jurnal islam & masyarakat temporari

Upload: firdaus

Post on 01-Mar-2016

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pandangan Masyarakat Terengganu Terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 1992

TRANSCRIPT

  • GGUffi JURNAL ISLAM &Masy ar akat KontemPorariJll. t,2oo8,115-123Pandangan Masyarakat Islam Terengganu

    Terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariatt(Hudud dan Qisas) Terengganu 2002

    ZulktfliMohdSyed Mohd Azmi SYed Ab. Rahman

    Engku Muhammad Tajuddin Engku AliMohd Ali Mohd Yusof

    ABSTRACT

    The intention of the Terengganu State Government (at thatthne was PAS - Parti Islam SeMalaysia) to implement SyariahCnminal ffiences (Hudud & Qisas) Enactment 1423H/2002Mhas received different reactions and lead to heat debate amongthz public. Thus, a survey has been conducted on 672 localMuslim residences in seven districts in the state of Terengganuto see their perceptions towards the implemention of theenactmcnL The .findings reveal that 96.6Vo of the respondentsknow hudud and qisas in Islam, while 87.4Vo aware theexistence of the enactment. Howeven some of them do nottoww the specific provisions in the enactment. Majority of therespondents agree with the implementation of the enactmentby the state Sovernment. The research also finds that therespondents believe the enactment able to become mechanismto control crime committed in the society-

    PendahuluanKerajaan Negeri Terengganu semasa diterajui oleh PAS (L999-2O04) telahmemperkenalkan satu draf enakmen yang diberi nama Enakmen KesalahanJenayah Syariah (Hudud & Qisas). Draf enakmen ini telah diluluskan olehDewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Julai 2002, sekaligus menjadikanTerengganu negeri kedua di Malaysia yang mempunyai undang-undang berkaitandengan kesalahan hudud dan qisas.

    Sebaik sahaja draf enakmen ini diperkenalkan dan dibahaskan di peringkatDUN, negeri Terengganu telah mendapat lipUtan meluas media arus perdana,baik media cetak atau media elektronik. Pelbagai pihak telah memberi reaksiyang berbeza- Ada pihak yang bersetuju dan tidak kurang juga yangmembangkang. Pihak media arus perdana telah memainkan peranan yangcukup besar di dalam menyiarkan kontroversi berhubung dengan enakmen ini'

  • kkilffibaik dari pihak Kerajaan Fusat mahupun pihak Kerajaan Negeri. Pandangan-pandangan dari ahli akademik, badan perundangan, badan-badan bukan kerajaan(NGO) turut sama disiarkan.

    Cadangan Kerajaan Negeri Terengganu (di bawah pemerintahan PAS)untuk melaksanakan hukum hudud juga turut menimbulkan pelbagai reaksi darimasyarakat. Bagi Kerajaan Negeri Terengganu (semasa di bawah pemerintahanPAS), pendirian yang diambil berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud iniadalah kerana beberapa sebab. Pertamanya, kerana ia adalah merupakanhukum Allah. Pelaksanaan hukum hudud ini juga dapat memastikan keselamatandan keharmonian dalam masyarakat. Masyarakat ekan selamat dari jenayahdengan pelaksanaan undang-undang ini. Meskipun, hukum hudud dilaksanakandi negeri Terengganu, ia tidak akan menimbulkan ketidakadilan kepada rakyatyang beragama lain kerana mereka bebas untuk memilih undang-undang yangakan terpakai ke atas mereka (Abdul Hadi bin Awmg, 2W2). Pandangan inidisokong oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam (PUM,2402) yangmenegaskan bahawa isu pelaksanaan hukum hudrd di negara ini memerlukanpertimbangan yang wajar, objektif, jujur dan tanpa prasangka oleh semua pihak.Ia perlu dinilai berdasarkan kepada semangat dan ttjuan murni agar kewajipanserta tanggungjawab melaksanakan hukum ini menjadi realiti.

    Sebaliknya, bagi Sisters in Islam (2002), Peru$uhan Pertolongan Wanita(WAO) (2003) dan beberapa pertubuhan lain mendakwa bahawa pelaksanaanhukum hudud akan menimbulkan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanitakhususnya yang berkaitan dengan kes zina, rogol dan persaksian bagi kedua-dua kes tersebut. Mereka berpendapat bahawa mdang-undang hudud adalahsatu undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Olehitu, ia adalah batal dan tidak boleh dikuathrasakan- Menurut WAO (2003),mereka telah membuat tinjauan bagi mendapa*an pandangan dari penduduknegeri Terengganu khususnya wanita terhadap undang-undang hudud'Kebanyakan wanita yang ditemubual mengambil sikry menyokong atau tidakmahu memberi komen peribadi.

