kadar tambahan dikenakan bluelite hijau pisang(depan).pdf · berfototerapi di rumah bermula di...

1
bluelite Panduan Berfototerapi Di rumah Untuk Bayi Jaundis Segala Maklumat Yang Terkandung Di Dalam Risalah Ini Adalah Tertakluk Kepada Perubahan © Home Phototherapy Services Sdn Bhd 2017 Kadar Harga Untuk Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah*(Bawah 30km) Kos Keseluruhan - Pakej 3 malam Termasuk 1, 2 Dan 3 di bawah Pakej 3 malam (72 jam) 2 malam (48 jam) RM485 RM395 RM130 RM240 RM25 RM250 RM130 RM330 RM25 RM300 1. Penghantaran, Pemasangan & Pengambilan 2. Sewa Lampu 3.Penutup Mata *Bayaran(Deposit) Selepas Pemasangan Caj untuk penghantaran selepas waktu pejabat Sambungan sewa setiap malam (selepas 72 jam) Hari Minggu & Cuti Am Bayaran tambahan bagi penghantaran luar kawasan melebihi 30km Lain-lain Caj Jika Berkaitan RM40.00 RM50.00 RM70.00 Sila Telefon * Untuk kadar harga di luar kawasan Lembah Klang kadar tambahan dikenakan HOME PHOTOTHERAPY SERVICES SDN BHD (501390-M) D513, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor DE Waktu Panggilan : 9.00 pagi - 9.00 malam Bluelite Malaysia bluelite_my 012 -395 1311 03-7880 1440 Pejabat bluelite.com.my Maklumat Berkaitan: ►Berdasarkan rekod lebih 8,000 penyewa, ibu-bapa dapat mengendalikan rawatan di rumah dengan berjaya. 35% pengguna adalah ibu-bapa yang baru - bagi anak sulung mereka. Faktor utama pengguna memilih rawatan di rumah adalah keselesaan. Penjimatan kos adalah sebab kedua. ►Rawatan di rumah adalah sesuai untuk jaundis fisiologik. 90% kes jaundis yang memerlukan rawatan adalah dalam golongan ini. Ia juga sesuai untuk rawatan lanjut bagi kes jaundis yang lain dengan nasihat doktor. Tahap bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan pekak. ►Susu ibu adalah yg terbaik walaupun semasa fototerapi. Bayi yang disusu mungkin menunjukan tahap bilirubin yang lebih tinggi dan berlarutan sedikit tetapi kelebihan susu ibu terlalu banyak berbanding risikonya. Pantau bayi anda dengan rapi. Untuk menjayakan fototerapi dgn lancar pastikan bayi anda berada cukup lama di bawah lampu dan mendapat susuan ibu yang secukupnya. ►Doktor yang fasih dengan fototerapi di rumah perlu dirujuk sebelum memilih kaedah ini. Lebih 50 pakar pediatrik di lebih 20 lokasi telah menyarankan fototerapi di rumah sejak 2001. Senarai mereka boleh didapati daripada kami. Malangnya terlalu ramai doktor dan hospital mengamalkan polisi tidak membenarkan fototerapi di rumah dalam semua keadaan. Lampu Bluelite yang banyak ciri-ciri innovatif adalah dipatenkan dan tidak boleh ditiru mengikut undang-undang. (No Paten: MY118022-A). Ianya disewa oleh beberapa pusat perubatan untuk pesakit dalam kerana keberkesanannya Menurut sebuah kajian yg diterbitkan jurnal perubatan terulung di Malaysia, kadar penurunan purata bilirubin total menggunakan Bluelite di rumah adalah 53.4 μmol/L/sehari atau lebih dua kali berbanding kaedah double phototherapy di hospital kerajaan ia itu 22.1 μmol/L/sehari [MJM Vol 59 No 3, Aug. 2004]. Keberkesanannya jauh mengatasi mana-mana alat mudah alih yang terdapat di pasaran sedunia. ►Pastikan sesiapa sahaja yg memberi perkhidmatan fototerapi mempunyai radiometer cahaya biru (bili light). Tahap cahaya perlu diukur untuk mempastikan tiub lampu masih berkemampuan dan menentukan jarak semasa rawatan. Lampu yang lemah kesannya akan memanjangkan tempoh rawatan dan mendatangkan pendapatan yg lebih kepada penyedia perkhidmatan – hasil daripada anda. HOME PHOTOTHERAPY SERVICES SDN BHD (501390-M) MDA License No: KP55476157816 MALAYSIA’S ONLY CERTIFIED MANUFACTURER AND RENTAL SERVICE FOR PHOTOTHERAPY EQUIPMENT Sejak 2001

