cross cultural management-old version

30
CROSS CULTURAL MANAGEMENT TOPIK 5 1. Terma Kejutan Budaya Berlaku apabila seseorang merasakan kehidupan di Negara asing adalah tidak seperti yang dijangkakan. Contohnya cuaca yang berlaku, makanan yang berkalori tinggi dan masyarakat yang berfikiran KUNO. Kesan daripada perbezaan ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dan seterusnya mengalami berbagai2 trauma dan konflik diri. Kesan ini juga turut memberi tekanan seperti mudah bimbang, kecewa dan sukar mengawal keadaan. 2. Peranan2 Umum yang dimainkan oleh seorang Pengurus Antarabangsa. Pengurus antarabangsa mempunyai peranan penting utk menguruskan segala operasi syarikat di luar Negara serta memastikan semua matlamat dan objektif syarikat tercapai. Keadaan ini memerlukan pengurus antarabangsa yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan mahir bekerja dalam pelbagai budaya di merata dunia.Walaupun terdapat pelbagai kesukaran mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan di pelbagai Negara dan budaya dgn berbekalkan latihan yang mencukupi seperti berikut : - a. Taklimat persekitaran asing - yg menyediakan maklumat mengenai geografi, cuaca, kemudahan perumahan dan persekolahan di Negara tersebut. b. Program Orientasi budaya - bertujuan utk menyesuaikan pengurus dgn institusi budaya serta system nilai Negara hos. c. Asimilator Budaya - mengunakan kaedah pembelajaran terancang utk memberi pengalaman dalam situasi2 tertentu. Sbg contoh seorang rakyat Negara bakal dihantar sbg pengurus anak syarikat di Venezuela. Beberapa scenario (assimilator) yg melibatkan isu budaya di Negara tersebut akan direka dan bakal pengurus tersebut dikehendaki memberi pandangan serta reaksi mereka. Sekiranya bakal pengurus tersebut memberi reaksi yg salah, ia akan dikehendaki mencuba reaksi yang lain. d. Latihan Bahasa - terutamanya Bahasa Inggeris sbg bahasa utama yg digunakan di dalam perniagaan antarabangsa. Pengurus antarabangsa yang berkebolehan utk bertutur di dalam bahasa tempatan Negara hos akan mempunyak kelebihan.

Upload: nora-ali

Post on 01-Dec-2015

381 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Nota-nota ringkas bagi subjek Cross Cultural Malagement

TRANSCRIPT

Page 1: Cross Cultural Management-old Version

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 5

1. Terma Kejutan Budaya Berlaku apabila seseorang merasakan kehidupan di Negara asing adalah tidak seperti yang dijangkakan. Contohnya cuaca yang berlaku, makanan yang berkalori tinggi dan masyarakat yang berfikiran KUNO. Kesan daripada perbezaan ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dan seterusnya mengalami berbagai2 trauma dan konflik diri. Kesan ini juga turut memberi tekanan seperti mudah bimbang, kecewa dan sukar mengawal keadaan.

2. Peranan2 Umum yang dimainkan oleh seorang Pengurus Antarabangsa.

Pengurus antarabangsa mempunyai peranan penting utk menguruskan segala operasi syarikat di luar Negara serta memastikan semua matlamat dan objektif syarikat tercapai. Keadaan ini memerlukan pengurus antarabangsa yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan mahir bekerja dalam pelbagai budaya di merata dunia.Walaupun terdapat pelbagai kesukaran mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan di pelbagai Negara dan budaya dgn berbekalkan latihan yang mencukupi seperti berikut : -

a. Taklimat persekitaran asing - yg menyediakan maklumat mengenai geografi, cuaca, kemudahan perumahan dan persekolahan di Negara tersebut.

b. Program Orientasi budaya - bertujuan utk menyesuaikan pengurus dgn institusi budaya serta system nilai Negara hos.

c. Asimilator Budaya - mengunakan kaedah pembelajaran terancang utk memberi pengalaman dalam situasi2 tertentu. Sbg contoh seorang rakyat Negara bakal dihantar sbg pengurus anak syarikat di Venezuela. Beberapa scenario (assimilator) yg melibatkan isu budaya di Negara tersebut akan direka dan bakal pengurus tersebut dikehendaki memberi pandangan serta reaksi mereka. Sekiranya bakal pengurus tersebut memberi reaksi yg salah, ia akan dikehendaki mencuba reaksi yang lain.

d. Latihan Bahasa - terutamanya Bahasa Inggeris sbg bahasa utama yg digunakan di dalam perniagaan antarabangsa. Pengurus antarabangsa yang berkebolehan utk bertutur di dalam bahasa tempatan Negara hos akan mempunyak kelebihan.

e. Latihan Sensitiviti - utk membina sikap yg fleksibel apabila berhadapan dgn suasana budaya yg berbeza.

f. Pengalaman sebenar - dgn menghantar pengurus ke Negara berkenaan utk mengalami sendiri tekanan hidup dan bekerja dgn rakyat yg berlainan budaya selama suatu tempoh yg tertentu.

Page 2: Cross Cultural Management-old Version

3. Ciri atau Fungsi seorang Pengurus Antarabangsa yang baik (Traits of good International Manager)

a. Seorang pengurus antarabangsa yang baik tidak boleh bergantung semata2 kpd prinsip2 pengurusan Universal sbg panduan tingkah laku dan gelagat mereka di Negara asing kerana prinsip pengurusan berkenaan adalah dicipta oleh ahli2 teori daripada Negara barat sepeti Peter Drucker dan Michael E.Porter sedangkan masyarakat Negara lain mempunyai budaya dan ideology yg berbeza.

b. Pengurus antarabangsa yg baik perlu mengunakan Peranan Kotengensi yang mana mencadangkan pengurus antarabangsa menyediakan satu perancangan pengurusan atau kaedah kepimpinan utk menangani keadaan2 yg berlaku di luar jangkaan sekiranya perancangan asal gagal.

c. Pengurus antarabangsa yg baik perlu mempunyai keupayaan utk menjadi sebahagian kumpulan kerja yg mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya, bertoleransi dengan ketidakpastian dan menunjukkan minat utk bekerja di Negara asing.

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 5

4. Pengurus-pengurus antarabangsa mengunakan kaedah2 berikut untuk menguruskan pebezaan budaya. (kebolehan/kemahiran pengurus utk mengurus perbezaan budaya asing)

a. Dengan mengunakan kaedah Kepakaran Orientasi Perhubungan dimana kebolehan pengurus antarabangsa menjalinkan hubungan berbagai hala untuk merapatkan hubungan antara mereka dgn pekerja pelbagai budaya dan ini juga membantu mereka bertukar2 pengetahuan, meningkatkan koordinasi dan memudahkan kawalan. Dengan wujudnya orientasi perhubungan dan membina kepercayaan, pengurus antarabangsa lebih mudah untuk memperolehi maklumat kritikal daripada pekerja2 negara hos dan seterusnya dpt mengurangkan tekanan terhdp risiko dan ketidaktentuan yg sentiasa membayangi kerja dan kehidupan mereka.

b. Kebolehan Berbahasa juga dilihat sbg faktor penting bagi menguruskan perbezaan budaya. Usaha pengurus antarabangsa utk belajar dan bertutur dalam bahasa tempatan akan dinilai oleh rakyat tempatan sbg usaha yg simbolik dan mempunyai kesan yg mandalam. Sebagai Contoh sekiranya ditugaskan di China dan memberi ucapan dlm bahasa Mandarin, pekerja2 yg terdiri daripada rakyat china akan merasa terpegun dgn kebolehan pengurus tersebut. Sekiranya seseorang itu tidak sanggup utk mencuba mengunakan bahasa tempatan di Negara hos, maka ini akan menyukarkan usaha utk mendptkan kepercayaan dan rasa hormat daripada pekerja2 tempatan.

