jurnal

5
KESAHAN KANDUNGAN INVENTORI MINAT KERJAYA BERGAMBAR (IMKB) PENILAIAN PAKAR 1.0 LATAR BELAKANG Pendidikan Kerjaya semakin berkembang dalam dunia pendidikan mas kini. Pendidikan kerjaya merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui program pembelajaran yang dirancang dalam seting pendidikan dan latihan. Salah satu instrumen yang digunakan dalam pendidikan kerjaya adalah inventori kerjaya. Inventori kerjaya digunakan untuk menyelami minat seterusnya mencungkil potensi diri individu dalam mencapai kerjaya yang berprestij. Inventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) ini dibina khusus untuk kanak-kanak awal persekolahan khususnya pada umur 6 hingga 9 tahun. Inventori ini dibina untuk mendedahkan kanak-kanak dengan kerjaya yang ada seterusnya membantu ibu bapa dan guru meneroka minat kanak-kanak. Iventori ini terdiri daripada 30 gambar yang dibina berpandukan personaliti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enteprising dan Konvensional. Bentuk jawapan dalam Inventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) ini adalah berskala nominal iaitu merangkumi Ya atau Tidak. Inventori ini diambil dengan mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Persekitaran semasa menjawab inventori ini haruslah kondusif dan tidak mengganggu klien. Arahan dan bimbingan yang diberikan mestilah ringkas, padat dan jelas supaya lebih senang untuk memahaminya dan bebas dari dipengaruhi orang lain.

Upload: farisha-assila

Post on 16-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

KESAHAN KANDUNGAN INVENTORI MINAT KERJAYA BERGAMBAR (IMKB)PENILAIAN PAKAR

1.0 LATAR BELAKANGPendidikan Kerjaya semakin berkembang dalam dunia pendidikan mas kini. Pendidikan kerjaya merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui program pembelajaran yang dirancang dalam seting pendidikan dan latihan. Salah satu instrumen yang digunakan dalam pendidikan kerjaya adalah inventori kerjaya. Inventori kerjaya digunakan untuk menyelami minat seterusnya mencungkil potensi diri individu dalam mencapai kerjaya yang berprestij.Inventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) ini dibina khusus untuk kanak-kanak awal persekolahan khususnya pada umur 6 hingga 9 tahun. Inventori ini dibina untuk mendedahkan kanak-kanak dengan kerjaya yang ada seterusnya membantu ibu bapa dan guru meneroka minat kanak-kanak. Iventori ini terdiri daripada 30 gambar yang dibina berpandukan personaliti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enteprising dan Konvensional. Bentuk jawapan dalam Inventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) ini adalah berskala nominal iaitu merangkumi Ya atau Tidak. Inventori ini diambil dengan mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Persekitaran semasa menjawab inventori ini haruslah kondusif dan tidak mengganggu klien. Arahan dan bimbingan yang diberikan mestilah ringkas, padat dan jelas supaya lebih senang untuk memahaminya dan bebas dari dipengaruhi orang lain.

2.0 OBJEKTIFAntara tujuan utama kajian ini adalah untuk :a. Membina Inventori Minat Kerjaya Bergambarb. Mengkaji nilai kesahan kandungan skala utama dan sub skala Inventori Minat Kerjaya Bergambarc. Mengkaji nilai kebolehpercayaan skala utama dan sub skala Inventori Minat Kerjaya Bergambar

ASAS TEORITIKELAsas teoritikel dalam pembinaan inventori kerjaya bergambar ini adalah berpandukan kepada Teori Kerjaya Holland yang telah dipelopori oleh Holland pada tahun 1959. Pada asasnya teori ini menekankan aspek keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran, namun teori ini juga dengan menjelaskan bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.Menurut Holland individu berkembang dan berjaya dalam persekitaran kerja yang sepadan dengan personaliti mereka. Justeru beliau mengklasifikasikan personaliti manusia kepada enam iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enteprising (E) dan Konvensional (K). Walaupun Holland membuat klasifikasi personaliti kepada enam jenis, tetapi kebiasaanya manusia mempunyai personaliti bertindan saling berkait antara satu sama lain. Teori ini lebih komprehensif dan bersesuaian digunakan pada pelbagai peringkat perkembangan individuInventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) dibina berdasarkan 6 jenis personaliti Holland. Respondan perlu memilih gambar kerjaya mengikut minat. Pentadbiran Inventori Minat Kerjaya Bergambar (IMKB) mengambil masa 30 minit sahaja. Persekitaran untuk menjawab inventoti ini haruslah kondusif, selesa dan responden perlu menjawab dengan jujur. Sebanyak 30 gambar yang diberikan dan respondan perlu menandakan (/) pada ruang suka dan tidak suka. Setiap gambar yang dipilih akan dikira. Kategori gambar yang tertinggi akan dikenalpasti

TUJUAN KAJIANAntara tujuan utama kajian ini adalah untuk :d. Membina Inventori Minat Kerjaya Bergambare. Mengkaji nilai kesahan kandungan skala utama dan sub skala Inventori Minat Kerjaya Bergambarf. Mengkaji nilai kebolehpercayaan skala utama dan sub skala Inventori Minat Kerjaya Bergambar

Kesahan PakarInventori Minat Kerjaya Bergambar(IMKB)

Nama : Farisha A ssila bt SaharudinNo. Matrik : 20142002075Nama : Saadah bt SallehNo Matrik : 20142002079Nama Institut: Universiti Pendidikan Sultan Idris