kupasan dan kajian teks novel

29
KUPASAN DAN KAJIAN TEKS NOVEL NOVEL 6:20 NAMA : NURSYUHADA BINTI ZULHASNAN KELAS : 3 DELTA

Upload: syue-syuhada

Post on 30-Dec-2014

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mudah untuk dijadikan rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

KUPASAN DAN KAJIAN TEKS NOVEL

NOVEL 6:20

NAMA : NURSYUHADA BINTI ZULHASNAN

KELAS : 3 DELTA

NO.MAKTAB : 11-060

Page 2: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

BAHAGIAN A

(SINOPSIS)

Page 3: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

BAB 1 : ISNIN

Sukma didatangi tetamu misteri iaitu seorang wanita tua menjunjung bakul rotan berisi buah manggis. Wanita tua itu muncul di hadapan rumahnya di Taman Megah tepat pada pukul 6:20 pagi. Peristiwa ini berlaku pada Isnin dua minggu lalu seperti yang diceritakan oleh Sukma semula. Misteri kedatangan wanita tua itu berlegar-legar dalam fikiran Sukma sehingga mengganggu sesi kuliahnya.

Sukma tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap penerangan yang disampaikan oleh pensyarahnya, Prof.Darul kerana terlalu memikirkan peristiwa tersebut. Prof.Darul menyedari bahawa pelajar cemerlangnya itu sedang berkhayal lalu menduga Sukma dengan mengajukan soalan berkaitan dengan perkara yang dibincangakan sebentar tadi. Berbekalkan kata kunci yang terdapat pada papan tulis di hadapannya serta ilmu didada, Sukma sedaya upaya menyusun pandangan yang bernas sehingga dikagumi oleh teman-teman sekuliahnya. Namun, dia tetap tidak dapat berselindung daripada Prof.Darul yang sememangnya tahu pelajarnya itu sedang meneglamun.

BAB 2 : SELASA

Selasa dua minggu lepas, tepat pukul 6:20 pagi. Muncul seorang lelaki berusia 30-an, berkulit hitam, berbadan kurus dan kelihatan tidak terurus duduk bersila di hadapan pintu pagar rumah Sukma. Sukma tidak sempat menegur lelaki tersebut mempunyai niat yang tidak baik terhadap mereka sekeluarga. Keresahan Sukma itu disedari oleh ayahnya. Malah Pak Rashid pemandu ayah Sukma turut gusar akan keadaan anak majikannya itu.

Di university, Sukma bersama-sama dengan kawan baiknya, iaitu Teja telah berkenalan dengan mahasiswa baru bernama Rafiq Mustaqeem yang berdarah kacukan Melayu, Turki dan Inggeris. Dia baru pulang ke Malaysia dari Washington.Rafiq juga tinggal di kawasan perumahan Sukma dan tampak senang berkawan dengan sesiapa.

BAB 3 : RABU

Tepat pukul 6:20 pagi dua minggu yang lalu.Awal-awal pagi lagi Sukma sudah bersedia menunggu di balkoni kamarnya. Hal ini membimbangkan ibunya yang menyangkakan Sukma tidak sihat. Sikap pesimis ibunya pula menghairankan Sukma kerana semasa ibunya masih bekerja dahulu, ibunya

Page 4: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

seorang yang disegani dan dihormati sebelum berhenti kerja atas nasihat doktor pakar. Penantian Sukma kali ini berakhir dengan kehadiran dua ekor anak kucing Burman di luar pintu pagar tetapi ghaib sebelum sempat Sukma menangkapnya.

Sementara itu, Rafiq mengambil bidang yang sama dengan Sukma dan mereka menjadi rakan sekuliah. Rafiq diperkenalkan oleh Prof.Darul dan Rafiq diminta menerangkan tajuk ‘Kemasyarakatan Islam’ yang sudah dipelajarinya semasa belajar di universiti luar Negara dahulu. Rafiq juga mahasiswa cemerlang di universitinya, namun dia amat merendah diri dan sikapnya itu mula disenangi oleh ramai orang akan tetapi Rafiq seperti lebih berminat untuk mengenali Sukma.

BAB 4 : RABU MALAM

Sukma mengikut ayahnya ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita di daerahnya. Kebetulan pula di majlis itu dia bertemu dengan Rafiq. Sukma terkesan dengan semangat kanak-kanak bernama Ehsan yang mengidap penyakit jantung dan kulit yang kini mendapat bantuan daripada persatuan tersebut.

