempoh masa sebelum dan selepas kaedah CROSS POINT dijalankan. Perbandingan skor markah yang diperolehi adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang dirancangdalam membantu murid menghasilkan lukisan permandangan perspektif satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan. Melalui ujian yang dijalankan juga, pengkaji dapat menilai sama ada kaedah yang dirancang berjaya atau pun tidak.Ujian pra dijalankan pada peringkat awal kajian bagi membuat pemerhatian dan penilaian awal berkait dengan isu permasalahan yang berlaku. Ujian pra dijalankan dengan pengkaji mengedarkan sehelai kertas dan meminta murid melukis gambar permandangan yang mempunyai unsur semulajadi seperti langit, bukit, dawah padi dan sungai. Murid akan menghasilkan sendiri lukisan tersebut mengikut pengalaman dan pemerhatian mereka tanpa dibantu dengan sebarang penjelasan arahan dan tunjukcara. Hasil karya akan dikumpul dan dinilai bagi mengenalpasti punca sebenar kepada permasalahan tersebut. Sesi temubual ringkas bersama responden turut dijalankan setelah sesi ujian dibuat bagi mendapatkan data secara langsung.Ujian pasca dijalankan selepas kaedah CROSS POINT diperkenalkan. Ujian ini diadakan bagi menguji keberkesanan kaedah yang dirancang dalam membantu murid mengenal dan menghasilkan lukisan perspektif satu titik lenyap dengan mudah dan berkesan. Kesemua lima responden yang dipilih oleh pengkaji akan menjalani ujian ini dan hasil karya akhir mereka dihasilkan. Sesi temubual ringkas turut dijalankan kali ini bagi mengenalpasti pandangan murid terhadap kaedah yang dijalankan samada membantu mereka ataupun tidak.

6.2.1TEMUBUALTemubual merupakan satu instrument pengumpulan data yang amat penting kerana dapat membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Sesi temubual dijalankan secara face to face antara pengkaji dan responden membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian mahupun dokumentasi. Temubual juga membolehkan pengkaji mendapatkan jawapan yang tepat dari responden seterusnya memudahkan proses menganalisis data.

6.2.2FOTOGRAFI PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTURPenggambaran turut digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Melalui gambar pengkaji dapat mengesan data-data perlakuan responden yang mungkin gagal dikesan oleh pengkaji secara langsung ketika kaedah dijalankan. Melihat gambar membolehkan pengkaji mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh dan memudahkan pengkaji dalam membuat pemerhatian.

6.3PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATAData yang telah dikumpul akan dianalisis untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti perkembangan tahap kemahiran murid yang dipilih dalam mengaplikasikan kaedah CROSS POINT membantu masalah yang dihadapi murid mengenalpasti, meningkatkan kemahiran dan mengaplikasi kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap. Data yang diperolehi akan dipersembahkan di dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan sebagainya.

6.3.1MENGANALISIS DATA UJIAN PRABagi menjalankan analisis bagi ujian pra, satu senarai tahap penguasaan disediakan bagi mengkelaskan tahap kebolehan mereka dalam mengaplikasikan kaedah POINT CROSS. Senarai tahap ini digunakan dalam proses pemerolehan data bagi ujian pra.HASIL LUKISANPENYATAANARAS PEMAHAMAN

Tiada lukisan perspektif satu titik lenyapTahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual sangat lemahAras1

Lukisan mempunyai perspektif satu titik lenyap tatapi visual/ subjek yang dilukis berterabur dan kurang mengaplikasikan satu titik lenyap. Penggunaan kadar banding, saiz dan jarak tidak sempurna.Tahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual adalah sederhanaAras2

Lukisan mempunyai perspektif satu titik lenyap dengan visual/ subjek yang dilukis dengan kemas serta penggunaan kadar banding, saiz dan jarak sempurna.Tahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual adalah sangat baikAras3

