jurnal m4

3
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Jalan Kolej 93200, Kuching Sarawak JURNAL PRAKTIKUM Bilangan Jurnal : 4 Minggu Praktikum : Keempat Tarikh Peristiwa / Kejadian : 19 hingga 23 Ogos 2013 Tajuk Jurnal : Penguasaan hukum tajwid murid tahun 5 1. Masalah / Peristiwa Minggu keempat di SK Buntal telah saya lalui dengan jayanya. Pada minggu ini, saya mengajar Asuhan Tilawah Al-Quran di kelas 5 Progresif. Pada minggu ini, saya mengajar tajuk membaca dan menghafaz surah Al-Bayyinah dengan betul dan fasih .Sebagaimana kebiasaan, saya akan mengajar bermula dengan sebutan potongan- potongan kalimah ayat-ayat dalam Surah Al-Bayyinah, kemudian dengan sebutan potongan-potongan ayat dan kemudian membaca al-Quran, mengenal hukum tajwid serta lembaran kerja di akhir pembelajaran. Semasa saya membimbing mereka membaca ayat-ayat dalam Surah Al-Bayyinah, saya sempat memperkenalkan murid kepada hukum tajwid iaitu Mad Asli. Saya telah menggunakan kaedah penerangan bagi memastikan murid faham akan apa yang diajar. Dengan berbantukan bahan multimedia, saya menerangkan kepada mereka huruf-huruf Mad Asli berserta contoh. Mereka tidak menghadapi masalah dalam menyebut contoh-contoh Izhar Halqi, namun apa yang menarik perhatian saya dalam sesi pembelajaran pada kali ini ialah apabila saya menyuruh mereka mencari contoh-contoh lain Mad Asli daripada ayat yang saya paparkan dan saya dapati mereka masih lemah mengesan contoh-contoh lain yang saya kehendaki. 2. Analisis Dalam memastikan murid faham akan hukum tajwid yang diajar, saya sendiri telah menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ . Mungkin pada persepsi orang lain kaedah ini agak ketinggalan zaman, namun bagi saya kaedah seperti ini masih perlu digunakan

Upload: mohammad-syafiq

Post on 25-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Jurnal

TRANSCRIPT

  • Institut Pendidikan Guru

    Kampus Batu Lintang

    Jalan Kolej 93200, Kuching Sarawak

    JURNAL PRAKTIKUM

    Bilangan Jurnal : 4

    Minggu Praktikum : Keempat

    Tarikh Peristiwa / Kejadian : 19 hingga 23 Ogos 2013

    Tajuk Jurnal : Penguasaan hukum tajwid murid tahun 5

    1. Masalah / Peristiwa

    Minggu keempat di SK Buntal telah saya lalui dengan jayanya. Pada minggu ini,

    saya mengajar Asuhan Tilawah Al-Quran di kelas 5 Progresif. Pada minggu ini, saya

    mengajar tajuk membaca dan menghafaz surah Al-Bayyinah dengan betul dan fasih

    .Sebagaimana kebiasaan, saya akan mengajar bermula dengan sebutan potongan-

    potongan kalimah ayat-ayat dalam Surah Al-Bayyinah, kemudian dengan sebutan

    potongan-potongan ayat dan kemudian membaca al-Quran, mengenal hukum tajwid

    serta lembaran kerja di akhir pembelajaran.

    Semasa saya membimbing mereka membaca ayat-ayat dalam Surah Al-Bayyinah,

    saya sempat memperkenalkan murid kepada hukum tajwid iaitu Mad Asli. Saya

    telah menggunakan kaedah penerangan bagi memastikan murid faham akan apa

    yang diajar. Dengan berbantukan bahan multimedia, saya menerangkan kepada

    mereka huruf-huruf Mad Asli berserta contoh. Mereka tidak menghadapi masalah

    dalam menyebut contoh-contoh Izhar Halqi, namun apa yang menarik perhatian

    saya dalam sesi pembelajaran pada kali ini ialah apabila saya menyuruh mereka

    mencari contoh-contoh lain Mad Asli daripada ayat yang saya paparkan dan saya

    dapati mereka masih lemah mengesan contoh-contoh lain yang saya

    kehendaki.

