kaedah khas matematik

22
1.0 Soalan 1 Rancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap menggunakan strategi dan teknik yang sesuai dengan menggunakan format yang betul. 1

Upload: vijayalechumysugumaran

Post on 02-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

TRANSCRIPT

1.0 Soalan 1Rancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap menggunakan strategi dan teknik yang sesuai dengan menggunakan format yang betul.

2.0 Soalan 2Refleksi tentang kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan dalam pengajaran yang dilaksanakan.Refleksi 1.Kekuatan pengajaran

Pada 24 Mac 2015 yang lepas, bersamaan dengan Hari Ketiga saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang ke-dua (Selasa), saya telah menjalankan pengajaran metamatik mengenai topik Ruang terhadap 5 orang murid-murid Tahun 4 B di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, pengajaran dengan menggunakkan BBB amat membantu di samping saya terpaksa tegas dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik walaupun tidak sesempurna yang dirancang. Penekanan sewaktu saya memperkenalkan bentuk telah membolehkan murid-murid saya untuk mengenal semua bentuk walaupun mereka ada masalah untuk mengingati sepenuhnya.Saya merancang untuk menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih mesra. Oleh itu, saya pergi ke kelas tersebut dengan persediaan BBB yang diperlukan supaya murid dapat melakkukkan aktiviti serta pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan efisyen sekali. Serta pada awal permulaan kelas saya telah bertegur sapa dengan semua murid di kelas tersebut. Saya cuba mengingat nama semua murid dalam kelas tersebut. Saya juga memperkenalkan diri saya dengan nama yang mereka senang boleh ingat. Saya membeirtahu nama penuh saya Vijayalechumy a/p Sugumaran. Selepas itu, saya beritahu nama penggilan saya Cikgu V supaya murid-murid senang panggil saya sewaktu pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, sayamempunyai keyakinan diri sepanjang menjalankan pengajaran saya bersama dengan murid-murid pendidikan khas ini. Walaupun saya tidak pernah mengajar sebelum ini, namum saya tetap cuba bertindak seperti saya seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan semasa mengajar murid-murid 4 B. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin yang serius.Kefasihan dan kelancaran Bahasa Melayuyang ada pada diri saya amat membantu saya menyempurnakan pengajaran pada hari ini. Saya seorang guru India yang sememangnya mempunyai laras Bahasa cara orang India. Serta saya perlu mengajar 4 murid Melayu dan seorang murid India yang fasih berbahasa Melayu. Tetapi saya mencuba untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat serta yang boleh difahami oleh murid. Dan hasilnya amat memuaskan. Murid-murid memahami apa yang saya cuba sampaikan dan mereka menunjukkan minat sewaktu proses pembelajaran.Penggunaan BBB sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran amat menarik minat murid-muird untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu bongkah-bongkah bentuk yang saya buat sendiri dengan warna yang terang, danlembaran kerja yang menariktelah menarik minat murid serta membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran dan menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P ini. Serta murid-murid seronok serta mahu menunjukkan minat untuk belajar sewaktu saya menggunakkan computer riba sebagai set induksi. Oleh itu, BBB dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran yang berkesan.

2.Kekurangan pengajaran

Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Semasa menjalankan pengajaran, saya mendapati bahawa saya menghadapimasalah untuk menyempurnakan apa yang telah dirancangkan untuk setiap langkah. Contohnya, pada peringkat set induksi,saya telah menggunakan lagu boria bongkah untuk memperkenalkan bentuk 3-D kepada murid-murid. Saya mendapati murid-murid tahun 4 B tidak boleh membaca dengan fasih. Hal ini menyebabkan mereka susah untuk bernyanyi bersama lagu yang saya telah pasang sewaktu pengajaran. Saya terpaksa menjalankan pengajaran saya dengan cara yang lain. Saya mendapati saya telah menggunakan masa yang terlampau panjang, iaitu kira-kira 10 minit lebih untuk menyempurnakan langkah 1. Ini menyebabkan saya harus mempercepat segala langkah pembelajaran saya dan mengurangkan sesetengah langkah pengajaran saya. Saya menjadi semakin cemas dan terburu-buru apabila saya mendapati saya telah melebihi masa pengajaran saya.Selepas pengajaran, saya mendapati perancangan pengajaran harus dilakukan dengan kemampuan murid kita belajar. Dan juga apa yang kita rancangkan selalunya tidak akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Kita sebagai guru Pendidikan Khas harus pandai sesuaikan diri dengan situasi sebenar dan cuba mengurakan masalah-masalah lain daripada timbul.Pengajaran yang saya telah rancang tidak dapat dilaksanakan dengan lancar kerana murid-murid menganggu kawan antara satu sama lain. Saya terpaksa menegur mereka dahulu supaya mereka tidak mengulang perbuatan seperti itu dan fokus kepada saya yang mengajar di hadapan kelas. Akan tetapi masa telah dipanjangkan disebabkan oleh hal itu dan pengajaran yang saya rancang tidak dapat dilaksanakan dengan sesempurna yang saya rancang.

