jantung

6
JANTUNG Jantung adalah salah satu organ yang penting dalam badan manusia. Jantung merupakan pam yang mengedarkan darah ke seluruh badan. Darah diedarkan ke seluruh badan agar badan mendapat oksigen yang secukupnya. Kedudukan Jantung Dalam Badan Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon, terletak diantara peparu dan di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa  bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1. Gambarajah 1 [Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda,  jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik] Bucu jantung menghala ke bawah d an ke sebelah kiri. Biasanya  berukuran 5 inci (12 cm) panjang, 3.5 inci lebar (8-9 cm) dan 2.5 inci (6 cm) tebal atau secara ringkasnya sebesar tangan anda yang digenggam. Beratnya dalam 30-35 gram iaitu merangkumi 0.5% berat anda. Jantung mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium. Lapisan tengah pula dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang  paling luar adalah pericardium. Injap dan Ruang Dalam Jantung Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2): 1. Atrium Kanan (AK) 2. Ventrikel Kanan (VK) 3. Atrium Kiri (AR) 4. Ventrikel Kiri (VR)

Upload: moneecho

Post on 06-Jul-2015

923 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 1/6

 

JANTUNGJantung adalah salah satu organ yang penting dalam badan manusia.

Jantung merupakan pam yang mengedarkan darah ke seluruh badan.

Darah diedarkan ke seluruh badan agar badan mendapat oksigen yang

secukupnya.

Kedudukan Jantung Dalam Badan Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon,terletak diantara peparu dan di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa

 bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1.

Gambarajah 1[Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda,

 jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik]

Bucu jantung menghala ke bawah dan ke sebelah kiri. Biasanya berukuran 5 inci (12 cm) panjang, 3.5 inci lebar (8-9 cm) dan 2.5 inci (6

cm) tebal atau secara ringkasnya sebesar tangan anda yang digenggam.

Beratnya dalam 30-35 gram iaitu merangkumi 0.5% berat anda. Jantung

mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium.

Lapisan tengah pula dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang

 paling luar adalah pericardium.

Injap dan Ruang Dalam Jantung 

Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2):

1. Atrium Kanan (AK)

2. Ventrikel Kanan (VK)

3. Atrium Kiri (AR)4. Ventrikel Kiri (VR)

Page 2: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 2/6

 

 

Setiap satu ruang mempunyai injap sehala yang menghalang aliran balik 

darah. A pabila jantung mengecut, injap aka terbuka dan apabila jantungselesai mengembang, injap akan tertutup untuk menghalang darah dari

mengalir ke arah yang bertentangan.

4. Tricuspid valve - Injap Trikuspid.

5. Pulmonary valve - Injap Pulmonari.

6. Mitral valve - Injap Mitral (Bikuspid).7. Aortic valve - Injap Aorta.

Denyutan Jantung 

A pabila jantung mengecut (sistol), ia mengepam darah keluar dari

 jantung. Jantung mengecut dalam dua peringkat. Peringkat pertama,atrium kanan dan kiri mengecut dengan serentak lantas mengisi darah ke

dalam ventrikel kiri dan kanan. Kemudian, kedua-dua ventrikel

mengecut untuk mengepam darah keluar dari jantung. A pabila jantung

 berehat (diastol), darah akan mengisi semula ruang dalam jantung.

Bahagian kanan dan kiri jantung mempunyai fungsi yang berlainan.

Bahagian kanan mengumpul darah ternyahoksigen dari badan dan

Page 3: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 3/6

 

mengepamnya ke jantung untuk memungut oksigen dan membuangkarbon dioksida.

Bahagian kiri pula mengambil darah beroksigen dari peparu dan

mengepamnya ke seluruh badan untuk sel mendapat oksigen secukupnya

agar badan dapat berfungsi dengan sempurna.

Pengaliran Darah 

Darah mengalir masuk ke jantung melalui bahagian kanan jantung

menerusi dua vena iaitu: Vena Kava Superior (VKS) dan Vena Kava

Inferior (VKI) (lihat gambarajah 3).

VKS mengambil darah dari bahagian atas badan. VKI mengambil darah

dari bahagian bawah badan. Darah yang melalui dua vena ini akan

masuk ke atrium kanan. 

