pemahaman wanita islam terhadap zakat...

20
PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL MAFFUZA SALLEH. 1 ZAINI YUSNITA MAT JUSOH. 2 Abstrak Zakat emas perhiasan merupakan salah satu dari zakat harta yang diwajibkan ke atas umat Islam di Malaysia. Kewajipan ini ditetapkan berdasarkan fatwa negeri-negeri dan ianya tidak seragam di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ramai di kalanganmasyarakat Islam di Malaysia mempunyai persepsi bahawa barang perhiasan tidak dikenakan zakat sebanyak manapun ia dimiliki dengan syarat ia dipakai sebagai perhiasan wanita.Masih ramai yang tidak tahu berkaitan kewajipan zakat ini dalam amalan negeri-negeri.Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi dan pemahaman awal wanita Islam di Bandar Seri Putra mengenai kewajipan zakat emas perhiasan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui amalan pemakaian emas perhiasan berdasarkan tahap sosio ekonomi responden yang berbeza.Seterusnya kajian ini juga bertujuan menganalisis sejauh mana kesedaran responden terhadap kewajipan zakat emas perhiasan.Metode utama yang digunakan dalam kajian ini ialah metode soal selidik.Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden.Dapatan awal kajian ini dijangka dapat membantu LZS dalam meningkatkan kesedaran wanita Islamdi Selangor terhadap kewajipan zakat ini. Kajian ini juga mengandungibeberapa pendekatan dan cadangan bagi memastikan institusi zakat dapat diperkasakan dan dana zakat dapat ditingkatkan. Kata Kunci: Zakat, emas perhiasan, fatwa, Bandar Seri Putra, Lembaga Zakat Selangor. PENDAHULUAN Zakat secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu zakat fitrah dan zakat harta. 3 Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Manakala zakat harta ialah mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu kepada asnaf tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Zakat ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat saham, zakat KWSP dan zakat pendapatan. 1 Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 2 Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 3 Mohd Uda Kasim, 2005, Zakat Teori, Kutipan Dan Agihan, h. 129. 188

Upload: lekhuong

Post on 19-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

MAFFUZA SALLEH.1

ZAINI YUSNITA MAT JUSOH.2

Abstrak

Zakat emas perhiasan merupakan salah satu dari zakat harta yang diwajibkan ke atas umat Islam di Malaysia. Kewajipan ini ditetapkan berdasarkan fatwa negeri-negeri dan ianya tidak seragam di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ramai di kalanganmasyarakat Islam di Malaysia mempunyai persepsi bahawa barang perhiasan tidak dikenakan zakat sebanyak manapun ia dimiliki dengan syarat ia dipakai sebagai perhiasan wanita.Masih ramai yang tidak tahu berkaitan kewajipan zakat ini dalam amalan negeri-negeri.Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi dan pemahaman awal wanita Islam di Bandar Seri Putra mengenai kewajipan zakat emas perhiasan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui amalan pemakaian emas perhiasan berdasarkan tahap sosio ekonomi responden yang berbeza.Seterusnya kajian ini juga bertujuan menganalisis sejauh mana kesedaran responden terhadap kewajipan zakat emas perhiasan.Metode utama yang digunakan dalam kajian ini ialah metode soal selidik.Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden.Dapatan awal kajian ini dijangka dapat membantu LZS dalam meningkatkan kesedaran wanita Islamdi Selangor terhadap kewajipan zakat ini. Kajian ini juga mengandungibeberapa pendekatan dan cadangan bagi memastikan institusi zakat dapat diperkasakan dan dana zakat dapat ditingkatkan.

Kata Kunci: Zakat, emas perhiasan, fatwa, Bandar Seri Putra, Lembaga Zakat Selangor.

PENDAHULUAN

Zakat secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu zakat fitrah dan zakat harta.3Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Manakala zakat harta ialah mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu kepada asnaf tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Zakat ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat saham, zakat KWSP dan zakat pendapatan.

1Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 2 Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 3Mohd Uda Kasim, 2005, Zakat Teori, Kutipan Dan Agihan, h. 129.

188

Page 2: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

Zakat emas pula dibahagikan kepada dua iaitu zakat emas simpan dan zakat emas perhiasan. Kajian ini akan memfokuskan kepada konsep zakat emas perhiasan di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

DEFINISI EMAS PERHIASAN

Emas merupakan sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya. Pada kebiasaannya ia dijadikan perhiasan seperti rantai,cincin dan sebagainya.4 Pada zaman ini emas telah dicanai dan ditempa menjadi pelbagai bentuk barangan perhiasan dan menarik minat golongan wanita untuk mendapatkannya.Boleh dikatakan bahawa setiap wanita memiliki barang perhiasan hatta kanak-kanak dan bayi perempuan juga turut memilikinya.

Barang perhiasan atau lebih dikenali sebagai barangan yang tinggi nilainya seperti barang perhiasan daripada emas, permata dan sebagainya.5

JENIS EMAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT BARANG PERHIASAN

Mengikut pengiraan standard, emas 24 karat adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain seperti perak untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibentuk menjadi cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.

