jurnal kesembilan

5
JURNAL MINGGU KESEMBILAN PENULISAN JURNAL FASA 3/2015 MINGGU : 9 PRAKTIKUM TARIKH : 5 April 2015 hingga 9 April 2015 TAJUK : PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TERHAD PERMASALAHAN Sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar, terutamanya dalam mata pelajaran Matematik untuk murid-murid tahun 4 Bestari dan 4 Arif iaitu kelas yang saya mengajar. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan sewaktu mengajar agak terhad kerana ada masanya saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Keadaan ini membuatkan murid-murid mudah bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses PdP agak hambar. ANALISIS Setelah saya membuat refleksi terhadap sesi pengajaran yang saya jalankan, saya telah dapat mengesan faktor mengapa saya mengalami masalah bahan bantu mengajar yang terhad. Hal ini ialah kerana saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Pada permulaan sesi PdP, tidak dinafikan bahawa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan murid- murid lebih mudah faham. Pada hakikatnya, murid-murid ini akan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti PdP. Kanak-kanak tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi

Upload: nurulliyanarahmat

Post on 16-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal keSEMBILAN

JURNAL MINGGU KESEMBILAN

PENULISAN JURNAL

FASA 3/2015

MINGGU : 9 PRAKTIKUM

TARIKH : 5 April 2015 hingga 9 April 2015

TAJUK : PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG TERHAD

PERMASALAHAN

Sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya menghadapi

masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar, terutamanya dalam mata pelajaran

Matematik untuk murid-murid tahun 4 Bestari dan 4 Arif iaitu kelas yang saya mengajar.

Bahan bantu mengajar yang saya gunakan sewaktu mengajar agak terhad kerana ada

masanya saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif untuk menghasilkan bahan bantu

mengajar yang sangat menarik. Keadaan ini membuatkan murid-murid mudah bosan

dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses PdP agak

hambar.

ANALISIS

Setelah saya membuat refleksi terhadap sesi pengajaran yang saya jalankan,

saya telah dapat mengesan faktor mengapa saya mengalami masalah bahan bantu

mengajar yang terhad. Hal ini ialah kerana saya tidak mendapat idea yang lebih kreatif

untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sangat menarik. Pada permulaan sesi

PdP, tidak dinafikan bahawa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan

saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada

pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan murid-murid lebih

mudah faham. Pada hakikatnya, murid-murid ini akan mudah bosan dan hilang

tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti PdP. 

Kanak-kanak tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya

dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah

Page 2: jurnal keSEMBILAN

bosan dan tidak fokus di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung

akan mengganggu perjalanan proses PdP. Mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang

seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya.

Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses PdP saya dan hasil pembelajaran

yang dirancang ada kalanya agak tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi

adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan

penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan

penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid. 

CADANGAN

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami

atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM,

murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan

(konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam

pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis

rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk

digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar,

konsepkefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah

diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria

sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau.( Mok Soon Sang, Lee Shok

Mee : 1986 )

Berdasarkan kajian di atas, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang

dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses

pembelajaran, terutama bagi murid-murid di sekolah rendah. Oleh yang demikian

sumber pengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat pandang

dengar, memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas KSSR.

Page 3: jurnal keSEMBILAN

Bagi mengatasi masalah ini, saya ada melakukan sedikit perbincangan dengan

rakan-rakan praktikum saya di sekolah lain yang mengajar topik dan tahun yang sama.

Saya berbincang dengan mereka bagaimana bentuk bahan bantu mengajar yang

dirasakan dapat menarik minat murid. Keadaan seperti ini adalah tidak sepatutnya

terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang

boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar.

Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk

menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan. 

1. Pemilihan bahan.

Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran

murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid

lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah

mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan. Bahan bantu

mengajar yang dipilih haruslah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan

potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek

(pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.

2. Lebih menggunakan ICT

Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula

berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan

buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan

grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Murid-murid gemar

untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru. Selain

daripada latihan-latihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran

seperti slideshow gambar-gambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih

membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak ini supaya

mereka boleh memberi tumpuan ketika proses PdP, dan juga membantu pelajar lebih

memahami topik yang diajar

Page 4: jurnal keSEMBILAN

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin iaitu bermula

daripada 12 April 2015 supaya ianya tidak berulang lagi sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran akan datang. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik adalah

sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan

dengan lancar dan berkesan seperti yang telah dirancang dan membantu pemahaman

murid.

TINDAKAN SUSULAN

Saya perlu merancang aktiviti yang melibatkan semua murid dan aktiviti

tersebut mestilah mampu menarik minat murid serta mengekalkan perhatian murid

kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya perlu banyak mencari

maklumat berkaitan di internet dan berbincang dengan guru-guru serta rakan-rakan

tentang perancangan aktiviti yang bakal dilakukan.

Seterusnya, saya mesti menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan

teknologi. Hal ini adalah kerana ia dapat menarik minat murid kepada pembelajaran

di samping membuka minda murid tentang perkembangan teknologi semasa. Apa

yang paling penting ialah saya perlu membuat rujukan sebelum memulakan sesi

pengajaran. Hal ini supaya isi pelajaran yang disampaikan mampu dihuraikan dan

diceritakan dengan baik kepada murid-murid. Disamping itu juga saya perlu

bersedia membuat rancangan pengajaran yang terbaik.

Saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi strategi pengajaran dan

pembelajaran saya semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah yang kondusif.

Page 5: jurnal keSEMBILAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya yakin semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas

diaplikasi, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Saya perlu kreatif, inovatif dan

sanggup berusaha keras untuk menarik minat murid dan meningkatkan lagi daya

kreativiti saya dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Saya akan meminta

kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang pelaksanaan saya di

samping meminta pandangan rakan sebaya.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

.