jurnal praktikum fasa 3 2015

5
JURNAL PRAKTIKUM FASA 3 2015 JURNAL MINGGU 1 Masalah Saya menjalani praktikum fasa 3 di SK (A) MIS Miri untuk tempoh 12 minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan elektif Pendidikan Al- Quran. Pada minggu pertama ini, saya dan 3 orang rakan praktikum menerima jadual dan setiap daripada kami mendapat guru pembimbing di sekolah yang membantu kami sewaktu praktikum. Saya diamanahkan untuk mengajar kelas 5 Cemerlang. Pada minggu pertama saya hanya memerhatikan guru pembimbing saya mengajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 5, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Masalah Di dalam kelas 5 Cemerlang ini, murid-murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana dalam pencapaian akademik. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak

Upload: nur-raili-akhmal-kiplie

Post on 24-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Praktikum Fasa 3 2015

JURNAL PRAKTIKUM FASA 3 2015

JURNAL MINGGU 1

Masalah 

Saya menjalani praktikum fasa 3 di SK (A) MIS Miri untuk tempoh 12 minggu.

Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan

elektif Pendidikan Al-Quran. Pada minggu pertama ini, saya dan 3 orang rakan

praktikum menerima jadual dan setiap daripada kami mendapat guru pembimbing di

sekolah yang membantu kami sewaktu praktikum. Saya diamanahkan untuk mengajar

kelas 5 Cemerlang. Pada minggu pertama saya hanya memerhatikan guru pembimbing

saya mengajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas

Tahun 5, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang

diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu

tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama

murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Masalah

Di dalam kelas 5 Cemerlang ini, murid-murid yang mempunyai pencapaian yang

sederhana dalam pencapaian akademik. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak

mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya.

Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan

murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu.

Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau tegas

terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada guru. Selain itu,

mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat

tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid

Page 2: Jurnal Praktikum Fasa 3 2015

merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab

soalan. Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang

diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat

tangan.

Cadangan

Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini,

saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu

apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu. Apabila guru

memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak

mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya

murid menjawab tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan

diterima. Disamping itu, guru menggunakan kertas latihan berbanding soalan lisan.

Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan. Oleh itu, murid-murid

tidak akan berebut menjawab soalan kerana setiap  murid mempunyai peluang masing-

masing. Disamping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti

yang dikehendaki guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat

tangan dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.

Selain itu saya menggunakan kaedah ‘whatsapp’ iaitu setiap pelajar mendapat 3

kad yang mengandungi ayat ‘SAYA TIDAK FAHAM’, ‘SAYA TIDAK PASTI’, dan ‘ SAYA

FAHAM’. Melalui ketiga-tiga kad ini saya mampu mengenalpasti tahap pemahaman

pelajar disamping dapat menjadi refleksi terhadap pengajaran yang saya laksanakan

berkesan atau tidak. Sekiranya wujud ramai pelajar tidak faham apa yang saya

sampaikan itu menunjukkan bahawa kaedah yang saya gunakan tidak sesuai. Chon

(1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana

seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami

situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses

pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.

Page 3: Jurnal Praktikum Fasa 3 2015

Tempoh Penyelesaian

2 Februari 2015 – 13 Februari 2015

Tindakan Susulan

Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru

menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang

kelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru. Saya telah menyediakan setiap pelajar 3

kad tersebut untuk sesi PdP di dalam kelas.

Catatan

Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu

mengangkat tangan dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang

disediakan dan mengelakkan daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-

murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat

ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan

ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya.

Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana peneguhan

positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan

kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan

negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan

dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku

yang diingini guru.

Selain itu amalan refleksi kendiri bukan sahaja membolehkan seseorang guru

memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif

terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon,

2002)

Rujukan : Ahmad Mohd Salleh (2011), Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan

Metodologi, Shah Alam Fajar Bakti Sdn Bhd

Page 4: Jurnal Praktikum Fasa 3 2015