Upload: buingoc

Post on 21-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kadar tambahan dikenakan bluelite Hijau Pisang(depan).pdf · Berfototerapi di rumah bermula di Amerika Syarikat dimana ia telah diterima pakai oleh ahli perubatan selama lebih 40

Mengendalikan Fototerapi Di Rumah

Arahan berikut melibatkan penggunaan betul alat kami yang direka khas dan dipatenkan. Perkara-perkara yg perlu dilakukan adalah mudah, tetapi begitu penting untuk keselesaan dan keberkesanan terhadap bayi anda

1. Elakkan Suhu Terlalu Rendah atau Terlalu TinggiSeperti sumber cahaya yang lain alat ini akan mengeluarkan haba. Pastikan bilik ada pengudaraan yang cukup sekiranya ia tidak berhawa dingin.Teknologi yang digabungkan dalam pembuatan alat ini memastikan haba yang dipancarkan pada bayi adalah paling minima. Suhu dalam tempat tidur bayi hanya 1 ke 2 C lebih berbanding suhu bilik. Ia adalah selamat untuk bilik tidak berhawadingin . Untuk bilik yg dihawadingin, laraskan suhu pada 26 atau 27 C

2. Lindungi Mata dan Sekitar Kemaluan BayiMemandang ke arah lampu biru yang terang secara berlarutan boleh merosakkan mata bayi anda. Anda akan ditunjukkan cara memakai penutup mata dengan betul (mula-mula dengan menggunakan anak patung). Pendedahan tidak sengaja untuk jangka masa yang pendek antara 30 minit hingga satu jam tidak menjejaskan mata bayi anda. Namun ia sepatutnya dielakkan dengan pengawasan yang teratur. Adalah menjadi amalan biasa bahawa kawasan sekitar kemaluan bayi dilindungi dengan lampin.

3. Pastikan Alat Diatas Permukaan Yang Stabil dan Awasi Keselamatan Elektrik Beberapa ciri keselamatan elektrik telah digabungkan dalam pembuatan alat ini. Setelah didirikan oleh kami, anda hanya perlu memetik suis di soket dinding rumah anda untuk memulakan rawatan.Jika dialih, tempat baru mestilah sama stabil. Pastikan kabel elektrik tidak tersangkut pada kaki orang yang berjalan.

4. Pantau Penyusuan, Pembuangan Air Kecil dan BesarKekurangan air dalam badan mungkin berlaku apabila menjalani fototerapi disebabkan pembuangan air besar yang lebih kerap dan suhu di bawah lampu yg tinggi sedikit berbanding biasa. Pastikan kehilangan air ini diganti dengan penyusuan yang kerap. Berat badan bayi anda tidak sepatutnya turun melebihi 10% berbanding semasa lahir.

5. Periksa Bayi Anda Selalu Periksa keadaan bayi anda semasa menyusukannya. Selain jaundisnya bayi anda sepatutnya dalam keadaan sihat. Kadang-kadang simptom lain mungkin timbul seperti demam, kulit mengupas, ruam - tetapi semua ini tidak berkaitan atau disebabkan oleh jaundis atau rawatannya. Jumpa doktor sekiranya perlu. 6. Lebih Banyak Kulit Yang Terdedah Pada Cahaya Biru dan Lebih Lama Pendedahan, Lebih Baik Dedahkan sebanyak mungkin kulit bayi anda untuk selama mungkin bagi penurunan tahap bilirubin yg terbaik. Bagi kebanyakan kes 12 jam - 8pagi ke 12 tengah malam - adalah mencukupi. Bayi hanya dikeluarkan untuk disusukan, diganti lampin dan mandi. Biasanya waktu rehat malam itu adalah perlu untuk ibu-bapa sebelum memulakan semula fototerapi pada keesokannya.Samada anda mahukan atau perlukan (untuk kes yg tahap bilirubin nya tinggi), penggunaan sepanjang masa dalam tempoh penyewaan boleh dilakukan dengan syarat ada orang yang dapat memantau bayi. Lampu kami adalah selamat untuk penggunaan berterusan.