Sukma juga betremu dengan Iskandar, kenalan lama yang sentiasa menjadi musuh Sukma. Cara pemikiran mereka sering bertentangan dan akan bertelagah tentang pendirian serta lagak Iskandar tidak disenangi oleh Sukma. Dalam majlis tersebut, Sukma ternampak wanita tua yang dating ke rumahnya pada pagi Isnin yang lalu tetapi dia tidak sempat untuk mengejar atau memanggil wanita tersebut kerana diganggu oleh Iskandar.

BAB 5 : KHAMIS

Pukul 6:20 pagi. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun berdiri di hadapan pintu pagar Sukma. Dia sudah bersedia kali ini dan sempat menegur dan bercakap dengan kanak-kanak tersebut. Apabila ibu Sukma keluar, kanak-kanak itu takut lalu melarikan diri. Sudah empat hari berlalu, peristiwa misteri ini membuatkan Sukma berada dalam keadaan berteka-teki.

Page 5: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Semasa berada dalam kuliahnya, tugasan secara berkumpulan tentang peperangan dan penindasan dunia telah diberi oleh Prof.Darul. Sukma bersama Teja,Alvin,Jerry dan Rafiq berada dalam satu kumpulan. Sewaktu sedang berbincang, Alvin bertanya kepada Jerry tentang kehadirannya di sebuah kelab bernama WX2. Pertanyann itu membuatkan Jerry berasa cemas dan tidak keruan. Ketika itu, Sukma mulai tahu tentang aktiviti yang dilakukan oleh kelab tersebut yang juga dikenali sebagai ‘kotak gelap’ hiburan muzik metal dan ada ruang yang dipanggil ‘sepi’. Di situ, kumpulan anak muda mendalami ilmu mencari reality dan kebebasan. Satu fahaman baru yang dikhuatiri oleh Sukma boleh menyesatkan golongan anak muda. lebih mengejutkan lagi, Jerry memneritahu bahawa Iskandar juga ada di ‘ruang sepi’. Satu cabaran bru untuk Sukma bagi mencari dan membongkar perkara tersebut.

BAB 6 : KHAMIS MALAM

Sukma berkongsi keresahan tersebut bersama ayahnya. Dia ingin mengetahui mereka dan tujuan mereka datang pada pukul 6:20 pagi. Kemudian, Sukma dan Teja ke Kafe Flora kepunyaan ibu saudara Teja bernama Su Ani. Di sana, Sukma berkenalan pula dengan 30 orang anak muda seni dari Sarawak yang dikenali sebagai Kumpulan Waris Cinta yang diketuai oleh Erman. Mereka dating membuat persembahan dan makanan mereka ditaja oleh Kafe Flora. Sukma tertarik dengan salah seorang penari mereka bernama Reny daripada suku kaum Iban.

Reny memilih seni untuk menyampaikan suara hatinya. Mereka juga berkongsi hal budaya dan agama. Malam itu, Sukma melalui satu terapi seni dalam tari tradisi bersama-sama dengan Reny dan teman-temannya yang Berjaya menenangkan hati Sukma buat seketika.

BAB 7 : JUMAAT

Tepat pukul 6:20 pagi, Sukma menuggu di halaman rumah. Sukma bertemu semula dengan budak lelaki yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini. Kanak-kanak tersebut lapar lalu Sukma memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu Aim. Sekali lagi kanak-kanak tersebut melarikan diri sejurus apabila dia nampak ibu Sukma. Sukma mengeluh tetapi dengan bantuan Pak Rashid, dia tetap berusaha mencari Aim. Manakala Ros, jiran

Page 6: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Sukma yang juga seorang pegawai polis ingin menengetahui perkara sebenar namun Sukma masih tidak mahu menceritakan apa-apa kepadanya.

Sukma menghadapi peperiksaan pada hari tesebut dan setelah selesai dia kembali menyiapkan kerja kumpulan bersama ahli kumpulannya. Mereka berbincang tentang teroris tetapi Jerry lebih banyak termenung. Rafiq dan Alvin cuba mengejutkan Jerry apabila mereka mendakwa ternampak dia pada malam sebelumnya di Kelab WX2. Rafiq mahu Jerry berterus-terang kerana mereka bimbang kalau-kalau Jerry terlibat dalam kumpulan yang dilihat seperti teroris itu. Hal ini telah menambahkan kerisauan Sukma. Jerry bertambah cemas dan takut.

