keperluan khas dalam matematik

24
Keperluan Khas Dalam Matematik Murid berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Garciulo turut memberi pandangannya dalam mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas dengan menyatakan "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." (Garciulo 2003) Individuals with Disabilities Education Act (IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 telah mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori. Antaranya ialah kecacatan fizikal (Cerebral Palsy, Muscular Dystrophy, Spina Bifida dan Epilepsy) dan Masalah Pembelajaran seperti Disleksia, Diskalkulia, Autistik, Hiperaktif (ADHD dan ADD), Pintar Cerdas, Dispraksia serta Disfasia. Namun untuk penulisan saya ini, saya hanya memberi penekanan terhadap beberapa masalah pembelajaran yang wujud dalam kalangan murid-murid disamping menerangkan secara umum mengenai Autistik, Hiperaktif serta Pintar Cerdas.

Upload: fazlin-ayuni

Post on 03-Oct-2015

81 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

MATEMATIK

TRANSCRIPT

Keperluan Khas Dalam MatematikMurid berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Garciulo turut memberi pandangannya dalam mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas dengan menyatakan

"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."

(Garciulo 2003)

Individuals with Disabilities Education Act (IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 telah mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori. Antaranya ialah kecacatan fizikal (Cerebral Palsy, Muscular Dystrophy, Spina Bifida dan Epilepsy) dan Masalah Pembelajaran seperti Disleksia, Diskalkulia, Autistik, Hiperaktif (ADHD dan ADD), Pintar Cerdas, Dispraksia serta Disfasia. Namun untuk penulisan saya ini, saya hanya memberi penekanan terhadap beberapa masalah pembelajaran yang wujud dalam kalangan murid-murid disamping menerangkan secara umum mengenai Autistik, Hiperaktif serta Pintar Cerdas.Autisme Autisme dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Biasanya komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Namun demikian, Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas terutamanya mereka kerap kali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik. Dr. Widowo (Pencegahan Autis Pada Anak) menyatakan penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut. kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan. Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut. Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.Hiperaktif (ADHD dan ADD)

Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat. Terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaituAttention Deficit Disorder (ADD)atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif danAttentionDeficit Hiperactivity Disorder(ADHD)atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Antara ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Kanak-kanak ini sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan disamping mempunyai tabiat membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak terurus.Sementara itu, ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) ialah mempunyai tahap aktiviti tinggi, lebih cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri, kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan, mempunyai tingkah laku yang agresif dan terlampau yang mudah terangsang, kanak kanak ini tidak matang dari segi sosial serta mempunyai sifat rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yang sama.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika pula (APA), ADHD dapat dikategorikan kepada 3 iaitu yang pertama ialah ADHD kurang tumpuan. Kategori ini lebih kepada mereka yang kerap mengelamun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur untuk tugasan yang telah diberikan. Gejala ini membuktikan kanak kanak ini adalah dikategorikan dalam kumpulan ADHD kurang tumpuan. Kategori kedua ialah ADHD hiperaktif-impulsif. Bagi hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi manakala bagi impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir atau bertindak secara melulu. Kategori terakhir ialah merupakan ADHD gabungan. Bagi ciri ini akan menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru terhadap kanak-kanak ini adalah dengan memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat duduk. Mereka seharusnya ditempatkan di suatu sudut yang tidak ada banyak perkara yang boleh menarik perhatiannya. Hal ini dapat mengelakkan kanak-kanak ini daripada tertarik kepada sesuatu perkara. Guru juga dapat menyediakan peluang untuk kanak-kanak ini dengan melibatkan mereka dalam aktiviti yang aktif di dalam kelas seperti menjalankan permainan matematik. Secara umumnya, kanak-kanak lebih suka belajar dalam bermain. Mereka dapat mengingat konsep dengan lebih baik melalui aktiviti permainan. Tindakan lain adalah guru memberikan kanak-kanak ini arahan, tugasan atau masalah ringkas yang berkaitan dengan contoh kehidupan sebenar dan memberitahu kanak-kanak ini akibat sekiranya melengkapkan tugasan ini. Pintar Cerdas

