orkestra cina moden

23
MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK 9 Muzik Ensembel Sosial Popular – Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan) Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Orkestra Cina Moden Hasil Pembelajaran 1. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) Kerangka Tajuk Ini Rajah 1: Kerangka Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan) 38 Repertoir Alat-alat muzik Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)

Upload: amran-aris

Post on 15-Apr-2017

409 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

TAJUK 9 Muzik Ensembel Sosial Popular – Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)

SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Orkestra Cina Moden

Hasil Pembelajaran

1. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)

2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)

Kerangka Tajuk Ini

Rajah 1: Kerangka Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)

38

RepertoirAlat-alat muzik

Orkestra Cina Moden(Huayue Tuan)

Page 2: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

9.0 Pengenalan

Pada awal kurun ke 20 negara Cina telah terpengaruh dengan budaya dan

idea-idea Barat. Ramai pelajar telah mempelajari muzik di negera-negara Eropah

dan membawa pulang nilai dan budaya Barat ke tanahair mereka. Mereka

menadapati bahawa wilayah Cina telah banyak ketinggalan zaman maka

diwujudkan satu jenis orkestra yang tak pernah ada di Cina. Hasil ciptaan mereka

merupakan satu sintesis di antara muzik cina dan muzik barat. Tahun 30an ini

menandakan titik bermulanya orkestra moden di Cina.

Pada dekad ke 60, masyarakat Cina di Malaysia diperkenalkan dengan

corak ensembel ini apabila beberapa pelajar cina tempatan telah melanjutkan

pelajaran ke Hong Kong. Mereka telah membawa pulang corak ensembel ini dan

berkembang pesat melalui rakaman-rakaman piring hitam. Alat-alat muzik

tradisional Cina telah dibawa masuk ke Malaysia pada hujung abad ke 19 dan awal

abad ke 20 apabila orang-orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad

60an, alat-alat baru telah diubahsuai dan diimpot dari negeri Cina untuk kegunaan

Huayue Tuan. Kini huayue tuan wujud di seluruh Malaysia terutamanya di bandar-

bandar besar dimana terdapat bilangan kaum cina seperti di Pulau Pinang, Kuala

Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuching. (Matusky dan

Tan, 1997).

9.1. Alat-alat muzik

Pengaruh barat telah memberi implikasi yang besar terhadap muzik di

negera Cina walaubagaimana mereka masih mengekalkan beberapa unsur cina.

Alat-alat muzik tradisional ini diimprovisasi supaya sesuai digandingakan dengan

alat-alat muzik Barat. Alat-alat muzik ini diubahsuai supaya menjadi lebih kuat dan

jarak suara yang lebih besar supaya pemain alat muzik boleh bermodulasi dengan

cara yang mudah. Alat muzik seperti violin I dan II dan viola I dan II dari barat

digantikan dengan er hu I dan II dan zhonghu I dan II. Hasilnya wujudnya karya

39

Page 3: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

muzik yang menggabungkan melodi, skel dan terkstur muzik heterafoni Cina

dengan harmoni barat.

Nama alat-alat muzik di bawah adalah mengikut istilah Mandarin. Alat-

alat muzik huayue tuan dibahagikan kepada 4 bahagian:

9.1.1. Alat bertali yang digesek

9.1.2. Alat bertali yang dipetik dan dipukul

9.1.3. Alatiup dan,

9.1.4. Alat perkusi

9.1.1. Alat bertali yang digesekAlat kategori kordofon ini adalah seksyen yang paling besar antara

semua seksyen lain dalam orkestra cina moden kerana mengambil sempena

orkestra barat yang juga mempunyai seksyen alat bertali yang besar. Nama

umum alat bertali yang digesek ialah huqin yaqng berbentuk silinder atau

heksagon yang diperbuat daripada buluh, kayu atau tempurung kelapa. Muka

belakangnya terbuka manakala muka depannya dilitupi dengan kulit ular.