? 6.3.2MENGANALISIS DATA UJIAN PASCAUjian pos dianalisis dengan menggunakan instrumen yang sama dengan ujian pra iaitu jadual tahap kebolehan responden. Selepas kajian dilaksanakan, senarai tahap kebolehan responden ini sekali lagi akan diisi berdasarkan perubahan pencapaian responden dalam mengenal dan menghasilkan lukisan perspektif denga satu titik lenyap menggunakan kaedah CROSS POINTHASIL LUKISANPENYATAANARAS PEMAHAMAN

Tiada lukisan perspektif satu titik lenyapTahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual sangat lemahAras1

Lukisan mempunyai perspektif satu titik lenyap tatapi visual/ subjek yang dilukis berterabur dan kurang mengaplikasikan satu titik lenyap. Penggunaan kadar banding, keseimbangan, saiz dan jarak tidak sempurna.Tahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual adalah sederhanaAras2

Lukisan mempunyai perspektif satu titik lenyap dengan visual/ subjek yang dilukis dengan kemas serta penggunaan kadar banding, saiz dan jarak sempurna.Tahap penguasaan dan pengetahuan murid tentang konsep visual adalah sangat baikAras3

?

6.3.3MENGANALISIS PEMERHATIANAnalisis pemerhatian tidak berstruktur adalah cara pengumpulan data yang membantu saya untuk menganalisis hampir kesemua langkah dalam kajian ini. Pemerhatian dilakukan semasa responden melaksanakan ujian pra, ketiga-tiga kaedah dan ujian pasca di samping pemerhatian terhadap responden.Pemerhatian yang dilakukan akan direkodkan di dalam satu boring untuk dianalisis. Borang akan dibuat mengikut langkah kaedah. Hal ini adalah untuk memudahkan saya melihat perkembangan responden dalam melaksanakan setiap langkah. Berdasarkan pemerhatian, saya akan memberikan skor kepada responden.SKORKETERANGAN

1Lemah

2Sederhana

3Baik

?

6.3.4MENGANALISIS BORANG SOAL SELIDIKDalam kajian ini, saya akan menganalisis data yang diperolehi secara manual iaitu berbentuk skor. Setelah responden menanda pernyataan yang terdapat dalam borang soal selidik berkenaan, saya perlu menganalisis bagi mendapatkan jumlah skor.

7.0JADUAL PERLAKSANAAN KAJIANBULANOGOSSEPTEMBEROKTOBER

AKTIVITI MINGGU1234

1

234

1

23

Menjalankan prosedur persampelan

Mengumpul data awal (ujian pra)

Mengumpul data kajian

Mengumpul data akhir

Menganalisis data

Mengadakan perbincangan dapatan kajian

Menulis laporan kajian

Menghantar penulisan laporan

Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt)

8.0KOS KAJIAN

BILITEMKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1. Kertas lukisan1 (20 sheet)4.504.50

2. Pensel 1 kotak (12 btg)5.005.00

3. Pemadam 50.804.00

4. Pembaris 51.005.00

5. Hadiah ( ganjaran )5 orang4.0020.00

JUMLAH38.00

?

9.0BIBLIOGRAFI

BukuKementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur : Pusat pembangunan Kurikulum.

Mohd Johari Ab Hamid. (2004). Asas Seni Visual. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan seni 1, Prinsip Pendidikan seni. Selangor kumpulan Budiman Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2010 ). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Seni Visual Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Chow Fook Meng PhD, Jaizah Mahamud (2011) Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedis Sdn. Bhd.

Penulisan Masalah kajian dlm fokus kajian perlu lebih jelas dan detail. PASTIKAN RUJUKAN YANG DINYATAKAN ADA DALAM PENULISAN POINT CROSS ATAU CROSS POINT...kenapa huruf kecil dan besar tidak konsisten. semak penulisan...jarak huruf dsb. ada terdapat jadual yang tiada nama Gaya penulisan rujukan/bibliografi sila rujuk APA semak perenggan penulisan. kalau perkataan B.I perlu condong tak atau bold?KAEDAH CROSS POINT penulisan tindakan/kaedah perlu lebih detail dan jelas perbaiki jadual pelaksanaan kajian supaya tepat. semak keseluruhan....ada sesetengah sub bab agak ringkas penulisan. keseluruhannya penulisan baik.