jurnal

18
PENGGUNAAN KAEDAH NASYID 44342 TERHADAP BILANGAN RAKAAT SOLAT-SOLAT FARDHU Mohd Azmi Bin Ismail [email protected] Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Abstrak Pembelajaran ibadah sekolah rendah merupakan subjek yang begitu penting untuk melaksanakan ibadah kepada Allah Azza Wajalla yang akan dilaksanakan sepanjang hayat kehidupan murid. Banyak kaedah yang dapat digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mengingati pelajaran ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha untuk mengkaji adakah kaedah nyanyian nasyid yang digunakan guru meningkatkan ingatan murid terhadap isi pelajaran ibadah berkaitan bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang pelajar tahun 2 Cerdas Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak. Tiga kaedah telah digunakan untuk pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan catatan refleksi murid. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah nyanyian nasyid ini berkesan untuk meningkatkan kebolehan murid mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam bilik darjah. Justeru kaedah ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang relevan untuk digunakan oleh guru sebagai kaedah pilihan dalam menyampaikan pengajaran subjek ibadah. Abstract Primary school religious instruction is the most important subject in order to help students performing the worship of God for the rest of their life. There was a lot of method used by teacher to help their students remembering this subject. Therefore, this research focused on efforts to review the effectiveness of singing method used by teacher to improve the ability of students in remembering the number of rakat for each obligatory prayer. Respondents

Upload: rizduan-ahmad

Post on 15-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL

PENGGUNAAN KAEDAH NASYID 44342 TERHADAP BILANGAN RAKAAT

SOLAT-SOLAT FARDHU

Mohd Azmi Bin Ismail

[email protected]

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Bangi

Abstrak

Pembelajaran ibadah sekolah rendah merupakan subjek yang begitu penting untuk

melaksanakan ibadah kepada Allah Azza Wajalla yang akan dilaksanakan sepanjang hayat

kehidupan murid. Banyak kaedah yang dapat digunakan oleh guru untuk membolehkan

pelajar mengingati pelajaran ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha untuk mengkaji

adakah kaedah nyanyian nasyid yang digunakan guru meningkatkan ingatan murid terhadap

isi pelajaran ibadah berkaitan bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu. Peserta kajian terdiri

daripada 4 orang pelajar tahun 2 Cerdas Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak.

Tiga kaedah telah digunakan untuk pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian

dan catatan refleksi murid. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah nyanyian

nasyid ini berkesan untuk meningkatkan kebolehan murid mengingati bilangan rakaat bagi

setiap solat fardhu serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam bilik darjah. Justeru

kaedah ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang relevan untuk digunakan oleh guru sebagai

kaedah pilihan dalam menyampaikan pengajaran subjek ibadah.

Abstract

Primary school religious instruction is the most important subject in order to help students

performing the worship of God for the rest of their life. There was a lot of method used by

teacher to help their students remembering this subject. Therefore, this research focused on

efforts to review the effectiveness of singing method used by teacher to improve the ability

of students in remembering the number of rakat for each obligatory prayer. Respondents

Page 2: JURNAL

consist of 4 students from 2 Cerdas in Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak.

Three methods had been used to collect data which are document analyse, observation, and

student’s reflection. The results of this research showed that teaching methods using nasyid

songs is effective to improve ability of students remembering the number of rakat for each

obligatory prayer and enhance the quality of teaching in the classroom. Thus, this method

is relevant to use among the teachers in teaching and learning session

Pengenalan

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran utama yang wajib diajar sekiranya terdapat

murid-murid beragama Islam dalam sesebuah sekolah. Kepentingan pendidikan Islam amat

dirasai oleh murid dalam melaksanakan tanggungjawab kepada tuntutan agama. Pendidikan

Islam juga ialah suatu usaha berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran

dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sepanjang hayat.

Pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah terbahagi kepada enam bidang utama iaitu

bidang tilawah al-Quran, bidang akidah, bidang ibadah, bidang sirah, bidang akhlak dan

bidang tulisan jawi. Bidang ibadah termasuk dalam kumpulan bidang ulum syar’iyah.