Menurut Jabatan Pendidikan United States (1993), kanak-kanak pintar cerdas adalah individu yang menunjukkan potensinya pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang mempunyai pengalaman dan persekitaran yang sama (Woofolk, 2004). Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan intelek, daya kepimpinan serta prestasi akademik yang cemerlang. Hasil kerja yang ditunjukkan menampakkan keaslian dan mejangkaui peringkat umur mereka. Menurut Davis & Rimm (1998), murid pintar cerdas gemar bekerja sendirian, tekun melaksanakan tugasan yang mencabar dan berasa bosan dengan kerja-kerja harian. Terdapat 4 kaedah yang disyorkan oleh Nurul Asyikin dan Masziatie Aziz (2011) iaitu kaedah pecutan, kaedah pengayaan, kaedah koperatif dan kaedah pengelompokan. Kaedah pecutan berfungsi sebagai kaedah yang memendekkan masa atau tempoh belajar.Kaedah pecutan ini akan lebih berkesan sekiranya pihak sekolah turut sama terlibat dan mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan. Terdapat dua kaedah pecutan iaitu kurikulum penyesuaian dan pecutan subjek. Kanak-kanak akan diniliai berdasarkan tahap penguasaan masing-masing dan bukan dinilai mengikut kurikulum sekolah yang seragam mengikut peringkat kanak-kanak yang sebaya. Manakala pecutan subjek pula adalah memberi tawaran kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menguasai sesuatu subjek tetapi akan ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan sebaya untuk subjek lain. Seterusnya adalah kaedah pengayaan yang didefinisikan sebagai program pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari (Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipetik dalam Nurul Asyikin & Masziatie Aziz,2011). Kaedah ini berfungsi sebagai memenuhi keperluan dan kemampuan kanak-kanak pintar cerdas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat dua bentuk kaedah pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam adalah kaedah yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan kurikulum yang terdapat di sekolah manakala pengayaan yang meluas pula, kanak-kanak ini akan mempelajari perkara di luar bidang. Melalui kaedah ini, isu berkenaan kanak-kanak pintar cerdas mudah bosan dapat dikawal dan diatasi.

Kaedah yang ketiga adalah kaedah pengelompokan iaitu satu kaedah yang menempatkan sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai potensi atau intelektual yang sama di dalam sebuah kelas. Apabila kanak-kanak yang mempunyai tahap intelektual yang sama berada dalam satu kelompok, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah di samping mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesan yang positif terhadap motivasi dan persepsi kanak-kanak pintar cerdas dalam proses pembelajaran. Selain itu juga, kaedah pengelompokan ini dapat memberi cabaran kepada kanak-kanak pintar cerdas selain meningkatkan kebolehan membuat penaakulan masing-masing. Akhir sekali adalah kaedah koperatif. Menurut Nurul Asyikin dan Masziatie Aziz (2011), kaedah ini merupakan strategi pengajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan pelajar akan berinteraksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini boleh disertai oleh pelbagai individu tanpa mengira umur dan disesuaikan dengan sebarang subjek supaya interaksi dua hala dan perkongsian maklumat boleh berlaku di samping meningkatkan kualiti pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas. Oleh itu, guru perlu bijak mencorakkan gaya pengajarannya agar dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk terlibat bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas sekali guru-guru yang terlibat dalam pengajaran kanak-kanak pintar cerdas ini perlu mempunyai komitmen dan kesabaran yang tinggi agar kebajikan dan pendidikan kanak-kanak dalam kategori ini tidak terabai.Disleksia Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Menurut Mercer (1991), Disleksia ialahketidakupayaan yang teruk dalam membaca,melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Menurut Choong Lean Keow (2009: 158).dalam bukunya Pengurusan BilikDarjah danTingkah Laku mendefinisikan disleksia sebagai kesukaran menggunakan perkataanyang dihadapi oleh muridyang mengalami kecelaruanbahasa . Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik , Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa dan Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan.