    Menurut Mohammad Hashim Kamali (2fl)3), rang Undang-undangJenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terenggmu yang meniru rang Undang-undang Hudud Kelarrtan hanyalah memperincikan kmtroversi yang sedia ada.Antaranya adalah peruntukan yang berkaitan dengan rogol. Penggubalanundang-undang ini tidak memberi sebarang perubahan kerana MajlisPerundangan Negeri tidak mempunyai kuasa unok menggubal undang-undangberkaitan dengan hudud. Selain daripada itu, bidangkuasa Mahkamah Syariahsendiri yang dihadkan oleh Perlembagaan Persehrnran tidak membolehkanundang-undang hudud dilaksanakan baik di Kelantan zrau pun di Terengganu.

    Kebanyakan pandangan yang disiarkan adalah lebih menjurus kepadapandangan dari sudut politik dan perundangan negara. Pandangan darimasyarakat Islam negeri Terengganu terhadap enakmen ini tidak dinyatakan

  • --rresecara khusus oleh pihak media. Persoalannya ialah apakah masyarakat Islamnegeri Terengganu tahu dan sedar tentang kewujudan enakmen tersebut, dansejauh paaakah penerimaan mereka terhadapnya. Justeru itu, satu kajian telahdilakukan untuk meninjau pandangan masyarakat Islam negeri Terengganuterhadap enakmen tersebut.

    Latar Belakang KajianKajian ini dijalnnkan pada pertengahan tahun 2003. Namun sebelum kajiandapat diselesaikan. iaitu pada tahun 2004 pilihanraya umum telah diadakan danKerajaan Negeri Terengganu telah diambil alih oleh Barisan Nasional. Justeruitu, kesemua data yang diperoleh daripada responden adalah semasa pentadbiranPAS.

    Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Sampel kajian ini adalah 700orang penduduk negeri Terengganu dari tujuh daerah iaitu, Hulu Terengganu,Besut" Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Seramai100 orang responden mewakili setiap daerah yang ada di negeri Terengganutelah dipith sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dibuat secarapersampelan mudah (convenience sampling).

    Maklumat dari responden diperoleh melalui borang soal selidik yang diisioleh responden sendiri dan juga melalui temubual bersemuka. Borang soalselidik telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah maklumatberhubung dengan profil responden. Maklumat berhubung dengan jenis pekerjaanserta kategori perkhidmatan dan jenis pentadbiran iaitu sama ada di bawahKerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat dimasukkan dalam bahagian B. Dalambahagian C pula responden ditanya tentang pengetahuan mereka terhadapkewujudan hukum hudud dan qisas dalam Islam, kesedaran mereka tentangkewujudan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)Terengganu dan juga pandangan mereka berhubung dengan enakmen ini. Dalambahagian ini, soalan adalah dalam bentuk lima skala likert iaitu 1 (sangat tidaktahu atau sangat tidak setuju), 2 (tidak tahu atau tidak setuju), 3 (tidak pasti),4 (tahu atau setuju) dan 5 (sangat tahu atau sangat setuju).

    Borang soal selidik ini telah diedarkan sendiri oleh penyelidik denganmengunjungi responden sama ada di tempat kerja, di rumah, mahupun di tempat-tempat awam seperti perhentian bas, pasar dan masjid.

    Di samping borang soal selidik, penyelidik juga menggunakan kaedahtemubual, khususnya kepada responden yang tidak bekerja dan berpendidikanrendah. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan di pihak responden.Penyelidik telah menerangkan maksud soalan-soalan yang dikemukakan bagimengelakkan salah faham di pihak responden. Soalan-soalan yang dikemukakan

  • kk;ffikepada responden adalah berpandukan soalan-soalan yang sedia ada di dalamborang soal selidik.

    Sebanyak 672borang soal selidik telah dikembalikan semula. Data yangdiperoleh dianalisis dengan menggunakan peratusanlfrrekuensi. Analisis peratusandigunakan untuk mengetahui kesedaran responden tentang kewujudan EnakmenKesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu, pengetahuan merekatentang hukum hudud dan qisas di dalam Islam, dan sumber maklumat respondententang enakmen tersebut. Selain daripada itu, pandangan responden terhadapEnakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu dilihatmelalui nilai min kesedaran dan pengetahuan mereka bagi setiap soalan yangdikemukakan dalam borang soal selidik.