Walaubagaimanapun di pasaran Malaysia, jenis emas yang biasa kita temui adalah emas 999, 916, 835, 750, 585 dan suasa. Secara umumnya emas tulen berwarna kuning, namun terdapat juga emas berwarna merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang dicampur.Antara bahan yang dicampur dengan emas adalah argentum, manganese, copper dan lain-lain.Rose gold dihasilkan dengan mencampurkan tembaga dan perak ke dalam emas,manakala emas putih terhasil dengan pencampuran emas dan palladium. 6 Perincian tentang kualiti dan ketulenan emas dapat dilihat di dalam jadual berikut:

Jadual 1: Kualiti emas mengikut ketulenan Unit Karat (K) Unit perseribu

jisim emas (‰)Peratus kandungan emas (%)

Nama popular di Malaysia

24K Emas 999 99.9 Emas sepuluh23.16K Emas 965 96.5 Emas Thailand22.8K Emas 950 95.022K Emas 916 91.6 Emas Singapura21.6K Emas 900 90.0 Emas Kelantan21K Emas 875 87.5 Emas Arab20.4K Emas 850 85.020K Emas 835 83.3 Emas Batu Pahat19K Emas 790 79.0 Emas Paun18K Emas 750 75.0

4Noresah Baharom et al., Kamus Dewan Edisi Keempat (Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, h. 386. 5Ibid, h. 728. 6http://www.hargaemas.com.my/terkini/jenis-emas-di-malaysia, 2 Mei 2014.

189

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 3: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh 16.8K Emas 700 70.0 Emas Indonesia14K Emas 585 58.5 Emas campur, emas 912K Emas 500 50.0 Emas Indonesia10K Emas 416 41.69K Emas 375 37.5 SuasaSumber: http://www.hargaemas.com.my/jenis-emas-kualiti-dan-karat, 2 Mei 2014

ZAKAT EMAS

Zakat emas boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama, zakat emas simpan dan kedua, zakat emas perhiasan.

PENSYARIATAN ZAKAT EMAS :-

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya“

( Surah at-Taubah : 34)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.

(Surah at-Taubah :35)Rasullullah SAW bersabda:

ها حت له صفائح من ما من صاحب ذهب وال فضة ال ي ؤدي من ها إال إذا كان ي وم القيامة صف حقها ف نار جهنم، ف يكوى با جنبه وجبينه وظهره، كلما ب ردت أ ي علي عيدت له ف ي وم كان نار، فأح

مقداره خسني ألف سنة، حت ي قض ب ني العباد..7) رواه مسلم(

Maksudnya: : Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api

7 Maktabah Syamilah, Bab Ismu Mani`u Zakat (Dosa Orang Yang Enggan Berzakat / Mengingkari Zakat/ Tidak Mengeluarkan Zakat) Juz 5, No. Hadis 1647, Halaman 140

190

Page 4: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.”

(Riwayat Sahih Muslim)Begitulah digambarkan nasib orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mengumpulkan

harta dan menggunakan sebahagian harta itu untuk menghalang manusia dari jalan Allah. Demikian pula nasib seorang muslim yang tidak menunaikan zakat hartanya. Harta itu sendirilah yang akan dijadikan alat untuk menyiksanya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS

Syarat-syarat wajib zakat emas ialah: 1. Islam.Zakat diwajibkan ke atas umat Islam sahaja.Ia tidak diwajibkan ke atas orang kafir atas dasar kewajipan yang dituntut di dunia. 2. Cukup nisab.Harta itu mestilah mencapai atau melebihi nilai nisab bagi harta tersebut yang ditetapkan berdasarkan hukum syarak atau fatwa setempat. 3. Cukup haul.Harta tersebut hendaklah berada dalam milikan sempurna pemilik selama tempoh satu tahun hijrah. 4. Milik yang sempurna.Harta tersebut mestilah milik sempurna pemilik. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas pengurusan harta tersebut.Sebagai contoh, harta tersebut tidak digadai atau dicagar. 5.Merdeka.Pemilik harta mestilah seorang yang bebas dan berkuasa dalam menguruskan harta tersebut mengikut kehendaknya. Pemilik harta buka seorang hamba, muflis atau tertahan dari menguruskan hartanya.8

ZAKAT EMAS SIMPAN

Emas simpan bermaksud emas yang disimpan oleh seseorang dan telah memenuhi syarat iaitu cukup nisab dan cukup haul. Emas simpan adalah seperti mata wang,jongkong, ketulan emas, barang perhiasan wanita yang tidak pernah dipakai dalam tempoh setahun hijriah dalam milikan, emas patah atau rosak yang disimpan dan peralatan rumah.

NISAB ZAKAT EMAS SIMPAN

Rasullullah SAW bersabda: هب حت يكون لك عشرون دينارا. فإذا كان لك عشرون وحال عليها -وليس عليك شيء ي عين ف الذ

9ف فيها نصف دينار فما زاد فبحساب ذلك..... احلول

8 Ghazali Ibrahim, 2009, Memberi Tanpa Diminta, H. 62 9Maktabah Syamilah ,Bab : Fi Zakat Al-Sa’imahHadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Juz 4, No. Hadis 1342, Halaman 371

191

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 5: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh Maksudnya: Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “…..dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar.Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

(Riwayat Sunan Abu Daud)

Hadith di atas menyatakan dengan jelas jumlah nisab emas simpan sahaja.Tetapi tidak disebut berkaitan nisab zakat emas perhiasan.Nisab bagi zakat emas simpan dinyatakan di dalam hadith ini iaitu 20 dinar dan dalam amalan masa kini timbangan yang digunakan adalah sistem matriks. Maka, apabila ditukar kepada nilai matriks berat 20 dinar adalah menyamai 85 gram emas.Nisab bagi zakat emas simpan disandarkan kepada kebanyakan zakat harta yang lain kecuali zakat pertanian dan penternakan.

