jurnal pengajian islam, akademi islam...

17
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID 260 MANIFESTASI KEPUASAN DAN KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP HAMBA Mariam binti Abd Majid ABSTRAK Artikel ini membincangkan berkaitan pengertian kepuasan dan kaitannya dengan terminologi keredaan Allah SWT terhadap seseorang hamba. Ia turut memperincikan faktor-faktor yang membawa ke arah keredaan Alah SWT kepada hambaNya serta implikasinya. Data-data dalam artikel ini dikumpul menggunakan metode dokumentasi dan dianalisis secara kualitatif. Artikel ini membuktikan bahawa keredaan Allah SWT merupakan suatu manifestasi kepuasan terhadap para hamba-Nya yang taat beribadah selaras dengan tujuan penciptaan manusia, meletakkan rasa kecintaan yang mutlak kepada Allah dan rasul-Nya serta memiliki sifat takwa berdasarkan dalil-dalil naqli. Allah SWT mengurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran terhadap hamba yang diredaiNya. Kata kunci: Kepuasan dan Keredaan Allah, Faktor dan Implikasi Keredaan PENDAHULUAN Di akhir-akhir ini, masyarakat disogok dengan pelbagai ajaran-ajaran yang didakwa sebagai ajaran kerohanian yang dikatakan berupaya mengubat jiwa yang dilanda berbagai tekanan hidup yang mencabar pada hari ini. Namun malangnya, wujudnya di antara ajaran yang dibawa bagi mengubat rohani manusia adalah berunsur metos dan khayalan yang tidak berpegang kepada prinsip al-Quran dan al-Hadis (Khalili, 1996). Keimanan terhadap enam rukun iman berupaya melahirkan ketenangan dan ketenteraman jiwa bagi seseorang hamba (Sayyid Sabiq,1998) Firman Allah SWT:

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

260

MANIFESTASI KEPUASAN DAN KEREDAAN ALLAH SWT

TERHADAP HAMBA

Mariam binti Abd Majid

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan berkaitan pengertian

kepuasan dan kaitannya dengan terminologi keredaan

Allah SWT terhadap seseorang hamba. Ia turut

memperincikan faktor-faktor yang membawa ke arah

keredaan Alah SWT kepada hambaNya serta

implikasinya. Data-data dalam artikel ini dikumpul

menggunakan metode dokumentasi dan dianalisis

secara kualitatif. Artikel ini membuktikan bahawa

keredaan Allah SWT merupakan suatu manifestasi

kepuasan terhadap para hamba-Nya yang taat

beribadah selaras dengan tujuan penciptaan manusia,

meletakkan rasa kecintaan yang mutlak kepada Allah

dan rasul-Nya serta memiliki sifat takwa berdasarkan

dalil-dalil naqli. Allah SWT mengurniakan

pengiktirafan, keampunan dan ganjaran terhadap

hamba yang diredaiNya.

Kata kunci: Kepuasan dan Keredaan Allah, Faktor dan

Implikasi Keredaan

PENDAHULUAN

Di akhir-akhir ini, masyarakat disogok dengan pelbagai ajaran-ajaran

yang didakwa sebagai ajaran kerohanian yang dikatakan berupaya

mengubat jiwa yang dilanda berbagai tekanan hidup yang mencabar

pada hari ini. Namun malangnya, wujudnya di antara ajaran yang

dibawa bagi mengubat rohani manusia adalah berunsur metos dan

khayalan yang tidak berpegang kepada prinsip al-Quran dan al-Hadis

(Khalili, 1996).

Keimanan terhadap enam rukun iman berupaya melahirkan

ketenangan dan ketenteraman jiwa bagi seseorang hamba (Sayyid

Sabiq,1998) Firman Allah SWT:

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

261

”Orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi

tenang kerana mengingati (berzikir) kepada Allah SWT.

Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati akan

menjadi tenang”.