Disleksia ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Disleksia Visual, Disleksia Auditori dan Disleksia Visual-Auditori. Disleksia Visual adalah disleksia yang menyebabkan Kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Jika dirujuk pada konteks Matematik, kanak-kanak disleksia turut mengalami kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental dimana mereka sering menterbalikkan nombor yang sama. Sebagai contoh nombor 9 ditulis sebagai nombor 6. Disleksia Auditori akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Kategori yang terakhir ialah Disleksia Visual-Auditori dimana kanak-kanak akan berdepan dengan kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara faktor disleksia ialah Keturunan atau genetic dimana kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Adakalanya faktor biologi turut menymbang dalam masalah disleksia ini. Hal ini kerana sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Hal ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Faktor seterusnya ialah kematangan. Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia .Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak yang berkeperluan khas juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak khas. Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti kemahiran dan pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Keberkesanan seorang guru dapat dilihat apabila objektif pembelajaran yang dijalankan tercapai dan corak pengajaran yang mampu menarik dan mengekalkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan perancangan pengajaran agar memberi faedah kepada murid-murid khas dengan berkesan. Beberapa strategi dan teknik telah dikenalpasti bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah ini. Salah satunya ialah penggunaan model untuk mengatasi masalah disleksia. Model yang pertama ialah Model Inklusif dimana Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.Selain itu, terdapat juga Model kelas khas dilaksanakan bagi kanak-kanak bermasalah disleksia yang teruk. Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik. Oleh itu, kita dapat mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dengan murid amat dititikberatkan memandang guru dapat membantu mengenalpasti sekiranya terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan kanak-kanak tersebut.

Selain menggunakan model, guru perlu memastikan mesej serta aktiviti-aktiviti bilik darjah harus ditulis dipapan putih dan tidak sesekali menyampaikan mesej atau maklumat secara verbal. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengingati maklumat yang disampaikan dan menyebabkan mereka keliru apa yang patut mereka lakukan. Sebaiknya guru hendaklah menulis dipapan putih supaya semua murid dapat melihat dan membacanya dengan lancar tanpa sebarang halangan. Seterusnya, guru boleh menempatkan mereka dibahagian hadapan kelas. Hal ini bertujuan agar guru yang mengajar dapat memantau perkembangan murid semasa p&p dengan lebih mudah. Pandangan mereka turut tidak terhalang apabila mereka berada di bahagian hadapan.

Melalui aspek pengajaran kreatif pula, guru menggunakan kepelbagaian warna untuk membezakan nombor-nombor yang biasa kanak-kanak ini keliru. Sebagai contoh nombor 6 dan nombor 9. Guru boleh menggunakan warna yang terang seperti warna merah untuk nombor 6 sementara warna kuning untuk nombor 9. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini dapat membezakan setiap angka yang dinyatakan. Selain itu, penggunaan buku yang mempunyai tulisan yang besar serta jarak yang sesuai adalah digalakkan supaya murid tidak keliru dengan huruf dan nombor yang sering diterbalikkan oleh mereka. Saiz dan jarak yang sesuai dapat membantu murid untuk membaca dan mengenalpasti huruf sebenar. Guru juga dapat mengajar kanak-kanak ini untuk menggunakan kalkulator dalam menyemak jawapan samada betul atau salah. Akan tetapi penggunaan kalkulator ini hendaklah dihadkan penggunaannya supaya kanak-kanak ini tidak terlalu bergantung kepadanya sehingga tidak lagi mahu membuat pengiraan secara mental. Untuk aktiviti pemulihan terutamanya bagi matapelajaran matematik, guru dapat menggunakan bahan bantu mengajar seperti Papan Geometri dimana dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar. Penggunaan bahan konkrit ini secara tidak langsung dapat melatih motor halus mereka semasa membentuk pelbagai nombor. Melalui aktiviti ini, memori kanak-kanak akan lebih mudah mengingat bentuk dan imej yang mereka hasilkan dalam dapan geometry tersebut. Selain itu, guru juga dapat menggunakan bilangan murid yang ramai dalam sesuatu kelas untuk menjalankan aktiviti yang menarik seperti membuat bentuk nombor menggunakan pergerakkan anggota badan. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat bentuk nombor menggunakan anggota badan. Murid disleksia sedikit sebanyak dapat mengenalpasti nombor apa yang mereka sedang hasilkan. Umumnya, aktiviti pengayaan untuk murid-murid disleksia adalah lebih terarah kepada latihan latih tubi. Hal ini kerana melalui latihan yang banyak, murid-murid akan lebih mudah mengingati kandungi yang dipelajari. Antara latih tubi yang biasa dilaksanakan ialah menyambung garisan putus-putus untuk membentuk nombor. Aktiviti sebegini dapat membantu murid untuk menkordinasikan pergerakkan tangan serta matanya supaya nombor yang disambungkan adalah tepat. Guru juga dapat menggunakan kaedah pecah dan cantum dimana sekeping kad nombor telah dirawakkan kedudukannya dan murid-murid perlu menyusun semula kedudukan kepingan kad-kad tersebut sehingga membentuk satu nombor.