BAB 8 : JUMAAT PETANG

6:20 petang, Sukma, Rafiq, Teja dan Alvin sedang menunggu Jerry di tempat yang telah dijanjikan. Semasa sedang menunggu Jerry, Sukma ternampak lelaki yang pernah datang ke rumahnya dahulu. Lelaki itu cuba mengelak dan melarikan diri. Rafiq hairan dan ingin tahu akan masalah yang dihadapi Sukma. Kemudian mereka ternampak Jerry yang sedang memasuki Kelab WX2 dan cuba untuk menariknya tetapi dihalang oleh pengawal pintu kelab itu. Jerrserba salah dan meminta maaf lalu terus memasuki kelab tersebut. Sukma enggan balik walaupun sudah pujuk. Rafiq berasa bimbang lalu dia membuat keputusan untuk menemani Sukma.

Tidak lama kemudian Iskandar pula sampai dan dia pula yang memujukSukma untuk pulang. Sukma tetap berdegil dan mereka bertelegah tentang kelab tersebut. Iskandar cuba mempertahankan kelab itu tetapi terjahan dan ketegasan Sukma membuatkan Iskandar terpaksa berlembut buat kali pertama supaya Sukma mendengar kata-katanya dan segera pulang ke rumah. Situasi ini membutakan Sukma tidak menyangka akan peribadi Iskandar yang selama ini dikenalinya sebagai lelaki yang selalu berselisih pendapat dan tidak pernahberlembut dengannya.

BAB 9 : JUMAAT MALAM

Selain persoalan misteri tetamu pada 6:20 pagi, masalah Jerry yang menganggotai Kelab WX2 dan aktiviti yang dlakukan oleh kelab itu juga meresahkan Sukma. Dia tidak mahu kawannya itu tersalah pegangan. Dia

Page 7: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

juga keliru akan perasaannya yang dalam diam menyukainya sikap ambil berat Iskandar terhadapnya. Rafiq pula hendak berjumpa dengan Sukma di Kafe Flora. Ros kebetulan hendak keluar telah menghantar Sukma ke kafe tersebut. Sukma juga mengetahui bahawa Ros juga sedang menyiasat aktiviti Kelab WX2. Rafiq pula memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang dikejar oleh Sukma siang tadi. Menurut Rafiq, lelaki itu pernah bekerja di ladang milik ayahnya dan nama lelaki itu ialah Aim, sama dengan nama kanak-kanak yang datang ke rumah Sukma. Sukma berkongsi kisah tetamu misterinya dengan Rafiq.

Rafiq membeitahu Sukma bahawa Jerry sudah pun berjumpa dengannya dan Alvin tetapi ada perkara yang diminta dirahsiakan daripada pengetahuan Sukma. Sukma tidak berpuas hati lalu meminta Rafiq menceritakan segalanya. Semasa hendak pulang, mereka menaiki bas awam. Secara tidak langsung, mereka terserempak dengan Jerry yang berpenampilan berbeza, berkonsepkan metal and gothic. Penampilan Jerry itu telah mengejutkan Sukma dan itulah perkara yang disembunyikan oleh Rafiq selama ini. Jerry berasa malu. Mereka sama-sama turun dari bas dan Sukma melepaskan marahnya setelah melihat keadaan Jerry. Sebaliknya, Jerry meluahkan tentang kekosongan jiwanya dan melalui kelab tersebut dia dapat mengisi kekosongan jiwanya kembali. Ini lebih mendesak perasaan ingin tahun Sukma tentang kelab tersebut.

BAB 10 : SABTU

6:20 pagi dua minggu lalu. Sukma bertemu lagi dengan nenek tua yang datang ke rumahnya. Mereka sempat berbual seketika namaun perbualan mereka cukup mendebarkan hati Sukma. Sukma ingin tahu lebih lanjut tetapi dia bertelagah denagn ibunya yang sentiasa bimbang dan memandang negatif terhadap apa-apa sahaja demi menjaga keselamatan keluarganya. Sukma terjumpa Reny di Kafe Flora semasa dia sedang

Page 8: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

menunggu Rafiq dan Teja. Reny pula membuka rahsia yang mengejutkan Sukma. Reny menjelaskan bahawa dia sudah lama mengenali Iskandar, iaitu sejak dia memasuki ‘ruang sepi’. Sukma bersa hairan kerana hanya dia seorang sahaja yang baru tahu tentang kewujudan ruang tersebut. Oleh yang demikian, Sukma menganmbil keputusan untuk masuk ke dalam kelab tersebut pada waktu siang kerana tiada pengunjung. Keadaan sekeliling kelab tersebut telah mengejutkan Sukma dan dia melihat latarnya yang berbeza . daripada apa yang disangkakannya. Kelab itu seperti sebuah kelab yang elit. Sukma mula menjadi keliru dan dia telah disergah oleh seseorang semasa sedang melihat kawasan sekitar kelab tersebut.

