jurnal pengajian islam, akademi islam...

20
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 191 PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU Muhammad Firdaus Bin Abdul Manaf 1 Maheram Ahmad 2 ABSTRAK Proses terjemahan Arab-Melayu melibatkan beberapa teori penterjemahan samada ia daripada kelompok teori penterjemahan langsung atau teori penterjemahan tidak langsung. Makalah ini memberikan tumpuan kepada aspek perbandingan terhadap teori-teori tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah 'comparative' atau perbandingan antara beberapa teori terjemahan yang terdapat dalam penterjemahan langsung dengan penterjemahan tidak langsung. Dapatan kajian membolehkan para pengkaji mengetahui latar belakang setiap teori ini secara umum dan mampu membuat perbandingan antara satu sama lain dalam memilih kaedah terjemahan dan analisis kritikan yang sesuai dengannya. Kata Kunci: Perbandingan, Teori, Penterjemahan, Bahasa Arab, Bahasa Melayu PENDAHULUAN Perkataan terjemah sebenarnya diambil daripada perkataan Arab iaitu tarjamat (Mohd Bakri Aziz 2010: 37). Al-Fayruz Abadi (1997: 2/1428) dalam Al-Qamus al-Muhit menerangkan bahawa perkataan ini diertikan sebagai penerangan, pentafsiran dan penjelasan. Terjemahan dalam 1 Calon Ijazah Doktor Falsafah (P67040) dari Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). (Email: [email protected]). 2 Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Upload: hoanglien

Post on 28-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

191

PERBANDINGAN TEORI PENTERJEMAHAN ARAB-MELAYU

Muhammad Firdaus Bin Abdul Manaf1

Maheram Ahmad2

ABSTRAK

Proses terjemahan Arab-Melayu melibatkan beberapa

teori penterjemahan samada ia daripada kelompok teori

penterjemahan langsung atau teori penterjemahan tidak

langsung. Makalah ini memberikan tumpuan kepada

aspek perbandingan terhadap teori-teori tersebut.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah

'comparative' atau perbandingan antara beberapa teori

terjemahan yang terdapat dalam penterjemahan

langsung dengan penterjemahan tidak langsung.

Dapatan kajian membolehkan para pengkaji mengetahui

latar belakang setiap teori ini secara umum dan mampu

membuat perbandingan antara satu sama lain dalam

memilih kaedah terjemahan dan analisis kritikan yang

sesuai dengannya.

Kata Kunci: Perbandingan, Teori, Penterjemahan,

Bahasa Arab, Bahasa Melayu

PENDAHULUAN

Perkataan terjemah sebenarnya diambil daripada perkataan Arab iaitu

tarjamat (Mohd Bakri Aziz 2010: 37). Al-Fayruz Abadi (1997: 2/1428)

dalam Al-Qamus al-Muhit menerangkan bahawa perkataan ini diertikan

sebagai penerangan, pentafsiran dan penjelasan. Terjemahan dalam

1 Calon Ijazah Doktor Falsafah (P67040) dari Jabatan Pengajian Arab & Tamadun

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pensyarah di Jabatan Pengajian

Bahasa & Linguistik Arab, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS). (Email: [email protected]). 2 Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

192

konteks ini bermaksud memindahkan pelbagai idea dan perkataan3

daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, di samping memelihara

inspirasi teks yang diterjemahkan4 (Muhammad Bukhari Lubis,

Muhammad Fauzi Jumingan dan Khairunnawa Mohamad 1998: 6). J.C

Catford (1965: 20) mendefinisikan terjemahan sebagai satu proses

mencari kesepadanan kata antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran.

Justeru, kerja-kerja menterjemah ini bukannya mudah, malah lebih

sukar daripada menulis. Ia dianggap sebagai satu kerja seni yang hanya

mampu dilakukan oleh mereka yang berbakat, berilmu dan

berkemahiran sahaja. Oleh itu, sebelum melakukan kerja-kerja

menterjemah, seseorang itu mestilah menguasai teori-teori

penterjemahan dan membandingkannya antara satu sama lain kerana ia

amat penting dalam menentukan kaedah penterjemahan yang sesuai

dengan jenis teks yang bakal diterjemahkan. Newmark (1992: 31)

menyebut bahawa teori ini seumpama kerangka, petunjuk serta

peraturan untuk menterjemah dan menilai sesuatu teks daripada satu

bahasa ke dalam bahasa yang lain. Muhammad Arsyad Abdul Majid

(2009: 71) dalam tesisnya yang berjudul Terjemahan Arab-Melayu dari

sudut makna pengkhususan menulis bahawa teori penterjemahan itu

secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori

penterjemahan langsung (direct translation) dan teori penterjemahan

tidak langsung (indirect translation).

TEORI PENTERJEMAHAN LANGSUNG

Penterjemahan cara ini berasaskan teori penterjemahan yang setia

kepada teks sumbernya. Ia selari dengan idea bahawa penterjemahan

seharusnya menyampaikan maksud yang sama dengan teks yang asal.

