i i huruf kesembilan dlm abjad rumi - efie emeir | kalau ... file · web viewi i huruf kesembilan...

129
i I huruf kesembilan dlm abjad rumi. I (ai) II bp saya: ~ memang gemar membaca buku karangan Hamka. I III simbol kimia bagi iodin. ia I 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. ia II ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~ , saya yg bersalah"; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu

Upload: phungque

Post on 14-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i I huruf kesembilan dlm abjad rumi.

I (ai) II bp saya: ~ memang gemar membaca buku karangan Hamka.

I III simbol kimia bagi iodin.

ia I 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~

tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta

harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa

~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah

ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita

walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.

ia II ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau

bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~ , saya yg bersalah";

seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara,

semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa

~;

beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat;

beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri

bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3.

bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya;

mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu

~;

mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui,

menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita):

dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu;

pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan,

pengakuan, pengesahan;

ialah 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di

depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan

sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian;

3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn

frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg

disahkan ~ 22 orang;

iaitu kata yg digunakan utk menentukan atau menjelaskan apa yg

tersebut sebelumnya.

iau bunyi kucing;

mengiau (bkn kucing) berbunyi iau, mengeong: dr tadi lagi,

kucing itu ~, lapar agaknya.

iatrogenik (iatrogénik) (Ubat) disebabkan sesuatu perawatan perubatan

atau pembedahan (bkn penyakit, kemudaratan dsb): gejala ~.

iba hiba.

ibadat, ibadah Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg

dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang,

berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa

supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat

ibadat;

beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu

taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya;

mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat;

peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg

dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat:

dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki.

Iban suku kaum peribumi yg terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata

daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching)

dan juga dikenali sbg Dayak Laut.

ibar, ibar-ibar ark sj perahu kecil.

ibarat 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi

menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg

terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran,

teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi

pengajaran; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan

atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa

berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam

maksudnya;

beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca

cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn

menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar

agama;

mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan,

membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt

inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan,

bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg

temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg

berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan.

IBF kep International Badminton Federation (Persekutuan Badminton

Antarabangsa).

ibid (Latin) singkatan bagi ibidem.

ibidem (Latin) dlm buku, bab, halaman, dsb yg sama spt tersebut

sebelumnya.

iblis kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut

manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah

Allah); perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu

orang); digoda ~ hilang pertimbangan;

keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg

kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~.

IBM kep International Business Machines.

ibni Ar anak laki-laki: Sayidina Umar ~ al-Khattab.

ibnu Ar ibni.

Ibrani (bangsa, orang, bahasa) Yahudi kuno; bahasa ~ bahasa Yahudi

kuno.

ibtida Ar permulaan; huruf al-~ kata pd awal tiap-tiap bab baru.

ibu I 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim

wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita

yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan

duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll)

drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau

bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~

kpd al-Quran;

~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam

perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka

mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari

= ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar

antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua

yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina

yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~

negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~

kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~

mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan

berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya

digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah

busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~

pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu

bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri

sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan

gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau

kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau

pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian

telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh

operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai

beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan

yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~

tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~

tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik

anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian,

kematian dsb;

spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau

hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana

bercerai dgn sahabat karib);

beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu;

beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta;

keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat

tumbuh di kalangan anak-anak perempuan;

peribuan perindukan.

ibu II; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus.

ibu angkat perempuan yg membela anak orang;

beribuangkatkan mempunyai seseorang sbg ibu angkat: dia

pernah ~ seorang wanita Inggeris ketika belajar di luar negara

dulu.

ibu bapa orang tua (yakni emak dan ayah);

keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn

adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm

kesamaran.

ibu tiri isteri bapa yg bukan ibu yg sebenar;

beributirikan mempunyai seseorang sbg ibu tiri: untunglah nasib

anak-anak itu kalau dapat ~ orang yg bertimbang rasa dan

penyayang.

ibul = nibung ~ sj tumbuhan (palma yg buahnya beracun), tukas, Orania

macrocladus.

ibun (Geog) keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di

bawah takat beku (0C atau 32F) sehingga terbentuknya hablur air

yg halus-halus, fros;

~ abadi tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg

terdapat di kawasan kutub; ~ beku hablur ais yg halus-halus

berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg

terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu

malam, fros.

ibunda bonda, ibu (lebih hormat).

ibung ark ibu, emak.

ibus sj tumbuhan (palma yg daunnya boleh dibuat tikar), Corypha

gebanga.

icak-icak Mn, bp pura-pura, bukan yg sebenarnya, palsu; ~ sakit pura-

pura sakit; kepala kampung ~ bukan ketua kampung yg

sebenarnya.

icip Jk; mengicip, mengicipi mengecap, merasa masakan.

IC bp kad pengenalan.

ICT kep Information and Communications Technology (Teknologi

Maklumat dan Komunikasi).

ICU kep Intensive Care Unit (unit rawatan rapi).

id (Psi) bahagian minda yg berhubungan dgn naluri dan dorongan bawah

sedar.

idah I sl hantaran oleh seorang laki-laki kpd perempuan sbg tanda

mengikat tali percintaan;

~ gelap pemberian tanda percintaan dgn tidak bercadang hendak

berkahwin (utk berkendak); ~ terang pemberian tanda percintaan

dgn maksud hendak berkahwin;

mengidah menyatakan percintaan dgn jalan memberi idah;

mengidahkan memberikan sesuatu sbg tanda percintaan.

idah II Ar masa yg wajib dinanti oleh seseorang perempuan utk

membolehkannya berkahwin lagi dgn lelaki lain (dua kali suci haid

bagi perempuan yg bercerai ketika suci drpd haid, setelah

melahirkan anak bagi perempuan yg mengandung dan tiga bulan

bagi perempuan yg putus haid kerana tua atau yg belum keluar

haid kerana masih kecil): setelah lepas ~nya, perempuan itu pun

berkahwin dgn seorang guru sekolah; sampai ~ telah lepas masa

menanti (boleh berkahwin lagi);

beridah menjalani idah: perempuan yg diceraikan itu wajiblah ~

selama tiga kali suci.

Idahan suku kaum peribumi di Sabah, kebanyakannya tinggal di Lahad

Datu, dan kegiatan utamanya berniaga sarang burung.

idam I keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-

masam) oleh perempuan yg hamil;

mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan

yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau

berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah

banglo;

mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan

sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap

mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan

tinggi;

idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-

idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya.

idam II ark; mengidam menghidap, menderita (sakit dll).

idap Jw ark bulu mata.

idas Mn; mengidas memilin dua atau tiga utas benang dll menjadi satu:

jikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar.

IDD kep International Direct Dialling (Panggilan Terus Antarabangsa).

ide (idé) IB idea.

idea (idéa) buah fikiran, gagasan: semua ~ yg dikemukakannya bagus

tetapi sukar hendak dijalankan.

ideal (idéal) 1. (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dgn yg

dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dsb), unggul:

tempat yg ~ utk berkelah; pasangan yg ~; 2. wujud dlm fikiran

sahaja, impian;

mengidealkan menganggap (memandang) sesuatu sbg yg ideal:

dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yg ~ sesuatu.

idealis (idéalis) 1. orang yg mempunyai pandangan (fikiran) atau cita-cita

yg unggul-unggul atau tinggi-tinggi; 2. orang yg tidak realistik

pandangannya dsb (dipengaruhi oleh idealisme).

idealisme (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau

mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita,

dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg

membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik

drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan

Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak

banyak mendorong masyarakat utk membaca tidak ada minat

tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg

unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau

menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan

impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat angkara

kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan

impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan

(dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg

berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni

merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme.

idealistik (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan

idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa

mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-

idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg

erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat

baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau

mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit

bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~.

idem (Latin) sama spt yg tersebut sebelumnya.

identifikasi (idéntifikasi) perbuatan menganggap sama dgn: sesuatu

pekerjaan di Jepun bukan sekadar satu peraturan kontrak utk

mendapatkan gaji tetapi merupakan satu ~ dgn sebuah entiti yg

besar;

mengidentifikasikan 1. mengenal pasti, menentukan identiti:

masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana

boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan

mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel

tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn

negeri.

identiti (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau

sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau

mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan

peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka,

maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan

warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian

memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru;

beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya;

beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg

~ diri kita.

ideograf (idéograf) ideogram.

ideogram (idéogram) 1. tanda atau lambang yg memperlihatkan konsep,

idea, dsb; 2. lambang yg digunakan dlm sistem tulisan yg mewakili

satu konsep spt dlm tulisan Cina dan Jepun.

ideologi (idéologi) faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk

dasar pemerintahan dll: demokrasi ialah satu ~ yg diagung-

agungkan oleh orang-orang yg bertamadun;

berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya;

berideologikan menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi:

sistem politik yg ~ nasionalisme.

idil (Sas) puisi atau prosa yg menggambarkan suasana kehidupan yg

aman, damai atau tenteram, terutamanya di desa: puisi ~.

idiofon (Lin) bunyi bahasa yg khusus bagi sesuatu idiolek.

idiolek (idiolék) (Lin) variasi bahasa seseorang individu: walaupun

seorang penutur bahasa Melayu itu mempunyai dialek dan ~nya

sendiri, bahasa Melayu baku mestilah digunakan dlm situasi

formal.

idiom bp simpulan bahasa.

idiomatik 1. berupa, mempunyai atau penuh dgn kiasan: sebuah

ungkapan yg ~; 2. mengikut jalan bahasa (loghat dsb) tertentu:

mereka bercakap dlm bahasa Sepanyol yg lancar dan ~.

idiopati (Ubat) penyakit atau masalah kesihatan yg puncanya tidak

diketahui.

idiosinkrasi cara berfikir dan berkelakuan yg aneh pd diri seseorang:

mungkin manifestasi itu merupakan ~ seseorang individu.

idiosinkratik bersifat idiosinkrasi: tumpuan Moore yg ~ dan tidak

bercorak duniawi.

idola orang yg sangat diminati (dikagumi dsb), mis tokoh politik,

penyanyi, bintang filem dsb;

mengidolakan meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu

dgn keterlaluan, memuja-muja: bahkan dia ~ peninju itu sama spt

bintang bola sepak yg diminatinya.

iffah Ar pengekangan hawa nafsu: orang yg termasuk dlm golongan ~

ialah orang yg sempurna kelakuannya.

ifrit Ar satu golongan jin yg jahat, afrit: kelakuannya macam ~.

iftar Ar berbuka puasa.

iftirasy Ar = duduk ~ duduk (dlm solat) dgn telapak kaki kiri dijadikan

alas utk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dgn jari-

jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud

dan duduk membaca tahiyat awal).

iftitah Ar pembukaan (permulaan): doa ~ doa yg sunat dibaca selepas

takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dlm

sembahyang).

iga Jw tulang rusuk.

igal I; mengigal 1. menegakkan dan mengembangkan bulu ekor (spt

burung merak, ayam belanda): berkokok mendung, merak ~, fajar

sedang menyinsing naik; 2. menari dgn menunjukkan rupa yg

gagah: ada yg ~, ada yg menari;

spt merak ~ di tengah hutan prb menunjukkan lagak (pandai dll)

bukan pd tempatnya.

igal II Ar sj ikatan yg dipakai di kepala oleh orang laki-laki Arab (diikat

di atas kain penutup kepala supaya tidak jatuh): dia memakai ~ yg

dibelinya di Mekah.

igap Kl, igat Tr tangkap; rigap, rigat.

igau I; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang

tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu

hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan,

merepek;

mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut

sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam;

terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi

gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~

kepadanya;

igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia

terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan;

igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi

masih lagi mengantuk;

pengigau (orang yg) selalu mengigau.

igau II Mn huru-hara, gempar, kekacauan;

terigau terkejut oleh sesuatu;

igau-igauan riuh-rendah, heboh kerana ramai orang.

iglu rumah orang Eskimo yg berbentuk spt kubah (dibuat drpd ketul-

ketul besar air batu atau salji keras).

igneus (ignéus); batu ~ batu yg terbentuk drpd magma atau lahar yg

memejal di permukaan atau di bawah permukaan bumi: batu di

Asia Tenggara terdiri drpd tiga jenis yg utama: batu mendak, batu

~, dan batu jelmaan.