BAB 11 : SABTU LAGI

Iskandar rupa-rupanya dan dia nampak ceria menyambut kedatangan Sukma. Pada masa itu juga, Iskandar mengambil kesempatan untuk meyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut tidak ada kena-mengena serta sebarang masalah dengan perkara negatif, namun bukan mudah untuk mengubah hati serta pendirian gadis ini. Sukma tetap berasa sangsi akan perjalanan kelab tersebut. Reny juga datang untuk meyakinkan sukma, namun hatinya tetap tidak mempercayai apa yang dijelaska oleh mereka berdua.

Perihal ibu, tugas ayah, tetamu misteri dan kelab WX2 semuanya cuba dihubungkaitkan oleh Sukma untuk mencari jawapan. Semasa dalam perjalanan pulang, dia terjumpa dengan kanak-kanak lelaki yang bernama Aim di hadapan sebuah kedai runcit. Kanak-kanak itu seperti sedang menunggunya.

BAB 12 : SABTU SIANG

Aim menceritakan kepada Sukma bahawa neneknya telah menyuruhnya untuk berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma tempoh hari. Nenek Aim ialah wanita tua yang datang ke rumah Sukma membawa bakul berisi manggis. Sukma ingin tahu lebih lanjut lalu mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu dihadapan rumah Sukma. Sukma menceritakan kepada mereka bahawa dia telah memasuki Kelab WX2 manakala Rqfiq memberitahu baawa Jerry telah hilang dari rumah. Mereka mula merancang strategi untuk menyiasat segala yang

Page 9: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

berlaku. Mereka mahu bertemu dengan nenek Aim dan juga lelaki yang bernama Aim itu. Mereka juga ingin merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan ibu dan ayah Sukma.

Sewaktu ibu Sukma pulang, Teja dengan pantas membawa Aim masuk ke dalam bilik Sukma. Mereka mahu menghantar Aim pulang tetapi Aim sudah terlena di atas katil. Rafiq dan Teja sahaja yang pergi berjumpa dengan lelaki yang bernama Aim. Melalui Pak Rashid, ibu Sukma telah merahsiakan sesuatu daripada mereka termasuk ayah Sukma sendiri. Pak Rashid sendiri tidak tahu akan perkara tersebut namun dia berpendapat bahawa perkara tersebut amatlah serius.

BAB 13 : SABTU PETANG

Belum sempat Sukma membawa Aim pulang, dia telah bertengkar dengan ibunya sehingga ibunya berkecil hati dan mengadu kepada ayah Sukma. Sukma ditegur ayahnya dan Sukma cuba mencungkil maklumat yang diketahui ayahnya selaku wakil rakyat di daerah tersebut. Sukma merasakan ayhnya tidak tahu tentang Kelab WX2, dia telah bertekad untuk mencari maklumat dan bukti tentang kelab tersebut.

Sukma tidak sabar hendak berjumpa dengan Rafiq dan Teja untuk tahu perkembangan tentang pertemuan mereka dengan lelaki bernam Aim. Sukma keluar rumah setelah ibu ayahnya keluar. Dia mahu menghantar Aim pulang ke rumah dan berharap dapat bertemu dengan nenek Aim.

BAB 14 : SABTU MALAM

Rafiq menceritakan hasil pertemuan mereka dengan lelaki bernama Aim kepada Sukma. Segala persoalan telah terjawab dan dijelaskan oleh mereka. Aim menghidap penyakit AIDS dan dia berada dalam kesusahan dan dipandang serong oleh masyarakat. Aim pergi ke rumah Sukma kerana perasaan marahnya terhadap penghuni bangle tersebut tetapi tidak dinyatakan siapa. Namun begitu, Sukma bukanlah orang yang Aim marah. Iskandar datang mahu berjumpa Sukma. Dia mahu mmepertahankan kelab tersebut dan juga menyatakan bahawa dia tidak ahu tentang kehilangan Jerry.

Page 10: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Sukma, Rafiq dan Teja menghantar Aim balik. Mereka berjumpa nenek Aim yang merupakan bidan semasa Sukma dilahirkan. Nenek Aim pernah menjaga Sukma sehingga berusia dua bulan kerana ibu Sukma sakit. Perbalahan telah berlaku antara nenek Aim dan iu Sukma telah menyebabkan mereka bermasam muka tanpa diketahui oleh Sukma punca perbalahan tersebut. Dalam perjalanan pulang, Sukma ternampak Jerry di tepi sebuah kedai. Jerry seperti berada dalam ketakutan. Sukma mengejar Jerry.