    2. Analisis

    Dalam memastikan murid faham akan hukum tajwid yang diajar, saya sendiri telah

    menggunakan kaedah chalk and talk. Mungkin pada persepsi orang lain kaedah ini

    agak ketinggalan zaman, namun bagi saya kaedah seperti ini masih perlu digunakan

  • mengikut kesesuaian masa khususnya dalam menerangkan sesuatu perkara

    penting apatah lagi melibatkan hukum tajwid. Justeru, penggunaan marker pen dan

    whiteboard telah membantu saya menerangkan lebih lanjut berkenaan hukum yang

    diajar. Saya menerangkan kepada mereka bagaimana terjadinya hukum Mad Asli

    iaitu apabila huruf-huruf hijaiyah bertemu dengan huruf-huruf Mad Asli.

    Pada pemerhatian saya, murid kelihatan faham dengan apa-apa yang telah saya

    terangkan, namun apabila saya meminta mereka menyenaraikan semula contoh

    hukum tersebut daripada paparan ayat yang saya pamerkan, majoriti daripada

    mereka masih belum dapat menguasai kefahaman berkenaan hukum ini

    dengan betul.

    Berdasarkan kepada masalah yang saya ketengahkan ini, dapatlah saya membuat

    satu kesimpulan bahawa murid-murid baru sahaja diperkenalkan kepada hukum

    tajwid Mad Asli dan perkara ini memerlukan masa yang agak lama untuk mereka

    memahaminya secara lebih mendalam. Saya juga merasakan bahawa murid-murid

    masih kurang pendedahan kepada hukum tajwid dan sekiranya ada sekalipun,

    perkara tersebut hanya diterangkan secara tidak langsung sewaktu mereka

    membaca al-Quran. Saya sendiri ada bertanya kepada murid adakah mereka ada

    membaca al-Quran sewaktu di rumah, namun apa yang menyedihkan ialah ada

    dalam kalangan murid yang tidak menjalankan ulangkaji membaca al-Quran

    semasa di rumah. Perkara seperti inilah pada anggapan saya menjadi antara

    penyebab mengapa murid masih lemah menguasai hukum tajwid bacaan al-Quran

    selain daripada membezakan kadar bacaan pendek dan panjang dalam membaca

    al-Quran yang pada saya juga perlu diberi perhatian secara menyeluruh.

    3. Cadangan Tindakan Susulan

    Berdasarkan kepada masalah yang saya ketengahkan ini, saya akan cuba

    mengatasi kelemahan murid dengan cara menyelitkan penerangan serta aktiviti

    berkaitan hukum tajwid pada setiap kali mengajar bidang al-Quran al-Karim. Dengan

    cara sebegini saya beranggapan bahawa murid akan lebih faham dengan hukum

    tajwid sekaligus membantu mereka dalam mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran

    sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu

    adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada yang lain.

  • 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

    Dalam mencari jalan keluar kepada masalah yang timbul ini, saya mensasarkan

    tempoh empat minggu untuk menyelesaikannya sekaligus mengesan tahap

    kefahaman mereka dalam tempoh pengajaran yang saya laksanakan. Sekiranya

    masalah ini masih belum dapat diselesaikan, saya akan lebih giat menerangkan dan

    merangka aktiviti bagi meningkatkan mutu kefahaman murid khususnya dalam

    mempelajari al-Quran amnya serta hukum tajwid khususnya agar pembudayaan al-

    Quran itu dapat diterapkan dalam diri generasi masa kini. InsyaAllah.

    Disemak oleh Guru Pembimbing : Disahkan oleh Pensyarah Penyelia :

    Tandatangan : .................................. Tandatangan : ....................................

    Nama : .. Nama : .

    Tarikh : .. Tarikh : .