I'gris kep Inggeris.

igu Kl bahagian tenggala yg diletakkan di tengkuk lembu (kerbau).

iguana sj binatang yg menyerupai sumpah-sumpah tetapi lebih besar,

drpd genus Iguana, yg mempunyai sirip spt duri di belakang

badan, hidup di pokok, dan biasanya terdapat di bahagian tropika

Amerika.

ihram Ar 1. keadaan seseorang yg telah berniat mengerjakan haji atau

umrah (atau kedua-duanya sekali) yg pd ketika itu diharamkan

baginya melakukan perbuatan tertentu spt memakai pakaian

berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup

muka (bagi perempuan), dan bersetubuh; 2. pakaian ihram: selepas

memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-

Haram; pakaian ~ pakaian khusus yg digunakan pd masa

mengerjakan haji dan umrah.

ihsan Ar 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu

berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan,

kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd

seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin:

gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

keihsanan sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka

tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran

akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas

darah dan dagingnya.

ihsanat Ar (jamak bagi ihsan) kebaikan, kebajikan.

ihtifal Ar perjumpaan besar (utk merayakan ulang tahun sekolah dll),

perayaan: sekolah Arab kita akan mengadakan ~ pd akhir bulan

ini.

ihtikar Ar membeli semua sekali sesuatu barang supaya dapat dijual dgn

harga yg tinggi (pd masa yg lain).

ihtilam Ar terkeluar mani waktu tidur (kerana mimpi dll).

ihtimal Ar; mengihtimalkan menyuruh membawa (barang, surat,

perintah, dll) kpd.

IINA akronim bagi International Islamic News Agency (Agensi Berita

Islam Antarabangsa).

ijab Ar 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~

kabul = ~ nikah pernikahan;

mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll).

ijabat Ar perihal meluluskan (doa dll), kabul, lulus.

ijab kabul pernikahan;

berijab kabul bernikah;

mengijabkabulkan menikahkan;

terijab kabul telah diijabkabulkan.

ijajil syaitan.

ijarah Ar upah, gaji hari, sewa.

ijas Ar sj pokok dan buah di negeri Arab.

ijazah 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat

sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda

tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat

menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen;

~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg

tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian

kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap

pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang;

berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita

sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi;

pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan

memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum.

ijmak Ar 1. sumber ketiga dlm perundangan Islam selepas al-Quran dan

hadis: kadi-kadi menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan

Quran, hadis, ~ dan kias; 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para

ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum;

mengijmakkan mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu

hukum melalui ijtihad: Majlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum

bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia.

ijmal Ar rumusan;

mengijmalkan merumuskan.

IJN kep Institut Jantung Negara.

ijo Jw hijau;

mengijo membeli padi pd masa belum masak (belum dituai);

ngijo, ngijon.

ijon Jw pembelian padi pd masa belum masak (belum dituai).

ijtihad Ar 1. usaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui

kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg sah

(dlm kaitannya dgn agama Islam); 2. pendapat, tafsiran, maksud:

mereka bertanya kpd Rasulullah adakah tawaran itu datangnya

drpd wahyu Tuhan ataupun hanya suatu fikiran atau ~ Rasulullah

sendiri;

berijtihad 1. melakukan ijtihad; 2. mengkaji dan memberi tafsiran

mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira: aku ~ dgn fikiran;

pengijtihad orang yg berijtihad, mujtahid.

ijtimak Ar perhimpunan: dlm ~ ulama itu, dikemukakan usul supaya

suatu lembaga ulama diadakan utk menasihati pemerintah

berhubung dgn masalah agama.

ijuk sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat

tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat

(dipintal) drpd ijuk;

~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb Mn pencarian yg

tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm

~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap

pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk

penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb Mn

seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg

dimalui (ditakuti) orang;

mengijuk macam ijuk (bkn misai);

terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu.

ikab Ar hukuman, seksa.

ikal berkelok-kelok atau berombak-ombak (bkn rambut): rambutnya ~,

lebat dan hitam; ~ mayang spt mayang mengurai;

mengikal menjadi ikal;

mengikalkan menjadikan ikal.

ikan sj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang

belakang);

~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~

asap ikan yg diasinkan dan dipanggang ~ asin = ~ masin ikan yg

dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah

ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki

laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~

cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg

dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl ki

orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-

mengena dengannya; ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan

biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan

yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga =

~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan

yg dikeringkan di atas api;

~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak

bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai);

~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu

hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang

percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb

biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi

suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat

barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut,

lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk

mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan

diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~

seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala

tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis

diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada

negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~

besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang

besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati

dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring

bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau

berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan

dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat

menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg

telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula;

terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg

bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu)

seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan

batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas

marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb

seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat;

walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm

pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada

kalanya silap juga;

berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan;

pergi ~ pergi mencari ikan;

perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan;

pengikan Mn suka makan ikan.

ikan-ikan alat utk mengukur kederasan kapal.

ikat 1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat,

menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~

pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2.

bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu

benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~

belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu

api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~

perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin

jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan

bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk

perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai;

~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak

mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb

bersatu padu dlm segala hal;

berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~

emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~

(British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai

pd 8 Disember 1941;

mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota

(dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd

bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb,

membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas:

bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu

diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh

kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu,

membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~

kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun

sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~

perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi

berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu

akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali

leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk

mengenakan pemulauan ekonomi;

~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi

jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga

dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik

hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali)

pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana

susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta

tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati;

mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan

(dgn), menambatkan;

terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai

halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh:

orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah

ditetapkan;

ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg

telah diikat; 3. sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,

kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4. susunan (rangkaian,

hubungan) kata-kata dsb: ~ ayatnya terang hingga mudah

difahami; 5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas

membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd

dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan

kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya

tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg

terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus

atom);

~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara

perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan

kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat

elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg

terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan

elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua

atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen

daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub)

dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg

terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm

sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan

kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu

drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom

apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk

pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur

logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi

dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di

antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan

amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua

struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara

dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron;

keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur

dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod

hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat

kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan;

perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan:

beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hendak

menubuhkan sebuah ~;

pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) 1.

proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan

bernitrogen(spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt

Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; 2. proses pernukaran

nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat;

pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan

itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3.

sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan,

kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~

kasih.

ikebana (ikébana) seni gubahan bunga Jepun.

ikhbar Ar memberitahukan, mengkhabarkan.

ikhfak Ar bunyi nun mati (sukun) atau tanwin yg didengungkan

sepanjang dua harakat ketika bertemu dgn salah satu drpd huruf ta,

sa, jim, dal, zal, zai, sin, syin, sad, dad, ta (tO), za, fa, kaf, qaf.

ikhlas Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia

menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn

suci hati; tulus ~ sangat jujur;

mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~

baki hutangnya;

keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga

~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.

ikhtiar Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik:

apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah

kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-

apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah

dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~

mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb

usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil

atau tidaknya terserahlah kpd nasib);

berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah

masanya kita ~ membantu dia;

mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya

upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2.

memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja,

diterima tidaknya terserahlah kpd mereka.

ikhtiari Ar dgn pilihan yg terbaik utk diri sendiri.

ikhtilaf Ar perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara, selisih, beza:

masih ada ~ ulama dlm perkara itu.

ikhtisar Ar ringkasan, isi ringkas (cerita dll), sinopsis: majalah itu

memuatkan ~ beberapa cerita pendek yg tersiar dlm akhbar-

akhbar tempatan;

mengikhtisarkan meringkaskan, memberikan isi ringkas (cerita

dll).

ikhtisas 1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan

memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2.

berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan

pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau

kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran

perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk

pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan;

mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu

masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum

Malaysia.

ikhwan Ar saudara, orang-orang yg (dianggap) bersaudara; Lim I~ Lim

Adik-Beradik;

seikhwan sepersaudaraan, sekaum, sebangsa; akhwan.

IKIM akronim bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia.

iklan pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio,

dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-

ribu ringgit sebulan utk ~;

beriklan mempunyai iklan: halaman ~;

mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan,

memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar,

majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar;

periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak

kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut

memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg

bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai;

pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~

keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa;

pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan

sesuatu.

iklaneka (iklanéka) iklan yg berbagai-bagai jenis: ~ Berita Harian.

iklim 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu

tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~

dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan)

berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak

terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~

politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-

negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk

pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi

mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan.

beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin);

keikliman perihal iklim.

IKM kep Institut Kemahiran MARA.

ikon 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm

konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia

magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg

dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik

pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi

menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi.

ikonik bkn ikon, mempunyai sifat atau menyerupai sesuatu ikon, gambar,

dsb.

ikonografi lambang-lambang seni yg digambarkan melalui lukisan,

ukiran arca, dsb.

ikonoklasme gerakan utk memusnahkan berhala dan patung.

ikosahedron (ikosahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai 20 permukaan

tiga segi sama sisi yg rata.

ikrab Ar 1. (bkn sahabat) yg rapat benar, karib, akrab: beberapa orang

sahabatnya yg ~ telah datang melawatnya di rumah sakit; 2. erat

hubungannya (pertaliannya), berhubungan (berkaitan) rapat:

pendekatan moral memang ~ dgn pendekatan keagamaan;

mengikrabkan menjadikan ikrab, mengaribkan, mengakrabkan: ~

persahabatan antara kedua-duanya;

keikraban perihal ikrab, kekariban, keakraban.

ikrab (i’rab) Ar kegelinciran bunyi pd akhir perkataan, menurut nahu

bahasa Arab, mis Muhammadan, Muhammadin, Muhammadun.

ikram Ar penghormatan.

IKRAM akronim bagi Institut Kerja Raya Malaysia.

ikrar Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh,

biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan

tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang

kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh;

mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta

rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2.

mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat

perjanjian itu; 3. menetapkan niat;

pengikraran perbuatan mengikrarkan;

pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau

mengikrarkan sesuatu.

IKS kep Industri Kecil dan Sederhana.

iktibar Ar pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil

pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran

(contoh, ibarat).

iktidal Ar. 1. lurus, sama tengah, sebanding, seimbang; 2. berdiri tegak

(lurus) selepas rukuk (ketika sembahyang).

iktikad Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn

Rukun Iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya;

agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir,

bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn

maksud yg baik;

beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm

hati, percaya benar-benar; yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu

ada;

mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal

mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan,

kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa

jalan itulah yg hak dan benar.

iktikaf Ar perbuatan duduk (berhenti) di dlm masjid dgn niat bermunajat

kpd Allah;

beriktikaf melakukan (mengerjakan) iktikaf: di sana juga, aku ~

di Masjid Damsyik.

iktiraf; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~

kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu

usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan

sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta

memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan

menghargai;

pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb

sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan

diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal

menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan

penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian,

dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan.

iktisab Ar usaha utk mendapatkan untung yg halal.

iktisad Ar ekonomi, perekonomian: kerajaan sedang berusaha hendak

memajukan ~ penduduk luar bandar; ahli ~ ahli ekonomi.

ikut 1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia

tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan

kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~

apa?;

~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko)

(bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~

masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka

ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang

(tidak berani membantah);

~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut

hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di

awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila

menjalankan sesuatu perintah;

ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut

campur;

ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain,

tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga

sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan;

berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn

berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di

bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg

mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut

akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn:

meja itu dijual ~ kerusinya;

berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka

bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian;

berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia

meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~

pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu

menjadi sunyi sepi ~ mogok;

mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring,

menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat

burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi:

kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini

ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun;

3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn

mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar

penduduk negeri itu ~ Mazhab Shafii; 4. melalui (jalan dll): orang

kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan

perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5.

menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala

1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya

keluar teratur ~ irama muzik;

~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg

dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk;

bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat

diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat);

mengikut-ngikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar

kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang

lain;

mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi

atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960

diikuti oleh sidang di K.L tahun 1961; 2. turut sbg yg telah

dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya:

inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm

pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka

mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca,

melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~

perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya

meninggalkan rumah;

mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan,

menyaingkan;

memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu

diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura;

terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana

terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur

bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain;

ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd

pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala

perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg

mengikut;

pengikut 1. penganut: ~ agama Budhha tidak berapa ramai di

negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati

tertembak.

ikut serta turut bersama-sama dgn orang atau pihak lain melibatkan diri

dlm sesuatu (kegiatan, seminar dll): ramai orang yg menunjukkan

minat utk ~ dlm perbincangan itu;

mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan bersama (dlm

sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll)

turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn

pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama

penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm 'Wajah';

pengikutsertaan perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau

mengikutsertakan: ~ staf dlm seminar, bengkel, dsb.