Surah Al-Ra`d (13) : 28

Kemanisan iman dirasai oleh seseorang hamba yang beroleh

keredaan Allah SWT (Ibn Ajibah, t.t). Reda Allah SWT merupakan

salah satu ajaran kerohanian yang berupaya memberi ketenangan jiwa

kepada seseorang manusia sekali gus menjadi suatu matlamat yang

diimpikan oleh semua makhluk yang bergelar hamba.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa keredaan Allah SWT

terhadap seseorang hamba adalah menghampiri makna kecintaan Allah

SWT terhadap hambaNya (Al-Ghazali, 1968). Setiap insan yang

beriman sentiasa bermujahadah untuk memupuk rasa kecintaan kepada

Allah SWT agar beroleh keredaan Allah SWT (Othman Napiah, 2001).

Firman Allah SWT;

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau

berpuas hati (dengan segala ni’mat yang diberikan), lagi

diredhai (di sisi Tuhanmu)!- .

Surah Al-Fajr (89) : 28

Surah al-Fajr menerusi ayat 28 menjelaskan bahawa nafs

hamba yang diredai Allah SWT akan menemui Allah SWT dalam

keadaan diri yang penuh keredaan ( Al-Zuhayli, 1998). Keredaan Allah

SWT merupakan manifestasi kepuasan Allah SWT terhadap kerana

hambaNya yang telah menepati matlamat penciptaan manusia untuk

taat beribadah dan berperanan sebagai khalifah. Implikasi keredaan

Allah SWT terhadap hamba-Nya ditandai dengan pelbagai ganjaran

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

262

nikmat daripada Allah SWT yang menjadi harapan seluruh umat

mukminin. Perbincangan artikel ini difokuskan kepada pengertian

kepuasan dan perkaitannya dengan maksud keredaan serta faktor-faktor

keredaan Allah SWT dan implikasi keredaan Allah SWT terhadap

hambaNya berasaskan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis.

PENGERTIAN KEPUASAN DAN KAITANNYA DENGAN

TERMINOLOGI KEREDAAN

Kepuasan dari perspektif Islam diasaskan tehadap perkataan puas dalam

Bahasa Arab. Terdapat dua kalimah dalam Bahasa Arab yang

menjelaskan makna puas iaitu raiya )رضي( dan qana`a Kamus) )قنع(

Pustaka, 1985). Berasaskan Kamus Lisn al-`Arab raiya

didefinisikan sebagai perkataan lawan kepada marah dan merupakan

salah satu sifat hati manakala qana`a ditakrifkan dengan qana`a dengan

diri bermaksud reda (Ibn al-Manr, t.t.). Takrifan yang sama ini juga

dinyatakan berdasarkan Al-Qams al-Muh (al-Fairzd,

1978). Perkataan raiya bih )رضي) بو diertikan dengan ikhtrah wa

qana`a bih ()اختاره وقنع بو iaitu memilih dan berpuashati dengannya

(Fu`ad Ifram Al-Bustani,1956). Ini menjelaskan perkataan riiya

membawa makna sama iaitu rasa kepuasan (قنع) dan qana`a (رضي)

dengan apa yang ada (Mohd Khairi Zainuddin et.al, 2007). Penemuan

makna yang sama ditemui dalam Al-Munjid al-Lughah Wa al-A`lm.

(Al-Munjid Fi al-Lughah Wa al-`Alm (1987). Selain itu, perkataan

raiya turut diertikan dengan makna iktaf )اكتفى( iaitu cukup,

ikhtrah wa qabilahu )اختاره و قبلو( iaitu memilih dan menerimanya

(Al-Mu`jam al-Wa 1982).

Di antara ayat al-Quran menjelaskan perkataan radia bermakna puas

terdapat dalam salah satu firman Allah SWT iaitu:

”Yang mendermakan hartanya dengan tujuan

membersihkan dirinya dan hartabendanya, Sedang ia

tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang

Maha Tinggi; Dan sesungguhnya, ia tetap akan

berpuashati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala

yang diharapkannya)”.

