pengajian melayu bersumberkan islam

29
1.0 PENDAHULUAN. Adat perkahwinan di dalam masyarakat bangsa melayu di Malaysia merupakan suatu adat yang sangat mennarik kerana adat itu telah pun dipengaruhi oleh adat hindu, adat cina, adat orang-orang arab dengan islamnya, dan kemudiannya dengan cara disedari atau tidak disedari dipengaruhi pula oleh berbagai-bagai adat resam bangsa-bangsa timur dan barat, seperti yang terbukti pada hari ini. Adat-adat perkahwinan dalam masyarakat melayu pada masa dahulu dilakukan mengikut susunan yang teratur yang pada mulanya dengan proses merisik, meminang, akad nikah, adat berinai, dan kemudiannya bersanding. Namun, walaupun orang melayu dikatakan kaya dengan adat, lebih-lebih lagi adat dalam soal perkahwinan, tetapi pada hari ini adat-adat tersebut telah berubah dan kini istiadat perkahwinan telah berbeza dalam proses perkahwinan orang melayu dahulu dan sekarang. 1

Upload: fendybuli

Post on 09-Jun-2015

1.854 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

1.0 PENDAHULUAN.

Adat perkahwinan di dalam masyarakat bangsa melayu di Malaysia

merupakan suatu adat yang sangat mennarik kerana adat itu telah pun

dipengaruhi oleh adat hindu, adat cina, adat orang-orang arab dengan islamnya,

dan kemudiannya dengan cara disedari atau tidak disedari dipengaruhi pula oleh

berbagai-bagai adat resam bangsa-bangsa timur dan barat, seperti yang terbukti

pada hari ini.

Adat-adat perkahwinan dalam masyarakat melayu pada masa dahulu

dilakukan mengikut susunan yang teratur yang pada mulanya dengan proses

merisik, meminang, akad nikah, adat berinai, dan kemudiannya bersanding.

Namun, walaupun orang melayu dikatakan kaya dengan adat, lebih-lebih lagi

adat dalam soal perkahwinan, tetapi pada hari ini adat-adat tersebut telah

berubah dan kini istiadat perkahwinan telah berbeza dalam proses perkahwinan

orang melayu dahulu dan sekarang.

Antara peringkat yang paling ketara sekali dalam proses perkahwinan orang

melayu dahulu dan sekarang ialah soal merisik. Merisik merupakan satu

peringkat penting dalam sisitem perkahwinan orang melayu. Apa yang akan

dibincangkan dalam kerja kursus bagi subjek pengajian malayu bersumberkan

islam ialah proses merisik dan juga menyentuh serba sedikit proses perkahwinan

1

Page 2: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

lain yang dikatakan mengalami perbezaan dalam proses perkahwinan orang

melayu dahulu dan sekarang.

1.1DIFINISI PERKAHWINAN MELAYU.

Perkahwinan didefinisikan sebagai ikatan lahir dari batin antara seorang

lelaki dan perempuan dalam sesebuah rumahtangga buat selama-lamanya untuk

menyempurnakan keperluan jasmani dan rohani mereka yang berasaskan

pergaulan yang baik dan niat yang suci serta ikhlas seperti yang ditetapkan oleh

akidah, syarak dan akhlak.

Salah satu fitrah manusia dan haiwan ialah perkahwinan kerana ia

merupakan anugerah Allah yang amat berharga dan ciri utama manusia dan

haiwan. Perkahwinan dikalangan manusia dan haiwan adalah berbeza.

Perbezaan ini bertitik tolak daripada perbezaan fungsi mereka. mereka adalah

khalifah dibumi yang dilantik oleh Allah tetapi haiwan dijadikan untuk

menyempurnakan keperluan hidup manusia.