Pembelajaran ibadah adalah merupakan cabang ilmu yang terpenting dalam membina

keperibadian muslim sejati. Dipertegaskan bahawa di peringkat sekolah rendah, pembelajaran

ibadah adalah merupakan salah satu bahagian utama kepada mata pelajaran Pendidikan Islam

yang menjadi subtopik kepada bidang asas ulum syar’iyah selain daripada bidang asuhan

tilawah Al-Quran, adab dan akhlak islamiah juga tulisan jawi yang diharapkan akan dapat

membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang dalam setiap sifat, tingkah laku dan amalan

mereka di muka bumi Allah ini.

Page 3: JURNAL

Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran atau Pengalaman Melaksanakan Tugas

Saya ditugaskan mengajar murid-murid kelas Tahun 2 Cerdas bagi mata pelajaran

Pendidikan Islam. Pada tarikh 24 Mac 2015, saya telah mengajar kelas tersebut bagi tajuk

ibadah iaitu waktu solat-solat fardhu dan bilangan rakaatnya. Dalam pengajaran ini, saya telah

menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah penerangan dan bergambar serta menggunakan

kad imbasan sebagai alat bantu mengajar. Saya telah menerangkan setiap langkah dalam

pengajaran dengan penerangan yang jelas mengikut standard pengajaran yang dirangka selain

bertindak memberi penerangan dengan cuba memahamkan murid dengan isi pelajaran yang

ingin diajar berdasarkan pemikiran serta kemampuan murid. Saya menggunakan bahan bantu

mengajar bergambar untuk mendekatkan kefahaman murid terhadap pengajaran yang

disampaikan.

Selain itu, saya juga turut menggunakan kaedah soal jawab kepada pelajar. Kaedah ini dapat

menilai tahap penguasaan murid terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Dalam menilai

sejauh mana kefahamam dan ingatan murid terhadap apa yang diajar kepada murid melalui

kaedah penerangan , tunjuk gambar dan soal jawab, saya menggunakan lembaran kerja yang

diberikan kepada murid. Penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bidang

ibadah yang saya jalankan pada akhir sesi pengajaran, ia memperlihatkan beberapa

kekurangan yang perlu ditambah baik oleh saya. Sewaktu pengajaran disampaikan terdapat

murid yang tidak memberi tumpuan yang baik seperti kerap memandang keluar kelas, murid

tersebut kerap memandang setiap pergerakan yang berlaku di luar kelas seperti burung yang

terbang atau murid yang melintas berhampiran kelas. Terdapat juga murid yang bermain-main

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid itu bermain dengan sesuatu

Page 4: JURNAL

yang ada padanya seperti alatan tulisan dan buku-buku yang terdapat di atas mejanya. Ada

juga murid yang berinteraksi dengan rakan bersebelahan. Ia kerap kali berbual dan menanya

dan mengganggu rakan bersebelahannya dengan berbagai soalan.

Berdasarkan refleksi kendiri yang saya lakukan pada setiap kali selepas sesi pengajaran yang

berlangsung, persoalan berkaitan menambah baik aspek pengajaran merupakan antara fokus

yang sering saya utamakan dan diambil perhatian serius. Peranan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat berdasarkan realiti di bilik darjahnya

Masalah yang saya hadapi apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik

darjah ialah murid tidak dapat mengingati isi pelajaran yang telah disampaikan. Pada

pandangan saya kerana sebahagian daripada isi bidang ibadah bersifat terikat, berdasarkan

fakta yang tidak dapat diubah. Ianya memaksa murid untuk mengingati fakta-fakta tersebut

bagi membolehkan mereka memahami dan menguasai isi pelajaran. Bagi memastikan isi

pelajaran yang saya sampaikan mampu diingati oleh pelajar terutama bagi pelajar yang berada

di aras rendah, saya cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran saya selain daripada kaedah-

kaedah yang telah biasa saya laksanakan semasa sesi pengajaran di dalam kelas. Saya

mempercayai menggunakan kaedah nyanyian iaitu nasyid dalam menyampaikan isi pelajaran

akan memudahkan murid untuk mengingati isi pelajaran yang saya sampaikan. Atan Long

(1983) menyatakan dalam proses penyampaian pelajaran, tidak ada suatu kaedah tertentu

yang benar-benar sesuai untuk semua murid pada setiap ketika. Azizi Yahya (2005) pula

menyatakan kebanyakan kita lebih mudah menghafal lagu berbanding nota. Oleh itu, cara

mudah bagi menghafal adalah dengan menggunakan teknik lagu ataupun irama.