c. Kebolehan utk Bertoleransi dan menangani Ketidakpastian amat dititik beratkan memandangkan keadaan dan situasi yang berubah-ubah serta gelagat dan sikap pekerja yang sukar di ramal. Sebagai pengurus

Page 3: Cross Cultural Management-old Version

antarabangsa, mereka harus bersedia menghadapi kemungkinan ketidakpastian akan wujud dan kesukaran utk memenuhi hasrat. Contohnya syarikat Colgate, mereka menyarankan agar pengurus mereka mengamalkan prinsip “ don’t always go by the book “ yang bermaksud seorang pengurus antarabangsa tidak seharusnya mengikut sistem yg ditetapkan dlm melaksanakan tugas mereka. Ini kerana terdpt keadaan2 di luar jangkaan yg tidak boleh diselesaikan mengikut sistem tersebut tetapi lebih memerlukan fleksibiliti dan budi bicara.

d. Sabar dan Hormat adalah merupakan satu kemestian dalam sistem pengurusan. Faktor ini menjadi lebih penting di dalam persekitaran Negara dan budaya yg berbeza kerana setiap pekerja perlu mempelajarinya secara beransur-ansur. Pengurus antarabangsa harus menghindari daripada menyamakan budaya Negara asing dgn budaya mereka sendiri dan cara yg terbaik adalah dgn memahami setiap perkara dari aspek Negara asing itu sendiri.

e. Empati terhadap budaya yg membawa maksud meletakkan diri sendiri dalam kedudukan orang lain. Perkara penting di dlm kaedah ini ialah menghormati idea dan perbezaan sikap org lain. Sesetenggah individu mudah utk menghargai pandangan, perasaan dan pengalaman org lain berdasarkan kebolehan mereka mendgr pendapat org lain dan seterusnya mereka berupaya membuat pertimbangan dgn baik. Pengurus antarabangsa yg bersikap mementingkan diri sendiri akan menjurus kearah kegagalan bagi mengenal pasti nilai dan keperluan org lain.

f. Yakin dan kekuatan Diri yang mana sebagai pengurus antarabangsa, mereka perlu yakin dengan kekuatan yg dimiliki seperti bebolehan menyelesaikan masalah, kemahiran teknikal dan pengalaman yg luas. Dalam erti kata lain, mereka harus mempunyai ego yg positif.

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 5

5. Fasa-fasa penyesuaian budaya bagi seseorang pengurus antarabangsa adalah seperti berikut :-

Page 4: Cross Cultural Management-old Version

a. Peringkat berbulan madu - Dalam fasa pertama atau peringkat berbulan madu, sbg pengurus antarabansa akan menganggap bahawa perbezaan antara budaya sendiri dgn budaya di Negara asing adalah sesuatu yg baru dan menarik utk dipelajari. Sudah pasti mereka akan menyiapkan diri dgn sikap yg terbuka, positif dan melihat kesukaran sbg satu cabaran dan pengalaman yg membina. Di dalam peringkat ini, jurang perbezaan budaya akan dirasakan mudah utk diatasi kerana mereka telah bersedia secara fizikal mahupun mental bagi menyesuaikan diri dgn suasana tpt kerja yg baru.

b. Peringkat Pagi Esok - Setelah berada di Negara asing, pengurus antarabangsa akan merasakan keadaan persekitaran dan budaya yg berbeza merupakan masalah utama dlm tugas dan kehidupan harian. Faktor kejutan budaya, jangkaan yg tidak tepat dan jurang perbezaan menyebabkan mereka kecewan dan keliru seperti di dalam peringkat pagi esok. Ini berlaku kerana di dlm peringkat berbulan madu, mereka menganggap bahawa suasana dan budaya baru amat menarik dan mencabar, namun setelah menghadapi sendiri masalah tersebut, terutamanya yg memerlukan pemahaman di dlm budaya yg berbeza, mereka mendapati bahawa segala2nya tidak semudah yg disangkakan. Keadaan akan menjadi lebih rumit dan mengelirukan sekiranya masalah tersebut menggugat nilai dan prinsip kerja.

c. Peringkat Kebahagian - Di dalam peringkat ini pengurus antarabangsa telah berjaya memperolehi kefahaman tentang cara2 untuk mengatasi masalah. Mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya asing setelah melalui pelbagai pengalaman dan kesilapan, atau lebih dikenali sbg pembelajaran melalui pembuatan (learning by doing). Di dalam peringkat ini juga pengurus tersebut telah memperoleh pengetahuan yg lebih luas mengenai budaya dan bahasa asing dan seterusnya dapat merapatkan perhubungan dengan pekerja2 asing. Mereka yg dapat menyesuaikan diri dgn budaya dan cara hidup di Negara asing dianggap telah berjaya melalui proses mengadaptasi budaya baru dan mengintegrasikan budaya asing dgn budaya mereka sendiri.

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 6

1. Definasi Syarikat MultinasionalSyarikat multinasional adalah perniagaan perusahaan di dalam pembuatan, jualan atau perkhidmatan yang mana anak syarikatnya terdapat di satu atau lebih di negara asing. Syarikat Multinasional berasal semenjak awal abad ke-20 dan berkembang selepas perang dunia III. Syarikat multinasional akan

Page 5: Cross Cultural Management-old Version

membangunkan produk baru di negara asal dan mengeluarkan produk tersebut di luar Negara dan selalunya di negara-negara dunia ketiga. Syarikat ini juga mempunyai pengaruh di seluruh dunia dan mempunyai lebih entiti keatas perniagaan lain dan juga kerajaan.

2. Strategi untuk mengurus Perbezaan Budaya . Berikut adalah strategi2 yang digunakan untuk mengurus Perbezaan Budaya.

i. Mengabaikan perbezaan Budayaii. Mengurangkan perbezaan Budayaiii. Mengunakan perbezaan Budaya

i. Mengabaikan Perbezaan Budaya Apabila syarikat memilih untuk mengabaikan perbezaan budaya, mereka akan beroperasi berdasarkan ANGGAPAN bahawa perniagaan, pengurus, jurutera ataupun pengurus bank adalah serupa sahaja diseluruh dunia dan polisi serta amalan syarikat induk mudah untuk dipindahkan. Di dalam situasi ini, anak syarikat akan mengekalkan kualiti produk, perkhidmatan pelanggan dan tahap teknologi utk memastikan budaya korporat dpt dikongsi bersama semua pekerja. Sesetenggah syarikat akan menubuhkan pusat latihan atau universiti mereka sendiri utk memupuk amalan pengurusan, gelagat, kepercayaan dan nilai yg terbaik.

Sebagai contoh : Sesetenggah syarikat membangunkan sendiri kepercayaan, nilai dan indentiti mereka seperti Pengurus syarikat IBM di seluruh dunia mengenakan kod pakaian yang sama.

ii. Mengurangkan perbezaan Budaya .Di dalam strategi mengurangkan perbezaan budaya, organisasi boleh mengunakan kaedah-kaedah seperti berikut : - (Termasuk contoh2 kaedah)

a. Menbangunkan Budaya Korporat - Dengan membangunkan budaya korporat secara global yang mana budaya korporat yang kuat dapat dibentuk untuk dijadikan melting pot sebagai cara untuk mengurangkan kesan perbezaan budaya antara Negara. Walaubagaimanapun, perlaksanaan sistem dan tata cara yg sama ataupun mencipta suatu budaya korporat global yg tidak mengambarkan amalan dan budaya ibu pejabat adalah sukar. Atas sebab inilah, nilai-nilai, sistem dan amalan global korporat selalunya tidak dpt diterima.