3. Tindakan susulan Saya berpendapat bahawa pengajaran Metamatik saya akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna sekiranya saya dapat menggunakan kemudahan ICT yang sesuai seperti LCD untuk menyampaikan pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya mampu membuatkan kandungan penyampaian saya lebih menarik dan kelihatan lebih canggih. Contohnya, saya dapat menayangkan video boria bongkah yang mempunyai perktaan yang besar di bawahnya supaya murid-muird saya dapat membaca dan mengikuti lagu tersebut. Selain itu, saya sedar bahawa RPH yang akan kami hasilkan pada masa yang akan datang tidak harus terlalu padat dengan langkah pengajaran dan aktiviti. Hal ini demikian kerana kita perlu mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul dengan tiba-tiba dalam bilik darjah dan mengambil masa untuk menyelesaikannya. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira penerimaan murid terhadap pengajaran kita sambil menjangkaan respon murid. Tiada gunanya sekiranya kita menetapkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tetapi murid tidak dapat menguasai apa-apa pun pada akhir pembelajaran. Oleh itu, saya akan lebih berhati-hati semasa merancang RPH dan membuat persediaan yang lebih rapi semasa menyediakan pengajaran saya kelak. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang dihadapi dan seterusnya memikirnya alternatif untuk menyelesaikannya. Malah, adalah lebih baik sekiranya saya mendapatkan komen atau refleksi tentang pengajaran daripada murid pada akhir kelas, sama ada secara bertulis atau lisan. Melalui cara ini, saya akan dapat lebih mudah melihat kelemahan yang ada pada perspektif murid dan membaikinya. Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Semasa membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan.

3.0 Soalan 3Hasilkan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang dibuat sendiri dengan kreatif berdasarkan ICT atau pelbagai bahan. Gunakan BB tersebut dalam perlaksanaan pengajaran mikro kelas pendidikan khas mata pelajaran metamatik untuk satu waktu pengajaran. Huraikan 3 kelebihan BBB yang digunakan dalam kelas.

Kad Perkataan

Bongkah bentuk 3-D

Kad Gambar

Bahan maujud yang berbentuk 3-D

Bahan Pengajaran

Komputer Riba

3 Kelebihan BBB Bahan Bantu Belajar amat diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran Metamatik dan juga subjek lain bersama murid pendidikan khas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen lagi. BBB yang digunakan adalah sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Metamatik. BBB merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.Dalam aktiviti pengajaran saya kali ini saya menggunakan bongkah-bongkah bentuk untuk memperkenalkan bentuk-bentuk 3-D. Maka, murid-murid saya memegang bongkah-bongkah bentuk untuk mengenal bentuk-betuk yang saya cuba sampaikan serta mereka lebih mengingati bentuk itu dengan lebih bagus lagi. Selain itu, mereka jug dapat mengagak bentuk bahan-bahan di persekitaran mereka dengan lebih mudah. Di samping itu, penggunaan BBM dalam aktiviti juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya saya menggunakan kad perkataan yang ditulis nama bentuk untuk murid-murid saya supaya mereka lebih mengingati apa yang saya mengajar. Murid-murid belajar dengan apabila rakan-rakan mereka mengeja huruf yang saya tunjukkan melalui kad perkataan. Saya juga ada telah menyediakan suatu bahan pengajaran yang boleh berkaitan dengan pemadanan bentuk 3-Dimensi dengan nama bentuk tersebut. Saya meminta murid-murid untuk mengeja perkataan dahulu dan cuba bantu mereka untuk memadankannya dalam bahan pengajaran yang telah saya sediakan dahulu. Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid untuk mudah dan cepat memahami sesuatu konsep matematik. Selain itu, penggunaan multimedia sebagai BBB amat membantu dalam pembelajaran Matematik dalam kelas. Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Saya ada menggunakan computer riba saya untuk menayangkan video boria bongkah dalam set induksi. Murid tertarik dengan apa yang saya cuba ajar apabila saya membuka computer riba saya. Mereka cuba untuk mengikuti lagu yang saya tayangkan akan tetapi mereka tidak dapat mengikuti lagu tersebut kerana itu adalah sebuah lagu yang baharu bagi mereka serta mereka tidak boleh membaca dengan fasih. Secara ringkasnya, pengajaran dengan menggunakan BBB amat membantu murid sewaktu proses pembelajaran. Oleh itu, guru-guru harus mempelbagaikan penggunaan BBB dalam pengajaran subjek Matematik.