IKWAM akronim bagi Institut Kemajuan Wanita Malaysia.

Ilah Ar Tuhan yg disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-

Nya, Allah.

Ilahi Ar 1. Allah: takdir ~; 2. = ya ~ ya Tuhanku.

ilahiah, ilahiat Ar ketuhanan.

ilai; mengilai-ilai ketawa dgn kuat dan nyaring bunyinya: orang tua itu

hairan mendengar suara orang ~ dr dlm bilik itu.

ilak Mn ukuran bagi menentukan lebar kain yg akan ditenun; bagai ~

bercerai dgn benang prb Mn bercerai utk selama-lamanya (tidak

akan bertemu lagi).

ilam-ilam kadang-kadang nampak kadang-kadang tidak, tidak jelas

kelihatan (kerana jauh, dilindungi oleh sesuatu, dll), berbalam,

balam-balam.

ilas; mengilas Jk memijak-mijak (supaya hancur dll).

ilat Ar 1. sebab yg mengakibatkan sesuatu (kecelakaan, kemalangan,

kerugian dsb); 2. tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota

badan (kerana kemalangan dll).

ileitis (iléitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil.

ileokolitis (iléokolitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil dan

usus besar.

iler Jw air liur;

mengiler 1. mengeluarkan air liur; 2. ki terliur, ingin benar (pd

benda-benda makanan).

ileum (iléum) (Bio) bahagian bawah usus kecil.

ilham Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa

mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti

dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan

hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau

mencapai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~

utk mencipta buku ini;

berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg

dikemukakan oleh Einstein;

mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati:

aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara;

mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati:

rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya;

Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut;

pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~

cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai

dan makna diri kpd pelajar.

ili; mengili Jk berpindah ke tempat yg aman, berhijrah, mengungsi.

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik:

penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang;

keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

ilmiawan bp ilmuwan.

ilmu 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~

akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati;

~ kalam salah satu cabang usuludin; mencari ~ berusaha utk

mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2.

kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang

perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri

kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks

agama Islam);

~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau

makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~

kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia;

berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~

dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah;

mengilmukan 1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu:

bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan

individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat,

terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat;

keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya

tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu

akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan

~;

pengilmuan perbuatan mengilmukan.

ilmuwan golongan (para) akademik, orang yg berilmu.

ILO kep International Labour Organization (Pertubuhan Buruh

Antarabangsa).

iltizam Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh

tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha

pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah

disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa

persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu

pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah

satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca.

ilu ark memilukan hati.

ilusi tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya

sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~

sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan

dimanfaatkan.

ilusif bkn sesuatu (idea, objek, dll) yg bersifat khayalan.

ilustrasi gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu

(dlm buku, majalah, dll);

berilustrasi mengandungi ilustrasi: kamus ~;

mengilustrasi membuat (menyediakan) ilustrasi utk: tugasnya ~

buku itu;

mengilustrasikan menerangkan sesuatu maklumat dgn

memberikan ilustrasi: model-model ini boleh diilustrasikan dlm

gambar rajah ini; beliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan

masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja;

pengilustrasian perbuatan mengilustrasi: buku tersebut telah

mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yg boleh

dipertanggungjawabkan;

pengilustrasi orang yg membuat ilustrasi: tujuan dan arah

sesebuah kartun itu terletak pd ~ itu sendiri.

ilustrator orang yg membuat ilustrasi.

imaginasi daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu)

dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada

pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya

berdasarkan ~nya sahaja;

mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran,

membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal

kekasihnya.

imaginatif 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa

betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari

jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd

imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya

kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri

kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-

unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang

penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~;

pembaharuan ~ dlm organisasi sosial.

imago (Bio) serangga dewasa sesudah peringkat metamorfosis.

imak Mn; mengimak, mengimak-imak meniru bunyi (perbuatan dll),

mengajuk.

imalat Ar merangkaikan dua huruf bagi dua kata atau lebih dlm satu

ucapan, mis insya-Allah menjadi insyallah.

imam Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu,

kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2.

pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur

empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Shafii,

Hanafi, Hambali, dan Maliki);

~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir

zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman

raja negeri Yaman;

berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~

sembahyang dgn mengikut imam;

berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu

sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf;

2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin,

ketua);

mengimami memimpin (dlm masa sembahyang);

mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak

menjemput lebai ~ sembahyang jenazah;

keimaman kedudukan (jawatan dll) imam.

imamat Ar kepemimpinan.

iman Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan

dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya,

kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin:

walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak

bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh

atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam;

beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah,

berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana

kita ini semua hamba-Nya;

berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis

yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad;

mengimani yakin dan percaya pd;

keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu

sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.

imani Ar mengenai iman.

imarah; mengimarahkan menggerakkan atau menghidupkan suasana di

masjid atau surau dgn pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya

berbentuk keagamaan: usaha ~ masjid perlu dilaksanakan oleh

pelbagai pihak, termasuklah generasi muda; mereka tidak harus

dipencilkan dlm usaha ~ masjid dan syiar Islam.

imbal I 1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah,

tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama

panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll),

tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~;

mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb),

menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat

sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~;

mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget,

dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat

sebelah, tidak adil, dsb);

pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan,

penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah,

tidak adil dsb;

pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu.

imbal II; imbalan bayaran (upah) utk membalas jasa orang, ganjaran,

honorarium: sbg ~, akan kunyanyikan untukmu;

mengimbalkan memberikan imbalan kpd seseorang.

imbang I timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan

melicinkan perjalanan enjin;

seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah

itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg

berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2.

setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai,

cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang

tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~

makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh;

berseimbang setimbang, sepadan, sebanding;

berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain);

menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik,

dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan

berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi;

keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di

negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di

negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata

pelajaran sastera dan sains;

ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~

pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal

pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka

bumi ini;

perseimbangan perihal berseimbang;

berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak,

berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr

Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2.

= berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan

(dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn

perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg

dibuatnya;

mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~

pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas

bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi,

cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan;

mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya

berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat

meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan

rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira;

imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik

berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2.

bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera

kuasa-kuasa dunia;

imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya,

pandainya, banyaknya, dll);

keimbangan keadaan berimbang;

perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak,

dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg

dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar;

pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau

mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau

tidak kira-kira kita;

pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk

mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm

enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur.

imbang II bimbang, ragu-ragu;

mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan;

imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~.

imbas 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali

~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya

sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg

kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan

(desakan);

seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang;

imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~

rupa ayahnya;

mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu,

mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang

imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus

elektrik;

imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg

cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg

diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan

berfikir, dll);

pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh,

sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran.

imbas kembali bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan

semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan

teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri;

mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali

dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang.

imbau; mengimbau Mn memanggil, menyeru (nama), menjemput

(datang): azan Maghrib ~ dr masjid; diimbau berbunyi, dilihat

bersua prb Mn apa yg dikatakannya adalah betul (boleh diuji

kebenarannya);

terimbau terpanggil; ~ pd orang yg akan datang, tersusun pd

orang yg akan pergi prb Mn menyuruh seseorang membuat

sesuatu pekerjaan yg disukainya;

imbauan panggilan, seruan: orang kampung itu keluar beramai-

ramai apabila terdengar ~ yg terus-menerus.

imbuh tambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya

sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu

diberikannya pula ~ segantang;

mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi

imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan);

imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi

menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin)

penambah (awalan, akhiran, dan sisipan);

berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za'ba

membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum.

imej (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di

tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan

tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau

sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan

orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah

baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka

bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau

asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi:

Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu

sbg ~ di dlm sajak-sajaknya;

imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm

sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan;

pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt

gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih

di atas teleskop tersebut.

IMF kep International Monetary Fund (Tabung Kewangan

Antarabangsa).

imigran orang yg masuk ke negeri asing utk menetap.

imigrasi perihal masuk ke negeri asing utk menetap;

berimigrasi berpindah (datang) ke negara asing utk menetap:

negara luar yg menerima pelajar yg ~ tidak mengenakan syarat yg

ketat.

imigresen (imigrésén) = pejabat ~ pejabat yg mengurus hal-hal

kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport utk warga negara

dsb.

iming Jw; mengiming-iming menunjuk-nunjukkan sesuatu dgn tujuan

hendak memujuk (memikat hati dll).

imitasi IB tiruan: sutera ~.

imitatif bersifat meniru: haiwan merupakan makhluk yg paling ~ di

dunia ini, yg belajar melalui imitasi.

imkan Ar; mengimkan memungkinkan.

imlak Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh

orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh

orang lain, rencana;

mengimlakkan menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang

lain, merencanakan.

imlek (imlék) Id, C penanggalan; tahun baru ~ Tahun Baru Cina.

impak kesan yg ketara, dampak: karyanya mempunyai ~ besar terhadap

sufisme dan akidah Muslim; beliau mematah-matahkan kalimatnya

utk memberikan ~ kpd sajaknya.

impala sj antelop sederhana besar, yg terdapat di Afrika dan berupaya

melompat sangat jauh dan tinggi, Aepyceros melampus.

impas Jk lunas, jelas, selesai dibayar (hutang): dia senang hati kerana

hutangnya telah ~;

mengimpas, mengimpaskan melunaskan, menjelaskan,

membayar (hutang).

impasto (S.Lukis) teknik penggunaan cat yg tebal pd lukisan.

impedans (impédans) (Fiz) rintangan litar elektrik terhadap pengaliran

arus ulang-alik.

imperatif (impératif) 1. mesti dipatuhi, penting, memerlukan perhatian

segera: kegiatan ini sahih dan ~; 2. (Lin) bentuk kata kerja atau

ayat yg membawa maksud suruhan, silaan, permintaan, atau

larangan.

imperialis (impérialis) pihak (orang, negara dsb) yg mengamalkan faham

imperialisme: perasaan benci kpd ~ meluap-luap di dada pejuang-

pejuang kemerdekaan itu.

imperialisme (impérialisme) dasar atau tindakan sesebuah negara

menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-

negara lain.

imperialistik (impérialistik) bkn imperialisme.

impersonal tidak dipengaruhi atau melibatkan perasaan peribadi, tidak

merujuk orang tertentu.

impetigo (impétigo) (Ubat) sj penyakit kulit yg teruk dan mudah

berjangkit yg dicirikan dgn nanah dan keruping disebabkan oleh

jangkitan bakteria.

impi; mengimpi bermimpi;

mengimpikan mengidamkan, mengharapkan sangat, mengangan-

angankan: apa yg kuimpikan selama ini sekarang menjadi suatu

kenyataan;

impian yg diimpikan, angan-angan, khayalan: berkahwin dgn

gadis ~nya; mimpi.

implan (Ubat) sesuatu (bahan, tisu dsb) yg dimasukkan, ditanam atau

ditempelkan ke dlm tubuh melalui pembedahan: salah satu cara

moden utk merawat masalah pekak yg serius adalah dgn

memasukkan ~ koklea ke dlm bahagian koklea.

implementasi (impléméntasi) proses melaksanakan (mengusahakan)

sesuatu, pelaksanaan;

mengimplementasikan melaksanakan, menjalankan, menunaikan

(tugas, usaha, dll): utk ~ projek-projek yg telah lama

dirancangkan.

implikasi 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yg disindirkan atau

dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~

kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita

tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak

mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan

dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan

ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas;

berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta

dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi;

mengimplikasi membuat implikasi;

mengimplikasikan membayangkan: adakah peristiwa ini ~

bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk

kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh?

implisit (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan,

tersirat: hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan

nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit;

mengimplisitkan menjadikan implisit: itulah harapannya yg

diimplisitkan dlm karyanya.

import 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport;

2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~;

mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr

luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma;

2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing:

selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara

bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi;

pengimportan perihal (perbuatan) mengimport: menggalakkan ~

bahan makanan;

pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport.

importir Id pengimport.

impotens (Ubat) mati pucuk.

impregnasi (imprégnasi) (Ubat) 1. proses menghamilkan manusia atau

membuntingkan haiwan; 2. proses menepukan sesuatu tisu,

biasanya dgn pewarna.

impresario (imprésario) penganjur (pengurus, penerbit, pengarah, dsb)

kumpulan hiburan, spt muzik, sandiwara, konsert, dsb.

impresif (imprésif) menerbitkan (menimbulkan) kesan yg kuat dan

mendalam (ke atas seseorang dll): profesionalisme di dlm

penerbitan mesti ~ kerana kalau tidak ~ akan meninggalkan kesan

yg sebaliknya.

impresionis (imprésionis) pengikut aliran impresionisme.

impresionisme (imprésionisme) teknik atau gaya dlm sastera, lukisan,

atau muzik yg menyatakan perasaan dgn cara yg kabur dan bukan

dgn perincian yg realistik.

impresionistik (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan

fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb):

acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam.

imprimatura (S.Lukis) warna nipis sbg lapisan pertama pd latar lukisan.

improvisasi 1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu

tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan

bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~,

memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah

sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan

tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan

bahan-bahan yg ada sahaja;

mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan

kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd

kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang;

2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain,

membaca dsb, menggubah tanpa persediaan.

impuls 1. perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa

memikirkan padahnya), dorongan perasaan yg mendadak; 2. (Bio)

gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf (apabila

saraf terangsang).

impulsif bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati: tindakan

dilakukan secara terpaksa dan ~.

