jurnal minggu 4

3
PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 4 MASALAH Pada akhir bulan pertama praktikum fasa tiga ini, guru telah mengenal pasti satu lagi masalah pembelajaran murid iaitu kurang kemahiran motor halus (menulis). Masalah ini telah dikesan semasa menjalankan aktiviti menulis (kemahiran menulis) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid iaitu menyalin semula perkataan yang diberikan. Terdapat sesetengah murid yang lambat menyelesaikan lembaran kerja tersebut dan ada juga murid yang menulis atau menyalin perkataan yang misalnya salah ejaan, tiada kesinambungan antara huruf dalam perkataan dan sebagainya. Hal yang demikian menyebabkan banyak masa digunakan untuk menyiapkan tugasan di samping mengambil masa langkah pengajaran yang lain untuk dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. ANALISIS Masalah lemah kemahiran menulis ini kerap kali dikenalpasti berlaku terhadap sesetengah murid walaupun guru telah menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka, murid tetap mengulanginya di dalam aktiviti menulis. Antara murid-murid yang dikenalpasti dari tahun tiga iaitu Syahmi, Aslam, Hafifi dan lain-lain. Namun, begitu, murid-murid ini bukanlah murid PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT (23 – 27 FEBRUARI 2015 ) ISU : KURANG KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Upload: aping-firdaus

Post on 15-Apr-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal minggu 4

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 4

MASALAH

Pada akhir bulan pertama praktikum fasa tiga ini, guru telah mengenal pasti satu lagi masalah

pembelajaran murid iaitu kurang kemahiran motor halus (menulis). Masalah ini telah dikesan

semasa menjalankan aktiviti menulis (kemahiran menulis) dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa Malaysia.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid iaitu menyalin semula perkataan yang

diberikan. Terdapat sesetengah murid yang lambat menyelesaikan lembaran kerja tersebut dan

ada juga murid yang menulis atau menyalin perkataan yang misalnya salah ejaan, tiada

kesinambungan antara huruf dalam perkataan dan sebagainya. Hal yang demikian menyebabkan

banyak masa digunakan untuk menyiapkan tugasan di samping mengambil masa langkah

pengajaran yang lain untuk dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS

Masalah lemah kemahiran menulis ini kerap kali dikenalpasti berlaku terhadap sesetengah

murid walaupun guru telah menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka, murid tetap

mengulanginya di dalam aktiviti menulis. Antara murid-murid yang dikenalpasti dari tahun tiga iaitu

Syahmi, Aslam, Hafifi dan lain-lain. Namun, begitu, murid-murid ini bukanlah murid pemulihan.

Mereka hanya menghadapi masalah umum dari segi membaca dan menulis.

Kemahiran motor halus haruslah dipupuk terhadap kanak-kanak sejak mereka kecil lagi

supaya dapat membiasakan diri mereka dengan aktiviti yang melibatkan genggaman tapak tangan

dan sebagainya terutama kemahiran menulis. Menurut Friedrich Wilham Fraehel (1782 – 1852),

motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti

pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotr halus yang baik adalah amat

penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada murid-murid.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIFMINGGU KEEMPAT

(23 – 27 FEBRUARI 2015 )ISU : KURANG KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Page 2: Jurnal minggu 4

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 4

CADANGAN

Pelbagai cadangan yang dapat dikeluarkan bagi mengatasi masalah ini. Salah satu

daripadanya ialah ibu bapa haruslah mendedahkan kepada murid-murid di rumah dengan

melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan (motor halus) serta koordinasi mata

dan tangan.

Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal

dalam aspek ini ialah seperti :

i. menguntai manik

ii. menjahit kad berlubang

iii. menconteng kertas

iv. melipatkan kertas

v. mengoyak kertas

vi. merenyak kertas

vii. menguli doh dan sebagainya.

TEMPOH MASA

23 Februari – 27 Februari 2015

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai tindakan susulan selama seminggu ini, guru menjalankan aktiviti permainan bagi

perkembangan motor halus, murid-murid diminta merenyuk surat khabar membentuk bulatan

menjadi saiz yang paling kecil. Aktiviti ini dilihat berkesan apabila murid yang dilihat lemah sebelum

ini seperti Syahmi, Aslam dan Hafifi menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.

Guru juga menjalankan aktiviti menulis secara berperingkat daripada aras yang mudah

kepada aras yang susah. Saya juga meminta rakan serta guru memantau tahapa peningkatan

murid.

Page 3: Jurnal minggu 4

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 4

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat sepanjang proses tindakan ialah murid perlu didedahkan

dengan aktiviti perkembangan motor halus secara kerap supaya kemahiran berkembang secara

berterusan dari semasa ke semasa sehingga murid betul-betul mahir.