Perkahwinan dikalangan manusia mempunyai peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh ajaran agama islam berdasarkan syariat Allah S.WT sendiri

sedangkan haiwan tidak mempunyai peraturan yang berkaitan dengan

perkahwinan. Peraturan yang berlandaskan syariat Allah paling sesuai dengan

fitrah dan fungsi manusia sebagai melahirkan zuriat. Allah S.W.T merupakan

2

Page 3: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

pencipta manusia dan naluri seks yang dianugerahkannya. Oleh yang demikian

Allah S.W.T adalah yang paling arif untuk membuat peraturan-peraturan yang

sesuai dengan manusia.

Pernikahan merupakan satu peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T

ke atas manusia. Sekaligus merupakan sebahagian dari ibadat yang amat besar

ganjaran pahalanya yang menyamai mendirikan masjid. Hal ini dijelaskan oleh

Rasulullah S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud:

“ seseorang yang telah menikah itu, sesungguhnya telah

menyempurnakan sebahagian dari agamanya, maka takutlah kepada

Allah mengenai sebahagian yang lain.”

Perkahwinan dari konsep melayu adalah suatu perkara keluarga dan

keturunan yang membolehkan perkembangan kelompok-kelompok keluarga

kepada keturunan yang baru. Hasil perkahwinan akan meneruskan keturunan

keluarga.

Perkahwinan juga adalah satu perkara status dalam masyarakat.

Golongan masyarakat memelihara diri mereka dengan perkahwinan yang teratur

terhadap perhubungan diantara perkahwinan dengan status masyarakat

3

Page 4: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

2.0 MAKSUD MERISIK

Amran Kasimin dalam bukunya “Perkahwinan Melayu” menyatakan

merisik merupakan adat yang dilakukan sebelum melakukan adat meminang.

Merisik lebih merupakan satu perbuatan yang dilakukan dalam keadaan rahsia.

Dalam soal yang berkaitan dengan perkahwinan,adat merisik merupakan

langkah yang terawal sekali,iaitu untuk menentukan sama ada seorang gadis itu

telah bertunang atau telah mempunyai teman lelaki yang istimewa.

Pada prinsipnya merisik dilakukan apabila seorang lelaki ingin

mengahwini seorang perempuan yang tidak dikenalinya atau mungkin dikenali

tetapi setakat perkenalan biasa. Oleh itu,seorang wakil diperlukan untuk

memastikan perempuan yang berkenaan belum berpunya. Adalah ganjil jika

seorang lelaki yang ingin berkahwin bertanya secara terus terang kepada

perempuan yang berkenaan,kecuali sekiranya pasangan tersebut berkenalan

rapat.

4

Page 5: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

2.1 MERISIK

Adat merisik biasanya dilakukan dalam masyarakat tertutup,yang

hubungannya antara seorang lelaki dengan perempuan tidak dapat dilakukan.

Oleh sebab itulah amalan merisik belum dikatakan tidak dilakukan pada masa

sekarang. Adat merisik sekarang mungkin dilakukan apabila seorang lelaki

menyerahkan urusan memilih jodoh kepada kepada orang tuanya,iaitu ibu dan

bapanya ataupun saudara-mara. Cuma merisik sekarang ini tentunya berbeza

dengan cara merisik pada zaman dahulu.

Orang melayu menganggap perkahwinan sebagai masalah keluarga. Oleh

sebab itu perkara yang berkaitan dengannya perlu dibawa berunding bersama-

sama keluraga. Biasanya mereka akan menyerahkan tanggunjawab merisik

kepada orang-orang tertentu, yang biasanya terdiri daripada saudara –mara

yang sudah biasa dengan urusan semupama ini. Orang yang diberi amanah ini

biasanya adalah yang telah berumur dan dianggap jujur.

Dalam proses perkahwinan orang melayu dahulu,tujuan merisik ini

dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang

hendak dikahwini itu. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sama ada perempuan

itu telah berpunya atau sebaliknya,berakhlak mulia,bertingkahlaku

baik,mempunyai kesopanan dan lain-lain.