IMR kep Institute of Medical Research (Institut Penyelidikan Perubatan).

imsak Ar 1. menahan diri drpd makan dan minum mulai terbit fajar

hingga terbenam matahari dlm bulan Ramadan: masih wajib ~

walaupun puasanya telah batal; 2. (waktu) mulai berpuasa, iaitu

selepas waktu sahur: tiap-tiap petang dlm bulan puasa, Televisyen

Malaysia menyiarkan waktu berbuka puasa dan waktu ~.

imun (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu

penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~

terhadap rubela;

mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu

penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn

vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar;

keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu

penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~

terhadap polio;

pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang

drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~

orang ramai terhadap virus hepatitis B.

imunisasi perihal atau perbuatan mendapatkan atau memberikan

perlindungan drpd penyakit tertentu menerusi suntikan: wanita dlm

lingkungan umur 15 hingga 44 tahun diseru mendapatkan ~ ini.

imuniti 1. keimunan: beberapa hari sebelum badan pesakit membentuk ~

secukupnya utk melawan jangkitan; 2. perihal boleh dilindungi

atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan, kekebalan.

imunogen (Ubat) bahan yg mencetuskan gerak balas imun.

imunologi cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pelalian atau daya

tahan terhadap penyakit.

imunoterapi (imunotérapi) (Ubat) perawatan atau pencegahan penyakit

dgn bahan atau antibodi yg merangsang gerak balas imun.

in kep inci.

In simbol kimia bagi indium.

in personam (Latin) (Udg) ditujukan kpd orang tertentu.

ina ark emak, ibu.

inai 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan

pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj

tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium

malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii;

~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda

utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan

digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek

~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari

piring;

~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya

tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb

persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki

tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb

mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan;

berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai,

memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat

orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari

perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek

inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja;

menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan

diinai oleh keluarganya sendiri.

inang perempuan yg menjaga (memandikan dll) anak tuannya (biasanya

anak raja-raja atau anak orang besar-besar): baginda telah memilih

beberapa orang perempuan yg muda-muda utk menjadi ~ kpd

anakanda baginda itu;

~ pengasuh perempuan yg menjaga dan mengasuh (kadang-kadang

menjadi teman puteri raja bermain-main); mak ~ panggilan yg

agak hormat kpd inang yg telah berumur; penghulu ~ sl pegawai

istana (perempuan) yg mengurus hal-hal istana; tarian ~ sj tarian

tradisional Melayu;

menginang menjadi inang (menjaga anak dll).

inang-inang sj makanan (kuih) yg dibuat drpd beras pulut yg dikukus

dan dikeringkan sebelum digoreng, ginang-ginang.

inangda inang bagi anak raja.

inap; menginap menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll),

bermalam;

penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka

telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk

bermalam; tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd

anak-anak kapal itu;

penginap orang yg menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel,

dsb).

inas I; pekung ~ sj bisul pd tengkuk.

inas II Kl bahagian tengah drpd kisaran (padi dll).

inayat Ar pertolongan, bantuan, pemberian (biasanya drpd Tuhan): dgn ~

Tuhan, dia pun mendapat pekerjaan menjadi pembantu kpd

seorang jurutulis.

inca; ~-binca ark kacau-bilau, tidak tentu hala.

incang; ~-incut 1. tidak lurus, bengkang-bengkok: kerana dia baru

belajar menggunakan mesin jahit, jahitannya ~-incut dan tidak

senonoh rupanya; 2. tempang (kerana tidak sama panjang kaki pd

kerusi, meja, dll).

incar I sj gerudi, jara.

incar II; mengincar 1. melihat dgn memejamkan sebelah mata,

membidik: ia pandai menembak dgn tidak ~; 2. ki memerhatikan

dgn maksud jahat (hendak mencuri dll): matanya liar ~ kalau-

kalau ada orang yg memerhatikan perbuatannya itu.

incer Jk incar II.

inci I ukuran panjang yg bersamaan dgn 1/12 kaki atau 2.54 sentimeter:

paku itu panjangnya empat ~.

inci II benda yg dipakai utk memerahkan bibir, gincu: kata orang-orang

bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya

gincu atau ~.

incil sl sj pin yg berkepalakan batu permata;

berincil-incil penuh dgn incil: baginda memakai kamar perbuatan

jawa ~ berpermata merah.

incim C ark emak, ibu.

incit sl nyah!, pergi!;

mengincitkan mengenyahkan, menghalau, mengusir: maka Raja

Muda Perempuan diincitkan oleh Bendahara;

terincit terhalau, terusir.

incung sj tumbuhan (pokok), jebat musang, mahang putih, Macaranga

tanaria; ~ perlis sj tumbuhan (pokok), Berrya cordiflora.

incut tempang, tidak lurus, bengkok: sangkar burung itu ~ kerana

tiangnya pendek satu; incang-~ bengkang-bengkok;

terincut-incut berjalan tempang (kerana sakit tapak kaki atau kaki

pendek sebelah).

indah cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat

beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~

khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya

dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya);

mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik

itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu;

memperindah menambah keindahan (kecantikan), memperelok,

menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot

sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik

dapat ~ karya itu;

keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang

menikmati ~ alam;

pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan

indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan

dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun

rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi

penghuninya.

indak Mn tidak.

indang I; mengindang Mn menampi (beras, padi, dll) dgn nyiru: sambil

~ beras itu, dia memperhatikan orang yg lalu di hadapan

rumahnya;

diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu prb Mn jika

mencari menantu hendaklah diusul periksa betul-betul supaya tidak

ada celanya; tidak terindang dedak, berbiak lagi prb Mn tidak

berdaya (bertenaga, berkuasa) lagi.

indang II Jw pertapa perempuan.

indarus Mn ayam sabungan yg kalah, luka atau mati (menjadi

kepunyaan pihak yg menang);

telah jadi ~ prb Mn kalah dlm permainan (terutama permainan

judi).

indayang Mn pelepah nyiur.

indekos IB bp tinggal (menumpang) di tempat orang dan makan di situ;

mengindekoskan menumpangkan (utk tinggal dan makan).

indeks (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor

halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian

akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg

disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat,

katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg

petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan

sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu

masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas;

~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter

yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg

menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga

(Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh

berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun

asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan

perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk

penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar

inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg

komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor

industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~

kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg

tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat

insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~

komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat

berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg

menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit

BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd

kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara

(Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg

memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~

perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat

yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg

menggambarkan prestasi harga sektor ini;

mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk

indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering

digunakan;

pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks:

perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan

koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan,

selain perkongsian maklumat.

indemniti (indémniti) (Eko) pemulihan kpd mangsa kerugian melalui

bayaran tunai, pembaikan atau penggantian.

inden Id paksi, poros.

inden (indén) I (Eko) pesanan pembelian barang secara rasmi;

inden (indén) II (Cetak) ruang kosong pd baris pertama cetakan atau

tulisan;

menginden memulakan barisan teks beberapa kedudukan aksara

ke dalam, dr jidar kiri atau kanan halaman.

indentur (indéntur) (Eko) perjanjian antara penerbit bon dgn pemegang

bon, yg mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon.

indera 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut

kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi

martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd

sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa,

cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja;

Pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah

pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri

Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato' Maharaja I~

gelaran orang besar-besar negeri Perak;

keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah,

maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~.

Indera Kayangan panggilan bagi negeri Perlis.

inderalaksana sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya menghasilkan sj

perekat), bunga Siam, pokok lasana, Acacia farnesiana.

inderaloka sl tempat Bentara Indera, syurga.

inderawasih cenderawasih.

inderia Id alat perasa (pelihatan, pendengaran, penciuman, dll), deria.

India bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr benua India.

indigo (Kim) sj bahan pewarna biru yg diperoleh drpd penapaian

tumbuhan Indigofera, nila.

indik; mengindik 1. menekan ke bawah, memijak, menindih: dia duduk

sambil ~ belakang kawannya yg telah rebah; 2. datang dekat dgn

merangkak, berjalan membongkok-bongkok.

inding; menginding 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk

mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar

sesuatu (rahsia dll): ~ orang makan; 2. mengecek, meminta-minta

(bkn kanak-kanak): budak itu sedang ~ kuih adiknya.

indium sj unsur logam yg mulur dan beracun.

individu orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila

dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa

besar pengaruh buku ke atas seseorang ~;

keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia

tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan

~nya.

individual individu;

keindividualan sifat (keperibadian dsb) individu atau orang

perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga

mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di

sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk

sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki.

individualis 1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan

kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm

tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya,

dll).

individualisme prinsip atau tindakan yg menekankan kebebasan atau

sifat-sifat individu seseorang: suasana dlm sejarah moraliti Barat

melahirkan pemberontakan indivudal yg akhirnya melahirkan

aliran ~.

individualistik bersikap dsb sbg individualis (tidak dikuasai atau

dikongkong oleh golongan atau pihak lain), bersifat individu,

berasaskan atau berpegang pd individualisme: sejarah tetap

memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih ~; keuniversalan ~

dikaji bersama-sama dgn keindividualan.

individualiti keadaan (ciri-ciri) khusus yg membezakan seseorang

(sesuatu) drpd yg lain, keindividualan.

indo IB peranakan (terutamanya peranakan orang Eropah); Belanda ~

Belanda peranakan.

indoktrinasi perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin

(fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan

manusia;

mengindoktrinasikan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman,

ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia:

drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau

ini.

indolen (Ubat) menyebabkan rasa sakit atau rasa nyeri dan membesar

secara perlahan-lahan (bkn tumor, ulser dsb): tumor ~.

indu Mn induk, indung, nenek moyang;

seperinduan sekeluarga, berasal drpd satu induk; induk.

induk Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh

ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg

menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan

itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan;

~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~

bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi)

Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak

bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~

kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg

bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm

akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang

yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah

ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a)

orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di

rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk

dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera

pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang);

berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk:

contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-

Eropah;

perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk,

sekeluarga.

induksi 1. proses penghuraian yg membawa kpd pencapaian sesuatu

kesimpulan hukum drpd fakta atau maklumat yg bersifat khusus; 2.

pengenalan kpd organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dsb) yg baru:

kursus ~.

induktif berkaitan dgn atau menggunakan induksi: keutamaan mestilah

juga diberi kpd penggunaan pendekatan ~ dan pendekatan

deduktif secara betul dan cekap.

induktor (Kej) peranti (gegelung) yg mempunyai sifat aruhan elektrik.

indung ibu, induk (terutamanya pd benda-benda dan binatang);

~ madu sarang lebah yg berisi madu; ~ mutiara siput mutiara.

indusemen (indusemén) IB pembelian barang dgn membayar terlebih

dahulu.

industri perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat,

menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~

yg maju;

~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk

keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg

pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan

jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg

memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna;

mengindustrikan menjadikan berindustri;

perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~

negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya

bergantung pd industri;

pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan

memajukan perusahaan.