Kesimpulannya, aktiviti pemulihan dan pengayaan adalah penting bagi mengukuh dan memantapkan lagi kandungan yang telah dipelajari. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana masih banyak lagi aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk murid-murid disleksia. Diskalkulia

Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah Diskalkulia. Banyak takrifan yang telah dibuat oleh pakar mengenai masalah Diskalkulia ini. Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran sementara "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia dapat didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik atau mengira. MenurutDepartmant for Education Skills2001(DfES), Diskalkulia merujuk kepada suatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Sebagai contoh, mereka tahu 3+4=7, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 4+3=7. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).Pada awalnya, masalah diskalkulia ini hanya dikaitkan dengan mereka yang menghadapi kerosakan sebahagian otak akibat kemalangan atau serangan strok. namun penyelidikan terbaru mendapati bahawa diskalkuliajugabolehterjadisemasaperingkatperkembangan seseorangkanak-kanak yang sihat.. Ianya dikaitkan dengan faktor genetik yang menyebabkan seseorang itu menghadapi kesukaran untuk memahami, mengingati dan menggunakan nombor-nombor dalam kehidupan seharian. Diskalkulia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tahap IQ mereka dan penghidap biasanya menghadapi masalah dalam menentukan masa, mengira jumlah harga barang, mengira wang baki, mengukur jarak, suhu dan juga kelajuan. Dianggarkan 5% daripada populasi manusia menghadapi masalah ini iaitu mereka yang lemah dalam Matematik tetapi cemerlang dalam bidang-bidang yang lain.Hasil penyelidikan di Kolej Cambridge mendapati terdapat beberapa faktor penyebab kepada masalah ini antaranya ialah factor kognitif. Faktor ini merangkumi keupayaan mental mereka untuk membuat pengiraan secara mental walaupun soalan yang diberi adalah mudah. Berkemungkinan hal ini berkait rapat dengan tahap IQ mereka walaupun hasil penyelidikan menunjukkan masalah pembelajaran ini boleh berlaku tanpa mengira tahap IQ seseorang. Faktor seterusnya ialah kekurangan kemahiran asas untukbelajar matematik terutamanya operasi asas seperti tambah, tolak,darab dan bahagi. Penguasaan operasi asas adalah sangat penting memandangkan setiap operasi ini membawa konsep yang berbeza. Sebagai contoh operasi tambah dan tolak. Operasi tambah akan meningkatkan jumlah di akhir pengiraan sementara operasi tolak pula akan mengurangkan jumlah di akhir pengiraan. Sekiranya murid-murid gagal menguasai operasi ini, mereka akan mengalami kekeliruan dan melakukan kesilapan dalam mengira. Kekurangan kemahiran asas ini juga berkemungkinan disebabkan oleh tindakan guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan sehingga mengabaikan tahap kefahaman murid-muridnya. Faktor yang terakhir ialah pendedahan awal matematik yang mendesak. pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia. Biasanya pendedahan mendesak ini menyebabkan kanak-kanak tertekan untuk mempelajari matematik sehingga menghilangkan minat mereka untuk belajar matematik. Apabila minat semakin luntur, persiapan untuk belajar juga diabaikan. Secara tidak langsung menjurus kepada masalah pembelajaran diskalkulia ini. Antara symptom murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran diskalkulia adalah :

KesukaranmemahamidanmengingatiCartaSifir. .Kesukaranuntukmencongakjawapanpengiraanmatematik. Kesukaranmenggunakankalkulatoruntukmengira. Seringmenulisnombor-nomborsecaraterbalikseperti63menjadi36dan785 menjadi 875 Lemah dalam pengiraan spontan