5

Page 6: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Wakil yang ditugaskan juga hendaklah mengetahui tentang didikan agama

sama ada telah khatan al-quran atau tidak. Ciri-ciri lain yang wujud pada diri

perempuan tersebut juga dipertimbangkan. Disamping itu latar belakang

keluarga perempuan itu jaga diberi perhatian untuk memilih calon isteri.

Untuk mendapatkan maklumat tentang calon isteri biasanya wakil tadi

akan merisik dari pekedai tempat perempuan itu tinggal kerana kebiasanya

pekedai dikampung itu tahu rahsia kebanyakkan pelanggannya. Ini adalah

kerana dikedailah tempat orang kampung berkumpul dan menceritakan hal-hal

yang berkaitan dengan penduduk kampung itu. Kebiasaannya wakil tadi akan

menyamar sebagai penjual kain yang menjaja di rumah ke rumah dan akan

singgah dirumah perempuan itu untuk menyaksikan tingkah lakunya.

Adakalanya wakil tadi akan bertandan ke rumah perempuan itu seperti

tetamu biasa tanpa menjelaskan tujuan kedatangannya yang sebenar. Ini

bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sebenar mengenai latar belakang

perempuan itu. Wakil itu juga akan berbual dengannya. Setelah tiba masa yang

sesuai,wakil tadi akan berterus terang tentang hajat mereka sebenarnya.

Kebiasaanya semasa upacara ini,pihak lelaki turut membawa bersama

sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang kapur dan

gambir. Tepak sirih ini dipanggil sirih meminang . jika peminangan tersebut

diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak

6

Page 7: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

perempuan sebagai tanda perjanjian penerimaan. Manakala cincin tanda

perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara

pertunangan.

Petua untuk menentukan seperti hari isnin,khamis dan jumaat masih

dipegang dan diikuti sebelum melakukan sesuatu yang dianggap besar

termasuklah urusan perkahwinan. Mereka mempunyai langkah-langkah tertentu

untuk memulakan tugasnya. Tugas yang dilakukan pada hari-hari tersebut

dipercayai akan menghasilkan kejayaan untuk menjalankan tugas besar. Orang

melayu melayu mempunyai petua tertentu selain kaedah melangkah dan pada

hari yang terpilih. Selain itu juaga doa itu juga dibaca,memohon pertolongan

daripada Allah S.WT. Ada antara mereka yang menggunakan jampi serapah

sebelum memulakan perjalanan untuk tugas tertentu lebih daripada itu ada pula

yang membaca jampi serapah ,berdoa ketka menyikat rambut atau ketika

mengadap cermin supaya muka kelihatan berseri dan manis untuk membuatkan

semau orang memandangnya lalu menjadikan semua urusan mudah dilakukan.

Namum pada masa sekarang jika adat merisik ini dilakukan oleh segelintir

masyarakat,penggunaan jampi serapah sudah tidak lagi digunakan. Masyarakat

kini sudah tidak lagi percaya kepada tanda-tanda yang dianggap karut dan tidak

logik itu. Masyarakat sekarang yang berpendidikan tinggi sukar untuk

mempercayai amalan seperti itu. Ditambah pula dengan zaman teknologi

maklumat dan Negara yang bertambah maju dan moden ini.

7

Page 8: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Sesetengah orang yang berpengalaman pula dapat meramalkan suatu

pekerjaan yang hendak dilakukan itu mungkin akan menemui halangan.

Antaranya ialah melalui tanda tertentu seperti mana-mana anggota badan

bergerak secara tiba-tiba. Misalnya,hujung salah satu jari tangan kiri

bergerak,kelopak mata kanan bahagian-bahagian bawah bergerak dengan tidak

semena-mena dan sebagainya. Dipercayai sekiranya hujung salah satu jari kiri

bergerak,urusan atau usaha yang dilakukan pada hari tersebut mungkin akan

menemui halangan. Dalam memilih jodoh,sekiranya terjadi,selain melalui jalan

sukar,berbagai-bagai masalah lain mungkin terjadi pada pasangan yang akan

dijodohkan.

