jurnal m1

5
PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA ( 1/2/2015 – 5/2/2015 ) Nama pelajar : Mohamad Husaini Bin Abdul Hisham Kursus : PISMP Pendidikan Islam 1 Tempoh praktikum : 12 Minggu Pengkhususan : Pendidikan Islam Nama guru pembimbing : Ust. Abdulah bin saad Nama pensyarah pembimbing : Ustz. Che Nazrah binti Yusof Masalah : Tekanan/stress Pada minggu pertama saya berada di SK Penghulu Haji Darus untuk memulakan praktikum fasa 3 iaitu yang terakhir, pelbagai perasaan wujud dalam diri saya. Gembira kerana bakal menamatkan pengajian di tahun akhir namun gementar dan tertekan atas faktor-faktor tertentu. Tekanan atau stress mula wujud dalam diri saya berikutan saya perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu praktikum. Turut menambah beban tekanan pada diri saya apabila memikirkan tentan Kajian Tindakan yang bakal dilakukan pada tahun ini. Segala perkara yang telah saya nyatakan tadi sememangnya mengganggu fikiran saya di awal praktikum. Robbins (1993) menerangkan tekanan/stress sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”. Saya berasakan perlu untuk saya menangani tekanan ini sebaik mungkin supaya ia tidak menjadi penghalang atau barah yang boleh mengganggu-gugat praktikum saya pada minggu-minggu mendatang. Analisis Masalah Antara faktor yang memungkinkan kepada berlakunya tekanan/stress adalah bebanan kerja yang bertindan-tindan dan banyak. Terdapat beberapa jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Kedua, tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress) di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan

Upload: husaini-hisham

Post on 26-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

eyery

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNALMINGGU PERTAMA( 1/2/2015 5/2/2015 )

Nama pelajar: Mohamad Husaini Bin Abdul HishamKursus: PISMP Pendidikan Islam 1Tempoh praktikum: 12 MingguPengkhususan: Pendidikan IslamNama guru pembimbing: Ust. Abdulah bin saadNama pensyarah pembimbing : Ustz. Che Nazrah binti Yusof

Masalah : Tekanan/stressPada minggu pertama saya berada di SK Penghulu Haji Darus untuk memulakan praktikum fasa 3 iaitu yang terakhir, pelbagai perasaan wujud dalam diri saya. Gembira kerana bakal menamatkan pengajian di tahun akhir namun gementar dan tertekan atas faktor-faktor tertentu. Tekanan atau stress mula wujud dalam diri saya berikutan saya perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu praktikum. Turut menambah beban tekanan pada diri saya apabila memikirkan tentan Kajian Tindakan yang bakal dilakukan pada tahun ini. Segala perkara yang telah saya nyatakan tadi sememangnya mengganggu fikiran saya di awal praktikum.

Robbins (1993) menerangkan tekanan/stress sebagai:Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut.Saya berasakan perlu untuk saya menangani tekanan ini sebaik mungkin supaya ia tidak menjadi penghalang atau barah yang boleh mengganggu-gugat praktikum saya pada minggu-minggu mendatang.

Analisis MasalahAntara faktor yang memungkinkan kepada berlakunya tekanan/stress adalah bebanan kerja yang bertindan-tindan dan banyak. Terdapat beberapa jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Kedua, tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress) di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula ialah tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan di tempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasana bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis ini adalah bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.

CadanganUntuk mengatasi masalah yang berikut, saya berasakan beberapa langkah perlu diambil:1. Senaman pernafasanPernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.2. IbadahCara menenangkan hati dalam Islamdiantaranya adalah dengan berzikir mengingat Allah. Dengan berzikir, kita akan merasa bahawa masalah yang terjadi adalah atas kehendak-Nya. Allah sedang menguji kita dengan masalah tersebut. 3. Kelegaan ototBerbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekurang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat oleh saya di mana-mana sahaja dan ini boleh membantu saya berasa tenang dengan cepat dan mudah.

4. MuzikTerapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda. Saya hanya perlu memilih muzik ringan dan yang disukai dan dengarkannya setiap hari.

5. Pengurusan masa.Kenalpasti kerja harian mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya saya dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Saya juga perlu mengenalpasti kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gosip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa saya. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

TempohSeminggu

Tindakan susulan Berbincang bersama guru lain bagi menangani masalah ini Meminta pandangan mereka memandangkan mereka lebih berpengalaman dalam berdepan dengan masalah ini Melaksanakan cadangan yang telah diusulkan Sentiasa bersikap tenang dan sabar dalam menghadapi sesuatu masalah

KesimpulanSebagai seorang guru, saya seharusnya bertindak lebih efektif dalam menyelesaikan masalah ini. Saya juga harus bijak apabila masalah ini muncul di samping mendapatkan suatu cara yang membolehkan saya sentiasa mengelakkan diri daripada berada dalam keadaan tertekan/stress.

Pandangan/Komen Guru Pembimbing.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... ..................................................................................................... Tandatangan:...................................... Tarikh: .............................

Nama : ..........................................................................................

Pandangan/Komen Pensyarah Pembimbing.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... ..................................................................................................... Tandatangan:...................................... Tarikh: .............................

Nama : ..........................................................................................