Saya percaya kaedah nyanyian nasyid yang saya gunakan dalam penyampaian isi pelajaran

ibadah akan menjadikan ia lebih menarik minat murid dan mampu menjadikan pelajaran yang

Page 5: JURNAL

saya sampaikan lebih berkesan dan diingati murid. Saya merasakan kaedah nyanyian nasyid

cukup sesuai digunakan sebagai suatu cara yang memberi kesan berdasarkan tindak balas dan

respon yang diberikan oleh murid semasa mencubanya dalam sesi pengajaran.

Fokus Kajian

Merujuk kepada refleksi pembelajaran dan pengajaran yang lalu, saya telah menyatakan

bahawa murid saya telah mengalami masalah dalam mengingati bilangan rakaat bagi setiap

solat fardhu. Berdasarkan pembacaan atas beberapa sumber seperti e-Jurnal, maka saya telah

menemui satu cara yang mungkin dapat diaplikasikan dalam kaedah pengajaran saya iaitu

kaedah nyanyian. Memandangkan murid menghadapi masalah dalam menghafal bilangan

rakaat bagi setiap solat fardhu, maka saya memberikan tumpuan terhadap nyanyian bagi

bilangan rakaat sahaja.

Tinjauan Masalah

Saya telah melaksanakan ujian khas bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul. Melalui

ujian yang telah dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 2 Cerdas ini, telah membantu saya

mengumpul data dan mengenalpasti masalah dan isu ini. Selain itu, saya juga telah membuat

pemerhatian terhadap amalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Cara terakhir menganalpasti permasalahan ini ialah melalui analisa dari catatan refleksi

murid. Tiga kaedah telah dilaksanakan bagi menegenalpasti permasalahan ini bagi

mengesahkan isu dalam kajian ini.

Analisis Tinjauan Masalah

Berikut adalah hasil dari tinjauan masalah yang didapati dalam melaksanakan proses P&P

yang telah saya laksanakan. Hasil dari analisis ini saya dapati perlu saya mengubah kaedah

pengajaran agar ia menjadi lebih berkesan dimasa hadapan.

Page 6: JURNAL

Jadual 1: Analisis Data Tinjauan Masalah

Cara mengumpul

data

Kumpulan sasaran Tujuan

Ujian Khas 23 orang murid

Tahun Dua Cerdas

- Memerhati sejauhmana kebolehan murid

mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat

fardhu..

Pemerhatian 4 orang murid

Tahun Dua Cerdas

- Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

murid dalam mengingati bilangan rakaat solat

fardhu.

Catatan refleksi

murid

4 orang murid

telah dikenal pasti

- Mengenalpasti masalah murid dalam

mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat

fardhu.

Latihan bertulis

(lembaran kerja)

- Mengenalpasti

masalah untuk

mengingati

bilangan rakaat

bagi setiap solat

fardhu melalui soal

jawab bersama

guru.

- Mengetahui kelemahan mereka dalam

mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat

fardhu.

Abdul Raof (1993) menyatakan gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan

strategi, kaedah dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. Menurut

definisi yang ditakrifkan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) nasyid ialah lagu

(biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam.

Kaedah Nasyid 24434 ini dirasakan mampu menjadikan murid lebih mengingati serta

memahami fakta yang disampaikan guru dan murid juga dapat menyebutnya semula secara

santai. Nick Page (1995) menyatakan bahawa, seperti juga permainan muzik juga mampu

membuat murid untuk mencipta meluah dan menghidupkan suasana. Malahan muzik juga

menjadi antara tumpuan penting dan utama kebanyakan budaya di dunia.

