jurnal pengajian islam, akademi islam...

19
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015 1 PENDEKATAN DAKWAH MELALUI SENI OLEH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB Zikmal Fuad ABSTRAK Kajian tentang pendekatan dakwah melalui seni perlu dikaji, kerana pendekatan dakwah yang sesuai dengan masyarakat menentukan kejayaan dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dakwah Shaykh Muim melalui seni, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti lagu-lagu dan munajat karya Shaykh Muim yang digunakan dalam menyampaikan dakwah. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa dan melihat kepada kepentingan dakwah dalam konteks dakwah masa kini. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis teks-teks tulisan peribadi Shaykh Muim dan temubual. Kajian ini mendapati bahawa Shaykh Muim mempunyai banyak keistimewaan dalam bidang seni. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa ada empat lagu dan satu munajat yang digunakan untuk berdakwah, iaitu lagu Babussalam Kampung Halamanku, lagu Salasilah Keturunan, lagu Islam Jaya, lagu Maulid al-Rasul dan satu munajat. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa tokoh kajian telah meninggalkan sejumlah warisan berharga seperti pendekatan dakwah melalui seni, idea, pemikiran dan karya tulis untuk dikaji dan dipelajari oleh generasi sekarang. Seterusnya pendekatan dakwah melalui seni yang digunakan telah memberi pengaruh kepada masyarakat Besilam Langkat dan Aceh Tamiang. Ia relevan dan diguna pakai oleh generasi sekarang ini. Kesimpulannya, pendekatan dakwah Shaykh Muim melalui seni dapat dijadikan garis panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi. Kata kunci: Shaykh Muim; Tokoh; Keistimewaan;Besilam; Aceh Tamiang

Upload: doxuyen

Post on 14-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

1

PENDEKATAN DAKWAH MELALUI SENI OLEH SHAYKH

MUIM AL-WAHHAB

Zikmal Fuad

ABSTRAK

Kajian tentang pendekatan dakwah melalui seni perlu dikaji,

kerana pendekatan dakwah yang sesuai dengan masyarakat

menentukan kejayaan dakwah. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji pendekatan dakwah Shaykh Muim melalui seni,

kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti lagu-lagu

dan munajat karya Shaykh Muim yang digunakan dalam

menyampaikan dakwah. Pemilihan terhadap kajian ini untuk

dianalisa dan melihat kepada kepentingan dakwah dalam

konteks dakwah masa kini. Kajian ini dijalankan dengan

menganalisis teks-teks tulisan peribadi Shaykh Muim dan

temubual. Kajian ini mendapati bahawa Shaykh Muim

mempunyai banyak keistimewaan dalam bidang seni.

Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa ada empat

lagu dan satu munajat yang digunakan untuk berdakwah,

iaitu lagu Babussalam Kampung Halamanku, lagu Salasilah

Keturunan, lagu Islam Jaya, lagu Maulid al-Rasul dan satu

munajat. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati

bahawa tokoh kajian telah meninggalkan sejumlah warisan

berharga seperti pendekatan dakwah melalui seni, idea,

pemikiran dan karya tulis untuk dikaji dan dipelajari oleh

generasi sekarang. Seterusnya pendekatan dakwah melalui

seni yang digunakan telah memberi pengaruh kepada

masyarakat Besilam Langkat dan Aceh Tamiang. Ia relevan

dan diguna pakai oleh generasi sekarang ini.

Kesimpulannya, pendekatan dakwah Shaykh Muim melalui

seni dapat dijadikan garis panduan untuk dikembangkan

sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi.

Kata kunci: Shaykh Muim; Tokoh;