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

263

Surah al-Lail (92): 18-21

Ayat di atas menceritakan kisah Saidina Abu Bakar ra yang

telah membelanjakan sebahagian hartanya untuk membebaskan Bilal

semata-mata kerana Allah SWT. Harta yang dinafkahkan bukan untuk

membalas jasa Bilal atau terhutang budi dengan kebaikan terhadapnya

tetapi sumbangannya itu terbit dari hati yang suci semata-mata untuk

mendapat keredaan Allah SWT. Ketulusan Saidina Abu Bakar ini akan

diganjari oleh Allah SWT dengan pahala dan ganjaran yang besar di

hari Akhirat kelak. Nikmat ganjaran ini membuahkan rasa kepuasan di

hati beliau seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas (Al-Zuhayli,

2007). Keredaan dan kepuasan yang dinikmati merupakan ganjaran

yang paling berharga bagi orang yang ikhlas taat kepada Allah SWT

(Sayyid Qutb, 1998). Seseorang hamba yang mengharapkan keredaan

Allah SWT akan melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas kerana Allah

SWT. Kepuasan akan dirasai apabila dapat mencapai keredaan Allah

SWT. Perkataan reda turut dinyatakan dalam ayat yang lain menerusi

firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan

akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima

balasan), dan yang redha (berpuashati) dengan

kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang

tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak

mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda

kekuasaan) Kami,-

Surah Yunus (10): 7

Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang tidak percaya dan

tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT di akhirat kelak

merasa reda (puas dan tenteram) dengan kehidupan dunia. Tafsiran) ال

bererti tidak takut kepada azab Allah SWT dan tidak (يرجون لقاءنا

mengharapkan pahala daripada Allah SWT (Al-Mawardi , t.t.). Di

samping itu, mereka juga tidak memperdulikan tanda-tanda kekuasaan

Allah SWT (Abdulmalik Abdulkarim Amrullah,1999).

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

264

Berikut adalah satu ayat al-Quran yang menyatakan perkataan

qana`a bermakna reda dalam firman Allah SWT:

“….maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya),

makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah

(bahagian Yang lain) kepada orang-orang Yang tidak

meminta dan Yang meminta. Demikianlah Kami

mudahkan Dia untuk kamu (menguasainya dan

menyembelihnya) supaya kamu bersyuku”.

Surah Yunus (22): 36

Ayat ini menjelaskan bahawa di antara ciri-ciri orang yang taat

dan patuh kepada Allah SWT ialah memberi makan kepada orang yang

reda dengan apa yang ada pada diri mereka dan yang meminta (al-

Maraghi, 1985).

Perkataan ri adalah disebut dalam al-Quran berbanding

perkataan qana`a yang memberi makna kepuasan Allah SWT terhadap

hamba-Nya berbanding qana`a walaupun kedua perkataan adalah

bermaksud puas. Al-Quran menggunakan kalimah ri bagi

maksud kepuasan Allah SWT terhadap hamba-Nya berbanding

penggunaan perkataan qana`a.

Al-Jurjani mentakrifkan reda dengan makna menerima dengan

senang hati terhadap kepahitan qada ( Al-Jurjani, 1971). Keredaan

adalah maqam yang tertinggi bagi seseorang hamba dan merupakan

buah atau hasil daripada mahabbah Allah SWT kepada hamba-Nya

(Al-Palembani, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ayat-ayat al-Quran, perkataan reda didasari

dari kalimah shahadah iaitu rangkuman dua bahagian kesaksian iaitu

pertama; bermakna sesungguhnya saya tahu, saya jelaskan, saya iktiraf,

saya beriktikad dan saya berikrar melalui lidah, perbuatan dan segala

gerak geri anggota saya bahawa yang berhak dipatuhi, ditaati, disayangi

dan diperhambakan ialah Allah SWT semata-mata, kedua; bererti

menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah

SWT dan taat menerima apa yang dibawa dan dijelaskan oleh baginda

(Ab. Aziz Mohd Zin, 1991). Dua kalimah syahadah ini mempunyai

makna dan nilai yang sangat tinggi dalam Islam kerana ia adalah simbol

kesaksian mutlak yang dilafazkan oleh seorang muslim terhadap

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

265

keimanan dan kefarduan hukum Islam. Ia juga menjadi asas kepada

rukun-rukun Islam yang lain serta kunci untuk memasuki syurga Allah

SWT (Abd Al-Razzaq Nawfal, t.t.).

Sehubungan dengan itu, perbincangan berikut berkaitan faktor-

faktor yang membawa kepada keredaan Allah SWT terhadap hamba-

Nya.

FAKTOR KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP HAMBANYA

Keredaan Allah SWT terhadap hamba bermaksud kepuasan Allah SWT

terhadap hambaNya. Menerusi beberapa ayat al-Quran, perbincangan

ditumpukan terhadap faktor-faktor Allah SWT reda atau berpuashati

terhadap hambaNya.