Page 7: JURNAL

Mengikut Prof.Madya Dr. Mohamed Fadzli Che Din, Dr. Shukri B Abdullah, Lee Hock Fah

dan W.S.Hoe dalam buku Teknik Berkesan Meningkatkan Memori Anak-anak, kaedah

sistem Irama dan ilustrasi meruapakan salah satu teknik mengingat bagi seseorang. Malah,

sekiranya ia berjaya membantu seseorang individu tersebut untuk ingat maka manfaatnya

adalah untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan kekal dalam memori ingatnya. Bukti

yang jelas adalah bahawa berdasarkan teknik menghafal huruf A hingga Z oleh guru tadika

semasa di awal pendidikan persekoloahan murid. Mengikut Woolfolk (1998), mengatakan

gaya kognitif ialah cara individu mempersepsikan dan menyusun maklumat mengenai

persekitarnnya. Manakala gaya pembelajaran adalah pendekatan cara belajar individu.

Ahli bahasa dan pendidikan bahasa telah mencadangkan beberapa teknik pengajaran yang

sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran sistem ejaan, khasnya sistem ejaan Jawi. Razak

Hamid dan Mokhtar Mohd. Dom (1997), Lutfi Abas (1984), Muhani Abd Ghani (1988),

Matlob (1989), Hamdan Abdul Rahman (1992) dan Che Siah (1995) berpendapat bahawa

teknik ulangan, latihan yang intensif dan hafalan, dan pendedahan sampelan dapat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala menurut Stubbs dan Hilary Hillern (1982) dalam pengajaran mereka menyarankan

pengajaran dengan contoh dan latihan yang banyak dan intensif. Dalam kesediaan menulis,

Newman (1972) dan Ibnu Khaldun (1995) berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang

perlu diberikan perhatian. Antaranya seseorang itu perlu menguasai penulisan huruf tunggal

dari segi bentuk dan jarak, memiliki azam dan kemahuan yang kuat untuk menulis kursif, dan

memahami bagaimana menulis dan membentuk bentuk kursif.

Page 8: JURNAL

Pada hakikatnya, apabila dikaji faktor-faktor kejayaan seorang pelajar, bahan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) merupakan satu elemen penting yang mendorong kejayaan pelajar (Moo

Fah Lin, 1993). Bantuan bahan P&P ini dapat membantu pelajar untuk menguasai hafalan ini.

Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa

sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan

pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan

penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan

dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Objektif Kajian

Tujuan kajian yang akan dilakukan adalah untuk meningkatkan ingatan murid terhadap

jumlah bilangan rakaat solat fardhu dengan menyebut jumlah yang betul.

1. Membantu murid mengingati bilangan rakaat dalam solat fardhu melalui nyanyian

“Nasyid 44342”.

2. Menambah baik amalan Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam membantu

murid mengingati bilangan rakaat dalam solat fardhu melalui nyanyian “Nasyid

44342”.

Kumpulan Sasaran

Kajian yang telah dilakukan ini melibatkan 4 orang murid daripada 23 murid Tahun 2 dari

Sekolah Kebangsaan Seri Selamat yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang

perempuan. Murid-murid ini dipilih adalah berdasarkan tahap penguasaan mereka yang lemah

mengingati bilangan jumlah rakaat solat fardhu dengan betul. Faktor-faktor yang telah

diambil kira adalah berdasarkan Ujian Khas, Pemerhatian Amalan Murid menjawab soalan

dalam P&P dan Analisa catatan amalan refleksi murid yang saya laksanakan. Selain itu juga,

Page 9: JURNAL

murid-murid yang terpilih ini dilihat mempunyai beberapa ciri yang unik ketika berada

didalam kelas semasa P&P berlangsung.

Pelaksanaan Kajian

Cara Mengumpul Data

Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif. Kaedah ini menjadikan pengkaji sebagai

instrumen utama untuk mendapatkan data. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga

kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Ketiga-tiga

kaedah ini digunakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan

terhadap data bagi kajian yang dijalankan.

Jadual 2: Cara Mengumpul Data

TINDAKAN TUJUAN

Ujian Khas i. Mengenalpasti tahap kefahaman dan ingatan responden

tentang bilangan rakaat bagi setiap waktu solat fardhu

ii. Mengenal pasti responden yang lemah dalam mengingati

bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu.