Namum pada masa sekarang adat merisik yang berkurangan dilakukan

oleh orang melayu tidak lagi mempercayai ramalan yang dilakukan oleh orang

tua yang berpengalaman tersebut. Ramalan yang dibuat itu dianggap karut oleh

pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Tambahan pula jika pasangan

tersebut terdiri dari orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi.

Menurut Amran Kasimin dalam bukunya istiadat perkahwinan melayu

(12:1989) menyatakan”menurut petua orang tua,kalau semasa wakil tiba di

rumah si gadis,didapati ia sedang mandi adalah merupakan petanda baik.

Perempuan itu adalah sesuai dengan bakal lelaki yang hendak dijodohkan

dengannya dan dianggap”serasi”atau”sejuk”. Air adalah sejuk. Sejuk adalah

lambang kedamaian. Ia membawa erti pasangan itu kalau dijodohkan kelak akan

8

Page 9: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

hidup dengan aman dan kekal sebaliknya,jika perempuan itu sedang memasak

keadaan sebaliknya dipercayai akan terjadi. Perempuan tersebut dianggap tidak

sesuai atau”panas”. Api adalah lambang keganasan dan persengketaan. Kalau

mereka disejukkan,pasangan tersebut tidak aman. Begitu juga dipercayai oleh

oran tua-tua melayu dahulu bahawa jika di dalam perjalanan sesuatu bencana

atau layu ditengah-tengah jalan iaitu sesuatu yang menggendalakan,maka

adalah yang sedemikian itu pun tiada baik juga padahnya. Kepercayaan-

kepercayan demikian itu nampaknya pada zaman sekarang adalah ini adalah

sedang beransur kurang dipercayai oleh orang melayu,terutama mereka yang

telah terpelajar. Dalam masyarakat tertentu petanda-petanda atau petua-petua

adalah berbeza diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Malah ada juga

sesetengah masyarakat yang tidak menpedulikan langsung atau tidak

mempercayainya.

Manakala adat merisik dalam proses perkahwinan pada masa kini telah

kian lenyap deitelan zaman. Sememangnaya dahulu adat merisik adalah satu

peringkat yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah ikatan

perkahwinan. Namum adat merisik itu sudah mengalami perbezaan dan kini

tidak lagi dianggap perkara remeh kerana sikap kebanyakkan masyarakat

sekarang yang lebih terbuka. Adat merisik ini dianggap lapuk untuk diamalkan

pada masa sekarang. Adat ini juga tidak dilakukan dalam proses perkahwinan ini

hanya diamalkan oleh segelintir masyarakat yang sangat berpegang teguh

kepada adat dan mempercayainya. Jika ibubapa yang menentukan pasangan

9

Page 10: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

bagi anak mereka maka proses merisik terpaksa dilakukan untuk melihat

perempuan tersebut. Bakal pengantin lelaki terpaksa melihat calon yang dipilih

oleh ibubapa tersebut sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan isteri kelak. Di

dalam realiti masyarakat sekarang ini lelaki dan wanita berkenalan dahulu untuk

mengenali hati budi masing-masing. Pemilihan jodoh yang dilakukan oleh

ibubapa jarang sekali berlaku dalam masyarakat sekarang tidak seperti dahulu.

Pada masa sekarang adat merisik tidak lagi diamalkan kerana pasangan

yang ingin berkahwin telah mengenali antara satu sama lain. Kadang-kadang

perkenalan mereka mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun

lamanya. Di dalam tempoh tersebut lelaki dan wanita dapat mengenali hati budi

masing-masing sebelum hidup bersama kelak. Keserasian ini ditentukan oleh

mereka sendiri sama ada sesuai atau tidak untuk hidup bersama di dalam

perkahwinan nanti. Jika dahulu wakil yang datang merisik akan menentukan

sama ada seseorang wanita itu sesuai untuk dijadikan isteri,namun perkara ini

tidak lagi berlaku dalam masyarakat sekarang. Pada masa sekarang,tugas ini

dipikul oleh pasangan yang ingin berkahwin untuk mengukur tahap keserasian

antara mereka berdua.