Penterjemah harus bebas daripada konteks pendengar sasaran dan

mereka mesti bergantung pada konteks bahasa sumber. Ini dilakukan

dengan tujuan menjamin kesan teks bahasa sumber supaya tidak

terjejas. Kebiasaannya pendekatan ini banyak diaplikasikan dalam

penterjemahan wacana sastera, perundangan agama dan al-Quran

(Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 46). Walau bagaimana pun, teori

3 Perkataan ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas. Bentuk perkataan yang

mengambil imbuhan disebut perkataan dan terbitan, manakala yang tidak menerima

imbuhan disebut dasar. 4 Dyrden menyebut bahawa bidang terjemahan itu terdiri daripada tiga jenis iaitu

metafrasa, prafrasa dan tiruan. Metafrasa ialah terjemahan perkataan demi perkataan.

Prafrasa ialah terjemahan yang mengikut karya asal daripada segi makna. Tiruan pula

ialah penerjemahan yang mengambil sikap bebas daripada segi makna dan perkataan

(Ainon Muhammad 1991: 15).

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

193

penterjemahan cara lama ini seringkali menyebabkan banyak kesilapan

pada terjemahan yang dihasilkan kerana penterjemah lebih banyak

menumpukan kepada bentuk teks asal. Salah faham terhadap teks

sumber juga berlaku kerana pendengar sasaran terpaksa membiasakan

diri dengan konteks bahasa sumber, walau pun sebahagian budaya teks

sumber tidak difahami dalam budaya teks sasaran (Abdullah Hassan

2000: 37). Pendekatan sebegini dibahagikan kepada beberapa kelompok

utama termasuklah semantik, formal, relevans, harfiah dan literal.

Semantik

Persamaan yang dicari oleh penterjemah konsep lama ini ialah

persamaan formal (bentuk), yakni mementingkan bahasa sumber serta

cuba sedaya-upaya mengekalkan bentuk bahasa itu serta isi

kandungannya yang terdiri daripada unit nahu, persamaan penggunaan

perkataan, makna yang terkandung seperti dalam teks asal, rima, rentak,

permainan bahasa dan struktur nahu yang luar biasa (Puteri Rosalina

Abdul Wahid 2012: 47). Justeru terjemahan sebegini dianggap lebih

rumit dan terperinci yang akhirnya akan menghasilkan terjemahan

berbentuk ganjil, lebih kompleks kerana penterjemah cuba menyalurkan

proses pemikiran yang terkandung dalam teks tanpa mengabaikan

maksud sebenar penulis asal (Nida 1981: 57).

Walau bagaimana pun, teori semantik ini menegaskan bahawa

makna perkataan yang mengungkapkan mesej sebenar teks asal lebih

penting daripada isi dan bentuk sesuatu teks. Kesimpulannya,

terjemahan semantik ialah penterjemahan lansung yang cuba

menghuraikan makna konteks yang ada dalam teks sumber setepat

mungkin dengan mengekalkan ‘unsur budayanya’, setakat yang

dibenarkan oleh isi dan bentuk bahasa sasaran (Newmark 1992: 71).

Justeru, penterjemahan ini seolah-olah memberi penekanan kepada

mesej sebenar teks asal dan mengetengahkan budaya konteksnya.

Sebagai contoh ayat berikut, ‘...Go on, little girl! No one’s going to eat

you unless you come back with the kimono still in your hands ...’

diterjemahkan sebagai ‘...Pergilah budak kecil! Tiada siapa akan makan

kau kecuali kau turun semula ke mari dengan kimono itu masih di

tanganmu ...’. Penterjemahan istilah kimono sebagai unsur budaya

pakaian tidak dilakukan dengan bentuk mentafsir, mengubah suai isi

dan makna teks asal, agar makna yang dimaksudkan oleh pengarang

asal tidak diselewengkan. Penekanan teori ini terhadap makna yang

terkandung dalam setiap perkataan dilihat amat sesuai untuk

digunapakai bagi wacana politik, teks keagamaan dan kitab suci seperti

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

194

al-Quran. Oleh itu, aliran ini paling banyak diaplikasikan dalam bidang

penterjemahan karya agung seperti teks sastera dan teks keagaaman

yang amat aktif pada kurun ke-15 hingga kurun ke-19 di barat (Puteri

Rosalina Abdul Wahid 2012: 48). Allah S.W.T berfirman dalam al-

Quran (12: 27):

Terjemahannya:

Jika baju gamisnya koyak dari belakang, maka wanita itulah yang dusta.

Penterjemahan ini masih mengekalkan perkataan ‘gamis’ iaitu pakaian

seperti jubah sedangkan pakaian tersebut bukan sebahagian adat budaya

pakaian orang-orang Melayu, tetapi masih dikekalkan agar makna

asalnya benar-benar difahami dengan jelas.

Formal

Aliran ini diperkenalkan oleh Nida dan ia merupakan salah satu bentuk

terjemahan langsung yang setia kepada teks sumber. Pendekatan teori

ini juga menumpukan kepada isi dan bentuk (formal) teks asal untuk

menghasilkan terjemahan yang berkualiti dalam bentuk struktur nahu

dan mesej teks asal.

Konsep formal ini seolah-olah sama dengan konsep yang ada

pada teori semantik. Melalui teori ini, penterjemah sedaya-upaya

mengekalkan unsur budaya bahasa asal. Penterjemahan menggunakan

teori ini menumpukan kepada ‘bentuk serta struktur wacana asal yang

terdiri daripada tanda bacaan, pemenggalan perenggan, koma dan

noktah’, walaupun terdapat sedikit kejanggalan terhadap pemahaman

atau pembacaan dalam bahasa sasaran (Nida & Taber 1974: 92).