Keistimewaan;Besilam; Aceh Tamiang

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

2

ABSTRACT

Research on propagation of Islamic teachings must be

performed due to the fact that the right approach

determines the success of propagation of Islamic

teachings itself. The objective of this research is to

consider approach taken by Shaykh Muim through the

use of art as well as to discover the songs and munajat

(supplication) personally composed by him hence being

used during the course of the propagation. This topic has

been chosen to analyze and have a close look into issues

related to the propagation of Islamic teachings in the

modern context. This research has been conducted by

analyzing the personally written texts of Shaykh Muim

and interviews. The finding of this research discovers

that Shaykh Muim are blessed with numerous

astonishing skills in the domain of art. Another finding

demonstrates that there are four songs and munajat

(supplication) used in the propagation process, namely

the songs entitled Babussalam Kampung Halamanku

(Babussalam My Hometown), Salasilah Keturunan

(Traceability of Genealogy), Islam Jaya (The Victory of

Islam), Maulid al-Rasul (The Birth of the Prophet) and a

munajat (supplication). The overall finding of this study

has uncovered that this well-known figure as a subject

matter of this research has bequeathed a valuable

heritage such as approach of Islamic teachings through

the use of art, ideas, views and literatures to be grasped

and delved into by the modern generation. Accordingly,

the approach taken has given great impact on the society

of Besilam Langkat dan Aceh Tamiang which is

considered relevant and beneficial for the current

existing generation. In conclusion, the approach taken

by Shaykh Muim through the use of art can be

considered as a great guideline with the possibility of

being expanded so that the propagation itself may exist

in a multidimension format.

Keywords: Shaykh Muim; Persona; Privileges; Besilam;

Aceh Tamiang

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

3

PENDAHULUAN

Kesenian sebahagian dari kehidupan manusia. Kesenian ini selalu

berkembang di setiap zamannya. Islam sebagai agama rahmatan li al-

‘alamin juga menjadi salah satu bahagian dari perkembangan kesenian

tersebut. Banyak seni yang memasukkan nilai-nilai Islam yang dapat

dijadikan medium, misalnya seni suara dan muzik. Maka dalam setiap

karya yang dihasilkan yang mengandungi nilai-nilai Islam adalah

merupakan sebagai syiar Islam di kehidupan bermasyarakat.

Apa yang mahu difokuskan dalam kajian ini adalah

memaparkan pendekatan dakwah Shaykh Muim melalui seni suara.

Kajian ini juga akan memperkenalkan ke-ulamaan beliau di Langkat

Sumatera Utara Indonesia. Namanya memang jarang terdengar, akan

tetapi beliau sangat berperanan penting dalam menyebarkan dakwah

Islam. Sejak usia mudanya, Shaykh Muim telah berkecimpung secara

langsung dengan dakwah. Hal ini dilakukan kerana jasa beliau yang

tidak wajar dilupakan oleh generasi berikutnya. Masyarakat bukan

hanya perlu mengenali tokoh-tokoh dakwah dunia yang telah

membuktikan kejayaan mereka dalam berdakwah, tetapi tidak juga

melupakan tokoh-tokoh dakwah tempatan yang telah berjaya dalam

memperkenalkan Islam kepada masyarakat.

Kelahiran dan Salasilah Keturunan Shaykh Muim

Beliau dilahirkan pada hari Isnin 30 Sya’ban 1330H/1910M di

Kampung Babussalam (Besilam) Langkat pada zaman kekuasaan

Sultan Abdul Aziz bin Sultan Musa al-Muazzam Syah, Raja negeri

Langkat. Shaykh Muim adalah yang mula-mula dilahirkan di Madrasah

Kecil tempat kediaman bapanya. Dicatatkan, beliau meninggal dunia

pada hari Isnin, 11 Rabi’ul Awwal 1401H/16 Februari 1981M di

Besilam dan dikebumikan di tempat kelahirannya tersebut (Zikmal

Fuad, 2005: 4).

Dari segi salasilah, nasab Shaykh Muim berketurunan ulama

dan dari kerabat diraja. Ayah beliau adalah Shaykh Abdul Wahab

Rokan al-Khalidi Naqshabandi seorang wali kenamaan, pemimpin

tarekat Naqshabandiyyah yang lebih terkenal dengan panggilan ‘Tuan

Guru Besilam Langkat’. Sedangkan moyangnya Maulana Tuanku

Abdullah Tembusai adalah seorang ulama besar dan kerabat diraja yang

sangat berpengaruh pada zamannya (Ahmad Fuad, 2001: 16).

Sementara ibu beliau, Maryam Binti Imam Yaman (Khalifah Anbiya)

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

4

Tanah Putih daripada isterinya Latibah binti Nakhoda Muda Kampar di

antara orang besar negeri Kampar Riau.

Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan formal Shaykh Muim dimulai di Maktab Musawiyah

Babussalam (Sekolah Agama) dan Shaykh Muim duduk di kelas IV

(1340 H/1920 M). Pada masa itu Shaykh Muim berumur 10 tahun. Di

Lembaga pendidikan inilah Shaykh Muim mulai bergelut dengan

kedalaman khazanah Islam di bawah bimbingan para gurunya. Di

tempat ini Shaykh Muim mulai belajar ilmu nahu, sarf, lughah (bahasa),

tarjamah al-Qur’an dan lain-lain lagi dengan gurunya Haji Abdul

Rasyid Thaib al-Minangkabawi (Muim, 1973: 15).

Setelah 4 tahun belajar di lembaga pendidikan Musawiyah

tersebut, Shaykh Muim melanjutkan ke peringkat berikutnya iaitu kelas

takhassus (setingkat universiti). Pada masa itu Shaykh Muim berumur

15 tahun. Dalam peringkat ini Shaykh Muim belajar pelbagai ilmu

kepada Haji Muhammad Syahiri al-Yuni Batubara, seperti nahu, sarf,

fekah, tafsir, hadith, bayan, mantiq dan lain-lain lagi.

Guru Dan Kitab Pelajaran

Shaykh Muim (1972: 28) menulis bahawa beliau memiliki 23 orang

guru, di antaranya adalah Shaykh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi

Naqshabandi yang merupakan ayah kandung Shaykh Muim sendiri.

Mengenai ketokohan Shaykh Abdul Wahab Rokan dalam bersyair

sudah banyak dibicarakan. Iqbal Irham (2010: 5) menulis bahawa

Shaykh Abdul Wahab Rokan adalah seorang penyair dengan ratusan

bait-bait syairnya. Dengan demikian dapat difahami bahawa

kemahiran Shaykh Abdul Wahab Rokan dalam bersyair telah menurun

kepada anaknya Shaykh Muim. Adapun kitab pelajaran, Shaykh Muim

(1974: 23) menulis tidak kurang dari 80 kitab yang pernah dipelajari

oleh beliau.

Karya-Karya Tulis

Setelah dilakukan penyelidikan, didapati bahawa semua karya Shaykh

Muim mengandungi perkara-perkara yang penting sama ada bersumber

dari al-Qur’an, hadits, ijmak ulama dan qias dengan penafsiran-

penafsiran dan perbandingan-perbandingan mahu pun berupa pendapat

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

5

beliau yang disimpulkan daripada pengetahuan beliau yang luas dan

pembacaannya yang banyak. Karya-karya Shaykh Muim adalah sebagai

berikut:

1. Kitab Fiqh Ighatsah al-Muqallidin.

2. Kitab Tajwid.

3. Majmuc al-Khutbah al-Jumua

ch.

4. Majmuc al-Shatwiyyah (Kumpulan Aneka Warna Susunan).

5. al-Muallafat al-Qasimiyyah Lidobti Ilm al-cAm al-

cUmumiyyah

(Catatan Umum atau yang terbit daripada Insprasi).

6. al-Hal al-Nashiah al-Mutaraddifah (Keadaan yang mendatang).

7. Daftar al-Naqliyyah min al-Kutub al-Shatwiyyah fi al-Din

(Buku salinan dari kitab yang berlainan pada Agama). al-

Tariqah.

8. al-Tarasul al-Fan. Catatan Harian berjumlah 13 Jilid.

9. Riwayat Hidup Shaykh Muim.

10. Salasilah keturunan Shaykh Abdul Wahab Rokan

11. Pelbagai catatan. Semua karya-karya Shaykh Muim ditulis

dengan bahasa Arab dan Melayu-Jawi.

Seni Dalam Perspektif Islam

Islam adalah agama yang nyata dan sesuai dengan fitrah manusia, pada

semua tempat dan zaman. Dalam diri manusia terdapat perasaan suka

pada keindahan. Keindahan itu adalah seni. Bidang kesenian dianggap

sebagai cerminan sesuatu nilai dan lambang dalam sesebuah tamadun,

bangsa dan kebudayaan. Seni Islam telah bermula semenjak zaman

Rasulullah (s.a.w.), namun ketika itu kesenian Islam tidak begitu jelas,

kabur dan terlalu sedikit. Ini kerana ianya merupakan zaman peralihan

bagi umat Islam membetulkan akidah tauhid dan umat Islam juga dalam

keadaan berwaspada dan bersiap sedia mengawasi ancaman pihak

musuh (A. Hasjmy, 1974: 280)

Setelah Islam mula berkembang dan bertapak maka seni Islam

mula tumbuh dan berkembang. Umat Islam yang berperang telah

berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian

yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang tinggal menetap dan

mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki.

Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru.

Proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan

kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Islam membawa satu cara

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

6

hidup yang sempurna meliputi keduniaan dan akhirat dan membuka

ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan

pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi

manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan,

kesenangan dan keindahan. Kesenian atau seni bererti karya berupa

sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat kecekapan

(Kamus Dewan, 1452).

Mengikut Muhammad Qutb (1980: 11) ialah usaha manusia

untuk menggambarkan sesuatu yang terkandung dalam jiwa mereka

berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia.

Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa seni adalah

sesuatu ciptaan atau kreasi manusia yang mengandungi keindahan dan

daya tarik sehingga boleh memberikan kenikmatan dan kepuasan bagi

orang yang menyaksikan atau mendengarkannya. Rasulullah SAW

pernah memuji Abu Musa al-Ashcari dengan suaranya yang merdu,

sebagaimana sabda Nabi SAW: “Wahai Musa, sesungguhnya engkau

telah dikarunia Allah dengan suara yang bagus serupa dengan suara

Nabi Allah Daud”.1

Seni Satu Metode Dakwah

Berdakwah melalui seni muzik ataupun suara boleh menjadi medan

dakwah paling relevan hingga ke hari ini. Dakwah menjadi lebih lancar

dan semarak dengan adanya unsur-unsur seni suara yang

diperdengarkan (Sidi Gazalba, 1977: 83). Menikmati muzik dan

nyanyian itu sesuai dengan fitrah manusia dan naluri yang memang

suka kepada hal-hal yang indah, menyenangkan, mempesona, memberi

kedamaian dan ketenangan dalam hati. Sebagaimana firman Allah SWT

dalam al-Qur’an, Ali cImran 3: 14 yang bermaksud:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat

(perkara yang diingini nafsu), iaitu wanita-wanita, anak-pinak dan

harta benda yang banyak yang melimpah-limpah berupa emas, perak,

kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-

binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu

1Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab fadail al-qur’an, bab husn al-saut bi al-

qira’ah li al-qur’an, no. 4761.

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

7

merupakan kesenangan hidup di dunia. (Ingatlah) di sisi Allah ada

tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu surga).

Islam sangat menghargai apabila orang yang mempunyai bakat

seni lalu menggunakannya sebagai medium dakwah Islam. Para wali

dan para juru dakwah yang berdakwah di bumi Nusantara ini juga

menggunakan jasa muzik dan nyanyian. Seperti beduk, kentongan, alat

gamelan, wayang kulit yang digubah sesuai dengan ruh ajaran agama

Islam (Ab Aziz, 2001: 75).

Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS tidaklah

mengandungi perintah syariat, tetapi isinya yang terutama ialah do’a,

pujian kepada Allah SWT, nyanyian, munajat dan penuh berisi kata-

kata hikmat yang mendalam. Tidak kurang daripada 150 puji-pujian

kepada Ilahiy, yang turun kepada diri beliau sebagai wahyu yang lalu

beliau nyanyikan di dalam memuji Tuhan (Hamka, 1973: 81).

Al-Qur’an mengatakan tentang kelebihan Nabi Daud AS ialah

kerana kepandaiannya membuat baju besi untuk berperang, dan pandai

pula membuat senjata yang lain-lain. Dan di waktu senggang beliau

petikkan kecapinya yang merdu suaranya itu dan beliau bernyanyi

memuja Allah SWT. Apabila suara yang merdu itu telah mendengung

dibawa angin di udara, sehingga burung-burung yang sedang terbang

pun dengan sendirinya berkumpul hinggap kepada ranting-ranting dan

dahan-dahan kayu yang ada dikeliling Raja dan Nabi itu bernyanyi.