BAB 15 : SABTU MALAM YANG SAMA

Keadaan Jerry pada ketika itu tidak terurus. Sukma terus memprovokasi Jerry dan tidak mahu melayan perasaan lemah rakannya. Jerry memberitahu ketakutannya tentang sesuatu yang besar aka berlaku buka sahaja di daerah mereka tetapi juga melibatkan daerah lain berpunca daripada kumpulan ‘ruang sepi’. Jerry mengakui hanya Sukma sahaja yang mampu menghentikan. Pengakuan Jerry mengejutkan semua terutamanya Sukma. Jerry dihantar pulang dan kemudian Sukma dan Rafiq pergi berjumpa dengan lelaki yang bernama Aim untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kelab WX2. Menurut Aim, hampir keseluruhan pengikut kelab tersebut adalah golongan remaja dan hal ini telah mengejutkan dan mengecewakan Sukma. Aim memberitahu lagi bahawa perkara tersebut tiada kaitannnya dengan ayah Sukma tetapi ibu Sukma. Satu lagi kejutan buat Sukma.

Di rumah, Sukma bertelagah dan berterus terang dengan ayahnya yang tersalah sangka dengan maklumat Kak Ros yang ternampak Sukma di Kelab WX2. Sukma mahu ayahnya lebih peka dan ambil berat kan ibunya. Iskandar memujuk Sukma supaya tidak meneruskan niatnya untuk menyiasat kelab tersebut kerana bimbang akan keselamatannya. Sukma telah mendapat bantuan daripada Kak Ros yang menyiasat aktiviti kelab tersebut.

BAB 16 : AHAD

6:20 pagi, Ahad dua minggu lalu. Genap seminggu peristiwa ini berlaku. Pagi itu, Iskandar datang ke rumah Sukma. Belum sempat Sukma berjumpa Iskandar, ibu Sukma terlebih dahulu pergi ke pintu pagar dan bercakap sesuatu kepada Iskandar llau dia beredar pergi. Sukma menjadi bingung. Kemudian, nenek dan cucunya, Aim datang untuk menjemput

Page 11: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Sukma ke pusara ayah Aim yang diseksa kerana ingin menegakkan kebenaran Kelab WX2. Sukma tekad untuk mahu mengikut Kak Ros ke kelab tersebut dan membongkar rahsia walaupun dinasihati ayahnya supaya tidak bertindak melulu serta menuduh ibunya sendiri. Sukma tetap berprasangka bahawa ibunya adalah dalng disebalik semua ini.

BAB 17 : AHAD PAGI

Sukma bertekad untuk mengikut Kak Ros dan Teja juga ikut sama. Sukma mahu berhadapan dengan ibunya dan mendapatkan jawapan tetapi segalan bahan bukti telah dibersihkan. Mereka terlebih dahulu bertindak sebelum diberkas. Jerry datang berjumpa Sukma dan mmeberitahu bahawa dia dan keluarganya akan keluar dari daerah itu kerana faktor keselamatan. Jerry bersetuju untuk tampil member keterangan setelah dipujuk oleh Sukma.

Sasaran kumpulan ini adalah untuk membentuk pemikiran generasi muda bagi menentukan arah tuju sesebuah Negara pada masa depan. Fahaman baru dicipta oleh manusia yang mempunyai matlamat untuk berkuasa mentadbir dunia. Mereka sudah letih dengan kekangan budaya dan adat bahkan agama yang dianggap meyekat kebebasan mereka. Suntikan cecair merah ayang dipanggil ‘Patil’ diberikan kepada setiap ahli dan merupakan bahan eksperimen daripada sebuah kuasa besar dunia bagi memastikan aktiviti ini mempengaruhi pemikiran seseorang lebih mudah dijalankan.

Sukma pasti bahawa ibunya mengetuai semua ini dan berpura-pura berperwatakan sperti wanita biasa, namun pesan Kak Ros begitu menyentuh hatinya bahawa walau apa-apa pun, sejahat manapun, beliau tetap ibu kandung Sukma.

BAB 18 : AHAD PETANG

Petang Ahad bertukar menjadi suram kerana detik untuk menganalisi segala yang terjadi dan mencari pewajarannya. Rafiq muncul dan pagi tadi dia telah bertengkar dengan Iskandar tetapi akhirnya Iskandar mengalah dan menawar diri untuk membantu. Rafiq menyampaikan maklumat yang diketahui berkenaan dengan operasi rusuhan kumpulan tersebut di sebuah

Page 12: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

bangunan biru hujung daerah, tempat mereka bersiap sedia untuk melakukan rusuhan. Iskandar menyatakan rasa kesalnya kerana mengikuti budaya barat tersebut. Lebih mengecewakan Sukma, ibunya menjadi dalang utama pergerak Kelab WX2. Ayah Sukma datang dan operasi menentang kumpulan tersebut oleh pihak berkuasa pun bermula. Tanpa didugatepat 6:20 petang operasi itu bermula. Semua menanti penuh debar terutama Sukma dan ayahnya yang khuatir akan keselamatan ibunya walaupun dikatakan memimpin kumpulan songsang tersebut.

