jahiliah moden satu kupasan

24
PENGENALAN Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Dari segi istilah jahiliah bermaksud tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban tamadun, masyarakat yang jahil dalam ilmu dan tidak berakhlak 1 . Masyarakat arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M. hingga 610 M. Zaman jahiliah juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat arab jahiliah tidak menyembah Allah malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme 2 . Secara umumnya masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada 2 golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadhari pula menetap di kawasan persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak. Kedudukan wanita didalam masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Malah ada 1 Muhd Yusuf Bin Ibrahim. 2005. Sejarah Tingkatan 4. Cetakan Keempat. Ampang. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 99,100. 2 Ibid. Hlm. 100. 1

Upload: muhammad-mujahid-b-roslan

Post on 08-Jun-2015

6.826 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

From Diploma in Economics. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).Subjek: Pengajian Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Jahiliah Moden Satu Kupasan

PENGENALAN

Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Dari segi istilah jahiliah bermaksud tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban tamadun, masyarakat yang jahil dalam ilmu dan tidak berakhlak1.

Masyarakat arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M. hingga 610 M. Zaman jahiliah juga dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat arab jahiliah tidak menyembah Allah malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme2.

Secara umumnya masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada 2 golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadhari pula menetap di kawasan persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak. Kedudukan wanita didalam masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Malah ada dikalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

(Al-Quran Surah Al-Nahl: 58-59.)

Terjemahannya:

“Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut

1 Muhd Yusuf Bin Ibrahim. 2005. Sejarah Tingkatan 4. Cetakan Keempat. Ampang. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 99,100.2 Ibid. Hlm. 100.

1

Page 2: Jahiliah Moden Satu Kupasan

dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan ”.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Sikap para pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah. Eksplotasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalam biasa.

Terdapat beberapa bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama Wathani, Animisme dan Samawi. Terdapat juga masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif iaitu agama yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.. Antara pengikut ajaran agama Hanif sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ialah Waraqah bin Naufal, Uthamn bin Huwairith dan Abdullah bin Jahsh3.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah .Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturan sendiri yang diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil sheikh. Amalan sistem kabilah telah mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat Arab Jahiliah. Antara kesannya ialah munculnya semangat Assabiyah atau semangat kesukuan melampau. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain sering terjadi di dalam masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan Al-Basus adalah contoh dimana peperangan ini berlaku di antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar selama 40 tahun4.

Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai beberapa sifat yang mulia, antaranya pemurah. Masyarakat Arab Jahiliah sering berlumba-lumba untuk mempamerkan sikap pemurah dan mereka bermegah dengan sifat tersebut. Namun begitu, kesan sifat pemurah ini melibatkan mereka dalam perjudian. Ini kerana apabila mereka menang judi, mereka akan memberikan lebihan harta yang dimenangi itu kepada orang miskin. Kerana itulah al-Quran tidak menolak bahawa arak dan judi ada manfaatnya5. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

)Al-Quran surah Al-Baqarah: 219(

3 Ibid. hlm 101.4 Ibid. hlm 102.5 Al-Sheikh Safiyuu al-Rahman al-Mubarakfuri. 2006. Sirah Nabawiyyah S.A.W. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Hlm 50.

2

Page 3: Jahiliah Moden Satu Kupasan

Terjemahannya:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah:“ (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari kepeluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-NYA (keterangan-keterangan hokum-NYA) supaya kamu berfikir”.

Denagan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah menukarkan masyarakat Arab Jahiliah ke masyarakat yang bertamadun dari segi rohaniyah mahupun lahiriah sehinggakan kemunculan beberapa empayar Islam yang agung seperti empayar Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah yang akhirnya menyumbangkan kepada Renaissance di Eropah.

FAKTOR JAHILIAH MODEN

3

Page 4: Jahiliah Moden Satu Kupasan

Jahiliah ini wujud berpunca dari perbuatan manusia itu sendiri. Sejarah menunjukan sikap manusia yang tidak mempunyai pedoman serta pegangan hidup menjadikan manusia mempunyai nilai-nilai yang buruk atau jahiliah. Disini kami menerangkan beberapa faktor jahiliah pada abad ke 20 ini atau dengan erti kata lain ‘jahiliah moden’.