Pemerhatian iii. Mengenal pasti respon dan penguasaan responden dengan

tajuk ini.

iv. Menggunakan instrumen pemerhatian

v. Melihat keberkesanan penggunaan Kaedah Nasyid 24434

ini terhadap pembelajaran murid melalui hasil pemerhatian.

vi. Melihat perubahan tingkah laku reponden terhadap Kaedah

Nasyid 24434 dalam amalan pembelajaran mereka.

Catatan refleksi

murid

i. Mengumpul maklum balas responden terhadap penggunaan

Kaedah Nasyid 24434 dalam membantu mereka

mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu.

ii. Temubual secara berstruktur dilakukan kepada responden

selepas sesi pembelajaran dan pengajaran.

Page 10: JURNAL

Analisis dokumen i. Latihan diberikan kepada murid selepas sesi pembelajaran

dan pengajaran.

ii. Tujuan latihan diberikan untuk menguji tahap penguasaan

murid terhadap penggunaan Kaedah Nasyid 24434 dalam

mengingati bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu.

Analisis tinjauan masalah

Analisis tinjauan masalah dilakukan dengan merujuk jadual di bawah.

Jadual 3: Pelaksanaan Tindakan

Cara mengumpul

data

Kumpulan sasaran Masalah yang dikenal pasti

Refleksi

pembelajaran dan

pengajaran yang lalu

23 orang murid tahun 2

Cerdas

- 4 orang murid tidak berjaya mengingati

bilangan rakaat bagi setiap solat fardhu.

- Murid keliru tentang bilangan rakaat yang

berbeza-beza bagi setiap waktu solat.

Pemerhatian 23 orang murid tahun 2

Cerdas

- Beberapa murid kurang memberikan

tumpuan terhadap sesi pembelajaran dan

pengajaran dalam kelas kerana bahan

pengajaran yang kurang menarik dan

aktiviti murid hanya secara kumpulan dan

kelas sahaja bukan secara individu

menyebabkan mereka mengambil mudah

dengan pembelajaran mereka dalam kelas.

Latihan bertulis

(Lembaran kerja)

4 orang murid yang

telah dikenalpasti

- Keempat-empat murid tidak dapat

mengingati dan membezakan bilangan

rakaat bagi setiap solat fardhu

Tindakan menangani masalah

Jadual di bawah menunjukkan proses pelaksanaan tindakan yang telah saya lakukan bagi

kajian ini.

Page 11: JURNAL

Jadual 4: Langkah Pelaksanaan Tindakan

Langkah Tindakan

Pra Tindakan Mereflek

- Saya mereflek kembali sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang

telah dijalankan berdasarkan impak yang ditulis pada buku Rancangan

Pengajaran Harian saya.

- Saya membuat analisis pada setiap kekuatan dan kelemahan saya

semasa proses PdP.

- Saya mengenalpasti masalah murid dalam mengingati bilanagan rakaat

bagi setiap solat fardhu.

Langkah 1 Perancangan

- Membuat pemerhatian terhadap murid yang terlibat untuk mengenal

peribadi murid.

- Hasil daripada latihan bertulis melalui lembaran kerja yang dilakukan,

murid menunjukkan kesukaran untuk mengingati bilangan rakaat bagi

setiap solat fardhu. Dari sini saya merangka teknik dan bahan yang

dapat membantu murid saya untuk mudah mengingati isi pelajaran

tersebut.

- Saya menggunakan beberapa bahan instrumen kajian seperti boring

catatan refleksi murid, borang pemerhatian dan lembaran kerja kepada

murid.

Langkah 2 Pelaksanaan

- Saya telah menyediakan satu rancangan pengajaran harian lengkap

mengenai tajuk ibadah yang ingin diajar dan menyesuaikan langkah

pengajaran saya berdasarkan kaedah yang telah dipilih dengan

menjalankan aktiviti nasyid pada langkah ketiga proses pengajaran.

- Lirik nasyid yang dihasilkan adalah mengikut isi pelajaran yang ingin

diajar kepada murid dan dicipta liriknya berdasarkan lagu “ Penyanyi

Tegar” dan dengan kreativiti dan imaginasi saya tersendiri. Saya

menyanyikan nasyid tersebut mengunakan suara saya sendiri

berdasarkan irama lagu “Aku Sekarang Bukan Yang Dulu”. Saya

memilih irama ini kerana ianya sangat diminati dan sentiasa

dinyanyikan oleh murid-murid. Saya telah mengalunkan “ Nasyid

44342 (Bilangan Rakaat Solat)” ini dan diikuti oleh murid-murid secara

beramai-ramai. Pada peringkat awal aktiviti nasyid dijalankan, murid

dipaparkan dengan lirik yang telah disediakan dan selanjutnya murid

dikehendaki mengalunkan nasyid tanpa bantuan lirik yang bertulis.