Pendekatan ini bagaimana pun membenarkan penterjemah membuat

nota kaki sebagai keterangan tambahan bagi memudahkan pembaca

sasaran. Justeru, penterjemahan ini seolah-olah dilihat memberikan

penekanan kepada mesej sebenar teks asal dan unsur budaya serta

mengutamakan unsur nahunya. Dalam terjemahan kitab agama, kaedah

ini lebih senang diterapkan kerana kesetiaannya kepada teks sumber.

Contoh bacaan doa La Haula Wala Quwwata Illa Billah al-cAliyyi al-cAzim diterjemahkan dengan perkataan, ‘Tidak ada daya kekuatan

melainkan daya kekuatan Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar’

(Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 49). Allah S.W.T berfirman dalam

surah al-Fatihah (1: 1):

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

195

Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Penterjemahan ini dilakukan dengan mengekalkan bentuk dan struktur

sintaksis bahasa asal. Perkataan ‘dengan’ masih digunakan untuk

terjemahan pada permulaan ayat ini walau pun ia dianggap sebagai satu

kesalahan daripada sudut tatabahasa Melayu kerana memulakan sesuatu

ayat dengan perkataan ini dianggap sebagai ayat yang tergantung.

Relevan

Teori ini merupakan cabang baharu dalam dunia terjemahan linguistik

yang diperkenalkan oleh Sperber serta Wilson dan dikembangkan oleh

Gutt. Pendekatan teori ini sebenarnya mengambil pendekatan teori

semantik dan komunikatif. Teori semantik adalah seperti perbahasan

sebelum ini, manakala komunikatif pula adalah hubungan komunikasi

yang difahami dan relevan antara penutur (penulis teks) dan pendengar.

Sebenarnya, teori relevan berasal daripada komunikasi ransangan yang

menuntut penutur untuk menghasilkan ransangan yang jelas dan nyata

agar pendengar dapat memahami maksud sebenar yang hendak

disampaikan oleh penutur tersebut. Penutur seharusnya mampu memilih

perkataan yang sesuai supaya dapat mengembangkannya dalam konteks

asal pendengar, di samping menitikberatkan maksud, budaya dan kesan

teks sumber (Nor Hashimah Jalaludin 1993: 1103). Justeru, bentuk

komunikasi antara penutur dan pendengar mestilah difahami dan benar-

benar relevan antara kedua-duanya. Sebagai contoh apabila seorang

rakyat bercakap dengan rajanya, dia akan membiasakan dirinya dengan

panggilan ‘patik’ atau ‘hamba’ dan bukan ‘aku’ atau ‘saya’. Begitu juga

apabila dia memanggil rajanya itu dengan panggilan ‘tuanku’ dan

bukannya ‘kau’ atau ‘awak’. Manakala raja pula akan membiasakan

dirinya dengan panggilan ‘beta’ dan bukannya ‘aku’ atau ‘saya’

sebagaimana kisah yang terdapat dalam al-Quran, iaitu surah Yusuf (12:

43), firman Allah S.W.T:

...

Terjemahannya:

Raja itu bertitah, ‘Sesungguhnya beta melihat tujuh ekor lembu ...’.

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

196

Harfiyyah

Istilah ini telah diperkenalkan sejak abad pertama sebelum masihi oleh

sarjana Roman, iaitu Cicero dan Horace. Aliran ini difahami dengan

melakukan penterjemahan terhadap teks sumber satu demi satu tanpa

ada satu kata pun tertinggal dengan setepat mungkin berdasarkan makna

sebenar teks. Proses ini dilakukan dengan mencari padanan kata teks

asal yang sehampir mungkin dengan kata dalam bahasa sasaran dan

memastikan bahasanya juga tidak terasa janggal. Konsep terjemahan ini

dilihat seakan-akan sama dengan konsep terjemahan literal. Namun

setelah penelitian dilakukan jelas menunjukkan bahawa aliran ini lebih

setia dengan teks berbanding aliran literal kerana pemadanan

terjemahan satu lawan satu dalam teks sumber terhadap teks sasaran

tanpa mengira perbezaan kedua-dua bentuk. Sedangkan penterjemahan

literal dilakukan dengan pemadanan teks asal sehampir mungkin

dengan kata dalam bahasa sasaran. Penterjemah melalui konsep ini akan

mematuhi susunan kata dalam bahasa sumber agar sama dengan

susunan kata dalam bahasa sasaran (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012:

52). Catford (1965: 37) menyatakan bahawa perkataan ‘harfiah’

berdasarkan ilmu linguistik disebut sebagai ‘terjemahan struktur nahu’

kerana penterjemahan yang dilakukan lebih memberikan penumpuan

kepada padanan sistem nahu daripada bahasa sumber kepada bahasa

sasaran. Justeru, kesetiaan penterjemah keseluruhannya akan tertumpu

kepada peraturan bahasa sumber, sedangkan padanan konteks antara

kedua-duanya jarang diberikan perhatian. Contoh penterjemahan

harfiah dalam al-Quran yang mengekalkan terjemahannya satu lawan

satu atau kata demi kata seperti firman Allah S.W.T dalam surah al-

Ikhlas (112: 1):

Terjemahannya:

Katakanlah, Dialah Allah yang Maha Esa.

