cinderella moden

18
Cinderella Moden

Upload: namaku-mahani

Post on 03-Jul-2015

533 views

Category:

Entertainment & Humor


5 download

DESCRIPTION

yey! Cinderella! coming soon..Rapunzel parody

TRANSCRIPT

Page 1: Cinderella moden

Cinderella Moden

Page 2: Cinderella moden

Pada zaman dulu-dulu tu.. Ada seorang gadis yang sangat cantik dan anggun macam penyanyi Anggun tu. Gadis ini bernama Cinderella.

Dipendekkan cerita, Ibu Cinderella telah meninggal dunia. Jadi, macam biasalah.. bapa Cinderella ni pun kahwinlah lagi satu. Janda beranak dua lagi pulak tu.

Page 3: Cinderella moden

Ibu dan adik-beradik tiri Cinderella itu pula tersangat jahatnya (lebih jahat dari ibu tiri Snow White).

Cinderella pula selalu didera oleh mereka, jiran-jiran tetangga pula membutakan mata memekakkan telinga tidak mahu melaporkan kejadian dera itu kepada pihak polis atau menelefon talian dera kanak-kanak di talian 15999.

Bapa Cinderella pula tersangat sibuk dengan urusan kerja menaiktarafkan halaju broadband di Malaysia. Oleh itu, Cinderella kerap kali ditinggalkan oleh bapanya (ahaks, macam best!)

Page 4: Cinderella moden

pada suatu hari, Putera lagi kacak ni dari kerajaan Raja-raja dan kerabatnyamengumumkan akan menjadi hos acara tari-menari Sehati Berdansa di istana Putih Kuningmiliknya 4 hari lagi. Semua gadis-gadis (sahaja) dijemput menyertai majlis itu.

Kedua-dua kakak tiri Cinderella dengan sebulat hati menyertai acara tersebut.

Page 5: Cinderella moden

Ibu tiri Cinderella yang kedekut itu pun menyuruh Cinderella menjahit Gaun untuk kedua-dua anaknya secantik-cantiknya. Padahal kedai jahit Jaleha hanya meminta upah yang murah kalau menjahit gaun.

Cinderella pun menjahitlahgaun-gaun yang cantik. Gaun untuk kakak pertamanya bermanik-manik dan berlabuci, gaun kakak keduanya bermanikkan kristal hijau.

Page 6: Cinderella moden

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kakak-kakak tiri Cinderella pun bersiap-siap dan bersolek-solek sambil mentertawakan Cinderella. “Kau takkan pernah dapat kawendengan Putera lagi kacak ni!”

Cinderella sedih apabila ditertawakan. Kesedihannyasemakin menjadi-jadi setelah kakak-kakak tirinya itu pergi

Page 7: Cinderella moden

Dalam kesedihan malam baru pukul 7.00. Cinderella teresak-esak menangis di tepi mesin basuh Samsung WA91V3 automatik…(sob..sob..sob huwaaaaaaa… ciannya…)

Tiba-tiba… cahaya yang berkelipan seperti kunang-kunang(oh.. Memang pun) semakin mendekatinya. Terlihatlah seorang pari-pari (alah..manusia jua pon) yang sangat cantik macam Selena Gomez. Muncul sambil menyanyi lagu “Who says” ala ala Selena.

Page 8: Cinderella moden

“Siapa kau?” “apa yang kau mahukan?” tanya Cinderellabertubi-tubi

“Aku adalah Pari-paripengasuhmu” (sebenarnya orang itu bekas pengasuhnya) “namaku..pari-pari.. Dan aku ke sini untuk membantumubersiap untuk ke majlis tari-menari sehati berdansa jam 8.00 nanti” kata si pari-pari.

Page 9: Cinderella moden

Cinderella gembira kerana pari-pari mahu membantunya.

“tetapi… ada syaratnya wahai Cinderella” (eleh..)

Mula-mula Cinderella diminta ke kebun mencari labu yang paling besar saiz dirinya (hukaloh!). Dengan bantuan seekor keldai. Cinderella berjaya membawa labu yang besar itu ke taman.