Faktor pertama ialah akidah yang sesat6. Ini adalah sebab utama kemunculan masyarakat jahiliah itu sendiri. Akidah amat penting bagi menjadi pegangan hidup seseorang manusia. Akidah yang benar bagi kesuluruhan umat manusia adalah islam. Akidah beginilah yang dapat menolong manusia kearah kebenaran dan menjadikan manusia itu jauh dari sifat tercela dan buruk.

Apabila akidah seseorang itu menyelewang atau akidah selain daripada islam maka manusia akan mengalami kesesatan. Hal ini dapat dilihat di barat dimana keruntuhahan moral amat dahsyat sehinggakan adanya perliku manusia yang berupa seperti binatang dan syaitan. Ini disebabkan akidah mereka yang menyelewang dari akidah yang diredhai Allah.

Dalam sejarah telah membuktikan bahawa penyelewangan akidah telah menjadikan manusia itu mengalami keruntuhan akhlak, banyak berlaku peperangan dan pergaduhan sesama mereka. Malah belum pernah terjadi dalam sejarah manusia yang berpegang teguh pada akidah mengalami kerosakan dan keburukan. Contohnya sewaktu zaman kegemilangan empayar Turki Uthamaniyyah dimana manusia berpegang teguh kepada akidah. Ini kerana akidah yang benar sahaja dapat menjadikan manusia mempunyai pedoman dan mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.

Penyelewangan akidah merupakan faktor utama yang mebawa kepada kemunculan jahiliah itu sendiri. Apabila akidah seseorang itu menyeleweng maka automatik akhlak dan sifat-sifat mereka menjurus kepada kejahiliahan.

Faktor kedua pula ialah tidak melaksanakan hukum Allah 7. Secara umumnya, manusia yang menggunakan hukum selain dari hukum Allah mempunyai kelemahan dan keburukannya. Malah hukum yang dicipta manusia pasti tidak akan terlepas dari pelbagai kesilapan untuk mengukur manusia itu sendiri dari setiap aspek kehidupan. Terutamanya dalam menjaga hubungan manusia dengan Allah s.w.t yang mana jika tidak dipelihara sebaik mungkin dapat menggugat iman seseorang muslim.

Oleh kerana sifat pemimpin yang hanya mengikut hawa nafsu dan kelemahan iman tidak hairanlah sesuatu negara itu terjerumus kedalam lembah kehancuran dan kemaksiatan. Malah ada orang islam yang sanggup menolak hukum Allah dan meletakkan sesuatu hukum mengikut nafsu mereka. Firman Allah s.w.t :

6 Muhammad Quthb. 1989. Jahiliah Abad Dua Puluh. Kuala Lumpur. Victory Agencie. Hlm 56.7 Ibid. Hlm 63

4

Page 5: Jahiliah Moden Satu Kupasan

(Al-Quran, Al-Ma’idah: 49)

Terjemahannya:

“…..Dan hendaklah kalian menetapkan hukum di antara kalian menurut apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah kalian mengikuti hawa nafsu mereka (yang mengingkari Allah). Hati-hatilah kalian terhadap mereka, jangan sampai mereka dapat memalingkan kalian dari sebahagian (hukum) yang telah diturunkan Allah…”.

Maka tidak hairanlah Negara-negara Islam mengalami keruntuhan moral yang dahsyat seperti yang terjadi di barat kerana sikap pemimpin yang menolak hukum Allah dan mengunakan hukum buatan manusia yang berasal dari barat. Seperti yang disabdakan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

“Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani dimaksudkan? ”. Nabi s.a.w menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”8.

)Hadis Riwayat Muslim(

Hanya peraturan dan hukum Allah sahaja yang bersih daripada segala kepentingan manusia. Malah hukum Allah adalah sesuai dipakai sepanjang zaman. Maka sesiapa yang menolak hukum Allah tidak akan terlepas dari kesesatan dan kejahiliahan.