industrialis orang yg mengusahakan industri.

industrialisasi pengindustrian: kecekapan teknik dan pengurusan mereka

boleh digunakan utk menjayakan lagi proses ~ negara kita

Malaysia.

industrialisme organisasi atau penyusunan masyarakat yg lebih tertumpu

kpd pembinaan perusahaan pembuatan atau pengilangan secara

besar-besaran (tidak pd perniagaan, pertanian, dll).

inep Jw inap.

inersia (Fiz) sifat jasad yg menyebabkannya berada dlm keadaan rehat

atau, jika bergerak, terus bergerak dlm garis lurus, melainkan jika

diganggu oleh daya luar.

infak Ar pemberian (sumbangan) wang, harta dsb yg dibelanjakan utk

kebajikan, spt derma, sedekah dsb: asrama itu memerlukan ~ drpd

orang ramai utk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi

hariannya;

berinfak memberikan atau mengeluarkan infak: katanya, dia akan

tetap ~ sekadar yg termampu; seseorang yg ~ utk mencari

keredaan Allah;

menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan)

sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya

semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~

semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama.

infantisid (Udg) jenayah membunuh bayi atau anak kecil.

infantri pasukan (tentera) berjalan kaki.

infeksi (inféksi) kena kuman penyakit, dijangkiti oleh penyakit,

jangkitan.

inferens kesimpulan yg dibuat berdasarkan fakta (asas) tertentu.

inferior (inférior) rendah kedudukan (taraf, pangkat, martabat, dsb),

kurang baik mutu atau nilai.

infestasi (inféstasi) (Bio) keadaan apabila manusia atau haiwan

dihinggapi parasit (biasanya pd luar tubuh).

infiltrasi penyusupan yg dilakukan dgn diam-diam, perbuatan memasuki

kawasan musuh dgn beransur-ansur.

infiniti keadaan (masa, ruang) yg tidak ada batasnya: alam ini hanya satu

ruang yg terbentang sehingga ke ~, tiada akhir dan awalannya.

infinitif (Lin) bentuk kata yg tidak dibataskan oleh diri, bilangan atau

kala.

inflamasi (Ubat) radang.

inflasi keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya

kuasa membeli; ~ lampau inflasi yg amat sangat.

infleksi (infléksi) fleksi.

influenza (influénza) demam selesema.

informal tidak formal, tidak mengikut cara dsb yg sudah menjadi

kebiasaan atau yg sudah ditetapkan: mesej yg disampaikan kpd

pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis

memaksa para pembaca menerima mesej tadi.

informan orang yg memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu

perkara, pemberi maklumat.

informasi IB keterangan, maklumat;

berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan

mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan

mewujudkan masyarakat yg ~.

informatif mengandungi (memberikan) maklumat, keterangan, dsb yg

berguna bkn sesuatu: risalah itu sangat ~ dan berguna bagi para

pelajar baru.

INFOTERM akronim bagi International Information Centre for

Terminology (Pusat Maklumat Peristilahan Antarabangsa).

infra- awalan asing bawah, di bawah, mis infrabunyi dan infrasonik.

infrabunyi (Fiz) gelombang bunyi pd frekuensi yg terlalu rendah, iaitu di

bawah 15 Hz, dan tidak dapat didengar oleh telinga manusia.

inframerah (inframérah) = sinaran ~ sinaran elektromagnet yg panjang

gelombangnya terletak antara 730 nm – 1 mm (iaitu antara panjang

gelombang sinaran nampak dgn gelombang radio).

infrasonik (Fiz) berkaitan dgn gelombang bunyi yg frekuensinya di

bawah aras yg dapat didengar oleh manusia.

infrastruktur 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2.

kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan,

pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai

kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan

sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana.

infusi (Ubat) kaedah memasukkan ubat atau cecair (selain darah) ke dlm

tubuh secara terus dan perlahan-lahan ke dlm vena (saluran darah)

utk rawatan.

inga; inga-inga, teringa-inga termangu-mangu (kerana sedih, terkejut,

dll), hilang akal, termenung-menung.

ingar Br, Sr bising.

ingat 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-

ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat);

memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran,

tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum

makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa

lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri

sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri,

pengsan; 4. = ingat-ingat hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia:

kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat,

berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir,

rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera;

~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg

akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah

sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~

sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-

hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di

bawah akan menimpa prb Mn orang yg berkuasa hendaklah

berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di

bawahnya disusahkan atau menentangnya);

seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama

bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah

membantah;

berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat;

beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia

sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa;

mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg

telah dipercakapkan; 2. duli (akan), mengenang: beliau meminta

supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ bagaimana dia akan

mendapat rezeki esok;

mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-

kata cikgu tadi diingatinya kembali;

mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-

kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi

nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas,

dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk

mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan

(menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus

tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung;

memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn

perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari

tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm

buku dll);

memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya

sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka

tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah;

teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~

satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang;

teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm

ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~

mukanya yg sentiasa tersenyum itu;

teringatkan teringat akan;

ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau

tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat

ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari,

dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih

kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada

dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran,

sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri

dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya

satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~

pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang

sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4.

perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm

tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg

menyimpan maklumat;

ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah

membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang

hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa;

peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah

beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~

saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara

besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3.

sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu,

kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~

menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya

singkat sahaja;

pengingatan perihal mengingati (mengingatkan);

pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu (yg didengar,

dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya.

ingau; mengingau mengigau;

mengingaukan 1. mengigaukan; 2. ki terlalu berharap utk

mendapatkan sesuatu;

ingau-ingauan selalu terkejut (terutamanya orang yg sedang

sakit).

inggang; ~-inggung bergoyang, bergoncang.

Inggeris = orang ~ rakyat negara England khususnya dan (kadangkala)

Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit

putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang

Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris;

menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke

dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan;

keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb)

Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan

fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-

kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap;

penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu.

inggih Jw ya.

inggu I 1. sj getah yg dibekukan (baunya agak busuk, boleh dibuat ubat)

dr tumbuhan Ferula spp.; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya

berbau busuk dan dibuat ubat sakit perut), Ruta graveolens.

inggu II 1. sj ikan laut, Amphiprion spp.; 2. sj ikan laut, ikan babi,

Holacanthus spp.

inggung inggang.

ingin berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa

pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila

ia datang nanti; ~ akan sate;

~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb

menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang

pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat

sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup;

beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~

akan mendapat seorang anak yg pandai;

beringinkan berkehendak akan, berharap akan;

mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan:

semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-

buahan yg masam-masam;

memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya

ingin akan sesuatu;

teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu;

keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak,

kemahuan;

berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar,

dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran

wakil-wakil selaku perisik.

ingka, ingkak; gelak ~ tertawa gelak-gelak, tertawa kuat-kuat.

ingkar Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan,

menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu

maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu:

ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal

memungkiri;

mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati,

menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi

lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri;

keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan;

pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal,

mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran;

pengingkar orang atau pihak yg ingkar.

ingsun Jw sl 1. aku; 2. kami.

ingus hingus.

inhalan (Ubat) ubat sedut.

inheren (inhéren) wujud sbg sifat semula jadi seseorang atau sesuatu.

ini 1. kata penunjuk utk benda (tempat dan waktu) yg dekat, lwn itu:

gunung apa ~?; pulang sekali ~ lain tidak kerana terpaksa sahaja;

2. baru ini, kini, sekarang: engkau nak pergi ~ juga, kan kereta api

lambat lagi?;

~ dia nah inilah; ~ itu ini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-

macam, tak tentu); ~kan, = ~ konon, = ~ pula istimewa pula,

lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; ~ pun sekarang pun.

ining (Suk) (dlm kriket atau besbol) giliran seseorang pemain atau

sesuatu pasukan membuat pukulan.

inisial deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yg digunakan

oleh individu bagi mewakili nama penuh masing-masing.

inisiatif daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia

ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan;

mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll);

berinisiatif mempunyai inisiatif: pegawai yg ~.

inja; ~ payung sj tumbuhan (pokok), kerambilan, Biophytum sensitivum.

injak; injak-injak, injak-injakan 1. alat (pd mesin jahit, perkakas

tenun, dll) yg digerakkan dgn kaki, rakap, pedal (basikal); 2. papan

(besi dll) sbg pemijak pd kereta dll;

menginjak 1. meletakkan kaki pd, memijak, menjijak: ia berbual-

bual sambil berjalan ~ tar yg panas; 2. mulai; ~ tahun baru mulai

tahun baru; 3. sampai (tiba) ke, bertemu dgn: di sini kita ~

lapangan kebudayaan;

menginjak-injak 1. menginjak berkali-kali: benda itu diinjak-

injak dgn tumit kakinya; 2. ki tidak menghiraukan (peraturan dll),

tidak mempedulikan, tidak menghargai;

menginjakkan = ~ kaki meletakkan (memijakkan) kaki pd: ia ~

kakinya ke lantai;

terinjak terjijak, terpijak;

terinjak-injak ki sangat tidak dipedulikan (dihiraukan,

diendahkan);

injakan hasil atau perbuatan menginjak.

injap 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi

menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada

seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~

tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin

mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai

~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat

apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio)

segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu

debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-

langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepas-bebaskan

kekabu keluar.

injek (injék); menginjek bp memasukkan ubat ke dlm tubuh dgn jarum,

menyuntik.

injeksi (injéksi) IB suntikan: ia pandai juga mengubati dgn tidak payah

pakai ~ atau suntik;

~ beras Id tambahan persediaan beras kerana mengelakkan drpd

naik harganya;

menginjeksi menyuntik.

injeksyen (injéksyen) bp hasil atau perbuatan menginjek, suntikan.

Injil = kitab ~ kitab suci agama Kristian, kitab Wasiat Baru: bahawa

kisah ia menjadi seorang nabi itu ada tersebut di dlm kitab Taurat

dan kitab ~; guru ~;

penginjil ark Id guru Injil, orang yg mengajar agama Kristian.

injili ark yg berkenaan kitab Injil, menurut kitab Injil.

injin C ark emak, ibu.

injunksi (Udg) perintah mahkamah yg menuntut supaya pihak yg

terbabit tidak mengambil (menghentikan) sesuatu tindakan atau

sebaliknya: Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan ~

menghalang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia drpd

mengisytiharkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

inkarnasi penjelmaan semula (seseorang) dlm bentuk tertentu selepas

meninggal.

inkasso Id upah kpd pemungut wang.

inkontinens (Ubat) keadaan tidak upaya mengawal buang air kecil atau

air besar.

inkubator 1. alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara

artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang

berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal.

inkues (inkués) (Udg) siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian

seseorang.

inkuilin (Bio) haiwan yg hidup di tempat tinggal haiwan lain dan

berkongsi makanan dgn haiwan perumah.

inokulasi (Ubat) penyuntikan agen penyakit spt vaksin virus ke dlm

tubuh individu yg sihat utk menghasilkan keimunan aktif pd

individu berkenaan;

menginokulasi melakukan inokulasi (terhadap): ~ murid sekolah

itu utk mencegah penyakit taun.

inovasi 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg

baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan

bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti

perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu

berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan,

memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah

menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~

mereka;

menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak

berpeluang ~ teknologi tersebut;

penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.

inovatif merupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn

karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di

Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan

metafora dlm puisinya terasa segar dan ~.

inovator orang yg melakukan inovasi, penginovasi: golongan guru yg

berperanan sbg ~ pendidikan.

input 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik

kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp)

perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber

yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu

bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama

dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat

Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau

isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin;

menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm

komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga

bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg

disediakan;

penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm

komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan.

insaf 1. rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan: Tuhanlah juga

akan membalas ~ kasihan tuanku itu; 2. = ~ akan dapat memahami

sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran: dia telah ~

sekarang dan telah kembali ke jalan yg benar;

menginsafi mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yg

sebenarnya: ia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri;

menginsafkan menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-

moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu

Negaraku;

keinsafan rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~

di dlm jiwanya.

insan Ar makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd

kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi

Muhammad SAW;

keinsanan kemanusiaan.

insang organ pernafasan pd kebanyakan binatang yg hidup dlm air (spt

ikan, udang, dll): ada binatang mamalia yg hidup dlm air yg tidak

bernafas dgn ~; dgn menggunakan ~ berudu menyerap oksigen dr

dlm air;