Muzik dan suara yang merdu bahkan boleh memberikan

pengaruh kepada binatang-binatang. Unta di dalam perjalanan yang

jauh tidak merasakan penat berjalan bilamana Badwi penggembala yang

mengiringi bernyanyi. Ular Kobra yang ganas berbisa sekalipun dapat

dibujuk dengan suara seruling yang merdu.

Pendekatan Dakwah Shaykh Muim

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia

sebagai rahmatan li al ‘alamin atau rahmat bagi alam semesta. Tidak

ada satu perkara pun yang tidak dibicarakan dalam Islam, bahkan ajaran

Islam memberikan jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang

menimpa umat manusia. Upaya Islam sebagai agama rahmatan li al-

‘alamin dibuktikan dengan peran Shaykh Muim dalam berdakwah di

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

8

Besilam Langkat dan Aceh Tamiang. Salah satu cara yang digunakan

Shaykh Muim adalah berdakwah melalui seni suara dan muzik.

Kepentingan seni suara dan muzik dalam berdakwah tidak

dinafikan, oleh itu Shaykh Muim menjadikan lagu dan syair sebagai

media dalam menyampaikan dakwahnya dan beliau mempunyai

kelebihan dalam bidang seni ini. Irfansyah (2010) mengatakan bahawa

bapanya selalu menyanyikan lagu “Salasilah Keturunan” pada waktu

menidurkannya. Jelasnya, lagu-lagu ciptaannya bercorak pujian-pujian

kepada Allah SWT, selawat, jihad dan lagu-lagu yang bertemakan

Islam.2

Lagu "Babussalam Kampung Halamanku" adalah di antara lagu

yang sangat popular, kerana lagu ini setiap tahunnya menjadi lagu

“wajib” yang dinyanyikan dihadapan lima ribu penziarah pada acara

HAUL Shaykh Abdul Wahab Rokan.3 Bahkan lagu ini selalu

dinyanyikan oleh masyarakat pada acara-acara tertentu di Besilam.

Lagu ini ditulis pada 4 Rabi’ul Akhir 1394H/28 April 1974M (Muim,

1974: 3).

Lagu Perkampungan Babussalam (Babussalam Kampung

Halamanku):

2 Irfansyah adalah anak lelaki bungsu kepada Shaykh Muim, dari sebelah

isteri keduanya Azizah. 3HAUL ertinya sampai satu tahun. Kalimat ini adalah satu istilah dalam

hukum zakat dan merupakan di antara syarat wajib mengeluarkan zakat. Kemudian

pengertian HAUL ini berkembang dan digunapakai bagi memperingati kematian

seseorang yang dianggap mempunyai keistimewaan. Dalam masyarakat Besilam

kalimat HAUL ini lebih popular dengan sebutan HUL.

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

9

Lagu “Babussalam Kampung Halamanku” dikarang kerana

keperihatinan beliau terhadap kemunduran Besilam pada masa itu,

terutamanya dari aspek pendidikan.Ini dibuktikan dengan komentar

beliau pada kitab al-Muallafat al-Qasimiyyah Lidobti Ilm al-cam al-

cUmumiyyah. Setelah menghuraikan kejayaan Besilam pada masa

Shaykh Abdul Wahab Rokan, beliau berkata:

Saudara-saudara! Pendidikan inilah dasar yang utama bagi kejayaan

Babussalam pada masa yang lampau.Dari itu marilah kita tumpukan

pikiran kita arah ke situ agar zaman gemilangnya Babussalam ini

dapat kita susul dengan berangsur-angsur. Nama baik Babussalam

dan termasyhur namanya ke mana-mana, tak lain daripada banyaknya

faqih, khalifah dan guru-guru agama yang keluar dari situ. Maka

justeru kerana itu kita merasa sedih dan kesal melihat keadaan

pendidikan di kampung kita ini di masa ini. Usahkan orang-orang

yang dari luar datang belajar ke mari, malah anak-anak kita yang di

sini berduyun-duyun mencari pelajaran ke luar. Jauh perbedaan di

antara dua masa itu. Maka berkewajibanlah kita demi memenuhi

panggilan agama, dan peraturan Shaykh Abdul Wahab Rokan di

kampung ini. Mencari jalan dan memikirkan untuk mengembalikannya

ke dasar semula. Maka harapan kita kepada semua zuriah Shaykh

Abdul Wahab Rokan, khalifah-khalifah, warga-warga Babussalam

yang berkediaman di luar dan di Babussalam yang berwenang kiranya

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

10

dapatlah menyusun tenaga dan berusaha untuk membuat suatu

yayasan. Dan untuk pertama kalinya kita mulai dengan berwakaf

kepada pembangunan Babussalam yang akan dipergunakan untuk

kemaslahatan tempat-tempat peribadatan dan pendidikan yang

dibangun sekarang atas nama Shaykh Muim Abdul Wahab Rokan Tuan

Guru yang sekarang. Dan yang Kedua, dengan bersama-sama kita

untuk mengirimkan anak-anak kita datang belajar ke mari (Muim,

1973: 40).

Lagu Babussalam Kampung Halamanku ini mempunyai lirik

dan irama yang dapat menyentuh hati, apabila ianya dinyanyikan

dengan baik dengan meresapi isi kandungannya. Ada beberapa pesan

dakwah dalam bait-bait lagu ini, dan kesemunya itu sesuai dengan

ajaran Islam yang bersumberkan al-Qur’an dan al-hadith. Pesan-pesan

dakwah yang terkandung dalam lagu tersebut di antaranya adalah:

1. Cinta tanah air, kerana di sanalah seseorang itu dilahirkan dan

dibesarkan.

2. Mulianya martabat seseorang di sisi Allah SWT sehingga

sampai kepada peringkat wali adalah kerana amal ibadah. Dan

wali yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah Shaykh Abdul

Wahab Rokan, pendiri Kampung Besilam itu.

3. Dulunya Besilam merupakan Kampung yang aman dan makmur

serta masyhur, berjaya dalam segala hal terutamanya dari segi

ilmu pengetahuan. ramai pelajar dari pelbagai negeri dan bangsa

datang untuk menimba ilmu agama kepada ulama-ulama

kenamaan di Besilam. Dan sekarang mengalami kemunduran

utamanya dari sudut ilmu pengetahuan.

4. Shaykh Muim mengajak umat Islam di Besilam untuk bergiat

demi kejayaan Besilam sepertimana yang pernah dicapai pada

zaman Shaykh Abdul Wahab Rokan. Mengajak untuk

bersungguh-sungguh dalam membangun, sebab demikian itu

adalah jalan untuk mencapai ketinggian.

Selain lagu Babussalam Kampung Halamanku, terdapat satu

lagu yang berkaitan dengan jihad dan perjuangan iaitu lagu “Islam

Jaya”. Lagu ini ditulis pada tahun 1972M, iaitu sebelum

berlangsungnya Pemilihan Umum (PEMILU) atau Pilihan Raya

(Shaykh Muim, 1972: 4).

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

11

Dalam kitab Al-Muallafat al-Qasimiyyah Lidobti Ilm al-cAm al-

cUmumiyyah (1971: 42) dan Al-Fan al-Thalishah Fi al-Syi'r Wa al-

Qashidah (1972: 4), Shaykh Muim memberi penjelasan bahawa lagu ini

adalah lagu Parti Islam dalam Kampen Pilihan Raya 1972M. berikut

petikan Lagu Islam Jaya:

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

12

Beberapa pesan dakwah dalam lagu Islam Jaya ini adalah:

1. Anjuran jihad untuk membela agama Islam, sebab jihad adalah

perintah daripada Allah SWT.

2. Anjuran untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam

memenangkan Parti Islam yang bertanding dalam Pilihan Raya

pada tahun 1972 M.

3. Anjuran untuk berjuang dan bekerja dengan bersungguh-

sungguh dalam mempertahankan tanah air daripada Yahudi dan

Penjajahan.

4. Shaykh Muim memberikan semangat untuk berjuang,

menghilangkan rasa takut dan sedih, kerana Allah SWT sentiasa

menjadi penolong umatNya.

5. Kejayaan akan tercapai jika mengikuti ajaran-ajaran Nabi

Muhammad SAW, dan meneladani para salaf al-Salih.

6. Sikap dan tekad hidupnya tergambar pada lagu nasyidnya.

Beliau menjelaskan bahawa setiap perjuangan membela agama

harus disertai dengan ketulusan dan pengorbanan.