    Dapatan KajianDalam kajian ini, seramai 366 orang responden (Y5%) adatah lelaki manakalaselebihnya iaitu seramai 306 orang (45.5%) adalah wenita. Responden bagikajian ini juga terdiri daripada pelbagai kategai umur. Kategori yang palingramai ialah yang berumur antara 21 hingga 30 tahrm iaitu 198 orang (29.5Vo),manakala responden yang berumur lebih dari 51 tahun iaitu seramai 77 orang(Il.SVo).

    Kebanyakan responden terdiri daripada kakiangan kerajaan dari sektorawam iaitu seramai 260 orang (38.7%). Kategci kedua terbanyak ialah dikalangan mereka yang tidak bekerja iainr srmai 185 orang (27.5Vo). Respondenyang bekerja di sektor swasta ialah seramai 105 orang (15.6%o) dan yangbekerja sendiri adalah seramai 113 orang (16.8%)- Daripada 260 otangresponden yang bekerja di sektor awtrn, seramai 77 orang (lLSVo) adalahberkhidmat dengan Kerajaan Negeri manakala selebihnya seramai 183 orang(27.2Vo) berkhidmat dengan Kerajaan Pusal

    Kesedaran Tentang Kewujudan Enakmen KesalahanJenayah Syariah (Hudud dan Qisas) TerengganuMajoriti responden menyedari tentang kewujudan Enakmen Kesalahan JenayahSyariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan NegeriTerengganu (di bawah pimpinan PAS pada ketika int) pada 7 Julai 2002.Interbukti daripada kesemua jumlah responden yang menjawab soalan iaituseramai 666 orang, 582 orang (87.4Vo) membrikm jawapan bahawa merekamenyedari tentang kewujudan enakmen ini. Sebaliknya hanya 84 orang sahaja(12.6 Vo) yang tidak menyedari tentang kewujudan enakmen ini.

    Daripada 582 orang responden, majoriti mnyatakan bahawa merekamemperoleh maklumat ini daripada media cetak (D7 uang) dan media elektronik(157 orang). Antara sumber-sumber lain ialah daripda rakan-rakan dan saudara

  • ry-Gmara (71 orang) dan bengkel atau persidangan (40 orang). Terdapat respondenyang menyatakan bahawa mereka memperoleh maldumat tentang enakmen inilebih dari safir sumber. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jawapan adalahmelebihi dadpada bilangan responden.

    Kesirydm yang dapat dibuat berdasarkan kepada dapatan ini ialahkelulusan rry enakmen ini telah mendapat liputan yang meluas di dalamakhbar dan dia cile*trcnik. Tidak dinafikan bahawa pihak media di negaraini telah nsnaink*n penanan yang berkesan dalam menyampaikan sesuatumaklumat rc -grklih maklumat berhubung dengan kelulusan enakmen ini.

    Min Pengetrhuan Responden berhubung Peruntukandahm hcnSecara uryet*ry pengetahuan responden berhubung dengan peruntukanrlalam enfu.d* sederhana. Dengan nilai min sebanyak 3.13 belummewajtr d. dibuat kesimpulan bahawa masyarakat Islam di negeriTerenggurryai rehap pengetahuan yang tinggi mengenai peruntukandalam-"1--- llr{Ltryn begtu majoriti responden percaya bahawa enakmentersebut qr ffiung jenayah yang berlaku di dalam masyarakat(M=3.8I1'" rfi -cka benetuju

    jika enakmen tersebut dapat dilaksanakandi negeri il@t3-Sl- Hamun, tahap keyakinan mereka terhadap kemampuanKerajaallqnii - 'rclaksanakan enakmen ini agak sederhana iaitu dengannilai min 335;

    ,dL ft Dfin Pandangan Responden Terhadap Enakmenre reScttr At ndalsanaanfu f qEi Terengganu* 67 3.98 .99Kcr-n*qnc*Lgirryah* 67 3.85 1.06Kil-rrAcqtsmNegeriffitren** 577 3.35 .88hffidalamr*r 62 3.13 .91