~ pari sj jahitan utk mengemaskan tepi kain (tanpa membuat

kelim);

berinsang memakai (mempunyai) insang;

asal ~ ikanlah prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaan

(makanan, perempuan, dll).

insani Ar (yg) mengenai manusia, kemanusiaan; ilmu ~ ilmu bkn

manusia yg belum jadi.

insaniah Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau

akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya

tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses

interaksi alamiah dan ~.

insektarium (inséktarium) (Bio) tempat khas utk memelihara dan

membiakkan serangga bagi tujuan penyelidikan, kajian dsb.

insektisid (inséktisid) racun serangga.

insektivor (inséktivor) (Bio) binatang yg memakan serangga, atau

tumbuhan yg memerangkap dan menyerap serangga.

inseminasi (inséminasi) (Ubat) permanian.

insentif (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan

atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan:

berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di

negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap

kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk

pelanggannya.

inses (insés) (Udg) sumbang mahram.

insiden bp kejadian, peristiwa.

insidental (insidéntal) berlaku secara kebetulan sehubungan dgn perkara

lain yg lebih penting.

insinuasi tuduhan yg tersembunyi (tidak langsung), ucapan yg tidak

secara langsung ditujukan kpd seseorang utk menghina: adalah

membahayakan suara-suara yg mencuba memecahkan persatuan

itu dgn tuduhan fitnah dan ~.

insinyur IB jurutera.

insisi (Ubat) 1. proses menghiris tisu dgn alat yg tajam dlm sesuatu

pembedahan; 2. hirisan yg terhasil apabila tisu dihiris dgn alat

bedah yg tajam.

insisor (Ubat) gigi kacip.

in situ (Latin) berada pd kedudukan asal atau normal.

inskripsi sesuatu (kata, ungkapan, lambang, dsb) yg ditulis atau diukir pd

permukaan sesuatu (tugu, duit syiling, dll), prasasti.

insomnia (Ubat) keadaan tidak dapat tidur atau sukar utk tidur.

inspeksi (inspéksi) IB 1. pemeriksaan, pengawasan; 2. memeriksa,

mengawas.

inspektor (inspéktor) 1. pegawai yg memeriksa sama ada peraturan,

standard, dll dipatuhi atau tidak, pemeriksa; merinyu. 2. = ~ polis

pegawai polis yg pangkatnya lebih tinggi drpd sarjan dan di bawah

penguasa.

inspirasi ilham, bisikan hati: dr mana ia mendapat ~ menulis rencana

ini?; sesuatu hasil sastera tidak lagi dianggap sbg suatu hasil ~

atau ilham belaka;

berinspirasi mempunyai inspirasi: kita memohon bantuan drpd

orang yg celik akal yg ~.

Inst. kep Institut.

instalasi IB 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur

(memasang) alatan rumah dll.

instansi IB 1. peringkat (pengadilan); 2. jabatan-jabatan kerajaan

(awam), kantor, pejabat; rumah ~ rumah utk pegawai kerajaan.

institusi 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan

tertentu; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; ~ kewangan

bank dsb; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah

berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang,

bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad

lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam;

menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan

sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca

drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan

wanita, lalu diinstitusikan;

keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi:

susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi,

sikap terbuka, dsb;

penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan,

organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi:

kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg

memungkinkan ~ kaedah sains.

institut organisasi yg ditubuhkan utk tugas tertentu spt pendidikan,

penyelidikan saintifik, dll: I~ Tadbiran Awam; I~ Teknologi Mara.

instruksi Id 1. perintah, arahan: lampu itu kuselubungi dgn sebuah tutup,

sesuai dgn ~ pihak berkuasa; 2. pelajaran (kpd tentera);

menginstruksikan 1. memerintahkan, mengarahkan; 2.

mengajarkan.

instrumen (instrumén) 1. alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll); 2.

(Eko) dokumen rasmi yg sah di sisi undang-undang dan mengikut

peraturan tertentu yg menyatakan hak pihak-pihak yg terlibat dlm

sesuatu kontrak dsb, surat cara; ~ kewangan (Eko) a) dokumen

rasmi yg berkaitan dlm bidang kewangan; b) sebarang bentuk

pelaburan dlm pasaran saham atau aset kewangan yg lain, mis bon,

saham, deposit tetap dsb.

instrumental (instruméntal) dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja

(tanpa nyanyian): dr peti radio terdengar lagu ~.

instrumentasi (Muz) 1. alat muzik orkestra yg digunakan dlm

persembahan; 2. susunan atau gubahan muzik bagi kumpulan

tertentu alat-alat muzik.

insulin (Bio) hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal

kepekatan glukosa dlm darah.

insurans perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk

mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu;

masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~

kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku

kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti

rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa

bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg

berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia;

berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di

rumahnya ~;

menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko,

kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah

diinsuranskan drpd segala risiko;

penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggung

jawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan

mengikut syarat kontrak insurans.

insya-Allah Ar jika diizinkan Allah.

inta Ar anta II.

intai; mengintai melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui

gerak-geri orang dll, mengintip, memata-matai: ia ~ dr celah-celah

dinding; kapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam;

mengintaikan, mengintai-intaikan mengamat-amati, memerhati,

memata-matai: sudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya

dgn barang larangan semacam ini;

pengintaian 1. perihal mengintai; 2. tempat mengintai;

pengintai orang yg mengintai.

intan 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg

kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu

intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih,

kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu

kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan;

~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan;

~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang

cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun,

bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd

mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu

belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi;

berintan berhias intan: cincin ~.

INTAN akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara.

intaran sj tumbuhan (pokok), sadu, Melia indica.

integer (intéger) (Mat) angka bulat.

integral (intégral) mengenai keseluruhannya, menjadi lengkap dgn

bahagian-bahagiannya.

integrasi penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum

(unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan; penyatuan: soal ~

kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian

~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang

budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar;

berintegrasi bergabung, berpadu;

mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum

(unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~

diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan

pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi;

terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya;

pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat,

pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif

pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd

kegagalan ~ politik negara kota itu.

integriti (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan.

2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;

berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb):

pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka

drpd sebarang bentuk penyelewengan.

intelek (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami

(menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan

(kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;

mengintelekkan menjadikan seseorang intelek.

intelektual (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik

pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-

bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati

kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke

Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai

kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi);

mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama;

keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau

akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan

Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan

penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat;

pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu

intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa

Malaysia.

intelektualisme (inteléktualisme) 1. pengabdian kpd penggunaan intelek

atau daya berfikir: Islam membawa semangat rasionalisme dan ~

bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan

rakyat jelata; perkembangan profesional memberi fokus kpd ~; 2.

doktrin yg menekankan bahawa pengetahuan terhasil dgn taakulan

tulen.

inteligensia (intéligénsia) kaum intelek, kaum cerdik pandai, kaum

cendekiawan.

intensif (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan

secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam

hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~;

~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak

supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg

singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan

sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses

pengeluaran sesuatu industri dsb;

mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat,

memperkuat;

keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti;

pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~

penyelidikan sains.

intensiti (inténsiti) keadaan yg amat sangat (hebat, sungguh-sungguh,

mendalam, dsb), keamatan: reka bentuk latar ini pula turut

melibatkan elemen-elemen lain spt ~ pencahayaan bagi sesuatu

adegan.

interaksi tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak

balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses

yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya;

komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~

antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat;

berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu

sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb):

persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta

utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-

bagai kaum bergaul dan ~.

interaktif 1. saling bertindak, berhubung, dsb antara satu sama lain:

bengkel itu dapat mewujudkan suasana ~ bagi menjalin hubungan

antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri; 2.

(Komp) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg

berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara

pengguna dgn pengguna melalui komputer: peringkat ketiga pula

membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah.

interen (intéren) IB dlm lingkungan sendiri; urusan ~ urusan dalam.

interferon (interféron) (Ubat) sj bahan protein yg dihasilkan oleh sel

badan sbg tindak balas kpd jangkitan virus yg membantutkan

pertumbuhan virus tersebut.

interim bersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yg mantap

dicapai): perjanjian ~; buku ~.

interkom sistem perhubungan telefon utk perhubungan di dlm sahaja

(spt di dlm bangunan, di dlm kapal terbang, dsb).

interlingua bahasa ciptaan (buatan) yg melambangkan makna yg

terdapat pd bahasa asli dan digunakan utk terjemahan dgn

komputer dll.

interlokal antara dua atau lebih tempat (perhubungan dll).

interlokutor (Lin) orang yg menyertai sesuatu perbualan, perbincangan

atau dialog.

interlud (Muz) muzik instrumental ringkas yg dimainkan sbg selingan

antara babak atau adegan dlm sesuatu persembahan drama dsb.

intermeso (interméso) intermezo.

intermezo (intermézo) interlud.

internasional antarabangsa; perjanjian ~ perjanjian antarabangsa.

internasionalis 1. penyokong internasionalisme; 2. orang yg arif tentang

undang-undang antarabangsa.

internasionalisme prinsip yg menganjurkan semangat persefahaman di

kalangan pelbagai negara demi kepentingan bersama: para

pemimpin negara yg berpandangan jauh dan berpegang pd prinsip

~.

internat IB asrama, tempat pemondokan.

Internet (internét) rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan

pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama

lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia;

menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm

rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet: ~

sastera Malaysia.

internir IB; menginternir mengasingkan (tahanan politik), menahan di

suatu tempat: dia pernah diinternir di Boven Digul;

interniran 1. tempat pengasingan; 2. orang yg diasingkan, orang

tahanan (politik dll).

internis doktor yg mengkhusus dlm perubatan dalaman.

interpelan IB penyoal (dlm parlimen).

interpelasi IB soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dlm parlimen oleh

ahli-ahli parlimen kpd kerajaan.

interpersonal bkn hubungan sesama manusia: hubungan ~.

Interpol akronim bagi International Police (Polis Antarabangsa).

interpolasi penyisipan atau penyelaan (kata-kata, ayat-ayat, dll) baru dlm

naskhah dll.

interpretasi (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan,

implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap

peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama

itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya

sastera lama kita;

menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu),

mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan

meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku;

penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu,

pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih

berada pd tahap yg longgar dan kabur;

penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu

perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal.

interseks (interséks) (Ubat) individu yg mempunyai kedua-dua sifat

kelelakian dan keperempuanan, sama ada dr segi fizikal atau

perasaan.

intervensi (intervénsi) campur tangan dlm urusan antara dua pihak

(orang, negara, golongan) lain.

interviu 1. temu ramah, temu bual, wawancara: Perdana Menteri telah

mengadakan ~ selama satu jam; 2. temu duga: ia menunggu

panggilan ~ utk jawatan kosong itu;

menginterviu 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia

datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon

pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu

telah dipanggil utk diinterviu;

penginterviu 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu

bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara;

2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga.

inti 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~

udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti;

~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting

(dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama

merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu;

berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah;

berintikan mempunyai sesuatu sbg inti.

intifadah Ar kebangkitan penduduk Palestin utk menentang orang Israel

yg menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yg bermula

pd tahun 1987.

intiha Ar akhir, penghabisan, penutup, perhentian.

intikad Ar bangkangan, bantahan, kritikan, sanggahan.

intil Jw; mengintil membuntuti, mengekor, mengikut.

intim sangat mesra dan rapat atau karib (bkn perhubungan, persahabatan,

dsb): meskipun kedua-dua belah negara menghadapi masalah dr

semasa ke semasa, hubungan Malaysia dan Singapura tetap ~;

keintiman perihal (keadaan, perhubungan) intim, keakraban.

intimidasi perbuatan menakut-nakutkan (orang), gertak.

intip; mengintip 1. mengintai, memata-matai: ada orang yg ~ gerak-geri

kita; 2. mencari-cari rahsia, keterangan, dll atau melihat

pergerakan musuh (dgn cara menyamar dsb), menyuruh, merisik: ~

musuh; ~ rahsia;

intipan usaha mengintip: kau masih di dlm ~ polis; penangkapan

Salam itu adalah hasil drpd ~ mata-mata gelap selama sebulan;

pengintipan hal atau perbuatan mengintip.

pengintip orang yg mengintip, penyuluh.

inti pati, inti sari bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara.