Literal

Nida menyebut terjemahan ini sebagai terjemahan formal. Manakala

Vinay dan Darbelnet memanggilnya sebagai terjemahan langsung (Nida

& Taber 1974: 92). Ada sebahagian penterjemah cuba menyamakannya

sebagai terjemahan harfiah (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 54).

Hakikatnya, aliran ini merupakan sebahagian daripada terjemahan

langsung yang mempunyai konsep yang berbeza dengan terjemahan

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

197

formal dan terjemahan harfiah. Literal merupakan satu aliran

terjemahan yang kontroversial dalam kalangan sarjana bidang

terjemahan sejak dahulu lagi (Muhammad Fauzi Jumingan 2001: 61).

Umumnya, penterjemahan ini lebih setia kepada teks sumber yang

menumpukan kepada salah satu struktur atau bentuk nahu bahasa teks

asal dan pada masa yang sama menjaga kegramatisan nahu bahasa

sasaran. Ini yang membezakannya dengan terjemahan harfiah kerana

konsep yang dibawa oleh harfiah ini hanya menumpukan kepada nahu

bahasa sumber semata-mata. Kesetiaan pendekatan literal ini lebih

kepada unsur nahu dan bukannya unsur budaya. Ciri ini pula yang

membezakannya dengan terjemahan formal yang mengambil kira

konteks dan budaya bahasa asal. Oleh sebab penterjemahan literal ini

memfokuskan kepada bentuk bahasa, kebarangkalian mesej makna

dalam bahasa asal itu kurang difahami. Ini kerana penterjemahan yang

difahami bukannya hanya sekadar lahir daripada bentuk bahasa, bahkan

hubungkaitnya dengan frasa, pengaruh penutur sasaran, budaya dan

konteks yang pelbagai (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 53). Contoh

penterjemahan yang menggunakan konsep ini sebagaimana firman

Allah S.W.T dalam surah kedua iaitu al-Baqarah (2: 2):

Terjemahannya:

Kitab ini (al-Quran) tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka

yang bertaqwa.

Berikut merupakan kesimpulan perbandingan antara kelompok pecahan

bagi teori penterjemahan langsung yang dikemukakan sebelum ini:

Jadual 1 Kesimpulan Perbandingan Jenis Penterjemahan

Langsung

Bil Jenis Kesimpulan

1 Semantik Menghuraikan mesej sebenar teks asal dengan

mengekalkan unsur budayanya, setakat yang

dibenarkan oleh isi dan bentuk bahasa sasaran.

2 Formal Memberikan penekanan kepada mesej sebenar teks

asal dan unsur budaya serta mengutamakan unsur

nahunya. Adakalanya nota kaki dibuat sebagai

keterangan tambahan bagi memudahkan pembaca

sasaran.

3 Relevan Mengambil pendekatan teori semantik serta

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

198

komunikatif yang merujuk kepada penterjemahan

yang mesti difahami dan benar-benar relevan

difahami antara penulis bahasa sumber dan pembaca

bahasa sasaran.

4 Harfiah Penterjemahan satu demi satu dengan setepat

mungkin tanpa ada satu pun yang tertinggal dan

penumpuan diberikan kepada unsur nahu bahasa

sumber, sedangkan padanan konteks antara kedua-

duanya jarang diberikan perhatian.

5 Literal

Menumpukan kepada salah satu struktur atau bentuk

nahu bahasa sumber dan pada masa yang sama

menjaga kegramatisan nahu bahasa sasaran.

Kesetiaan pendekatan literal ini lebih kepada unsur

nahu dan bukannya unsur budaya.

TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG

Jika penterjemahan langsung memberikan tumpuan kepada teks bahasa

sumber, penterjemahan tidak langsung pula memberikan perhatian

kepada teks bahasa sasaran. Menurut teori ini, penekanan terhadap

keselesaan pembaca dalam memahami sesebuah karya terjemahan amat

dititikberatkan. Penterjemahan cara ini tidak setia kepada bahasa

sumber sepenuhnya daripada aspek susunan bentuk asalnya, walau pun

isi kandungannya dikekalkan. Ini kerana penterjemah adakalanya

mentafsir bagi pihak pembaca serta ‘membina semula’ susunan kata

baharu yang sejadi dengan budaya, bentuk dan kaedah bahasa sasaran.

Sebagai contoh perkataan putih seperti ‘salji’ diterjemahkan dengan

perkataan putih seperti ‘salju’ atau ‘kapas’ kerana mungkin budaya

bahasa sasaran tersebut tidak mempunyai salji. Teori sebegini sesuai

dengan karya ilmiah, akhbar dan bacaan umum. Namun secara

kebiasaannya, pendekatan ini tidak sesuai untuk terjemahan al-Quran

kerana dikhuatiri isi, konteks dan kesan teks bahasa al-Quran ini akan

terjejas kerana terpaksa disejadikan dalam budaya konteks bahasa

sasaran (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 54). Walau bagaimanapun,

sebahagiannya daripada pecahan teori ini masih boleh diterapkan pada

sebahagian terjemahan al-Quran, mengikut kesesuaian antara kedua-dua

budaya serta bahasa asal dan penerima. Terdapat beberapa pembahagian

teori penterjemahan tidak langsung ini antaranya ialah komunikatif,

dinamik, bebas dan idiomatik.