Ketaatan merupakan faktor kepuasan Allah SWT terhadap para

hambaNya menepati matlamat penciptaan manusia sebagaimana yang

dinyatakan dalam firman Allah SWT:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat

kepadaKu.

Surah adz-Dzaariyat (51): 56

Ayat ini menjelaskan bahawa matlamat penciptaan manusia dan

jin adalah untuk taat beribadah kepada Allah SWT (Abdulmalik

Abdulkarim Amrullah, 1999). Perkataan ibadah merupakan pengabdian

mutlak seseorang hamba kepada Allah SWT (Abd. Wahab, 1998).

Ketaatan merupakan manifestasi pengabdian mutlak seseorang hamba

terhadap Allah SWT yang selaras dengan tujuan utama penciptaannya.

Allah SWT reda dan berpuashati terhadap para hambaNya yang taat.

Al-Quran menjelaskan fenomena kepuasan Allah SWT terhadap mereka

yang taat kepadaNya serta RasulNya menerusi firman Allah SWT:

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

266

“Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan

tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan

tidaklah menjadi salah kepada orang sakit(tidak turut

berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan

(ingatlah), sesiapa yang ta’at kepada Allah dan

RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam syurga yang

mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa

yang berpaling ingkar, akan diseksaNyadengan azab

yang tidak terperi sakitnya. Demi sesungguhnya! Allah

redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka

memberikan pengakuan ta’at setia kepadamu (wahai

Muhammad) di bawah naungan pohon (yang terma’lum

di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata yang sedia

diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan ta’at setia)

yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan

semangat tenang tenteram kepada mereka, dan

membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa

datangnya”

Surah al-Fath (48): 17-18

Ayat di atas menjelaskan peristiwa yang berlaku pada bulan

Zulkaedah tahun keenam hijrah sewaktu Rasulullah s.a.w. dan kaum

muslimin berhasrat mengunjungi Mekah untuk melakukan umrah serta

menziarahi keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Apabila

sampai di Hudaibiyah, Rasulullah saw dan kaum muslimin berhenti dan

mengutuskan Uthman bin Affan untuk pergi dahulu ke Mekah

memberitahu tujuan kedatangan baginda dan kaum muslimin. Walau

bagaimanapun, Uthman telah ditahan oleh kaum musyrikin dan selepas

itu kedengaran berita yang menyatakan bahawa Uthman telah dibunuh.

Sehubungan dengan itu, Rasulullah saw telah menganjurkan kaum

muslimin agar melakukan bai`ah (janji setia) kepada baginda untuk

memerangi kaum Quraisy. Semua kaum muslimin taat meletakkan

bai`ah (janji setia) terhadap baginda sebagaimana yang dinyatakan

dalam ayat di atas iaitu perjanjian yang dikenali sebagai Bai`ah al-

Ridwan. Perjanjian yang dimetri ini telah menggetarkan kaum

musyrikin dan berikutan itu, mereka telah melepaskan Uthman serta

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

267

mengirimkan seorang utusan untuk mengadakan perjanjian damai (sulh

al-Hudaybiyyah) dengan kaum muslimin. Justru, Allah SWT

menzahirkan rasa reda dan kepuasannya terhadap kaum Muslimin yang

taat meletakkan bai`ah kepada Rasulullah saw. Allah SWT seterusnya

memberi jaminan akan mengganjari mereka dengan kurniaan syurga

yang terdapat sungai yang mengalir di bawahnya. Di samping itu, Allah

SWT turut mengurniakan kemenangan serta rasa ketenangan di hati

mereka (Al-Suyuti, 2000).

Seterusnya antara faktor kepuasan Allah SWT terhadap

hambaNya yang meletakkan rasa kecintaan mutlak terhadap Allah SWT

dan rasulNya. Firman Allah SWT:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman

kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra

dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan

RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah

bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-

saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang

setia) itu, Allah SWT telah menetapkan iman dalam hati

mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat

pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan

mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya

beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah

SWT redha akan mereka dan mereka redha (serta

bersyukur) akan ni`mat pemberianNya. Merekalah

penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah!

Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu

ialah orang-orang yang berjaya.

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

268

Surah al-Mujadalah (58 ): 22

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT reda terhadap

hambaNya yang tidak menjalinkan hubungan kasih sayang dengan

golongan yang menentang Allah SWT dan RasulNya walaupun mereka

adalah di kalangan anggota keluarga sendiri seperti ibu, bapa, anak-

anak, adik beradik, saudara mara mahu pun kaum sendiri. Sebagai

ganjarannya, Allah SWT menanamkan benih-benih keimanan ke dalam

hati mereka seterusnya memantapkan dengan cahaya serta petunjuk.

Mereka akan dikurniakan syurga lantaran ketaatan ketika di dunia.

Allah SWT reda kepada mereka dan dalam masa yang sama, turut

merasa reda di atas ganjaran syurga yang dikurniakan kepada mereka di

Hari Akhirat kelak (Al-Tabari,1992).

Allah SWT berpuas hati terhadap hambaNya yang

mengutamakan ketaatan dan kecintaan dengan tidak berbelah bagi

kepada Allah SWT serta RasulNya berbanding kecintaannya kepada ibu

bapa, anak-anak, keluarga dan saudara mara yang menentang Allah

SWT dan rasulNya. Sebagai tanda kepuasan Allah SWT terhadap

ketaatan hambaNya, Allah SWT meredai mereka dengan mengurniakan

ganjaran syurga, pertolongan dan mereka turut berpuashati dengan

limpahan ganjaran rahmat dan nikmat yang diterima daripada Allah

SWT itu.

Kepuasan Allah SWT terhadap seseorang hamba terbit hasil

ketaatan seseorang hamba melaksanakan segala perintahNya dengan

sepenuh jiwa dan raga (al-Mawdudi, 1991). Keredaan Allah SWT

terhadap hamba merupakan antara nikmat yang hanya dapat dirasai oleh

seseorang yang taat dan ikhlas melaksanakan ibadah. Ganjaran

keredaan yang diterima pada ketika hidup di dunia mahupun ketika di

Akhirat kelak adalah kurniaan rasa tenteram, senang, tenang, gembira,

bahagia sebagai nikmat kurniaan Allah SWT.

Allah SWT reda terhadap hambaNya yang istiqamah dalam

ketaatannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau

beruas hati (dengan segala ni’mat yang diberikan), lagi

diredhai (di sisi Tuhanmu)”

.

Surah Al-Fajr (89): 28

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

269

Ayat ini merupakan seruan Allah SWT terhadap jiwa yang

tenang agar kembali kepada Allah SWT dalam keadaan reda atau puas

hati kerana bakal diganjari dengan pahala dan kedudukan yang mulia

dalam syurga di akhirat kelak. Allah SWT reda dengan kepulangan

mereka kerana mereka telah mengekalkan ketaatan terhadap Allah SWT

ketika di dunia (Al-Zuhayli 1998).

Kepuasan Allah SWT dapat digambarkan menerusi ayat ini

apabila Allah SWT menjemput kepulangan para hambaNya dengan

seruan yang sangat lembut lantaran ketaatan mereka ketika di dunia.

Dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa keredaan Allah SWT akan

diberikan terhadap para hambaNya yang bertakwa sebagaimana

dinyatakan dalam firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal

salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan

mereka di sisi Tuhannya ialah syurga `Adn (tempat

tinggal yang tetap), yang mengalir dibawahnya

beberapa sungai; kekallah mereka didalamnya selama-

lamanya; Allah redha akan mereka dan merekapun

redha (serta bersyukur) akan ni’mat pemberianNya.

Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang

takut (melanggar perintah) Tuhannya”.

Surah al-Bayyinah (98): 7-8

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa ciri sebaik-baik

manusia ialah mereka beriman dan merealisasikan keimanannya dalam

kehidupan serta beramal soleh iaitu melaksanakan segala perintah Allah

SWT meliputi aspek ibadah, akhlak, amalan dan muamalah. Ciri-ciri

tersebut adalah sifat seorang hamba yang takwa kepada Allah SWT.