BAB 19 : HARI INI

Sukma hampir menamatkan kisah seminggu yang dilaluinya di mahkamah. Ibu yang disangka pengkianat bangsa sebenarnya telah ditugaskan dengan misi khas untuk berada di dalm kelab tersebut. Dia merupakan pemberi maklumat kepada pihak atasan dan atas janji setianya, beliau sanggup disalahertikan oleh Sukma , suaminya dan masyarakat sekeliling. Kini, ibu Sukma sedang terlantar di hospital kerana koma akibat tembakan semasa serangan. Sukma berasa sedih kerana menuduh ibunya tetapi dia bersyukur dan berbangga akan keberanian dan pegangan ibunya demi menyelamatkan anak bangsa. Ternyata ibu Sukma tidak bersalah.

Page 13: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

BAHAGIAN B

TEMA

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

Page 14: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

PERSOALAN

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaranContoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

ii. vii. Remaja yang mudah terpengaruh.Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

Page 15: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

WATAK DAN PERWATAKAN (WATAK UTAMA – SUKMA)

a) Anak tunggal Haji Syaqir dan Puan Delia.

b) Berusia 19 tahun

c) Kurus dan sederhana tinggi serta sentiasa berpenampilan kemas dan cantik

d) Mahasiswa peringkat diploma dalam jurusan Sains Politik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

e) Seorang mahasiswa yang aktif dan cemerlang dalam akademik

f) Mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin dan tidak pernah mengenal erti putus asa

g) Lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibunya

h) Kadang kala Sukma begitu naif akan reality masalah social remaja

i) Pantang dicabar dan tidak mudah mengalah

j) Seorang yang bijak berkata-kata, tidak terlalu cepat mengikut emosi serta mampu mengimbangkan nilai akal dengan perasaan

k) Prihatin, mudah tersentuh dan berhati lembut

WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN

Rafiq Mustaqeem

Page 16: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

a) Teman baru Sukma yang baru sahaja pulang dari Washington atas urusan kerja ayhnya dan kini menyambung pengajian dalam bidang yang sama dengan Sukma

b) Seorang yang segak dan tampan

c) Berdarah kacukan Melayu, Timur tengah dan Inggeris

d) Mempunyai jati diri yang kukuh.

e) Mahasiswa yang cemerlang ketika menuntut di university luar Negara

f) Berperwatakan sederhana dan merendah diri

g) Tertarik akan keperibadian Sukma

h) Seorang yang tenang dan tidak bertindak terburu-buru

Iskandar

a) Kawan lama Sukma

b) Berasal daripada keluarga yang berada, suka bergaya dan berlagak sombong

c) Begitu yakin dengan diri sendiri sehingga memperlekehkan orang lain

d) Sering bercakap sinis

e) Ahli penting dalam Kelab WX2

f) Begitu menjaga rahsia Kelab WX2

g) Mengambil berat tentang Sukma dan bimbang akan keselamatan Sukma

Page 17: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Haji Syaqir

a) Ayah Sukma dan suami kepada Puan Delia

b) Wakil rakyat di daerah tempat tinggal mereka

c) Segak, tegap, cergas, sihat dan sentiasa berfikiran positif

d) Rapat dengan Sukma

e) Suka menolong orang dan prihatin terhadap kesempitan serta kesusahan masyarakat sekelilingnya

f) Seorang pemimpin yang berkarisma dan bertanggungjawab dalam memastikan tugas yang diamanahkan dapat dilunaskan dengan baik

g) Tidak terlalu tegas terutama sekali dengan isterinya dan memberikan seluruh kepercayaan kepada isterinya