Faktor ketiga jahiliah moden ialah mengikut hawa nafsu9. Hawa nafsu adalah fitrah manusia terdiri daripada nafsu makan, tidur, shawat dan sebagainya.. Manusia suka kepada hawa nafsu seperti firman Allah:

(Al-Quran, Al-Imran: 14)

8 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. 2000. 40 Hadis Perisriwa Akhir Zaman. Cetakan Kedua. Kedah. Khazanah Banjariah. Hlm. 20.9 Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 65.

5

Page 6: Jahiliah Moden Satu Kupasan

Terjemahannya:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".

Walaupun begitu, apabila manusia melampui batas-batas fitrah manusia maka ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri. Apabila semua kehidupan telah dikuasai oleh nafsu, maka akan wujudlah sifat jahiliah yang menjadikan manusia itu setaraf dengan haiwan dan jauh dari nilai-nilai murni. Bahkan juga mungkin lebih hina dari haiwan.

Contohnya perkara yang berkaitan dengan riba. Dimana manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu dengan mengaut keuntungan yang lebih tanpa menghiraukan golongan yang tidak berkemampuan dengan mengamalkan riba.

Manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu tidak akan terlepas dari sifat-sifat jahiliah itu sendiri. Dimana hawa nafsu itu adalah kunci terjadinya sifat jahiliah.

Kesimpulannya faktor-faktor diatas telah memberi kesan atau impak negatif kepada manusia terutamanya kepada umat islam itu sendiri. Hal demikian disebabkan dari sifat manusia tu sendiri yang terlalu mengikut hawa nafsu serta keinginan yang melampau. Keadaan seperti itu merupakan pendorong atau penyumbang kepada kewujudan masyarakat jahiliah. Oleh itu,sebagai manusia yang telah dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir seharusnya lebih memahami untuk memilih yang baik mahupun yang buruk.

CIRI JAHILIAH MODEN

Masyarakat Jahiliah Moden juga mempunyai ciri-ciri seperti Masyarakat Arab Jahiliah. Namun ciri-ciri mereka lebih maju dan moden sesuai dengan zamannya. Antara cirri-cirinya ialah dari sudut perbuatan, ekonomi, sosial, aqidah dan politik.

Ciri pertama masyarakat jahiliah moden secara umum ialah dari sudut perbuatan10. Masyarakat jahiliah yang mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan yang diamalkan mereka seperti binatang. Mereka mengamalkan perbuatan

10 Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 125.6

Page 7: Jahiliah Moden Satu Kupasan

mengikut nafsu tanpa mengira bahawa fitrah manusia yang membenci keburukan dan menyukai kebaikan.

Minum minuman yang memabukkan adalah salah satu perbuatan jahiliah moden. Malah manusia pada zaman moden ini mengetahui bahawa banyak keburukan yang didapati daripada minum minuman seperti arak, tapai dan sebagainya. Malah ramai orang islam yang meminum arak tetapi mengatakan bahawa apa yang diminum mereka bukanlah arak seperti sabda nabi Muhammad s.aw:

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t akan merubah mereka menjadi kera atau babi”.

)Hadis Riwayat IbnuMajah(

Antara kesan meminum arak boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Arak adalah punca kepada kemaksiatan seperti berzina, membunuh, dan sebagainya. Selain itu, ia juga antara penyebab perpecahan dan permusuhan dikalangan masyarakat.

Selain daripada minum minuman yang memabukkan masyarakat jahiliah moden melakukan perkara yang lebih memudaratkan dan lebih dahsyat daripada minum minuman yang memabukkan, iaitu penyalahgunaan dadah. Pada asalnya dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat-ubatan tetapi ia disalah gunakan secara berlebih-lebihan. Orang yang menghisap dadah akan menjadi khayal, tidak sedar diri dan mabuk. Malah menghisap dadah secara berterusan akan menjadikan mereka terdedah kepada penyakit yang tiada ubatnya seperti HIV dan Aids. Dadah juga menyumbangkan kepada perkembangan jenayah dimana penagih dadah memerlukan wang bagi membeli dadah. Mereka sanggup merompak, mencuri, dan lain-lain bagi memperolehi wang untuk menghilangkan ketagihan.

