jwpn aras 6 edit

6
EDU3083: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU SOALAN ESEI : Aras 6 – Mencipta Katakan anda telah dilantik sebagai guru pakar di sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) di kawasan pedalaman. Cadangkan pelbagai program pendidikan yang berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi akademik sekolah anda dalam tempoh 3 tahun akan datang. Hubungkaitkan kertas cadangan anda dengan teori pembelajaran yang terkini. Kertas cadanagan (cadangan) anda perlu disediakan dalam bentuk esei yang lengkap. JAWAPAN: Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran pengkhususannya khususnya pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pakar juga merupakan seorang guru yang mempunyai sahsiah terpuji, berketrampilan, dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam. Manakala Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) pula ialah sekolah yang dikenalpasti (dikenal pasti) berdasarkan pencapaian yang amat rendah iaitu di bawah kelulusan 30% berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Komen pensyarah: Tulis dalam satu perenggan. Tidak boleh mula ayat dengan perkataan ‘Manakala’ (ayat tergantung). Pengenalan/definisi yang diberikan – baik dan mencukupi. Sebagai seorang guru pakar (yang baharu dilantik), menjadi tanggungjawab saya untuk membuat satu transformasi untuk mengubah

Upload: dustin-cooper

Post on 01-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

EDU3083: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUSOALAN ESEI : Aras 6 MenciptaKatakan anda telah dilantik sebagai guru pakar di sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) di kawasan pedalaman.Cadangkan pelbagai program pendidikan yang berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi akademik sekolah anda dalam tempoh 3 tahun akan datang.Hubungkaitkan kertas cadangan anda dengan teori pembelajaran yang terkini.Kertas cadanagan (cadangan) anda perlu disediakan dalam bentuk esei yang lengkap.JAWAPAN:Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran pengkhususannya khususnya pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pakar juga merupakan seorang guru yang mempunyai sahsiah terpuji, berketrampilan, dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam. Manakala Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) pula ialah sekolah yang dikenalpasti (dikenal pasti) berdasarkan pencapaian yang amat rendah iaitu di bawah kelulusan 30% berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Komen pensyarah: Tulis dalam satu perenggan. Tidak boleh mula ayat dengan perkataan Manakala (ayat tergantung). Pengenalan/definisi yang diberikan baik dan mencukupi.

Sebagai seorang guru pakar (yang baharu dilantik), menjadi tanggungjawab saya untuk membuat satu transformasi untuk mengubah prestasi (akademik) sekolah ini (tersebut) kepada peringkat yang lebih tinggi. Berbagai (pelbagai) aspek perlu diberi perhatian seperti pihak pentadbir, tenaga pengajar, murid serta prasarana sekolah itu sendiri. Di sini, saya akan memberi fokus utama kepada aspek murid.Komen pensyarah: Sebaik-baiknya, ayat di atas berbunyi: Saya akan mengambil kira pelbagai aspek apabila merancang pelbagai program pendidikan........

Cadangan saya yang pertama ialah (saya akan) merancang program peningkatan akademik kepada murid yang merupakan faktor utama kejayaan murid dalam pembelajaran. Pencapaian murid dalam peperiksaan merupakan penunjuk prestasi yang akan menentukan tahap prestasi sekolah seterusnya melabel sekolah berkenaan samada (sama ada) berprestasi rendah atau tinggi. Antara program peningkatan akademik yang saya maksudkan sebagai contoh ialah program Zoom A. Program Zoom A ini ialah program pembelajaran secara interaktif melalui internet. Program pembelajaran ini dirancang rapi, sistematik, efesien dan efektif yang merupakan antara pembelajaran interaktif yang canggih (tercanggih) di Malaysia. Program ini lahir daripada hasil perkongsian bijak (antara) Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan (dengan) One Touch Education Sdn. Bhd. untuk menyahut seruan kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari. Komen pensyarah: Beri contoh mata pelajaran yang boleh menggunakan program Zoom A Fakta dan huraian yang baik.