Puan Delia

a) Ibu kepada Sukma dan isteri kepada Haji Syaqir

b) Menjadi suri rumahtangga sepenuh masa setelah diberhentikan kerja atas nasihat doktor

c) Ketika bekerja, Puan Delia dikenal sebagai seorang wanita yang lemah lembut, sederhana dan dihormati kerana kebijaksanaannya

d) Setelah berhenti kerja, Puan Deliua berubah menjadi seorang yang cepat susah hati, terlalu menjaga gerak-geri ahli keluarganya dan sentiasa pesimis terhadap oaring di sekelilingnya

e) Seorang yang memegang pada janji

Jerry

a) Salah seorang kawan baik Sukma di university

b) Berbangsa Cina

c) Mudah terpengaruh oleh perkara baru tanpa membuat penilaian yang baik

d) Kurang keyakinan diri dan hatinya lemah

Page 18: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

e) Berpakaian seperti black meal dan gothic apabila berada di luar kampus

Teja

a) Kawan baik Sukma sejak di bangku sekolah menengah

b) Gadis yang manis,lincah dan agak nakal

c) Setia dalam persahabatan dan mengambil berat akan Sukma

d) Mengagumi keperibadian dan kebijaksaan Sukma

e) Selalu mendapat tunjuk ajar daripada Sukma kerana dia menghadapi sedikit masalah untuk memahami pelajaran

f) Seoarang yang agak penakut

Alvin

a) Kawan baik dan rakan sekuliah Sukma, berbangsa Serani

b) Suka mengambil tahu hal kawan-kawannya dan akrab dengan Jerry

c) Seorang yang suka berterus terang

d) Seorang mahasiswa yang rajin mengulangkaji pelajaran

e) Tahu akan kewujudan Kelab WX2

Haji Syaqir

a) Bekerja sebagai pemandu peribadi ibu dan ayah Sukma

b) Seorang yang tenang dan cekap melakukan kerjanya

c) Seorang yang berpengalaman malah dia merupakan orang lama di dearah tersebut

d) Banyak menyimpan rahsia ibu dan ayah Sukma

Page 19: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Ros

a) Jiran Sukma

b) Seorang inspector polis

c) Berusia dalam lingkungan 30-an

d) Seorang yang cekal dan tabah

e) Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya

f) Berani menjalankan tugas

g) Seorang yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang Sukma

Reny

a) Kenalan baru Sukma dan berketurunan Iban

b) Seorang penari daripada kumpulan Waris Cinta

c) Mahir segala jenis tarian tradisional

d) Seorang anak yang rajin dalm membantu keluarganya

e) Ahli Kelab WX2 dan disitulah dia mengenali Iskandar

Nenek tua

a) Berusia 60 tahun dan merupakan tetamu misteri yang muncul di hadapan rumah Sukma dengan bakul yang berisi manggis pada pukul 6:20 pagi

b) Wanita tua yang berdikari

c) Bidan yang menyambut kelahiran Sukma

Page 20: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

d) Seorang yang penyayang dan merupakan nenek kepada kanak-kanak lelaki yang bernama Aim

e) Seorang yang penyabar dan menerima kematian anaknya dengan redha

f) Hidup dalam serba kekurangan dan menyara kehidupannya dengan menjual buah-buahan

Lelaki bernama Aim

a) Berkulit gelap, berbadan kurus dan kelihatan tidak terurus

b) Pernah bekerja di lading milik ayah Rafiq dan seorang pekerja yang rajin dan menjadi oaring kepercayaan ayah Rafiq

c) Menghidap AIDS akibat perbuatan orang yang tidak mahu rahsia Kelab WX2 terbongkar

d) Tinggal di belakang rumah Tok Siak

Budak bernama Aim

a) Berusia lima tahun, anak yatim dan dijaga oleh neneknya sejak kematian ayahnya

b) Kanak-kanak yang bijak dan petah berbicara ketika terserempak dengan Sukma di kedai runcit

c) Amat menggemari roti kosong

d) Seorang cucu yang taat dan mengikut sahaja arahan neneknya yang menyuruhnya berdiri di hadapan rumah Sukma walaupun dia tidak tau apa tujuannnya

Page 21: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

LATAR

Latar Masa

a) Zaman moden dan berlangsung selama 7 hari

b) Ketika peristiwa ini berlaku, Sukma berumur 19 tahun

c) Pagi

Contohnya: Tetamu-tetamu misteri muncul pada pukul 6:20 pagi di hadapan pintu pagar rumah Sukma

d) Petang

Contohnya: Sukma ternampak lelaki yang datang ke rumahnya berhampiran Kelab WX2 ketika sedang menunggu kedatangan Jerry

e) Malam

Contohnya: Kelab WX2 beroperasi dan pada ketika ini ramai pengunjung akan berkumpul terutamanya golongan remaja di ‘ruang sepi’