Masyarakat jahiliah moden juga suka kepada perjudian. Perjudian adalah permainan di mana pemain bertaruh untuk memilih satu pilihan diantara beberapa pilihan dimana hanya satu pilihan saja yang betul11. Antara jenis-jenis perjudian ialah menggunakan daun terup, lumba kuda, tikam nombor dan sebagainya. Perjudiaan boleh menyebabkan ketagihanan. Kesan orang yang berjudi adalah kehidupan

11 2008. Perjudiaan. Wikipedia Ekslopedia Bebas. http://id.wikipedia.org/wiki/Perjudian. 28 November.

7

Page 8: Jahiliah Moden Satu Kupasan

mereka tidak tenteram kerana banyak hutang, terjebak dalam jenayah seperti mencuri, samseng dan lain-lain.

Pembuangan anak adalah salah satu perbuatan jahiliah moden. Ia berpunca dari hasil perhubungan luar nikah atau dengan erti kata lain penzinaan. Tanpa rasa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah, semak, lubang tandas,dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri mereka dikesan kerana melakukan penzinaan dan mengelak menanggung malu. Malah golongan ini gagal menghayati firman Allah yang berbunyi:

(Al-Quran, Asy-Syuraa: 58,59)

Terjemahannya:

Bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya.Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Itulah diantara sebahagian kecil perbuatan jahiliah moden. Tidak hairanlah statistik jenayah semakin meningkat )rujuk lampiran( .Mereka melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan jauh dari nilai-nilai kemanusian dimana semua perbuatan itu adalah dosa besar. Ramai orang islam itu sendiri yang melakukan amalan jahiliah moden ini.

Ciri kedua Jahiliah moden ialah dari sudut ekonomi12. Aktiviti ekonomi yang dijalankan banyak mendatangkan keburukan. Aktiviti ekonomi ini menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Malah ekonomi ini menyebabkan golongan kaya menindas golongan miskin seperti sistem ekonomi kapitalis atau pasaran bebas.

Ekonomi kapitalis menjadikan riba sebagai salah satu elemen dalam ekonomi itu sendiri. Riba digunakan untuk mengaut keuntungan dengan cepat dan banyak. Biasanya institusi perbankan yang menyediakan pinjaman kepada orang ramai dan akan mengenakan faedah )riba( yang tinggi. Sistem ekonomi ini memberikan golongan peminjam tertindas dan kebanyakan peminjam bankrap disebabkan kadar faedah yang tinnggi. Kesan daripada pengamalan riba ini mewujudkan pertambahan

12 Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 155.8

Page 9: Jahiliah Moden Satu Kupasan

golongan miskin. Oleh kerana golongan ini kesempitan hidup maka kesannya akan terjadinya jenayah seperti mencuri, meragut dan sebagainya. Itulah sebabnya Allah mengharamkan riba seperti firmanNYA:

(Al-Quran, Al-Baqarah 275)

Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Kegiatan menyorok barang juga adalah salah satu jahiliah moden. Peniaga yang menginginkan keuntungan lebih mengunakan jalan singkat iaitu menyorok barang. Mereka menekan pengguna dengan menyorok barang keperluan asas seperti gula, beras dan sebagainya. Oleh kerana kekurangan barang dalam pasaran, maka harga sesuatu barang itu akan naik secara mendadak, ini memberikan kesan kepada golongan yang kurang kemampuan.

Perbuatan jahiliah moden yang hanya mementingkan keuntungan dan menindas golongan yang kurang berkemampuan. Maka, tidak hairanlah kadar jenayah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ciri ketiga jahiliah moden pula ialah dari sudut sosial13. Masyarakat Jahiliah Moden lebih maju kedepan dalam sudut sosial. Walaupun begitu semakin maju teknologinya maka semakin banyak kemaksiatan.