Namun kini, hanya adat yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi

maklumat itu,biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu.

Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan ini pula dapat

10

Page 11: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

menjimatkan kos dan masa. Namum bagi sesetengah pasangan yang inginkan

cara yang lebih tertib dan menyeronokkan,mereka lebih gemar mengikut adat.

2.2 PERTUNANGAN

Bertunang (engagement) ialah satu perjanjian yang dipersetujui bersama

oleh pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan untuk menjodohkan

atau mengahwinkan anak mereka dalam satu tempoh masa yang ditetapkan,

misalnya 3 bulan, 6 bulan atau setahun daripada tarikh perjanjian itu. Jadi, sebelum

diijabkabulkan, pasangan yang akan berkahwin itu dikatakan sudah bertunang.

Masing-masing merujuk diri mereka sebagai "tunang" kepada satu sama lain.

Pertunangan dalam masyarakat Melayu disertai dengan sebentuk cincin

yang disebut "cincin pertunangan" yang diberi oleh pihak lelaki kepada pihak

perempuan. Jika pihak perempuan memulangkan semula cincin ini, maka

pertunangan itu dengan sendirinya terputus. Sekiranya pihak lelaki telah

membayar sebahagian daripada bayaran perkahwinan sebelum tarikh

pernikahan, dan jika pertunangan itu terputus atas kemungkiran janji oleh pihak

perempuan, maka pihak lelaki boleh menuntut semula bayaran itu sebanyak dua

kali ganda.

Akan tetapi, jika pihak lelaki yang mungkir janji, maka bayaran dan juga

cincin pertunangan yang diterima oleh pihak perempuan, tidak perlu

dikembalikan. Jadi, didapati pertunangan tidak semestinya berakhir dengan

perkahwinan. Jika perkahwinan pun boleh dibubarkan dengan perceraian,

apatah pertunangan yang belum lagi mempunyai ikatan yang kukuh.

11

Page 12: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Pada hari ini, proses pertunangan telah mengalami perubahan. Pada masa

dahulu, tempoh pertunangan biasanya selama 3 atau 6 bulan atau setahun. Tapi

pada hari ini, tempoh pertunangan tidak mengira masa. Biasanya melebihi tempoh

setahun. Ini kerana masyarakat pada hari ini, sibuk dengan mencari pendapatan

atau tabungan sebelum melangsungkan perkahwinan. selain itu, golongan muda

pada hari ini, bertunang berdasarkan pilihan hati pasangan masing-masing dan

bukannya pilihan keluarga.

2.3 BERANDAM

Berandam atau "beautification rite" ialah upacara "mencantikkan" atau

upacara bagi "menaikkan seri" wajah bakal pengantin perempuanv. Selain itu,

upacara berandam juga bertujuan untuk "membuang sial" yang mungkin ada

pada bakal pengantin perempuan untuk mengelak daripada sebarang mala

petaka menimpa penganlin perempuan tersebut apabila berkahwin nanti.

Upacara berandam ini dilakukan oleh seorang perempuan yang khusus

menjalankan kerja-kerja berandam Perempuan ini dikenali dengan nama "Mak

Adam". Seseorang Mak Andam itu bukan sahaja mahir dalam kerja-kerja

mengandam tetapi juga pandai dalam jampi serapah.

Dalam upacara berandam ini bakal pengantin perempuan akan dicukur

anak rambut di sepanjang dahi, dipotong kuku pada tangan dan kaki, dicukur

bulu ruma pada muka dan bahagian-bahagian badan tertentu, dibentuk alis,

dikerat ekor pipit, dan diasah giginya dengan sejenis batu pengasah khusus.