intonasi (Lin) turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu

bercakap);

berintonasi mempunyai intonasi: anggapan kami mungkin

ternyata benarnya apabila dilihat drpd gaya mukadimah

khutbahnya yg ~ tersendiri.

intra- awalan asing di sebelah dalam atau di dalam, mis intravena.

intransitif (Lin) tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (bkn kata

kerja).

intraotot (Ubat) dalam atau ke dalam otot: suntikan ~.

intravena (intravéna) (Ubat) dalam atau ke dalam vena: suntikan ~.

intrinsik sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu:

perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar

menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg

orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian

besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

introdusir IB ark; mengintrodusir memperkenalkan (diri dll).

introspeksi (introspéksi) proses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan)

dgn mendalam (biasanya dlm tempoh yg agak lama), muhasabah:

terdapat kecenderungan baru dlm kelompok penyair 60-an utk

membuat ~ kpd hal-hal dlm diri;

mengintrospeksi membuat introspeksi.

introspektif (introspéktif) cenderung utk membuat introspeksi (membuat

penilaian diri).

introversi (Psi) kecenderungan atau sikap seseorang yg suka memendam

rasa dan menumpukan perhatian pd dirinya sendiri, tidak suka

bergaul dlm masyarakat atau dunia luar.

introvert (Psi) orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan

perhatian pd dirinya sendiri, tidak suka bergaul dlm masyarakat

atau dunia luar.

intu; mengintu Pr menghidupkan api (utk memasak).

intuisi daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu

tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati.

intuitif menurut (berasaskan) intuisi; kesedaran ~ kesedaran yg

disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir).

inulangan bendera, panji, tunggul.

invalide IB orang yg cacat (anggotanya).

invar (tanda dagang) aloi yg terdiri drpd 63.8% besi, 36% nikel, 0.2%

karbon yg sangat kecil darjah pengembangannya.

invasi IB pelanggaran (penyerangan, penyerbuan) ke atas negara lain.

inventif (invéntif) berupaya (cenderung, suka dsb) mereka cipta sesuatu

(benda dsb) yg baru, berdaya cipta: sememangnya dia seorang ibu

yg ideal serta berfikiran kreatif dan ~; kurikulum itu, antara lain,

bertujuan utk melahirkan generasi muda yg berfikiran kreatif,

inovatif dan ~.

inventori (invéntori) senarai terperinci barang-barang yg terdapat di

tempat tertentu (pejabat, kedai, dll).

inversi (Lin) pembalikan susunan kata-kata dlm ayat (mis ia makan nasi

menjadi makan nasi ia).

invertase (Bio) enzim yg terdapat dlm yis atau usus kecil, dan berfungsi

utk memangkinkan hidrolisis disakarida kpd monosakarida.

invertebrat (invertébrat) (Bio) binatang yg tidak bertulang belakang, mis

cacing, udang dan siput.

Invertebrata (invertébrata) (Bio) kumpulan haiwan yg tidak bertulang

belakang.

investasi (invéstasi) IB penanaman modal;

menginvestasi menanam modal.

in vitro (Latin) di luar badan organisma, biasanya di dlm tabung uji:

persenyawaan ~ kini merupakan penyelamat kpd pasangan yg

mandul.

in vivo (Latin) berlaku di dlm tubuh organisma hidup (bkn proses atau uji

kaji biologi): kajian ~; proses ~.

invois dokumen yg menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yg

dibekalkan kpd pelanggan dan menyatakan jumlah wang yg perlu

dibayar oleh pelanggan;

menginvois mengeluarkan atau mengirimkan invois (kpd pembeli

atau pelanggan): kerja ~ dapat dibuat dgn cepat jika adanya

ketepatan dlm rekod stok.

invokasi permohonan (kpd Tuhan) utk mendapatkan pertolongan atau

perlindungan: oleh itu kita melihat bentuk pujian atau ~ dlm

upacara menepung tawar dan mendoakan sebuah kapal perang,

kapal terbang, atau sebuah enjin kereta api baru.

inya Jw arkinang.

inyik Mn nenek, datuk, kakek.

iodida (Kim) sebatian yg mengandungi iodin.

iodin (Kim) unsur kimia bukan logam yg menyerupai klorin dan bromin

(digunakan utk ubat dan dlm membuat foto).

ion (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik;

~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang

elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi

karbon bercas positif;

mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~

menjadi ion kuprum dan ion sulfat;

mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion:

sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak

laluannya;

pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam

mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah.

ionosfera (ionosféra) (Ast) lapisan atmosfera bumi yg paling atas, tempat

berlakunya pengionan dan pemantulan gelombang radio ke

sekeliling bumi.

iota huruf kesembilan dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

ipar saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik

suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau

isteri;

beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya;

beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang

peguam.

ipil sj tumbuhan (pokok besar), Intsia spp.

iprit; mengiprit Id, bp berlari kencang-kencang.

IPTA kep Institusi Pengajian Tinggi Awam, mis Universiti Malaya,

Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

IPTAR akronim bagi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

IPTS kep Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mis Universiti Petronas,

Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Multimedia.

ipuh 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2.

= getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas;

~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos

ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar

serawan, Roucheria griffithiana;

beripuh beracun.

ipuk Jw; mengipuk menyemaikan (benih dll);

ipukan semai(an);

pengipukan penyemaian, semaian benih.

ipung sj ular kecil yg hijau warnanya.

IQ kep intelligence quotient (darjah kecerdasan otak).

iqamat Ar seruan terakhir utk mendirikan sembahyang (selepas azan);

beriqamat membaca iqamat: selepas azan bilal ~;

mengiqamatkan membacakan seseorang (bayi perempuan)

iqamat: bayi perempuan itu sudah diiqamatkan oleh bapanya.

iqlab Ar (dlm hukum tajwid) penukaran bunyi huruf nun mati atau

tanwin kpd bunyi mim mati apabila bertemu dgn huruf ba.

Ir I simbol kimia bagi iridium.

Ir II Id kep insinyur.

ira 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~

daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang

yg memanjang pd kain;

~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar

ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan

yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg

susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg

susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~

pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang

atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya

nipis dan tidak berapa ketara.

IRA kep Irish Republican Army (Tentera Republikan Ireland).

iradat Ar kehendak, kemahuan (Tuhan): Tuhan yg amat berkuasa

melakukan kudrat dan ~-Nya.

iram ark berubah air muka, menjadi pucat.

irama 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn

yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg

teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari

mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan

oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan

suasana dan keadaan.

berirama dgn (memakai) irama, berentak: gerak badan ~ gerak

badan mengikut irama;

mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak

boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti.

iram-iram; payung ~ sl sj payung kerajaan, payung ubur-ubur.

Iranum suku kaum peribumi di Sabah yg tinggal di pesisiran pantai

daerah Kota Belud yg aktiviti utamanya berkaitan dgn laut, juga

dikenali dgn nama Iranon, Irranun, Illanun, Ilanun, Iranon-

Meranao atau Meranao, dan dipercayai berasal dr Pulau Mindanao,

Filipina.

irap I seakan-akan, hampir-hampir sama (pd rupa, warna, dll).

irap II kirap, kibas.

iras I = seiras asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris

Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris

sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu);

mengiras merupakan satu (bukan bersambung drpd dua atau tiga

bahan).

iras II Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau

sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai

bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir

serupa dgn, mirip kpd;

mengiras-iras menyerupai, mirip;

mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan

rupa orang (muka dll);

keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd

sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme.

iras III; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman

(kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk

sulaman).

iri; mengiri iri hati kpd, mencemburui, mendengki;

pengiri (orang yg) mudah iri hati, pendengki.

iridium (Kim) sj unsur logam.

iridologi kaedah mendiagnosis penyakit melalui pemeriksaan iris mata.

iri hati 1. berasa (perasaan) tidak senang dgn kelebihan orang lain dll,

cemburu, dengki: ada pula yg ~ melihat kemajuan yg telah

dicapainya; 2. berkeinginan utk mencapai, menikmati atau

memiliki sesuatu (kejayaan, kebaikan dsb) spt yg dicapai,

dinikmati atau dimiliki orang lain: kami juga ~ melihat kejayaan

anak-anak Pak Ngah dan ingin mencontohi mereka; Razak

Abdullah menyifatkan kejayaannya dlm Sijil Pelajaran Malaysia

adalah berkat rasa ~nya terhadap sikap pelajar Cina yg kuat

belajar;

beriri hati menaruh rasa iri hati, berdengki (hati);

keirihatian perihal (perasaan) iri hati.

irigasi pengairan: kita mesti memimpin orang desa bagaimana

membangunkan ~ yg lebih baik.

irigator sj alat penyembur utk membersihkan luka dll.

irik; mengirik 1. menginja, memijak: diiriknya batang itu dr kanan

berguling ke kiri; 2. memijak-mijak padi utk meleraikan buah drpd

tangkainya, memukul-mukul kacang (utk mengupas atau

memisahkan kacang drpd tangkainya): selepas ~, padi itu

dijemurnya;

pengirik orang yg mengirik, alat utk mengirik; kayu ~ kayu

penebah.

iring I ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn

berlinang-linang (air mata);

seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal

terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-

sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli

parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan;

pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan

bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep "seni utk seni”;

~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg

berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok

kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri;

beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut:

mereka berjalan ~;

beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut,

berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan

beriring-iringan;

mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai,

mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang

Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan

dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua

letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka;

mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia;

segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2.

menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan

diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak,

dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba

menyusahkan;

iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli

dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan

(pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-

arakan, perarakan;

pengiringan perihal mengiringi;

pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-

barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-

muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula.

iring II lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu

diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar;

mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang

dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas

sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi

(lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap;

mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu,

membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke

sebelah kanan;

iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia

tertimpuh di sebelah ~ datuknya.

iris (Bio) mata hitam.

irit I Jw tidak boros, hemat, jimat;

mengirit menghematkan, menjimatkan;

pengiritan penghematan, penjimatan;

pengirit orang yg tidak boros, penghemat, penjimat.

irit II; iritan heretan; heret.

iritasi (Ubat) keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit,

bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu

rangsangan, kerengsaan.

iritis (Ubat) radang pd iris.

ironi keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan

sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi

hakikatnya: ~nya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima,

maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup

pelaksanaan dasar itu sendiri.

ironis menunjukkan atau bersifat ironi: Abdullah Hussain cuba

menghidupkan situasi yg ~ dan menarik tentang sikap manusia yg

berubah itu.

irung sj mangkuk (cawan) kecil utk minum arak, sj guci.

irus Jw cedok, pencedok, senduk.

is sr kata utk menyatakan kekesalan (kebencian, kejijikan), his, isy.

ISA kep Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

isbat Ar ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu);

mengisbatkan mengesahkan, menetapkan, menentukan,

mengukuhkan (kebenaran sesuatu);

pengisbatan penetapan, penentuan, pengesahan: ~ yg jelas oleh

Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa.

ISBN kep International Standard Book Number.

iseng Jk 1. berasa hampa (tidak melakukan sesuatu); 2. melakukan

sesuatu untuk mengisi-isi masa (supaya tidak hampa): aku jalan-

jalan ~ di sepanjang jalan Majapahit ini; 3. tidak mahu tinggal

hampa (suka mengganggu dll);

iseng-iseng berlengah-lengah (berbuat sesuatu), melakukan

sesuatu utk menghabiskan masa dll: berkawan dgn dia hanya ~

sahaja, kalau aku berasa sepi.

isi 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul

itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi

~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba

mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan

biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula

rasanya;

~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin

(pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk

kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan

manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran,

dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah;

~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain

mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku

prb perihal persahabatan yg sangat karib;

seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi

rumah;

berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah;

padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal

~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4.

mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan

tanggapan akal;

tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg

dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi;

mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi,

memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil

tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-

buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan

adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan

individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk

~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai

pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~

kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn

kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang

waktu;

mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke

dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru

memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg

kosong;

terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn

seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan

muda itu dgn hajat yg ~;

isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan,

kapasiti; surat ~ borang;

perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat

digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah

menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn

menggunakan ~ komputer yg direka khas;

~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya

wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu;

~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat

perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer;

pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan;

pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut

surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan

minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3.

tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg

kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~

bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih

drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat

dibahagi lebih lanjut.

isih; berisih beratur;

mengisih 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-

orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut

jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan

perkamusan;

pengisihan 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun),

pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-

asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan;

pengisih 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur,

penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan

menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-

asingkan menurut jenis dsb), pengasing.

isikel (Geog) ais berbentuk tirus yg tergantung pd bumbung, pokok dsb,

yg terhasil drpd titisan air yg membeku.

isim Ar 1. nama: ia duduk sambil membaca ~ Allah; 2. = isim-isim

mantera yg mengandungi nama Tuhan; gila ~ gila yg berakibat

drpd tersalah amal ilmu batin.

isi padu sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim spt

pepejal, cecair atau gas dlm sesuatu bekas.

isirung bahagian isi pd tempurung sesuatu buah spt kelapa dsb.