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

199

Komunikatif

Peter Newmark memperkenalkan teori ini dalam bukunya yang berjudul

Approaches to Translation (1981). Teori ini bermaksud menghasilkan

terjemahan yang mempunyai kesan atau reaksi sebaik mungkin kepada

pembacanya sepertimana yang dirasai oleh pembaca teks asal.

‘Semangat’ lebih diutamakan daripada isi, pesan atau mesej bahasa

sumber sebagaimana perkataan ‘Let’s all play’ sepatutnya

diterjemahkan sebagai ‘Ayuh! Mari kita bermain’ dan bukannya ‘Mari

semua bermain’. Sebagai contoh perkataan Arab pula seperti:

حي على الصالةTerjemahannya ialah, 'Ayuh! Tunaikan solat'.

Newmark (1981: 121) menyebut bahawa setiap penterjemah

mempunyai hak untuk menulis dengan gaya bahasanya sendiri dalam

bentuk yang lebih baik dan 'bersemangat' supaya pembacaannya lancar

tanpa kesamaran semasa membaca teks terjemahan. Penterjemahan ini

akan dilakukan dengan memindahkan sebanyak mungkin unsur asing ke

dalam budaya dan bahasa pembaca sasaran, di samping menghormati

bentuk teks dalam bahasa sumber. Menurut Muhammad Fauzi

Jumingan (2001: 53), teori ini popular dalam kalangan penterjemah

komersial yang melibatkan terjemahan berbentuk karya kreatif (bukan

sastera) seperti rencana, akhbar, buku teks, penulisan awam, brosur dan

maklumat promosi barang. Namun, Newmark (1981: 43) tidak

menggalakkan kaedah ini digunapakai dalam penterjemahan teks suci

kerana khuatir beberapa unsur yang sukar diterjemahkan seperti unsur

budaya dan adat resam bahasa sumber akan dibuang. Ini kerana salah

satu pendekatan komunikatif ialah proses pengadaptasian budaya

sumber kepada budaya sasaran sehampir mungkin, walau pun kadang-

kadang nilai budaya dalam bahasa asal itu diketepikan (Hervey dan

Higgins 1992: 72).

Dinamik

Nida (1964: 71) memperkenalkan istilah ini ketika menterjemahkan

kitab Injil. Penterjemahan ini dilakukan dengan menekankan makna

mesej teks asal yang hendak disampaikan dan kesan pembacaan,

bersesuaian dengan konteks budaya penerima iaitu bahasa sasaran.

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

200

Proses ini mestilah bersifat natural serta tidak berbau unsur terjemahan

yang melalui tiga peringkat termasuklah proses analisis, pemindahan

mesej dan menstruktur semula sintaksis bahasa sasaran.

Rajah 1 Peringkat Penterjemahan Konsep Dinamik

Konsep ini memberikan perhatian kepada penterjemahan jumlah

maklumat atau idea yang perlu sama antara bahasa asal serta penerima

dan bukannya semata-mata kepada jumlah perkataan. Sebagai contoh

perkataan:

لوالادينا إاحسان وباTerjemahannya: Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.

Firman di atas diturunkan adalah bertujuan sebagai perintah

untuk melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Ia tidak

diterjemahkan dengan perkataan, '... dan dengan kedua ibapalah,

berbuat kebaikan' kerana maksud berdasarkan terjemahan sebegini

masih belum difahami. Namun ia diterjemahkan dengan perkataan, '...

berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa', agar kesan terjemahan dapat

dirasai mengikut konteks bahasa sumber itu sendiri.

Contoh perkataan lain yang terdapat pada sebahagian tempat

letak kereta yang tertera ‘Keep Clear’ bukanlah diterjemahkan sebagai

‘simpan kosong’, tetapi memadai sahaja diterjemahkan sebagai

'Kosongkan'. Newmark (1981: 127) menyebut bahawa kaedah ini ada

masanya berkemungkinan akan menghasilkan terjemahan bersifat

tafsiran yang besar sekali. Menurut Nida, pendekatan ini sesuai

diterapkan dalam penterjemahan Injil serta teks kreatif lain seperti

cerpen dan novel (Nida 1964: 79). Puteri Rosalina Abdul Wahid (2012:

59) dalam bukunya ‘Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu’

Bahasa sumber Bahasa sasaran

Analisis Struktur semula sintaksis

Pemindahan mesej

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

201

menyebut bahawa terdapat empat prinsip bagi terjemahan dinamik ini,

antaranya ialah:

i. Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan

daripada keselarasan perkataan demi perkataan dikemukakan.

Dua perkataan yang sama mungkin berlainan ertinya dalam

konteks tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks.

ii. Pembaca teks asal dan pembaca teks terjemahan mestilah

mengalami kefahaman, perasaan dan tindakan yang sama.

iii. Bentuk-bentuk bahasa yang didengari hendaklah diutamakan

lebih dahulu daripada bentuk bertulis.

iv. Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan

daripada bentuk bahasa asal. Ini akan membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.

Oleh kerana konsep dinamik ini termasuk dalam penterjemahan

tidak langsung yang lebih menumpukan kepada budaya serta bahasa

sasaran, penterjemahan cara ini kurang sesuai diterapkan dalam

penterjemahan al-Quran kerana ia menekankan kepada makna mesej

semata-mata serta mengabaikan bentuk teks asal, selain dikhuatiri nilai

asli yang terdapat di dalamnya tidak akan dapat diterjemahkan dengan

baik kerana kekangan budaya dan bahasa penerima. Namun pada

sebahagian ayat al-Quran, teori sebegini masih relevan digunakan

kerana ia menekankan kepada konsep penterjemahan makna dan kesan

yang dapat dirasai oleh pembaca sasaran sama seperti pembaca teks

asal.