12

Page 13: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Setelah diandam sedemikian, bakal pengantin perempuan itu kemudiannya

akan disintuk (dicuci) rambutnya dan dimandikan dengan air yang dicapur

dengan perahan limau peruL

Bakal pengantin perempuan juga dilangir dengan bedak sejuk. Bagi

menaikkan seri muka, Mak Andam akan membaca jampi, selawat dan

doa.Selepas diandam, bakal pengantin itu dikehendaki patuh kepada beberapa

pantang laiang seperti lidak boleh tengok cermin atau turun ke tanah buat

beberapa hari. Dengan berbuat demikian, adalah dipercayai bakal pengantin

tersebut akan terhindar dari sebarang mala petaka kerana "sial" yang

mungkin ada padanya telah pun dibuang.

Pada masa ini upacara berandam juga dilakukan, tetapi banyak berlaku

perubahan. Mak Andam pada masa ini lebih berperanan "menyolek" bakal

pengantin dengan menggunakan alat-alat "make-up" moden. Upacara

seperti membaca jampi,selawat dan doa juga tidak lagi diamalkan.

Dikalangan masyarakat kota, perkhidmatan mengandam dilakukan oleh

juru solek yang mendapat pendidikan di institusi pendidikan. Ini kerana

perkhidmatan Mak andam sukar untuk didapati.Namun demikian,

sebahagian daripada amalan tradisi dalam upacara berandam seperti yang

dihuraikan di atas masih dikekalkan.

13

Page 14: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

2.4 BERINAI

Salah satu daripada upacara dalam adat perkahwinan orang Melayu yang

masih kekal pada hari ini ialah berinai. Berinai terdiri daripada dua jenis, iaitu

berinai kecil dan berinai besar. Berinai kecil bermaksud menampal inai yang

sudah digiling pada telapak tangan, pada jari tangan dan pada jari kaki bakal

pengantin perempuan. Selepas dibiar semalaman, maka pada keesokan

harinya, tempat yang diinaikan itu akan menjadi merah dan kekal sehingga

berbulan-bulan lamanya. Upacara berinai kecil ini dilakukan dua tiga hari

sebelum hari perkahwinan atau hari langsung (wedding day).

Jika bertemu dengan seorang perempuan muda yang warna inai

pada dijarinya masih merah, bermakna perempuan itu baru sahaja

mendirikan rumah tangga. Kadang-kadang ibu dan sanak saudara perempuan

kepada bakal pengantin itu turut juga "berinai" sempena perkahwinan yang

diadakan. Tetapi inai yang dipakai itu lidaklah melibatkan semua jari tangan dan

kaki seperti yang dipakai oleh bakal pengantin perempuan.

Berinai besar pula bermaksud upacara berinai yang dilakukan pada

ketika kedua-dua mempelai sedang bersanding di atas pelamin pada hari

langsung perkahwinan mereka berdua. Ibu bapa, saudara mara terdekat serta

jemputan tertentu akan tampil ke hadapan pelamin untuk "menginaikan" telapak

tangan kedua-dua rnempelai tersebut. Upacara berinai besar ini disertai juga

dengan upacara menepung tawar dan merenjis air tawar kepada kedua-dua

pengantin.

Dalam majis perkahwinan hari ini, majis berinai tidak dilakukan seperti

zaman dahulu. Majlis berinai dilakukan secara ringkas dan hanya melibatkan

14

Page 15: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

keluarga dekat. Majlis berinai tidak lagi disertai upacara menepung tawar dan

merenjis air tawar. Tapi majlis berinai tidaklah begitu mengalami perubahan.

2.5 AKAD NIKAH

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu berasaskan kepada undang-

undang perkahwinan Islam. Upacara akad nikah merujuk kepada upacara

pemberian dan penerimaan nikah merupakan rukun nikah yang utama

mengikut undang-undang Islam. Tanpa upacara akad nikah sesuatu

perkahwinan itu tidak dianggap sah di sisi agama dan masyarakat.