7. Jumpa Doktor Seperti Di JadualkanBerfototerapi di rumah adalah usahasama antara penyedia perkhidmatan, ibu-bapa dan doktor. Fototerapi dimulakan dan ditamatkan mengikut arahan doktor. Kekuningan pada bayi tidak semestinya bermakna rawatan perlu diteruskan dan begitu juga sebaliknya. Pastikan bayi anda berjumpa doktor seperti dijadualkan!

Jaundis dan Fototerapi● Jaundis (juga dipanggil Sakit Kuning atau Hyperbilirubinaemia) dianggar melibatkan 75% bayi baru lahir yang mana 20% memerlukan rawatan. Tanda-tanda jaundis termasuk kekuningan pada kulit dan putih mata bayi disebabkan tahap tinggi bilirubin dalam darah.● Lazimnya bilirubin diproses oleh hati manusia dan dinyahbadankan melalui usus bersama najis. Jaundis berlaku apabila peningkatan kadar penjadian bilirubin di dalam badan melebihi kadar kemampuan hati bayi yg belum matang untuk memprosesnya. ● Bagi kebanyakan kes jaundis rawatan melibatkan meletakkan bayi di bawah lampu biru selama beberapa hari. Rawatan ini dipanggil fototerapi atau rawatan cahaya. Ujian sampel darah harian bayi menentukan samada rawatan patut diteruskan. ● Secara tradisi fototerapi dikendalikan di pusat-pusat perubatan yang mana ibu yang menyusukan bayi biasanya juga terpaksa tinggal bersama atau menghantar susu perahan.Sejak diperkenalkan pada 2001, Berfototerapi Di Rumah telah dipilih oleh ribuan ibu-bapa untuk bayi mereka. Pilihan dibuat setelah mendapat nasihat doktor mereka. Rekod penggunaan fototerapi di rumah menunjukkan keberkesanan yang setanding dengan fototerapi di hospital.

Berfototerapi Di Rumah - Selamat dan Berkesan● Berfototerapi di rumah bermula di Amerika Syarikat dimana ia telah diterima pakai oleh ahli perubatan selama lebih 40 tahun. Banyak kajian telah dibuat oleh pakar pediatrik tentang kaedah rawatan ini dan diterbitkan oleh jurnal perubatan antarabangsa termasuk di AS, UK, Australia, Kanada dan Malaysia.● Home Phototherapy Services Sdn Bhd menawarkan penyewaan lampu fototerapi mudah alih di dalam suasana keselesaan di rumah anda. Alat fototerapi akan dipasang untuk anda. Anda akan ditunjukkan cara-cara menggunakan alat dan menjaga bayi semasa berfototerapi.

Fakta-Fakta Tentang Berfototerapi Di Rumah :● Ibu-bapa tidak mengalami tekanan akibat berpisah dengan bayi dan berulang-alik ke hospital. Anak–anak yg lain juga tidak perlu berpisah dengan ibu mereka lebih lama daripada sepatutnya. ● Penyusuan ibu yang sememangnya terbaik untuk bayi tidak terganggu. ● Bayi anda memerlukan sentuhan dan belaian kerap ibunya. Fototerapi di rumah membantu anda memberi perhatian yang semaksimum kerana bayi sentiasa di samping anda.● Ianya adalah selamat berdasarkan kajian-kajian yang di dibuat di luar negara dan di Malaysia. Pengalaman kami dengan lebih 8,000 bayi mengesahkan ini. ● Berfototerapi di rumah adalah mudah digunakan dan berkesan. Tidak ada peralasan (adjustment) atau pengukuran perlu dibuat. Peralatan kami dijamin sekurang-kurangnya sama berkesan dengan peralatan hospital.● Anda boleh menjimatkan sehingga 80% kos rawatan keseluruhan berbanding rawatan hospital.