Nilai nisab zakat emas simpan adalah berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain. Nilai nisab ini sentiasa berubah mengikut harga emas semasa. Sebagai contoh, nilai nisab 85 gram di Selangor adalah RM11, 650.00 pada Mei 2014 dan nilai satu gram emas adalah RM 131.18.10 Untuk mengetahui nilai nisab bagi negeri yang didiami, seseorang muslim perlulah merujuk hukum syarak dan juga laman web pusat kutipan zakat bagi negeri tersebut.

PERAKAUNAN ZAKAT EMAS SIMPAN

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.

Contoh Kiraan:Sekiranya anda memiliki emas yang disimpan sebanyak 90 gram.Sebagai contoh nilai semasa emas di negeri Selangor adalah RM131.18 per gram pada Mei 2014. 1. Jumlah berat emas yang dimiliki x harga semasa bagi 1 gram emas = nilai semasa emas yang dimiliki. 90gm x RM 131.18= RM 11,806.20 2. Nilai semasa emas yang dimiliki x kadar nisab = nilai zakat yang wajib di bayar: RM 11,806.20 x 2.5% = RM 278.75

ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang menjadi perhiasan dibahagikan kepada dua.Pertama emas pakaiyang menjadi perhiasan bagi kaum wanita. Keduaperalatan rumah yang diperbuat daripada emas seperti pinggan mangkuk, pasu, sudu dan garpu emas dan sebagainya. Barang emas perhiasan yang dipakai oleh lelaki tidak dianggap sebagai emas perhiasan kerana Islam melarang lelaki

10 http:www. Lzs.com, 2 Mei 2014

192

Page 6: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

memakainya. Apa yang menjadi fokus di dalam kertas kerja ini hanyalah berkaitan zakat emas pakai yang menjadi perhiasan bagi kaum wanita sahaja.

HUKUM ZAKAT EMAS PERHIASAN

Ulama berbeza pendapat dalam hukum mengeluarkan zakat emas perhiasan wanita. Secara umumnya pendapat ulama boleh dibahagikan kepada dua::

Pertama, pandangan yang mewajibkannya yang dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, Sa’id bin al-Musayyab, Sa’id bin Jabir, ‘Atha’, Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.Mereka bersandarkan kepada firman Allah SWT di dalam at-Taubah ayat 34 dan juga hadith yang bermaksud“Keluarkanlah zakat hartamenjadi bersih jiwamu.”Golongan ini berpendapat bahawa perhiasan wanita adalah lebihan daripada keperluan asasi dan adalah lebih awla untuk dizakatkan.

Kedua, pendapat yang mengatakan emas yang dipakai sebagai perhiasan tidak wajib zakat ke atasnya, seperti pendapat ‘Abdullah bin Umar, ‘Aisyah, jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma’ binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hanbali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja’fariyyah juga mendokong pendapat ini.

Hujah-hujah mereka adalah berdasarkan hadith yang bermaksud :“Tiada zakat dalam perhiasan” dan juga“Aisyah dan anak saudaranya yang tidak mengeluarkan zakat daripada emas perhiasan mereka.”Mereka juga berhujah bahawa perhiasan wanita diharuskan oleh syarak untuk wanita.Maka ia tidak wajib dizakatkan sepertimanalembu yang digunakan untuk berladang tidak dikenakan zakat ternakan (atas illahkerana iabukan harta yangberkembang).

Dr Abdul Karim Zaidan lebih cenderung kepada pandangan kedua. Beliau berpendapat bahawa wanita perlu menjaga penampilannya dan berhias adalah satu tuntutan termasuklah dalam hak memakai emas ini sebagai berhias untuk menambat hati suami.Jika dikenakan zakat, maka hilanglah keghairahan mereka dalam memenuhi tuntutan berhias untuk suami.

PEMAKAIAN EMAS PERHIASAN DALAM MAZHAB SYAFIE:

Murid Imam Syafie bernama Al-Rabi’ berkata, Imam Syafie telah beristikharah kepada Allah lalu menyatakan kepada murid-muridnya bahawa, perhiasan yang berupa emas dan perak tidak wajib dikeluarkan zakat.Barangsiapa yang berpendapat bahawa perhiasan itu wajib dikeluarkan zakat, maka timbangannya adalah dengan perak. Ini berdasarkan amalan Rasululah saw yang menghitung zakat perhiasan dengan perhitungan perak.Sedangkan pada hari ini kaum muslimin telah menjadikan timbangan tersebut berdasarkan timbangan emas.11

Apabila perhiasan tersebut dipakai, disimpan, dipinjamkan atau disewakan, maka tidak wajib mengeluarkan zakat.Seseorang yang mewarisi sesuatu perhiasan atau membelinya, kemudian dia memberikannya kepada seorang perempuan di kalangan ahli keluarganya atau kepada pembantunya sebagai hibah atau pinjaman, maka tidak wajib ke atasnya mengeluarkan zakat.Ini bagi orang yang berpendapat bahawa perhiasan tidak wajib dizakati.