Bebas

Aliran ini juga dikenali sebagai sense of sense translation, iaitu

terjemahan secara makrifat (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 59)

yang berlawanan dengan terjemahan literal dan harfiah. Konsep ini

dilaksanakan dengan mengambil isi serta maklumat penting sahaja

dalam teks sumber tetapi mengubah, mengadaptasi, membuang dan

membetulkan segala bentuk struktur nahu teks asal. Hal ini dilakukan

agar terjemahan teks tersebut kelihatan bersahaja, sejadi dan

memudahkan pembaca kedua. Sebagai contoh perkataan Arab seperti:

حي على الصالةTerjemahannya ialah, 'Jom solat!'.

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

202

Penterjemahan al-Quran melalui konsep ini tidak sesuai

dipraktikkan kerana bentuk asal bahasanya kurang ditumpukan dan

banyak proses adaptasi ke dalam bahasa sasaran akan mencacatkan nilai

bahasa al-Quran itu sendiri. Hal ini ditambah lagi dengan terdapat

segelintir penterjemah gaya ini yang terlalu bebas menterjemah

sehingga menyimpang jauh daripada tugas sebenar penterjemah.

Idiomatik

Beekman dan Callow (1974: 11) memperkenalkan istilah ini dalam

menterjemahkan kitab Injil. Idiomatik berasal daripada perkataan idiom

yang membawa maksud bentuk ungkapan unik yang terdapat dalam

sesuatu bahasa. Justeru, istilah ini merujuk kepada penterjemahan

makna teks asal yang mengandungi ungkapan-ungkapan tersebut

dengan menggunakan acuan bahasa teks sasaran semurni mungkin

sebagaimana perkataan ‘He put up his behaviour’ diterjemahkan

sebagai ‘Dia menahan perasaan bencinya terhadap kelakuannya itu’.

Menurut Nida (1964: 81), konsep ini amat sinonim dengan konsep

penterjemahan dinamik. Contoh perkataan Arab ialah:

ليالا المولادا راحتا األطيار تشدو فاTerjemahannya, 'Burung-burung itu riang berkicauan pada malam

kelahirannya'.

Berikut merupakan kesimpulan perbandingan antara kelompok

pecahan bagi teori penterjemahan tidak langsung yang dikemukakan

sebelum ini:

Jadual 2 Kesimpulan Perbandingan Jenis Penterjemahan Tidak

Langsung

Bil Jenis Kesimpulan

1 Komunikatif Menumpukan kepada kesan, reaksi dan

semangat sebaik mungkin kepada

pembacanya sepertimana yang dirasai oleh

pembaca teks asal.

2 Dinamik Menekankan makna mesej teks asal yang

hendak disampaikan dan kesan pembacaan,

bersesuaian dengan konteks budaya penerima

iaitu bahasa sasaran.

3 Bebas Mengambil isi serta maklumat penting sahaja

dalam teks sumber tetapi mengubah,

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

203

mengadaptasi, membuang dan membetulkan

segala bentuk struktur nahu teks asal. Ini

dilakukan agar terjemahan teks tersebut

kelihatan bersahaja, sejadi dan memudahkan

pembaca kedua.

4 Idiomatik Menterjemah makna teks asal yang

mengandungi ungkapan-ungkapan unik

(idiom) dengan menggunakan acuan bahasa

teks sasaran semurni mungkin.

Jadual di bawah pula akan menerangkan secara ringkas

perbezaan ciri-ciri setiap pecahan yang terdapat sama ada dalam

penterjemahan langsung dan penterjemahan tidak langsung, seperti

berikut:

Jadual 3 Perbandingan ringkas ciri-ciri setiap pecahan dalam

penterjemahan langsung dan penterjemahan tidak langsung

Pecahan Tumpuan

Bahasa

Jenis Tumpuan Utama

Penterjemahan

Langsung

Bahasa

Asal

Semantik 1. Menghuraikan mesej

sebenar teks asal.

2. Mengekalkan unsur

budaya.

Formal 1. Menghuraikan mesej

sebenar teks asal.

2. Mengekalkan unsur

budaya.

3. Mengutamakan unsur

nahu.

Relevan

(gabungan antara teori

semantik dan

komunikatif):

1. Menghuraikan mesej

sebenar teks asal.

2. Mengekalkan unsur

budaya.

3. Menumpukan kepada

kesan, reaksi dan

semangat.

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

204

Harfiah 1. Penterjemahan satu

demi satu.

2. Mengutamakan unsur

nahu.

3. Padanan konteks antara

kedua-dua bahasa

jarang diberikan

perhatian.

Literal 1. Mengutamakan salah

satu bentuk struktur

nahu.

2. Menjaga gramatis nahu

bahasa sasaran.

3. Kesetiaan kepada unsur

nahu dan bukannya

budaya.

Penterjemahan

Tidak

langsung

Bahasa

Sasaran

Komunikatif 1. Menghasilkan

terjemahan yang

mempunyai kesan,

reaksi dan semangat

sebaik mungkin kepada

pembacanya

sepertimana yang

dirasai oleh pembaca

teks asal.