Selain dari dua lagu yang dikemukakan, ada dua lagu tentang

kelahiran Nabi SAW. Lagu ini dinyanyikan di beberapa daerah di

Sumatera Utara dan Riau. Pesan-pesan dakwah yang disampaikan

dalam dua lagu ini menceritakan tahun kelahiran Nabi Muhammad

SAW yang membawa keberkahan bagi alam semesta. Lagu ini juga

mengandungi anjuran untuk bersyukur kepada Allah SWT di atas

anugerah kemerdekaan bagi bangsa Indonesia. Format mensyukuri

nikmat kemerdekaan bagi Shaykh Muim adalah dengan membangun

semangat persatuan, beramal, taat serta membangun rasa solidaritas

sesama umat Islam dalam mencapai kemerdekaan yang abadi.

Shaykh Muim ingin menyedarkan umat Islam dari kelalaian,

mengajak bersungguh-sungguh mencari ilmu dan beramal, menanam

dan menyuburkan ajaran Islam dalam jiwa setiap umat Islam.

Berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad SAW supaya

mendapat kebahagian dunia akhirat. Seterusnya dua lagu tentang

kelahiran NabiMuhammad SAW:

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

13

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

14

Dari kedua-dua lagu di atas dapat diketahui dengan jelas bahawa

beliau ingin menyedarkan umat Islam kepada beberapa perkara yang

harus dimiliki oleh seseorang, iaitu ilmu, amal, taat dan punya rasa

kepedulian terhadap sesama manusia. Dari maklumat ini dapat

diketahui bahawa lagu-lagu ciptaan beliau selalunya bertemakan

tentang ilmu, amal, taat, sosial dan perjuangan. Sedikit sebanyak pesan-

pesan dakwah yang disampaikan dapat memberikan motivasi kepada

masyarakat dalam beramal ibadah kepada Allah SWT.

Demikian beberapa lagu beliau yang dapat dikemukakan,

kesemuanya itu membuktikan bahawa beliau telah menjadikan lagu

sebagai wasilah, sehingga dakwah dapat lebih berkesan. Sungguh pun

beliau tidak sehebat bapanya termasuk dalam perkara mencipta lagu dan

syair, tetapi paling tidak beliau dapat mengikuti jejak dan cara

berdakwah bapanya Shaykh Abdul Wahab Rokan.

Apabila Shaykh Abdul Wahab Rokan memiliki karya dalam

bidang seni seperti “Munajat Shaykh Abdul Wahab Rokan”, “Syair

Sindiran” dan “Syair Burung Garuda”, Shaykh Muim juga melahirkan

karya “Munajat Shaykh Muim” atau “Doa Tawassul Mohon

Keampunan Shaykh Muim” seperti berikut ini:

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

15

Apabila ditelaah secara mendalam, do’a Shaykh Muim ini

mengandungi banyak pesan-pesan dakwah yang memberikan

pengajaran kepada manusia, iaitu seperti ungkapan memohon iman

yang sempurna atau dimatikan dengan husnul khatimah guna mencapai

kemenangan di syurga. Dalam berdo’a, Shaykh Muim minta

keampunan bukan hanya untuk dirinya, tetapi orang-orang yang

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

16

mempunyai hubungan dengannya juga dimohonkan keampunan seperti

dalam do’a yang ditulisnya:

Ya Allah, ampununi hambaMu, yang fana hancur di dalam gaibahMu,

juga dosa-dosa dua orang tuaku, segala Mashaikh guru-guru yang

mengajarku, anak istri dan ahli rumahku, datuk dan nenek dan segala

saudaraku. Semua famili dan handai taulanku, juga murid-murid

penyambung amalku, semua pengasih yang mengasihiku.Semuanya

Engkau ampuni wahai Tuhanku.Segala yang tercantum di silsilah

keturunan, sekalipun tinggi hingga Adam dihubungkan, anak cucu juga

dari keturunan, hingga qiyamah minta diselamatkan.

Demikian dalam setiap gerak dan langkahnya mahupun ucapannya

selalu mencerminkan keteladanan yang baik. Shyakh Muim telah

menjadikan seni sebagai media dalam menyampaikan dakwahnya, dan

beliau telah menyumbang beberapa lagu dan kata-kata yang

mengandungi hikmah yang dapat dijadikan sebagai pengajaran hidup

dan teladan bagi setiap pendakwah.