11Ringkasan Kitab Al-Umm, Buku 1, Jilid 1-2,penerbit Buku Islam Rahmatan, h. 456

193

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 7: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

Emas perhiasan yang dipakai lelaki maka harus dikeluarkan zakat kerana seseorang lelaki dilarang memakai perhiasan emas dan barang hiasan tersebut tidak lagi dianggap sebagai barang perhiasan.12

Mengikut Imam As-Syafie, emas yang dipakai sebagai perhiasan wanitatidak dikenakan zakat dengan syarat ia tidak terlalu banyak sehingga dianggap mencapai had melampau pada pandangan kebiasaan masyarakat setempat. Begitu juga cincin perak yang dipakai sebagai perhiasan lelaki.Keduanya dianggap sebagai perhiasan yang menghapuskan sifat kesuburan yang ada pada harta tersebut.Sekiranya barang perhiasan tadi terlalubanyak dan melampauihad kebiasaan maka, ia wajib dikenakan zakat.13

Berbeza dengan penggunaan perhiasan yang diharamkan seperti perhiasan rumah; sekalipun sifat kesuburan harta itu telah tiada kerana dijadikan perhiasan, sifat ketidaksuburan harta itu tidak diambil kira kerana penggunaannya diharamkan oleh syarak.

Perkara yang menggugurkan kewajipan zakat pada emas perhiasan ini (meskipun ia termasuk dalam bentuk kekayaan) adalah bahawa syarakmembolehkan pemakaiannya dan berhias dengannya untuk wanita. Maka kedudukan emas perhiasan ini sama seperti pakaian dan peralatan rumah (bentuk kekayaan tetapitidak dikenakan zakat ke atasnya).14

Namun jika melampaui batas kewajaran, maka hal ini adalah haram atau makruh dan pemakaian sedemikian tidak diakui oleh syarak. Imam Nawawi r.a berkata:

Ulama Shafi’yyah berkata : Semua perhiasan yang dibolehkan ke atas wanita dipakai jika tiada unsur berlebih-lebihan yang nyata, jika perhiasan tersebut seperti gelang kakidengan berat 200 dinar, maka sahih sebahagian besar ulama dari negeri Iraqmengharamkannya15

Pemakaian barang yang dibolehkan dalam syariat dibatasi dengan dua unsur iaitu tidak berlebih-lebihan dan tanpa kesombongan sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Makanlah dan berpakaianlah dengan tanpa berlebih-lebihan dantidak pula dengan kesombongan16

(Riwayat Bukhari)

Dr Muhammad Yusof Al Qardawi dalam penulisannya menyatakan bahawa batas berlebih-lebihan tersebut berbezamengikut perbezaan keperibadian seseorang, lingkungan dan keadaannya.Jadihukumnya di sini adalah bersandarkan kepada uruf dan keadaan semasa di sesuatu tempat.

Dan telah diriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa seorang wanita datang menemui beliau dan di tangan puterinya melingkar dua gelang emas, maka beliau bersabda yang bermaksud:

12Ibid, h. 457. 13 Fiqh Manhaji, h. 338 14 Dr Muhammad Yusof Qardhawi Fiqh Zakah, Jilid 1,h. 351 15Majmuk Jilid 6 h. 40 – Imam Abu Zakaria An Nawawi 16Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 353 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi

194

Page 8: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

"Apakah engkau mengeluarkan zakat ini (gelang emas)?".wanita itu menjawab : "Tidak", maka beliau bersabda. : "Apakah engkau senang jika Allah melingkarkan gelang padamu di hari Kiamat dengan dua gelang yang terbuat dari api?Lalu wanita tersebut melucutkan kedua gelang itu dan memberikan kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata : "Kedua gelang ini untuk Allah dan Rasul-Nya".

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Berkata Ummu Salamah r.a:

Ia seorang wanita yang memakai kalung emas."Wahai Rasulullah, apakah ini simpanan yang terlarang?" bagindamenjawab :"Ertinya : Jika harta itu telah mencapai nisab dan haul untuk dikeluarkan zakatnya maka zakatilah, sebab itu bukan barang simpanan".

(Riwayat Abu Daud, Ad-Daruquthni dan disahihkan oleh Al-Hakim)

Dan telah dikeluarkan oleh Abu Daud dari hadith Aisyah r.a dengan sanad yang sahih, ia berkata:

"Rasulullah S.A.W datang menemuiku dan ditanganku terdapat perhiasan yang diperbuat dari perak, maka beliau bersabda yang bermaksud:" Apa ini wahai Aisyah ?" Aku menjawab : "Aku membuatnya sendiri agar aku berhias untukmu wahai Rasulullah", beliau bersabda. : 'Apakah engkau mengeluarkan zakat untuk hartamu itu ?" Aku menjawab : "Tidak atau apa yang Allah kehendaki", beliau bersabda : "Zakat yang engkau keluarkan itu dapat menyelamatkan engkau dari Neraka".

Hadits ini disahihkan oleh Al-Hakim sebagaimana disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab dalam Bulughul Maram.Dalil-dalil ini menunjukkan bahwa barangsiapa yang tidak berzakat maka harta itu menjadi barang simpanan yang mana pemiliknya akan disiksa pada hari Kiamat.

Daripada pendapat-pendapat ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa di Malaysia khususnya kita menggunakan pendapat pertama dan mengamalkan pendapat Imam al syafii’ iaitu zakat emas perhiasan dikenakan apabila ia melebihi uruf.Pengkaji berpendapat , jika wanita sekadar memakai emas perhiasan yang yang menjadi kelaziman atau uruf setempat, maka itu adalah biasa. Contohnya satu atau dua bentuk cincin, seurat dua rantai leher dan sepasang anting-anting. Tetapi jika barang kemas yang dimiliki sudah ada peti khas hinggakan pemiliknya tidak dapat mengingati yang mana satu sudah dipakai yang mana belum dipakai, itu sudah dikira berlebih-lebihan dan wajarlah dizakatkan.