Menghadapi kesukaran menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik

Lantaran itu, beberapa strategi dan teknik telah dikenalpasti bagi membantu murid-murid yang bermasalah ini. Antara strategi yang dapat digunakan ialah guru memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap. Latih tubi yang kerap dapat membantu murid mengenalpasti nombor-nombor yang ada dalam latihan yang diberikan. Kekerapan latihan dapat meningkatkan pemahaman murid mengenai konsep yang diajar seperti operasi asas. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan mereka daripada mengalami kekeliruan operasi asas lagi. Selain itu juga, kemahiran guru dalam menarik minat murid amat penting dengan menggunakan contoh yang berkait dengan kehidupan seharian disamping menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat konkrit. Biasanya, kanak-kanak berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 11 tahun lebih selesa belajar menerusi bahan yang dapat mereka rasa dan sentuh. Ini dapat menguatkan memori mereka untuk mengingati kandungan yang dipelajari. Contoh-contoh guru gunakan juga perlulah sentiasa mempunyai kaitan dengan budaya kanak-kanak di kawasan itu. Sebagai contoh dalam mengajar konsep penambahan wang tahun 3, guru boleh mengaitkan dengan situasi membantu ibu pergi ke pasar pada hujung minggu untuk membeli ikan dan sayuran dengan kadar tertentu bagi harga ikan dan juga sayur. Guru melibatkan penggunaan ringgit dan sen dalam situasi ini. Contoh ini adalah aplikasi daripada situasi sebenar dalam kehidupan harian kanak-kanak. Strategi seterusnya ialah guru sentiasa memberi penghargaan dan pujian kepada mereka untuk setiap tugasan yang mereka lakukan dengan betul. Guru perlu mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan motivasi mereka untuk belajar seperti melabelkan mereka dengan gelaran bodoh atau memarahi mereka di hadapan murid-murid lain. Penghargaan dan pujian adalah salah satu bentuk peneguhan positif yang dapat membantu untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini. Apabila tindakan mereka ini dipuji, mereka akan bersemangat untuk menunjukkan hasil kerja yang baik. Secara tidak langsung, prestasi mereka dapat ditingkatkan walaupun dalam kadar yang kecil. Berbeza pula apabila guru bertindak untuk memarahi mereka, mereka akan merasa diri mereka sangat lemah dalam subjek ini. Tindakan guru ini secara tidak langsung telah menghilangkan motivasinya untuk berusaha walaupun pada mulanya kanak-kanak ini mempunyai keinginan untuk memperbaiki menjadi lebih baik namun pendekatan atau cara guru gunakan itu menghilangkan terus minatnya untuk belajar. Penggunaan ICT seperti komputer serta alat-alat elektronik yang lain amat digalakkan memandangkan murid-murid sekolah rendah lebih menggemari pembelajaran yang pelbagai serta menarik minat. Banyak kajian telah menunjukkan minda murid lebih terangsang apabila melihat kandungan pembelajaran yang pelbagai warna dan animasi. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik. Dalam era serba canggih ini, penggunaan ICT lebih mudah dan mampu menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk meneroka pembelajaran bersama rakan-rakan lain dengan lebih mendalam berbanding menggunakan kaedah tradisional dalam p&p iaitu kaedah chalk and talk. Disini ditegaskan bahawa kaedah chalk and talk bukanlah tidak bagus namun guru perlu menjadi lebih kreatif dengan menggunakan teknologi yang ada masa kini. Guru juga boleh menggunakan Ten Frame dalam mengajar kanak-kanak diskalkulia ini. Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid dyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajari matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah lanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalam aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-frame dapat membantu murid untuk melihat secara visual & mengingati secara mental pola bintik untuk nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selain daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat membantu murid mengenalpasti dan menentukan nilai tempat sesuatu digit. Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10. Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih atau kurang nilainya.