Kewujudan media massa yang semakin canggih seperti televisyen, radio dan internet yang hanya memyiarkan kepada tatapan umum hiburan yang melalaikan.Hal ini dapat dilihat di televisyen terutamanya yang menyiarkan siaran berbentuk jahiliah moden seperti konsert, drama yang melalaikan, filem yang berunsur lucah dan sebagainya. Hal ini memberikan kesan negatif kepada umat manusia itu sendiri terutamanya golongan remaja yang senang terpengaruh.13 Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 171.

9

Page 10: Jahiliah Moden Satu Kupasan

Masyarakat jahiliah moden bersikap perkauman yang melampau. Ini dapat dilihat dimana pembentukan sesuatu negara berasaskan bangsa dan bahasa. Malah ada juga manusia yang melakukan pembersihan kaum. Ini dapat dilihat di Eropah dimana sikap perkauman mereka masih menebal dimana pergaduhan diantara orang berkulit putih dan orang berkulit hitam sering terjadi. Sebagai contoh, sewaktu perlantikan Presiden Amerika yang berkulit hitam dimana ramai orang berkulit putih marah dan tidak bersetuju disebabkan sifat perkauman mereka sendiri.

Ciri keempat masyarakat Jahiliah Moden ialah dari sudut akidah14. Masyarakat Jahiliah Moden pada masa ini, mempunyai pelbagai pegangan dan kepercayaan seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi,fahaman Atheis dan sebagainya.

Agama Islam adalah akidah yang sebenar-benarnya. Ia ditegaskan dalam Firman Allah s.w.t yang berbunyi:

(Al-Quran, Ali-Imran: 85)

Terjemahannya:

Dan sesiapa Yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Walaupun begitu berlakunya penyelewangan yang dilakukan oleh orang-orang islam itu sendiri terhadap agama Islam bagi mendapat nikmat di dunia yang sementara. Contohnya mengaku boleh berkata dengan Rasulullah s.a.w , Mengaku Rasul melayu dan baru-baru ini fahaman MLM. Hal ini menjadikan akidah yang sesat kerana mengada-gadakan peraturan mengikut hawa nafsu. Ini akan merosakkan umat Islam itu sendiri malah akan timbul sifat-sifat jahiliah moden kerana menghalalkan apa yang haram dan sebaliknya.

Agama yang sesat seperti agama Kristian. Agama Kristian hanya menumpukan kepada hubungan dengan tuhan tanpa memelihara hubungan sesama manusia dan alam. Mereka ini berpendapat bahawa golongan paderi seperti malaikat. Golongan paderi tidak boleh berkahwin dan ini bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri. Maka berlakulah jenayah rogol dikalangan paderi kerana kebodohan mempercayai agama yang direka-reka oleh manusia. Tidak hairanlah masyarakat kristian mengalami kehancuran moral. Hal ini boleh dilihat di barat dimana majoriti menganut kristian.

Fahaman yang melampau seperti fahaman Atheis yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Mereka hanya mempercayai apa yang dinampak sahaja dan

14 Muhammad Yusuf bin Ibrahim. Op. cit Hlm 100.10

Page 11: Jahiliah Moden Satu Kupasan

mengatakan bahawa manusia ini seperti binatang. Mereka ini lebih teruk dari Masyarakat Arab Jahiliah. Oleh yang demikian, golongan ini melakukan kerosakan, kemaksiatan dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa manusia akan mati begitu sahaja dan tiada pembalasan diakhirat.

Itulah diantara akidah Masyarakat Jahiliah Moden berpunca dari fahaman yang sesat lagi menyesatkan. Meraka ini mempunyai sifat-sifat jahiliah yang berpunca dari agama yang direka manusia bagi kepentingan manusia itu sendiri. Tanpa mempedulikan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. sebagai pedoman hidup.

Ciri terakhir masyarakat Jahiliah Moden boleh dilihat dari segi politik15. Bermacam-macam ideologi politik seperti Sekularisme, Komunisme, Liberalisme, Kapitalisme dan sebagainya. ideologi ini wujud berpunca dari zaman yang semakin moden dan canggih.