Hal ini selaras dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.”

195

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 9: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

NISAB ZAKAT EMAS PERHIASAN DI MALAYSIA

Nisab ialah had minima yang kewujudannya dianggap sebagai syarat wajib zakat harta. Setiap jenis harta yang dikenakan zakat mempunyai nisab khas baginya.

Kadar nisab emas perhiasan tidak dinyatakan di dalam al-quran mahupun hadith. Bagi negeri-negeri di Malaysia, penentuan uruf dilakukan melalui kajian dan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing. Ada negeri yang telah mewartakannya dan ada negeri yang tidak mewartakannya. Kewajipan mengeluarkan zakat emas pakai adalah berdasarkan uruf setiap negeri seperti jadual di bawah:

Jadual 2. Nisab zakat emas perhiasan bagi negeri-negeri di Malaysia. BIL NEGERI URUF EMAS PAKAI CATATAN1 Kedah 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan2 Perlis 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan3 Pulau

Pinang165 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan4 Melaka 200 gram sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas

perhiasan yang melebihi kadar 'urf tersebut (tanpa penolakan);Tidak diwartakan. 15 julai 201017

5 Johor 850 gram 1.Lebihan daripada uruf dikenakan zakat2. Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan

850 gram (lama)200 gram (baru)

1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat.2. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram 1. Telah difatwakan8 Wilayah 150 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan9 Kelantan Tiada uruf10 Terengganu 150 gram Fatwa Terengganu 850 gram tetapiamalan

yangdigunapakai 150 gram.Tidak diwartakan 18

11 Pahang 200 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat2. Tiada fatwa

12 Perak 500 gram 1. Zakat atas keseluruhan2. Telah difatwakan

13 Sabah RM 5,000 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat2. Telah difatwakan

17http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kajian-semula-mengenai-penetapan-kadar-uruf-emas-perhiasan-di-negeri-melaka-dan-kaedah-, 2 Mei 2014.

18http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kadar-uruf-emas-perhiasan-wanita-di-negeri-terengganu2 mei 2014

196

Page 10: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

14 Sarawak 775 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat2. Telah difatwakan

Sumber: Laporan Kajian uruf negeri Pahang 2008.

PERAKAUNAN ZAKAT EMAS PAKAI MALAYSIA

Perakaunan zakat emas perhiasan negeri-negeri di Malaysia tidak seragam. Menurut observasi pengkaji, terdapat dua kaedah perakaunan zakat yang digunakan iaitu:

KAEDAH PERTAMA: Nilai keseluruhan emas yang melebihi nisab X 2.5%= jumlah yang dikenakan zakat Contoh: Seorang wanita yang memiliki emas perhiasan yang dipakai beratnya 900 gram di Selangor, maka cara mengira zakatnya ialah seperti berikut: Berat emas x harga emas 1gram = nilai emas dimilikix 2.5% = jumlah dikenakan zakat 900gram x RM131.18 =RM118062.00 x 2.5% =RM2951.55. Jumlah zakat emas perhiasan bagi 900 gram emas perhiasan di Selangor adalah RM2951.55. Kajian mendapati kaedah perakaunan ini diaplikasi oleh negeri-negeri yang mempunyai nilai nisab yang tinggi seperti negeri Perak, Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

KAEDAH KEDUA: Zakat dikenakan hanya ke atas lebihan uruf.Contohnya seperti berikut: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 300 gram emas maka cara pengiraannya ialah : 300 gram (berat emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)= 100gram(berat emas yang melebihi uruf) Berat emas yang melebihi urufx harga emas semasa /gm x 2.5%= jumlah zakat yang wajib dibayar. 100 g x RM131.18 x 2.5% =RM 327.95 Kajian mendapati kaedah ini diaplikasi leh negeri-negeri yang rendah nilai nisabnya seperti negeri Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

TINJAUAN DAN ANALISIS DATA

Usaha untuk mendapatkan kefahaman tentang pembayaran zakat emas perhiasandi kalangan masyarakat wanita Islam di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor telahmenampakkan beberapa hasil kajian yang menarik untuk diperhatikan. Ini jelasberdasarkan kepada keputusan kajian yang telah dijalankan berdasarkan beberapakriteria yang telah dipilih oleh penyelidik dalam menentukan tahap kefahaman masyarakat tentang kewajipan pembayaran zakat emas perhiasan ini.Kajian ini mengadaptasi kaedah kuantitatif dimana sejumlah 150 set borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan data yang sah untuk objektif kajian ini. Hasil telah diperoleh berdasarkan setiap kriteria mengikut pecahan soalan di dalam borang soal selidik tersebut.Berikut adalah dapatan atau perolehan dari hasil kajian mengikut item borang soal selidik yang dijalankan.

197

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 11: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

1. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan umur responden.

Jadual 1

Secara umumnya, jadual di atas ini menunjukkan bahawamasyarakat yang berumur antara 20-30 tahun majoritinya memakai emas iaitu seramai 82 responden ( 54.6%) diikuti masyarakat yang berumur 31-40 tahun iaitu 53 responden ( 35.3%). Manakala masyarakat yang berumur 41-50 tahun dan 51-60 masing-masing hanya 11 responden (7.3% ) dan 5 responden (3.3%) sahaja yang memakai emas. Ini menunjukkan umur atau usia responden memberi kesan yang besar dalam menentukan gaya pemakaian emas di Bandar Seri Putra ini.

2. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan status responden.

Jadual 2

Jadual di atas ini pula menunjukkan bahawa gaya pemakaianemas di Bandar Seri Putra berdasarkan kepada status responden. Kajian mendapati bahawa golonganyang telah berkahwin dan bujang masing-masing mempunyai bilangan yang hampir sama memakai emas perhiasan iaitu 79 responden yang telah berkahwin dan 70 responden berstatus bujang . Dapatan kajian ini menunjukan bahawa statusperkahwinan tidak menjadi faktor utama kepada masyarakat Bandar Seri Putra ini untuk memakai emas perhiasan.

0

20

40

60

80

100

20-30 31-40 41-50 51-60

0

20

40

60

80

Bujang berkahwin lain-lain

198

Page 12: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

3. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pekerjaan responden.

Jadual 3

Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pekerjaan responden, didapatimajoriti dari yang ditemui adalah bekerja swasta iaitu 92 responden.Manakala selebihnya bekerja sendiri, berkhidmat dengan kerajaan atau tidak bekerja.

4. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pendapatanbulanan responden.

Jadual 4

Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pendapatan bulananresponden, didapati majoriti dari yang ditemui tidak kira sama bergaji sederhana ataubergaji besar memakai emas perhiasan. Ini boleh memberi makna hasil pendapatan bulanan tidak mempengaruhi gaya pemakaian emas di kalangan masyarakat. Responden di Bandar Seri Putra ini memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka masa panjang dan bukan hanya beranggapan ia hanya satu bentuk perhiasan peribadi pada tubuh badan sahaja.

0

20

40

60

80

100

Kerajaan Swasta Bekerja sendiri Lain-lain

01020304050

199

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 13: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh 5. Tinjauan kefahaman responden tentang kewajipan zakat emas pakai.

Jadual 5

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati dari jumlah keseluruhanresponden iaitu seramai 150 responden, sejumlah 136 responden tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan. Ini boleh memberi gambaran bahawa kesedaran berkaitan zakat emas pakai ini telah ada di dalam masyarakat di Bandar Seri Putra ini. Hasil dari kajian juga menunjukkan bahawa jurang perbezaan di antara kategori umur responden yang tahu akan kewajipan zakat emas pakai tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa faktor umur tidak menjadi halangan utama tentang kesedaran zakat emas perhiasan ini. Malah, jika dilihat dari hasil kajian majoriti responden yang berumur antara 20 hingga 40 tahun yang sedar tentang kewajipan zakat emas perhiasan ini dan ini menunjukan satu petanda positif tentang kesedaran masyarakat terhadap tanggunggjawab mereka sebagai seorang muslim.

6. Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Perhiasan

Jadual 6

Hasil kajian mendapati bahawa sumber pengetahuan responden tentang kewajipan zakat emas pakai, telah dibahagikan kepada beberapa sumber seperti berikut dan hasilnya seperti berikut : i. Taklimat penerangan zakat Seramai 37 responden ( 24.6% ) dari jumlah keseluruhan responden (150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluitaklimat penerangan zakat.

0

50

100

150

Ya Tidak

020406080

100

Taklimatpenerangan

zakat

Kaunterpenerangan

zakat

Kuliah agama Risalah Media massa Internet

200

Page 14: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

ii. Kaunter penerangan zakatSeramai 23 responden ( 15.3% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluikaunter penerangan zakat. iii. Kuliah agamaSeramai 87 responden (58%) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluikuliah agama. iv. RisalahSeramai 51 responden ( 34% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluirisalah. v. Media massaSeramai 57 responden ( 38% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluimedia massa. vi. InternetSeramai 36 ( 24% ) responden dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluiInternet. v. Lain-lainSeramai 28 ( 18.6% ) responden dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melaluisumber-sumber lain seperti daripada ibu bapa, rakan dan juga guru. Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan kuliahagama memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah dan penerangan kepada masyarakat Islam dan ia masih relevan lagi untuk diguna pakai pada masa kini. Cuma, pihak yang berkaitan sebagai contoh Lembaga Zakat Selangor perlumenggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih efisien bagi memenuhi tuntutandakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan cara lama sebagai satu wasilah dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini.

7. Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai

Jadual 7

Berdasarkan jadual 6 di atas, daripada 136 responden yang mengetahui akankewajipan zakat emas pakai, seramai 69 orang yang tahu cara mengira zakat emaspakai manakala baki yang lain iaitu 81 orang tidak tahu cara mengiranya.

Faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian kemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emasyang telah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada pembayar bagi memudahkan urusan tersebut masih tidak digunakan sepenuhnya. Antara lain juga, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih belum menjadi satu keperluan bagi setiap wanita Islam di sini dan juga sikap tidak ambil berat tentang perkara tersebut.

0

20

40

60

80

Ya Tidak

201

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 15: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

8. Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai

Jadual 8

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati seramai 8 orang responden pernahmembayar zakat emas pakai. Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai ini, kajian mendapati jumlah tersebut mencecah seramai 162 responden. Dari jumlah itu, seramai 134 orang menyatakan tidak cukup nisab dan selebihnya tidak tahu tempat untuk membayar zakat tersebut.

9. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak MenerimaZakat

Jadual 9

Kajian telah meletakkan beberapa golongan yang layak menerima zakat iaitugolongan fakir, miskin dan mualaf sebagai tinjauan kepada responden untuk kajian ini. Di samping itu, kajian telah menambah beberapa lagi golongan lain seperti anak-anak yatim, janda dan balu dan hasilnya (74%) responden telahmenjawab dengan tepat. Manakala baki yang lain adalah sebaliknya.

Jadual di atas menunjukkan responden yang tidak menjawabdengan tepat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaiki perkara ini perlukepada usaha memperjelaskan dengan lebih

0

50

100

150

Ya Tidak

0

20

40

60

80

100

120

fakir anak-anakyatim

ibu tunggal Muallaf Amil Miskin

202

Page 16: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

mendalam bagi perkara berkaitan supaya tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layak menerima zakat biarlah tepat mengikut pentakrifan syarak. . 10. Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden

Jadual 10

Hasil kajian mengikut pecahan jenis emas, responden yang memiliki emassepuluh( 999 ) ialah seramai 18 orang responden, emas 916 seramai 132 responden, emas 750 ( emas paun ) seramai 10 responden dan emasputih seramai 27 responden. Tiada responden yang memiliki emas jenis 950.Ini menunjukkan emas 916 kekal sebagai emas pilihan untuk dijadikan sebagaiemas perhiasan di kalangan wanita Islam di Bandar Seri Putra ini.

11. Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden

Jadual 11

0

20

40

60

80

100

120

140

999 950 916 875 750 Emas Putih

0102030405060708090

100

203

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 17: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh

i. Cincin Seramai 100 responden ( 66.6% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang memakai cincin. ii. Gelang tangan Seramai 94 responden ( 62.6 % ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang memakai gelang tangan. iii. Rantai leher Seramai 83 responden ( 55.3% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang memakai rantai leher. iv. Rantai kaki Seramai 15 responden ( 10% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang memakai rantai kaki. v. Subang Seramai 29 responden ( 9.3% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 150responden ) yang memakai subang.

Melalui jawapan dari jumlah keseluruhan responden, dapat kita lihat bahawa jenis barang emas yang popular dimiliki oleh wanita Islam di sini ialah cincin, gelang tangan dan rantai leher iaitu lebih dari 80% responden memiliki barang-barang emas ini.

12. Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden

Jadual 12

Hasil kajian mengikut pecahan situasi emas yang dimiliki di kalangan wanitaIslam di Bandar Seri Putra ini dipecahkan kepada tiga situasi iaitu kerap dipakai, kerap disimpan dan sama kerap dipakai dan di simpan. Hasil ini mendapati bahawa seramai 81 responden menetapkan situasi emas yang dimiliki adalah lebih kerap dipakai berbanding 34 responden yang kerap disimpan. Manakala responden yang menetapkan situasi emas yang dimiliki mereka sama kerap dipakai dan disimpan ialah seramai 35 orang.

0

20

40

60

80

100

Lebih kerap dipakai Lebih kerapdisimpan

Sama kerap dipakai& disimpan

204

Hasil kajian mengikut pecahan jenis barang emas yang dimiliki, telah dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:

Page 18: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

13. Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Yang Dipakai Responden

Jadual 13

Hasil kajian mengikut pecahan status pemakaian emas ini bersandarkan kepada situasi emas yang dimiliki. Bagi situasi emas yang dimilikiini ledipecahkan kepada enam pecahan iaitu pakai sepanjang tahun, pakai satu hingga tiga bulan, pakai empat bulan hingga ke enam bulan.hanya pakai ke majlis keraian sahaja, pakai ke tempat kerja sahaja dan pakai ketika bersiar-siar sahaja.

Bagi status pemakaian emas yang dipakai sepanjang tahun, terdapat 93 responden yang statusnya sebegitu. Responden yang memakai emas dalam tempohsatu ke tiga bulan hanya 2 orang sahaja dan 4 responden yang memakai emasdalam tempoh empat ke enam bulan.

Manakala Responden yang memakai emas hanya ke majliskeraian sahaja hanya 46 responden, memakai hanya di tempat kerja 3 orang responden dan yang memakai emas hanya ketika bersiar-siar seramai 5 orang.

14. Tinjauan berkaitan nilai emas perhiasan yang dimiliki oleh Responden

Jadual 14

Seramai 90 orang Responden mempunyai nilai emas perhiasan yang tidak cukup nisab untuk di bayar zakat emas perhiasan . Manakala seramai 52 orang tidak tahu anggaran nilai emas yang mereka miliki dan hanya 8 responden sahaja yang mempunyai nilai emas yang cukup nisab untuk di bayar zakat.

0

20

40

60

80

100

Sepanjangmasa dlmsetahun

ke majliskeraian sahaj

Ke tempatkerja sahaja.

Bersiar-siarsahaja

simpansepanjang

tahun

1 hingga 3bulan

0

20

40

60

80

100

cukup nisab tidak cukup nisab tidak tahu

205

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126

Page 19: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT EMAS PERHIASAN DI BANDAR SERI PUTRA,

KAJANG: SATU TINJAUAN AWAL

Maffuza Salleh & Zaini Yusnita Mat Jusoh RUMUSAN DAN CADANGAN

Hasil kajian berdasarkan kepada umur responden menunjukkan umur atau usia responden tidak memberi kesan yang besar dalam menentukan gaya pemakaian emas di Bandar Seri Putra. Kemungkinan dengan sebab bimbang akan keselamatan barang emas yang dipakai jika dipakai semasa bekerja menjadi faktor kepada perkara ini. Boleh jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi kepada gaya pemakaian tersebut. Kemungkinan faktor kecenderungan kepada emas ini memainkan peranan yang besar dalam gaya pemakaian emas di Bandar Seri Putra ini.