- Sewaktu sesi pengajaran dan pelajaran berlangsung, saya telah

berusaha memastikan setiap langkah pengajaran yang dilaksanakan

memenuhi kehendak serta perancangan yang telah saya rancang. Selain

itu, saya juga telah berusaha memastikan semua murid berada dalam

keadaan yang bersedia sebelum proses pengajaran dijalankan. Hal ini

amat perlu diberi perhatian bagi memastikan langkah yang dirancang

memenuhi kehendak kajian yang dijalankan. Tiga kaedah telah dipilih

bertujuan untuk menilai penggunaan nasyid semasa sesi pengajaran

berlangsung iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan catatan refleksi

murid. Di akhir sesi pengajaran, peserta kajian akan diberikan lembaran

kerja serta borang catatan refleksi untuk dijawab dibawah pemantauan

guru.

Page 12: JURNAL

- Hasil yang diperolehi dari pemerhatian, catatan refleksi murid serta

jawapan dari lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian telah

dinilai dan dianalisis bagi melihat keberkesanan kaedah yang

digunakan.

Langkah 3

Memerhati

- Saya membuat pemerhatian dengan mencatat sebarang reaksi atau

perubahan prestasi responden.

- Temubual dijalankan selepas sesi PdP untuk tambahan maklumat pada

data yang diperolehi.

- Setelah semua lembaran kerja disiapkan, saya membuat semakan bagi

mengutip data untuk saya menganalisis sejauh mana masalah kajian ini.

Langkah 4 Mereflek

- Saya membuat refleksi terhadap proses PdP dan penggunaan teknik

Warna Dalam Huruf pada pembelajaran responden dan pengajaran saya.

Hasil Kajian dan Perbincangan

Dapatan kajian ini menunjukkan bagaimana penggunaan kaedah “Nasyid 44342” dapat

meningkatkan ingatan murid terhadap bilangan rakaat solat-solat fardhu.

Soalan Kajian 1: Adakah nyanyian “Nasyid 44342” dapat membantu murid mengingati

bilangan rakaat dalam solat fardhu?

Penggunaan kaedah nasyid dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya memberi kesan

dalam meningkatkan ingatan peserta kajian terhadap isi pelajaran bagi tajuk ibadah bilangan

waktu solat fardhu, hal ini dibuktikan berdasarkan analisis data yang telah diperolehi daripada

instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan catatan refleksi murid.

Hasil analisis data pemerhatian membuktikan, kaedah nasyid yang digunakan memperlihatkan

kemampuan peserta kajian menjawab lisan soalan yang dikemukakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapatan dari analisis dokumen juga turut

menunjukkan keseluruhan peserta kajian memperlihatkan peningkatan markah yang

diperolehi dari lembaran kerja yang diberikan.

Hasil dari analisis catatan refleksi murid turut menunjukkan kaedah nasyid yang digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan daya ingatan peserta kajian

terhadap isi pelajaran. Ini dapat dilihat melalui respon yang diberikan terhadap soalan yang

Page 13: JURNAL

dikemukakan kepada peserta kajian. Antara catatan bagi aspek ini ialah , “Ya, Saya ingat apa

yang diajar oleh ustaz” kata peserta kajian 2. Catatan daripada peserta kajian 4 pula ialah,

“Ya, Saya lebih senang ingat apa yang ustaz ajar”.

Melalui pemerhatian yang dilakukan,selepas saya menggunakan kaedah nasyid dalam

pengajaran saya didapati kesuluruhan peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam

menjawab soalan lisan yang dikemukakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Peserta kajian tidak akan berkemampuan menjawab soalan lisan yang

dikemukan sekirannya peserta kajian tidak mengingati isi pelajaran yang dipelajari. Selain

itu,selepas penggunaan kaedah nasyid didapati keseluruhan peserta kajian memperolehi

peningkatan markah bagi lembaran kerja yang diberikan. Hal ini membuktikan pengajaran

yang dilaksanakan selepas menggunakan kaedah nasyid memberikan kesan dalam

meningkatkan ingatan murid terhadap isi pelajaran seterusnya membolehkan peserta kajian

menjawab soalan yang diberikan kepada mereka.