Lehernya yang panjang dilekatkan pada sekeping kayu pada bahagian

bawah badannya.Terdapat kekuda kayu dilekatkan untuk dijadikan titian tali

pada tengah muka hadapannya. Dua utas tali logam diregang dari hujung

bawah badan ke pemulas di bahagian atas leher huqin. Tali ditala pada jeda

perfek ke 5. Huqin tidak mempunyai fret pada lehernya. Alat ini digesek

dengan menggunakan penggesek yang diperbuat dari rotan dan bulu ekor

kuda. Dimainkan secara menegak dan diletakkan pada riba pemain.

Alat bertali yang digesek boleh dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu,

1. Seksyen trebel yang terdiri dari erhu, panhu dan gaohu

2. Seksyen tenor yang terdiri dari zhonghu dan

3. Seksyen bes yang terdiri dari gehu dan beida gehu

40

Page 4: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

1. Seksyen trebel

a) Erhu: seumpama violin yang mempunyai fungsi yang sama seperti

violin dalam orkestra barat. Ton erhu sangat ekspressif dan

terkenal (Matusky dan Tan, 1997). Erhu membawa maksud dua

(er) dan tidak bertamadun (hu) menggunakan 2 utas tali yang

dilaraskan pada pic D dan A. Walaubagaimanpun ianya boleh

diubah mengikut kesesuaian lagu dalam persembahan. Apabila

digunakan sebagai alat solo. Alat ini mempunyai jarak suara 3

oktaf. Dalam huayue tuan, erhu dibahagikan kepada erhu 1 dan

erhu 2.

b) Panhu: diperbuat daripada kayu sempena namanya pan (kayu) hu

(orang yang tidak bertamadun) dan saiznya adalah lebih kecil

daripada erhu. Alat muzik ini mengeluarkan suara yang lebih

nyaring. Bermuka bulat ianya dilaraskan satu oktaf lebih tinggi dari

erhu. Lazimnya hanya satu panhu digunakan dalam orkestra.

41

Gambar .1 dan 2. Di sebelah kiri bahagian badan erhu muka kulit ular dan di kanan erhu dengan pemainnya

Page 5: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

c) Gaohu : gao bermaksud tinggi dan rupanya hampir serupa dengan

erhu. Bunyi gaohu adalah lebih tinggi dari erhu tetapi lembut dari

panhu. Alat ini sesuai untuk memainkan not-not yang panjang dan

melodi yang cantik. Pada amnya gaohu mempunyai larasan jarak

ke empat lebih tinggi dari larasan erhu (Matusky dan Tan, 1997).

2. Seksyen tenor

a) Zhonghu: Alat muzik ini dicipta pada 1937 dan jarak suaranya

adalah jarak suara antara bahagian bes dan trebel alat muzik

bertali yang digesek. Zhong bermaksud tengah. Rupanya seperti

erhu walaubagaimanapun ianya lebih besar dan mengeluarkan

suara yang lebih rendah. Zhonghu diciptakan dalam tiga saiz.

Larasannya ialah GD, AE atau DA mengikut saiz.

42

Gambar 3 dan 4. Panhu dan bahagian sisi panhu

Gambar 5. Sepasang gaohu

Page 6: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

3. Seksyen bes

a) Gehu: ge membawa maksud berubah dan alat ini dipanggil

demikian seumpama cello yasng mempunyai 4 tali dan dimainkan

secara digesek atau dipetik. Tali dilaraskan pada C, G, D, A.

b) Beida gehu: Beida bermaksud banyak kali dan besar. Alat ini

mengikut prinsip double bes dan talinya dilarsakan pada E, A, D,

G. Alat ini dimainkan satu oktaf lebih rendah dari geihu. (Matusky

dan Tan, 1997).

9.1.2. Alat Bertali yang dipetik atau dipukul

1. Alat Bertali yang dipetik

Alat ini adalah alat yang dipetik dengan jari, kuku atau plektrum di

panggil pipa, liuyueqin, ruan, sanxian dan guzheng.