    * H- l!{rgn tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=Tidak pasti, 4=Setuju,&at setujur* S ffig11ddakmamFu, 2=Tidakmampu, 3=Tidakpasti, 4=Mampu,5#gArrgmfu*** S hqrgrt tidak tahu, 2=Tidak tahu, 3=Tidak pasti, 4=Tahu,&u tahuffiSdSelidik

    I

  • kkffiKesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan ini ialah tahap

    kepercayaan dan keyakinan responden terhadap undang-undang jenayah Islamadalah tinggi di mana meskipun mereka tidak begitu arif tentang peruntukanundang-undang, namun mereka bersetuju dengan pelaksanaannya di negeriTerengganu. Pandangan mereka yang merasakan bahawa enakmen ini tidakakan dapat dilaksanakan adalah berdasarkan kepada faktor perundangan semata-mata iaitu disebabkan oleh kedudukan undang-undang Islam di bawahPerlembagaan Persekutuan. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat dikalangan responden yang memahami dan menyedari tentang kedudukan undang-undang Islam dalam konteks perundangan negara.

    KesimpulanSecara umuflrnya, majoriti responden menyedari tentang hasrat Kerajaan Negeripada waktu itu untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas. Meskipunmendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya Kerajaan Pusat, merekatetap bersetuju dan berkeyakinan bahawa undang-undang tersebut mampumenangani masalah jenayah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Disamping itu, mereka juga yakin bahawa Kerajaan Negeri mampu untukmelaksanakan undang-undang ini sekiranya diberi kuasa dan peluang.

    Namun demikian, adalah penting ditekankan batrawa isu penggubalanundang-undang bukanlah satu isu yang mudah dilakukan khususnya apabila iadilakukan oleh Dewan Undangan Negeri. Oleh kerana struktur politik di negaraini yang menjadikan perlembagaan Persekutuan sebagai satu undang-undangyang paling utama, sebarang penggubalan undang-undang yang paling utama,sebarang penggubalan undang-undang ataupun akta perlulah merujuk kepadaPerlembagaan Persekutuan. Dua perkara perlu dipertimbangkan sebelumKerajaan Negeri meluluskan sesuatu undang-undang, iaitu sama ada DewanUndangan Negeri mempunyai bidangkuasa unfirk menggubal undang-undangtersebut dan sama ada undang-undang yang akan digubal itu bercanggah atautidak dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang yangdiperuntukkan di dalam akta induk. Jika keduadua faktor ini tidak diikuti,undang-undang yang digubal boleh dicabar kesahannya.

    Dilihat dari segi sejarah, undang-undang Islam pernah dijadikan sebagaiundang-undang negeri (Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1987). Justeruitu, penulis merasakan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya menjadipenghalang kepada penggubalan undang-undang Islam di dalam bentuk yanglebih luas di negeri-negeri di Malaysia. Jika sekiranya perkara 121 (1A) telahmemberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikankes-kes yang terletak di bawah bidangkuasanya, maka penulis merasakanbahawa perlembagaan perlu dibuat pindaan sekali lagi dengan memberibidangkuasa yang lebih luas kepada Kerajaan Negeri. Di samping itu, AktaMahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 juga mestilah dipinda untuk

  • =GGmembri bidangkuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah di dalammengendalikan kes-kes jenaYah-

    Pendidikan berkaitan undang-undang jenayah Islam perlu dimasyarakatkan,bukan hanya diaju di instinrsi-institusi pengajian tinggr sahaja. Pengajian-pengajianRqh traaisionatdi masjid-masjid dan di surau-surau perlu melalui satu anjakanp*aignu daxipada terlalu fokus kepada isu-isu ibadat semata-mata' Isu-isuLttaitan undang-undang jenayah Islam perlu juga difokuskan, agar masyarakatlebih memahami den menghayati kelebihan dan keunggulan undang-undangIslam-

    Dilihat kpada dapatan kajian, masyalakat Islam di negeri Terengganu ^secara umurnnya merasakan bahawa undang-undang Islam, terutamanyapenrnUrkan bertraitan jenayah (hudud dan qisas) perlu dan mampu dilaksanakan'Walau , disebabkan oleh kekangan perundangan yang sedia adamenyebabkan ianya tidak dapat dilaksanakan.

    RujukanAbdul Hadi Awang' 2003, Martabatkan Darul Iman, http://

    mcmbers-tycos-co.ul(ttninda2rakvat/artikel/231008 artikel 4.html? 30 Mei2W5.