Dalam upacara akad nikah, pihak kadi atau imam yang bertauliah akan

menawarkan nikah kepada pengantin lelaki bagi pihak wali pengantin

perempuan dengan lafaz, "aku nikahkah engkau dengan si polan (disebut

nama pengantin perempuan) dengan bayaran mas kahwin (disebut jumlahnya

atau jenisnya) tunai/hutang". Pihak pengantin lelaki pula akan menerima nikah

tersebut dengan menyebut, "aku terima nikahnya dengan si polan (disebut

nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin (disebut jumlahnya atau

jenisnya) tunai/hutang".

Penawaran dan penerimaan nikah dalam upacara akad nikah ini mesti

disebut dengan terang dan jelas. Pihak kadi atau imam setelah berpuashati,

akan bertanya pula kepada saksi (seramai dua orang mengikut Mazhab Shafie)

sama ada mereka juga berpuashati dengan penawaran dan

penerimaan nikah tersebut. Jika semuanya bersetuju, maka perkahwinan itu

diistiharkan sah.

15

Page 16: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Selepas penawaran dan penerimaan nikah itu selesai, pihak kadi atau imam

akan membaca khutbah nikah. Khutbah ini mengandungi keterangan atau

penjelasan tentang tanggung jawab suami dan isteri dalam keluarga serta syarat-

syarat perkahwinan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama di setiap negeri di

Malaysia. Di sesetengah negeri, pasangan suami isteri yang baru dinikahkan itu

dikehendaki menandatangani surat perjanjian nikah yang juga ditetapkan oleh pihak

Jabatan Agama. Upacara akad nikah ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan

jamuan ringan.

Dalam perkahwinan Melayu, upacara akad nikah lazimnya diadakan pada

hari langsung. Ada juga di sesetengah tempat (misalnya di negeri Kedah), upacara

akad nikah diadakan beberapa hari sebelum hari langsung tersebut.

Tempatnya sama ada di rumah pengantin perempuan itu sendiri atau pun di

mesjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Satu perkara menarik yang sering didapati dalam upacara akad nikah ini

ialah tentartg lafaz penerimaan nikah oleh pengantin lelaki. Oleh kerana perasaan

gugup atau takut, pengantin lelaki sering tersilap dalam mengucapkan lafaz

penerimaan nikah hingga beliau terpaksa mengulanginya buat beberapa kali.

Ada kes di mana pengantin lelaki terpaksa dimandikan setelah beberapa kali gagal

"menerima nikah" dengan jelas dan terang sepertimana yang dikehendaki oleh

pihak kadi atau imam.

Tapi pada hari ini, upacara pernikahan banyak dilakukan di masjid

atau surau dan di majlis agama islam. Berbeza pada masa dahulu,

dimana maljis akad nikah dilakukan dirumah pengantin perempuan. Selain

16

Page 17: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

itu, majlis pernikahan dilakukan pada hari persandingan. Biasanya pada

sebelah pagi diadakan majlis pernikahan dan sebelah petangnya

diadakan majis persandingan. Ini kerana untuk menjimatkan kos dan

masa.

2.6 BERSANDING

Bersanding (sitting on dias) ialah upacara yang paling istimewa dan kemuncak

dalam perkahwinan orang Melayu. Pada had langsung perkahwinan itu (dan di

sesetengah tempat pada waktu malamnya), pasangan pengantin lelaki dan

perempuan yang memakai pakian serba indah akan diletakkan di atas pelamin

untuk bersanding. Tujuannya ialah supaya semua kaum keluarga dan para jemputan

dapat lihat dengan jelas pasangan yang berkahwin itu, sama ada mereka

berdua sama cantik atau sama padan atau pun mereka itu sama tinggi atau sama

rendah apabila berdiri. Jika sama padan, mereka diibaratkan sebagai "pinang

dibelah dua".

Lazimnya, pengantin perempuan terlebih dahulu diletakkan di atas pelamin.

Pengantin lelaki akan dipirnpin masuk kemudiannya. Semasa masuk itu, pengantin

lelaki dikehendaki menjelaskan bayaran tertentu mengikut adat, iaitu bayaran

tebus pintu dan tebus pelamin.

