jurnal minggu pertama praktikum fasa 2

2
JURNAL MINGGU KEDUA PRAKTIKUM FASA 1 – 2015 1. MASALAH Pada minggu kedua, saya telah mula masuk ke kelas untuk mengajar. Masalah yang saya hadapi adalah masalah pengurusan masa. Masalah pengurusan masa ini sering memberikan masalah kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Kadang-kala, aktiviti pengajaran dan pembelajaran habis awal daripada yang dirancang. Kadang-kala pula tidak mempunyai masa yang mencukupi. Masalah ini menyebabkan murid tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam kelas untuk belajar. 2. ANALISIS Masalah ini timbul adalah kerana guru masih tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengendali sesebuah kelas. Murid yang pelbagai masalah pembelajaran hendaklah diatasi satu demi satu menyebabkan kesukaran dalam memanipulasi masa. Selain itu, guru juga tidak mengetahi masa aktiviti murid dengan sepenuhnya menyebabkan perkara yang dirancang pada masa terlibat tidak dapat dilaksanakan. Semua masalah dalam kelas menyumbang kepada masalah masa, Guru mestilah boleh mengurus masa dengan lebih baik supaya tidak mengganggu konten pengajaran dan pembelajaran dan murid masih dapat capai objektif pembelajaran pada kelas tersebut. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Upload: desmond-khor

Post on 20-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Minggu Pertama Praktikum Fasa 2

JURNAL MINGGU KEDUA PRAKTIKUM FASA 1 – 2015

1. MASALAH

Pada minggu kedua, saya telah mula masuk ke kelas untuk mengajar. Masalah yang

saya hadapi adalah masalah pengurusan masa. Masalah pengurusan masa ini

sering memberikan masalah kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Kadang-

kala, aktiviti pengajaran dan pembelajaran habis awal daripada yang dirancang.

Kadang-kala pula tidak mempunyai masa yang mencukupi. Masalah ini

menyebabkan murid tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam kelas

untuk belajar.

2. ANALISIS

Masalah ini timbul adalah kerana guru masih tidak mempunyai pengalaman yang

mencukupi untuk mengendali sesebuah kelas. Murid yang pelbagai masalah

pembelajaran hendaklah diatasi satu demi satu menyebabkan kesukaran dalam

memanipulasi masa. Selain itu, guru juga tidak mengetahi masa aktiviti murid

dengan sepenuhnya menyebabkan perkara yang dirancang pada masa terlibat tidak

dapat dilaksanakan. Semua masalah dalam kelas menyumbang kepada masalah

masa, Guru mestilah boleh mengurus masa dengan lebih baik supaya tidak

mengganggu konten pengajaran dan pembelajaran dan murid masih dapat capai

objektif pembelajaran pada kelas tersebut.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a. Saya patut merancang rancangan pengajaran harian dengan lebih baik lagi.

b. Saya hendaklah lebih mengenali murid saya dengan lebih baik supaya

mudah dikendalikan.

c. Saya akan mendapatkan nasihat dari guru atau pensyarah untuk cara

mengatasi masalah ini.

d. Saya akan mempelajari cara pengurusan masa dengan lebih baik melalui

pengalaman.

Page 2: Jurnal Minggu Pertama Praktikum Fasa 2

4. TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini berkenaan pengurusan masa dalam masa

tempoh seminggu akan datang pada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Sekiranya masalah pengurusan masa ini tidak dapat diatasi, maka tempoh masa

akan dipanjangkan selama seminggu lagi. Masalah pengurusan masa ini amatlah

penting dan hendaklah dicapai tidak mengira apa jua kesukaran.

5. TINDAKAN SUSULAN

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan belajar melalui

proses tersebut. Dalam perancangan pula, saya akan cuba menyediakan beberapa

langkah yang berlainan masa untuk mengatasi masalah langkah tidak dilaksana

sebab tidak cukup masa. Saya juga akan bertanya kepada guru lain mengenai cara

alternatif mengatasi masalah ini.