Soalan Kajian 2: Adakah Nyanyian “Nasyid 44342” dapat menambah baik amalan

Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam membantu murid mengingati bilangan

rakaat dalam solat fardhu.

Dapatan daripada catatan refleksi murid turut membuktikan kaedah nasyid yang saya gunakan

di dalam proses pengajaran membantu meningkatkan ingatan peserta kajian terhadap isi

pelajaran. Hal ini dapat dilihat daripada jawapan yang dikemukan peserta kajian terhadap

soalan-soalan yang terdapat didalam borang catatan refleksi yang berkaitan dengan kaedah

nasyid membantu pembelajaran mereka. Antara catatan yang diperolehi ialah, “Ya, sebab lagi

mudah nak ingat apa yang ustaz ajar”, kata peserta kajian 3 manakala peserta kajian 4 pula

ialah, “Saya suka nasyid sebab lagi senang nak ingat apa yang ustaz ajar”.

Page 14: JURNAL

Jawapan yang dikemukan oleh peserta kajian ini menunjukkan hasil dari penggunaan kaedah

nasyid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung memberi kesan dalam

meningkatkan ingatan murid terhadap isi pelajaran.

Secara keseluruhannya, kaedah nasyid yang telah saya gunakan dalam pengajaran akidah bagi

tajuk Sifat Allah Wahdaniah berjaya meningkatkan mutu amalan pelajaran saya didalam kelas

dan ini dapat dilihat berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan berlakunya

perubahan terhadap peserta kajian sebelum dan selepas kaedah nasyid digunakan.

Page 15: JURNAL

Refleksi

Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan kepada guru-guru, individu-individu

serta diri sendiri. Di samping itu, hasil kajian ini dapat membaiki mutu keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Semoga kajian ini dapat dijadikan

rujukan dan panduan kerana penyelidik telah membuktikan kajian berkaitan kaedah nyanyian

nasyid telah banyak memberi impak dan manfaat terutama kepada murid sekolah tahap satu.

Kekuatan kajian ini dapat diukur pada objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengingati

bilangan rakaat solat fardhu untuk murid tahun 2. Penyelidik berpendapat pencapaian objektif

ini adalah satu kejayaan yang besar kepada penyelidik kerana perlu berdepan dengan sikap

dan masalah sukar mengingati di kalangan peserta kajian. Tetapi dengan intervensi yang telah

dilaksanakan dan hasil keputusan kajian ternyata memberi impak yang positif kepada subjek

untuk berjaya. Melalui latihan latih tubi dan nyanyian nasyid yang berterusan juga banyak

membantu peserta kajian memperkukuhkan ingatan bilangan rakaat solat fardhu dengan tepat.

Hal ini dapat memberi keyakinan kepada peserta kajian pada masa akan datang.

Penyelidik juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam kajian ini. Antaranya

sebahagian peserta kajian adalah dari kalangan murid LINUS yang tidak

mahir membaca dan menulis. Oleh itu, perkara ini sedikit sebanyak nenberi kesukaran kepada

penyelidik untuk menjalankan sesi pengajaran. Walaubagaimanapun, hal ini dapat melatih diri

penyelidik untuk terus bersabar mencari jalan penyelesaian kerana setiap masalah pasti ada

langkah mengatasinya.