ISIS akronim bagi Institute of Strategic and International Studies

(Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa).

isit Jk gusi.

islah Ar 1. usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan

yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan

baik atau dgn jalan damai.

Islam agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~

menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg

beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg

wajib diamalkan oleh setiap umat Islam.

~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh

kpd agama;

mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam,

menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh

Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~

anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn

ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam;

keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita

haruslah semangat ~;

pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~

beramai-ramai.

islamiah Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam: kegiatan

dakwah ~.

islamik bp berdasarkan atau mengikut hukum Islam: tuduhan itu sendiri

tidak ~ dan bersifat fitnah; kita perlu menonjolkan hiburan yg

bercorak ketimuran dan ~ yg sesuai dgn budaya kita.

islamisasi usaha (proses dsb) menjadikan patuh kpd, sejajar dgn, atau

sesuai dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam, perihal

mengislamkan, pengislaman: tujuannya ialah utk membendung

penerapan budaya barat bagi memastikan proses ~ berjalan

lancar; ~ undang-undang di Malaysia.

-isme akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan

juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme.

Isnin Ar hari kedua dlm seminggu, selepas hari Ahad.

isobar (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama

tekanan atmosferanya pd waktu tertentu.

isobaren Id isobar.

isogami (Bio) pembiakan seks yg melibatkan penyatuan dua gamet yg

serupa dr segi struktur tetapi berlainan dr segi fungsinya.

isoglos (Geo) garisan yg dilukis pd peta utk melingkungi kawasan yg

mempunyai ciri linguistik yg sama.

isohalin (Geog) garisan pd peta yg menyambungkan tempat-tempat yg

tahap kemasinannya sama.

isohiet (isohiét) (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat

yg mengalami curahan hujan yg sama banyak.

isolasi IB pengasingan, pemencilan, pemisahan.

isolir IB; mengisolir mengasingkan (memencilkan, memisahkan) drpd

yg lain.

isomer (Kim) satu drpd dua atau lebih molekul yg mempunyai bilangan

dan jenis atom yg sama, tetapi berbeza strukturnya;

keisomeran kewujudan dua atau lebih sebatian yg mempunyai

formula molekul yg sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan

fizik masing-masing;

~ cis-trans keisomeran pd sebatian yg ada ikatan ganda dua atau

gelang tegar; ~ struktur keisomeran pd sebatian yg mempunyai

formula struktur yg berbeza.

isomerisme keisomeran.

isometrik (isométrik) (cara melukis) yg mempunyai ukuran-ukuran yg

sama.

isomorfisme (Lin) kesamaan struktur tatabahasa, fonologi, semantik dsb

antara dua bahasa atau lebih.

isoprena unit molekul bagi getah asli.

isoritma (Muz) ulangan ritma yg sama walaupun notnya berlainan.

isostasi (Geog) perubahan aras laut yg berpunca drpd pergerakan bumi.

isoterma (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg

sama suhunya, garisan sesuhu.

isotermen (isotérmen) IB Id isoterma.

isotop (Kim) satu drpd dua atau lebih atom sesuatu unsur, yg sama

nombor atomnya tetapi berlainan nombor jisimnya; ~ karbon unsur

karbon yg mempunyai nombor atom yg sama tetapi berbeza

jisimnya (mis C-12, C-13, C-14, dsb).

isotropi (Fiz) keadaan sesuatu bahan yg mempunyai sifat yg sama dlm

mana-mana arah yg disukat.

Israfil malaikat yg meniup serunai sangkakala.

Israk Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr

Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa); ~ Mikraj Ar peristiwa

perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-

Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha,

lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab

tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun

sebelum hijrah).

istabrak Ar ark sj kain sutera; istibrak.

ISTAC (isték) akronim bagi Islamic Thinking and Civilization Institute

(Institut Pemikiran dan Tamadun Islam).

istal Id ark kandang kuda.

istana rumah kediaman raja atau ketua negara; bumi ~ ki tanah air

(tempat tumpah darah);

beristana tinggal di istana, mempunyai istana.

istana kota istana yg dilingkungi oleh kota.

istanggi setanggi.

isteri 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki,

bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri

Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2.

perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~;

~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu

dikahwini;

beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak

penting kalau hendak ~; 2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini:

dia sudah ~;

beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri;

memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri,

mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri

oleh baginda;

memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki):

bila anaknya telah galak lalu diperistikanlah dgn tidak usul lagi.

istiadat 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi

kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu

akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi

utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan,

dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna;

beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~;

mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan),

membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).

istibra Ar tempoh pantang bersetubuh bagi wanita tawanan perang yg

bukan Islam.

istibrak ark sj kain sutera.

istifham Ar pengujian kefahaman.

istighfar Ar 1. permohonan kpd Allah utk diampuni, permohonan ampun

(kpd Allah); membaca (mengucap) ~ mengucapkan astaghfirullah

(meminta ampun kpd Allah); 2. = beristighfar;

beristighfar memohon ampun kpd Allah, mengucapkan kata

astaghfirullah: aku ~ panjang.

istihsan Ar penyimpangan drpd suatu dalil kias yg nyata kpd dalil yg

tidak nyata.

istikharah Ar; sembahyang ~ sembahyang utk memohon pedoman drpd

Allah bagi memilih jalan yg lebih baik antara dua pilihan;

beristikharah melakukan sembahyang istikharah.

istikmal Ar penggunaan, pemakaian;

mengistikmalkan mempergunakan, memakai.

istikrar Ar pengakuan, pengukuhan, penetapan.

istilah Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul,

tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan

atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains;

beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-

perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia;

mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg

tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji

Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg

sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara;

peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb):

berita ~ ;

pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik

dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg

seragam.

istima Ar ark pertimbangan (pendapat dll) yg baik.

istimewa (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami

melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk

menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu

saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu

telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan

menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~

lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya:

negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang;

sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~

pula kanak-kanak;

mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan,

meluarbiasakan ~: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara

lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport;

tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang

negeri ini;

teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg

~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan

hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama:

tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada

berlauk;

keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika

dibandingkan dgn kawan-kawannya.

istinbat Ar amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-

Quran atau hadis tertentu;

mengistinbatkan menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau

hadis tertentu: kesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan

drpd al-Quran dan hadis.

istinggar sl sj senapang kuno: bunyi ~nya spt kacang direndang.

istinjak Ar perbuatan membersihkan kemaluan (kerana membuang air

besar atau air kecil) dgn menggunakan air, batu, atau tanah keras;

beristinjak membersihkan atau menyucikan dubur dan kemaluan

sebelum wuduk atau sesudah buang air.

istiqamah Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-

menerus (termasuk urusan agama);

beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg

menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan

sembahyang di surau.

istirahat Ar keadaan atau suasana santai: kita memerlukan ~ yg cukup;

beristirahat berhenti drpd melakukan sesuatu utk menghilangkan

penat lelah, berehat: waktu ~ telah datang; dia akan ~ selama

enam bulan;

mengistirahatkan memberi (membiarkan) beristirahat; ~ diri

melepaskan lelah;

peristirahatan rumah (tempat dll) beristirahat, rumah rehat:

akhirnya aku tiba di danau Balaton, tempat ~ yg indah; rehat.

istislam Ar 1. menyerah diri; 2. masuk Islam.

istisna Ar pengecualian;

mengistisnakan mengecualikan.

isu perkara pokok, persoalan: krisis Timur Tengah merupakan ~ penting

yg dibincangkan dlm persidangan itu.

isy bp sr kata utk menyatakan kekesalan (kebencian, kehairanan,

kejijikan), is: ~, aku tak belilah benda yg boleh kita tanam.

isyak Ar 1. = waktu ~ waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat

hingga terbit fajar; 2. = fardu ~ = sembahyang ~ sembahyang

fardu pd waktu isyak.

isyarat Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian

tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan

tangannya memberi ~ masuk ; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll):

tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~;

maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak

tiada juga berjalan gajah itu;

berisyarat mempunyai isyarat;

berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih

banyak ~ kenyitan dan kerlingan;

mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg

syarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang

itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi

tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg

isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa

mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi;

terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~.

isytihar Ar pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran;

mengisytiharkan mengumumkan, memaklumkan,

mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala

Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan;

perisytiharan pengumuman, pemakluman, pernyataan,

pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak

menyaksikan hari ~ kemerdekaan;

pengisytiharan perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman,

pemakluman;

terisytihar telah diisytiharkan.

IT kep Information Technology (Teknologi Maklumat).

itah sj tumbuhan (pokok memanjat); ~ besi akar ali, akar tanding, tongkat

ali, Smilax myosotiflora; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok renek),

dedawai, rancang besi, tongkat ali, Smilax calophylla.

italik bentuk huruf condong (dlm cetakan);

mengitalikkan mencetak (menulis dsb) dlm italik: contoh

penggunaan ayat hendaklah diitalikkan.

itam 1. hitam; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg ketujuh (NS yg

kelapan).

item 1. barang atau benda dlm sesuatu senarai atau kumpulan: barangan

yg saling melengkapi satu sama lain dan dijual dlm satu set

dianggap sbg satu ~; 2. perkara: saya boleh menjelaskan bahawa

hanya satu ~ belum diselesaikan.

iterbium (Kim) sj unsur logam.

ithar Ar mengorbankan kepentingan diri sendiri utk orang lain.

itik sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin,

Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata;

~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas);

~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita

kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji

prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak

patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~

berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu

kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat;

mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia;

perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir

(sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan

keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb

perkara yg mustahil.

itil Jk kelentit.

itinerari program sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-

tempat yg dikunjungi).

itlak Ar hal merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh;

mengitlakkan merumuskan sesuatu secara umum atau

menyeluruh;

itlakan rumusan secara umum atau menyeluruh: sekurang-

kurangnya penterjemah berupaya membuat ~ terhadap teks;

keitlakan perihal itlak;

pengitlakan perihal atau perbuatan mengitlakkan: dgn melihat

kedua-dua contoh ini kita dapat membuat sedikit ~.

ITM kep Institut Teknologi Mara.

ITNM kep Institut Terjemahan Negara Malaysia.

itrium (Kim) sj unsur logam berwarna kelabu gelap yg digunakan utk

membuat aloi, semikonduktor dsb.

ittifak Ar persamaan, persetujuan, permuafakatan, persesuaian.

itu kata penunjuk utk benda (hal, tempat, waktu) yg jauh, lwn ini: ~

siapa?; motokar yg hitam ~ kepunyaan saya; ~ dia a) nah benarlah

itu; b) bp padanlah, rasalah; ~ juga macam itu juga (selalu sama

saja); dlm pada ~ = dlm ~ pun bagaimanapun; ~ pun dlm hal yg

demikian, demikian itu (kalau), meskipun (kendatipun, walaupun)

begitu, yg itu;

itulah demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi; ~ anak yg

nakal.

IUD kep intrauterine device (alat pencegah kehamilan yg diletakkan di

dlm rahim).

iwak Kl sj permainan judi.

iyal Ar orang yg menjadi tanggungan (anak buah, keluarga, dll).

izhar Ar 1. hal menjadikan jelas (nyata, terang); 2. hukum tajwid, iaitu

menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa

didengungkan;

mengizharkan 1. menjadikan nyata alam ini; 2. menzahirkan atau

membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.

izin Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu

bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat

~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah;

seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan;

mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan:

budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah;

kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu;

keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu

dgn ~ sultan;

pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan);

pengizin orang yg memberi izin.

Izrail malaikat yg mencabut nyawa seseorang.

izzah Ar kemuliaan atau kehormatan (diri): selaras dgn konsep ~ yg

ditunjukkan Allah.

izzat Ar kehormatan, kemegahan, kemuliaan, dll.