kaedah pandang dan sebut

1
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan- perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Upload: annenhafurqhani

Post on 18-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CTH

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pandang Dan Sebut

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan

memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam

melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan

menyebut apa yang dilihat oleh mereka.

Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf

atau abjad secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat

lengkap dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-

murid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-

lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang

pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid

dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid

menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah

gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah

perkataan pada bahan yang ditunjukkan.