Salah satu pengajaran kreatif yang boleh dipraktikkan oleh guru adalah menggabungjalinkan unsur lain dalam matematik. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar. Sebagai contoh, guru dapat menggabungjalinkan unsur muzik dengan subjek matematik supaya kandungan yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik dan berkesan. Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yangdipelajari denganlebih mendalam. Penggunaan muzik terutamanya lagu-lagu yang menjadi nyanyian kanak-kanak masa kini dapat membantu murid Diskalkulia untuk menerima dan mengingati sesuatu maklumat dengan lebih mudah. Perkara ini dapat dilaksanakan apabila murid sudah menghafal lirik dan irama lagu yang sedia ada dan guru hanya perlu menukar lirik lagu untuk disesuaikan dengan kandungan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat membuatkan murid menikmati pembelajaran hari itu. Di samping itu, antara aktiviti pengayaan dan pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk murid-murid diskalkulia adalah menggunakan kepelbagaian warna untuk membezakan nombor-nombor atau perkataan. Kepelbagaian warna dapat menarik perhatian murid untuk belajar kerana kanak-kanak ini umumnya sukakan bahan atau objek yang bewarna warni. Aktiviti ini lebih sesuai untuk dilaksanakan kepada murid-murid diskalkulia dalam kategori pemulihan. Seterusnya, aktiviti seperti menanda dan suai bentuk yang sama saiz , memadankan angka dengan bilangan benda, pengelasan berdasarkan ciri-ciri objek, adalah sangat sesuai sebagai aktiviti pemulihan. Hal ini dapat melatih atau menyediakan murid satu asas pemahaman yang kukuh berkaitan dengan nombor. Selain itu, aktiviti pengayaan seperti melukis gambar rajah berdasarkan soalan penyelesaian masalah juga baik untuk dilaksanakan. Aktiviti sebegini dapat menjana minda murid-murid ini untuk berfikir dengan lebih kreatif dalam menukarkan bentuk soalan daripada penyelesaian masalah kepada lukisan gambar rajah.

Contoh : Alif ada 10 biji limau sementara Adiknya, Maisarah pula ada 3 biji limau. Berapakah jumlah buah limau yang mereka ada?

ALIF MAISARAH

DisfasiaMenurut kajian barat dalam The New York Times (Health Guide) Monday, July 15, 2013, Disfasia merujuk kepada kesukaran untuk memahami mesej yang disampaikan oleh seseorang (receptive language disorder) serta kesulitan untuk menyampaikan mesej kepada individu yang lain (expressive language disorder). Masalah pembelajarn Disfasia juga merujuk kepada satu masalah bahasa di mana seseorang itu menghadapi kesukaran untuk memahami bahasa yang dipertuturkan (spoken language) serta sangat lemah dalam pemahaman bacaan (poor reading comprehension).Seseorang yang mengalami masalah pembelajaran Disfasia ini dapat dilihat menerusi beberapa symptom seperti mempunyai kesukaran dalam memahami maksud daripada bahasa percakapan. Hal ini disebabkan oleh kegagalan otak mereka untuk memproses maklumat yang diterima daripada penyampai utama. Mereka ini hanya dapat mendengar namun gagal untuk menterjemahkan ke dalam bentuk pemahaman. Mereka juga menunjukkan masalah hasil penulisan yang lemah. Pemahaman mereka yang kurang terhadap sesuatu perkara menjejaskan kemampuan mereka untuk menunjukkan hasil yang baik berikutan kekurangan perbendaharaan kata. Simpton yang seterusnya ialah kesukaran melabel dan mengecam objek. Biasanya mereka gagal untuk mengenalpasti objek-objek yang ditunjukkan secara tidak langsung gagal melabelkan dengan betul nama-nam objek tersebut. Selain itu juga, murid-murid ini boleh melukis dan menerangkan sesuatu objek, akan tetapi sukar untuk memikirkan perkataan untuk objek tersebut. Sebagai contoh, mereka dapat menerangkan cirri-ciri sebuah kubus dengan baik namun gagal untuk menyatakan apakah objek tersebut. Simptom yang terakhir ialah sukar untuk menerima sebarang jenaka. Mereka lebih suka menyendiri dan tidak menghiraukan usikan atau lawak jenaka oleh kawan-kawan mereka. Berkemungkinan mereka boleh menjadi agresif secara tiba-tiba sekiranya jenaka yang dibuat oleh kawan-kawan seperti mengganggu mereka. Antara strategi yang dapat guru gunakan dalam mengajar kanak-kanak Disfasia ialah guru perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai ketika bercakap ketika menyampaikan sesuatu mesej kepada murid berkenaan. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid-murid bermasalah ini dapat memproses maklumat yang telah disampaikan dengan baik sebelum dapat memahaminya. Perkara ini amat penting kerana sekiranya mereka tidak memahami mesej yang disampaikan, minat mereka terhadap subjek yang diajar akan semakin pudar dan lama kelamaan akan menghilangkan terus minat mereka untuk belajar. Guru juga perlulah memberi masa yang mencukupi kepada murid Disfasia untuk bercakap dan menyampaikan mesej mereka. Mereka perlu diberi ruang untuk menyampaikan mesej yang mereka ingin sampaikan walaupun sedikit lambat, guru perlulah bersabar dan tidak memberi tekanan kepada mereka ini dengan meminta mereka segera menyampaikan mesej atau mereka boleh kembali ke tempat duduk masing-masing. Secara tidak langsung dapat melunturkan semangat mereka untuk terus bercakap di dalam kelas. Sebaiknya, guru boleh memberi galakan kepada mereka supaya mereka rasa lebih berkeyakinan untuk bercakap. Berikan pujian dengan ikhlas kepada murid-murid ini atas usaha yang telah mereka lakukan untuk bercakap walaupun adakalanya perkara yang disampaikan tidak berkait dengan kandungan pembelajaran. Dari aspek pengajaran kreatif, penggunaan bahasa isyarat seperti gerakan tubuh dalam menyampaikan mesej dilihat sangat sesuai untuk kanak-kanak ini. Hal ini kerana jika dikaji dari segi konsep lagi, kanak-kanak Disfasia mempunyai masalah dalam bahasa, jadi penggunaan isyarat-isyarat seperti gerakan tangan, jari, bahasa badan dan sebagainya dapat membantu murid yang kurang bernasib baik dalam memahami bahasa yang disampaikan. Sebagai contoh dalam mengajar nombor bulat 0 hingga 9, guru boleh menggunakan isyarat gearakan tangan sambil menyebut angka tersebut supaya murid-murid ini mendapat gambaran mengenai bunyi dan bentuk nombor yang dinyatakan. Lama-kelamaan mereka akan dapat mengikuti apa yang disampaikan oleh guru tersebut.