Pasangan suami isteri yang bersanding di atas pelamin ini diibaratkan

sebagai "raja sehari", kerana inilah satu-satunya kesempatan mereka diraikan

sebagai "raja". Pakaian mereka semasa bersanding itu juga seindah pakaian raja.

17

Page 18: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

Pada masa dulu, pasangan itu bersanding dengan mata yang terpejam atau dengan

memakai cermin mata gelap.

Setelah beberapa ketika di atas pelamin, majlis disusuli dengan upacara

berinai besar, menepung tawar dan merenjis air mawar. Lepas selesai semuanya ,

doa selamat akan dibacakan. Kedua-dua pengantin kemudiannya akan diiring

untuk bertemu sertavbersalaman dengan sanak saudara dan para jemputan.

Mereka juga akan bersama-sama turut menjamu selera.

Lazimnya, hidangan pengantin adalah lebih istimewa daripada hidangan lain

yang disajikan. Ibu bapa serta sanak saudara terdekat dari kedua-dua belah pihak

turut mengiringi kedua-dua pengantin itu menjamu selera.

Ada sesetengah berpendapat, majis persandingan adalah salah atau haram di

sisi islam. Ini kerana inya adalah pengaruh daripada agama Hindu. Pada hari ini,

majlis persandingan kebanyakan tidak lagi dilakukan dirumah pengantin tetapi

dilakukan di dewan sebaguna dan bagi yang kaya, majlis persandingan dilakukan di

hotel-hotel. Bagi masyarakat Bandar mereka terpaksa melakukan majlis

persandingan di dewan yang disewa kerana kebanyakan mereka tinggal dikawasan

perumahan yang tidak mempunyai ruang untuk mengadakan majlis tersebut.

Perkhidmatan catering juga digunakan dalam majlis jamuan perkahwinan kerana

menjimatkan kos dan tidak perlu memasak sendiri. Majlis jamuan juga dilakukan

secara buffet kerana dapat mengurangkan tenaga kerja.

KESIMPULAN

Proses merisik dapat membuktikan betapa tingginya moral orang melayu

terutamanya untuk memulakan sebuah ikatan perkahwinan. Setiap langkah dan

18

Page 19: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

peringkat yang disusun oleh adapt mempunyai nilai yang halus dan tersembuny jika

dikaji. Nilai-nilai ini terpancar samada melalui perlakuan dan tingkah laku walaupun

tutur kata ketika merisik dijalankan penggunaan bahasa berkias,pantun-pantun dan

perbilangan adapt yang menyembunyikan tujuan dan maksud sebenar pula adalah

satu perlakuan yang disandarkan kepada perasaan malu dan merendahkan diri yang

merupakn satu lagi nilai terpuji di dalam masyarakat melayu.

Seharusnya adapt merisik ini dikekalkan supaya tidak lapuk ditelan zaman.

Adat ini perlu dipelihara agar gerenasi yang akan datang dapat mengenali adat

yang cukup murni ini. Adapt ini cukup halus dan murnai untuk diamalkan. Ia

juga menggambarkan sikap masyarakat yang mementingkan orang tua dalam

mengadakan sesuatu perkara dalam kehidupan. Orang tua dan juga ibubapa

tidak harus diletak belakang dan membuat sesuatu keputusan terutamanya

perkahwinan. Selain adapt merisik dikekalkan,proses-proses perkahwinan

seperti pertunangan, berandam, berinai, akad nikah dan juga persandingan

perlu dipelihara kerana masyarakat melayu cukup kaya denga adapt resamnya.

19

Page 20: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam

3.0 BIBLIOGRAFI

Amran Kasimin, 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

_____________,2002. Perkahwinan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Hj Mohtar Bin Hj Md Dom, 1997, Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu,

Kuala Lumpur: Federal Publication.

H.M Sidin, 1964, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Rozumah Baharudin, 2002, Pengantar Perkahwinan Dan Keluarga: Selangor,

UPM.

Syed alwi B Sheikh Al- Hadi, 1990, adat Resam Dan Adat Istiadat Melayu,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

20