Mereka mempunyai hati yang sentiasa terikat dengan Allah SWT dalam

segala tindakan sama ada zahir atau batin. Ketakwaan kepada Allah

SWT adalah buah keimanan dan keyakinan yang mutlak seseorang

hamba terhadap Allah SWT (Afzalur Rahman,1979). Allah SWT

berpuashati terhadap para hambaNya yang bertakwa dan akan

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

270

mengganjarinya dengan syurga `Adn yang terdapat sungai yang

mengalir dan akan kekal tinggal di dalamnya.

Selain itu, ayat 5 dalam surah al-Ma’idah menjelaskan bahawa

Allah SWT reda terhadap hambaNya yang benar dalam tutur kata serta

perbuatannya. Firman Allah SWT:

“Allah berfirman: “Inilah hari (kiamat) yang (padanya)

orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal

perbuatan) mendapat manfa’at dari kebenaran mereka;

mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di

bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya

selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka

pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”.

Surah al-Maidah (5):119

Ayat ini menjelaskan bahawa pada Hari Akhirat kelak, Allah

SWT mengakui dan menghargai kebenaran orang yang benar seperti

Nabi Isa a.s. dalam menyampaikan risalahNya serta pengikutnya yang

taat. Allah SWT reda terhadap mereka lantas mengganjarinya dengan

nikmat syurga dan mereka berpuashati terhadap pemberian nikmat

Allah SWT tersebut (al-Zuhayli 1998). Allah SWT berpuas hati

terhadap hambaNya yang bersifat benar dalam tutur kata dan

tindakannya.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa keredaan Allah SWT

terhadap seseorang hamba adalah hampir terhadap makna kecintaan

Allah SWT terhadap hambaNya (Al-Ghazali, 1968). Menurut al-

Palembani, reda adalah maqam yang tertinggi bagi seseorang dan

merupakan buah atau hasil daripada mahabbah Allah SWT (`Abd. Al-

Samad al-Palembani, t.t.). Ini bermakna, keredaan dan rasa kecintaan

mempunyai perkaitan yang rapat. Kecintaan Allah SWT terhadap

hamba melahirkan keredaanNya atau dengan kata lain, keredaan Allah

SWT merupakan buah kecintaan Allah SWT terhadap para hambanya.

Berdasarkan ayat-ayat yang dijelaskan di atas, didapati antara

faktor-faktor keredaan atau kepuasan Allah SWT terhadap hambaNya

ialah ketaatan kepadaNya, mengutamakan kecintaan terhadap Allah

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

271

SWT dan RasulNya, iltizam dalam ketaatan terhadap perintahNya dan

memiliki sifat takwa.

IMPLIKASI KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA

Allah SWT mengurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran

terhadap hamba yang diredhai-Nya. Kedudukan yang hampir dengan

Allah SWT merupakan suatu pengiktirafan yang diberikan terhadap

hamba-hambaNya yang sabar dan taat kepada Allah SWT dan

RasulNya. Al-Quran menjelaskan dalam firman Allah SWT:

”Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan

janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak

nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang

kekuatan kamu, dan sabarlah( menghadapi segala

kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah

beserta orang-orang yang sabar”.

Surah al-Anfal (8): 46

Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT sangat hampir

dengan orang mukmin yang taat, tabah serta sabar dalam kesusahan

memerangi musuh Allah SWT. Dalam menafsirkan ayat tersebut,

Wahbah Al-Zuhayli menjelaskan bahawa Allah SWT melarang

berlakunya perbalahan di kalangan umat Islam kerana boleh melahirkan

perasaan takut dan lemah di kalangan umat Islam (Al-Zuhayli et. Al

2007). Pengiktirafan Allah SWT meletakkan kedudukan mereka hampir

sisiNya ( merupakan tanda keredaan Allah SWT ( إن اهلل مع الصابرين

terhadap hambaNya yang meletakkan ketaatan yang tidak berbelah bagi

terhadap Allah SWT dan RasulNya.

Seterusnya, Allah SWT mengiktiraf orang yang sangat bertakwa

dalam kalangan hamba-Nya dengan kedudukan yang mulia di sisi Allah

SWT. Ia merupakan bukti keredaan Allah SWT terhadap hambaNya.

Firman Allah SWT:

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

272

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami

telah menjadikan kamu berbangai bangsa dan bersuku

puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah

mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-

mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih

taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan

dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya

(akan keadaan dan amalan kamu)”.