43

Gambar 6. Seorang pemain zhonghu

Gambar 7. Alat Muzik Gehu

Page 7: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

a) Pipa: pi bermaksud gerakan tangan ke depan menolak tali dan pa

bermaksud gerakkan tali dipetik ke belakang. Pipa ialah sejenis lut

berleher pendek dan berbentuk buah pir yang cetek. Dikatakan

berasal dari Dinasti Tang, badannya diperbuat daripada kayu. Alat

ini mempunyai 4 tali melambangkan 4 musim di negeri China dan

dilaraskan pada not A, D, E, A. Pipa mempunyai jarak suara 4 ½

oktaf dan ton kromatik boleh dimainkan.

b) Liuyueqin: liu bermaksud pokok willow, yue bermaksud bulan atau

daun dan qin membawa maksud alat bertali. Badannya diperbuat

dari pada kayu dan berleher pendek. Alat ini mempunyai 9 atau

10 fret kayu dan 4 utas tali logam.Sepasang tali dilaraskan pada A

dan sepasang pada D digunakan supaya mendapat bunyi yang

lebih kuat (Matusky dan Tan, 1997).

c) Ruan: ialah nama pencipta alat muzik ini. Badannya juga seperti

yueqin iaiatu bulat dan diperbuat daripada kayu. Badannya

dipasang dengan dua lubang bunyi yang dihasilkan oleh plastik

yang diukir. Terdapat 2 jenis ruan yang berbeza saiz digunakan.

Ada 4 tali yang dilaraskan pada G, D, A, E, dan satu lagi pada

C,G,D,A. Lehernya lebih panjang dari leher yueqin. Alat ini

digunakan sebagai alat bes yang dipetik

44

Gambar 8. Alat Muzik Pipa

Page 8: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

d) Sanxian: membawa maksud 3 tali. Dipetik dengan menggunakan

plektrum alat ini dikatakan diimpot dari Asia Barat. Badannya

diperbuat daripada kayu, berbentuk segi empat bujur. Kedua-dua

muka ditutupi dengan kulit ular. Leher yang panjang tetapi alat ini

tidak mempunyai fret.

e) Guzheng:gu membawa maksud lama dan zheng bermaksud

ziter.Guzheng ialah sejenis ziter yang mempunyai 12,13,15 atau

16 tali. Tali ini dinaikkan menggunakan kekuda kayu boleh gerak.

Pada suatu ketika tali sutera digunakan tetapi kini tali logam

digunakan. Pemain alat ini akam memetik tali di sebelah kanannya

dan menekan tali di sebelah kiri untuk menghasilkan bunyi. Alat ini

adakalanya digunakan dalam persembahan solo dan adakalanya

langsung tidak digunakan dalam orkestra cina moden.

2. Alat Bertali yang dipukul

Alat ini pula dipanggil yangqin yang talinya dipukul dengan

pemukul buluh.

45

Gambar 9. Alat Muzik Ruan

Gambar 10. Seorang pemain Guzheng

Page 9: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

a) Yangqin: Yang membawa maksud asing dan qin bermaksud

alat bertali. Alat ini dipanggil alat muzik asing kerana ianya

berasal dari turki atau Eropah yang dibawa masuk ke Cina

pada abad ke 16. Yangqin ialah dulcimer yang berbentuk

seperti sebuah peti trapizoid iaitu, 4 in tinggi, 2 kaki panjang

dan 1 kaki lebar. Alat ini diletakkan di atas meja. Semua tali

logam di regangkan melalui kekuda kayu yang diikat pada

pemulas melaras pada kiri dan kanan. Tali ini dipukul dengan

sepasang batang buluh(Matusky dan Tan, 1997).

Gambar 11 dan 12. Alat Muzik Yangqin dan gambar seorang pemain muzik memainkan alat muzik ini.

9.1.3. Alat Tiup

Seksyen alatiup dalam orkestra cina moden adalah kecil sahaja. Alat-

alat ini adalah alat erofon iaitu dizi, xiao dan sheng yang serupa bunyi

seperti orkestra barat dan sona yang menyerupai alat muzikk bras dalam

orkestra barat.

a) Dizi: membawa maksud seruling melintang merupakan alat

seruling ditiup dari sisi. Mempunyai 8 lubang iaitu 6 lubang jari

dan 1 lubang mulut dan satu lubang selaput. Dizi mempunyai

bunyi yang amat cemerlang kerana getaran udara pada

46

Page 10: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

selaput menjadikan bunyi yang lebih nyaring. Terdapat

berbagai-bagai jenis dizi bergantung kepada bahan yang

dibuat iaitu buluh, kayu atau logam. Dalam orkestra huayue

dizi amat penting kerana mempunyai warna ton yang amat

cemerlang.

b) Xiao: membawa maksud seruling tegak. Alat seruling ini ditiup

menegak seperti memiup rekoder. Seruling ini mempunyai 6

lubang jari (5 di depan dan 1 di belakang) Bunyinya adalah

lembut dan jaraknya ialah 2 oktaf.