TOPIK 6

b. Melantik Pengurus atasan dari syarikat Induk - Usaha utk mencipta satu budaya korporat yg kukuh bagi mengurangkan perbezaan budaya adalah mencabar kerana budaya syarikat induk dianggap akan kekal dominan. Oleh yg demikian pengurus atasan dari syarikat induk boleh dilantik utk mengetuai anak syarikat tempatan supaya beliau dpt membawa budaya baru ke anak syarikat tersebut. Eksekutif2 daripada syarikat induk juga perlu lebih kerap melawat anak syarikat dan berbincang dgn pengurus tempatan tentang perjalanan syarikat. Pengurus tempatan pula harus membiasakan diri dgn polisi dan tatacara di syarikat induk supaya mereka dpt memahami gelagat dan nilai yg

Page 6: Cross Cultural Management-old Version

diamalkan. Sebagai contoh kebanyakkan syarikat jepun kerap menggabungkan integrasi peribadi antara ibu pejabat dgn ekspatriat Jepun yg mempunyai daya sosialisasi tempatan yg tinggi.

c. Memberi latihan intensif kepada pekerja tempatan - Pekerja tempatan selalunya menerima latihan yg insentif bukan hanya dalam teknik2 kerja tetapi juga di dalam bidang falsafah. Contohnya kebanyakkan pekerja tempatan yg bekerja bagi syarikat dari Negara jepun tidak mampu untuk membangunkan rangkaian peribadi yg diperlukan walaupun fasih berbahasa jepun. Ini kerana mereka tidak akan dapat memahami cara bagaimana bangsa jepun menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh yg demikian, mereka sering dihantar ke Jepun utk melihat dan mengalami sendiri cara masyarakat jepun menyempurnakan kerja2 mereka.

d. Mengunakan sistem dan tata cara pelaporan Seragam -Penggunaan sistem dan tatacara pelaporan yg seragam dan serba

canggih adalah perkara biasa di kalangan syarikat multinasional di Amerika Syarikat. Contohnya Pengurus syarikat firma syarikat di Eropah banyak menghabiskan masa untuk mengumpul maklumat bagi kegunaan ibu pejabat dan prestasi mereka dinilai berdasarkan kepada pencapaian tanpa mengambil kira keadaan tempatan.

Ini akan mengakibatkan obsesi dgn angka dan mentaliti jangka pendek. Namun begitu terdpt juga syarikat multinasional di Eropah yg menggunakan pendekatan perniagaan “ Multidomestic “ ataupun Polisentrik atas sebab2 berkaitan sejarah dan piawaian teknikal yg berbeza serta keperluan pasaran. Oleh itu syarikat Eropah lebih berjaya di dalam perniagaan yang kurang bersifat Global dan bergantung kepada penerimaan pasaran tempatan

TOPIK 6e. Membangunkan Ibu pejabat Serantau (Regiosentrik) - Syarikat

multinasional menubuhkan ibu pejabat serantau sbg usaha utk mengimbangkan keperluan Integrasi global disamping mengekalkan sensitivity terhdp kerajaan tempatan. Ibu pejabat serantau juga dpt memperbaiki ko-ordinasi antara organisasi kebangsaan dan mencari senergi berpotensi di kalangan mereka. Ianya berfungsi untuk menyesuaikan penerimaan tempatan terhdp integrasi global dengan memegang peranan sebagai “ buffer “ antara budaya unit2 kebangsaan dan budaya ibu pejabat. Sebagai contoh kebanyakkan pengurus kanan eropah berpendapat ibu pejabat serantau lebih bersifat budaya amerika. Bahagian pemasaran dan sumber manusia yg diuruskan oleh bangsa amerika dikatakan tidak sensitif terhdp perbezaan keadaan buruh serta

Page 7: Cross Cultural Management-old Version

pasaran tempatan. Oleh itu ibu pejabat serantau digunakan sbg “buffer “ atau satu matriks yg kompleks bagi tujuan mengimbangkan integrasi global dgn penerimaan tempatan.

f. Menghasilkan Produk Global - Syarikat multinasional/Organisasi yg cuba meningkatkan integrasi antara syarikat akan membangunkan kawasan2 perniagaan atau barisan produk global. Organisasi tempatan akan digabungkan dgn bhagian produk global dgn mengunakan Struktur Dwi laporan : pertama utk pengurus tempatan yg bertanggungjawab utk memastikan penerimaan tempatan dan satu lagi utk pengurus bhgian produk yg bertanggungjawab mengoptimumkan integrasi global.

g. Memberi komitmen penuh terhdp Perspektif Global - dimana pengurus kebangsaan perlu terlibat dlm perancangan global dan meluaskan pengaruh dengan memberikan mereka tanggungjawab utk mengko-ordinasikan disamping peluang peningkatan kerja di luar kawasan operasi mereka.

h. Menggalakkan kerjasama global melalui Mekanisma Struktur -Kerjasama rentas sempadan dapat digalakkan melalui mekanisma struktur dimana syarikat boleh meningkatkan elemen saling bergantung di dalam strukturnya.

iii. Strategi mengunakan Perbezaan Budaya Model terbaik untuk memahami bagaimana firma antarabangsa menggunakan sepenuhnya perbezaan budaya adalah melalui pakatan strategik dan usaha sama. Dalam model ini, setiap syarikat mengekalkan pemilikan mereka bagi membolehkan firma-firma menggabungkan kelebihan daya saing mereka bagi tujuan pakatan strategik sebagai usaha mencapai objektif bagi tugasan sukar dan mahal.

Oleh itu, syarikat-syarikat mengekalkan identiti tempatan dengan mengelakkan peraturan anti-amanah dan menjaga hubungan politik dan kemudahan untuk meningkatkan modal. Dalam mewujudkan pakatan atau usahasama ini, salah satu tugas yang paling penting untuk mencapai adalah dengan membuat penjelasan kepada setiap rakan kongsi mengenai manfaat untuk bekerjasama.

Page 8: Cross Cultural Management-old Version

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 7

1. Terangkan gaya kepimpinan pemimpin2 negara China.

Pemimpin di China dikatakan lebih authorian kerana telah dipengaruhi oleh ideologi komunis Cina. Walau bagaimanapun, kemajuan ekonomi negara telah mewujudkan kepimpinan baru yang mana gaya mereka adalah berbeza daripada pemimpin yang lalu. Kebanyakkan pemimpinan China masa kini adalah berkelulusan daripada negara-negara barat. Mereka mengintegrasikan amalan terbaik

Page 9: Cross Cultural Management-old Version

budaya barat dengan kebijaksanaan cina (Chinese Wisdom) yang mana ianya merupakan salah satu perbezaan yang paling penting yang membawa kepada kejayaan kepimpinan perniagaan dalam syarikat cina kini.

2. Gaya Kepimpinan dan sifat-sifat unik pemimpin-pemimpin Negara Jepun.

Pemimpin Jepun biasanya akan cuba mewujudkan suasana hormat dan ketaatan daripada orang bawahan mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengenakan banyak peraturan dan undang-undang ke atas orang bawahan yang akan menjejaskan hubungan keseluruhan kerja dan syarat.

Walaupun Organisasi Jepun adalah hierarki dan amat teratur, pemimpin jepun tetap mempunyai kebimbangan mengenai kehidupan peribadi orang bawahan mereka. Amanah memainkan peranan penting kerana kebanyakan pemimpin Jepun akan meninggalkan satu set arahan kepada orang bawahan mereka dan ia terpulang kepada mereka untuk menjalankan kerja. Kebanyakan pengurus Jepun percaya bahawa pekerja mereka begitu didorong oleh kerja berpasukan yang mereka mahu berkongsi tanggungjawab untuk mencapai matlamat kumpulan. Oleh itu, pekerja-pekerja Jepun mencari peluang untuk mengambil bahagian dalam proses pengurusan.

Di samping itu, proses kepimpinan yang digunakan oleh pengurus Jepun meletakkan penekanan yang kuat kepada matlamat yang tidak pasti kepada orang Bawahanlakukan hasilnya, mereka menghabiskan lebih banyak masa menyediakan tugasan mereka.

3. Gaya kepimpinan kepimpinan pemimpin2 Amerika Syarikat.Gaya kepimpinan Amerika adalah lebih kepada penyertaan dan sokongan yang kuat dalam menjalankan objektif organisasi dan sasaran. Gaya kepimpinan penyertaan melibatkan peranan kuat yang dimainkan oleh orang bawahan.

TOPIK 7Pemimpin Amerika menggunakan gaya ini, khususnya dalam proses membuat keputusan. Terdapat empat jenis pendekatan penyertaan:

a. Bulatan kualiti (Quality circle);b. Pasukan kerja kendiri;c. Kualiti program kerja dan kehidupan;d. Skala pelan perkongsian keuntungan.

Dengan menggunakan gaya kepimpinan penyertaan, pemimpin Amerika berunding dengan orang bawahan mereka dan meminta cadangan yang

Page 10: Cross Cultural Management-old Version

berharga. Ia juga mendapati bahawa firma-firma AS yang besar, lebih cenderung untuk menjadi lebih demokratik berbanding firma yang kecil. Ini akan membawa kepada integrasi politik dengan mewujudkan satu kesatuan negara-negara pelbagai kaum dan budaya.

4. Perbezaan diantara pemimpin2 Transformasi dan pemimpin Karismatik.

Pemimpin Transformasi

Jenis pemimpin boleh ini dikaitkan sebagai ejen yang berwawasan dan mempunyai misi serta mampu memotivasikan pengikut mereka untuk menerima matlamat baru dan cara-cara baru bagi melakukan sesuatu kerja. Mereka sentiasa membina komitmen kepada misi dan sentiasa cuba untuk mencapai objektif organisasi. Bekerja untuk pemimpin transformasi boleh menjadi satu pengalaman yang indah dan menaikkan semangat kerana mereka meletakkan keghairahan dan tenaga ke dalam segala-galanya dan mengambil berat tentang orang bawahan dan keperluan mereka untuk berjaya.

Pemimpin juga membimbing atau mendorong pengikut mereka ke arah matlamat yang ditubuhkan dengan menjelaskan peranan dan keperluan tugas. Pada masa yang sama, mereka akan cuba untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu dengan membantu orang bawahan untuk melihat masalah lama dalam perspektif baru yang dapat merangsang dan memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk dimasukkan ke dalam usaha tambahan untuk mencapai matlamat kumpulan.

Pemimpin Karismatik

Pemimpin berkarisma memberi inspirasi dan motivasi kepada pekerja melalui ciri-ciri kebolehan dan karisma mereka. Pemimpin menunjukkan daya tarikan, rahmat dan kepercayaan diri, yang diperlukan untuk mewujudkan pengikut sebagai orang yang mengikuti orang lain yang mereka kagumi. Terdapat tarikan peribadi di kalangan pemimpin karismatik yang menyumbang kepada keupayaan yang luar biasa untuk mendapatkan orang lain bagi menyokong wawasan mereka.

TOPIK 7Pemimpin berkarisma menggunakan pelbagai kaedah untuk menguruskan imej mereka, dan jika mereka tidak secara semulajadi berkarisma, mereka akan bekerja keras untuk membangunkan kemahiran mereka. Pemimpin berkarisma akan sentiasa menunjukkan sifat-sifat ini:

a. Membangkitkan keyakinan yang besar dalam pengikut mereka;b. Sangat meyakinkan;c. Menggunakan sepenuhnyapergerakkan badan dan bahasa lisan

apabila berkomunikasi.

Pemimpin Transactional (Transaksi)

Page 11: Cross Cultural Management-old Version

Jeniis pemimpin transaksi memberi tumpuan kepada ganjaran sebagai pencapaian tugas, motivasi dan produktiviti. Jenis pemimpin ini percaya bahawa tujuan utama orang bawahan adalah untuk melakukan apa yang pengurus mereka arahkan, dan sama ada dapat ganjaran atau dihukum bagi kerja yang mereka lakukan. Ganjaran boleh dalam segi kerja untuk gaji, kenaikan pangkat atau lain-lain ganjaran psikologi seperti kebanggaan, status, pengiktirafan, harga diri dan sebagainya.

Apabila sesuatu tugasan diperuntukkan kepada orang bawahan, mereka dianggap bertanggungjawab sepenuhnya untuk itu, sama ada atau tidak mereka mempunyai sumber atau keupayaan untuk melaksanakannya. Apabila kesilapan berlaku, orang bawahan dianggap secara peribadinya bersalah dan dihukum kerana kegagalan mereka.

Definasi KepimpinanKepimpinan boleh ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi orang ramai untuk mengikuti usaha mereka ke arah pencapaian matlamat tertentu atau matlamat (Luthans & Doh, 2009). Dalam konteks perniagaan global, pemimpin adalah orang-orang yang mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi pemikiran, sikap dan tingkah laku orang di mana-mana di dunia (Deresky, 2007).

Kepimpinan yang paling biasa digunakan di dalam Organisasi.

Kepimpinan PartisipatifKepimpinan Partisipatif secara umumnya merupakan gaya kepimpinan yang paling berkesan. Pemimpin Demokrat selalunya akan menawarkan bimbingan dan juga akan mengambil bahagian dalam kumpulan dan membenarkan input daripada ahli-ahli kumpulan

Pemimpin partisipatif (penyertaan) akan menggalakkan ahli kumpulan untuk menyertai, dan mereka mengekalkan kata putus dalam proses membuat keputusan. Ahli kumpulan akan berasa terlibat dalam proses dan lebih bermotivasi serta kreatif. Ini gaya kepimpinan biasanya digunakan apabila pengurus mempunyai sebahagian maklumat dan pekerja mempunyai bahagian-bahagian lain.

Pemimpin tidak semestinya tahu segala-galanya dan ini adalah mengapa proses membuat keputusan dikongsi bersama dengan pekerja yang lebih berpengetahuan dan mahir. Menggunakan gaya ini mendatangkan faedah bersama kerana ianya membolehkan pekerja menjadi sebahagian daripada pasukan dan membolehkan pengurus untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Kepimpinan Authorian

Pemimpin ini lebih berwibawa dan akan memberikan maklumat yang jelas mengenai apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana ia perlu dilakukan. Pemimpin Authorian selalunya akan membuat keputusan

Page 12: Cross Cultural Management-old Version

secara bebas dengan input yang sedikit atau tidak mendapatkan input daripada kumpulan/

Tingkah laku kepimpinan ini biasanya melibatkan penggunaan komunikasi sehala dari pengurus kepada orang bawahan. Kepimpinan autoritarian adalah yang terbaik digunakan untuk situasi di mana terdapat sedikit masa untuk membuat keputusan atau di mana pemimpin adalah ahli yang paling berpengetahuan di dalam kumpulan.

Terdapat beberapa masalah dengan gaya ini:

a. Membuat keputusan adalah kurang kreatif sebagai majoriti daripada idea-idea yang datang dari pemimpin itu sendiri tanpa bertanya dan menimbangkan pendapat pekerja;

b. Adalah sukar bagi sesebuah firma untuk bergerak dari gaya autoritarian kepada gaya demokratik dan sebaliknya;

c. Pemimpin yang menyalahgunakan gaya ini biasanya dilihat sebagai mengawal, bertonjol dan diktator.

Delegative Leadership

Jenis kepimpinan ini, pemimpin akan membenarkan pekerja untuk membuat keputusan. Pemimpin Delegative hanya akan menawarkan sedikit bimbingan atau tidak sama sekali dan akan membiarkan ahli-ahli kumpulan untuk membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, pemimpin masih bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Ini digunakan apabila pekerja mampu untuk menganalisis situasi dan menentukan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Pemimpin hanya akan membuat keputusan penting berdasarkan keutamaan dan pada masa yang sama, akan mewakilkan tugas-tugas tertentu kepada pekerja.

TOPIK 7Menggunakan gaya kepimpinan ini tidak bermakna bahawa pemimpin boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kesilapan. Sebaliknya, gaya ini digunakan apabila pemimpin memberi amanah dan mempunyai keyakinan ke atas orang-orang di bawah mereka. Pemimpin tidak perlu takut menggunakan gaya ini. Walau bagaimanapun, ia mesti digunakan dengan bijak.

Biasanya, tingkah laku kepimpinan ini memenuhi beberapa keperluan pekerja, dan seterusnya, orang bawahan cenderung untuk mempamerkan kesetiaan dan pematuhan. Walaubagaimanapun gaya kepimpinan ini hanya berkesan dalam situasi di mana ahli kumpulannya adalah berkelayakan dalam bidang kepakaran namun begitu ianya sering membawa kepada peranan yang kurang jelas dan kekurangan motivasi.

Page 13: Cross Cultural Management-old Version

CROSS-CULTURE MANAGEMENTTOPIK 8

1. Perbezaan diantara Komunikasi silang budaya dan Komunikasi secara Umum

Komunikasi silang budaya - merujuk kepada komunikasi secara bersemuka (face to face) antara mereka yang datangnya daripada dua budaya yang berbeza.

Komunikasi secara umum - merujuk kepada penghantaran maklumat (samada berbentuk konsep ataupun idea) daripada pihak penyampai kepada penerima melalui penggunaan pelbagai saluran contonya seperti perbualan bersemuka, menghantar e-mel, surat bertulis, radio, telefon untuk mencapai persefahaman maklum balas.

Page 14: Cross Cultural Management-old Version

2. Prosedur2 dan garis panduan yang perlu diikuti di dalam Komunikasi Silang Budaya

Pengurus antarabangsa perlu mematuhi prosedur dan garis panduan seperti berikut :-

a. Perlu ada Kemahiran Diri - Terdapat 3 (tiga) kemahiran yang perlu digilapkan

i. Kemahiran memahami mesej – merujuk kepada kebolehan untuk memahami konteks bahasa tempatan dan memberi maklum balas terhadapnya.

ii. Fleksibiliti kelakuan – merupakan kebolehan utk memilih dan berkelakuan sesuai mengikut situasi tertentu. Fleksibiliti diperlukan kerana cara berkomunikasi dgn org lain semasa mesyuarat, makan, beriadah adalah berbeza mengikut situasi.

iii. Kemahiran sosial – dibahagikan kpd dua jenis kemahiran iaitu Empati (kebolehan utk memahami sedikit sebanyak dan merasai emosi orang lain) DAN Penyesuaian Identiti (iaitu kebolehan utk menyesuaikan diri, bertindak dan berkelakuan mengikut konteks budaya tertentu apabila berurusan dgn budaya dan situasi yg berlainan).

iv. Kemahiran bahasa juga memainkan peranan yg penting dlm proses komunikasi silang budaya kerana kebolehan bertutur dlm bahasa pihak penerima akan memberikan kelebihan kpd pengucap.

b. Bersedia menerima perbezaan serta memahami budaya lain – setelah meningkatkan kemahiran diri, pengurus antarabangsa perlu membuka minda dan bersedia utk menerima sebarang perbezaan yg wujud diantara dua budaya yg berlainan. Dengan erti kata lain, kita perlu menghormati budaya penduduk setempat di Negara yg kita akan berurusan namun masalah akan timbul apabila seseorang itu memiliki sifat Ethnosentrisme (bermaksud kepercayaan dalam diri seseorang bahawa budaya yg mereka amalkan adalah lebih baik berbanding dgn budaya orang lain).

TOPIK 8

c. Menyesuaikan diri dgn keperluan serta amalan budaya lain – Setelah bersedia menerima perbezaan dan memahami budaya lain, pengurus antarabangsa perlu menyesuaikan diri dgn perbezaan yg wujud dan mengamalkan seberapa boleh ciri-ciri budaya yg menonjol di Negara tersebut. Misalnya di Malaysia, seseorang perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah. Maka mereka perlu mengamalkan ciri berkenaan kerana ianya boleh menyampaikan mesej bahawa mereka memang berminat utk menjalankan perniagaan dan menghormati adat tempatan. Kegagalan menyesuaikan diri dgn persekitaran baru boleh menimbulkan konflik peribadi seperti kejutan budaya, tekanan (stress), kekecewaan dan menyendiri.

d. Menyedari pertentangan nilai atau moral yang diterima pakai dalam budaya yang berbeza.Selain memahami dan menyesuaikan diri dgn buaday lain, pengurus juga perlu mengetahui nilai2 yang baik dan dikongsi bersama antara budaya-budaya. Terdpt nilai2 yg mungkin diterima dan diamalkan seharian dlm

Page 15: Cross Cultural Management-old Version

budaya sendiri, tapi tidak diterima oleh budaya lain. Contohnya menghidangkan minuman beralkohol adalah satu buaday yg diamalkan di Negara barat tetapi tidak diamalkan di Negara2 islam kerana meminum arak adalah ditegah di dalam Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan Budaya.Secara ringkasnya bermaksud sebagai satu set nilai yang dikongsi bersama di dalam sesebuah kumpulan.

3. Laporan mengenai Variasi Budaya dalam proses komunikasi dan bagaimana ianya boleh memberikan kesan.

Kewujudan variasi budaya adalah untuk mempengaruhi proses komunikasi silang budaya agar tidak berlaku kesilapan bertutur kata atau tingkah laku supaya proses komunikasi dapat berjalan dgn lancar.

Variasi dalam Bahasa - Perbezaan bahasa adalah komponen budaya yg paling nyata perbezaannya dlm proses komunikasi silang budaya. Perbezaan bahasa bukan sahaja bermaksud penggunaan bahasa pertuturan harian, malah juga merangkumi komunikasi bukan lisan dan bahasa gerak badan (body language). Terdapat (2) dua jenis komunikasi bagi Variasi dalam Bahasa iaitu :-

Komunikasi Lisan - Bahasa percakapan adalah satu elemen utama sesebuah budaya. Jika terdapat dua bahasa yang digunakan dalam sesebuah Negara, maka terdapat juga dua budaya yang berbeza. Walaupun masalah perbezaan bahasa lisan ini sedit sebanyak dapat diatasi dengan menggunakan bahasa Inggeris, masalah seperti penggunaan dialek, ungkapan, perumpamaan dan slang, tanpa disedari akan menyebabkan pihak lain sukar memahami mesej yang ingin disampaikan. Dalam bahasa Inggeris contohnya, terdpt banyak perbezaan maksud yg ketara yg diguna pakai oleh penduduk Britain dgn Amerika. Misalnya perkata “ homely “ digunakan utk memuji seseorang sbg peramah di Britain tetapi membawa maksud hodoh ataupun membosankan di Amerika Syarikat.

Komunikasi Bukan Lisan - Komunikasi bukan lisan disebut sebagai bahasa gerak badan (body language). Ia amat berkesan dalam menyampaikan maklumat yg berkaitan dgn perasaan dan emosi serta membantu menjelaskan maksud mesej lisan yang ingin disampaikan.

Walaupun terdpt banyak bentuk komunikasi bukan lisan yang sama dalam budaya yg berlainan, seperti mengganguk bermaksud “ betul “ atau ‘ ya “, ada juga terdpt sesuatu gerak bahasa badan yg biasa digunakan mungkin bermaksud tidak baik atau kurang sopan di Negara lain.

Contohnya :-i. Menunjukkan ibu jari ke atas bermaksud “ segalanya baik “ atau ‘ OK “ di

Malaysia dan kebanyakkan juga di Negara lain tetapi di Greece, isyarat tersebut membawa maksud yg kurang menyenangkan.

ii. Warna juga boleh memberikan gambaran yg berbeza dlm budaya yg berbeza. Contohnya di Amerika syarikat warna hitam menggambarkan prestij dan kegembiraan sedangkan di China menggambarkan kematian, kesedihan dan nasib malang.

Page 16: Cross Cultural Management-old Version

Variasi Masa

Setiap budaya mempunyai persepsi berlainan terhdp aspek masa. Sesetenggah budaya menggangap masa itu amat bernilai sehingga timbul perumpanaan yg mengatakan “ Masa itu Emas “ atau “ Masa itu Wang “ maka segala kerja, aktiviti atau temu janji akan dijadualkan dgn teliti agar masa dapat dimanfaatkan dgn sepenuhnya. Tidak menepati tarikh akhir atau masa temu janji dianggap sbg satu kesalahan dan seseorang itu dianggap tidak berdisiplin. Orang Amerika misalnya mementingkan ketetapan waktu, oleh itu tidak hairan sekiranya mereka akan merasa tertekan dan kurang senang apabila terpaksa menunggu seseorang yg lambat tiba utk temu janji. Bagi sesetenggah budaya pulak, tidak menetapi masa tidak dilihat sbg sesuatu kesalahan yg serius, kelewatan menghadiri temu janji selama 30 minit mungkin dilihat sebagai melampau oleh Warga Amerika Syarikat tetapi dianggap perkara biasa di Amerika Selatan dan kebanyakkan Negara yg kurang membangun. Sekiranya ingin membuat temu janji dgn eksekutif dari Brazil pada pukul 12 tengahari, perlu menyatakan dgn jelas temujanji adalah pada jam 12 tengahari “ Masa Inggeris “. Jika tidak dinyatakan “Masa Inggeris” dgn jelas, eksekutif tersebut akan muncul bila2 masa diantara 12 tghari hingga 2.00 petang.

CROSS CULTURAL MANAGEMENT(TOPIK 8)

Variasi Kelakuan Sosial

Proses perbincangan bukan sahaja berlangsung secara rasmi di Meja mesyuarat tetapi juga berlanjutan semasa kedua-dua pihak sedang makan, berhibur ataupun beriadah bersama seperti bermain golf. Dalam situasi begini, kebanyakkan kelakuan sosial seperti cara makan, pemberian hadiad dan cara mengalu-alukan tetamu juga berbeza diantara budaya.

a. Cara MakanEtika semasa majlis makan perlu dijaga. Tabiat seperti mengeluarkan bunyi semasa mengunyah dan sendawa dianggap kurang sopan tetapi ada sesetenggah budaya menggangapnya sebagai tabiat buruk, malah beranggapan ianya sebagai menghargai keenakkan dan menikmati sepenuhnya makanan yang disediakan. Bagi orang Asia pula, makan dgn menggunakan tangan adalah satu kebiasaan tetapi orang barat mungkin merasa kurang senang utk makan dgn tangan kerana tidak biasa dan risaukan kebersihannya.

b. Pemberian Hadiah

Page 17: Cross Cultural Management-old Version

Pemberian hadiah merupakan satu lagi aspek penting bagi ahli2 perniagaan, namun ianya juga berbeza diantara budaya. Ada sesetenggah budaya beranggapan pemberian hadiah semasa perbincangan adalah satu kemestian, walaubagaimanapun ada budaya lain berpendapat ianya sebagai menghina ataupun cuba memberi rasuah. Di jepun misalnya, pemberian hadiah semasa perjumpaan pertama merupakan sebahagian daripada proses menjalin hubungan perniagaan dan menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan.

c. AluanCara sesuatu masyarakat mengalu-alukan tetamu juga penting kerana ia akan dpt memberi ekspresi pertama yg baik serta membentuk hubungan yg baik antara kedua2 belah pihak. Kebanyakkan budaya mengalu-alukan tetamu dgn berjabat tangan, pelukan ringan ataupun gabungan kedua-duanya. Namun terdpt juga budaya yg mempunyai cara tersendiri contohnya orang jepun memberi aluan dgn membongkokkan badan manakala orang Thailand dgn merapatkan kedua-dua belah tangan mereka sambil mengucapkan “Sawasdee”.

Variasi Penguatkuasa Kontrak

Bagi ahli2 perniagaan daripada negara2 yg maju dan Negara2 yg sedang membangun, kontrak dianggap sebagai sesuatu yg amat penting dan beharga dan segala peruntukan dlm kontrak yg telah dipersetujui bersama wajib dipatuhi dan dikuat-kuasa sepenuhnya mengikut undang2. Walau-bagaimanapun, budaya lain seperti di negara2 miskin dan kurang membangun tidak melihat kontrak sebagai dokumen yg penting dan melanggar kontrak tidak dianggap sbg sesuatu yg serius.

TOPIK 8Variasi Ruang dan Jarak Perbincangan

Secara amnya, budaya membentuk kaedah tidak formal berkaitan dgn jarak antara dua pihak ketika berinteraksi bersemuka. Contohnya :-

Amerika Dianggap suka mendesak dan kurang Sopan (Jarak Dekat)Lebih mengemari jarak jauh

Itali Asia dan Arab Lebih menggemari Jarak DekatDianggap menjauhkan diri, tidak peramah, bersikap dingin

dan tidak berminatUtk berinteraksi.

British Dianggap kurang sopan (Jarak Dekat)Lebih mengemari Jarak jauh.

Variasi Formaliti

Dlm sesetengah budaya, perbincangan tentang isu2 perniagaan lebih banyak dilakukan melalui situasi tidak rasmi kerana mereka menganggap ketidak rasmian menggambarkan seseorang lebih jujur berbincang. Bagi variasi formaliti, seseorang perlu mengetahui sama ada perbuatan gurauan atau membuat lawak sesuai utk perbincangan. Di Amerika dan Eropah, bergurau

Page 18: Cross Cultural Management-old Version

atau berlawak adalah penting bagi mengwujudkan suasana komunikasi yg lebih mesra asalkan tidak menyinggung perasaan. Sesuatu budaya yg tidak biasa dgn keadaan tersebut akan melihatnya sebagai memalukan, seperti di Negara Jepun, formaliti, keramahan, menjaga air muka dan percakapan yg beralas merupakan nilai yg diutamakan dalam budaya mereka.

4. Tahap-tahap dalam Proses Komunikasii. Idea - Maklumat yg ingin disampaikan kepada penerima

dikenal pasti oleh Penyampai.

ii. Pengekodan - Penyampai menukar idea ke dalam bentuk perkataan

atau ungkapan.

iii. Saluran - Penyampai mengenal pasti saluran penyampaian komunikasi yg sesuai, sama ada secara lisan, bertulis atau secara gerak isyarat.

iv. Penerimaan -Penerima mendengar, membaca atau melihat maklumat

yg disampaikan oleh Penyampai.

v. Menyahkod - Pihak penerima cuba memahami maklumat yg diterima.

vi. Maklum Balas - Penerima bertindak terhdp maklumat yg diterima (sama ada memahami maklumat yang disampaikan

atau tidak).

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 9

1. Langkah-langkah utama dalam proses perundingan.Terdapat lima (5) langkah2 utama dalam proses perundingan iaitu seperti berikut : -

Peringkat Pertama : PersediaanSebagai perunding, anda harus arif dgn perkara yang akan dibincangkan serta mengetahui semua aspek dan latar belakang pihak perunding. Penekanan ini penting kerana kebanyakkan perundingan akan menghadapi masalah yg disebabkan Perbezaan budaya, bahasa dan persekitaran. Untuk mengelakkan masalah2 perbezaan budaya, terlebih dahulu perlu memahami gaya perundingan. Kefahaman ini boleh diperolehi dgn membuat perbandingan profail Negara dan mengenal pasti faktor2 kejayaan perundingan sebelum ini. Profail perunding boeh dijadikan sbg garis panduan utk menjangka dan membuat persedian yg tepat sebelum perundingan. Terdapat 12 faktor yang perlu di pertimbangkan semasa membuat persediaan perundingan iaitu sperti berikut : -

a. Konsep asas dlm proses perundingan - Adakah ianya satu proses mendapatkan kelebihan atau menyelesaikan masalah.

Page 19: Cross Cultural Management-old Version

b. Ciri-ciri pemilihan para perunding - Adakah pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman, status, kepakaran, ciri2 peribadi atau ciri2 yang lain.

c. Kesesuian jenis Isu - Adakah ianya terperinci seperti harga, atau hanya focus kepada perhubungan atau format rundingan.

d. Aspek protokol - Tata cara dan sikap sosial dlm proses perundingan.

e. Aspek komunikasi - Apakah kepentingan komunikasi bukan lisan.

f. Aspek pujukan - Bagaimana pihak yg berunding mempengaruh satu sama yg lain, adakah bergantung kpd perbahasan yg rasional, mengikut tradisi atau emosi.

g. Peranan hasrat individu - Adakah motivasi perunding berasaskan matlamat individu, syarikat atau masyarakat.

h. Asas kepercayaan - Berasaskan pengalaman, gerak hati atau peraturan.

i. Kecenderungan mengambil risiko - Sejauh mana pihak perunding sanggup mengambil risiko apabila berdagang maklumat dan menandatangani kontrak.

j. Nilai masa - Berapa banyak masa yg diperlukan dan sejauh mana tahap fleksibiliti mereka.

k. Sistem membuat keputusan - Adakah keputusan ditentukan oleh individu, pandangan majoriti atau persetujuan secara berkumpulan.

l. Kaedah perjanjian yg memuaskan - Adakah perjanjian berasaskan kepercayaan, keupayaan pihak yg berunding, kerjasama atau kontrak yang sah.

TOPIK 9

Peringkat Kedua : Menjalinkan perhubunganMenjalinkan perhubungan perniagaan perlu diberikan penekanan terutamanya apabila menjalankan perundingan di negara2 seperti China dan Arab Saudi. Namun, aspek ini kurang digemari oleh perunding Amerika Syarikat kerana pada pandangan mereka, yg penting adalah mencapai matlamat dgn segera tanpa membuang masa. Bagi Negara Jepun dan Mexico, komitmen peribadi adalah lebih penting berbanding sistem perundangan utk mendapatkan persetujuan menandatangani kontrak. Dalam situasi ini, seorang perunding yg efisien akan meluangkan lebih banyak masa bagi mengeratkan hubungan dgn perunding lawan melalui majlis2 sosial, bersiar-siar dan menghadiri upacara tertentu.

Peringkat Ketiga : Pertukaran maklumat tentang tugasan.

Pada peringkat ini, setiap pihak akan membuat pembentangan utk menyatakan pendirian dan kehendak masing2. Sessi soal jawab akan diadakan dan alternatif2 akan dibincangkan. Bagi perspektif budaya Amerika Syarikat, ia adalah bersifat terus terang, objektik dan efisien, namun bagi pespektif perunding Mexico lebih kepada ragu-ragu dan tidak berterus terang, membuat pembentangan akan menjadi lebih panjang dan mengelirukan. Perunding2

Page 20: Cross Cultural Management-old Version

China juga serig menyoal perunding lawan dan akan memeriksa setiap satu perkara dengan terperinci dan berulang kali.

Peringkat keempat : MemujukPeringkat memujuk ini boleh dikatakan sbg peringkat yg agak sukar dilaksanakan dan dilakukan oleh perunding2 dgn tujuan utk mendapatkan apa yg mereka hajati daripada perunding lawan. Bagi pengurus antarabangsa, proses memujuk melibatkan tawar menawar dan mencari kata sepakat. Perkara ini tidak mudah dilakukan kerana terdpt perbezaan dlm penggunaan dan pemahaman lisan serta bukan lisan. Contohnya apa yg cuba disampaikan oleh pengurus antarabangsa Thailland ada kalanya tidak difahami oleh Pengurus Nigeria disebabkan perbezaan latar belakang, budaya dan pendidikan.

Peringkat kelima : Persepakatan dan Persetujuan.Pada peringkat kelima, pihak perunding terlebih dahulu telah bersedia dgn strategi dan cara masing2 untuk mencapai persetujuan dlm perundingan. Setelah keputusan yang baik diperolehi dan persetujuan di capai, suatu kontrak akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Bagi orang Amerika syarikat, kontrak adalah dokumen penting disisi undang2, orang Rusia pula sering melanggar kontrak yang mereka tandatangani manakala orang2 Jepun menganggap kontrak hanya sebagai satu perkara yg menjatuhkan maruh, membuang masa dan merugikan kerana mereka lebih mengutamakan kepercayaan dan persefahaman daripada semua pihak.

2. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengadakan sesuatu rundingan antara budaya (Intercultural negotiation)

a. Faktor Perunding dan keadaanSebagai perunding yg mewakili syarikat, perlu ketahui bagaimana para perunding lawan dilantik dan harus mendapatkan maklumat latar belakang perunding lawan utk meramalkan gelagat dan sikap mereka. Perlu juga mengenal pasti apakah jangkaan perunding lawan, cara dan peranan mereka dalam rundingan2 sebelum ini. Kita juga perlu membuat persiapan dgn menyediakan suasana rundingan yg selesa dan tenang agar dpt menghasilkan idea dan penyelesaian yg terbaik.

b. Cara membuat KeputusanCara pasukan perunding lawan membuat keputusan dan cara setiap individu berunding perlu diambil perhatian kerana cara seseorang membuat keputusan adalah dipengaruhi oleh budaya negaranya. Namun begitu bukan hanya faktor budaya perlu dititik berat malah juga faktor2 lain seperti politik, kuasa, pendidikan da nasal usul seseorang perunding.

c. Ciri-ciri kebangsaan.Individu2 di dalam sesebuah Negara mempunyai banyak ciri persamaan kebangsaan dan budaya. Contohnya kebanyakkan rakyat amerika syarikat

Page 21: Cross Cultural Management-old Version

menghargai dan menepati masa dan mereka percaya nasib dan masa depan adalah terletak pada tangan mereka sendiri. Bagi rakyat Negara amerika latin pula, mereka kurang mementingkan masa dan menyerahkan nasib dan masa depan mereka kepada takdir.

d. Gangguan BudayaGangguan budaya melibatkan semua perkara yg boleh menggangu mesej yg ingin disampaikan. Mesej2 bukan lisan seperti gerak geri badan dan pemberian hadiah ada kalanya boleh melambatkan atau mempercepatkan proses perundingan. Contohnya, memberi cenderahati yg tidak sesuai atau bungkusan hadiah yg menggunakan warna yg menyinggung sesuatu budaya adalah salah satu bentuk gangguan budaya.

e. Penggunaan PenterjemahMembuat perundingan dgn pasukan perunding lawan daripada Negara yg berbeza dan unik seperti budaya Negara Perancis, sudah pasti berhadapan dgn beberapa kesulitan, terutamanya masalah bahasa memandkan masyarakat Perancis amat berbangga dgn budaya dan bahasa mereka. Sehubungan dengan itu, kita perlu menggunakan penterjemah untuk menerangkan maksud yg

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 9

Cara-cara perundingan di beberapa Negara.

