gerakan pemikiran moden

34
GERAKAN PEMIKIRAN MODEN DI DUNIA ISLAM Part I

Upload: ibnu-jafar-al-jawharey

Post on 18-Jul-2015

88 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

GERAKAN PEMIKIRAN MODEN DI DUNIA ISLAM

Part I

• IKHWAN AL-MUSLIMIN

• JAMAAH AL-NUR• FIDAIYAN ISLAM• JAMAAT ISLAMI• JAMAAT

TABLIGH

BEBERAPA GERAKAN DIKAJI:-

IKHWAN AL-MUSLIMIN

Diasaskan pada Zukaedah, tahun 1347 H. Ismailiyyah – Mesir Mursyid Am pertama dan pengasas Ikhwan ialah al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

BIODATA IMAM AL-BANNA [1906-1949]

Dari keluarga ulama. Bapanya Abdulrahman al-Saati seorang Faqih dan Ahli Hadis terkenal di Mesir.Penulis Fath al-Rabbani, syarah al-Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.

Lahir 1906 di sebuah bandar Mahmudiyyah di Mesir.

Mendapat pendidikan awal di kampungnya.Di sini beliau menghafal QuranSejak kecil lagi telah menunjukkan sikap

membela kesucian agama dalam masyarakat.

Waktu masih di sekolah rendah, beliau bertindak mendesak agar sebuah patung kayu manusia bogel dibuang dari sebuah kapal di pantai al-Mahmudiah.

• 1915 memasuki Sekolah Rendah Agama al-Mahmudiah. Di sini beliau dipilih menjadi Setiausaha Persatuan Ahli Tasawuf al-Hasafiah.

• 18/12/1919 pernah menyertai kumpulan tunjuk perasaan di Damanhur yang menentang penjajahan British di Mesir.

Kamudian memasuki Madrasah al-Mualimin di Damanhur.

1920 pada usia 13 tahun memasuki kumpulan tarekat al-Hasafiah

Usia 16 tahun melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum di Kaherah dan menamatkan pengajiannya tahun 1927 dengan mendapat tempat pertama serta Diploma Pendidikan.

19/9/1927 dilantik menjadi guru Sekolah Rendah di Ismailiah di Mesir.

Mac 1928 beliau menubuhkan al-Ikhwan al-Muslimin dengan ahli permulaan seramai 6 orang. Mereka ialah: Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Husari, Fuad Ibrahim, Abdulrahman Hasbullah, Ismail ‘Iz dan Zaki Maghribi.

Al-Banna dilantik sebagai Mursyid Am.12 Febuari 1949 mati syahid di tembak oleh

pembunuh misteri.

• Arahan pembunuhan itu datang dari istana Malik Faruq. Kumpulan pembunuh ini terdiri daripada:

• Mahmud Abdul Aziz [Ketua Bahagian Jenayah di Kementerian dalam Negeri Mesir waktu itu].

• Ahmad Kamil• Brigidiar Jeneral Husain Kamil• Abduh Armanius• Muhammad Hasan [Khadan Khas Malik

Faruq].

• Muhammad al-Jazzar

• Muhammad Mahfuz [Pemandu kereta untuk melarikan pembunuh tersebut].

• Muhammad Husain Jad [Ketua SB daerah Jorja]

• Muhammad Said

• Muhammad Abul Lail Gharib

• Husain Muhammadain Ridwan.

• Al-Banna ditembak sewaktu berjalan di depan pejabat Al-Syubban al-Muslimin kerana melawat pejabat tersebut.

• Para pembunuh itu bebas hinggalah ditangkap apabila berlakunya revolusi Mesir pada 23 Julai 1952.

• Prof. Bernard Lewis menyebut: “Ikhwan al-Muslimin adalah gerakan Islam terkuat lagi berjaya. Sebuah pertubuhan separuh terbuka dan tersebar luas. Tegak di atas dasar penyatuan tenaga-tenaga muda yang berbentuk ala tentera, mencakupi pelbagai bidang yang luas dan besar meliputi institusi ekonomi dan akademik”.

MATLAMAT GERAKAN IKHWAN

• 1. MEMPERBAIKI INDIVIDU:-– Ikhwan berpendapat individu tidak akan berjaya ke

tingkat sempurna kecuali dengan akidah yang bersih dari sebarang pencemaran; hati dari penyelewengan; dirinya dari runtunan nafsu; akhlaknya dari kelemahan dan jiwanya dari pengasingan.

– Hanya diri peribadi yang demikian sahaja mampu membangun dengan semangat kerja serta daya juang yang luhur, azam yang kukuh dan berjiwa patriotik, berfikir dengan cara pemikiran ulama dan intelektual.

• Membaiki dir i , sehingga menjadi peribadi yang memiliki kekuatan tubuh badan, teguh dalam akhlak, luas dalam berfikir, mampu mencari nafkah, lurus dalam berakidah dan benar dalam beribadah .

• 2. MEMBAIKI KELUARGA– Ikhwan berpendapat keluarga adalah

unsur asas dalam masyarakat. – Kestabilan dan keteguhan binaannya

berfungsi sebagai satu-satunya wasilah untuk keutuhan binaan masyarakat. Justeru itu Ikhwan berpendapat keluarga mestilah:

Mengadakan sistem yang kukuh lagi dapat menghindar dari berlakunya kekerasan, kuku besi, kekejaman dan menanamkan sifat t imbang rasa, keadilan, dan kemaafan.