Surah al-Hujurat (49): 13

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang mulia di sisi Allah

SWT ialah orang yang paling bertakwa. Takwa bermakna melakukan

ketaatan kepada Allah SWT berdasarkan nur (petunjuk) daripada Allah

SWT dengan harapan memperolehi pahalaNya. Ahmad Mustafa al-

Maraghi dalam tafsir al-Maraghi, menjelaskan bahawa sifat takwa

meletakkan martabat kemuliaan yang tertinggi seseorang hamba dan

juga membezakan kedudukan seseorang hamba di sisi Allah SWT (Al-

Maraghi 2001).

Selain Allah SWT memberi pengiktirafan dengan kedudukan

yang hampir dan mulia di sisiNya, seseorang hamba yang diredhai

memperolehi keampunan daripada Allah SWT sebagaimana firman-

Nya :

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

273

“Sesungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang

perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman

serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki

yang ta’at dan orang perempuan yang taat, dan orang

lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar,

dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan

yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri

(kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah

diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah

serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang

lelaki yang berpuasa serta orang perempuan yang

berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara

kehormatannya serta orang lelaki yang memelihara

kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama

Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang

menyebut nama Allah banyak-banyak,- Allah telah

menyediakan bagi mereka semuanya keampuanan dan

pahala yang besar”.

Surah al-Ahzab (33): 35

Menurut kitab Tafsir al-Azhar, ayat di atas menjelaskan bahawa

Allah SWT memberi keampunan dan pahala kepada hambaNya yang

memiliki ciri-ciri yang disebut dalam ayat tersebut di atas iaitu Islam,

beriman, taat, benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara

kehormatan dan selalu mengingat Allah SWT (Abdul Malik Abdul

Karim Amrullah 1999). Kesemua ciri yang tertera menerusi ayat di atas

merupakan sifat seorang hamba yang taat. Lantaran itu, sebagai tanda

keredaan Allah SWT, mereka dikurniakan keampunan serta pahala

yang besar. Sabda Rasulullah saw (Al-Bukha-ri-, S. ah.i

-h al-Bukha-ri

-, Kitab

al-i-ma-n, bab tat.awwu‘ qiya-m Ramad.a

-n, no. 37; dan Muslim, S. ah.i-h.

Muslim, kitab s.ala-t al-musa-firi-n, bab al-targhi

-b fi

- qiya-m Ramad.a

-n, no.

759):

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

274

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من قام رمضان إميانا م من ذنبه واحتسابا غفر له ما ت قد

Maksudnya:

”Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W.

bersabda: “Sesiapa yang berqiam (menghidupkan

malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan

pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah

lalu”.

(Riwayat al-Bukhari)

Allah SWT memberi keampunan terhadap dosa yang telah

dilakukan oleh hambaNya yang menghidupkan bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap Allah SWT seperti

mendirikan sembahyang tahajud dan seumpamanya. Dalam tafsiran

yang lain, Imam Nawawi berpandangan bahawa menghidupkan

Ramadan bererti menunaikan solat tarawih yang khusus pada bulan

Ramadan yang mulia (Ahmad bin `Ali Ibn Hajar al-`Asqalani, 1993).

Demikianlah, dikurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran

ketika di dunia dan di akhirat bagi hamba yang memperolehi keredaan

Allah SWT.

KESIMPULAN

Allah SWT berpuashati dan reda kepada golongan hamba yang taat

beribadah kepada Allah SWT serta berperanan sebagai khalifah di muka

bumi iaitu selaras dengan matlamat penciptaan manusia yang telah

ditetapkan oleh Allah SWT selaku pencipta seluruh manusia. Hamba-

hamba yang beroleh keredaan Allah SWT akan beroleh pengiktirafan,

keampunan serta ganjaran daripada Allah SWT.

RUJUKAN

1. `Abd Al-Razzq Nawfal (t.t.), Al-Shahdah Awwal Rukn Min

Arkn al-Islm, .Beirt: Dr al-Kutub al-`Arabi.

2. `Abd. Al-Samad al-Palembani (t.t.), Siyar al-Salikin, j.4.