    Abdul Monir Yaacob, 1988, The Implementation of Syariah Law in theCivil and Syariah Courts in Malaysia, Jurnal Undang-undang IKIM, KualaLuryun Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Ab&llahAbu Bakar, 1995, Undang-undang Pentadbiran Islam di Malaysia,N-Ahkm" Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka'

    Ab&llahAlwi Haji Hassan, 1988, Pelaksanaan undang-undang Islam diN%pd-negpri di Matayiia - Satu Ulasan, dalam Mahmood Zuhdi Haji AbdulMaji4 ("d-), rr Arah Merealisasikan undang-undang Islam di Malaysia,Kuala Lnryur Thinker's LibrarY.

    Ahad Ibrahim, 1987, Caning for shariah court offences, The LawMafiilIoIa Fealing Jaya: The Law Society IIUM.

    Ahmd Ibrahim dan Ahilemah Joned, 1987, Malaysian Legal system,Kuala I-qlur Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ahd lbnanim, 1978, The Position of Islam in the constitution ofMalaFi4 dalam Mohamed Suffian, H.P Lee dan F.A Trinidade, (ed.), TheCoitintion of Malaysia: Its Development, 1957-1977, Kuala Lumpur:Oxford University hess.

    Hatta Wahari, 2oo3, Hukum Hudud Bercanggah PerlembagaanPersefmm, lltusan Mal.aysia, 19 November.

  • ilrkkrkHudud PAS menindas wanita, 2002, Mingguan Malaysia, 2 Jun.Kadir Dikoh & Misiah Ta1b,2002, Kerajaan Kaji Kuasa Halang Hudud

    PAS: PM, Berita Harian, 19 Jun.Lo'lo': Review, don't oppose Hudud Bill, The Star 30 I;N.dei 2002.Mohamad Hashim Kamali, 2003, Hukuman dalam Undang-undang

    Islam: Suatu Penelitian Tbrhadap Hukum Hudud Kelntan dan Terengganu,(terj. Norhayati binti Haji Kaprawi &Zaltun Mohamed Kasim), Petaling Jaya:Ilmiah Publishers.

    Mohd Lazim Endut, 2002, Hadr: Rang Undang-undang Jenayah Qisas,Hudud Akan Dibentang, Utusan Malaysia, 7 Januari.

    Mustafa Kamal Basri, 2002, Terengganu says Islamic Laws willeventually cover non-Muslims, New Straits Times,g Julai.

    Not Time for Hudud Yet, Don't be emotional in calling for implementationof Islamic criminal law: Hamid,2002, The Sw" 7 Febnrari.

    PAS: No turning back on hudud law, The Su4 4lalan 2002.PM: We'll block PAS's hudud law, The Stan 19 hn 2002.Ruangan Dalam Negeri, 2002, Hudud: PAS sedia bincang dengan PM,

    Utusan Malaysia, 31 Mei.Sisters in Islam, 2002, Undang-undang Hudud Terengganu, http://

    www.sistersinislam.org.my/SISVo20Malay%o2owebAPressStatements/rnala/17072002.htm. 30 Mei 2005.

    State govt will take some time to enforoe new laws, The Star 10 Julai2N2.

    Suara Persatuan Ulama Malaysia Online, 2W2, Kenyataan BersamaNGO Islam - Isu Hudud, http://www.e-ulanaory/Berita/?mode=0&ID=64.30 Mei 2005.

    Terengganu admits Hudud and Qisas Enactment can't be implementedimmediately, 2002, New Straits Times, 14 Julai.

    Wanita MCA presents memo opposing Hudud Bill to Had| The Star 28Jlun 2002.

    ZULKIFLIMOTIDEmel: mzulkifli @udm.edu.my.

    SYED MOHD AZMI SYED AB. RAHMANEmel: smazmi @udm.edu.my.

  • --xENGKU MI.'IIAMMAD ?\,ITJDDIN ENGKU ALIJabatan SyariahFakulti Png4iian Kontemporari IslamUniversiti Darul Iman MalaysiaKampus KUSZA,, Gong Badak21 300 Kuala Ttxcngganu, MALAYSIA.Eret [email protected] Psrgqiiil Kontemporari IslamUniversiti Dilul Iman MalaysiaKampus'KIISA" Gong Badak21300 ItuaIa lbrengganu, MALAYSIA.Emet [email protected].

    *