47

Gambar13 dan 14. Alat Muzik Dizi dan gambar lubang yang dilitupi selaput

Gambar 15. Xiao – bahagian tiupanya

Page 11: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

c) Sheng: membawa maksud organ mulut. Ia terdiri dari satu

ruang angin yang diperbuat dari logam. Rupanya seperti

dengan pemipit yang pendek dan 17 batang tiub buluh yang

dimasukkan kedalam ruang angin dalam satu bulatan. Setiap

tiub ini ditambah dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan

gema. Tiub ini juga dipasangkan pelidah atau reed bebas.Alat

muzik ini mirip kepada alat muzik sompoton (alat muzik negeri

Sabah). Alat muzik sheng Alat ini melambang dipercayai

dicipta oleh dewi maharaja mitos iaitu Nu Wo. Alat ini

melambangkan burung mitos cenderawasih (phoenix). Bunyi

dikeluarkan apabila pemain menyedut udara dan meniup

melalui ruang angin dan jari digunakan untuk menutup lubang

jari. Alat ini boleh memainkan melodi panjang.

d) Sona: dibawa masuk ke Cina dan berasal dari Rusia-Arab.

Sona merupai serunai yang diperbuat daripada kayu dan

bahagian bawahnya berbentuk loceng yang diperbuat dari

perenggu. Mempunyai 7 lubang jari di depan dan satu di

belakang. Alat ini mempunyai 2 pelidah pada pemipitnya.

Dimainkan secara meniup pada penyandar bibir. Sona mirip

48

Gambar 16 dan 17. Di sebelah kiri ialah alat muzik sheng dan kanan ialah sona

Page 12: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

oboe dalam orkestra Barat. Sona boleh didapati dalam 3

ukuran mengikut panjang alat muzik tersebut (Matusky dan

Tan, 1997).

9.1.4. Alat Perkusi

Seksyen perkusi terdiri dari gendang, gong, blok kayu dan alat-alat

muzik yang diketuk seperti idiofon dan alat-alat muzik gendang seperti

membranofon. Alat-alat ini melengkapkan orkestra Cina moden ini. Alalat-

alat perkusi adalah seperti berikut:

a) Gu: gendang dua muka yang diperbuat dari kayu dan kulit

diregangkan dan dipaku disisi rangkanya. Terdapat 2 saiz gu iaitu,

xiao (kecil) dan da (besar). Gendang ini dipalu dengan pemalu

kayu pada sebelah muka. Pemukul gendang besar pula dibaluti.

b) Bo: bo ialah simbal tangan yang diperbuat dari perunggu dan

berbonggol di bahagian luar simbal tersebut. Bo dicipta dalam

berbagai-bagai ukuran untuk menghasilkan pic yang berbeza

(Matusky dan Tan, 1997).

49

Gambar 18 dan 19. Rajah sebelah kiri ialah Gu dan rajah sebelah kanan ialah sebuah Da gu iaitu gendang besar.

Page 13: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

c) Luo: ialah sejenis gong gantung yang tidak berbonggol diperbuat

dari perunggu dan dipalu dengan pemalu kayu yang berbalut.

Paluan dilakukan pada bahagian tengah luo yang mempunyai

bingkai cetek serta dinding yang nipis.

d) Shimian luo: shi membawa maksud sepuluh, mian bermaksud

muka dan luo ialah gong. Shimian luo ialah 10 jenis gong kecil

yang tidak berbonggol dan setiap gong diikat pada bingkai logam

dengan 3 tali. Shimian luo dipalu dengan pemalu kayu (Matusky

dan Tan, 1997).

e) Ling: membawa maksud loceng yang terdiri dari cangkir kecil

tembaga atau gangsa. Ling dipasang pada setangkai kayu dan di

pegang di sebelah tangan dan dipalu dengan pemalu logam.

f) Maling: ma bermaksud kuda dan ling ialah loceng. 5 loceng diikat

dengan tali logam. Gaya digunakan menggambarkan gerakan

kuda dalam muzik Cina menyebabkan alat muzik dinamakan

sedemikian.