Singapura:Pustaka Nasional Singapura.

3. Ab. Aziz Mohd Zin (1991), Syahadah, Ibadah, Asabiah, Dakwah,

Malaysia: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd.

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

275

4. Abd. Wahab (1998), Ibadah Asas Persoalan, Pelaksanaan Dan

Penghayatan, Selangor: Pustaka Al-Irshad.

5. Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 8,

c. 3, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

6. Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 5, c.

3. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

7. Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 9, c.

3, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

8. Abi al-Hasan `Ali al-Bari Al-Mawardi (t.t.), Al-Nukat Wa al-

`Uyun Tafsr al-Mawardi, j. 2. Beirt: Dr al-Kutub al-

`Ilmiyyah.

9. Abi Ja`far Muhammad Bin Jarr al-abari (1992), Tafsr al-

abari, j.12. Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

10. Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1968), Ihya’ `Ulum al-Din, j.4.

Kaherah: Mu`assasah al-Halabi Wa Shurakah.

11. Afzalur Rahman (1979), Tuhan Perlu Disembah: Ekspolarasi

Makna Dan Manfaat Salat Bagi Hamba, Hasmiyah Rauf (terj.),

Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

12. Ahmad bin `Ali Ibn Hajar al-`Asqalani (1993), Fath al-Bari Bi

Sharh Sahih al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab Fadl Man Qam

Ramadan, no 2009, j. 4, Beirut: Dar al-Fikr.

13. Ahmad Mutaf al-Maraghi (2001), Tafsr al-Marghiy,

Muhamad Thalib (terj.), j.11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

14. Ahmad Mutaf al-Maraghi (2001), Tafsr al-Marghy, j.6.

Beirt: Dr al-Ihy’ al-Tur al-Arabiy.

15. Al-Jurjaniy, Abu Hasan `Ali bin Muhammad (1971), Al-Ta`rift,

Dr al-Tunisiyyah.

16. Al-Mu`jam al-Wast (1982), c. 2. j. 1-2. T.T.P: T.P.

17. Al-Munjid F al-Lughah Wa al-`Alm (1987), c. 28. Dr al-

Mashriq:Beirt.

18. Al-Palembani, `Abd. Al-Samad (t.thn.), Siyr al-Sikn, Jilid

IV, Singapura: Pustaka Nasional Singapura.

19. Fu`ad Ifrm Al-Bustani (1956) Munjid al-Tulb, c. 33, Lubnn:

Dr al-Masyruq

20. Jall al-Din `Abd al-Rahman bin Abi Bakr Al-Suy (2000),

Al-Durur al-Manthur Fi al-Tafsr al-Ma’thur, j. 6. Lubnan: Dr

al-Kutub al-`Ilmiyyah.

21. Kamus Pustaka Melayu-Arab (1985), Kuala Lumpur: Darulfikir, h.

584.

22. Khalili Al-Bamar (1996), Ajaran Tareqat, Selangor: Pustaka Ilmi.

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2015/12/012.pdf · menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MARIAM BINTI ABD MAJID

276

23. Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin & Mohd Fuad

Mohd `Isa (2007), Al-Miftah Kamus Moden Arab-Melayu-Inggeris,

T.T.P.:Al-Azhar Media Enterprise.

24. Othman Napiah (2001), Ahwal dan Maqamat Dalam Ilmu Tasawuf,

Johor: Univ. Teknologi Malaysia.

25. Sayyid Abu al-`Ala al-Mawdudi (1991), Let Us Be Muslims, c. 3,

K.Lumpur: A.S. Noordeen.

26. Sayid Sabiq (1998), Aqidah Islam, Terj; Moh. Abdul Rathomy,

Selangor : Klang Book Centre.

27. Sayyid Qutb (1998), Fi ill al-Qurn, j.6, Kherah: Dr al-

Mashruq.

28. Wahbah al-Zuhayli (1998), al-Tafsr al-Munr Fi al-`Aqidah Wa

al-Shari`ah Wa al-Manhaj, j. 29. Damshiq: Dr al-Fikr.

29. Wahbah al-Zuhayli, M Bassam Rusydi Zain, M. Wahbi Sulaiman,

M. Adnan Salim (2007), Ensiklopedia Al-Quran, Jakarta: Gema

Insani.