4.0 Soalan 4Sediakan satu pelan lantai kelas yang kondusif mengikut kreativiti anda sebagai seorang guru pendidikan khas yang berkaliber. Huraikan justifikasi mengapa anda memilih pelan lantai tersebut.Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan. Sebegitu juga untuk murid-murid pendidikan khas. Murid-murid pendidikan khas sepatutnya boleh bersaing dengan murid-murid normal di aliran perdana jika guru mengamalkan pendidikan abad ke-21. Bilik darjah harus harus mempunyai ciri-ciri kemahiran abad ke-21.Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan kondusif untuk penagajaran dan pembelajaran itu dapat dijalankan dengan lancar . Maka dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pacaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsur sangat perlu digabungkan dan diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid pendidikan khas. Bilik darjah dikenali sebagai bilik darjah apabila di dalamnya terdapat guru dan murid dan kedua-dua pihak ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pula dibantu oleh peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka. Untuk itu guru perlu peka dengan suasana kelas pendidikan khas.Saya sebagai bakal guru pendidikan khas telah menyediakan satu pelan kelas yang mempunyai kesesuaian dan keistimewaan sendiri. Murid-murid pendidikan khas dalam satu kelas akan akan sekurang-kurangnya 6 orang. Dan selalunya setiap kelas pendidikan khas akan mempunyai seorang pembantu. Maka, saya menyediakan meja untuk murid-murid pendidikan khas dalam kumpulan supaya mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Hubungan sosial mereka akan dapat dipertingkatkan.Selain itu, pelan bilik darjah ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut buletin mingguan, sudut maklumat, tempat letak fail, rak buku, kemudahan komputer dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Kelas mestilah sentiasa kemas dan tersusun supaya murid berasa seronok dalam kelas dan dapat mengikuti pengajaran guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan. Selain itu, saya telah membuat penyusunan supaya sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian dan tahap penglibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Saya juga telah menempatkan ruang untuk meletak beg untuk murid-murid supaya mereka meletakkan beg mereka di ruang tersebut.Di sebuah kelas pendidikan khas ruang dapur, stor dan tandas perlu ada untuk kegunaan murid-murid pendidikan khas. Saya telah juga menyediakan suatu ruang bilik sensorimotor untuk meningkatkan penggunaan motor halus dan kasar murid-murid pendidikan khas. Di samping itu, saya juga telah menyediakan ruang untuk menonton TV. Murid-murid pendidikan khas akan senang jemu jika asyik belajar dengan cara yang sama di dalam kelas. Oleh itu, guru boleh menggunakan ruang TV untuk mengajar murid-murid pendidikan khas supaya mereka dapat belajar dengan seronok. Murid juga dapat belajar menggunakan komputer yang disediakan oleh guru dalam kelas tersebut. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan komputer. Murid-murid pendidikan khas mempunyai masalah yang pelbagai. Untuk membantu mereka untuk mempunyai keyakinan diri dalam diri mereka pelbagai terapi harus dilaksanakn. Antara terapi yang sesuai adalah terapi hidro, terapi main dan terapai snoozeland. Oleh itu, dengan adanya kolam renang mini di luar kelas pendidikan khas maka guru yang bertauliah yang mempunyai sijil terapi dapat melaksanakan aktiviti terapi serta boleh mempelabagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ruang untuk permainan di dalam kelas serta taman permainan mini di luar boleh membantu murid-murid pendidikan khas untuk melibatkan diri dalam suasana pembelajaran. Murid-murid yang mempunyai masalah autisme selalunya akan berada dalam dunia sendiri. Guru perlu mempelbagaikan cara untuk mendapatkan respons daripada murid-murid sebegini. Dengan menggunakan ruang-ruang yang telah disediakan guru mampu meningkatkan lagi penglibatan murid-murid pandidikan khas.Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Barulah murid-murid pendidikan khas akan mempelajari dengan cara yaga betul.Selain itu, Go Green House adalah sebuah rumaha hijau yang diubahsuai daripada idea yang dikemukakan oleh tokoh yang bernama Maria Montessori. Maria Montessori mengatakan bahawa kanak-kanak perlu belajar melalui pengalaman. Maka, dengan penyediaan rumah hijau tersebut murid-murid pendidikan khas akan mempelajari tentang nilai kecintaan akan alam sekitar. Penyediaan galeri seni pula adalah untuk meningkatkan psikomotor murid-murid pendidikan khas serta untuk mengetahui bakat mereka dan mengasah bakat mereka dalam bidang tersebut. Padang mini juga untuk meningkatkan psikomotor murid-murid pendidikan khas. Dengan kata lain bukan semua murid-murid pendidikan khas mempunyai bakat, tahap, pencapaian yang sama. Semua insan di muka bumi ini adalah bebrbeza dan unik. Itulah keunikan penciptaan Tuhan. Akhir sekali, penggunaan prasarana yang telah disediakan saya yakin guru pendidikan khas mampu meningkatkan tahap pencapaian murid-murid pendidikan khas. Akan tetapi guru tidak boleh melayan karenah murid-murid. Jika perlakuan yang dilakukan oleh murid pendidikan khas adalah salah maka guru perlu memberi teguran supaya mereka mempelajari nialai-nilai baik. Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Kesimpulannya, pelan lantai bilik darjah murid-murid pendidikan khas perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya akan mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.