50

Gambar 20. Sorang pemain muzik sedang memegang bo

Gambar 21. Alat muzik Luo

Page 14: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

g) Shuangyin Mu: shuang membawa maksud sepasang, yin

bermaksud bunyi dan mu membawa maksud kayu. Alat ini alah

sejenis blok kayu yang berbentuk T. Sebatang kayu digunakan

untuk memukul kedua-dua hujungnya. Rupanya seperti alat

perkusi tik-tok.

h) Bangzi: merupakan sebuah blok kayu juga yang berbentuk

trapizoid dipukul oleh dua batang kayu. Alat ini dipanggil bangzi

kerana alat ini dimainkan dalam opera bangzi.

i) Muyu: mu bermaksud papan dan yu bermaksud ikan. Muyu ialah

sejenis blok kayu dan berbentuk ikan.

9.2. Repertoir

Kebanyakan muzik yang dimainkan dalam orkestra cina moden di

Malaysia diimport dari Hong Kong, Taiwan dan Cina. Di Malaysia,

biasanya ada 3 jenis lagu yang dipersembahkan, iaitu:

9.2.1. Repertoir muzik wilayah yang dimainkan secara heterafoni

seperti Tarian Gila Ular Emas (Crazy Dance Of The Golden

Snake) dan Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga

(Moonlight Over the Spring River). Dalam lagu-lagu ini, alat-

alat muzik akan memainkan pelbagai warna ton untuk

menggambarkan suasana.

51

Gambar 22 dan 23. Alat muzik Muyu

Page 15: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

9.2.2. Lagu yang menggunakan harmoni triad seperti Tarian Orang

Yao (Dance of the Yao People) yang merupakan lagu rakyat

atau lagu kategori 9.2.1. yang telah digubah semula.

e) Concerto seperti Lagu Baru Penjaga Kuda (A New Song of the

Herdsmen) untuk dizi dan orkestra. (Matusky dan Tan, 1997).

Di dalam concerto dizi solo boleh menonjolkan kemahiran

pemainnya.

Okestra Huayue Tuan wilayah Cina yang memainkan muzik

instrumental dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut program.

Contohnya lagu Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga (Moonlight Over

the Spring River) menggambarkan permandangan cahaya bulan yang

’bermain-main’ di atas sungai. Pencipta muzik orkestra akan

menggabungkan ciri-ciri muzik orkestra barat dan Cina untuk mengwujudkan

sejenis muzik autentik. Unsur muzik Cina seperti melodi, skel dan notasi

digabungkan dengan harmoni triad Barat.

Di Malaysia, Okestra cina moden boleh memainkan lagu-lagu patriotik

atau lagu-lagu rakyat seperti Berjaya, Tanahair ku, Ayam Didik, Inang Cina

dan lain-lain. Alat-alat muzik bermain secara heterafoni dan melodi Melayu

seperti not-not kromatik turut dimainkan. (Matusky dan Tan, 1997). Antara

pengubah lagu ini ialah LeeMalayDance oleh Saw Yeong Chin yang

menggunakan rentak inang dan melodi melayu.

Sebagai kesimpulan orkestra ini sangat popular di kalangan kaum

Cina kerana walaupun mempunyai ciri-ciri moden ia masih dapat

mengekalkan ciri-ciri muzik Cina yang tradisional. Walaupun orkestra ini

masih merupakan entiti orang Cina tetapi lama-kelamaan ia menyerapkan

unsur-unsur tempatan. (Matusky dan Tan, 1997).

52

Page 16: Orkestra Cina Moden

MZU3117 Muzik Malaysia

Cuba kategorikan alat-alat muzik dalam orkestra ini dalam klasifikasi Von Hornbostel-Sach.

Cari dari pelbagai sumber dan bahan lagi tentang Muzik Huayue Tuan dan bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

53