Latar Masyarakat

a) Banglo Taman Megah – rumah kediaman keluarga Sukma

Page 22: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

b) Dewan kuliah – Profesor Darul menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya

c) Kelab WX2 – sebauh kelab hiburan yang dikunjungi golongan remaja dan juga pelancong dan di dalamnya terdapat ‘ruang sepi’ yang mengumpulkan golongan remaja yang dipengaruhi oleh suatu fahaman baru

d) Rumah Ehsan – Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung

e) Kafe Flora – kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisidari Sarawak yang diketuai oleh Erman

f) Rumah Aim – Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma

g) Warung Pak Alias – Sukma dan Reny minum the tarik di warung yang terletak di seberang jalan

Latar Masyarakat

a) Masyarakat pelajar university - Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam

b) Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda – Puan Delia, ibu Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan Kelab WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

c) Masyarakat yang beriman kepada Tuhan – Tuan Haji Syaqir menunaikan solat asar selepas pulang dari kerja

d) Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat – Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebeasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat

e) Masyarakat yang gigih berusaha dan mementingkan pendidikan – Sukma merupakan mahasiswa cemerlang dalam pengajiannya

Page 23: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

TEKNIK PLOT

a) Dialog

Contohnya :

- “Sentiasa hendak melarikan diri daripada saya !” Iskandar cuba menghalang laluan saya.

- “kalau dah tahu, eloklah. Duduk dengan Ehsan lagi aman”

b) Teknik imbas kembali

Contohnya :

Nenek Aim menyambung cerita lagi. Dia kerap juga datang melawat saya sehingga umur saya empat tahun. Waktu itu berlaku sesuatu antara nenek dengan ibu. Dia mengesat air mata, seakan-akan tidak berdaya hendak menyambung cerita silamnya. Nafasnya kedengaran sesak.

c) Teknik pemerian

Contohnya :

Ibu wanita yang disegani dan dihormati kerana kebijaksaan, kelembutan dan kesederhanaannya dalam melakukan apa-apa sahaj. Semasa ibu masih bekerja di sebuah syarikat besar yang mempunyai cawangan di serata dunia, hidupnya teratur dan berdisiplin. Dia teliti da amanah orangnya. Saya yakin,ada sikap yang baik dalam diri ibu itu tumbuh subur dalam diri saya. Mungkin juga setelah berhenti kerja, ibu rasa sedikit tertekan dduk di rumah. Ibu mudah resah,bimbang dan begitu menjaga saya dan ayah seperti kami anak-anak kecil lagi.

d) Teknik monolog dalaman

Contohnya :

“Ah, bagaimana pula boleh jawapannya indah ? Itu Iskandar dan dia tidak pernah damai denganku! Dia sengaja. Dia tahu apa-apa yang dilakukan sebenarnya. Dia sengaja. Sudahlah tu, Sukma. Banyak perkara lagi yang perlu difikirkan. Lupakan!” Suara itu jelas melantuni ruang minda.

Page 24: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

NILAI

a) Kasih saying – Sukma menyayangi ibunya walaupun pada mulanya dia menyangka ibunya itu pengkhianat Negara

b) Berdikari – Sukma tidak bergantung sepenuhnya pada bantuan ibu dan ayahnya.

c) Prihatin – Haji Syaqir, Sukma, Rafiq dan Iskandar hadir ke majlis amal bagi membantu kanak-kanak bernama Ehsan yang memerlukan bantuan untuk merawat penyakit jantung dan kulit.

d) Pengorbanan – Puan Delia sanggup berkorban demi memegang amanah terhadap tugasnya yang berisiko tinggi walaupun terpaksa disalahertikan oleh keluarga dan masyarakat sekeliling.

e) Rajin – Sukma dan teman-temannya sentiasa mengadakan perbincangan secara berkumpulan untuk sama-sama berkongsi ilmu semasa mengikuti kuliah di kampus

PENGAJARAN

a) Kita mestilah tidak mudah berputus asa – Sukma tidak mudah berputus asa untuk mencari jawapan kepada persoalan berkaitan denagn kemunculan tetamu-tetamu misteri

b) Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan menagsihi keluarga – Sukma sentiasa menghormati dan mengasihi ayah dan ibunya

c) Kita mestilah mempunyai perasaan simpati terhadap kesuasahan yang dialami oleh orang lain – Sukma tersentuh apabila melihat penderitaan yang dialami oleh Ehsan

d) Kita haruslah jujur dan berterus terang terhadap apa-apa jua perkara suopaya orang lain tidak mudah hilang kepercayaan kepada kita – Sukma terasa hati apabila mendapat tahu bahawa sahabat karibnya,

Page 25: Kupasan Dan Kajian Teks Novel

Teja mengetahui kewujudan Kelab WX2 tetapi tidak pernah menceritakan kepadanya.