Bayi sedang difototerapi di hospitalmenggunakan alat Bluelite

Bayi menggunakan penutup matayang disediakan

bluelite

PanduanBerfototerapi Di rumahUntuk Bayi Jaundis

Segala Maklumat Yang Terkandung Di Dalam Risalah IniAdalah Tertakluk Kepada Perubahan

© Home Phototherapy Services Sdn Bhd 2017

Kadar Harga Untuk PerkhidmatanFototerapi Di Rumah*(Bawah 30km)

Kos Keseluruhan - Pakej 3 malamTermasuk 1, 2 Dan 3 di bawah

Pakej3 malam(72 jam)

2 malam(48 jam)

RM485 RM395

RM130

RM240

RM25

RM250

RM130

RM330

RM25

RM300

1. Penghantaran, Pemasangan &Pengambilan

2. Sewa Lampu

3.Penutup Mata*Bayaran(Deposit) Selepas Pemasangan

Caj untuk penghantaran selepas waktu pejabat

Sambungan sewa setiap malam (selepas 72 jam)

Hari Minggu & Cuti Am

Bayaran tambahan bagi penghantaran luar kawasan melebihi 30km

Lain-lain Caj Jika Berkaitan

RM40.00

RM50.00

RM70.00

Sila Telefon

* Untuk kadar harga di luar kawasan Lembah Klangkadar tambahan dikenakan

HOME PHOTOTHERAPY SERVICES SDN BHD(501390-M)

D513, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26 Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya Selangor DEWaktu Panggilan : 9.00 pagi - 9.00 malam

Bluelite Malaysia

bluelite_my

012 -395 1311

03-7880 1440Pejabat

bluelite.com.my

Maklumat Berkaitan:►Berdasarkan rekod lebih 8,000 penyewa, ibu-bapa dapat mengendalikan rawatan di rumah dengan berjaya. 35% pengguna adalah ibu-bapa yang baru - bagi anak sulung mereka. Faktor utama pengguna memilih rawatan di rumah adalah keselesaan. Penjimatan kos adalah sebab kedua.

►Rawatan di rumah adalah sesuai untuk jaundis fisiologik. 90% kes jaundis yang memerlukan rawatan adalah dalam golongan ini. Ia juga sesuai untuk rawatan lanjut bagi kes jaundis yang lain dengan nasihat doktor.Tahap bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan pekak.

►Susu ibu adalah yg terbaik walaupun semasa fototerapi. Bayi yang disusu mungkin menunjukan tahap bilirubin yang lebih tinggi dan berlarutan sedikit tetapi kelebihan susu ibu terlalu banyak berbanding risikonya. Pantau bayi anda dengan rapi. Untuk menjayakan fototerapi dgn lancar pastikan bayi anda berada cukup lama di bawah lampu dan mendapat susuan ibu yang secukupnya.

►Doktor yang fasih dengan fototerapi di rumah perlu dirujuk sebelum memilih kaedah ini.Lebih 50 pakar pediatrik di lebih 20 lokasi telah menyarankan fototerapi di rumah sejak 2001. Senarai mereka boleh didapati daripada kami. Malangnya terlalu ramai doktor dan hospital mengamalkan polisi tidak membenarkan fototerapi di rumah dalam semua keadaan.

►Lampu Bluelite yang banyak ciri-ciri innovatif adalah dipatenkan dan tidak boleh ditiru mengikut undang-undang. (No Paten: MY118022-A). Ianya disewa oleh beberapa pusat perubatan untuk pesakit dalam kerana keberkesanannya Menurut sebuah kajian yg diterbitkan jurnal perubatan terulung di Malaysia, kadar penurunan purata bilirubin total menggunakan Bluelite di rumah adalah 53.4 µmol/L/sehari atau lebih dua kali berbanding kaedah double phototherapy di hospital kerajaan ia itu 22.1 µmol/L/sehari [MJM Vol 59 No 3, Aug. 2004]. Keberkesanannya jauh mengatasi mana-mana alat mudah alih yang terdapat di pasaran sedunia.

►Pastikan sesiapa sahaja yg memberi perkhidmatan fototerapi mempunyai radiometer cahaya biru (bili light). Tahap cahaya perlu diukur untuk mempastikan tiub lampu masih berkemampuan dan menentukan jarak semasa rawatan. Lampu yang lemah kesannya akan memanjangkan tempoh rawatan dan mendatangkan pendapatan yg lebih kepada penyedia perkhidmatan – hasil daripada anda. HOME PHOTOTHERAPY SERVICES SDN BHD

(501390-M)MDA License No: KP55476157816

MALAYSIA’S ONLY CERTIFIEDMANUFACTURER AND RENTALSERVICE FOR PHOTOTHERAPY

EQUIPMENT

Sejak 2001