5.0 Refleksi Saya Vijayalechumy a/p Sugumaran berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus yang diedarkan oleh pensyarah kami, Puan Safiah binti Harun telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya melaksanakan soalan 1 dan2 kerja kursus ini di tempat tinggal saya sewaktu menjalani PBS. Kami diminta untuk membuat RPH dengan format yang betul dan membuat Microteaching di dalam kelas. Disebabkan tempoh masa penghantaran tugasan ini adalah selepas kami menjalani PBS pensyarah kami minta untuk mencuba mengajar RPH yang kami buat dengan BBB supaya mendapatkan pengalaman yang baharu.Pada mulanya saya berasa amat takut kerana sekolah yang saya bakal pergi itu kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan di situ. Tetapi, selepas saya menjejakkan kaki saya pada hari pertama di sekolah tersebut saya sangat bersyukur kerana guru-guru di situ melayan kami dengan begitu baik sekali. Mereka menunjuk ajar kami tentang cara-cara pengajaran subjek-subjek di kelas Pendidikan Khas tersebut. Saya meminta tunjuk ajar daripada seorang guru Metamatik Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Guru tersebut melihat RPH yang telah saya sediakan dan beliau ada memberi sedikit komen tentang RPH tersebut serta beliau memberi peluang kepada saya untuk mengajar mereka pada hari seterusnya.Melukis pelan kelas Pendidikan Khas adalah salah satu soalan daripada tugasan yang diberikan. Untuk memenuhi soalan tugasan tersebut saya meneliti pelan kelas pendidikan khas di sekolah tersebut serta saya juga mengunjungi pra sekolah Pendidikan Khas untuk mendapatkan sedikit sebanyak idea. Saya juga ada meminta pendapat daripada ayah bagaimana hendak membuat penyusunan ruang-ruang di kelas pendidikan khas tersebut. Saya juga melayari laman sesaawang untuk mendapatkan idea-idea untuk melukis pelan kelas pendidikan khas yang saya merasakan sesuai untuk murid-murid Pendidikan Khas.Saya mempelajari pelbagai benda melalui pengalaman saya sewaktu saya menjalani PBS. Melalui pengalaman saya menjalankan tugasan ini saya mempelajari bahawa semua insan yang dicipta di muka bumi ini adalah berbeza. Keunikan dan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan manusia menyebabkan wujudnya individu yang berbeza satu sama lain. Sebegitu juga di dunia Pendidikan Khas. Setiap murid pendidikan khas tidak sama dari segi fizikal dan mental. Perbezaan manusia dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan, hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukkan sesuatu. Apa yang saya belajar dalam kelas tidak sama di dunia luar. Saya mendapat tahu belajar melalui pengalaman amat penting untuk guru pendidikan khas untuk meneruskan perjalanan sebagai guru pada masa kelak.Saya belajar untuk membantu perkembangan anak murid pendidikan khas kita perlu menitikberatkan hal-hal ini lalu berusaha untuk membantu anak murid tersebut untuk berjaya dalam kehidupannya walaupun bukan dari segi peperiksaan tetapi dengan ilmu kemahiran. Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan hendaklah diterapkan dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi asset dan mangkin perubahan kepada generasi akan dating kelak. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian, seorang guru itu harus tabah dalam meneruskan misi sebagai pendidik anak bangsa. Dalam hal ini , saya telah cuba sedaya upaya untuk diri saya. Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi akan saya jadikan sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk memperbaiki lagi diri ini. Sekian

6.0 BibliografiBukuKPM. (n.d.). Dokumen Standard Kementerian Pelajaran Pendidikan Khas Metamatik. Matematik, G. P. (2015, Mac 23). Bagaimana mengajar murid-murid pendidikan khas?Mohd Zuri Ghani, A. C. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Laman SesawangEyta, C. (2015, Mac 13). BBM Metamatik. Retrieved from http://ilhamkuselalu.blogspot.com/2011/07/bbm-matematik-terbaru.htmlMaz, C. (2015, Mac 12). Diari Guru Pemulihan bbm tunas. Retrieved from http://pemulihankhastunas.blogspot.com/2013/10/free-bbm-matematik-kat-bawah-ni-maz.html

7.0 LAMPIRAN

21