A pabila atrium kanan mengecut, darah akan melalui injap trikuspid

(4) dan masuk ke ventrikel kanan (5). Ventrikel kanan mengecut dan

darah dipam ke injap pulmonari (6) terus ke arteri pulmonari (7) dan

masuk ke dalam peparu untuk mengambil oksigen.

Gambarajah 3

Page 4: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 4/6

 

Darah kemudiannya kembali ke jantung dari peparu melalui vena

pulmonari (8) dan masuk ke atrium kiri (9). A pabila atrium kiri

mengecut, darah mengalir melalui injap bikuspid (10) dan ke ventrikel

kiri (11). Ventrikel kiri adalah ruang yang paling penting kerana

mengepam darah ke injap aorta (12) dan terus ke aorta (13). Ventrikel

kiri mempunyai otot yang lebih tebal kerana perlu mengepam darah keseluruh badan dan mempunyai tekanan yang lebih tinggi dalam

keseluruhan sistem peredaran darah.

Secara ringkasnya, peredaran darah adalah seperti berikut:

y  Vena kava - Atrium kanan - Injap trikuspid - Ventrikel kanan -

Injap bulan sabit - Arteri Pulmonari - Peparu

Darah menyerap oksigen dari peparu, kemudian mengalir:

y  Vena pulmonari - Atrium kiri - Injap bikuspid - Ventrikel kiri -

Injap aorta - aorta - badan

Sistem Elektrik  

Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung anda boleh berdegup?

Macamana degupan itu boleh berlaku secara automatik, tiap-tiap jamdan tiap-tiap hari?

Jawapan adalah kerana terdapat satu sel khas yang mempunyai

keupayaan untuk menghasilkan elektrik secara sendiri. Sel ini

memisahkan partikel yang mempunyai cas. Kemudian, sel ini secara

spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan. Ini menghasilkan

impuls elektrik lalu menyebabkan jantung mengecut. Sel ini bekerja

secara berterusan untuk menghasilkan degupan yang biasanya 72 kaliseminit.

Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup jantung secaranormal. Ia terletak di atrium kanan. jantung juga mempunyai gentian

khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke seluruh jantung

(lihat gambarajah 4).

Page 5: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 5/6

 

 Gambarajah 4

Impul elektrik ini bergerak dari nod sinoarteri (1) ke atrium kiri dan

kanan, menyebabkan kedua-dua atrium ini mengecut. Proses ini

mengambil masa 0.04 saat. Selepas itu, impuls elektrik ini bergerak ke

Nod Atrioventrikular (AV node) (2) dan terus ke Bundle of His (3).Kemudian ia terbahagi kepada cabang kiri dan kanan (4) dimana ia

 bergerak dengan pantas menuju ke gentian Purkinje (5) lalumenyebabkan ventrikel kanan dan kiri mengecut.

Sila klik disini untuk melihat animasi degupan jantung.

Maklumat Menarik Mengenai Jantung 

Apa yang menyebabkan degupan jantung anda mempunyai bunyi? 

A pabila doktor mengesan degupan jantung anda, bunyi lub-dub akan

kedengaran. Bunyi yang pertama (lub) adalah akibat pergerakan darah

apabila melalui injap trikuspid dan injap bikuspid semasa injap initertutup. Bunyi yang kedua (dub) adalah disebabkan oleh pergerakan

darah akibat penutupan injap bulan sabit dan injap pulmonik.

Berapakah degupan jantung anda seminit? Degupan jantung yang normal adalah 72 kali seminit. Pada satu-satu

hari, ia boleh berdegup sebanyak 100,000 kali. Dalam setahun, ia

Page 6: JANTUNG

5/7/2018 JANTUNG - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jantung-559abb1e6b759 6/6

 

 berdegup sebanyak 38 juta kali, dan apabila umur anda mencapai 70tahun, ia boleh berdegup sebanyak 2.5 billion kali.

Adakah degupan jantung anda akan berubah apabila anda semakin

tua? Degupan jantung memang berubah apabila anda meningkat tua. Ini

adalah carta untuk degupan jantung pada umur yang berlainan:

Umur  Degupan 

Baru lahir 130

3 bulan 140

6 bulan 130

1 tahun 120

2 tahun 115

3 tahun 100

4 tahun 100

6 tahun 100

8 tahun 90

12 tahun 85

dewasa 60 - 100