Untuk aktiviti pemulihan, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang melibatkan penggunaan visual sebagai bantuan kepada murid yang lemah bahasa. Adakalanya penggunaan visual dalam buku kerja, lembaran kerja serta nota memberi bantuan tambahan kepada murid-murid ini dalam memahami kandungan teks yang ada didalamnya. Mereka berkemungkinan tidak memahami kandungan teks tersebut pada mulanya namun apabila adanya gambar-gambar, secara tidak langsung membantu mereka memahami kandungan teks tersebut. Sementara untuk aktiviti pengayaan pula, aktiviti yang tampak menarik dan sesuai adalah aktiviti nyanyian dimana guru menukarkan lirik sedia ada untuk disesuaikan dengan topic pembelajaran pada hari itu. Sebagai contoh dalam mengajar tajuk pecahan, guru boleh menggunakan lagu bapaku pulang dari kota tetapi menukarkan liriknya dengan unsure-unsur pecahan diikuti dengan beberapa model pecahan yang dinyatakan. Kanak-kanak akan lebih mudah mengingatinya sambil membuat pergerakanmengikut situasi yang terkandung di dalam lirik berkenaan. Namun harus diingat, guru perlu menyediakan lirik terlebih dahulu untuk setiap murid supaya mereka dapat membacanya sambil menyanyi beramai-ramai.Sebagai contoh :

DispraksiaApa itu Dispraksia? Perkataan Dispraksia adalah berasal daripada Dys dan Praxis . Kata Dys bermaksud tidak mudah atau sukar manakala kata Praxis bermaksud bertindak atau melakukan. Masalah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Dispraksia adalah gangguan atau ketidak matangan kanak-kanak dalam membuat perancangan akibat kurang kemampuan otak memproses maklumat sehingga maklumat tidak diproses sepenuhnya. Dispraksia mempengaruhi perancangan yang akan dilakukan dan bagaimana melakukannya. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motor atau sensori.