Dinamik 1. Menekankan makna

mesej teks asal yang

hendak disampaikan.

2. Menumpukan kepada

kesan pembacaan,

bersesuaian dengan

konteks budaya

penerima.

Bebas 1. Mengubah,

mengadaptasi,

membuang dan

membetulkan segala

bentuk struktur nahu

teks asal untuk

menjadikan teks

sasaran kelihatan

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

205

bersahaja.

Idiomatik 1. Menumpukan

penterjemahan kepada

ungkapan-ungkapan

yang unik (idiom)

dengan menggunakan

acuan bahasa teks

sasaran semurni

mungkin.

KESIMPULAN

Penterjemahan merupakan satu proses kreatif yang melibatkan

pemindahan makna dan gaya yang terdapat dalam teks sumber ke dalam

bahasa sasaran dengan menggunakan padanan yang paling sejadi

(Maheram Ahmad 2008: 112). Proses ini bukannya mudah, malah lebih

sukar daripada menulis kerana ia dianggap sebagai satu kerja seni yang

hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berbakat, berilmu dan

berkemahiran sahaja (Abdul Hadi Abdullah 1998: 13-45). Justeru,

sebelum memulakan proses penterjemahan, teori kepada amali ini perlu

dikuasai kerana ia boleh dianggap sebagai penyelamat kepada masalah-

masalah yang timbul ketika proses ini dilakukan (Nabbahan 1999: 17).

Newmark (1992: 31) menyebut bahawa teori ini seumpama

kerangka, petunjuk serta peraturan untuk menterjemah dan menilai

sesuatu teks daripada satu bahasa ke dalam bahasa yang lain. Teori

yang berbeza akan memberikan kaedah penterjemahan yang berlainan

dengan teori yang tidak sama dengannya. Oleh itu, memahami

perbandingan teori penterjemahan ini akan memberikan pencerahan

dalam memilih teori yang terbaik untuk menentukan kaedah dan

analisis kritikan dalam bidang ini.

RUJUKAN

Abd Aziz Abdul Talib. 1996. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip,

Teknik dan Contoh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abd Basir Awang. 2002. Ketidakbolehterjemahan Katawi Dari Bahasa

Arab ke Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disertasi Sarjana.

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

206

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Abdullah Hassan. 1983. Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan. 1987. Nota Ringkas Terjemahan. Penerbit Fajar

Bakti, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional, Batu Caves

Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Abdullah Hassan. 2008. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah

Menengah. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd, Kuala

Lumpur.

Ahmad Zaki Ibrahim dan Norhayati Hamzah. 2007. Soroton Gerakan

Penterjemahan dan Penerbitan Buku-buku dalam Dawlah

Abbasiyyah di Baghdad. Journal of al-Tamaddun. Kuala

Lumpur.

Ainon Muhammad. 1991. Panduan Menterjemah. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Ainon Muhammad. 1980. Pengantar Terjemahan. Penerbitan Adabi,

Kuala Lumpur.

Ali Mahmood. 2007. Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa

Melayu. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Ali Mahmood. 2010. Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.

Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Arrowsmith, W & R Shattuck.1961. The Art and Craft of Translation.

The University of Texas Press, Texas.

Antone al-Dahdah. 1999. Al-Mucjam al-Wasid fi Tasrif al-Afal.

Maktabah Lubnan, Lubnan.

cArif Karkhi Abu Khudayri. 1993. Prosiding Persidangan

Penerjemahan Antarabangsa ke-4; Persatuan Penerjemah

Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

207

cArif Karkhi Abu Khudayri. 1994. Talim al-Lughah al-cArabiyyah li

Ghair al-cArab: Dirasat fi al-Manhaj wa Turuq al-Tadris. Dar

al-Thaqafah li al-Nashr wa al-Tawzic, Misr.

Asmah Omar. 1979. Aspek Penterjemahan dan Interpretasi. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Asmah Omar. 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa & Pustaka,

Kuala Lumpur.

Bell, Roger T. 1991. Translation dan Translating. London: Longman.

Brislin. R.W. 1979. Translation: Application and Research. Gardner

Press, New York.

Catford, J.C. 1965. A Linguistic Theory of Translation. Oxford

University, London.

Al-Dahdah, Abu Faris. 2004. Sharh Alfiyyah Ibn Malik. Maktabah al-

Aybakan, Riyadh.

Al-Fayruz, Abadi, Majd al-Din Muhammad bin Yacqub. 1997. Al-

Qamus al-Muhit. Taqdim: Muhammad cAbd al-Rahman al-

Marashli. Jil. 2. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-cArabi wa

Muassasat al-Tarikh al-cArabi.

Frederick J. Newmeyer. 1996. Teori Tatabahasa Keterbatasan dan

Kemungkinannya (Terjemahan). Dewan Bahasa & Pustaka,

Kuala Lumpur.

Al-Hamlawi, Ahmad. 2003. Shaza al-cArf. Dar al-Fikr, Misr.

Al-Haud, Ahmad. 2007. Qadiyyah al-Icrab. Damascus, Syria.

Hashim Musa. 1993. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa

Melayu. Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Ibn Hisham, Abu Muhammad cAbdullah Jamaluddin Yusuf. 1987.

Mughni al-Labib. Maktabah Asriyyah, Beirut, Lubnan.

