jurnal

Upload: navanitamganeson

Post on 10-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

p2

TRANSCRIPT

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSANGEETA A/P A. NOGULAN

Jenis PdPSejarah (Zaman Air Batu)

Tarikh26 April 2015

Masa8.15 8.45 pagi

Tahun / Kelas4 Vetri

Isu / Cabaran yang difokuskan : Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB)

Analisis Isu / Fokus :Kekuatan : Saya mendapati murid tertarik dengan model plastisin bumi yang diliputi ais beku diedarkan kepada mereka. Murid mendapat gambaran secara langsung akan keadaan semasa Zaman Air Batu. Tambahan lagi, murid juga mula bertanyakan pelbagai soalan dan mula menunjukkan minat untuk mengikuti proses pengajaran yang setersunya. Murid sangat suka apabila saya menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza kerana mereka sudah biasa dengan penggunaan buku teks. Dengan penggunaan BBB yang melibatkan penggunaan pancaindera, murid berasa seronok mengikuti proses pengajaran dan ianya juga mengelakkan kebosanan. Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kelemahan : Murid di kelas ini terlalu seronok dengan BBB yang diedarkan dan mula berseronok. Sejurus memegang model plastisin bumi yang beku, mereka ingin berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Hal ini menyebabkan suasana kelas menjadi bising. Saya terpaksa meninggikan suara bagi mengawal keadaan kelas yang bising. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.

Kesedaran baru berkaitan dengan pengalaman di luar bilik darjah / kehidupan seharian.Murid mempunyai kecerdasan pelbagai. Murid berasa seronok apabila diberi peluang untuk memegang dan merasa sesuatu . Murid akan berasa aktif untuk belajar sekiranya guru sentiasa mengubah kaedah pengajaran mengikut perkembangan pendidikan terkini.

Cadangan dan tindakan susulan.Bagi mengawal kelas, saya akan menggunakan wisel. Saya akan menggunakan bunyi wisel sebagai penanda wajib kepada murid supaya tidak membuat bising. Dengan ini, kelancaran proses pengajaran akan terjamin. Selain itu, saya juga akan menggunakan TMK dalam PdP saya kerana dapat memusatkan perhatian murid. Sehubungan dengan ini, saya dapat menerangkan isi pelajaran dengan mudah kepada murid.