Page 10: Cinderella moden

Pari-pari pun dengan menggunakan pisau hiasan masakan yang dibelinya daripada chef Dato Ismail dan mula mengukir labu itu sehingga menjadi kereta kuda yang cantik. Kemudian, kerusi baldu ibu tirinya pun dimasukkan ke dalam kereta kuda daripada labu tersebut ditambah pula dengan langsir mahal berjuntai-juntai kristal milik ibu tirinya (hua huahua padan muka)

Page 11: Cinderella moden

Kemudian, pari-pari mengarahkan Cinderella membawakan 6 ekor keldai dari kandang.

dengan menggunakan kemahiran dandanan akhirnya pari-pari berjaya menukarkan imej keldai menjadi kuda yang tersangat hensem (Cuma tinggi ja tidak berjaya di ubah)

keldai-keldai palsu itulah akhirnya menjadi penarik kereta labu Cinderella.

Page 12: Cinderella moden

Untuk tugas yang terakhir, Cinderella diarahkan mencari seekor orang utanpeliharaan bapanya. Akhirnya, pari-pari berjaya mengubah orang utan itu nampak macam manusia (dari jauh) apabila memakai kot Giorgio Armani hitam milik bapa Cinderella.

Semua siap..ready to go! Alamak!!! Lupa.

Gaunnya gimana dong?? Kuang kuang kuang hehe

Page 13: Cinderella moden

Pari-pari dengan selambanya mengarahkan Cinderella membawakannya kain langsir sutera dari bilik ibu tirinya.

Dengan kemahiran dan ketangkasannya, kain langsir itu pun dijahit menjadi gaun yang sangat cantik dengan kristal sejernih air di dada gaunnya.

Pari-pari juga turut menghadiahkan Cinderella kasut tinggi Made in Gombak (Promo only kio!) kepadanya dengan pesanan Belilah barangan buatan Malaysia yo!”

Page 14: Cinderella moden

Cinderella gembira sakan kerana mendapat gaun dan kasut cantik. Eh.. Ada lagi. Pari-pari pun memake overkanCinderella dengan make up golden style menggunakan jenama SK II terhebat di pasaran gerenti tak rugi ,puas hati. You!

Cinderella pun bertolak dengan pesanan daripada pari-pari agar dia pulang sebelum pukul 12 malam kerana segala-galanya akan bertukar seperti sedia kala.

Page 15: Cinderella moden

Cinderella tiba di istana Putih kuning dan semua orang kagum dan terpegun ternganga lagi youmelihat kecantikkan Cinderella. Namun tiada seorang pun termasuklah kakak-kakak tirinya mengenali Cinderella.

Putera lagi kacak ni pun terjatuh cinta at first sight lah kunun. Jadi, mereka pun menarilah.. Sehati berdansa!! Ala-ala Hollywood gitu. Menari Salsa lagi I tell you! (Thumb drive kalau suka! Eh, silap thumb up yo!!

Page 16: Cinderella moden

dipendekkan cerita. Ding dong ,12.00 malam!

Cinderella pun lari lintang pukang meninggalkan Putera lagi kacak ni terkulat-kulat di dewan dengan pesanan don’t cry for me Argentina! (eh…silap lagi.., don’t cry for me puteraku!)

ketika sedang berlari menuruni tangga.. Cinderella tersandung dan tertinggallah sebelah kasut Gombaknya saiz 6 di tangga. Putera raja pun bertekad mencari pemilik sebenar kasut tersebut.

Page 17: Cinderella moden

Kerana takut berlaku penipuan setelah melihat terlalu ramai gadis-gadis beratur ingin mencuba kasut cap Gombak saiz 6 itu. Putera lagi kacak ni pun menelefon tuan Horatio dari CSI Miami untuk meminta bantuannya menyelidik DNA yang ada pada kasut cap Gombak itu.

Akhirnya setelah sebulan berlalu, keputusan DNA pun keluarlah.. Tuan Horatio pun mentwitter bahawa DNA pada kasut itu milik Cinderella.

Page 18: Cinderella moden

Akhirnya putera lagi kacak ni berkahwin dan hidup bahagia dengan Cinderella selama-lamanya (yey!yey!)

Sekian,terima kasih: Kicauku Berlagu a.k.a (Namaku Mahani)

Moral of the story:1. Buat baik dibalas baik. (jangan dera adik/kakak /anak tiri kita-kalau ada)2. Jangan mudah putus asa (Usaha tangga kejayaan yo!)3. Keajaiban jarang berlaku – bulan takkan jatuh ke riba you!(zaman sekarang kena ada bukti dan caranya Weeeee…..)