Ibn Jinnī, Abu al-Fath cUthmān. 1313 H/1965 M. Al-Munsif li Kitāb al-

Tasrīf. Mesir: Maktabat wa Matbacat Mustafā al-Bābī al-Halabī.

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

208

Ibn Jinni, Abu al-Fath Uthman. 1903. Al-Khasa’is. Dar Kutub al-

Misriyyah, Misr.

Kamus Besar Arab-Melayu. 2006. Dewan Bahasa & Pustaka Kuala

Lumpur.

Kamus al-Miftah. 2008. Al-Azhar Media, Negeri Sembilan.

Khalusi, Safa. 1982. Fann al-Tarjamat. Baghdad: Dar al-Hurriyat Li al-

Tibacat.

Khalusi, Safa. 2000. Fann al-Tarjamat. Cetakan kedua. Kaherah

Liaw Fock Fang dan Abdullah Hassan. 1994. Nahu Melayu Moden.

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Maheram Ahmad. 2008. Permasalahan Penterjemahan Arab-Melayu:

Satu Analisis Teks Sastera. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tesis Doktor Falsafah.

Mohamad Syukri Abdul Rahman & Adnan Mat Ali. 2012. Minat dan

Persepsi Pelajar Terhadap Program Sarjana Muda Bahasa

Arab (Terjemahan) (Kepujian); Prosiding Nadwah Bahasa dan

Kesusasteraan Arab Ketiga. Penerbit Universiti Putra Malaysia,

Serdang, Selangor.

Mohd Bakri Aziz @ Saari. 2010. Ketepatan Padanan Terjemahan Puisi

Arab Dalam Kitab La Tahzan: Satu Analisis Bandingan.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Disertasi Sarjana.

Mohd Haris Sulaiman. 2011. Penguasaan Kemahiran Perterjemahan

Perkataan Arab Berimbuhan di Kalangan Pelajar IPTA.

Universiti Malaya. Tesis Sarjana

Mohd. Hilmi b. Abdullah. 2008. Teori & Kaedah Penterjemahan Arab-

Melayu. Kelantan: Pustaka HILMI.

Mohd. Rosdi Ismail. 2003. Bahasa Arab Mikro; Binaan Kata & Fungsi

Makna. Percetakan Darul Naim, Kelantan.

Mokhtar Ahmad. 1986. Penerjemah Seperti Tukang Perabot. Pelita

Bahasa, Kuala Lumpur.

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

209

Muhammad Bukhari Lubis, Muhammad Fauzi Jumingan dan

Khairunnawa Mohamed. 1998. Penerjemahan Arab Melayu

Arab Peraturan & Dasar. Penerbit Universiti Putra Malaysia,

Serdang Selangor.

Muhammad Bukhari Lubis. 1993. Kursus Penerjemahan Arab-Melayu;

Seminar Terjemahan Arab-Melayu. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Selangor.

Muhammad Fauzi Jumingan. 2012. Penterjemahan ialah Satu

Perniagaan; Prosiding Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan Arab

Ketiga. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Al-Mucjam al-Asasi. 1997. Al-Munazzamah al-cArabiyyah li al-

Tarbiyyah wa al-Thaqafah wa al-cUlum, Beirut, Lubnan.

Mucjam al-Mustalahat al-cArabiyyat fi al-Lughat wa al-Adab. 1984.

Beirut: Maktabat Lubnan.

Mujahid, Abd Karim. 1991. cIlm al-Lisan al-cArabi. Amman: Dar al-

Quds.

Al-Munjid fi al-Lughah wa cAlam. 2002. Dar al-Mashriq Publisher,

Beirut, Lubnan.

Nabbahan, M. Rudolf. 1999. Teori menterjemah bahasa Inggeris.

Yogjakarta: Pustaka Pelajar.

Nida, E.A. 1964. Toward A Science of Translation. Leiden: E.J. Bril.

Nida, E.A. & C.R. Taber. 1974. The Theory and Practice of

Translation. Leidin: E.J. Brill, Leidin.

Nida, E.A. 1975. Compenential Analysis of Meaning.The Hague.

Mouton.

Nida & Taber. 1982. The Theory and Practice of Translation. Leidin:

E.J. Brill, Leidin.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid

Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga; Entri ‘ia’.

Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 20: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · asalnya benar-benar difahami dengan jelas. Formal Aliran ini diperkenalkan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAF, MAHERAM AHMAD

210

Nik Safiah Karim. 1996. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa &

Pustaka. Kuala Lumpur.

Peter Newmark. 1994. Pendekatan Penterjemahan (Terjemahan).

Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Puteri Rosalina Abdul Wahid. 2012. Meneroka Penterjemahan Bahasa

Melayu. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Soheir Abd Moneim Sery. 1993. Terjemahan dan Kemajuan; Kertas

kerja Diskusi Ilmiah Pengajian Islam UKM.

Steiner. 1976. After Babel: Aspect of Language and Translation.

Oxford University Press, London.

Syed Ali. 1990. Arabic For Beginners. Golden Book Centre Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur.

Taufiq cUmar. 1999. Kaifa Natacallam al-Icrab. Dar al-Fikr, Beirut,

Lubnan.

Van Slyle, G. Guinet, J.F., Seitz, F. & Benejam, R. 1983. Better

Translation for Better Communication. Pergamon Press,

London.