Bebas dari kejahilan, kebimbangan, kehinaan, kelaparan, kesakitan dan dipandang rendah.

• 3. Membimbing Masyarakat

– Masyarakat perlu dididik agar menjadi masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

4. Membebaskan tanahair dari kekuasaan asing.

5. Membaiki pemerintahan.

6. Mengembalikan semula kekuasaan dan kedaulatan umat Islam.

7. Menyebarluaskan dakwah Islam ke seluruh alam.

Semua yang tersebut saling berurutan dan berkait mengait.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA  

• Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal tanpa mengenal adanya pemisahan antara satu aspek dengan aspek lainnya.

• Hasan al-Banna mengatakan: "Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, tariqah sunniyah, haqiqah sufiyyah, institusi polit ik, kelab olah-raga, institusi i lmiah dan kebudayaan, persyarikatan ekonomi dan pemikiran sosial."

Wasilah Mencapai TujuanIkhwan berpendapat untuk mencapai matlamat tersebut digariskan 3 perkara penting:

الـيــمــان الـعـمـيــق•

الـفـهــم الـدقـيـق •

الـعـمــل الــمــتـواصــل•

Dalam Risalah Taalimnya Al-Banna menyebut:

الـصــادقــون، أركــان بــيــعــتـنــا عـشــرة الـخــوان"أـيـهــا •:فــاحـفـظــوهــا

والـتـضــحـيــةو و الـجــهــاد و الـخــلــص و الـعـمـل الـفـهــم•الـخــوة والـثـقــة .“وو الـتـجــرد، الـطــاعــةو الـثـبـات

•SETIAP SATU DARIPADA 10 PERKARA DI ATAS DIJELASKAN SECARA DETAIL OLEH AL-BANNA.

10 RUKUN BAIAH

Terhadap rukun baiah pertama iaitu “Faham”, al-Banna menjelaskanya dengan terperinci berjudul Usul al-`Isyrin atau dikenali sebagai Usul 20.Ini bermakna ada 20 perkara asas yang perlu difahami oleh Muslim pada zaman moden ini bagi pegangannya terhadap Islam menurut Ikhwan.

Tentang Rukun Faham al-Banna berkata: “Saya maksudkan dengan

faham ialah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah Islam yang tulen. Saudara hendaklah memahami

Islam sebagaimana kami memahaminya dalam lingkungan 20

Usul ringkas ini”.

USUL 20

1. Islam satu sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah.

• 2. Quran dan Sunah Rasulullah adalah sumber rujukan hidup setiap Muslim untuk mengetahui hukum-hukum Islam.

• Quran mestilah difahami menurut tata bahasa Arab tanpa memberatkan dan tidak pula membuta tuli. Sunah pula mestilah difahami melalui periwayat-periwayat Hadis.

• 3.Iman yang benar dan ibadat yang sah serta mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicampakkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-hamba-Nya. Tetapi ilham, lintasan hati, kasysyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak. Ia tidak boleh dijadikan dalil kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas-nas agama.

• 4. Tangkal dan jampi, ramalan, tilik nasib, tenung dan nujum serta dakwan mengetahui perkara ghaib adalah karut marut; mungkar dan hendaklah diperangi serta dijauhi; kecuali yang berupa ayat Quran atau jampi yang ma’thurat yang diamalkan Rasulullah dan Sahabat-sahabat.

• 5. Pandangan ketua atau naibnya dalam perkara yang tidak ada nas yang boleh menerima andaian berbagai segi dan yang berhubungan dengan masalih mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syarak. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah taabud tanpa melihat kepada makna-makna dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan.

•6. Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya kecuali Rasulullah s.a.w. yang maksum. Setiap yang datang dari Salafusoleh yang menepati Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya kita memahaminya sebulat hati, tetapi jika berlawanan dengannya, maka Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya lebih awla diikuti. Bagaimanapun kita tidak mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi tertentu dalam masalah khilafiah. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka masing-masing. Sesungguhnya mereka telah berlalu dengan apa yang mereka lakukan.

• 7. Muslim yang tidak sampai ilmunya ke peringkat meneliti [nazar] dalil-dalil hukum cabang boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba untuk berijtihad sekadar yang ia mampu bagi mengetahui dalil-dalil. Ia juga hendaklah menerima setiap pertunjuk yang disertakan dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberikan pertunjuk kepadanya. Sekiranya beliau dari kalangan seorang yang berilmu, hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum.

8. Perselisihan fikah dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahkik ilmu secara ilmiah dalam masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah, serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terikut-ikut kepada pertelingkahan yang dicela serta taksub.

9. Setiap masalah yang tidak berdiri amal atasnya, maka melibatkan diri dengannya ada;ah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syarak. Antaranya ialah masalah fukurk dalam hukum-hakam; melibatkan diri dalam ayat-ayat mutasyabih; pertelingkahan di kalangan Sahabat. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersuhbah dengan Rasulullah s.a.w dan dibalas menurut niatnya, tambahan pula takwail dibenarkan.

10. Mengenal Allah dan mengesakan-Nya adalah semulia-mulia akidah Islam. Ayat-ayat sifat dan Hadis-Hadis yang sahih dan penyerupaan yang layak dengan-Nya, kita beriman dengan-Nya sepertimana ia datang tanpa takwil dan taktil. Kita tidak mendedahkan khilaf ulama dalam masalah itu. Cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya.