kaedah pembelajaran bahasa melayu(bmm 3117)-konstrutivisme.pptx

18
KAEDAH PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU(BMM 3117) DISEDIAKAN OLEH : ELIZABETH MAPONG ANAK PETER LEMAN HABIB BIN CHE LEMAN NUR ATIERA AKHMA BT BUKHARI

Upload: elizabeth-peter

Post on 02-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAEDAH PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

KAEDAH PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU(BMM 3117)DISEDIAKAN OLEH :ELIZABETH MAPONG ANAK PETERLEMAN HABIB BIN CHE LEMANNUR ATIERA AKHMA BT BUKHARIPembelajaran berasaskan KONSTRUKTIVISME Pengetahuan seseorang kanak-kanak atau individu dibina secara aktif oleh mereka melalui daya pemikiran.Kanak-kanak tidak menyerap ilmu yang diperolehi secara pasif sebaliknya menyesuaikan maklumat baharu yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baharu dalam mindanya.Murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baharu dengan apa yang mereka. Murid membentuk peraturan melalui refleksi dan interaksi mereka dengan objek dan idea.Pembelajaran bentuk ini lebih berpusatkan murid Implikasi terhadap PdPPdP berpusatkan murid.Pengetahuan yang diterima oleh murid adalah hasil drpd aktiviti yang dilakukan oleh murid dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya.Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan yang baharu. Rancangan pembelajaran harian (RPH)Standard Kandungan4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.Standard Pembelajaran4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. ObjektifPada akhir pembelajaran murid , mengujarkan dialog cara-cara menggosok gigi dengan sebutan dan intonasi yang betul melalui lakonan secara didik hibur.

Bahan Bantu Mengajar: Teks lirik lagu Bangun Pagi Gosok Gigi, Video lagu Bangun pagi Gosok Gigi, Slaid Gambar, Berus Gigi.Aktiviti: BerlakonLangkah-Langkah : Guru mengedarkan teks lirik lagu kepada murid.Murid membaca secara kuat lirik lagu secara bergilir-gilir.Guru memaparkan video lirik lagu kepada murid-murid.Guru bersoal jawab dengan murid tentang mesej yang disampaikan melalui video lirik lagu tersebut.

Guru meminta murid bersama-sama menyanyikan lirik lagu Bangun Pagi Gosok Gigi.Guru memaparkan slaid gambar cara-cara menggosok gigi dan menerangkan cara-caranya.Murid diminta melihat dengan teliti cara-cara menggosok gigi dengan betul.Tiga orang murid diminta untuk menunjukkan cara menggosok gigi di rumah secara bergilir-gilir di hadapan kelas.

Murid dipilih secara rawak oleh guru untuk melakonkan cara-cara menggosok gigi yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid diminta oleh guru untuk menyenaraikan lima kebaikan menggosok gigi dengan betul.Murid diminta oleh guru untuk menyanyikan semula video lagu Bangun Pagi Gosok Gigi pada akhir pembelajaran.Lirik Lagu Bangun Pagi Gosok GigiBangun pagi pagiKita berus gigiGigi jadi putih dan bersihSenyum nampak cantikNanti orang sukaGigi jadi sihat dan kuat Senyum nampak cantik Nanti orang sukaGigi jadi sihat dan kuat

Slaid GambarCara-Cara Menggosok Gigi-Gigi yang Betul.

Langkah 1:Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.Langkah 2:Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.

Langkah 3:Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.

Langkah 4:Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.

Langkah 5:Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.

Sekian terima kasih.