1. Perunding Amerika SyarikatPerunding Amerika syarikat akan melakukan perkara2 berikut : -

a. Mengetahui bila utk bertolak ansurb. Menyatakan pendirian syarikat di awal perundingan.c. Menolak utk mencari kata sepakat sebelum perundingan.d. Tidak mendedahkan maklumat dgn lebih awale. Bertolak ansuk hanya apabila rundingan menemui jalan buntu.f. Menentukan prinsip2 umum dan menyerahkan tugas2 kecil lain kepada

rakan sekerja.g. Menyediakan alternatif2 sebelum perundingan.h. Menjalankan tugas dgn jujur.i. Menghormati rakan runding.j. Menyatakan penderiannya seberapa awal yg mungkin.k. Mengetahui bila sesuatu perundingan perlu diteruskan.l. Maklum secara terperinci isu-isu yang dibincangkan.m. Tahu menggunakan masa dan sentiasa konsisten. Dann. Membiarkan rakan rundin membentangkan segala maklumat yang

diperlukan danSeterusnya mencari pilihan atau peluang ygn terbaik.

Page 22: Cross Cultural Management-old Version

2. Perunding India

Perunding India akan melakukan perkara-perkara berikut :-

a. Mencari dan mengatakan yang benar.b. Tidak gentar untuk bersuara dan tiada perasaan takut.c. Mengawal dirid. Mencari penyelesaian yang memuaskan hati kedua-dua pihak yang

berunding.e. Menghormati para perunding,f. Tidak menggunakan kekerasan dan tidak menjatuhkan air muka para

perunding lawan.g. Bersedia untuk bertukar fikiran sekiranya perlu berbuat demikian.h. Merendah diri dan mempercayai rakan runding.i. Sabar dan konsisten.j. Mempelajari daripada rakan runding dan elakkan daripada merahsiakan

sesuatu . dank. Bertindak luar daripada batas-batas logic dan percaya pada gerak hati.

3. Perunding ArabPerunding Arab akan melakukan perkara-perkara berikut :-

a. Mempertahankan maruah dan menghormati semua pihak.b. Menghindari konfrontasi secara langsung dengan pihak lawan.c. Dihormati dan dipercayai.d. Tidak memaksa keadaan sehingga pihak lawan menunjukkan kelemahan

mereka atau mengaku kalah.e. Dihormati dan diakuri kerana mempunyai kedudukan yang baikf. Cuba mencari penyelesaian yang baik untuk semua pihak.

Page 23: Cross Cultural Management-old Version

CROSS CULTURAL MANAGEMENTTOPIK 10

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Globalisasi?

Globalisasi adalah merupakan suatu fenomena dunia yang sedang mengalami perubahan besar dengan kemunculan suatu keadaan ekonomi, politik dan budaya yang baru.

2. Faktor2 yang menyumbang kepada Globalisasi.Terdapat 3 (tiga) faktor yang menyumbang kepada Globalisasi iaitu :-

a. Penghapusan Halangan perdagangan.Penghapusan sekatan perdagangan atau lebih dikenali sebagai Deregulasi membenarkan pengaliran bebas produk, modal serta buruh dari sesebuah Negara ke Negara lain. Ini juga akan mengurangkan masa, kos dan kekangan yg selama ini dialami oleh firma2 dalam perniagaan antarabangsa.

Dengan adanya Integrasi ekonomi serantau seperti Kesatuan Eropah (EU), Kawasan perdagangan bebas Amerika Utara (NAFTA), Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) telah menyatukan Negara2 yang terlibat dan halangan2 perdagangan antara negara2 kesatuan dihapuskan sedikit demi sedikit.

b. Perkembangan TeknologiSains dan teknologi telah mewujudkan integrasi dlm proses komunikasi dan penyebaran maklumat global. Perkembangan pesat dlm dunia komputer dan teknologi komunikasi membolehkan pergerakan maklumat semakin meluas dan idea2 yg melangkaui batas sempadan dan ini merupakan faktor globalisasi. Teknologi terkini membolehkan pengeluar produk memasarkan

Page 24: Cross Cultural Management-old Version

keluaran mereka kpd pelanggan dan penduduk seluruh dunia dapat menikmati rancangan2 yg memaparkan budaya lain. Contohnya Penonton Rusia dpt menikmati rancangan2 hiburan dari Amerika Syarikat, penduduk Asia menerima CNN sebagai sember berita. Disamping itu juga Teknologi membolehkan penduduk Negara berlainan bebas berkomunikasi diantara satu sama lain dgn kemudahan emel yg lebih cepat dan efisien. Selain daripada perkembangan komputer dan telekomunikasi, perkembangan pesat teknologi pengangkutan juga menyokong proses globilisasi.

c. Persaingan Firma Antarabangsa.Persaingan antara syarikat2 dari seluruh dunia utk merebut peluang pasaran semakin memuncak dimana firma2 baru dari Negara membangun turut menyertai perebutan pasaran termasuklah pasaran produk berteknologi tinggi, seperti pengeluaran kenderaan, peralatan elektronik dan mikrocip. Apabila sesebuah syarikat memasuki sesuatu pasaran antarabangsa, syarikat2 pesaing akan mengikut jejak langkahnya utk mengelak risiko kehilangan kelebihan bersaing. Peningkatan mendadak persaingan antarabangsa antara firma2 global ini menyebabkan perkembangan pesat dalam proses globilisasi.

TOPIK 10

3. Cara-cara untuk mengelakkan masalah pertelingkahan budaya (Clash of cultures)

a. Tahu bagaimana untuk berurusan dengan peniaga dari negara dan budaya yang berbeza.

b. Beri keutamaan kepada sesuatu yang perlu diingati.c. Menyedari bagaimana masa diberi keutamaan dan diuruskan di negara

tuan rumah.d. Mengakui perkara adat seperti penggunaan "Lah" di Malaysia.e. Menyedari fungsi jantina, seperti di negara-negara Islam.f. Tahu bagaimana untuk berurusan dengan jarak, sama ada jauh atau

dekat, antara kawasan di negara tuan rumah.g. Bebas dan komited dalam bersosial di negara tuan rumah.

Cara-cara untuk mengatasi masalah pertelingkahan budaya (overcoming cultural clash)

a. Menjaga rakan-rakan anda dan menjemput mereka ke majlis kita. Elakkan menilai budaya dengan membandingkan ia dengan budaya anda sendiri

b. SOSIALISASIKAN dengan penduduk tempatan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti mereka dan Jangan bercakap secara rambang tentang negara yang anda baru sahaja lawati.

c. Belajar tingkah laku mikro yang diamalkan masyarakat tempatan dan Jangan mengganggu perbualan rakan anda, terutamanya apabila mereka bercakap mengenai isu politik dalaman

d. Menyediakan khidmat masyarakat kepada penduduk setempat. Jangan menolak apa-apa dengan serta merta.