Manakala jumlah responden yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan yang besar tidak mempengaruhi gaya pemakaian emas di kalangan masyarakat. Responden di Bandar Seri Putra ini memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka masa panjang dan bukan hanya beranggapan ia satu bentuk perhiasan peribadi pada tubuh badan sahaja.

Hasil kajian memberi gambaran bahawa kempen-kempen dan segala aktiviti penerangan dan dakwah berkaitan zakat emas pakai ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Ini dapat dibuktikan apabila majoriti responden yang tahu akan kewajipan zakat emas pakai .

Kajian juga mendapati ramai dari kalangan responden tidak mengetahui carapengiraan zakat emas pakai ini. Faktor yang menyebabkan berlaku sedemikiankemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emas telah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada pembayar bagi memudahkan urusan tersebut tidak mendapat pendedahan yang sepenuhnya kepada masyarakat .Antara lain, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih belum menjadi satu keperluan bagi setiap wanita Islam di negeri ini. Ini mungkin kerana gaya pemakaian emas itu sendiri di kalangan penduduk di Bandar Seri Putra ini.

Dari kajian ini juga, didapati hanya 8 orang dari kalangan responden yang ditemuitelah membayar zakat emas mereka . Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai, kajian mendapati bahawa majoriti memberi alasan tidak cukup nisab dan masih wujud segelintir kecil umat Islam yang enggan membayar zakat emas pakai ini kerana tidak tahu di mana hendak membayarnya.

Selain dari itu,terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu nilai emas sebenar yang mereka miliki. Hal ini adalah disebabkan sikap tidak ambil berat dan hanya beranggapan bahawa emas adalah semata-mata untuk perhiasan sahaja. Sikap seperti ini perlu diubah kerana mungkin emas yang dimiliki telah cukup nisab untuk dibayar zakat. Sekiranya hal ini terjadi, maka individu tersebut telah gagal untuk menunaikan tanggungg jawab zakat emas perhiasan ini.

Kuliah agama memainkan peranan yang sangat besar dalamdakwah dan penerangan kepada masyarakat Islam dan ia masih relevan lagiuntuk diguna pakai pada masa kini. Cuma, pihak yang berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor perlu menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih efisien bagi memenuhi tuntutan dakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan cara lama sebagai satu wasilah dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Hasil kajian ini juga menunjukkan responden yang tidak menjawab dengan tepat tentanggolongan yang layak menerima zakat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaikiperkara ini perlu kepada usaha memperjelaskan dengan lebih mendalam bagi perkaraberkaitan supaya tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layakmenerima

206

Page 20: PEMAHAMAN WANITA ISLAM TERHADAP ZAKAT …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/...JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014 memakainya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 7: 2014

zakat biarlah tepat mengikut pentakrifan syarak.Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang berkaitandengan kefahaman mengenai zakat emas dan profil mereka.

Kesimpulanya, majoriti responden di Bandar Seri Putra ini tahu kewajipan membayar zakat emas perhiasan ini. Namun begitu mereka tidak menunaikan tanggung jawab tersebut kerana emas yang dimiliki masih lagi tidak cukup nisab walaupun telah cukup haul. Dapatan kajian juga menunjukan hampir satu perempat daripada keseluruhan responden yang tidak tahu nilai sebenar emas yang mereka miliki sekaligus menyebabkan mereka mengabaikan tanggunggjawab menunaikan zakat emas perhiasan ini.Oleh itu adalah disarankan agar masyarakat di Bandar Seri Putra ini agar lebih prihatin tentang tanggung jawab ini. Masyarakat haruslah sedar bahawa emas bukan hanya sebagai perhiasan semata-mata, tetapi kewajipan berzakat haruslah ditunaikan sekiranya cukup nisab dan haul sebagai memenuhi tuntutan rukun Islam yang keempat ini.

RUJUKAN

Amin bin Yahya Al-Wazan. Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita 1. Darul Haq.

Ghazali Ibrahim. 2009. Memberi Tanpa Diminta, Tijarah Network, Tanjung Malim Perak. Jawatankuasa Kajian Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008. 2008. Laporan Kajian Penetapan

Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008. Mohd Uda Kasim. 2005. Zakat Teori, Kutipan Dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd. Noresah Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Syaikh Ibnu Baaz, Majmu' Fatawa wa Maqalat Mutanawwi'ah. _______________________. 2009. Fiqh Manhaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie. Jilid 2. Pustaka

Salam Sdn Bhd. _____________________, Ringkasan Kitab Al-Umm. Buku 1. Jilid 1-2. Penerbit Buku Islam Rahmatan.

http://www.terengganu.gov.my/. diambil pada 2 Mei 2014. http://www.hargaemas.com.my/jenis-emas-kualiti-dan-karat. diambil pada 2 Mei 2014. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kajian-semula-mengenai-penetapan-kadar-uruf-emas-

perhiasan-di-negeri-melaka-dan-kaedah-. diambil pada 2 Mei 2014. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kadar-uruf-emas-perhiasan-wanita-di-negeri-

terengganu. diambil pada 2 Mei 2014 Laman Sesawang LZS. diambil pada 2 Mei 2014

207

BIL 7, ISU 1:2014 e-ISSN : 1823-7126