jurnal 9

2
JURNAL 9 MINGGU KESEPULUH 1 APRIL – 5 APRIL 2013 Pemiliha n Fokus Menganalisis Perasaan/ Bisikan Hati Cadangan / Tindakan Kehadira n murid 1. Saya dapati kehadiran murid pada minggu selepas cuti persekolaha n ini sangat merosot. 2. Ketiadaa n murid- murid pemulihan yang terlibat dengan program pemulihan di SK Machang Bubok Bisikan Hati : Saya berasa amat kecewa sedikit dengan kehadiran murid yang merosot pada minggu ini kerana minggu ini banyak pemantauan dijalankan. Tambahan saya sebagai seorang guru praktikum, semangat saya untuk mengajar pada minggu ini sangat tinggi. Saya berkobar- kobar untuk mengajar anak- anak murid saya supaya mereka berjaya dengan hasil titik peluh saya. Malangnya, apabila mereka tidak hadir, apa yang telah saya rancangkan untuk mereka tidak dapat dijalankan. Hal ini telah menyebabkan proses pemantauan saya tergendala. Perkara ini juga menyebabkan motivasi intrinsik saya Cadangan : A. Menemu ramah murid mengapa mereka tidak hadir pada minggu ini. B. Menasihati murid supaya sentiasa datang ke sekolah. C. Menunjukkan token markah bagi murid kelas 4 Dedikasi. D. Berjumpa dengan guru kelas 3 Maju untuk mengetahui bila tarikh mereka akan ke program tersebut supaya saya dapat mengatur jadual pemantauan. Tindakan: Pada minggu akan datang, sewaktu sesi P&P bagi murid kelas aliran perdana saya akan menunjukkan kepada mereka token markah yang mereka peroleh. Hal ini mungkin sedkit sebanyak membantu mereka dalam

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

35 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 9

JURNAL 9

MINGGU KESEPULUH1 APRIL – 5 APRIL 2013

Pemilihan Fokus

Menganalisis Perasaan/ Bisikan Hati Cadangan / Tindakan

Kehadiran murid

1. Saya dapati kehadiran murid pada minggu selepas cuti persekolahan ini sangat merosot.

2. Ketiadaan murid-murid pemulihan yang terlibat dengan program pemulihan di SK Machang Bubok

Bisikan Hati :

Saya berasa amat kecewa sedikit dengan kehadiran murid yang merosot pada minggu ini kerana minggu ini banyak pemantauan dijalankan. Tambahan saya sebagai seorang guru praktikum, semangat saya untuk mengajar pada minggu ini sangat tinggi. Saya berkobar-kobar untuk mengajar anak-anak murid saya supaya mereka berjaya dengan hasil titik peluh saya. Malangnya, apabila mereka tidak hadir, apa yang telah saya rancangkan untuk mereka tidak dapat dijalankan. Hal ini telah menyebabkan proses pemantauan saya tergendala. Perkara ini juga menyebabkan motivasi intrinsik saya semakin rendah. Hal ini kerana saya telah merancang aktiviti yang menarik dan saya bersungguh-sungguh untuk memastikan apa yang saya ajar pada minggu ini mereka dapat peroleh dan kekal dalam ingatan. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya. Di mana silap saya agaknya? Bagaimana saya dapat lakukan agar mereka hadir ke sekolah?

Cadangan :

A. Menemu ramah murid mengapa mereka tidak hadir pada minggu ini.

B. Menasihati murid supaya sentiasa datang ke sekolah.

C. Menunjukkan token markah bagi murid kelas 4 Dedikasi.

D. Berjumpa dengan guru kelas 3 Maju untuk mengetahui bila tarikh mereka akan ke program tersebut supaya saya dapat mengatur jadual pemantauan.

Tindakan:

Pada minggu akan datang, sewaktu sesi P&P bagi murid kelas aliran perdana saya akan menunjukkan kepada mereka token markah yang mereka peroleh. Hal ini mungkin sedkit sebanyak membantu mereka dalam meningkatkan kehadiran dan semangat mereka untuk ke sekolah. Bagi kelas pemulihan, saya akan berjumpa dengan guru kelas untuk mendapatkan tarik-tarikh program pemulihan tersebut.