Penutup

Berdakwah melalui seni muzik ataupun suara boleh menjadi medan

dakwah paling relevan hingga ke hari ini. Dakwah menjadi lebih lancar

dan semarak dengan adanya unsur-unsur seni suara yang

diperdengarkan. Implikasi positif daripada dakwah melalui seni telah

menyebabkan Islam mudah diterima dan difahami oleh masyarakat

walaupun berlainan tingkatan usia.

Pendekatan dakwah melalui seni Shaykh Muim ini amat

berguna kepada para pendakwah dalam menyampaikan mesej dakwah

kepada masyarakat. Sekalipun situasi dan kondisi yang dihadapi oleh

Shaykh Muim tentunya jauh berbeza daripada situasi yang dihadapi

para pendakwah pada masa sekarang, akan tetapi pendekatan dakwah

yang digunakan oleh Shaykh Muim tetap relevan untuk dijadikan

sebagai panduan dalam menyebarkan mesej dakwah.

Kajian tentang pendekatan dakwah melalui seni Shaykh Muim

ini merupakan salah satu usaha awal ke arah kajian yang lebih

mendalam lagi. Dengan membukukan perkara-perkara di atas akan

menjadi mudah bagi pengkaji yang akan datang untuk meneliti

ketokohan dan keilmuan Shaykh Muim kerana masih banyak ruang

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

17

yang boleh diselidiki. Kemudian untuk membuktikan adanya

sumbangan metodologi dan pemikiran Shaykh Muim dalam bidang

dakwah.

RUJUKAN

Ab Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya

A. Hasjmy. 1974. Dustur dakwah menurut al-Qur’an. Cet. 1. Jakarta:

Bulan Bintang.

Anon. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab fadail al-qur’an, bab husn al-saut bi al-

qira’ah li al-qur’an, no. 4761.

Hamka. 1990. Prinsip dan kebajikan dakwah Islam. Jakarta: Pustaka

Panjimas.

Hamka. 1973. Tafsir al-Azhar. Juz. 17. Surabaya: Bina Ilmu.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Semak Kedua. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muim al-Wahhab. 1976. Riwayat hidup H. Muim al-Wahhab.

Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1972. Silsilah keturunan Shaykh Abdul Wahhab

Rokan. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab.1973. al-Muallafat al-Qasimiyyah li dabti cilm al-

cam

al-cumumiyyah. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1973. al-Hal al-nashiah al-mutaraddifah.

Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. t.th. Ighathah al-Muqallidin. Jil. 5. Babussalam:

MSS.

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ZIKMAL FUAD

18

Muim al-Wahhab.1974. al-Fan al-shaniyah fi al-Tafsir wa al-Hadith.

Babussalam: MSS.

Muim Abdul Wahab Rokan. 1974. al-Fan al-thalishah fi al-Shicr wa al-

Qasidah. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1974. al-Fan al-rabicah fi

culum shatta. MSS.

Babussalam.

Muim al-Wahhab. 1973. Riwayat hidup Shaykh Abdul Wahab Rokan.

Besilam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1973. Buku catatan untuk zahir dan wafat. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1977. al-Tariqah. Besilam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1976. Catatan Harian ke-5. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1979. Catatan Harian ke-12. Babussalam: MSS.

Muim al-Wahhab. 1979. Catatan Harianke-13. Babussalam: MSS.

Sidi Gazalba. 1977. Pandangan Islam tentang kesenian. Kuala Lumpur:

Penerbitan Pustaka Antara.

Qutb, Muhammad. 1980. Minhaj al-fanni al-Islami. Beirut: Dar al-

Shuruq.

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUISjournal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · berupa keindahan yang memberi kesan ke dalam jiwa manusia. ... dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

19

BIOGRAFI

Nama : ZIKMAL FUAD BIN MUHAMMAD

Universiti : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS)

Emel : [email protected]

Jawatan : Ketua Jabatan Dakwah dan Pengurusan,

Akademi Islam Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor.

Alamat pos : Akademi Islam, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor.

Telepon : 016-6536962

Faks : 603-89254402