Ideologi sekularsime ialah ideologi bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran, dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama16. Fahaman ini diasaskan di Eropah sewaktu Zaman Renaissance. Ideologi ini dapat dilihat di negara kita sendiri iaitu Malaysia,Walaupun agama rasmi Malaysia adalah Islam tetapi aspek agama Islam diasingkan dalam undang-undang dan pentadbiran. Ia dapat dilihat, dimana Malaysia menggunakan undang-undang penjajah British. Ia menyebabkan berlakulah jenayah berleluasa seperti penzinaan, minum arak, pembuangan anak dan lain-lain yang berpunca dari kelemahan peraturan undang-undang buatan manusia itu sendiri.

Ideologi komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Ideologi ini diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Ideologi komunis ini tidak mempercayai agama. Mereka berpendapat agama merancuni fikiran manusia. Ideologi Komunis menerima teori evolusi Charles Darwin sebagai panduan, untuk menerima manusia lain sebagai haiwan, melayan mereka sama seperti haiwan, dan menindas mereka17. Negara yang mengamalkan fahaman ini seperti Cuba dan China. Kerajaan di China memgamalkan Ideologi Komunis dimana penunjuk perasaan diambil tindakan yang tegas tanpa perikemanusiaan sehingga melepaskan peluru hidup kearah penunjuk perasaan dan dibelasah beramai-ramai. Contohnya pembebasan wilayah Tibet dari China.

Itulah sebahagian ideologi-ideologi Jahiliah Moden. Ideologi-ideologi politik seperti ini jelas amat menyimpang dari nilai-nilai agama itu sendiri. Malah

15 Muhammad Quthb. Op. cit .Hlm 130.16 2008.Sekularisme . Wikipedia Ekslopedia Bebas. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme. 28 November.17 2008.Komunisme. Wikipedia Ekslopedia Bebas. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme. 28 November.

11

Page 12: Jahiliah Moden Satu Kupasan

kelemahan ideologi-ideologi ini semakin jelas dilihat, dimana keruntuhan moral berlaku dimana-mana.

ISU-ISU SEMASA DAN PENDAPAT PELAJAR

Sejak kebelakangan ini, kes membuang bayi makin berleluasa di mana-mana saja dan ia amat menggemparkan kerana sikap mereka terbabit yang tidak mempunyai belas ihsan dan tanggungjawab.

Bayi yang tidak berdosa ini kebanyakannya adalah hasil daripada perhubungan luar nikah dilakukan pasangan muda.Al-Quran dan Sunnah acap kali mengingatkan betapa nilai hidup makhluk Allah. Jangankan manusia yang menjejak kaki di persada bumi, janin dalam perut ibu pun walaupun masih pada peringkat proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Tanpa rasa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri mereka dikesan.Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan.Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.

12

Page 13: Jahiliah Moden Satu Kupasan

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu.Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran”

)Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy(.

Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang, jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.”

)Riwayat Bukhari(.

Baru-baru ini Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyatakan bahawa kes buang bayi adalah sebanyak 83 tahun lalu, meningkat berbanding 65 kes pada 2000. Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 22 kes pada 2000 dan 24 kes pada 2006. Daripada jumlah 83 kes dalam tahun 2006 di seluruh negara, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu menimpa selepas berlaku perzinaan.Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama melahirkan bayi di luar nikah.

Pada pendapat kami)pelajar(, masalah jahiliah moden yang dilakukan oleh beberapa pihak ini adalah kerana sikap kerajaan yang tidak mengunakan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam pentadbiran negara itu sendiri. Sikap beberapa pemimpin yang mengatakan undang-undang Islam tidak releven dan mempersoalkannya. Maka tidak hairanlah gejala seperti ini gagal dibendung malah semakin teruk disebabkan sikap pemimpin itu sendiri.

13

Page 14: Jahiliah Moden Satu Kupasan

CARA MENGATASI JAHILIAH MODEN

Cara mengatasi jahiliah moden secara umumnya ialah dengan kembali kepada Islam dan tiada cara lain selain dari kembali kepada Islam18 seperti Firman Allah s.w.t:

(Al-Quran, Al-Ma’idah: 50)

Terjemahannya:

“Apakah mereka mengkhendaki hukum jahiliah? Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah, bagi orang-orang yang yakin (benar-benar)?”