Antara tanda yang dialami oleh kanak-kanak dispraksia mengikut LDA of California and UC Davis M.I.N.D. Institute "Q.U.I.L.T.S." Calendar 2001-2002 ialah kanak-kanak ini menunjukkan keseimbangan yang lemah, sering jatuh dan cuai. Hal ini disebabkan oleh ketidakupayaan otak mereka memproses maklumat sehingga menggugat pergerakan serta keseimbangan tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai koordinasi mata-tangan yang lemah atau tidak seiringan. Sebagai contoh, adakalanya apabila guru meminta kanak-kanak ini melambung bola dan kemudian menangkapnya kembali, mereka mampu untuk melambungkannya namun gagal untuk menangkapnya semula disebabkan oleh tindak balas yang lemah daripada koordinasi mata dan tangan. Mereka juga menunjukkan kelemahan dalam menguruskan diri serta barang kepunyaan dengan baik. Tanpa bantuan orang lain, mereka kelihatan seperti tidak terurus dari segi penampilannya dan cara mereka menguruskan diri. Barang-barang kepunyaan mereka juga sering hilang akibat daripada sikap kecuaian mereka dalam menguruskan diri sera barang mereka. Tanda yang terakhir yang dapat dilihat pada kanak-kanak ini ialah mereka mengalami kesukaran dalam motor halus seperti menggunting, melekat dan mewarna. Segelintir daripada mereka dapat membuat aktiviti menggunting, melekat dan mewarna namun akan mengambil masa yang lama untuk melakukannya.

Dalam mengajar murid-murid dispraksia ini, beberapa strategi wajar diberi penekanan antaranya ialah guru tidak sesekali membandingbezakan keupayaan mereka dengan murid-murid normal yang lain. Sikap guru yang suka membanding bezakan kemampuan mereka mampu untuk menjatuhkan semangat mereka untuk belajar. Sebaiknya, guru perlulah member galakan atau peneguhan yang sesuai seperti pujian atau ganjaran kepada mereka ini supaya dapat dijadikan pemangkin untuk mereka terus bergerak maju dalam pelajaran. Sebagaimana yang diketahui, kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam koordinasi mata dan tangan, berkemungkinan mereka akan melakukan kerja dengan lebih perlahan berbanding murid-murid lain. Jadi, guru perlu memberikan masa yang lebih kepada mereka ini agar mereka dapat menyalin segala input atau menjalankan aktiviti yang telah guru arahkan. Kedudukan atau susunan kerusi dan meja serta segala perabot yang ada di dalam kelas hendaklah disusun dengan baik dan teratur supaya tidak menghalang pergerakan murid ini yang mempunyai kesukaran dari segi koordinasi.Cara pengajaran yang kreatif yang dapat guru praktikka dalam p&p ialah pengajaran menggunakan bahan manipulatif (Kit Manipulative) seperti papan geometri, blok asas sepuluh serta dough. Sebagai contoh, bagi murid yang masih kurang mahir dalam menulis angka dari 1 hingga 9 bagi matematik, guru boleh membuat dough yang terdiri daripada pelbagai warna yang berbeza bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti nombor-nombor yang dibentuk. Untuk menguji kemampuan murid, guru boleh membahagikan murid-murid ini kepada beberapa kumpulan dan diberi dough untuk mereka hasilkan nombor seperti 1 sehingga 9. Guru juga boleh menggunakan himpunan rod asas 10 untuk mengajar kanak-kanak ini operasi asas seperti operasi penambahan dan penolakan. Melalui kaedah ini, murid dapat menggunakan bilangan rod yang ada untuk membuat penambahan atau penolakan. Dalam menguruskan murid berkeperluan khas, watak yang paling penting adalah seorang insan yang bergelar guru. Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke-4), guru adalah orang yang mengajar, mendidik dan mengasuh. Oleh itu peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid.Menurut tokoh guru peringkat negeri kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online 2008), beliau menyatakan setiap guru perlu memberi keutamaan kepada murid dan ibu bapa supaya mereka dapat mengetahuai keperluan sebenar murid tersebut dalam usaha menjadi guru yang baik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru yang ingin melahirkan guru berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui.

Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di Pulau Langkawi telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah. Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah. Jalinan komunikasi yang terbina antara guru dan murid memudahkan guru untuk mengesan potensi sesetengah murid berkeperluan khas untuk diasuh dengan lebih baik lagi bagi mencapai objektif seperti mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. +

Alif & Maisarah