Melalui kajian ini, penyelidik telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan baik dalam aspek

penulisan ilmiah ini mahupun berkaitan kaedah pengajaran untuk menarik minat murid serta

Page 16: JURNAL

memudahkan mereka untuk memahami dan mengingat perkara yang diajar. Hasil daripada

kajian ini, penyelidik dapat berkongsikan pengalaman menggunakan kaedah ini dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di kelas kepada rakan-rakan guru yang lain. Hal ini dapat

memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Penyelidik menghadapi kekangan dalam menyiapkan kajian ini terutamanya dalam aspek

masa. Hal ini kerana penyelidik merupakan seorang guru yang waktu bekerjanya sama seperti

guru-guru lain di sekolah. Bidang tugas di sekolah juga adalah sama sahaja dengan guru-guru

lain. Justeru itu, kajian ini adalah sebagai tugasan tambahan yang perlu penyelidik siapkan

dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan semangat juang dalam menyambung

pelajaran di peringkat ijazah ini, penyelidik terus bertekad untuk menyiapkan kajian ini

dengan sebaik mungkin. Segala kekangan yang dihadapi, penyelidik tetap perlu hadapi

dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka.

Penyelidik berkeyakinan bahawa ini adalah suatu ilmu yang sangat berguna sebagai seorang

pendidik. Oleh itu, ianya bukanlah satu kerugian untuk penyelidik menyiapkan kajian ini

dengan sebaik-baiknya tetapi ianya adalah suatu usaha yang bakal memberi faedah kepada

diri sendiri dan orang lain suatu hari nanti.

Page 17: JURNAL

Cadangan Kajian Seterusnya

Oleh kerana proses menambah baik pengajaran guru adalah merupakan satu proses yang

berterusan, saya akan berusaha untuk meneruskan kajian selanjutnya bagi meningkatkan

pengajaran saya di dalam Bidang Pendidikan Islam secara umumya dan pengajian akidah

secara khususnya. Hal ini amat penting untuk dilaksanakan bertujuan untuk memastikan guru

sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri dan menjadikan pengajaran guru tidak

tersasar dari objektif pengajaran yang telah dirancang. Cabaran masa yang begitu mencabar

dalam dekad ini,memerlukan sifat murid mempunyai asas akidah yang kukuh yang bukan

sahaja mampu diterjemahkan di dalam menjawab soalan peperiksaan sahaja tetapi ia

seharusnya perlu melangkaui matlamat tersebut iaitu dibuktikan dalam amalan seharian.

Bagi meneruskan kajian pada masa akan datang, saya melihat masih terdapat beberapa asapek

yang perlu diberikan perhatian serta penambahbaikan bagi menjadikan kaedah yang saya

gunakan ini memberikan kesan yang optimum terhadap pengajaran guru dan pembelajaran

murid. Bagi tujuan tersebut saya akan berusaha untuk mempelbagaikan jenis lagu yang

digunakan bagi memudahkan lagi murid untuk memberikan perhatian terhadap pengajaran

guru seterusnya memudahkan murid untuk mengingati isi pelajaran yang diajar guru.

Page 18: JURNAL

DRO/JPIPK/2.7.15

Rujukan

Abdul Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusof (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Raof Dalip (1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran agama Islam di Sekolah Menengah. Bangi.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh (2011). Asas Dinamika Guru, Jilid 1. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Sdn.Bhd.

Al-Quranul Karim

Atan Long (1983). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jay: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan , Bentong Pahang: PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Habib Bin Mat Som (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di malaysia:

Satu sorotan. Kertas Kerja Konvensen kebangsaan pendidikan Islam 2011, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Moo Fah Lin (1993). Setiap Sekolah Berpotensi Mencapai Kejayaan Cemerlang. Jabatan

Pendidikan Sabah: Terbitan Khas Sempena Hari Guru 1993, Hal. 74-80.

Newman, Harold (1972). Effective Language Arts Practices in the Elementary School

:Selected Readings. New York : John Wiley and Sons, Inc.

Nick Page (1995). Music As A Way Of Knowing, Stenhouse publishers The Galef Institute.

Norasiah Binti Abdullah, Nor risah Jamilah Binti Mat Lazim, Rosnah Binti AmadZain ( 2010 ). Teknologi

Dalam Pegajaran dan Pembelajaran. : PenerbitanMultimedia Sdn.Bhd

Norasiah binti Abdullah, Nor Risah Jamilah binti Mat Lazim, Rosnah binti Ahmad Zain

(2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong, Selangor:

Penerbitan Multimedia

Konsep Ibadah Dalam Islam. Diperoleh Mei 15, 2015 dari

http://ustaznazmi.blogspot.com/2008/04/konsep-ibadah-dalam-islam.html