Hanya dengan kembalinya kepada Islam dengan sebenar-benarnya sahaja manusia dapat menghapuskan sifat-sifat jahiliah itu sendiri. Sejarah menunjukkan bagaimana masyarakat Arab Jahiliah kembalinya kepada Islam, telah mendapat rahmat dan kesenangan dimana menjadi masyarakat yang bertamadun sehingga mampu 18 Muhammad Quthb. Op. cit. Hlm 259.

14

Page 15: Jahiliah Moden Satu Kupasan

mengalahkan Empayar Rom dan Parsi yang telah lama wujud. Secara amnya kerajaan, Ibubapa, masyarakat dan media massa perlulah memainkan peranan yang efektif dengan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.

Perananan Kerajaan amat penting kerana merekalah yang mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang penjajah kepada undang-undang Islam contohnya penggubalan undang-undang Hudud. Kerajaan juga perlu mengangkat martabat makamah Islam yang diasingkan dari hieraki mahkamah itu sendiri. Malah kerajaan perlulah meningkat penguatkuasaan penjualan benda-benda haram seperti arak dan menambah anggota dalam bidang penguatkuasaan maksiat. Kerajaan juga perlu mengangkat martabat Ulama dengan menjadikan mereka penasihat dalam Kerajaan.

Peranan Ibubapa penting bagi menjamin golongan remaja dan kanak-kanak tidak terjebak kepada jahiliah moden. Mereka perlu memberikan didikan agama yang secukupnya dengan mengajar menbaca Al-Quran, sembahyang dan memghantar ke sekolah yang mengajarkan ilmu fardu ain. Malah ibubapa perlu mengawasi anak-anak supaya mereka tidak terjebak kepada perbuatan jahiliah moden.

Peranan istitusi kemasyarakatan juga penting bagi membanteras dan menangani masalah jahiliah moden. Mereka perlulah memgimarahkan masjid dengan majlis-majlis ilmu. Selain itu mereka juga perlulah menegur golongan yang melakukan perbuatan jahiliah moden ini.

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membanteras gejala Jahiliah Moden ini. Media massa seperti televisyen perlu menghapuskan rancangan yang tidak berfaedah dan yang mempunyai unsur-unsur jahiliah moden itu sendiri. Sebagai contoh rancangan realiti tv seperti Gangstarz, Akedemi Fantasia, Gadis Melayu dan banyak lagi. Malah filem atau drama yang tidak sesuai juga perlu dielakkan. Media massa juga perlu memperbanyakkan program-program yang berfaedah dan islamik.

Tuntasnya peranan kerajaan, ibubapa, masyarakat dan media massa penting bagi membendung gejala jahiliah moden. Hanya menggunakan pendekatan kepada Islam sahajalah yang dapat membendung gejala jahiliah moden .

15

Page 16: Jahiliah Moden Satu Kupasan

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, kemunculan masyarakat Jahiliyah Moden berpunca dari sikap manusia itu sendiri yang tidak menerima Islam secara satu cara hidup.Meraka ini telah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang suci yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.Meraka merasakan agama Islam ialah agama yang menghalang mereka memperoleh kebebasan bagi memenuhi tuntutan nafsu mereka semata-mata.

Malah masyarakat Jahiliahan Moden ini lebih teruk dari masyarakat Arab Jahiliah disebabkan manusia semakin moden dan semakin maju. Oleh kerana sifat manusia yang sombong dan bongkak itulah maka tidak hairanlah pelbagai bala dari Allah s.w.t menimpa kepada manusia itu sendiri seperti hadis Rasulullah s.a.w:

“Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasullulah s.a.w kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, Lima Perkara kalau kamu dibalakan dengannya maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah s.w.t, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah;

1. Tiada terzahirnya (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak dikalangan mereka,dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.

16

Page 17: Jahiliah Moden Satu Kupasan

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberiakn hujan oleh Allah s.w.t

4. Dan tiada mereka mugkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak menjadikannya pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri”19.

)Hadis Riwayat Ibnu Majah(

19 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. Op. cit. Hlm 82.17