Program kedua yang boleh (akan) saya laksanakan ialah program kelas bimbingan dan teknik menjawab soalan kepada murid. Program ini secara langsung akan dapat membantu murid dari segi cara belajar dan cara menjawab soalan UPSR dengan menggunakan teknik yang betul seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Selain daripada itu, murid akan mendapat bimbingan yang lebih daripada guru semasa kelas bimbingan. Aspek kelemahan murid akan dapat dikenalpasti (dikenal pasti) dan diatasi oleh guru.Komen pensyarah: Frasa Selain daripada itu, kurang tepat. Yang betul ialah Selain itu,Huraian untuk Fakta 2 ini kurang jelas dan kurang lengkap.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga boleh memberi impak yang amat besar kepada pencapaian murid terutama aspek pemahaman murid terhadap sesuatu konsep mata pelajaran yang dipelajari. Ini turut disokong oleh Teori Pemprosesan Maklumat (Gagne). Menurut teori Gagne, rangsangan daripada persekitaran akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Ini penting untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembelajaran berbantukan komputer ini bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar kerana murid berpeluang menyaksikan sendiri fenomena yang berlaku malah mereka dapat berinteraksi secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat meningkatkan prestasi murid dalam proses pembelajaran.Komen pensyarah: Fakta 3 ini baik, namun, huraian fakta kurang spesifik dan kurang detail. Elok beri contoh yang spesifik bagaimana p & p yang menggunakan multimedia seperti klip video, slaid powerpoint dsn.

Selain daripada program peningkatan akademik, program motivasi untuk murid juga perlu dilaksanakan. Sekiranya murid tidak bermotivasi untuk belajar atau tiada motivasi intrinsik untuk maju, apa jua program yang dijalankan tidak akan memberi kesan yang positif. Oleh itu, murid perlu diberi kesedaran untuk berubah menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan dengan dunia yang serba mencabar ini. Motivasi yang tinggi di dalam diri seseorang individu dengan sendirinya akan mendorong seseorang itu berubah menjadi seorang yang lebih berjaya dalam bidang yang diceburinya.Komen pensyarah: Fakta 4 ini tidak dihuraikan dengan jelas. Tidak dinyatakan jenis program/contoh program yang sangat berkesan untuk tingkatkan motivasi murid dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Perlu berkolaboratif dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah

Faktor prasarana sekolah yang selesa juga sedikit sebanyak memberi impak kepada prestasi pembelajaran murid. Sebagai contoh, murid akan lebih mudah menerima apa yang dipelajarinya dalam suasana atau keadaan bilik darjah yang selesa dan kondusif. Jika sekolah tidak mempunyai kemudahan asas seperti kipas atau lampu , murid tidak selesa untuk belajar. Ini sudah tentu mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan program keceriaan sekolah dan penambahbaikan prasarana sekolah juga akan dilaksanakan.Komen pensyarah: Fakta 5 tidak perlu

Walaubagaimanapun (Walau bagaimanapun), semua program yang dicadangkan di atas memerlukan komitmen dan sokongan padu daripada semua pihak, bukan sahaja daripada warga sekolah malah masyarakat sekitar termasuk ibubapa (ibu bapa) murid-murid yang terlibat itu sendiri. Sesuai dengan pepatah Berpakat Membawa Berkat dan Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya. (ayat tergantung, sepatutnya ada tanda koma sebelum perkataan sesuai)Akhir sekali, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa peranan guru pakar amat berat kerana, beliau bertanggungjawab untuk membuat perubahan kepada sekolah yang berprestasi rendah kepada sekolah yang berprestasi tinggi ini. Ini adalah kerana guru pakar mempunyai semua kepakaran dan kebolehan yang diperlukan oleh sekolah berkenaan. Beliau perlu menjadi penggerak atau pemangkin kepada kejayaan sekolah Namun begitu, usaha ini tidak terletak di bahu beliau seorang sahaja, malah komitmen daripada semua yang terlibat amat diperlukan bagi menjamin kejayaan sesuatu program yang dirancang.

Komen pensyarah: Kesimpulan yang diberikan berada pada tahap baik.Elemen KBKK tidak dinyatakan dengan jelas. Sekiranya sudah ada program pendidikan yang baik di sekolah itu, sila cadangkan beberapa cadangan penambahbaikan.

Untuk skor markah tinggi, elok pilih 3 fakta utama dan huraikan secara terperinci. Lengkapkan dengan contoh-contoh yang spesifik. Elemen KBKK perlu bersifat kreatif dan inovatifJawapan yang disediakan ini telah mencapai tahap A. Masih ada banyak ruang penambahbaikan. Perlu difahami, masa menjawab untuk soalan ini hanya 30 minit sahaja! Pastikan agihan masa dibuat dengan teliti.

Syabas atas komitmen Cikgu Zurida menyempurnakan skrip jawapan untuk soalan Aras 6 ini!

Nama pelajar: Zurida bt HasmawiKelas : Sains 1